Khamis, 6 September 2012

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Bimbang TGNA akur dengan Anwar.

Posted: 06 Sep 2012 12:15 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

[1]
TGHA muka keras. Tapi pendirian lembut. Contoh dalam kes UG. Kejap tutup kejap buka. TGNA muka lembut. Tapi pendirian keras. "Saya adalah nakhoda" adalah ayat tertinggi kekerasan pendirian yang pernah dipamerkan TGNA sepanjang gua hidup.

Dalam 100 tajuk mengenai Anwar pula, 90 gua diam tanda kagum dengan beliau ni. 10 lagi gua lawan sebagai fitrah tidak setuju dalam diri gua. Antara yang paling gua kagum ialah, ketika dia remaja, di zaman Malaysia gelap, satu zaman yang apa sahaja UMNO buat dianggap betul, termasuk membunuh sebuah perkampungan, Anwar tidak takut untuk melawan sehingga di ISA.

Cumanya, lepas tu dia masuk UMNO. Ntah apa2 ntah... spoil paling besar dalam sejarah dirinya. Gua pun boleh buat. Buat satu projek yang membuatkan tumpuan UMNO kepada gua, lepas tu, gua masuk UMNO. Kompom mempunyai kekuatan untuk naik dalam UMNO.

[2]
Semasa Taikun Cina suruh Najib buat judi bola, Najib test market dengan minta Awang Adek buat kenyataan media. Hal yang sama terjadi dalam politik PR. Ironinya kedua-dua kes berlaku di Bachok.

Anwar mahu kerusi Bachok. Untuk diletakkan Dr Zaiyadi. Yang buat statement ialah Aziz Ketereh. Maka, ramai lah orang marahkan Aziz seperti mana orang marahkan Awang Adek.

Mengapa Anwar mahu Bachok, gua pun tak tahu. Maybe imej PKR-Anwar semakin meningkat jika berjaya dilihat menggantikan Nash. Mungkin inilah peluang PKR bertapak di Bachok dengan meletakkan Dr Zaiyadi anak tempatan di situ, dan sudah mempunyai link (bekas Ketua Pemuda UMNO dan masih lagi ahli UMNO).

[3]
Gua berada dalam politik Kelantan secara tidak langsung. Ramai yang merungut kerana ini. Rungutan terpecah kepada 2 :

1. Gelombang pemberontakan dari anak-anak muda ahli PAS di Bachok. Cuma ahli PAS ni, gua jamin takkan buat pemberontakan terbuka. Paling berani dalam fesbuk dan kedai kopi jer. Ada blog pun tahap rahsia. Ala2 diari peribadi. Tulis pung pang pung pang. Yang baca diri sendiri. Takut malu muka. Penakut, pemalu tapi claim pejuang.

2. Rungutan pengundi yang tidak kisah sama ada PKR atau PAS, tetapi Dr Zaiyadi yang play safe atau teragak-agak. Seolah-olah Dr Zaiyadi mahu kerusi Bachok dijamin kepadanya baru mahu mengisytihar keluar UMNO masuk PKR. Sedangkan melihatkan kehadiran beliau secara terbuka bersama Anwar mungkin menunjukkan terdapat percaturan mengenai tarikh mengumuman keluar UMNO.

[4]
Untuk menceritakan PAS dan PKR di Bachok ini, gua berani tulis bahawa PKR sebenarnya tidak wujud di Bachok. Kita mulakan dengan definasi jentera parti dahulu.

Jentera parti bukan audien. Bukan crowd. Jentera parti ialah petugas.

1. Petugas pasang bendera.
2. Kumpulan setup ceramah.
3. Kumpulan survey / cula.
4. Individu dalam agensi2 kerajaan yang memudahkan prosedur birokrasi.
5. Dana.
6. Keselamatan.
7.
8.

Dan PKR memang tidak wujud di Bachok. Melainkan jika Dr Zaiyadi bertanding dan menang. Maka PKR boleh mula bertapak membentuk jenteranya sendiri. Di Machang sudah ada. Hasil Nasution. Dan kini Nasution boleh bertanding di tempat lain pula.

[5]
Berikutan pemberontakan alam maya berkenaan dengan kenyataan Aziz Ketereh yang mahukan Bachok, baru-baru ini TGNA ada bersama Anwar di dalam bas Jelajah Merdeka. Selepas itu, Anwar mengeluarkan kenyataan "pembahagian kerusi selesai."

Gua tak kisah pun PAS atau PKR asalkan gua dapat Malaysia Baru. Gua tak kisah pun PKR bina jentera di Bachok asalkan rakyat untung akan persaingan sihat parti politik.

Cuma gua rasa kesian pada rakan-rakan gua (jentera PAS) yang gua tahu mereka berkerja kerana jenama. Bukan kerana intelektual. Gua rasa sedih mereka bersungguh2 menaikkan jenama mereka. Buat macam2. Tiba2, kalaulah TGNA akur kepaa Anwar, dan membuatkan PAS menetapkan keputusan Bachok diserahkan kepada PKR, gua dapat rasa apa yang diorang rasa.

Dan gua tulislah dalam satu penulisan berbentuk luahan jiwa ni. Bukan dalam bentuk pemberontakan. Sebab pemuda PAS ni bukan pemberontak. Mereka jiwa-jiwa. Di sepanduk jihad. Atas kepala kopiah. Dalam hati kuntum2 bunga. Kalau gua taip dalam bentuk pemberontakan, macam gua poyo plak. Lebih2.

[6]
Penutupnya, kita bercakap mengenai kuntum2 bunga pemuda PAS pula, katakan pemuda PAS anjur demo Jihad menentang regim luar negara. Lu hadir memberikan sokongan.

Ketika demo tersebut, sekumpulan PERKASA / samseng suaka politik serang. Sebab lu muka paling melawan, lu kena serang. Apakah reaksi anak-anak muda PAS?

1. Yang paling kuntum2 bunga akan terpaku dan terkelu.

2. Yang berani sket akan takbir sekuat hati dari jauh. "Sudahlah... sudahlah.. kita sesama Islam. Allahuakhbar! Allahuakhbar!"

3. Yang paling gedebe akan pegang badan, tangan dan kaki kita. Bukan samseng yang sedang menyerang. "Sudahlah.. sudahlah. Kita jangan jadi seperti mereka." Yang kena serang ditumbuk bertubi-tubi dalam keadaan anggota badan kena pegang.

4. Selepas semuanya selesai, ketua akan buat kenyataan amaran.



Tiada ulasan: