Rabu, 5 September 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


600 pelajar terperangkap, lalulintas sesak 15km

Posted: 05 Sep 2012 04:25 AM PDT

 
MALAYSIA KINI


 
Kira-kira 600 pelajar dan 23 guru dari dua buah sekolah di Taman Sri Serdang dekat ibunegara, terpaksa diselamatkan pasukan bomba dan penyelamat selepas terperangkap dalam kejadian banjir kilat semalam.
  
Hujan lebat selama dua jam sejak jam 4.30 petang itu menyebabkan air dari longkang besar di kawasan berkenaan melimpah sehingga setinggi 1.5 meter dan menenggelamkan 100 kenderaan milik penduduk dan 30 milik guru di Sekolah Kebangsaan Sri Serdang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Indah.

Tinjauan Bernama setakat pukul 8 malam tadi mendapati pelajar dan guru sesi petang dua buah sekolah berkenaan masih terperangkap.
    
Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul, operasi menyelamat dan memindahkan pelajar serta guru sedang giat dijalankan.

"Satu jentera dari Balai Bomba Serdang bersama-sama tujuh anggota digegas ke kawasan banjir untuk operasi itu," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama malam tadi.

Mohd Sani berkata laporan awal mendapati banjir kilat itu melibatkan kawasan sekolah dan beberapa kawasan perumahan di sekitar Seri Kembangan, Jalan Serdang Jaya dan kawasan Kajang.
  
Sementara itu, Pengerusi Rukun Tetangga Taman Sri Serdang Khalid Lambak berkata air mula surut sejak pukul 7 malam tadi, dan kebanyakan penghuni rumah yang terjejas sibuk membersihkan rumah mereka.
  
Sementara itu, jurucakap Trafik Bukit Aman ketika dihubungi, berkata banjir kilat mengakibatkan kesesakan sepanjang 15 kilometer dari ibu kota menghala ke selatan sejak pukul 5.30 petang semalam
  
Katanya kesesakan berpunca daripada penutupan jalan di Km 305 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Seremban.
  
Laluan hanya akan dibuka semula selepas banjir surut dan pengguna diminta menggunakan jalan alternatif untuk ke Bangi dan Kajang, katanya.- Bernama

Penganjur: 'Anak muda berani' kibar Sang Saka

Posted: 05 Sep 2012 04:18 AM PDT


MALAYSIA KINI


 
Penganjur perhimpunan Janji Demokrasi mempertahankan tindakan individu yang mengaku mengibarkan bendera Sang Saka Malaya ketika sambutan ambang kemerdekaan, 30 Ogos lalu dengan menyifatkannya sebagai satu tindakan berani.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Gabungan JANJI turut menyeru akhbar dan ahli politik supaya tidak lagi mengecam remaja yang bertanggungjawab mengibarkan bendera tersebut.

NONE"Dua anak muda telah dengan gagah berani mengakui bahawa mereka mengibarkan bendera bersejarah ini.

"Ini bertujuan untuk mengingati kembali sejarah para pejuang kemerdekaan yang telah dilupakan.

"Gabungan JANJI menyeru semua ahli politik dan media terutama Utusan Malaysia untuk memberhentikan perangai bodoh mengancam anak-anak muda yang berani ini.

Gabungan 47 NGO itu turut menyelar tindakan polis yang berhasrat untuk menyiasat Datuk A Samad Said kerana membaca sajak pada malam tersebut.

"Pada 28 Ogos, Pak Samad telah menulis sebuah sajak bernama Janji Demokrasi dan dibacakan pada malam ambang Merdeka 30 Ogos. Gabungan JANJI meminta pihak  polis dan kerajaan hentikan perangai bodoh yang ingin mengancam dan menggangu ini.

himpunan janji democracy 310812 samad said"Pak Samad membaca sajak kerana itu adalah hak kebebasan beliau.

"Gabungan Janji menyeru semua sektor – politikus, media dan pihak kerajaan agar tidak meneruskan perangai bodoh mempolitikkan pekara tersebut. Janji Demokrasi datang ke Dataran Merdeka untuk merayakan ambang Merdeka bersama orang ramai," kata kenyataan itu lagi.

Gabungan NGO berkenaan bagaimanapun tidak menyokong tindakan segelintir individu yang dilaporkan memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan juga gambar pengerusi Suruhanjay Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

"Kami tidak bersetuju dengan Najib dan Rosmah – cara kami ialah melalui perbincangan. Kami harap memijak gambar ini tidak akan berlaku lagi. Sesiapa yang melakukannya wajib bertanggung jawab."
NONEDalam gambar insiden tersebut yang kini beredar di Internet, seorang lelaki dalam lingkungan usia 20-an, kelihatan melondehkan seluarnya dan menunjukkan punggungnya pada gambar Najib, Rosmah serta Abdul Aziz.

Manakala dalam video yang dimuat naik ke YouTube oleh blogger pro-BN Yuseri Yusoff,  orang ramai memijak gambar Najib dan Rosmah yang telah koyak, yang dikatakan selepas insiden tersebut.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan hari ini berkata ia memandangkan perbuatan mengibarkan "bendera baru" Sang Saka Malaya dengan serius.

Ketua setiausaha kementerian itu Datuk Abd Rahim Mohd Radzi berkata tindakan itu dijalankan individu yang tidak bertanggungjawab.

"Jelas sekali jika perkembangan seperti yang berlaku baru-baru ini tidak dibendung dan masyarakat keseluruhannya tidak memahami kesan dan implikasi negatif daripada perbuatan seumpama ini, ia dikhuatiri akan menjejas kepentingan awam dan menyemai rasa benci di kalangan masyarakat.

"Masyarakat perlu faham bahawa apa yang berlaku adalah bertentangan dengan norma masyarakat Malaysia. KDN dengan penuh komited akan bersama-sama membantu pihak polis untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat," katanya.

Polis Diraja Malaysia membentuk tiga pasukan khas untuk menyiasat tindakan peserta perhimpunan itu mengikut Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 290, 504 dan 509 Kanun Keseksaan.

ANAK: 'Singkir' bos Felda akan makan diri BN

Posted: 05 Sep 2012 04:14 AM PDT

 
Hazlan Zakaria


 
NGO pemantauan isu-isu Felda Persatuan Anak Felda Kebangsaan (ANAK) memberi amaran, 'penyingkiran' Pengurus Besar Felda Dzulkifli Wahab akan memakan diri BN dalam pilihan raya akan datang.

Presidennya Mazlan Aliman mendakwa, perkara itu tidak baik untuk parti pemerintah kerana kira-kira 23,000 pekerja amat rapat hormat kepada Dzulkifli.

NONE"Jika ada bantahan, ia mungkin petanda penyakit pada BN," kata Mazlan.

Justeru, beliau mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak campur tangan dan memulangkan pentadbiran Felda kepada profesional untuk memastikan keharmonian dalam agensi itu.

Harakahdaily sebelum ini memetik Mazlan sebagai mendakwa Dzulkifli "disingkirkan" sebagai pengarah besar Felda dan akan dipindahkan ke Kementerian Asas Tani serta ditugaskan ke Rom, Itali.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan bagaimanapun ketika ditanya enggan mengesah atau menafikan dakwaan itu, sebaliknya meminta ia dirujuk kepada Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sendiri.

MB: Tiada bukti tunjuk Sultan diundang masa BN

Posted: 05 Sep 2012 04:09 AM PDT

 
Ahmad Fadli KC


 
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata tiada bukti menunjukkan kerajaan negeri pernah mengundang Sultan Selangor ke sambutan ambang Hari Kebangsaan sejak tahun 2003.

Khalid berkata, sejak 2003, Sultan Selangor hanya diundang sekali sahaja diundang pada 2007 - untuk sambutan jubli emas yang diraikan dengan perarakan lintas hormat pada 31 Ogos.

Katanya, kerajaan negeri tidak menemui apa-apa surat yang menunjukkan sultan diundang ke sambutan tersebut, seperti didakwa Bekas menteri besar Dr Mohd Khir Toyo.

NONE"Saya tak nampak suratnya lagi. Saya takut dah terbakar," katanya.

Menjawab soalan wartawan, khalid berkata isu meminta maaf kepada Sultan Selangor tidak perlu ditimbulkan.

Dr Khir semalam berkata beliau mengundang sultan secara rasmi dan juga secara lisan untuk ke majlis sambutan ambang kemerdekaan peringkat negeri semasa negeri itu berada bawah pentadbiran BN.

Sementara itu, Khalid menjelaskan, kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sambutan Hari Merdeka Selangor hanya sebagai penceramah jemputan dan bukan tetamu utama.

"Tetamu kehormat adalah MB, penceramah jemputan adalah Anwar," katanya.

Isu Sultan Selangor yang tidak dijemput ke sambutan Hari Merdeka mula timbul selepas kumpulan pendesak Melayu PERKASA membuat laporan polis berkenaan perkara itu.

Audit: Urus niaga S'gor-Talam bebas keraguan

Posted: 05 Sep 2012 04:05 AM PDT

Ahmad Fadli KC


 
Juruaudit KPMG sahkan bahawa urus niaga antara kerajaan Selangor dan Talam Corporation melibatkan kutipan hutang RM392 juta tidak mengandungi unsur-unsur keraguan.

Pengarah Eksekutif KPMG Advisory Unit Chan Siew May yang hadir pada sidang media bersama menteri besar tengah hari tadi menyatakan, semua transaksi melibatkan pembayaran hutang itu mematuhi undang-undang dan amalan perakaunan.

NONEMenurutnya, KPMG mengambil masa sebulan bagi memeriksa transaksi yang direkodkan bersama dokumen-dokumen sokongan.

Bagaimana pun, beliau menjelaskan audit itu tidak dibuat untuk memeriksa tuduhan-tuduhan yang dilemparkan MCA terhadap kerajaan Selangor sebelum ini.

"Ia tidak dibuat untuk memeriksa sama ada tuduhan terhadap kerajaan Selangor sebelum ini benar atau tidak," katanya.

Audit yang dilakukan ini adalah komitmen Khalid Ibrahim sebelum ini yang menolak penubuhan siasatan terbuka untuk meneliti penstrukturan semula hutang Talam Corporation.

Beliau sebaliknya, awal Ogos lalu, menawarkan untuk melantik firma audit bebas bagi tugas tersebut.

Khalid: Jangan ganggu MB
Ia dilakukan bagi menangkis dakwaan MCA yang mendakwa Selangor membelanjakan RM1 bilion untuk menyelamatkan Talam daripada hutang.

Pada sidang media sama, Khalid turut mengedarkan helaian jawapan kepada soalan-soalan lazim berkenaan kutipan hutang itu.

NONEMenurutnya, ia disediakan untuk membantu media dan orang ramai termasuklah 'rakan-rakan dari MCA' untuk memahami perkara tersebut dengan lebih baik.

Beliau menegaskan bahawa proses yang berlaku adalah kutipan hutang dan bukannya 'bailout'.

"Dalam kes ini, aset (Talam) digunakan untuk menyelesaikan hutang. Kaedah kerajaan negeri adalah mendapatkan aset Talam menerusi perjanjian penyelesaian," katanya.

Beliau turut menggesa MCA agar menghentikan dakwaan bahawa kerajaan Selangor membelanjakan RM1 bilion dalam urus niaga jika tidak mahu berdepan tindakan undang-undang.

"Kalau dia teruskan cakap kerajaan Selangor seleweng RM1 bilion, kita akan teruskan saman.

"Jangan ganggu MB, beliau sangat 'mahal'," katanya separa serius.

FAQ kajian bebas terhadap pemulihan hutang Talam

Pak Samad: Polis mahu siasat puisi Janji Demokrasi

Posted: 05 Sep 2012 03:58 AM PDT


 
Zulaikha Zulkifli


 
Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said berkata polis hari ini meminta beliau hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung tindakannya membaca puisi ketika perhimpunan Janji Demokrasi pada Khamis malam lalu.

''Saya fikir perkara ini ada hubungan dengan Akta Perhimpunan Aman. Tentunya ada hubungan dengan puisi yang saya bacakan kerana ia ada hubungan dengan Janji Demokrasi," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

himpunan janji democracy 310812 samad said mat sabuTambahnya, polis meminta beliau hadir ke balai polis hari ini namun beliau hanya akan hadir pada jam 3 petang esok.

''Saya menerima notis pada pukul 4 petang, tetapi mereka mahu saya hadir pada pukul 6 petang. Saya kira, tak haruslah mendera saya.
"Hari ini dia beri surat surat, hari ini dia mahu saya datang. Kena hormatlah saya yang sudah tua.

"Mereka meminta hadir hari ini, tetapi saya sudah berunding dan akan hadir esok, pada pukul 3 petang," kata Pak Samad lagi.

Pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih itu jugas berkata, beliau tidak dapat hadir untuk siasatan hari ini kerana mesyuarat gabungan NGO tersebut juga berlangsung pada petang ini.

Dalam perhimpunan yang dihadiri 10,000 orang pada malam tersebut, Pak Samad membaca satu sajak bertajuk Janji Demokrasi dan turut bercakap kepada para wartawan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad memberitahu pemberita pada malam itu bahawa pihak polis akan "menyiasat kemudian" sama ada Pak Samad telah melanggar undang-undang dengan membaca sajak tersebut.

NONEPolis membentuk tiga pasukan khas untuk menyiasat tindakan peserta semasa perhimpunan itu mengikut Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 290, 504 dan 509 Kanun Keseksaan.

Pasukan itu setakat ini menahan dua individu termasuk seorang siswa kolej swasta yang didakwa menunjukkan punggung pada gambar gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor semasa perhimpunan tersebut.

Seorang lagi yang ditahan merupakan seorang gadis berusia 19 tahun yang didakwa memijak gambar berkenaan dalam perhimpunan sama.

Pejabat PKR diserang samseng pakai baju Umno

Posted: 05 Sep 2012 03:54 AM PDT

Harakahdaily,
PETALING JAYA: Sekumpulan 30 samseng Umno mengadakan demonstrasi dan bertindak ganas dengan menyerang ibu pejabat PKR, Tropicana dekat sini tengahari tadi.

Menurut laporan Keadilandaily kumpulan samseng itu memakai kemeja-T Umno dan Barisan Nasional.

Mereka memegang kain rentang sambil menjerit antaranya, 'Jalur Gemilang' dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Portal itu yang memetik kenyataan Setiausaha Wanita PKR, Juwairiya Zulkifli berkata kumpulan samseng itu juga cuba bertindak ganas ke atas mereka yang cuba mengawal keadaan.

Demonstrasi pada jam 12.30 tengahari itu tadi dileraikan sepuluh minit kemudian dengan bantuan polis seramai 20 anggota yang terpaksa membuat sekatan di hadapan pejabat.

Kejadian ini merupakan insiden terbaru samseng Umno yang dilihat semakin berani menyerang Pembangkang sejak kebelakangan ini.

Ahad lalu, Anwar turut diserang di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah ketika sedang menyampaikan tazkirah Maghrib, selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan sehari sebelumnya.

Pemuda buktikan Maik cuba berpolitik

Posted: 05 Sep 2012 03:52 AM PDT

M Faqih,

KOTA BHARU: Pemuda PAS Kelantan sekali lagi tampil membuktikan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) cuba bermain politik dalam isu khutbah Jumaat dan Aidilfitri.

Teks khutbah Jumaat dikeluarkan Maik pada 31 Ogos lalu bertajuk "Hari Kemerdekaan" didapati mengandungi beberapa saranan dan sindiran berbentuk politik sehingga menimbulkan kegelisahan dan kebimbangan banyak pihak.

Antaranya berbunyi "Jagalah kemerdekaan, jagalah bangsa, selamatkanlah agama, selamatkan negara daripada sebarang anasir yang sanggup menjadi tali barut kuasa luar, kuasa asing yang memang tidak putus asa untuk memerintah negara ini.


"Kalau negara ini jatuh lagi ke tangan orang lain maka untuk mengambil semula, untuk bangun kembali, bangsa kita, umat kita, akan berhadapan dengan jalan yang amat sukar. Mungkin tidak keterlaluan untuk mengatakan mustahil dapat merampas kembali".

Pengarah Jabatan Kerajaan dan Swasta, Pemuda PAS Kelantan, Dr Rosli Allani Abdul Kadir berkata, ungkapan yang ditulis Maik dalam khutbah tersebut secara mudah dapat ditafsir orang ramai.

Katanya, ahli-ahli jemaah tertanya-tanya kepada siapakah sindiran tersebut ditujukan.

"Apakah teks khutbah Jumaat Maik menganjurkan supaya bangsa Melayu memaksakan kehendak mereka dan tidak lagi perlu mengambil kira pendapat dan sensitiviti bangsa-bangsa lain dalam mengharmonikan kehidupan masyarat.

"Saya berharap Timbalan Yang Dipertua Maik meneliti terlebih dahulu teks khutbah Jumaat Maik sebelum mengeluarkan kenyataan bahawa ia bebas daripada sebarang unsur politik," katanya di sini.

Sebelum ini pelbagai pihak mempertikaikan khutbah Aidifitri dikeluarkan Maik kerana secara jelas mempamerkan sikap berpihak dan bertentangan dengan aspirasi kerajaan negeri.

Ekoran itu ramai khatib menokok tambah khutbah tersebut supaya isinya lebih segar, namun Maik pula dalam satu kenyataan dilaporkan mahu mengambil tindakan terhadap imam terbabit.

Dr Rosli berkata, masyarakat yang celik politik sekarang dapat mengasosiasikan kenyataan-kenyataan tersebut dengan pihak yang ingin dikaitkan.

"Maik bukan sahaja tidak boleh berpolitik tetapi ia juga tidak boleh dilihat sebagai berpolitik.

"Persepsi masyarakat sekarang Maik telah mula berpolitik dalam teks khutbah dengan menyeru secara halus mereka supaya menolak pihak tertentu," katanya.

Menurutnya apabila persepsi sebegini wujud maka kredibiliti Maik di mata masyarakat sudah tentu akan terjejas.

"Saya juga menyeru Mufti Kelantan selaku Pengerusi Panel Penyedia Teks-Teks Khutbah Jumaat Maik supaya dapat mengambil tindakan segera.

"Sebarang persoalan yang berbangkit sepatutnya perlu dijelaskan. Bagi sesiapa yang mahu berpolitik eloklah mereka segera meletak jawatan dan terjunlah ke dunia politik.

"Jangan pula hanya berani berselindung di sebalik institusi tertentu untuk menghentam pihak-pihak lain secara bersembunyi," ujarnya.

Saham FGVH terus merudum

Posted: 05 Sep 2012 03:50 AM PDT

Mazlan Aliman,



(Gambar: Senarai pemegang saham utama FGVH beserta jumlah saham mereka)

Harga saham FGVH yang ditutup semalam mencatat penurunan, tinggal RM4.96. Jika peneroka menjualnya pada harga RM5.06 sewaktu Julai lalu setelah ditolak handling fee RM165.00, interest charged RM29.41dan lain2 cuma dapat lebihan RM212.37; kalau jual ketika ini, berapa yang tinggal?

Mengingati semula pesanan YAB Perdana Menteri (PM) ketika mengumumkan 'durian runtuh' pada 8 Mei lalu, peneroka jangan jual saham FGVH, jadikan pelaburan untuk simpanan masa depan...Apa jaminan buat peneroka jika ikut nasihat PM?

Barang diingat, mengikut penganalisis pasaran saham, jika saham FGVH turun ke paras RM4.70 maka pemegang saham FGVH mula menanggung rugi. Jika peneroka ikut nasihat PM, bertimpa-timpa beban peneroka.

Hutang Tanam Semula antara RM 50K-RM 157K dengan interest 6.25%, pinjaman rumah RM20K-RM40K dengan Kos Pengurusan 2.5% dan terkini hutang pinjaman saham FGVH RM3640 dengan interest 5%; kehidupan peneroka sesungguhnya diselubungi hari2 yang makin sukar!

Saya paparkan jumlah saham FGVH yang (Tan Sri) Isa Samad dan Ahli Lembaga Pengarah FGVH dapat. Ini belum mengambilkira proksi dan para kroni yang dapat. Saya tidak pasti samada mereka telah menjualnya atau belum bagi meraih keuntungan segera. Mereka tentu ada penasihat dan menghubungi remiser apa yang perlu dilakukan. Bagi staf Felda, mungkin juga mereka boleh berfikir nak bertindak macamana. Namun, bagi peneroka yang tak tau apa-apa, siapa yang nak menasihati mereka?

Saya berkongsi pengalaman pilu peneroka Felda Cahaya Baru, Sendayan, Labu Johnson, Bukit Cerakah dan Sg Buaya yang mula2 seronok dan gembiranya bukan kepalang tika dijanjikan pampasan jutaan ringgit. Akhirnya, bila tertipu...yang mereka tahu hanya menangis sahaja. Itulah bahasa mereka!

Peneroka Felda Bukit Rokan Utara menangis tersedu-sedu macam anak kecil tunjukkan kos Tanam Semula mereka mencecah RM157,000; bahkan dengan hutang sebesar itu, kebunnya tidak diselenggarakan dengan sempurna dan berusia 75 tahun....kepada siapa mereka mahu mengadu?

Sudahlah dibebankan dengan hutang yang kian menggunung, apa nak jawab depan Allah dosa riba' yg ditanggung peneroka puluhan tahun?
Penglibatan syarikat Yahudi dan judi dalam FGVH pula kita nak guna hujah apa?
407,005,000 saham Genting Bhd dlm FGVH sedangkan 97% peneroka Felda adalah orang Islam, mana mufti dan Ulama Muda Umno?

Kalau ye pun nak bodek Najib, Ahmad Maslan dan Isa Samad gunalah hujah intelek. Takkan hanya tahu meratib; syukur Umno bagi tanah, tak suka boleh keluar Felda, tak sedar diri makan hasil Felda tapi hentam Felda.... Skrip yang berulang dan saya dengar lebih 30 tahun dulu!

Terpulang, samada kita nak kata...'Ada aku kesah' atau 'Lu fikir la sendiri'.

*Penulis adalah Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) merangkap AJK PAS Pusat

Gerakan selamatkan negara perlu disegera

Posted: 05 Sep 2012 03:48 AM PDT

Yaakub Dasan,

RANTAU PANJANG: Negara perlu diselamatkan segera bagi mengelakkan lebih banyak penyelewengan dilakukan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) demi masa depan rakyat negara ini.

Bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Dr Rosli Yaakub berkata, antara penyelewengan yang dikesan  penglibatan Bank Negara dalam spekulasi mata wang menyebabkan kerugian RM30 bilion.

Selain itu kerajaan BN menggadaikan lebih separuh daripada jumlah tiga juta ekar tanah rizab Melayu.

"Begitu juga wang yang dibawa keluar dan disimpan di negara asing berjumlah RM1.08 trilion dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini," katanya pada Ceramah Merdeka di Pusat Tarbiah PAS Rantau Panjang di sini malam tadi.

Hadir sama bekas Pengerusi Mara, Datuk Tamrin Ghafar, bekas Ketua Pemuda Umno Ketereh, Mohd  Sobri Shafii, Yang Dipertua (YDP) PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun, Naib YDP, Mohamad Awang dan Ketua Penerangan, Abul Aziz Yunus.

Orang ramai memenuhi perkarangan markas tersebut yang terletak di jalan Pasir Mas-Rantau Panjang.

Dr Rosli yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS  Negeri  Sembilan mendedahkan silap urus tadbir Bumiputra Malaysia Fincance (BMF) di Hong Kong pada 1980-an menyebabkan negara kehilangan ratusan juta ringgit.

Oleh itu kata beliau gerakan menyelamat perlu disegerakan sekiranya rakyat benar-benar mahukan negara ini selamat.

"Dengan adanya kesedaran rakyat bagi menyelamatkan situasi tersebut peluang Pakatan Rakyat untuk menang semakin hampir," katanya sambil disambut laungan boleh oleh orang ramai.

Begitu juga katanya potensi di Negeri Sembilan diyakini peluang mendapat majoriti mudah semakin cerah daripada jumlah 36 kerusi Dun.

Sementara itu Tamrin mendedahkan beliau meninggalkan Umno kerana memikirkan keadaan di Padang Mahsyar kelak akan terbeban sekiranya terus bersekongkol dengan kerajaan yang menyeleweng.

"Saya masuk PAS bukan kerana  nak cari makan, tetapi takut disoal oleh malaikat kenapa masih sokong Umno sedangkan kita tahu kerajaan BN menyeleweng," katanya.

Ustaz Azizan ceria dan pengerusikan mesyuarat Exco

Posted: 05 Sep 2012 03:47 AM PDT

Hazayani Zakaria,

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak hari ini mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Aman.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Helmi Khalid berkata, kesihatan Azizan semakin baik dan mampu menghadiri majlis-majlis rasmi.

"Ustaz Azizan sedang mempengerusikan mesyuarat dan beliau nampaknya sihat walafiat," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily kira-kira jam 11 pagi ini.

Akhbar Sinar pula melaporkan, Azizan kelihatan ceria ketika tiba di Wisma Darul Aman hari ini bagi mempengerusikan mesyuarat Exco.

Ketibaan beliau disambut oleh Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Rasli Basir.

Ketika ditemui di pekarangan lobi Wisma Darulaman, Azizan yang ceria sempat berseloroh dengan jurugambar dan wartawan yang tiba sejak  jam 10 pagi untuk merakamkan wajah beliau buat pertama kali selepas dilaporkan mengalami masalah kesihatan.

"Tengoklah sendiri, saya sihatkan," katanya, sambil ketawa.

Azizan sempat bergurau dengan wartawan, mengatakan keadaan beliau semakin baik malah dirinya semakin kacak sejak kembali sihat.

(Ustaz Azizan kelihatan ceria apabila tiba dengan ditemani Setiausaha Akhbarnya, Helmi)

"Makin kacak tak," katanya, sambil mengenyitkan mata, lapor wartawan Sinar Harian.
Menurut Helmi, Azizan masih perlu berehat dan mendapat rawatan susulan di KMC.

Awal minggu lalu, Azizan dimasukkan ke Pusat Perubatan Kedah (KMC) di Alor Setar akibat keletihan kerana terlalu banyak menghadiri program sepanjang Ramadan.

Doktor juga menasihatkan beliau agar berehat di hospital untuk memastikannya mendapat rehat yang cukup.

Kali terakhir Azizan mempengerusikan mesyuarat Exco ialah pada Ahad, 5 Ogos lalu.

Sabtu lalu juga, Azizan yang kelihatan semakin pulih dilihat menghadiri Majlis Rumah Terbuka PAS Kedah.

MB sedia menghadap Sultan Selangor

Posted: 05 Sep 2012 03:45 AM PDT

NURULFATIHA MUAH

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Abdul Khalid menjawab pertanya pemberita mengenai isu jemputan sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri.
 
SHAH ALAM – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memohon menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bagi menjelaskan berhubung isu baginda tidak dijemput menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri, Khamis lalu, sekiranya perlu.

Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun akan memberi ruang kepada jawatankuasa sambutan itu untuk memberikan penjelasan terlebih dahulu berhubung jemputan berkenaan pada mesyuarat mingguan Exco, hari ini.

"Kalau kita perlu (menghadap Tuanku untuk beri penjelasan), kita akan beri penjelasan. Saya percaya jawatankuasa sambutan yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (Datuk Mohammed Khusrin Munawi) mempunyai jawapan dan pandangan mereka.

"Jadi, saya kena memberi mereka peluang untuk terangkan apa yang berlaku dan apa yang patut dilakukan.

"Tapi saya percaya, daripada rekod-rekod (program) yang telah diadakan dalam negeri, kita akan mengkaji sebab kenapa jawatankuasa yang sudah dibuat (lebih) empat tahun lalu, (tiba-tiba) ada perkara berbangkit," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri 2012 anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Abdul Khalid bersedia untuk menghadap Tuanku bagi menjelaskan perkara itu dan memohon maaf kepada baginda.

Mengulas program melibatkan Tuanku, Abdul Khalid berkata, majlis yang bakal dihadiri baginda akan dirangka dua bulan lebih awal seperti program di masjid yang dibuat sebulan sebelum Ramadan.

"Semua aktiviti Tuanku, Istana dan aktiviti negeri dirangka sekurang-kurangnya satu bulan sebelum majlis berlangsung, bukan secara tiba-tiba, tetapi dijalankan secara teratur.

"Ia termasuk wakil protokol. Dalam pentadbiran negeri, kita mempunyai pegawai-pegawai protokol yang akan mengingatkan kita bagaimana program ini dilakukan," katanya.

Ahad lalu, Sinar Harian melaporkan, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, Sultan Sharafuddin mempersoalkan Kerajaan Negeri menjemput Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu kehormat dan memberikan ucapan pada majlis sambutan tersebut.

Katanya, ia menimbulkan tanda tanya kepada Tuanku memandangkan program tersebut adalah program rasmi Kerajaan Negeri.

SK Sungai Kechil guna Twitter sebagai medium dengan ibu bapa

Posted: 05 Sep 2012 03:42 AM PDT

SINAR HARIAN

NIBONG TEBAL - Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kechil di sini menggunakan media sosial Twitter sebagai medium bagi menyalurkan setiap program, aktiviti atau hebahan berkaitan sekolah kepada ibu bapa dan orang awam.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Mohd Foad Mat Isa berkata sekolah berkenaan mungkin menjadi sekolah luar bandar pertama di negara ini menggunakan laman sembang sosial itu.

"Penggunaan Twitter oleh SK Sungai Kechil amat digalakkan kerana ia boleh menjimatkan kos selain mempercepatkan proses pemberitahuan sesuatu maklumat atau hebahan.

"Selepas ini semua maklumat yang hendak disampaikan termasuk mesyuarat guru akan dimaklumkan secara tweet," katanya kepada pemberita selepas melancarkan tweet secara langsung sekolah berkenaan dengan para pengguna Twitter.

Turut hadir pada majlis itu Guru Besar SK Sungai Kechil, Abdul Halim Aris.

Dalam tempoh dua jam dilancarkan, akaun Twitter sekolah itu dilayari 160 pengikut termasuk Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang.

Mohd Foad berkata beliau mencadangkan kepada pihak sekolah supaya membuat halaman khas dalam Twitter bagi membolehkan bekas murid-muridnya mengetahui mengenai kemajuan sekolah dari semasa ke semasa.

Katanya menerusi cara itu, bekas murid SK Sungai Kechil yang berjaya boleh dijadikan ikon sekolah.

"Mereka yang terpilih ini mungkin boleh kembali ke sekolah untuk memberi kata-kata semangat atau dorongan kepada pelajar sedia ada," katanya.

Sementara itu, beliau berkata sekolah itu akan mewakili Pulau Pinang ke peringkat kebangsaan selepas mendapat tempat pertama pertandingan semarak kemerdekaan baru-baru ini.    -- BERNAMA

Kedah nafi mesyuarat Exco di hospital

Posted: 05 Sep 2012 03:35 AM PDT

MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI

Azizan Abdul Razak
Azizan Abdul Razak

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri menafikan mesyuarat mingguan Exco yang tertangguh akan dibuat hari ini di Pusat Perubatan Kedah (KMC) yang mana Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sedang menerima rawatan di hospital swasta berkenaan.

Pegawai Khas (Penerangan) kepada Menteri Besar, Teh Kok Soo berkata, mesyuarat Exco akan diadakan di Wisma Darul Aman seperti biasa.

Beliau berkata, desas desus kononnya mesyuarat Exco akan diadakan di hospital adalah sesuatu yang mustahil.

"Walaupun doktor membenarkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menghadiri mesyuarat exco esok (hari ini), namun kita perlu perhatikan keadaan semasa kesihatannya.

"Beliau akan hadir pada mesyuarat Exco esok (hari ini) jika keadaan kesihatannya baik. Tetapi kalau keadaannya kurang baik, mungkin beliau tidak akan hadir," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata Azizan telah dinasihatkan doktor agar berehat dan akan memanggil mesyuarat Exco dalam waktu terdekat, yang akan diadakan di hospital.

Mustafa yang sebelum itu melawat Azizan hanya mengalami keletihan, keadaan yang tidak perlu dibimbangi rakyat Kedah dan ahli-ahli Pas sendiri.

Kali terakhir Azizan mempengerusikan mesyuarat Exco ialah pada Ahad, 5 Ogos (16 Ramadan). Sabtu lalu, Azizan yang kelihatan semakin pulih dilihat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Pas Kedah, Sabtu lalu.

Henti serangan ganas, PKR gesa BN

Posted: 05 Sep 2012 03:29 AM PDT

Raziatul Hanum A Rajak

 Datuk Saifuddin Nasution Ismail
Datuk Saifuddin Nasution Ismail
 
SHAH ALAM - Berhadapan dengan demonstrasi dan serangan terhadap PKR buat kali ketiga dalam tempoh seminggu ini, Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menggesa Barisan Nasional (BN) menghentikan taktik ganas terhadap parti itu.

Katanya, taktik ganas tidak dapat menyekat perjuangan PKR selain mengingatkan Umno BN bahawa politik yang dimainkan dalam zaman siber di mana maklumat tersebar dengan cepat.

Saifuddin akui amat kesal atas insiden yang berlaku di hadapan ibu pejabat PKR, tengah hari tadi.

"Insiden ini amat dikesali. Berlaku berturutan dalam lima hari. Serangan bertubi-tubi ke atas pemimpin dan premis PKR," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online petang tadi.

Menurutnya, kejadian-kejadian yang berlaku ini memberi tanda bahawa Umno dan Barisan Nasional (BN)sangat terdesak.

"Tindakan ini beri isyarat bahawa Umno dan BN yang sangat terdesak dengan sokongan rakyat terhadap kempen-kempen yang dijalankan.

"Jadi mereka guna samseng untuk takutkan PKR," kata beliau yang memaklumkan bahawa baru saja tiba di KLIA dan dimaklumkan tentang kejadian itu.

Dihubungi sekitar jam 4 petang tadi, beliau turut mempersoalkan tentang tindakan pihak polis ke atas insiden serangan yang berlaku sejak beberapa hari lalu.

"Tiada sebarang tangkapan dibuat oleh pihak polis. Apabila sudah ada kecederaan parah atau kematian baru nak ambil tindakan," katanya.Tambah beliau: "Ini yang kita persoalkan.

"Saifuddin belum pasti sama ada sebarang laporan polis sudah dibuat atau belum tetapi pasti akan dibuat.Sinar Harian Online cuba mendapatkan komen daripada Umno tetapi belum berhasil.

Status Nasha: Kami tentukan bukan orang lain, kata Pas

Posted: 05 Sep 2012 03:27 AM PDT

NURUL AINI MOHAMED ALI

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
 
SHAH ALAM - Pas menegaskan tiada pihak atau individu yang boleh campur tangan mempengaruhi keputusan Majlis Syura melibatkan nasib bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa.

Sehubungan itu kata Pas, sebarang khabar angin berkenaan penglibatan pihak luar atau individu dari parti lain adalah fitnah.

Majlis Syura Pas akan mula bersidang 9 September ini.

Naib Presiden, Salahuddin Ayub berkata, khabar angin yang mengatakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan campur tangan dalam keputusan Majlis Syura melibatkan nasib Nasharudin merupakan fitnah yang tidak bertanggungjawab.

Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim dalam petikan sebuah akhbar percaya Ahli Parlimen Bachok itu bakal menerima nasib serupa seperti bekas Naib Presidennya, Datuk Dr. Hasan Ali yang kini berjaya disingkirkan daripada terus membuat 'kacau' di dalam parti.

Menurut Salahuddin, kenyataan Zamil tidak berasas sama sekali kerana sepanjang perjuangannya lebih 30 tahun bersama Pas, sebarang keputusan Majlis Syura tidak pernah melibatkan pengaruh orang luar.

"Adalah menjadi tanggungjawab Majlis Syura bagi menentukan nasib Nasha nanti. Penglibatan atau campur tangan pihak selain dari Pas merupakan satu tuduhan yang tidak benar sama sekali," tegas Salahuddin.

Tambah beliau, Pas meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Majlis Syura untuk membuat keputusan melibatkan Nasharudin.

"Kita tunggu saja keputusan Majlis Syura nanti. Penglibatan pihak luar berhubung keputusan Majlis Syura satu fitnah," tegas beliau.

Posted: 04 Sep 2012 04:49 PM PDT

Peniaga 'serang' rumah terbuka Aidilfitri DAP Pulau Pinang

5 September 2012
GEORGETOWN - Seramai 20 peniaga kecil Padang Kota Lama berhimpun di hadapan pekarangan Balai Rakyat Jalan Patani di sini, yang menjadi lokasi sambutan majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran parti DAP Pulau Pinang.

Wakil peniaga M. Balakrishnan, 54, berkata, perhimpunan itu adalah sebagai tanda protes terhadap kepimpinan kerajaan negeri yang didakwa gagal membela kebajikan peniaga kecil di Padang Kota Lama.

Perhimpunan itu bagaimanapun bertukar kecoh apabila exco kerajaan negeri dikatakan enggan bertemu peniaga berkenaan untuk membincangkan masalah mereka.

Tinjauan Bernama pada pukul 9.30 malam, mendapati beberapa buah kereta milik exco kerajaan negeri, mula meninggalkan lokasi walaupun majlis baru bermula pada pukul 8.30 malam.

Para peniaga terbabit kelihatan menahan dan mengetuk cermin kereta dipercayai milik exco kerajaan negeri serta menunjukkan kasut sambil melaung-laungkan kata-kata kesat.

Sepasukan anggota skim rondaan sukarela (SRS) cuba mententeramkan keadaan, namun tidak berjaya dan berikutan kejadian itu terdapat beberapa kereta yang kemek.

Difahamkan majlis rumah terbuka itu dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mansor Othman; Exco Hal Ehwal Agama dan Perdagangan Dalam Negeri Abdul Malik Abul Kassim; dan Exco Kerja Raya, Utiliti & Pengangkutan, Lim Hock Seng.

Perhimpunan itu bersurai apabila anggota polis tiba di tempat kejadian kira-kira 40 minit selepas kekecohan berlaku. - Bernama

Keputusan perlawanan ke-5 Piala Malaysia

Posted: 04 Sep 2012 04:43 PM PDT

NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH DAN SITI FATIMAH MUHAMMAD ALI

Piala Malaysia
Piala Malaysia
 
BERIKUT keputusan penuh perlawanan kelima saingan Piala Malaysia 2012 yang berlangsung malam ini.
Daripada lapan perlawanan, lima pertemuan menyaksikan kemenangan.

Kumpulan A
Johor FC (1) mln Johor (3)

PKNS (1) mln Lions XII (0)

 
Kumpulan B
Terengganu (0) mln ATM (2)

Kedah (0) mln Kelantan (0)
 

Kumpulan C
Sime Darby (1) mln Negeri Sembilan (1)

Felda United (2) mln Perak (2)

 
Kumpulan D
Sarawak (6) mln T-Team (1)
Pahang (1) mln Selangor (4)

[LAGI BERITA BERKAITAN: Catat seri, Kelantan tetap berpeluang ke suku akhir]

Budak maut kepala tertusuk buluh penyidai

Posted: 04 Sep 2012 04:42 PM PDT

SITI NOOR SEPEE

Budak maut kepala tertusuk buluh penyinai
Che Samad menunjukkan laporan polis dibuat berhubung kejadian berkenaan.
 
JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia selepas tiga hari bertarung nyawa akibat kecederaan parah di kepala kerana tertusuk buluh penyidai pakaian yang terjatuh dari tingkat 12, Blok C, Flat Sri Tanjung, Taman Kempas Permai dalam kejadian 10.30 malam, Ahad lalu.

Mangsa, Muhammad Alias Che Samad, 4, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11 pagi semalam di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.

Menurut bapa mangsa, Che Samad Che Omar, 51, ketika kejadian, dia bersama anak bongsunya itu sedang berjalan ke kawasan tempat letak motosikal yang berada di tingkat bawah bangunan 17 tingkat berkenaan sebelum sebatang buluh terjatuh terkena kepala anaknya.

"Alias berjalan di hadapan manakala saya berada satu meter di belakangnya. Tiba-tiba sebatang buluh sepanjang 1.7 meter terjatuh lalu tertusuk di kepalanya sedalam kira-kira dua inci menyebabkan anak saya terus pengsan dalam keadaan berlumuran darah.

"Dalam keadaan panik, saya terus mendakap Alias yang rebah. Tanpa berfikir panjang saya terus menghantarnya ke HSA menaiki motosikal dengan bantuan jiran," katanya ketika ditemui di wad PICU HSA, di sini, semalam.

Che Samad berkata, Alias dibedah pada hari yang sama, namun hasil pemeriksaan doktor mendapati harapan untuk anak lelakinya itu hidup adalah tipis.

"Saya reda apabila doktor memaklumkan harapan untuk satu-satunya anak lelaki saya itu selamat hanya 50-50. Namun saya dan isteri tidak berhenti-henti berdoa agar Alias mampu pulih seperti sediakala," katanya yang turut mempunyai tiga anak perempuan berumur 10, 8, dan 6 tahun.

Menurutnya, sebelum Alias menghembuskan nafas terakhir, doktor juga memaklumkan bahawa bahagian otak anaknya gagal berfungsi akibat kecederaan itu.

Sementara itu, ibu mangsa, Halimah Zakaria, 32, yang masih terkejut dengan kematian anaknya enggan mengulas lanjut.

Che Samad yang menyewa di flat berkenaan sejak enam tahun lalu mengesyaki ada individu yang bertindak membaling objek berkenaan hingga menyebabkan kematian anaknya berdasarkan jarak objek itu terjatuh dengan kawasan parkir motosikal.
Berikutan kejadian itu, Che Samad membuat laporan polis di Balai Polis Johor Bahru Central, semalam. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan mengesahkan kejadian terbabit dan memaklumkan pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut.

Jenazah Muhammad Alias dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Alif, di sini, malam semalam.

Insiden tazkirah: PKR beri polis 24 jam ambil tindakan ke atas ahli Perkasa

Posted: 04 Sep 2012 04:33 PM PDT

RUZY ADILA IDRIS & JAMILAH HAMZAH

PETALING JAYA - PKR memberi tempoh 24 jam kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan ke atas peserta, dipercayai ahli Perkasa, yang membuat provokasi di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Star sewaktu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menyampaikan tazkirah, kelmarin.

Naib Presidennya, N. Surendran berkata, sepanjang tazkirah berlangsung tidak ada sebarang provokasi dilakukan oleh ahli PKR, sebaliknya hanya dimulakan oleh ahli Perkasa.

"Perbuatan itu jelas menunjukkan kepimpinan Umno menyokong perbuatan jenayah di kalangan ahlinya.

"Kami tetap mengatakan Umno tetap mempunyai kaitan dengan insiden ini kerana kebanyakan ahli Umno adalah ahli Perkasa," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini sebentar tadi.

Kelmarin, sekitar 6.20 petang, lebih 50 ahli Perkasa Kota Setar mengadakan demonstrasi menentang penggunaan masjid itu yang didakwa sebagai medan politik Anwar.

Mereka seterusnya mengadakan bantahan di luar masjid berkenaan di mana Anwar menyampaikan tazkirah selepas solat Maghrib.

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Muty mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) tergugat dengan sokongan rakyat yang ditunjukkan dalam tazkirah Anwar pada 2 September lalu.

Menurutnya, langkah terbaik dalam meleraikan kecelaruan politik dan mengangkat martabatnya melalui debat dan perbahasan umum oleh kedua pemimpin hebat parti politik negara.

"Umno dan BN rasa gentar dengan program Anwar... orang ramai banyak ikuti Anwar dan tazkirah yang dibuat bagi kesan besar dan ini takutkan mereka.

"Untuk leraikan kecelaruan pendapat dan timbulkan pelbagai provokasi, cara berdebat adalah langkah terbaik," katanya.

Beliau berkata, pihak PDRM perlu bersama memberi sokongan dalam menjayakan hasrat mengukuhkan amalan budaya politik tinggi dan murni dengan mengambil tindakan drastik kepada kelompok politik yang provokatif dan ganas.

"Sesungguhnya kesopanan dan kesusilaan adalah prinsip rukun negara.

"Justeru kami akan terus amalkan budaya politik sihat, aman, berbudaya tinggi dan bertamadun dalam teruskan misi memartabatkan kedaulatan rakyat," katanya lagi.

Sidang media itu turut ditayangkan bersama bukti rakaman video kekecohan yang berlaku berdurasi 20 minit.

Pemain skuasy Azlan Iskandar sertai Umno

Posted: 04 Sep 2012 04:32 PM PDT

HIDAYAH HAIROM

Azlan Iskandar
Azlan (kanan) menyerahkan borang menyertai Umno kepada Kamarudin (kiri) ketika Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Segambut.
 
KUALA LUMPUR - Pemain skuasy negara, Mohd Azlan Iskandar mengambil keputusan menyertai Umno, sekali gus menjadi atlet ternama pertama menyertai parti politik.

Penyerah borang menyertai Umno Segambut diadakan pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Segambut Ahad lalu.

Azlan ketika dihubungi berkata, penyertaannya dalam politik kerana percaya dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan percaya dengan sistem kerajaan sedia ada.

"Penyertaan ini adalah dari saya sendiri dan tidak dipengaruhi siapa-siapa, malah pada orang yang mengenali saya, mereka tahu saya bukan jenis yang mudah dipengaruhi," katanya, kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Azlan turut mengakui akan mengundi buat pertama kalinya pada PRU akan datang setelah kembali menetap di Malaysia awal tahun ini.

Katanya, dia menetap di England sejak berumur 16 tahun, dan tidak mendapat pendedahan yang sewajarnya dalam memberi kesedaran untuknya melaksanakan tanggungjawab mengundi.

"Sekarang umur saya 30 tahun dan saya rasa lebih baik saya mulakan sekarang daripada langsung tidak," katanya.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Segambut, Datuk Kamarudin Ambok, berkata, pihaknya amat mengalu-alukan penyertaan golongan muda dalam Umno terutamanya golongan profesional.

"Pihak Umno tidak menawarkan apa-apa, kerana penyertaan Azlan ini atas dasar dia sendiri mahu berkhidmat dalam Umno. Jadi saya harap ia dapat menjadi ikutan golongan muda," katanya.

Kemalangan lima kenderaan

Posted: 04 Sep 2012 04:30 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

Muhd Taib Ahmad
Lima kenderaan termasuk sebuah motosikal terlibat dalam kejadian kemalangan di KM55.5 Jalan Klang-Teluk Intan.
 
SUNGAI TERAP - Kegembiraan sekeluarga yang dalam perjalanan pulang dari Taman Tema Genting Highland berakhir tragedi apabila dua daripada mereka maut dalam kemalangan melibatkan  lima kenderaan di KM55.5 Jalan Klang-Teluk Intan, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, seorang pemandu dan anaknya maut di tempat kejadian selepas kereta jenis Perodua Myvi dipandu dari arah Kuala Selangor menuju ke Tanjong Karang cuba memotong sebuah kenderaan di hadapan melalui garisan pembahagi jalan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Muhd Taib Ahmad, pemandu, Gan Han Siong, 28, dikatakan gagal mengawal kenderaan lalu melanggar bahagian kanan belakang kereta jenis Proton Satria di laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah kereta jenis Honda City melalui jalan itu pada masa sama.

"Akibat pelanggaran itu, kereta dipandu Han Siong berpusing dan kemudiannya melanggar sebuah motosikal yang ditunggang bekas kakitangan Agrobank, Mohd Amir Sarif, 65, yang ketika itu dalam perjalanan dari Tanjong Karang menghala ke Kuala Selangor," katanya.

Muhd Taib berkata, akibat kejadian itu, mangsa tercampak tidak jauh dari kenderaannya yang terhumban ke dalam parit berhampiran manakala anaknya, Gan Chui Yin, 11, melambung kira-kira tujuh meter ke dalam kebun kelapa sawit dari tempat kejadian.

Menurutnya, mangsa dan anaknya yang beralamat di No 13, Jalan Wawasan 1, Taman Wawasan Tanjong Karang itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala penunggang motosikal, Mohd Amir yang beralamat di Blok S, Sawah Sempadan itu turut terkorban dalam nahas terbabit.

"Akibat pelanggaran itu, isteri dan anak kepada mendiang Han Siong mengalami kecederaan teruk dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh manakala pemandu kereta jenis Honda City dan dua penumpang mengalami kecederaan ringan serta patah bahu kanan.

"Dalam masa sama, sebuah lagi pemandu kereta jenis Perodua Viva yang melihat pelanggaran itu cuba menggelakkan lalu terjunam masuk ke dalam kawasan parit. Pemandu dan seorang penumpang terbabit dilaporkan cedera ringan," katanya.

Muhd Taib berkata, ketiga-tiga mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing manakala isteri dan anak kepada mendiang Han Siong sehingga semalam dilaporkan sudah sedarkan diri dan stabil di Hospital Sungai Buloh.

Tiada ulasan: