Isnin, 10 September 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Video Panas - Meriahnya Sambutan Hari Raya Najib Razak

Posted: 09 Sep 2012 11:28 PM PDT




Mahfuz Omar Cabar Perkasa

Posted: 09 Sep 2012 11:24 PM PDT

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar bertegas tidak akan meminta maaf kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berikutan kenyataannya bahawa kumpulan itu membaling kasut ke dalam masjid.

Beliau berkata demikian setelah diberitahu bahawa Perkasa memberi tempoh selama tujuh hari kepadanya untuk meminta maaf berikutan kenyataannya bahawa kumpulan itu membaling kasut ke dalam masjid ketika serangan mereka ke atas Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar baru-baru ini.


"Saya tidak perlu meminta maaf atas perbuatan yang memang dilakukan oleh Perkasa.
"Apa yang saya nyatakan memang berasas dan saya ada saksi-saksi," tegas Mahfuz (gambar).

Beliau juga berkata, Perkasa tidak perlu tunggu tujuh hari untuk mengambil tindakan undang-undang ke atasnya.

"Apa perlu tunggu begitu lama? Hari ini juga Perkasa boleh failkan kes mereka ke mahkamah.

"Mereka banyak duit dan mereka tidak ada masalah untuk melakukan perkara itu," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz sebelum ini menegaskan, tidak ada gambar dan tidak ada rakaman yang disiarkan dalam Youtube tidak boleh menjadi bukti bahawa peristiwa itu tidak berlaku kerana ramai yang menyaksikan kasut dibaling ke dalam rumah Allah itu ketika serangan Perkasa ke atas masjid itu.

"Kalau tak ada rakaman sekalipun, kenyataan saksi-saksi juga diiktiraf oleh undang-undang," kata Mahfuz sambil mengulangi penegasan bahawa beliau tidak akan meminta maaf kepada Perkasa.

Ketua Perkasa Kota Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail sebelum itu memberi tempoh selama tujuh hari kepada Mahfuz untuk meminta maaf berikutan kenyataanya bahawa Perkasa membaling kasut ke dalam masjid tersebut.

Beliau juga menuntut tiga akhbar termasuk Harakah menarik balik laporan mengenai perbuatan itu.

Mohd Yusof yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Alor Setar berkata, tindakan undang-undang akan diambil terhadap Mahfuz dan tiga akhbar berkenaan jika mereka enggan berbuat demikian.

Beliau mengulangi dakwaannya sebelum ini kononnya apa yang dinyatakan itu tidak berasas sama sekali semata-mata kerana tidak ada rakaman video yang menunjukkan perbuatan membaling kasut itu berlaku.


Nasharuddin Mat Isa Kekal Anggota PAS

Posted: 09 Sep 2012 04:44 PM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa kekal sebagai anggota PAS.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas mesyuarat Majlis Syura di Ibu Pejabat PAS, di sini Ahad.

Beliau berkata mesyuarat tersebut adalah mesyuarat biasa yang diadakan dua kali sebulan dan langsung tidak membincangkan isu kedudukan Nasharudin.


"Mesyuarat hari membincangkan hal berkaitan calon-calon pilihan raya dan langsung tidak membincangkan isu tersebut.

"Bagi saya Nasharudin bukanlah satu isu, dan beliau kekal sebagai Anggota Majlis Syura PAS," katanya sambil diiringi oleh Nasharudin.

Mesyuarat yang bermula pukul 9 malam itu berakhir kira-kira 11 malam.

-- BERNAMA


5 Peristiwa Yang Amat Memalukan Najib Dalam Seminggu

Posted: 09 Sep 2012 05:44 AM PDT

Kesan daripada sokongan Rakyat yang semakin hari semakin ramai yang menyokong dan faham kepentingan menukar kerajaan UmnoBn, maka kegelisahan UmnoBn semakin ketara.

Walaupun Najib telah membayangkan akan mengadakan pilihanraya ke-13 dalam bulan November, tetapi dalam UMNO terdapat pergerakan yang semakin meningkat untuk menggulingkan dan menggantikan beliau dengan timbalannya Muhyiddin Yassin sendiri yang dipercayai mempunyai sokongan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.




5 Peristiwa Yang Memalukan

3.6 Juta Tweet Dalam Tempoh Sejam


Menteri Penerangan Rais Yatim mendakwa kejayaan sokongan 3.6 juta tweet "mesej Hari Kebangsaan tahniah hashtag Najib # Merdeka55" telah dicatatkan hanya dalam satu jam pada 31 Ogos, tetapi rakyat Malaysia anggap ini hanya satu 'pembohongan berani' dan 'rekod dunia' yang telah dipalsukan.

Menurut firma penyelidikan media sosial, Politweet, "Peningkatan "corak ganjil" dalam twitter, di mana "blok besar" tweet yang sama telah dihantar pada masa yang sama dan hanya 5 tweet diterima dari luar negara - Myanmar, Switzerland, Britain, Indonesia dan Singapura".


kantoi...

"Siasatan lanjut menunjukkan bahawa satu kumpulan kecil pengguna adalah bertanggungjawab bagi jumlah besar tweet. Pengguna ini mempunyai ciri-ciri yang serupa, misalnya akaun tarikh penciptaan, gambar profil, lokasi dan pengikut", Politweet berkata dalam satu laporan.

Rakyat telah menuduh penganjur menipu dengan menggunakan "bots" untuk satu gambaran palsu kekuatan politik. 'Bot' adalah program komputer yang direka untuk menghantar jawapan automatik kepada perkhidmatan.

Baling Kasut Dalam Masjid
Tidak ubah seperti Zionis, sekumpulan ahli Perkasa bertindak ganas dengan menyerang Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah.


Tindakan biadap itu tercetus apabila beberapa ahli Perkasa berhimpun dan memulakan provokasi dan seterusnya memadam lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali, mengeluarkan kata-kata kesat dan membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan.

Ketua Perkasa yang dikenali sebagai Dato Yusof dikatakan mengugut bertindak lebih keras sekiranya Anwar tidak menghentikan kuliahnya serta-merta, bahkan turut menghalau imam keluar dari masjid berkenaan.

Itulah Perkasa yang disokong dan ditaja oleh Umno untuk mengkucar-kacirkan negara apabila UmnoBn kalah dalam pilihanraya nanti. Serangan Perkasa terhadap Masjid mengingatkan kita puak Yahudi Israel yang menyerang masjid.

Mungkinkah Perkasa akan lakukan seperti Yahudi Israel membakar masjid?

Pijak Gambar

Macam sudah kekeringan isu, pijak gambar Najib dan Rosmah pun dijadikan isu besar.
Betapa hipokrit dan penipunya mereka ini yang buat-buat buta dan lupa kes budak UmnoBn kencing gambar Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Awang, membakar dan memijak gambar Lim Guan Eng, memijak gambar Tan Sri Khalid Ibrahim dan sebagainya. Rakyat memerhatikan gelagat pemimpin UmnoBn yang cuba perbodohkan Rakyat dengan isu remeh dan berat sebelah.


Suspek yang ditahan, digari dan dibuang kolej..!?? Dengan memberi alasan yang memperbodohkan Rakyat...


Gambar Photoshop

Awal minggu ini, Najib telah dihina apabila media yang dikawal kerajaan telah menyiarkan gambar yang telah diedit (doctored) untuk memberi tanggapan orang ramai yang besar dan memuja beliau semasa rumah terbuka Hari Raya.

Agensi berita Bernama telah menafikan tuduhan tetapi ramai rakyat Malaysia yakin memandangkan bilangan besar keganjilan dijelaskan dalam gambar.


"Najib telah dituduh menggunakan Bernama untuk ubah gambar Raya 100,000 orang yang pergi ke rumah terbuka. Sudah tentu, ini akan membuat panglima perang Umno seperti Bernama lebih melompat gila," naib presiden PKR Chua Jui Meng berkata.

Sang Saka Malaya

Dalam tahun 1940-an, Sang Saka Malaya adalah panji perjuangan PKMM dalam menuntut kemerdekaan ditanah Melayu. Panji ini juga pernah berkibar megah di negara ini, walaupun bukan secara rasminya ia bendera negara ini pada masa sebelum merdeka.


Sebab itu anak-anak muda merasakan bendera ini layak dikibar pada malam kemerdekaan selain dari Jalur Gemilang. Penuh dengan pelbagai cerita pahit maung perjuangan disebalik sang saka Malaya ini. "Bukannya niat anak-anak muda nak tukar bendera Malaysia!", satu pembohongan media milik UmnoBn untuk mereka-reka isu.

Bendera Persekutuan Tanah Melayu

Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-Budaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling juga berkata, bendera Sang Saka itu memang sering digunakan oleh negeri-negeri Nusantara sejak dahulu lagi, namun ia bukanlah bendera asal Tanah Melayu, sebab bendera asal Persekutuan Tanah Melayu adalah yang menyerupai bendera Jerman!

Dipetik dari - http://www.pencacai-semalaysia.com/2012/09/bongkar-5-peristiwa-memalukan-oleh.html


Polis Sahkan Bodyguard DSAI Tidak Acu Pistol

Posted: 09 Sep 2012 03:36 AM PDT

Pengawal peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikenali sebagai Jim, tidak mengacukan pistol kepada samseng Umno walaupun berdepan provokasi mereka.

Setiausaha Pengelola KEADILAN, Radin Shamsulkamar Radin Shamsudin, berkata Jim berusia lingkungan 30 tahun, ditahan selepas polis menerima lima aduan daripada Pemuda Umno Jasin. "Seorang anggota polis yang melihat insiden itu juga menegaskan Jim tidak mengacukan pistol (ke arah samseng).


Jim dibebas selepas polis berpuas hati dengan rakaman video kejadian itu," katanya kepada Keadilan Daily ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, Melaka.

Jim ditahan polis berpakaian preman ketika cuba menyurai samseng umno yang mengerumuni bas Merdeka Rakyat untuk ke sambutan Aidil Fitri KEADILAN Cabang Jasin di Kampung Kelubi, Jasin.

Laporan edisi bahasa Mandarin NTV7 semalam menyebut, dua anggota polis bertindak ke atas pengawal peribadi Anwar dan kononnya, memaksa senjata api itu dimasukkan semula ke sarung.

Malah, Setiausaha Kerja Wanita Pusat, Maisuri Zainal pula berkata Jim hanya mengacah dengan mengeluarkan pistol sebagai langkah berjaga-jaga tapi muncungnya menghala ke tanah.

"Saya nampak beliau halakan pistol ke bawah…bukan acu (ke arah samseng)," katanya yang mengikuti program jelajah berkenaan, sambil menggayakan semula aksi itu.

Selain itu, Maisuri dan rakannya, Abdul Hadi Suhaimi juga yakin dapat mengecam wajah samseng Umno yang menyimbah cat ke bas Merdeka Rakyat, jika kawad cam dibuat.

Menyatakan sudah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Jasin lewat malam 8 September lalu, beliau berkata, mereka nampak jelas insiden itu dari dalam bas, sebelum keluar merakam gambar dan video.

Laporan polis berhubung insiden itu sudah dibuat Radin Shamsulkamar pada jam 8.43 malam di balai polis sama. ~kd



Tiada ulasan: