Isnin, 10 September 2012

ANAK SENGAT

ANAK SENGAT


USTAZ NASHA..KETERLALUAN...

Posted: 09 Sep 2012 07:16 PM PDT

Kesian umNO dan sekongkolnya yang tak dapat berita hangat hari ini. Media yang siap buat siaran langsung untuk mensensasikan berita "pemecatan atau tindakan disiplin" terhadap ustaz Nasha jadi terkulat. Begitu juga segolongan yang berharap agar ustaz Nasha di"halau" dari PAS atau sekurang kurangnya dari majlis Syuro.

Begitulah hebatnya dan teliti para ulama bertindak. Bukan hanya dilihat matang malah penuh hikmah dan berlapang dada. Tiada dendam atau prasangka buruk. Malah di sudut politik, ianya dilihat bijak kerana tindakan tersebut menutup ruang umNO untuk terus berkokok dengan isu yang bukan isu.

Saya tidak tahu atas alasan apa majlis Syuro mengambil sikap sedemikian, namun sebagai ahli yang wala dan tsiqah kepada parti Islam, saya sangat yakin ia keputusan yang akan diberi pertolongan oleh Allah. Tindakan ulama disertai keikhlasan dan pergantungan kepada Allah. Ia bukan hanya tindakan politik. Inilah lebihnya berketuakan  ulama. Akal manusia sepatutnya tunduk kepada Allah. Kekeliruan di selesaikan dengan penuh pengharapan kepada Allah.

Ni'mat disambut dengan syukur, Musibah di sambut dengan sabar. bagi yang hidup dengan nyawa politik walau bernaung dalam jamaah Islam biasanya ni'mat dilebihkan dengan kegembiraan malah kekadang memuji kebijaksanaan strategi seseorang atau diri sendiri. Bila ditimpa ujian atau musibah jadi keluh kesah lalu mencari jalan meletakkan kesalahan kepada manusia... lihat sahaja kekalahan Trengganu... tak kurang yang menyalahkan TG Presiden yang berasal dari Trengganu dan menjadi Pesuruhjayanya....  sebahagian mereka yang bersifat begitu berada dalam saf pimpinan...terlupa kekalahan itu kekadang mengajak mereka bermuhasabah tentang jauhnya diri dari Allah kerana terkasima dengan usaha dan strategi sendiri...

Di atas prasangka baik dan wala serta tsiqah kepada pimpinan ulama... saya meyakini ia keputusan terbaik untuk jamaah. Namun untuk merasionalkan bagi yang beriman dengan strategi dan akal, hujah ini mungkin boleh meredakan keresahan dan kemarahan mereka..:

Kenyataan Ustaz Nasha tidak jauh bezanya dengan kenyataan Karpal dan pimpinan DAP ketika dalam Barisan Alternatif. Karpal menggesa DAP keluar dari Barisan Alternatif kerana menuduh DAP hilang undi kerana isu hudud PAS.  DAP tidak pernah mengambil tindakan terhadap Karpal kerana beliau mempertahankan perjuangan partinya... namun menjadikan ugutan keluar Pakatan sebagai senjata... Ia diulang Karpal ketika berada dalam Pakatan Rakyat. DAP tidak pernah bertindak kerana semua kepimpinannya tahu dan bersama dalam matlamat dan strategi parti mereka

Kenyataan Ustaz Nasha yang bukan lagi Timbalan Presiden dan suaranya tentunya tidak melambangkan suara parti.... tiada bezanya dengan suara Karpal... namun Karpal adalah pengerusi DAP. Ustaz Nasha mempertahankan perjuangan hudud dalam partinya... menyarankan PAS keluar PR mungkin agak keterlaluan bagi yang sedang ghairah mengharapkan undi bukan Islam dan terlupa kedudukan PAS yang sangat mengharapkan undi Islam bagi menumbangkan umNO. Namun jika ianya dilihat sebagai strategi bagi meyakinkan kesungguhan orang Melayu Islam yang terkeliru dengan dendangan hudud umNO.. bahawa serius dan tidak boleh bertolak ansur dalam perjuangannya....ia boleh dialunkan sebagai strategi..... Terpulang kepada kita.. yang penting.. utamakan jamaah bukan hanya rakan dalam jamaah... matlamat jamaah dan bukan hanya matlamat bersama dengan rakan jamaah... itulah Tahaluf yang kita sertai dan diizinkan oleh syuro ulama..

Perbezaan pendapat pasti berlaku... namun sebagai ahli yang melibatkan diri dalam PAS kerana dasar Islamnya...maka saya selamanya akan meletakkan kepercayaaan terhadap ulama yang memimpin PAS. Kalau ada dalam PAS yang kata ulama tak pandai strategi... mereka sudah dipengaruhi sekular tanpa disedari kerana merasakan ulama hanya tahu hukum tajuid barangkali..

Apalah bezanya PAS jika tidak dipandu oleh majlis syuro ulama... jangan kerana kepentingan dan kehendak akal kita berbeza dengan keputusan ulama, lalu pelbagai tohmahan dilontarkan terhadap ulama seakan  ulama tidak mengetahui keputusan yang mereka ambil sendiri...Apakah sudah hilang kepercayaan kepada majlis syuro ulama hanya kerana tak sesuai dengan "kehendak akal dan nafsu" kelompok  sendiri...?? Tidak timbul Majlis syuro membenarkan Ustaz Nasha menjadi agen umNO ... bagi saya ia menghina Majlis Syuro dan bukannya menghina ustaz Nasha...

Keputusan ini adalah hasil kehendak Majlis Syuro... bukan kehendak seorang bernama Nasharudin Mat Isa... Jika Majlis Syuro yang termaktub dalam perlembagaan sebagai badan tertinggi PAS anda pertikaikan... anda wajar menilai kedudukan anda dalam PAS... agak keterlaluan..??? tapi itulah yang sepatutnya difikirkan... PAS bukan parti ikut suka aku...kita ada akhlak dan disiplin serta tertibnya... itulah jamaah Islam....


.



USTAZ NASHA... NASIB MU...

Posted: 09 Sep 2012 04:00 AM PDT

Apa nasib Ust Nasha dalam PAS tak penting. PAS akan terus berjuang. Siapa sahaja yang menongkah arus perjuangan Islam dalam PAS akan tercicir. Tak kira siapa... atau alasan apa. PAS teguh dengan prinsip islamnya..Berbagai pandangan terhadap Ustaz Nasha. beliau insan biasa yang di beri kedudukan yang tinggi dalam PAS satu ketika dulu.

Pandangan tokoh veteran PAS Hj Subki Latif mungkin antara yang sangat adil untuk beliau...bukan seperti sebahagian yang mungkin ada agenda tersendiri hasil hubungan renggang serta kegagalan kumpulan tersebut dalam usaha awal menyingkirkan beliau..



7 SEPT — Nasharudin Mat Isa, MP Bachok dan mantan Timbalan Presiden PAS telah menjadi masalah kepada partinya, PAS.

Dia dilihat berbaik dengan Perdana Menteri Najib Razak dan sejak tidak menjadi Timbalan Presiden partinya dia renggang dengan partinya. Malah ada pula kenyataannya yang menyusahkan untuk menghadapi masyarakat dan hubungan partinya dengan sekutu Pakatan Rakyat.

Dia sedang dibicarakan oleh "mahkamah umum" PAS.
Apapun Nasharudin itu baik orangnya dan memulakan penampilannya dalam PAS sebagai seorang pengikut parti yang baik.

Jika apa yang terjadi sekarang dia dilihat sebagai orang baris depan parti yang rosak, maka yang merosakkan ialah jamaah pimpinan PAS termasuk saya kerana memberi amanah yang terlalu besar kepadanya dengan melantiknya sebagai Setiausaha Agung parti.

Saya tidak melihatnya sebagai calon yang sesuai untuk jawatan yang besar itu. Malah saya terkejut dan tidak percaya bila dia dicalonkan. Saya sebagai jamaah pimpinan masa itu beretanya akan kebijaksanaan pimpinan mencalonkannya tetapi saya tidak berbuat secukupnya untuk menghalang pemilihan itu bahkan saya pun sama-sama membuat keputusan melantiknya.

Rakan-rakan peringkat atas kata kepada saya, "Anta ni orang lain tak betul belaka!"

Apa yang saya duga itu betul, dia tidak terpikul amanah yang terlalu besar itu. Ramai yang merasakan demikian. PAS Wilayah Persekutuan dalam Ijtimak tahunannya pernah mengusulkan supaya Setiausaha Agung itu diganti. PAS tidak pernah membincangkannya.

Khidmat disambung lagi. Saya antara minoriti menolak. Setelah beberapa penggal, rata-rata merasakan perlu ada penggantinya, maka PAS menaikkannya ke kedudukan lebih tinggi ialah Timbalan Presiden.

Kedudukan yang tinggi dalam parti sejak berbelas tahun mendedahkannya kepada masyarakat politik yang lebih tinggi dalam negara dan antarabangsa. Jika berlaku sesuatu kepada Presiden ketika itu maka dialah pimpinan utama parti yang baru.

Dalam politik tinggi yang terbuka penuh dengan muslihat dan tipu daya, hanya layak direnangi oleh orang-orang politik yang berwibawa tinggi dan kenal orang-orang yang dihadapinya. Pipit itu layaknya tidak terbang tinggi. Bila ia terbang terlalu tinggi tidak terdaya sayapnya bertahan. Udara yang tinggi itu layak bagi helang dan burung-burung besar belaka.

Maka tidak terdaya baginya untuk bertahan sebagai pimpinan PAS seperti yang dilalui oleh Al-Marhum Datuk Fadzil Noor, Tok Guru Nik Aziz, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mustapa Ali dan lain-lain. Tidak patah sayap mereka berdepan dengan rebut dan badai yang melambung tinggi.

Tidak terpikat sedikit pun mereka dengan politik Dr Mahathir Mohamad, Abdullah Ahmad Badawi dan Najib. Tetapi umum melihat Nasharudin tewas dalam politik diplomasi tingginya. Dia mungkin betul tetapi masyarakat PAS merasanya dia telah rosak. Jika Nabi Musa a.s. tidak faham dengan tindakan Nabi Khidir seperti yang dirakam dalam Surah Al-Kahfi, maka PAS tidak faham dengan pengembaraan politik Nasharudin.

Itulah masalah yang Nasharudin hadapi dari rakan pimpinannya dalam PAS. Dia akan kekal dari pengikut dan pimpinan pertengahan yang baik. Ahli PAS yang sama seperti lain-lain ahli. Jika dia dilihat rosak oleh masyarakat PAS di merata tempat, ia adalah dirosakkan oleah pimpinan yang memberinya kedudukan yang terlalu tinggi. Pipit tidak boleh jadi helang.

Sekarang apa saja boleh terjadi padanya. Sukar diramal dia dapat jadi ahli PAS yang baik seperti sebelum dia dinaikkan terlalu tinggi.

Jika dia rosak berbeda keadaannya dengan Hasan Ali yang diambil oleh sesiapa saja sekarang. Jika dia rosak, dia rosak sendiri. Tidak dirosakkan oleh lain-lain orang dalam partinya dulu

Subki Latif -Nasharudin rosak dipemimpin, Hasan rosak sendiri (tajuk asal MI)

Tiada ulasan: