Khamis, 6 September 2012

Addin

Addin


'Ambo Raso Nak Buat Pilihanraya Doh Ni' - Najib

Posted: 06 Sep 2012 09:44 AM PDT

MACHANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi bayangan terbaru hari ini – kali ini di Kelantan – mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang menjadi bahan spekulasi sejak awal tahun lalu.Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, beliau "sudah mahu" mengumumkan tarikh PRU13 yang dinanti-nantikan banyak pihak."Ambo rasa nak umum pilihan raya dah. Pilihan raya ini sebenarnya untuk apa. Ini adalah untuk masa depan kita," katanya dipetik Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Jom Beraya Bersama Perdana Menteri di Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah di sini, hari ini. Najib turut meluangkan masa menghadiri jamuan Aidilfitri di Besut hari ini.

Hujung bulan lalu, ketika berucap di Baling, Kedah, Najib secara berseloroh berkata, beliau sudah ada semangat untuk membubarkan Parlimen - bagi membuka laluan kepada PRU13, yang pertama bagi beliau selaku Perdana Menteri dan Pengerusi BN."Semangat nak bubar Parlimen... tengoklah dulu," kata beliau di akhir ucapannya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan berkumpulan enam bahagian Umno Selatan Kedah di Kompleks Rakan Muda Baling.

Sebelum ini ramai meramalkan bahawa PRU13 akan diadakan Jun atau awal Julai lalu sebelum bermulanya bulan Ramadan.Bagaimanapun spekulasi terbaru selepas 1 Syawal menunjukkan ramai meramalkan PRU13 akan diadakan November ini selepas pembentangan Bajet 2013 pada 28 September ini.

Pun begitu ada yang menjangkakan ia hanya akan dipanggil selepas Februari depan.Najib selaku Perdana Menteri mempunyai budi bicara untuk membubarkan Parlimen dengan memperoleh perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Di Stadium Nasional juga, pada 11 Mei lalu, Najib menyampaikan ucapan dengan berseloroh bahawa "rasa-rasa esok saya hendak menghadap Yang di-Pertuan Agong (untuk mendapatkan perkenan)... adakah kita sudah bersedia, sudah bersedia, sudah bersedia?"Dalam pada itu, Najib yang juga Presiden Umno berkata, perjuangan memartabatkan Islam di negara ini yang diperjuangkan parti itu adalah di landasan yang tepat dan mendapat pujian daripada pemimpin negara-negara Islam lain.

Petdana Menteri berkata, ia tidak seperti Islam yang diperjuangkanpembangkang terutama Pas yang menggunakan Islam terutama hukum hudud semata-mata untuk berkempen semasa musim pilihan raya."Mesir kata Malaysia telah menjadi model negara Islam.

Percayalah kita di landasan yang betul. Kita janji apa? Kita janji negara maju 2020, Janji Ditepati."Ambo (saya) ingin melihat angin perubahan di Kelantan. Islam sebagai satu model. Kita juga bawa perjuangan Islam, kita tidak mahu Islam yang mana hudud dijual sebagai model pilihan raya."Haji Hadi (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang) kata apa, fajar menyingsing, ayam berkokok kita akan laksanakan hudud. Ayam itu pun dah mati dan tua," katanya.Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Ketua Umno Bahagian Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Kira-kira 30,000 rakyat berbilang kaum hadir pada majlis itu yang merupakan lawatan pertama Najib ke Machang.Beliau turut memuji langkah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak menyokong langkah pihak tertentu baru-baru ini yang bertindak biadab ketika mengadakan satu perhimpunan yang disokong pembangkang di ibu negara baru-baru ini.

"Ambo ucap terima kasih dan menulis surat pada Nik Aziz atas perkara itu," katanya.Najib berkata, ia jelas menunjukkan Nik Aziz juga tidak menyokong langkah yang keterlaluan seperti sanggup memijak poster, menunjuk punggung dan membawa bendera baharu bagi menggantikan Jalur Gemilang seperti itu.Mengulas mengenai Kelantan, Najib berkata, segala kemahuan rakyat negeri ini akan dimasukkan dalam manifesto dan akan memperjuang perkara itu apabila Barisan Nasional menang pada pilihan raya umum nanti.

"Kita masukkan apa sahaja yang rakyat Kelantan mahukan dan kita akan pastikan perkara itu satu janji yang ditepati apabila BN memerintah nanti," katanya.Perdana Menteri juga kagum dengan semangat rakyat beberapa negeri terhadap sambutan program Umno dan BN yang menunjukkan rakyat memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi terhadap BN. ~sinar




Pak Samad Terkejut.. Polis Tanya Soalan Bodoh

Posted: 06 Sep 2012 08:24 AM PDT

KUALA LUMPUR 6 September: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said berkata siasatan polis langsung tiada kaitan dengan tindakannya membaca puisi di Himpunan Janji Demokrasi pada malam ambang kemerdekaan Khamis lalu.Sebaliknya, beliau yang lebih mesra dipanggil Pak Samad berkata, polis banyak bertanya mengenai hal peribadi yang tidak sepatutnya dijawab."Tidak ditanyakan langsung mengenai puisi. Saya fikir saya dipanggil atas sebab puisi, tapi dalam pertemuan tadi, saya langsung tidak ditanya mengenainya, soalan yang ditanya tiada kena mengena.

"Saya memilih untuk tidak menjawab semua soalan itu, kecuali informasi tentang diri saya," katanya ketika ditemui pemberita selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi petang tadi.

Selain Pak Samad, turut memberi keterangan adalah Pengarah Eksekutif Pusat Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Maria Chin Abdullah.Mereka hadir bersama peguam Datuk S Ambiga yang mewakili Pak Samad manakala Lathefaa Koya mewakili Maria.

Semalam, Ketua Polis IPD Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad mengeluarkan notis untuk menyiasat sama ada sasterawan itu melanggar undang-undang dengan membaca sajak dalam perhimpunan itu mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

Menurut Ambiga, notis yang dihantar kepada Pak Samad adalah di bawah peruntukan Seksyen 9 (5), Akta Perhimpunan Aman 2012, iaitu sebagai penganjur perhimpunan."Bagaimanapun Pak Samad bukan penganjur dan notis telah ditarik balik. 

Keterangan hanya diberi di bawah Seksyen 112," katanya.Mengulas soal siasat ke atas Maria, Latheefa berkata, anak guamnya ditanya soalan-soalan yang polis sendiri mempunyai jawapan."Kami tidak melihat ada nilai menarik polis memanggil Maria dan Pak Samad hanya semata-mata untuk menjawab soalan yang mereka sendiri mempunyai jawapan.

"Ditanya mengenai sidang media pemakluman Himpunan Janji Demokrasi…sudah ada gambar, video dan mereka tahu apa yang dicakapkan pada sidang media itu," katanya. ~kd



Umno Jasin Bakal Serang Ceramah Tamrin Ghaffar Baba Malam Esok?

Posted: 06 Sep 2012 06:25 AM PDT

Pihak Umno Jasin dilaporkan sudah siap sedia untuk 'menganggu' ceramah Pas malam esok di Jeperun, Jasin yang melibatkan kehadiran sama Tamrin Ghafar Baba. Beberapa khemah kini sudah di pasanag berdepan dengan tempat program Pas di kampung berkenaan. Ia dipercayai untuk menganggu ceramah Pas.Tamrin: Tidak gentar.Kalau bukan untuk menganggu ceramah Pas untuk apa Umno memasang khemah dan mengadakan program di situ.Bagaimana pun dalam satu sms Tamrin kepada saya sejam lalu beliau tetap akan datang berceramah malam esok seperti mana dirancangkan.

"Saya akan datang juga untuk menjelaskan kekeliruan yang telah ditimbulkan oleh pihak Umno berhubung ceramah Matu Sabu yang dianggap memalukan keluarga Pak Ghabar," begitu kata Tamrin.Beliau mengakui sebelum ini telah beberapa kali dia menolak jemputan untuk berceramah di kampung berkenaan kerana menghormati keluarganya terutamanya abang iparnya Ahmad Hamzah.

Tetapi katanya kali ini beliau kena hadir memberi penjelasan apa sebenar yang berlaku dan tuduhan ke atas ceramah Mat Sabu itu satu kekeliruan.Tamrin juga telah menghantar pesanan rengkas kepada Ahmad Hamzah bagi menjelaskan tindakannya itu dan sekligus memberi ingatan tegas.

Pesanan rengkas itu berbunyi;"Assalamulaikum Mat (Yb Datuk Mat Hamzah) saya memilih berceramah di Jasin kali ini selepas menolak jemputan di sana kerana mengambil kira kekeluargaan kita tetapi oleh kerana ahli-ahli keluarga membuat kenyataan akhbar maka saya tiada pilihan. Jika sekiranya Umno (BN Jasin) menganggu ceramah kami malam esok makan saya akan meningkat aktivi saya di Jasin. Terserahlah kepada you selaku pemimpin di sana.

Salam..."Syabas kepada Tamrin kerana tidak berganjak dan gentar dengan parti lamanya yang sudah mulai mengancam perjuangan barunya. Didoakan semoga Allah akan diberi kekuatan melawan apa juga ugutan dan ancaman kepadanya.Dalam pada itu sama-sama kita berdoa semoga keluarga besar Allahyarham Pak Ghabar Baba tidak akan berpecah kerana wujudnya perbezaan pendapat di antara mereka berhubung perjuangan dalam politik. ~mso


Isu Bintulu Daif, Nurul Syuhada Nuru Ain Letak Jawatan Di TV3?

Posted: 06 Sep 2012 05:00 AM PDT

Pejabat TV3 di Bandar Utama pagi ini kecoh apabila pengacara terkenal, Nurul Syuhada Nurul Ain dikatakan telah meletak jawatan.Sumber memberitahu Mynewshub, Nurul sudah menghantar notis perletakan jawatan yang dipercayai akan berkuat-kuasa hujung bulan ini."Tidak dapat dipastikan sama ada perletakan jawatan itu ada hubung kait dengan krtikan beberapa pihak atas kenyataan Bintulu daif yang dibuatnya baru-baru ini atau sebab mendapat tawaran kerja yang lain," katanya sumber berkenaan.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan meminta Nurul membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataannya semasa satu program secara lintas langsung stesen itu yang menyatakan Bintulu sebagai sebuah kawasan daif.Berikutan itu, Nurul menerima kecaman yang agak hebat.

Pengacara itu bagaimanapun bersikap profesional dan matang dengan mengakui tersilap cakap dan memohon maaf ata apa yang berlaku.Pihak pengurusan TV3 juga telah mengambil langkah yang sama.Tindakan Nurul itu kemudiannya diterima semua pihak termasuk masyarakat Sarawak sebagai satu kesilapan yang tidak disengajakan. ~mynewshub




Imam Ajak Solat Tapi Selipar Yang Melayang

Posted: 06 Sep 2012 02:07 AM PDT

KUALA LUMPUR 5 September: Sekumpulan 50 ahli Perkasa didapati tidak solat maghrib semata-mata mahu mengganggu majlis ilmu yang sedang berlangsung, walaupun Imam masjid menasihatkan supaya tindakan itu dihenti dan segera menunaikan solat berjemaah.Ahli Perkasa (dalam bulatan) membuat provokasi ketika tazkirah. Ahli Parlimen Kuala Kedah, Ahmad Kassim menceritakan kembali kejadian memalukan di Masjid Al-Husain, Seberang, Alor Setar itu pada Ahad lalu.

Insiden tersebut menyebabkan Ahli Parlimen, Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar hampir terkena balingan kasut ketika khusyuk mendengar tazkirah daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Sekumpulan ahli Perkasa berkumpul sejak pukul 3 hingga 5 petang berdekatan Rumah Terbuka KEADILAN Kedah yang diadakan di pejabat KEADILAN Negeri.

Tapi pada jam 7 petang, mereka mula memenuhi kawasan depan masjid pula."Masa masuk waktu Maghrib dan selepas melaungkan azan, Imam turut memanggil kumpulan tersebut supaya masuk ke dalam masjid mendengar tazkirah serta sama-sama menunaikan solat dan meminta mereka pulang jika enggan memberi kerjasama."Tapi mereka masih tidak berganjak, terus berkumpul di luar masjid sehingga kami semua selesai solat. Suasana bising sangat dan mereka mengganggu jemaah lain tunai solat," katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.Untuk mengesahkan perkara tersebut, beliau sendiri ke belakang saf dan mendapati tiada langsung ahli Perkasa yang turut berjemaah."

Kumpulan Perkasa senang nak kenal kerana mereka pakai baju Skuad Perkasa, kuning hitam."Selesai solat, makin kuat pula maki hamun dan kata-kata kesat oleh mereka. Suara perempuan pun ada, tak tahu masa bila mereka solat," ujarnya yang juga Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama KEADILAN (Bippa).Beliau turut kesal apabila polis lepas tangan walaupun KEADILAN Alor Setar terlebih dahulu membuat laporan kerana mendapat maklumat awal berkenaan serangan itu."Saya kesal dengan polis, kerana pukul 1.30 petang, kami telah buat laporan di Balai Polis Alor Setar memaklumkan mengenai maklumat tentang serangan ini, tapi malangnya polis tidak peduli dan akhirnya menyebabkan Perkasa berani lempar kasut ke dewan solat."

Malah kami sendiri yang cuba leraikan, polis langsung tak muncul-muncul," cerita beliau.Masjid bawah kuasa Kerajaan Kedah  Ahmad turut mempersoal tindakan pemimpin Umno yang menjadikan masjid sebagai tempat menyampaikan agenda politik mereka."Sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin turut guna masjid di Kedah, sedangkan masjid semuanya di bawah kuasa Kerajaan Kedah.

Tiada pula Perkasa datang baling kasut."Kerajaan negeri tak pernah sekat untuk mereka memberi 'tazkirah'. Kenapa Perkasa hanya pertikaikan apa yang dibuat Pakatan walaupun di bawah negeri Pakatan sendiri. Ini namanya dwi standard," tegas beliau.Ahmad juga menempelak Perkasa kerana mendakwa Anwar tiada tauliah untuk berbuat demikian."Kenapa semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masuk masjid memberi tazkirah, tiada pula 'acara' baling kasut atau maki hamun, sedangkan beliau juga tiada tauliah, ini semua alasan…," katanya."Perkasa hanya berani dengan Pakatan sahaja, tapi kalau Umno yang buat salah, mereka sanggup diam, ini membuktikan mereka ini perkasas Umno," ujar beliau. ~kd



Dr. Asri Hentam Ulama Muda Umno Pulak

Posted: 06 Sep 2012 12:57 AM PDT


Rentetan dari insiden menunjukkan punggung kepada gambar Najib dan Rosmah yang dikatakan biadap oleh kebanyakkan pemimpin UMNO pada malam sambutan Kemerdekaan yang lalu..

Dr. Asri dalam laman Tweeter  mempersoalkan adakah perbuatan membuka seluar dan menunjukkan kemaluan pada gambar orang lain yang dilakukan oleh ahli-ahli UMNO itu perbuatan beradap?Menurutnya dalam berpolitik kita perlu berakhlak.

Itu berkenaan dengan insiden tunjuk punggung kepada gambar Rosmah dan Najib, berikut pula adalah pesanan yang disampaikan kepada Ulama Muda UMNO oleh Dr. Asri melalui laman Twitter miliknya.



Menurutnya beberapa tokoh UMNO meminta beliau agar menyampaikan pesan kepada Ustaz-ustaz muda yang menyertai UMNO supaya jangan terlalu mengampu, kerana tokoh-tokoh UMNO tersebut juga tidak menyukai tindakan Ustaz atau Ulama Muda UMNO itu..

~anaksungaiderhaka

Mahasiswa Tunjuk Bontot Di Buang Kolej Dan Di Berhentikan Pinjaman PTPTN

Posted: 05 Sep 2012 10:08 PM PDT


Pihak kolej telah buang mahasiswa tersebut daripada kolej sedangkan budak tue dah nak habis belajar dah. PTPTN juga bertindak balas menghentikan segala pinjaman kepada pelajar tersebut. Ini bermaksud ;

1. PTPTN hentikan pinjaman pelajaran

2. Barulah pihak kolej terpaksa nyahkan budak tue dari kolej.

Jangan larh nak buat ayat kekonon nya budak tue kena buang dari kolej dan ptptn pun bersetuju hentikan pinjaman pelajaran kepada tersebut student. Ayat menteri yang aku tak minat nak beli.



"Saya percaya keputusan memberhentikan pelajar itu telah dipertimbangkan sebaik-baiknya sehingga membawa kepada pemecatan itu," katanya kepada pemberita di Bangi malam tadi.


Difahamkan pelajar itu diberhentikan serta merta untuk mencerminkan pendirian pihak kolej yang tidak akan berkompromi dengan sebarang tingkah laku menyalahi undang-undang negara.

Ditanya sama ada pelajar itu boleh merayu untuk menyambung semula pengajiannya, Khaled berkata ia terpulang kepada budi bicara kolej berkenaan.

Beliau, bagaimanapun berkata pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pelajar terbabit, juga telah diberhentikan serta merta. -MKINI-

Keputusan = hukuman yang budak neh terima sangat teruk. Tidak setimpal dengan perbuatan nya. Sepatutnya kaunseling jek dah cukup. Tak payah meleret nak buang dia dari IPTS. Dia kan student. Kena fikirkan masa depan dia juga.

Bukan budak merogol jek ada masa depan yang cerah. Dia budak yang "memberak atas gambar oppa najib" juga ada masa depan yang cerah. Tindakan tidak bermoral itu sepatutnya diatasi dengan ajar dia jadi lebih bermoral. Ajar dia agar menunjukkan protes menggunakan cara yang betul.

PTPTN dan pihak pengurusan kolej terlalu bertegas ke atas pelajar yang marahkan perdana menteri. Pelajar tersebut ada sebab yang tersendiri kenapa dia marah. Kalau kita hukum dia menggunakan cara lain tak bererti kita sokong tingkah laku dia sebaliknya kita melihat efektifnya hukuman kaunseling itu berbanding hukuman buang kolej dan tarik semula pinjaman ptptn.

Jangan hukum seseorang berlandaskan emosi. Walaupun tindakan dia tidak betul, tetapi tindakan kerajaan menanggani isu neh juga tidak cekap. Sekurang2nya dia dah sanggup mengakui kesalahan dan apa hak kerajaan untuk rosakkan masa depan dia?

Ini yang korang canangkan rakyat didahulukan? Kerajaan yang baik tidak akan membiarkan masa depan seseorang mahasiswa hancur dek kerana perbezaan politik. Ini bukan kerajaan yang baik.

Ini kerajaan yang suka menghukum. Oleh kerana itu wajar juga bagi kami untuk menghukum kamu. Satu masa depan rakyat yang kamu rosakkan, kami akan balas beribu kali ganda. Tunggu dan lihat. ~amenoworld


Pelik Tapi Benar!! Di Siasat Polis Hanya Kerana Baca Puisi

Posted: 05 Sep 2012 08:00 PM PDT

KUALA LUMPUR 5 September: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said sedia untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada jam 3.00 petang esok bagi membantu siasatan berkenaan Himpunan Janji Demokrasi pada malam ambang kemerdekaan Khamis lalu.

"Mereka mahu saya datang ke IPD Dang Wangi pada jam 6.00 petang ini, tetapi saya menolak kerana ada acara lain. Lagipun, masa itu terlalu singkat.

"Namun, saya bersetuju untuk hadir selepas anggota Gabungan Janji berunding agar masa itu dianjak kepada 3.00 petang esok," katanya ketika dihubungi.

Gabungan Janji disertai 47 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) menganjurkan himpunan Janji Demokrasi pada malam 30 Ogos lalu di Dataran Merdeka sempena sambutan kemerdekaan negara ke 55.

Walaupun tidak diberikan permit oleh pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), perhimpunan tersebut berjalan aman dengan dihadiri 20,000 rakyat berbaju kuning.

Ketua Polis IPD Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata, polis akan menyiasat sama ada sasterawan itu melanggar undang-undang dengan membaca sajak dalam perhimpunan itu mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012. ~keadilandaily

Kerakusan Pemuda BN Di Ibu Pejabat PKR.. Lihat Video Nih

Posted: 05 Sep 2012 07:00 PM PDT



Jika selama ini kita sering mendengar pencacai-pencacai UMNO mengatakan Anwar alat Cina, Alat DAP, alat India, alat Yahudi dan berbagai jenis alat lagi, tetapi dalam video ini kita akan menyaksikan siapa sebenarnya yang menjadi alat.

Inilah hasilnya bila anak-anak Melayu selamat menjalani proses pembodohan oleh pemimpin UMNO, selain mudah diperkudakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO, juga diperkudakan atau menjadi alat kepada bangsa lain.


Dalam Insiden yang berlaku di hadapan Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat tengahari 5 September, kita menyaksikan anak-anak Melayu dijadikan sebagai alat untuk mempertahankan segerombolan ahli Barisan Bersatu Nambikkai.

Presiden Barisan Bersatu Nambikkai (Nambikkai) Kalai Vanar yang hadir ke ibu pejabat PKR untuk melakukan demostrasi secara aman kononnya bagi membuat Bantahan Terhadap Penghinaan Bendera Malaysia, Penipuan PR dan Lakonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut hadir mengiringi beliau adalah sekumpulan Pemuda BN dan juga sekumpulan Melayu Berwawasan yang tidak punya wawasan.


Apabila kekecohan tercetus , Kalai Vanar melakukan provokasi dari jauh tetapi pemuda-pemuda Melayu yang memakai 'T' Shirt Pemuda BN dan Melayu Berwawasan maju kehadapan bagi menghadapi menghadapi ahli-ahli PKR.


Mereka sanggup berada di barisan hadapan menjadi alat untuk bergelut dengan anggota Polis dan juga ahli-ahli PKR kepada Presiden Barisan Bersatu Nambikkai,Kalai Vanar.

Lihat video di sini.

Safee Sali Bakal Sertai KEADILAN Pula?

Posted: 05 Sep 2012 06:04 PM PDT


Kelmarin sebelum ke program Jingga 13 Penang, rujuk sini [Jingga 13 Penang] ReJaM© sempat singgah sebentar di sebuah program KEADILAN di Batu Tiga Shah Alam.

Menariknya penyerang sensasi pasukan bola sepak Harimau Malaya dan juga kelab Pelita Jaya, Safee Sali turut hadir di program Hari Raya tersebut.

Nampaknya Adun KEADILAN Batu Tiga, YB Rodziah Ismail turut meminati Safee Sali dan Pelitajaya.

Safee Sali turut membawa hadiah untuk diberikan kepada para pengunjung yang berjaya menjawab soalan kuiz "Safee Sali tanya anda" di dalam program tersebut.

Antaranya T-Shirt merah bernombor 10 (nombor jersi Safee Sali) dan komik Super Safee untuk peminat-peminat cilik yang berjaya menjawab soalan beliau berhubung dirinya.



Apapun tahniah diucapkan kepada Safee Sali yang tidak bimbang periuk nasinya terjejas kerana menghadiri program KEADILAN seperti ini.

Orang berbakat seperti Safee tidak perlu bimbang untuk menghadiri program-program Pakatan Rakyat seperti ini kerana nilai bakatnya melangkaui ideologi politik.



Lagipun pengurus beliau, saudara Zakaria atau lebih dikenali sebagai Abang Zack merupakan penyokong kuat KEADILAN dan merupakan bekas Ketua Cabang KEADILAN.

~milosuam


Addin :

Syabas!! buat Safee Sali.. anda berani!!


Tiada ulasan: