Ahad, 9 September 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


PAS masih perlukan Nasharudin Mat Isa

Posted: 09 Sep 2012 09:55 AM PDT

Kesian, puak-puak Hasan Ali dan yang sewaktu dengannya, tidak jadi nak selebret pembebasan Nasharudin Mat Isa dari PAS. Rupa-rupanya PAS masih 'sayang' Nasha. Khidmat Nasha masih lagi diperlukan oleh PAS.

Kita harap Nasha akan mempergandakan usahanya untuk lebih giat lagi dari yang sebelumnya. Dialah merupakan manusia paling sibuk kerana penglibatannya selain dengan PAS, dia aktif memberikan khidmat baktinya kepada PM Najib.

Mungkin ada yang menganggap, bahawa Nasha kini sudah dapat lesen dari Majlis Syura Ulama untuk jadi orang perantaraan dengan Umno secara resminya sekarang.

Atau mungkin juga Nasha dianggap sebagai kuda kayu yang pintunya dikunci rapat dan rapi . Siapa pun tidak akan dapat membuka pintu itu hinggalah kuda kayu itu reput dan punah dengan sendirinya begitu sahaja.


KUALA LUMPUR, 9 Sept — Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menyatakan bahawa Majlis Syura parti tersebut tidak membincangkan tentang bekas timbalan presiden, Nasharuddin Mat Isa, untuk dipecat dari ahli PAS mahupun ahli Majlis Syura.

"Ya, dia masih ahli PAS, dia masih lagi dalam Majlis Syura," kata Had (foto fail)i.

"Mesyuarat hari ini adalah mesyuarat bulanan seperti biasa bagi membincangkan tentang calon-calon PAS dalam pilihan raya akan datang.

"Dan sudah menjadi kebiasaan, calon akan ditentukan oleh Majlis Syura bagi mengekalkan kredibiliti serta calon yang terbaik untuk PAS."

Apabila ditanya sama ada Nasharuddin akan bertanding di parlimen Bachok dalam pilihan raya akan datang, Hadi menjawab ia masih belum ditentukan.

"Saya sendiri tidak tahu apakah saya akan bertanding di mana nanti," katanya lagi.

Majlis Syura PAS yang dipengerusikan oleh Datuk Nik Aziz Nik Mat selaku mursyidul am PAS, dijalankan setiap bulan oleh parti tersebut.

Sebelum ini, khabar angin mengatakan keputusan tentang nasib Nasharuddin akan dibincangkan dalam mesyuarat pada malam ini.


Polis bersetuju dengan lagak ganas samseng yang menyerang bas Anwar

Posted: 09 Sep 2012 12:50 AM PDT

Seorang pengawal keselamatan Anwar terpaksa mengeluarkan pistolnya ketika bas Anwar ditahan oleh sekumpulan samseng upahan Umno di pertengahan jalan.

Tindakan nekad tersebut berlaku memandangkan serangan ganas oleh samseng upahan Umno kebelakangan ini semakin menjadi-jadi.

Ini adalah kali kedua bas tersebut diserang.Tetapi kali kedua ini bas tersebut diserang secara terang-terang dengan lagak seolah-olah negara sudah tidak ada undang-undang.

Detik cemas takala bas itu ditahan dalam perjalanan oleh sekumpulan samseng seperti ini tidak sepatutnya berlaku dalam kerajaan yang bertamadun seperti Malaysia ini. Apakah budaya samseng sebegini mahu diserapkan sebagai budaya kita yang baru sahaja menyambut hari ulangtahun ke 55 tahun kemerdekaannya?

Amat pilu sekali, kerana ketika kejadian itu, dilaporkan telah sedia ada beberapa polis berpakian awam bersama di situ. Apakah tugas mereka hanya lihat dan menunggu hingga saat-saat cemas baru mahu bertindak?

Kenapa polis berpakaian awam ini hanya muncul dan bertindak untuk menangkap Pengawal Anwar yang terpaksa mengeluarkan senjata pistolnya ketika keadaan begitu gawat?

Sepatutnya polis bertindak lebih awal lagi daripada itu. Mengapa polis boleh membiarkan samseng-samseng itu bertindak ganas menahan bas Anwar?

Seperti kata Ketua Polis Negeri, Datuk Chuah Ghee Lye, terlalu awal untuk menentukan sama ada lelaki itu sebenarnya telah menghalakan senjata kepada orang awam, atau dia hanya mempamerkannya sebagai perbuatan bagi melindungi seseorang. Dia mungkin hanya mengeluarkan senjata itu dan secara tidak sengaja menunjukkan ke arah rakyat berkumpul di sana.Lihat di sini

Walau apa pun yang pastinya, keadaan ini tidak akan berlaku sekiranya polis tidak membiarkan samseng-samseng tersebut bertindak ganas dan liar dengan menyerang dan menahan bas tersebut di tengah perjalanannya.

Sehingga kini, Polis tidak ada menahan seorang pun dari samseng-samseng atas kelakuan ganas tersebut selain menahan Pengawal Anwar untuk disoal siasat. Apakah keterlaluan kalau saya katakan bahawa polis bersetuju dengan lagak ganas samseng yang menyerang bas Anwar itu?

Update terbaru : Pengawal peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikenali sebagai Jim, tidak mengacukan pistol kepada samseng Umno walaupun berdepan provokasi mereka. Baca di sini

Jangan ada yang gatai mulut - Pedulikanlah dia !

Posted: 08 Sep 2012 07:01 PM PDT

Semua pihak kena faham musuh Pas suka kalau soal Nasharudin itu dibincangkan kerana mereka ada modal untuk mengungkitnya kembali. Hari ini Nasharudin tidak menjadi isu lagi. Jika ia dibuka semula malam ini Nasharudin akan terus menjadi isu. Dalam saat pilihan raya makin dekat Pas dari semua sudut dan oleh semua orang hendaklah lebih berhati-hati dan bersikap waras. Emosi yang berlebihan akan membawa parah.

Kalau isu Nasharudin ini tidak disebut dan dibincangkan pun ia tidak menjadi masalah ia tidak akan memberi apa-apa kesan kepada Pas, untung pun tidak rugi pun bukan. Paling-paling Nasharudin atau media yang menyokongnya akan mengulas Pas takut kepada Nasharudin setakat itu saja... dan biarkanlah.

Untuk memstikan ini... jangan masukkan isu Nasharudin di dalam agenda mesyuarat dan jangan ada sesiapa bangkit dalam agenda hal-hal lain. Jangan ada juga sesiapa di kalangan anggota majlis syura gatal mulut untuk bercakap mengenai Nashardin dan kalau hendak bercakap juga biarlah sepakat dengan keputusan kita jangan pedulikan dia.

Paling afdal ialah tutup mulut dari menyebut namanya, habis cerita. Sama ada Nasharudin hendak kekal dalam Pas, hendak mengkritik Pas memuji Umno terpulang kepadanya. Pas bukan baru sekarang hendak merasai kehilangan bekas pemimpin tertingginya tetapi sudah acap kali. Jadi apa perlu dibimbangi. Bacalah di sini

Tiada ulasan: