Selasa, 25 September 2012

Biaqpila

Biaqpila


KEPUTUSAN SUKU AKHIR PERTAMA PIALA MALAYSIA 25/9/2012

Posted: 25 Sep 2012 07:47 AM PDT



PAHANG 2 - 1 LIONS XII

JOHOR FC 1 - 3 SELANGOR

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Penawar Kanser Dan Pelbagai Penyakit Kronik.. Ia BUKAN UBAT, Tetapi Semulajadi & Terbaik Untuk Semua
Ubat Kuat Lelaki, Merawat Masalah Lemah Syahwat & Mati Pucuk, 100% Herba!!
Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel
Stor Kebahagiaan Rumahtangga Suami Isteri Yang Ceria, Hebat, Tenang & Bahagia
PFi terbaik dan terhangat..Klik jangan tak klik!!
Bisnes online dengan lebih 3000 naskah buku top seller,cuma rm 45
Shhhh.... Ada Alat Istimewa Untuk Lelaki. Rahsia Jadi Kuat, Bertenaga & Berkuasa Kuda!!
CANGGIH!!! ALAT PENGINTIP PERBUALAN JARAK JAUH
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan(Iklan Banner),RM10(Iklan Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

PR Bentang Bajet Alternatif Rabu Ini

Posted: 25 Sep 2012 03:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pakatan pembangkang akan membentangkan bajet alternatif mereka pada Rabu ini iaitu dua hari menjelang perbentangan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 28 September ini.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution berkata, bajet alternatif pembangkang sedia dibentangkan menerusi taklimat khas kepada media di Dewan Rakyat pada Rabu ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membentangkan bajet alternatif berkenaan.

"Hari ini kita adakan taklimat bajet kepada semua ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan pada Rabu ini kandungan bajet itu akan dibentangkan kepada wakil media pula," katanya kepada mStar Online di Parlimen di sini, Isnin.

Sebelum ini Perdana Menteri berkata, Bajet 2013 dijangka memberi impak positif kepada ekonomi negara selain memberi kesan baik kepada masyarakat.

Malah menerusi draf Bajet 2013 yang diluluskan Kabinet baru-baru ini turut menyaksikan kenaikan peruntukan kepada semua kementerian.

mstar


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel

BM-Premium B IP BM-Premium C IP | Print | Berani ke Najib 'jahit' mulut Dr M?

Posted: 25 Sep 2012 12:00 AM PDT


KUALA LUMPUR: Pilihan raya hanya boleh diadakan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berani 'menjahit' mulut Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Bagaimanapun, katanya, tidak diketahui bila pilihan raya boleh diadakan kerana Najib tidak dijangka berani menutup mulut Dr Mahathir.

"Hari demi hari Najib melihat kenyataan demi kenyataan Dr Mahathir yang makin memburukkan lagi peluangnya untuk mendapatkan kemenangan yang diharap-harapkannya untuk Umno dan Barisan Nasional.

"Dengan keadaan sedemikian, Najib tidak mampu mengadakan pilihan raya dalam keadaan peluangnya kian diburukkan seperti yang berlaku kepada Pak Lah (bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi) pada tahun 2008 dahulu," kata Mahfuz.

Meskipun demikian, katanya lagi, Najib tidak berani menjahit mulut Dr Mahathir yang dilihat umum semakin hari semakin mengancam peluangnya.

"Menyuruh Najib menjahit mulut Dr Mahathir samalah seperti menyuruh tikus menggantung loceng ke leher kucing," katanya.

Menurut Mahfuz, kenyataan Dr Mahathir yang menyatakan "kita adalah syaitan yang orang kenal" akhirnya menyebabkan Umno dan BN dipanggil sebagai 'parti syaitan' dengan begitu meluas di ruang maya.

"Dr Mahathir menggunakan simpulan bahasa atau idiom Inggeris tetapi tindakannya itu menyebakan Umno dan BN dipanggil sebagai 'parti syaitan' dengan begitu meluas di ruang maya," kata Mahfuz (gambar).

Bekas Perdana Menteri juga, kata Mahfuz, menghakis keyakinan rakyat yang mahukan kerajaan yang stabil apabila memberi gambaran jika Umno dan BN menang pilihan raya umum akan datang sekalipun, kerajaan pimpinan parti itu akan kekal lemah.

Malah, Dr Mahathir menyifatkan kerajaan yang kekal lemah itu menjejaskan pembangunan dan tidak baik untuk perniagaan.

"Memburukkan lagi peluang Najib ialah apabila bekas Presiden Umno itu memberi gambaran bahawa kerajaan Najib ialah kerajaan yang menghampiri rasuah," kata Mahfuz.

Dr Mahathir dilaporkan mengakui bahawa tindakan pentadbiran Najib membuat pemberian tunai kepada rakyat Malaysia menghampiri kepada pembelian undi.

"Dr Mahathir memang kata perbuatan Najib itu menghampiri kepada pembelian undi atau rasuah. Tetapi, yang rakyat faham ialah kerajaan Najib mengamalkan rasuah untuk mendapatkan sokongan.

"Perkataan menghampiri yang Dr Mahathir gunakan itu hanya untuk melunakkan tetapi yang sebenarnya memang beli undi secara terang-terangan," katanya.


HD


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Mamaaaaa…kepala Adik dah pecah!

Posted: 24 Sep 2012 09:00 PM PDT

Mama cantik sangat! Kulit Mama hitam manis. Mata Mama bundar bersinar. Hidung Mama mancung. Bibir Mama tak la tebal sangat dan tak la nipis sangat,sedang molek je. Gigi Mama teratur rapi. Pipi Mama mulus gebu. Sikit pun tak ada jerawat. Mama tetap cantik walau tak diconteng mukanya dengan alat solek. Tapi yang paling adik suka,rambut Mama. Rambut Mama panjang sampai ke pinggang! Lebat hitam berkilat. Mama rajin cuci rambut dengan syampu. Hmmm..wangi!

Adik ada nenek. Nenek pun cantik. Tapi adik jarang nampak nenek dalam rumah ni. Nenek kerja. Mama kerja. Atok pun! Adik Mama ada dua. Sorang laki-laki dan sorang perempuan. Semuanya adik susah nak jumpa. Mereka sibuk dengan kerja. Matahari belum terbit semua dah keluar. Matahari terbenam baru la sorang,sorang balik ke rumah. Mama pun macam tu jugak. Nak buat macamana,Mama kerja shift. Minggu ni siang,minggu depan malam pulak.

Jiran-jiran adik ramai. Sebelah kanan Pak Andak,dia kerja “Jaga” kat kilang elektronik yang tak jauh dari rumah kami. Pak Andak takde isteri,tahun lepas Mak Andak meninggal akibat kanser payudara. Anak-anaknya semua dah kawin. Mereka duduk jauh. Kawan Pak Andak hanyalah dua ekor kucing yang dia letak dalam sangkar besi di dapurnya. Sebelah kiri rumah adik, Pakcik Meor dan Makcik Ana. Walau dah berkahwin selama lima tahun tapi mereka belum ada anak. Kesian kan? Ada ramai lagi jiran-jiran Adik tapi Adik tak tau nama mereka semuanya.

Mama sayang Adik. Adik tau la. Mama selalu belai-belai Adik. Usap-usap Adik. Bila nak keluar pergi kerja,mama akan pakai baju yang longgar,selesa. Dari dulu pun Mama memang macam tu. Mama tak suka pakai baju yang ketat-ketat. Bagi adik,Mama pakai apa pun semuanya cantik! Asyik cerita pasal Mama je..adik pun ada Papa ,tau? Papa…orangnya tinggi. Hensem.Rambutnya pendek bersikat rapi. Kulit Papa agak cerah sikit dari kulit Mama. Papa  sentiasa pakai kemas-kemas. Adik paling suka tengok Papa senyum. Papa ada lesung pipit!

Papa kerja tempat lain. Sebab tu Mama pergi kerja naik van pekerja. Masa balik je kadang-kadang Papa jemput Mama. Selalunya Papa balik rumah waktu Mama kerja shift malam. Masa tu Atok,Nenek,Pak Teh dan Makcu tak ada di rumah. Masa ni la Mama dan Papa akan ” berehat “sama-sama. Bila Mama kerja shift siang,Papa pulak kerja out-station! Adik tengok rumah ni macam sarang burung merpati je. Siang semua terbang cari makan. Dah nak senja baru ada penghuni.

Adik suka duduk kat  sini. Seronok. Adik tau la Adik dah besar. Makan pun dah banyak. Adik lasak! Selalu jugak Mama mengeluh sebab Adik tak duduk diam. Tapi Mama sabar.Mama pegang Adik. Mama raba kepala Adik. Mama suruh Adik diam,jangan nakal sangat. Bila dengan Papa je,kadang-kadang Adik tengok Mama sedih. Mama nangis. Papa pujuk Mama. Papa belai Mama. Papa cium mama! Eeeee…malu la! Lepas tu,Mama ok balik. Mama senyum balik. Adik dengar Papa kata kat Mama, ” Jangan risau Mama, semua pasti beres. Takde apa yang nak ditakutkan,Papa kan ada?” Mama mengelus jemari  Papa,” Janji ya Papa? Papa jangan sia-siakan kami..” “Ya! Papa janji, lepas Mama bersalin, kita nikah secepat mungkin,soal isteri Papa tu, tau la Papa mengurusnya. Mama memeluk lengan Papa, ” Betul ke ni Papa?” ” Sumpah!”

***************************************************************************************

Dah seminggu Papa tak datang tengok kami. Papa tak jemput mama di tempat kerja. Puas Mama telefon. Puas Mama sms. Tapi hampa. Mama menggenggam handphone ke mana pergi. “Nombor yang anda dail gagal untuk dihubungi,sila tinggalkan pesanan di peti suara…” Mana Papa kamu ni?” Mama mengusap-ngusap Adik. Mama berjalan mundar-mandir dalam rumah. Mama cuba lagi dan lagi menelefon Papa. Tapi hampa. Mama geram. Mama melontar handsetnya ke katil. Bersepai handset tu jatuh ke lantai. Mama? Kenapa Mama buat macam tu? Kan susah nanti nak contact Papa?

Mama menangis. Lama Mama menangis sampai bergoncang-goncang tubuh Mama. Mama mengutip  handphone yang bersepah di lantai. Mama memasangnya semula. Mama cuba call Papa berkali-kali. Tapi tak juga berjawab. Mama menjerit. ” Tak guna punya jantannn!!”  Adik tak tau nak buat apa. Apa mesti Adik buat? Kesian Mama. Mana Papa? Mana Atok? Nenek? Balik laa..Mama sakit ni..Adik tau Mama sakit,sakit sangat! Adik mesti tolong Mama! Adik kena keluar dari sini..dah lama adik duduk dalam ni, berkongsi makan dan minum dengan Mama. Berkongsi segalanya dengan Mama. Adik nak cepat besar. Adik nak tolong Mama. Adik mesti sebab adik tau,”Syurga itu di bawah tapak kaki Mama!”

***************************************************************************************

Adik dah kat luar Mama!  Lainnya suasana di luar ni..tak macam masa Adik kat dalam. Kat dalam,Adik terapung-apung. Ruang untuk bergerak pun terhad. Ada masanya kepala Adik di atas,ada masanya kepala Adik di bawah. Nah…sekarang Adik rasa sangat selesa. Kaki Adik boleh dilurus! Kaki Adik boleh tergawang-gawang di udara. Tangan Adik pun! Sukanya! Adik ketawa ..adik ketawa kuat-kuat!

Mama berpeluh satu badan. Ada tompokan darah di kaki Mama dan di sana sini. Di badan Adik pun. Mama tutup mulut Adik!
“Kau diam boleh tak????”
Adik ketawa lagi…”Mama,mamaa….ni Adik la,Mama”
“Budak ni? Kan aku suruh diammmm???”
“Mama…Mama…kenapa Mama?”
Mama bergerak perlahan-lahan menuju ke laci almari solek di tepi Adik. Mama mengeluarkan sebilah gunting. Mama menggenggamnya. Dengan sangat hati-hati memotong tali pusat Adik. Mama merenung Adik. Mata kami bertembung. Ohh..Mama memang sangat cantik! Mama merenung Adik lama-lama. Sekonyong-konyong telefon Mama berbunyi. Mama menjawab dengan suara tertahan-tahan,” Apa? Ayah nak balik sekejap lagi? Baiklah…saya kat rumah ni…” Mama diam. Mama mendail nombor Papa. Lagi. Lagi dan lagi. Tapi Papa, langsung tiada kabar berita. Sekuat hati Mama membaling handphone ke dinding bilik.

Mama seperti hilang akal. Mama merengkuh Adik dengan kasar. Mama mendukung Adik ke balkoni. Adik diam. Mama menangis. Kemudian Mama ketawa. Adik tetap diam. Mama mengangkat Adik tinggi-tinggi ke udara. Adik terasa ada cahaya matahari menyentuh wajah Adik buat pertama kalinya. Adik diam jugak. Adik tak boleh bagi mama sedih,kan? Adik mesti jadi anak yang baik. Adik nak cepat besar supaya Adik dapat bantu Mama yang dah banyak berkorban untuk Adik selama Adik tinggal dalam rahim Mama! Terima kasih ,Mama..Hanya Allah yang dapat membalas jasa Mama.

***************************************************************************************

“Mamaaaaaa!!! Adik sayang Mama..kenapa Mama tergamak campak Adik ke bawah???”

“Mamaaaaa!!! Kepala Adik dah pecah, Mamaaa….Mamaaa,Ma…maaaa….maaaaaa…”

***************************************************************************************
Dedikasiku : untuk semua bayi-bayi comel yang tak berdosa di luar sana,syurga pasti milik kalian!

hanabira
21september 2012
0130 pagi

terbaik

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Ketua Pemuda Umno Kepong Cedera Parah Ditikam

Posted: 24 Sep 2012 06:00 PM PDT



SHAH ALAM, 24 Sept - Ketua Pemuda Umno Kepong, Datuk Norizan Ali cedera parah di bahagian perut dan jari tangan dipercayai terputus akibat ditikam di depan rumahnya di Ampang, Selangor awal pagi ini.

Menurut isterinya, Datin Roslinda Kamaruddin, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 3.30 pagi di kawasan depan rumah dan Norizan telah dikejarkan ke Hospital Ampang untuk menjalani pembedahan.

Bagaimanapun, motif serangan terhadap Ketua Pemuda Umno Kepong yang juga seorang ahli perniagaan masih belum diketahui dan pihak polis kini sedang menjalankan siasatan.

Maklumat yang baru diterima memberitahu beliau telah selamat menjalani pembedahan dan keadaannya stabil. Walaubagaimanapun pelawat masih belum dibenarkan menemuinya lagi.

Isteri beliau kini diberitakan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah bagi membantu pihak polis untuk menyiasat kejadian ini dengan lebih lanjut.

klpos





KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Taib Mahmud: Manusia terkaya di Malaysia – apa, kenapa dan bagaimana?

Posted: 24 Sep 2012 04:10 PM PDT

Oleh Hafiz Zainuddin

Pembongkaran terhadap kekayaan maha luar biasa Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud dan keluarganya bernilai sekitar US$21 billion menyebabkan tidak sedikit rakyat negara ini yang terkejut.



 Malah, kekayaannya mungkin dicemburui hartawan-hartawan negara pasca DEB-Mahathir yang lain termasuklah Syed mokhtar Al-Bukhary apalagi pemegang rekod manusia terkaya di Malaysia sebelum ini Tan Sri Robert Kuok.

Baru-baru ini sebuah NGO bernama Bruno Manser Fund (BMF) yang berpengkalan di Switzerland telah menganggarkan aset keluarga Taib Mahmud bernilai US$21 billion (RM64 billion), manakala kekayaan Taib sahaja bernilai US$15 billion (RM46 billion).

Selain bumi Sarawak yang digondol Taib dengan pembalakan haram, kemakmuran negeri tersebut turut dikongsi secara peribadi tentulah bersama anak-beranaknya sendiri biarpun sebahagian besar rakyat pinggir bandar dan pedalaman negeri Sarawak hidup dalam keadaan serba kekurangan dirantai kemiskinan.

Kekayaan Taib itu lantas menjadikannya manusia terkaya di Malaysia menewaskan Robert Kuok seorang hartawan yang memiliki US$12.5 billion.

Mungkin pendedahan ini akan membanggakan juak-juak fanatis UMNO dengan andaian. “Baguslah ada orang Melayu lebih kaya dari orang Cina.”

Pendedahan mengejutkan: adakah SPRM akan jatuh dayus?

Laporan oleh Bruno Manser dengan tajuk ‘The Taib Timber Mafia: Facts and Figures on Politically Exposed Persons from Sarawak, Malaysia’ telah didedah dan dikeluarkan di Brussels dan kini ia boleh didapati melalui capaian internet.

Ini merupakan laporan pertama dengan gambaran terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi termasuk 20 ahli keluarga Taib di Malaysia, Australia, Canada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain negara.

Jelas, laporan ini bertujuan bagi meletakkan tekanan ke atas ‘empayar’ pembesar Sarawak itu dan memberikan bukti nyata kekayaan Taib kepada badan penyiasatan, wartawan, rakyat Sarawak dan pihak-pihak yang berminat.

Persoalannya, apakah kekayaan luarbiasa yang menimbulkan jutaan tanda-tanya ini akan disiasat agensi anti rasuah negara SPRM?

Sekiranya bekas MB Selangor Dr. Mohamad Khir Toyo telah disiasat malah didapati bersalah, begitu juga Teoh beng Hock yang disiasat ‘hingga mati’ bagi jumlah tuduhan penyelewengan yang teramat kecil, bagaimana pula dengan Taib? Apakah SPRM cukup berani?

Adakah Ketua Pengarah SPRM pusat akan meletak jawatan sekiranya beliau tidak mampu untuk menanggung beban kes dan beban fail Taib yang bertimbun kelak?

Siapa lagi BMF siasat?

Selain laporan terkini kekayaan Taib, BMF dalam laporannya sebelum ini telah membandingkan kekayaan keluarga Taib dengan keluarga bekas presiden Indonesia Suharto dan bekas presiden Filipina, Ferdinand Marcos.

Kedua-dua keluarga itu dilaporkan telah menggelapkan antara US$15 bilion dan US$35 bilion, juga di antara US$20 bilion dan US$900 bilion.

Menurut laporan BMF, ia percaya kajian yang dijalankannya hanya menunjukkan sebahagian kecil kekayaan Taib kerana ada kemungkinan besar kebanyakan aset keluarga Taib tersembunyi di luar negara atau di kawasan luar persisiran yang mana maklumat adalah sukar untuk diperolehi.

Anak-beranak dan adik beradik Taib yang untung

Dengan jaringan 400 buah syarikat di seluruh dunia, BMF menganggarkan nilai bersih harta 20 ahli keluarga Taib yang digabungkan hampir US$21 bilion. Laporan tersebut menyatakan empayar taib ini  dibina melalui kawalan hampir menyeluruh terhadap politik dan ekonomi negeri Sarawak dalam tempoh 30 tahun Taib memegang tampuk kuasa.

Laporan sebanyak 45 mukasurat tersebut telah menonjolkan kekayaan adik Taib iaitu Onn Mahmud yang merupakan orang yang kedua terkaya di kalangan ahli keluarganya dengan nilai bersih yang dianggarkan US$2 billion.

Anak sulung Taib bernama Mahmud Abu Bekir yang menjalankan perniagaan pembinaan, hartanah dan tenada di Sarawak berada di tempat ketiga dengan US$1 billion.

Ranking seterusnya adalah anak perempuan Taib yang menetap di Kanada, Jamilah Taib Murray (US$1 bilion), adik Taib salah seorang usahawan balak Tufail Mahmud (US$500 juta), adik perempuan Taib Raziah Mahmud (US$500 juta), anak perempuan Taib, Hanifah (US$400 juta) dan anak lelaki Taib, Sulaiman (US$300 juta).

BMF turut melaporkan mengenai pertikaian antara Mahmud Abu Bekir Taib dan bekas isterinya Shahnaz Abdul Majid yang menuntut RM400 juta muta’ah serta pembahagian harta sepencarian, dan perbicaraannya yang masih berterusan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada hari Isnin memandangkan tiada tawaran penyelesaian daripada peguam Mahmud untuk menyelesaikan pertikaian yang telah berlrutan lama.

Persoalan kreadibiliti Najib dan niat suci SPRM

Sebagaimana hasrat dan cita-cita murni SPRM untuk menjadi badan anti-rasuah yang benar-benar bebas, berani dan professional setanding Independent Commission Against Corruption (ICAC) di Hong Kong, adakah mereka bakal menempuh jalan berliku atau tersadung perihal kes kekayaan luarbiasa Taib Mahmud ini?

Malah, kenyataan Najib dalam satu sidang medianya supaya ‘jangan layan dakwaan yang bermacam-macam’ menimbulkan persoalan, adakah Najib cuba melindung jerung besar ini demi kepentingan politiknya?

Apakah kekayaan Taib Mahmud akan diperah Najib untuk dibuat modal memenangi Pilihanraya Umum ke 13 akan datang dengan ‘janji rahsia’ meneruskan jawatan Ketua Menteri Sarawak itu jika BN menang disana atau, setelah habis madu Taib diperah, lantas sepah dibuang?

Kita tidak punya kuasa seperti SPRM, kita cuma mampu untuk tunggu dan lihat siapa yang lebih bijak samada Taib, Najib, SPRM atau rakyat? – Roketkini.com


DD

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: