Rabu, 5 September 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Hassan Ali dibelasah Dr. Asri dalam TV Al-Hijrah (Video Inside)

Posted: 05 Sep 2012 05:36 AM PDT


Semalam, iaitu pada jam 10 malam..  Addin berkesempatan menonton TV Al-Hijrah. Menerusi program Bicara telah menjemput Dr. Asri Zainal Abidin, bekas Mufti Perlis dan Dr. Hassan Ali. Dalam bual bicara Dr. Asri telah menyindir Dr. Hassan Ali.

Menurut Dr. Asri, beliau hairan kenapa di Malaysia ini masih ada yang perjuangkan Islam mengikut bangsa. Dr. Asri menyatakan agama Islam adalah bukan hak eksklusif bangsa Melayu.

Agama Islam adalah universal, tanpa sempadan dan boleh di anuti oleh semua bangsa.


Dalam konteks Malaysia, kegagalan penyebaran agama Islam dikalangan bukan Melayu adalah kerana Melayu menganggap Islam adalah hak eksklusif bangsa Melayu itu sendiri.

Manakala, kelihatan ucapan Dr. Hasan Ali berkisar tentang keistimewaan bangsa Melayu, masih menebal dengan sikap rasisnya. 


Apapun pertembungan Dr. Asri dan Dr. Hassan Ali boleh di ibaratkan buku dengan ruas.. -addin77

 

Samseng UMNO serang Ibupejabat Keadilan.. Gambar sebagai bukti

Posted: 05 Sep 2012 02:24 AM PDT


Sekumpulan 30 samseng Umno mengadakan demonstrasi dan bertindak ganas dengan menyerang ibu pejabat KEADILAN, dekat sini tengahari tadi.

Setiausaha Wanita KEADILAN, Juwairiya Zulkifli ketika dihubungi memberitahu, kumpulan itu memakai kemeja-T Umno dan Barisan Nasional.

"Mereka memegang kain rentang sambil menjerit antaranya, 'Jalur Gemilang' dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim," jelas beliau.

"Tak cukup dengan itu, kumpulan itu akhirnya bertindak ganas dengan cuba menumbuk mereka yang cuba mengawal keadaan," katanya.

Demonstrasi pada jam 12.30 tengahari itu tadi dileraikan sepuluh minit kemudian dengan bantuan polis seramai 20 anggota yang terpaksa membuat sekatan di hadapan pejabat.

Kejadian ini merupakan insiden terbaru samseng Umno yang dilihat semakin berani menyerang Pembangkang sejak kebelakangan ini.

Ahad lalu, Anwar turut diserang di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah ketika sedang menyampaikan tazkirah Maghrib, selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan sehari sebelumnya - Keadilan Daily






Kami minta maaf... Talian terputus' BERNAMA TV Kantoi!!

Posted: 04 Sep 2012 09:22 PM PDT


Siapa tengok Hello Malaysia (4/9/2012: 10pm), dan topik yang dibincangkan adalah tentang BUDAYA BIADAP.

Kemudian talian dibuka untuk orang ramai menyatakan pendapat dan memberi soalan.......menarik perhatian satu panggilan dari Sarawak yang bertanya tentang tindakan berat sebelah tentang kejadian insiden yang berlaku semasa malam 30hb.

Pemanggil juga bertanyakan mengapa tiada tindakan diambil tentang insiden kencing di gambar TGHA dan TGNA dan berbagai-bagai lagi kejadian yang hampir sama berlaku.

Boleh lihat dengan jelas bagaimana muka2 ahli panel ketika pemanggil sedang bercakap tiba-tiba .....tut...tut...tut~~~~~~ talian terputus.... dan pengacara mengatakan "KAMI MINTAK MAAF TALIAN TERPUTUS"......kahkahkahkahkahkahkah.....Nampak sangat tak dapat terima kenyataan.....

P/S : Sekarang ni zaman IT sekejap jer maklumat tersebar..... rakyat tak mudah ditipu lagi.....credit pada kawan admin sebab sampaikan berita ni... hehehehehe...

~ Pakatan Rakyat Supporters

Mahathir kata orang UMNO 'Tak Waras'..

Posted: 04 Sep 2012 10:10 AM PDT

Beberapa bulan yang lalu Mahathir telah mengakui hanya orang yang bodoh kini bersama UMNO ini berdasarkan dari kata-katanya iaitu "UMNO dah berpuluh tahun tak bagi orang pandai masuk UMNO, sebab itu kebanyakkan Doktor masuk PAS."

Kata-kata ini diluahkan oleh Mahathir dalam satu majlis yang turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.. sila baca sepenuhnya di ( SINI )

Baru-baru ini pula beliau menulis di Blog miliknya "Lebih baik syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal." Sila baca di ( SINI )

Syaitan yang dimaksudkannya disini ialah UMNO dan Barisan Nasional manakala Malaikat pula adalah Pakatan Rakyat..

Ini memberikan jawapan kepada ramai yang tertanya-tanya apa sebabnya ramai Blogger Pro UMNO menulis macam Syaitan.. (sebar fitnah tak takut dosa)

Hari ini pula nun jauh dari seberang negara jiran kita Indonesia, Mahathir mempersoalkan kewarasan orang UMNO pula.

Katanya "Kalau orang Umno, orang BN mempunyai fikiran yang waras mereka akan dapat dua pertiga.

KALAU MEREKA WARAS… maknanya ialah MEREKA TIDAK WARAS..

Jadi kesimpulannya ialah UMNO ialah sebuah parti Syaitan yang dipenuhi oleh orang-orang bodoh yang tidak waras…

Kah..kah..kah.. Kesian Ahli UMNO.. tergamak Mahathir kata depa tu Bodoh dahlah Bodoh.. Tak Waras pula..


Nampak tak.. Mahathir sendiri pun sudah tidak yaki UMNO/BN mampu mempertahankan majoriti 2/3.. kalau dia yakin takkanlah dia nak kata "Kalau orang Umno, orang BN mempunyai fikiran yang waras mereka akan dapat dua pertiga....

Laporan penuh sila baca di ( Sinar Harian )

Tiada ulasan: