Rabu, 5 September 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


"Kami Mintak Maaf, Talian Terputus..." KahKahKah..

Posted: 04 Sep 2012 10:16 PM PDT


Kahkahkahkahkah......siapa tengok Hello Malaysia (4/9/2012: 10pm), dan topik yang dibincangkan adalah tentang BUDAYA BIADAP. Kemudian talian dibuka untuk orang ramai menyatakan pendapat dan memberi soalan.......menarik perhatian satu panggilan dari Sarawak yang bertanya tentang tindakan berat sebelah tentang kejadian insiden yang berlaku semasa malam 30hb.


Pemanggil juga bertanyakan mengapa tiada tindakan diambil tentang insiden kencing di gambar TGHA dan TGNA dan berbagai-bagai lagi kejadian yang hampir sama berlaku.

Boleh lihat dengan jelas bagaimana muka2 ahli panel ketika pemanggil sedang bercakap tiba-tiba .....tut...tut...tut~~~~~~ talian terputus.... dan pengacara mengatakan "KAMI MINTAK MAAF TALIAN TERPUTUS"......kahkahkahkahkahkahkah.....Nampak sangat tak dapat terima kenyataan.....

P/S : Sekarang ni zaman IT sekejap jer maklumat tersebar..... rakyat tak mudah ditipu lagi.....credit pada kawan admin sebab sampaikan berita ni... hehehehehe...

~ Pakatan Rakyat Supporters


Debat Anwar-Najib Cara Terbaik Leraikan Politik Ganas

Posted: 04 Sep 2012 09:06 PM PDT

Debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak perlu diteruskan kerana ia merupakan langkah terbaik meleraikan kecelaruan politik semasa, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.

"Dengan cara ini, rakyat dapat dididik dengan budaya politik beraras tinggi, intelektual dan bertamadun.

"Namun demikian, kita amat kecewa kerana Najib bersungguh-sungguh ingin mengelak ia berlaku atas alasan yang begitu dangkal dan remeh," katanya dalam satu kenyataan.


Beliau mengulas insiden provokasi oleh pendesak Melayu Perkasa di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar, Ahad lalu ketika Anwar menyampaikan tazkirah.

"Tindakan agresif dan ganas mereka semasa Anwar sedang menyampaikan tazkirah ringkas adalah di luar batas susila bangsa Melayu dan Islam," tegasnya.

Pengerusi KEADILAN Perak itu berkata, provokasi tersebut merupakan rentetan dari siri politik ganas samseng Umno, sebagai manifestasi dari tekanan dan kekecewaan apabila menyedari mereka gagal menyekat sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat untuk menghadapi PRU ke 13 akan datang.

"Keputusan PRU-12 yang lalu benar-benar mengejutkan Umno. Lantaran begitu tertekan, mereka hilang kerasionalan dan kematangan politik, hinggakan pemimpin tertingginya pernah melafazkan ikrar akan mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekalipun," jelasnya.

"Demi mencapai matlamat ini, Perkasa salah satu instrumen yang digunakan," kata Muhammad Nur.

Beliau berkata, perbezaan pandangan dan pendirian politik adalah suatu yang fitrah.

"Justeru, kita menyeru agar semua aktivis politik tanah air terutama para pendokong Umno dan BN agar bersama meneruskan perjuangan kita membela rakyat secara secara sihat, matang dan bertamadun," katanya.

KEADILAN juga menyeru agar pihak berkuasa keselamatan negara turut memberi sokongan dalam menjayakan hasrat murni mengukuhkan amalan budaya politik aras tinggi.

"Justeru, kita menuntut agar pihak keselamatan segera bertindak secara tegas dan drastik demi membanteras budaya politik ganas dan samseng yang sedang berleluasa," kata beliau.

http://www.keadilandaily.com/debat-anwar-najib-cara-terbaik-leraikan-politik-ganas/


Keretapi Tanah Melayu (KTM) Pula Hendak Dilelong?

Posted: 04 Sep 2012 09:32 AM PDT

KEADILAN memberi amaran kepada pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak supaya membekukan segala rancangan untuk menswastakan operasi KTMB kepada MMC Corp Berhad yang dikawal oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

KEADILAN difahamkan bahawa MMC telah mengemukakan pelan operasi dan pengambilalihan pada awal tahun ini dan pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak sedang dalam proses untuk meluluskan pelan pengambilalihan tersebut.


Ada beberapa perkara pokok yang perlu dipertimbangkan sebelum kerajaan menswastakan KTMB buat kali yang kedua selepas penswastaan kali pertama di bawah syarikat Marak Unggul Sdn Bhd gagal, iaitu:

1. Apakah syarat-syarat yang dikenakan oleh kerajaan bagi memastikan aset dan pegangan tanah KTMB yang dianggarkan berjumlah RM50 bilion tidak jatuh ke tangan pihak swasta atau persendirian?

2. Apakah jaminan kerajaan bahawa kebajikan kakitangan KTMB akan dilindungi seadilnya apabila mandat diberikan kepada MMC Corp Berhad untuk mengendalikan pekerja?

3. Apakah bentuk bantuan kewangan yang ditawarkan oleh kerajaan kepada MMC Corp Berhad untuk mengelakkan satu lagi projek swasta dibiayai oleh wang rakyat?

Saya juga melahirkan rasa kesal kerana sekali lagi pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak mengingkari janjinya bahawa semua tender akan dikendalikan secara terus dan melalui tender terbuka.

Seperti juga projek MRT yang kini menimbulkan kemarahan kumpulan-kumpulan yang rapat dengan Umno sendiri, penswastaan KTMB dibuat melalui satu kertas cadangan yang dikemukakan oleh MMC Corp Berhad.

Sekiranya syarat pengambilalihan hanyalah melibatkan peningkatan kecekapan operasi dan kos (dan tidak menanggung hutang KTMB yang berjumlah RM1 bilion), adalah lebih wajar jika kerajaan menjemput seberapa ramai usahawan dan konsortium untuk menyertai satu tender terbuka memandangkan pakej suntikan kewangan oleh pengendali baru tidak termasuk tanggungan hutang sedia ada.

Sikap Dato' Seri Najib Tun Razak yang memusatkan operasi dan kontrak melibatkan infrastruktur dan harta utama negara di tangan beberapa kroni utama beliau semakin memuncak.

Kini pun, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary telah menguasai operasi dan aset-aset pelabuhan di negara ini. Konsortium beliau juga dianugerahkan tender pembinaan MRT yang kosnya dijangka melampaui RM100 bilion.

Dengan anugerah penswastaan KTMB pula, bermakna syarikat-syarikat yang dikawal oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary akan menguasai pengangkutan keretapi yang merupakan alternatif terpenting kepada sistem pengangkutan awam darat di masa hadapan. Ini bermakna, sebarang usaha untuk menaiktaraf sistem pengangkutan awam sudah tentu akan melibatkan beliau kerana monopoli yang dipegangnya.

KEADILAN menentang sepenuhnya cubaan untuk mewujudkan monopoli pengangkutan keretapi dengan anugerah penswastaan baru kepada MMC Corp Berhad untuk mengambilalih operasi KTMB.

Berdasarkan projek-projek penswastaan dan kerjasama swasta yang telah gagal sebelum ini seperti penswastaan kali pertama KTMB dan kerjasama MAS-AirAsia, KEADILAN yakin tindakan menswastakan KTMB juga bermotifkan keuntungan semata-mata yang membelakangkan kepentingan nasional

YB NURUL IZZAH ANWAR
NAIB PRESIDEN KEADILAN
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
4 SEPTEMBER 2012


Inilah Wajah Lembu-Lembu Perkasa Kedah Yang Serang Masjid

Posted: 04 Sep 2012 06:19 AM PDT



PKR memberi tempoh 24 jam kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan ke atas peserta, dipercayai ahli Perkasa, yang membuat provokasi di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar, sewaktu Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sedang menyampaikan tazkirah, kelmarin.

Naib Presidennya, N. Surendran berkata, sepanjang tazkirah berlangsung tidak ada sebarang provokasi dilakukan oleh ahli PKR, sebaliknya hanya dimulakan oleh ahli Perkasa.

"Perbuatan itu jelas menunjukkan kepimpinan Umno menyokong perbuatan jenayah di kalangan ahlinya.

"Kami tetap mengatakan Umno tetap mempunyai kaitan dengan insiden ini kerana kebanyakan ahli Umno adalah ahli Perkasa," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini sebentar tadi.

Kelmarin, sekitar 6.20 petang, lebih 50 ahli Perkasa Kota Setar mengadakan demonstrasi menentang penggunaan masjid itu yang didakwa sebagai medan politik Anwar.

Mereka seterusnya mengadakan bantahan di luar masjid berkenaan di mana Anwar menyampaikan tazkirah selepas solat Maghrib.

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Muty mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) tergugat dengan sokongan rakyat yang ditunjukkan dalam tazkirah Anwar pada 2 September lalu.

Menurutnya, langkah terbaik dalam meleraikan kecelaruan politik dan mengangkat martabatnya melalui debat dan perbahasan umum oleh kedua pemimpin hebat parti politik negara.

"Umno dan BN rasa gentar dengan program Anwar... orang ramai banyak ikuti Anwar dan tazkirah yang dibuat bagi kesan besar dan ini takutkan mereka.

"Untuk leraikan kecelaruan pendapat dan timbulkan pelbagai provokasi, cara berdebat adalah langkah terbaik," katanya.

Beliau berkata, pihak PDRM perlu bersama memberi sokongan dalam menjayakan hasrat mengukuhkan amalan budaya politik tinggi dan murni dengan mengambil tindakan drastik kepada kelompok politik yang provokatif dan ganas.

"Sesungguhnya kesopanan dan kesusilaan adalah prinsip rukun negara.

"Justeru kami akan terus amalkan budaya politik sihat, aman, berbudaya tinggi dan bertamadun dalam teruskan misi memartabatkan kedaulatan rakyat," katanya lagi.

Sidang media itu turut ditayangkan bersama bukti rakaman video kekecohan yang berlaku berdurasi 20 minit.


Siapa cuba lagakan Muhyiddin dengan Najib

Posted: 04 Sep 2012 06:15 AM PDT

JOHOR BHARU: Benarkah orang-orang di sekeliling Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu beliau menjadi Perdana Menteri menjelang PRU 13 ini?

(Poster yang ditemui di Johor Bahru dan dihantar kepada Harakahdaily)

Inilah yang menjadi tanda tanya apabila poster yang mengaitkan beliau dengan cita-cita itu tersebar di sekitar bandar ini.


Ia di dijumpai di banyak tempat di sekitar Johor Bharu dan ada yang tertampal di pokok-pokok di bandar ini.

Salah satu darinya diemailkan kepada Harakahdaily.

Perselisihan antara Muhyiddin dengan Datuk Seri Najib sejak akhir-akhir ini semakin ketara.

Yang terbaru, mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Muhyidin memutuskan agar pihak dalam kerajaan yang mempertikaikan pindaan Akta Penerangan 114 (a) dipanggil memberikan keterangan.

Walaupun tidak menyebut nama Perdana Menteri tetapi fakta bahawa beliau turut meminta agar akta itu dikaji semula menarik perhatian banyak pihak.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui Twitter berkata beliau telah meminta Kabinet membincangkan kontroversi terhadap pindaan Akta Keterangan 1950 berikutan bantahan 'Hari Tanpa Internet' pada Selasa.

"Apa yang kita lakukan kita harus meletakkan kepentingan rakyat sebagai yang pertama," katanya dalam satu mesej Twitter.

Malaysiakini melaporkan, sekurang-kurangnya tiga pemimpin BN dalam kerajaan dipanggil memberikan keterangan ekoran kenyataan mereka yang turut mempertikaikan akta itu.

Mereka termasuk Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifudin Abdullah dan Ketua Pemuda, Khairy Jamaludin Abu Bakar.

Walaupun nama Najib tidak disebut, tindakan ke atas mereka secara tidak langsung mempertikaikan kenyataan Najib yang turut meminta agar ianya dikaji.

"Sekurang-kurangnya, Kabinet yang dipengerusi Muhyidin tidak bersetuju dengan pandangan Najib," kata seorang pengulas politik.

Sementara itu, seorang rakan media memberitahu, perselisihan antara Muhyidin dengan Najib sudah diketahui oleh kebanyakan wartawan termasuk di kumpulan NST.

"Ia sudah menjadi rahsia umum," kata seorang wartawan kanan kepada Harakahdaily.


Serang Masjid, Peserta Rombongan Nampak Ahli Perkasa Bawa Kerambit

Posted: 04 Sep 2012 04:38 AM PDT

PETALING JAYA 4 September: Salah seorang ahli Perkasa yang menyerang program tazkirah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid al-Husain di Seberang Pumpong, Alor Setar Ahad lalu didapati membawa sebilah kerambit.

Perkara itu disaksikan oleh Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Abdul Rahman Yusof yang merupakan salah seorang peserta rombongan Jelajah Merdeka Rakyat yang tiba di Kedah.



Menceritakan insiden itu, beliau yang lebih mesra dipanggil Pak Rahman berkata, kejadian tersebut disedarinya ketika kumpulan pendesak Melayu itu menyerbu pintu masuk masjid selepas bekalan elektrik diputuskan.

"Saya melihat dengan jelas lelaki itu kerana lampu kecemasan di masjid masih berfungsi walaupun bekalan elektrik diputuskan.

"Dia menyimpan kerambit itu dipoket baju dan hulunya terkeluar membolehkan saya melihatnya dengan jelas," kata Penyelaras Politik Pejabat Anwar itu lagi.

Beliau berkata demikian ketika menerangkan tayangan video insiden berkenaan di Ibu Pejabat KEADILAN di sini hari ini.

Pak Rahman berkata, gerak-geri lelaki itu begitu mencurigainya seolah-olah berniat mencederakan Ketua Pembangkang yang ketika itu sedang menyampaikan tazkirah.

Menurutnya lagi, lelaki itu juga dikatakan beberapa kali meletakkan tangan di poketnya seperti bersedia untuk membuat serangan.Bimbang dengan keadaan itu, Pak Rahman mengawasi lelaki terbabit dan bersedia merempuhnya jika dia bertindak agresif.

"Mujur lelaki berkenaan tidak bertindak agresif disebabkan keadaan di kawasan itu terang apabila lampu kecemasan menyala. Saya percaya kalau blackout (gelap) lelaki itu akan menyerbu ke arah Anwar," katanya.

Beliau yang mengecami lelaki berkenaan akan membuat laporan polis dalam masa terdekat.
"Dari segi bukti gambar, saya boleh kenal pasti dan saya percaya polis boleh menyiasatnya," katanya.

Keadilan Daily sebelum ini melaporkan, sekumpulan ahli Perkasa yang bertindak ganas menyerang Anwar ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di Masjid Al-Husain.

Samseng tersebut bertindak memadamkan lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali, di samping mengeluarkan kata-kata kesat serta membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan.

Kejadian serangan itu adalah insiden kedua selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan sehari sebelumnya.

- KeadilanDaily


Tiada ulasan: