Isnin, 10 September 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Adakah Najib akan pecat Adun Gerakan yang berucap dipentas PAS ini?

Posted: 10 Sep 2012 08:47 AM PDT


Di tengah-tengah BN menghadapi krisis keyakinan yang parah di kalangan orang-orang bukan Melayu khususnya orang Cina.

Tiba-tiba parti Gerakan menambahkan lagi derita UMNO itu apabila ADUN Gerakan/BN Derga YB Dr. Cheah Soon Hai tiba-tiba berceramah di pentas PAS.

UMNO jangan panik... sebenarnya kehadiran Dr. Cheah ialah kerana menghadiri Rumah Terbuka Aidil Fitri PAS Kawasan Alor Setar yang diadakan di Alor Mengkudu.


Sebagai meraikan tetamu, pihak penganjur menjemput beliau memberi sepatah dua ucapan. Dr Cheah bagaimanapun memberikan ucapan Selamat Hari Raya kepada para hadirin.

Apa yang positifnya di sebalik undangan memberi ucapan oleh pihak penganjur ialah ia 'mengejutkan' kalangan masyarakat Cina yang hadir di majlis tersebut.

"Aiyaa orang Gerakan pun boleh cakap tempat PAS, Gerakan mau cakap (beri ucapan) tempat UMNO pun depa tarak kasi woo.." ujar seorang pengunjung Tionghua, dipercayai ahli Gerakan.

Nampaknya lepas ni berpusu-pusulah orang Cina keluar MCA dan Gerakan untuk sokong Pakatan

~ Kedah La

Tiga Kedai Keluarga Sharizat di Singapura ditutup..

Posted: 10 Sep 2012 04:26 AM PDT


KUALA LUMPUR, 10 Sept — Tiga restoran di Singapura yang dimiliki oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil dilaporkan ditutup, dan berakhirnya perniagaan keluarganya di republik tersebut.


Akhbar Straits Times di Singapura melaporkan, restoran tersebut, Meatworks, Brawn Steakhouse dan Churrascaria Senor Santos telah tutup selepas pasar raya Farmhouse telah ditutup di Rochester Mall di Buona Vista.

Akhbar itu melaporkan Meatworks telah menutup cawangannya di ION Orchard pada 4 September dan Brawn Steakhouse cawangan Marina Bay telah ditutup pada Julai, yang akan digantikan oleh Erwin's Gastrobar.

Keluarga ketua wanita Umno itu telah dituduh oleh pembangkang kerana menyalahgunakan dana kerajaan persekutuan untuk Syarikat Fidlot Kebangsaan (NFCorp) yang menguruskan projek penternakan lembu negara untuk kepentingan peribadi, yang mereka nafikan, bagaimanapun mereka mengakui sebahagian dari dana itu digunakan untuk membeli kondominium mewah di Bangsar dan Singapura.

Rentetan dari kontroversi itu menyebabkan tekanan kepada Shahrizat untuk meletakkan jawatan sebagai menteri wanita, keluarga dan masyarakat pada 11 Mac yang lalu.

Sehari kemudian, suaminya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail telah didakwa atas pecah amanah dan melanggar Akta Syarikat melibatkan RM49 juta dana persekutuan yang diberikan kepada NFCorp.
Tarikh perbicaraan akan berlangsung pada 5 November.

Ketika dihubungi oleh pengurus Meatworks di Mont Kiara mengesahkan bahawa cawangannya di Singapura telah ditutup tetapi tidak diberitahu maklumat selanjutnya.

Skandal NFCorp juga dijangka menjadikan undang-undang melindungi pengadu dalam keadaan samar selepas pengarah strategi PKR Rafizi Ramli didakwa pada 1 Ogos kenana mendedahkan data NFCorp.


The Malaysian Insider

Video Najib dan Menteri-menteri berjoget tersebar!! Saksikan!!

Posted: 09 Sep 2012 09:39 PM PDT


Kalau tak ada backdrop yang tertulis Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Rosmah kat belakang tu.. mati-mati aku sangkakan yang berjoget di atas pentas itu ialah Mr. Bean..

Korang tengoklah.. Najib dan kawan-kawannya dari Parti Syaitan yang dikenali sedang berjoget..

Kalau Najib menari nampak macam Mr. Bean.. Rais Yatim pulak nampak macam badut.. ha..ha..ha..

 Pesanan dari pengirim kalau nak muntah sila jangan muntah di atas komputer anda..


Kalau korang nak tengok bagaimanapula pencacai UMNO bergembira dengan pondan sila lihat di ( SINI )

Video Pencacai UMNO Melaka baling cat kearah bas jelajah Merdeka Rakyat tersebar!! Saksikan!!

Posted: 09 Sep 2012 05:59 PM PDT


Jika dibaca apa yang dilaporkan oleh Berita Harian semalam mengenai insiden Pengawal Peribadi DS Anwar Ibrahim mengeluarkan pistol semalam antaran petikannya adalah seperti berikut..

Pemimpin belia 4B Jasin yang diacukan pistol, berkata beliau terkejut dengan tindakan lelaki terbabit kerana beliau bersama beberapa rakan tidak melakukan sebarang tindakan ganas atau provokasi.

"Saya hanya berdiri di tepi jalan untuk memberi laluan kepada rombongan Anwar ke tapak ceramah.

"Namun, secara tiba-tiba pengawal peribadi itu meluru keluar dari keretanya lalu mengacukan pistol ke arah saya sambil berkata 'masuk' (jika berani).

"Saya dan beberapa rakan terkejut dengan tindakannya dan hanya berdiam diri sebelum lelaki itu masuk semula ke dalam kereta dan beredar," katanya .. sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Tiada provokasi kepala bapak dia!!

Dalam video dibawah korang akan melihat sendiri apa yang dimaksudkan dengan tiada provokasi oleh pemimpin Belia 4B... err 4B ni bermaksud 4X Bodoh ke?..


 Persoalannya disini ialah mengapa anggota Polis yang berpakaian preman yang berada ditempat kejadian tidak menahan pencacai UMNO yang melontarkan cat kearah bas Jelajah Merdeka Rakyat itu tetapi sangat pantas bertindak terhadap Pengawal Peribadi DS Anwar????????

Jika tindakan provokasi hingga ketengah jalan ini dihalang pihak berkuasa adakah mungkin Pengawal Peribadi DS Anwar Ibrahim terpaksa mengeluarkan pistol??

Kalau UMNO cemburu buat bas sendiri..

Posted: 09 Sep 2012 11:12 AM PDT


Presiden PKR, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail menyindir Umno dengan mengesyorkan Umno mengubah suai sendiri sebuah bas seperti mana PKR mengubahsuai sebuah bas dua tingkat untuk program 'Jelajah Merdeka Rakyat'.

Wan Azizah berkata demikian di sebuah ceramah sempena siri lawatan 'Jelajah Merdeka Rakyat' peringkat Negeri Sembilan di Rantau malam kelmarin (Jumaat).

"Kalau cemburu dengan bas kami, buat bas sendiri. Letak gambar Najib (Perdana Menteri) besar-besar ke tepi bas. Ini 'attack' (serang) bas.

"Apa dah jadi dengan Nilai 3? Macam belon lepas. Hari ini orang datang ke Nilai 3 hanya kalau ada majlis perkahwinan untuk beli barang-barang hantaran dan 'door gift'.

"Bagaimana dengan 'Vision' (Wawasan) 2020? Sudah 54 tahun Barisan Nasional (BN) tidak buat perubahan," katanya.

Wan Azizah turut mengumumkan penggunaan pentas bergerak lengkap dengan sistem PA dan lampu yang diubahsuai menggunakan sebuah lori treler.

"Negeri Sembilan merupakan lokasi pertama kami menggunakan 'pentas bergerak-lori treler' yang baru dilancarkan pagi tadi.

Kalau keputusan PRU13 (Pilihan Raya Umum ke 13) lewat, tanda Pakatan Rakyat menang.

Tanda Pakatan menang
 
Sementara itu Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim pula memberi indikasi kepada lebih 1,000 hadirin bagaimana hendak mengetahui bahawa Pakatan berjaya membentuk kerajaan pusat pada PRU13 nanti.

"Najib tidak boleh lari. Dia perlu bubar parlimen. Kalau tidak November atau Disember tahun ini, perlu bubar dalam bulan Januari, Februari atau Mac tahun depan.

"Saudara mesti tengok televisyen untuk mengetahui keputusan PRU13 nanti.

"Kalau Umno menang, pukul 9.00 malam sudah dapat keputusan PRU13.

"Tapi kalau jam sudah menunjukkan pukul 12.00 malam, 1.00 pagi atau 2.00 pagi, tetapi keputusan PRU-13 masih juga tidak keluar-keluar, maka itu tanda Pakatan sudah membentuk kerajaan pusat yang baru," kata Anwar yang disambut dengan tepukan gemuruh oleh orang ramai yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.

Anwar turut menyelar tindakan Utusan Malaysia dan TV3 yang tidak habis-habis menyerang beliau dengan fitnah seperti orang 'gila talak'.

"Siang malam maki saya. RM3 bilion lah, betina lah dan macam-macam fitnah lagi.

"Dulu ada wanita ditangkap di Pahang kerana minum arak.(keluar dalam semua media).

"Ya, sebagai orang Islam kita latih anak-anak kita jangan minum arak kerana ianya haram dan punca kepada segala maksiat.

Kilang arak


"Sekarang saya nak tanya. Mana dia? Pernah saudara baca dalam Utusan Malaysia, The Star, New Straits Times, RTM atau TV3; bahawa keluarga bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pegang syarikat arak San Miguel?

"Bukan satu botol, bukan satu kilang tapi satu syarikat arak, keluarga dia pegang. Ada orang berani tegur? Mana dia Ustaz Umno?," tanya Anwar.

Anwar juga mengulangi janji beliau jika Pakatan berjaya membentuk kerajaan pusat, dalam masa 24 jam, beliau akan umumkan penurunan harga minyak.

"Saya tidak bohong. Insya-Allah, God willing, dalam masa 24 jam saya akan umumkan penurunan harga minyak.

"Kalau tahun ini PRU, Insya-Allah tahun ini juga kita akan batalkan hutang PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional).

"UMNO kata negara akan bankrap, kita sama-sama tengok negara akan bankrap atau tidak. Beritahu saya mana satu negara dalam dunia yang pernah bankrap kerana menolong rakyat di negara tersebut?

"Negara bankrap kerana rasuah dan ketirisan itu ada," jelas Anwar


Free Malaysia Today

Tiada ulasan: