Rabu, 5 September 2012

Addin

Addin


(Video) Soalan Jawab Ust. Azhar Idrus, 'Boleh Ke Tak Pakai Seluar Dalam Ketika Solat'?

Posted: 05 Sep 2012 10:00 AM PDT


Penceramah agama, Ustaz Azhar Idrus sering dihujani dengan pelbagai soalan dan kemusykilan setiap kali dijemput menyampaikan kuliahnya.

Yang lawaknya, ada di antara soalan yang dikemukakan itu tak pernah kita terfikir untuk bertanyakan kepada tok-tok guru kita..

Ia termasuklah soalan boleh ke tak pakai seluar dalam sewaktu menunaikan solat? Walaupun nampak macam 'remeh' dan lucu, tetapi ternyata Islam ada jawapan di atas segala persoalan yang disebutkan tadi.

Mari kita lihat bagaimana Ustaz Azhar mengupas isu yang ramai orang tak terfikir, tapi selalu terjadi di antara kita.





Gambar Banner Tuan Guru Hj. Hadi Di Carik-Carik Oleh Samseng Tersebar

Posted: 05 Sep 2012 09:00 AM PDT


KUALA SUNGAI BARU - Satu laporan polis telah di buat di balai polis Masjid Tanah di mana banner ucapan selamat menyambut ramadan dan ucapan kemerdekaan negara ke 55 telah di khianat.

Menurut Penyelia PAS Dun Kuala Linggi Ust Julas laporan ini di buat agar pihak polis dapat menjalankan siasatan yang selengkap dan dapat menghadapkan mereka yang bertangungjawab ke muka pengadilan.

Dalam ulasan Ust Julas, Penyelia Dun Kuala Linggi beliau menyatakan bahawa hal ini adalah satu yang kerterlalun kerana ia telah sama sekali lari dari norma masyarakat ketimuran yang sentiasa hormat menghormati dan ia mewujud serta meyemai semangat kebencian antara parti politik dan di khuatiri bakal menyebabkan hilangnya keharmonia di kalangan masyarakat di sini.

Beliau berharap agar pihak polis dapat menjalankan sisatan dan kami dari pihak PAS MTD Kuala Linggi sentiasa membantu dalam sisatan ini.

Turut sama membuat laporan polis ialah ketua urusan pemuda pas MTD Kuala Linggi Suadara Razak Bin Jantan yang kesal dan sedih atas kejadian yang berlaku dan mengharap agar pihak yang melakukan perkara ini dapat di adili ini kerana ia melibatkan maruah parti kami dan maruah Tuan Guru Presiden serta Penyelia Dun kami.

Beliau turut menyatakan kesudian seluruh ahli pemuda PAS Dun kuala Linggi dalam membantu siasatan pihak polis . Pihak Polis juga di harap dapat menyalankan siasatan yang adil mengenai hal ini.

~FB PAS Kuala Linggi



Selamba Jer Najib Hisap Curut Depan Sultan Selangor..

Posted: 05 Sep 2012 08:21 AM PDT


UMNO Usah Dok Berlakon Jadi Juara Pertahan Raja Raja Melayu.. Padahal UMNO Juara Hina dan baruakan Raja2 Melayu !!

1- Ni Gambar Najib Boleh Relax je Hisap Curut Depan Sultan Selangor.. Macam Sultan Selangor Member dia La Pulak.. Lepas Tu Bila Sultan Selangor Nak Balik.. Sultan Selangor Terpaksa Sua Tangan Bersalam dgn ROSMAH.. Maklum lah.. Rosmah Kan Bini PRESIDEN MALAYSIA.

2. UMNO Toksah Lupa macam Mana Kisah Bekas MB Selangor dari UMNO Muhammad Taib Melarikan Anak Dara Sultan.. Dan Kawin pun.. Kawin lari.. Takde la Pulak Sultan Selangor Dulu Murka.. Buang Negara ke.. Lagi Kurang Ajar !!

Ni Lagi Cerita Pasal Kes Kawin lari MB UMNO ngan Anak Sultan Selangor ->
http://shalattas.blogspot.com/2009/12/26-kuyah-lawan-mike-tyson-1993.html ~ipohmali

Lagi gambar di sini.

~greenboc



Dr. Asri Bedal Abby Abadi Lagi..

Posted: 05 Sep 2012 04:06 AM PDT

KUALA LUMPUR – Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan tindakan penyanyi dan pelakon, Abby Abadi mengkritiknya berhubung soal agama dalam twitter sebagai kebudak-budakan, selain tidak memahami secara mendalam maksud komennya menerusi laman sosial itu.

Dr Mohd Asri yang juga pensyarah Pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia (USM), ahli Majlis Agama Islam Perlis dan Fellow OCIS di Universiti Oxford berkata, menuntut ilmu agama penting sebelum memberi pandangan kepada orang lain.


"Apabila seseorang itu tidak belajar banyak mengenai agama, dia tidak dapat membezakan orang yang mempertikai hukum Tuhan dengan pendapat manusia. Abby menganggap pendapat manusia itu adalah mempertikai hukum Tuhan.

"Apakah seseorang yang ingin menjadi ilmuwan dan ulama hanya mengambil masa sehari untuk belajar agama. Justeru, mereka yang berhijrah seperti artis dialu-alukan tetapi jangan lupa, ilmu agama bukan hanya pada semangat tetapi mendalaminya," katanya ketika dihubungi Metro Ahad semalam.
Pada 29 Ogos lalu, Abby memberi komen terhadap kenyataan Dr Asri yang menulis: "Apakah satu keadilan jika dua orang yang terlibat dengan kecurian, seorang dipotong tangan sedangkan seorang lagi dipenjara kerana berbeza agama?"

Abby kemudian mencelah, "Maafkan saya Dr, Hudud hukum Allah. Dr belajar tinggi tetapi kenapa masih persoalkan? Tanggungjawab kita berat di dunia tapi manis di sana."

Komen Abby kemudian dijawab Dr Mohd Asri yang mengatakan: "Seseorang yang kembali kepada agama dan dijemput ceramah tidak bererti dia benar-benar faham Islam. Teliti sebelum komen."

Sementara itu, Abby ketika dihubungi Metro Ahad semalam berkata, komennya dalam laman sosial itu adalah pandangan peribadinya yang tidak berniat menghentam atau memaki penceramah itu.

"Tidak payah cakap soal hudud tapi dalam Islam, apa saja yang tertulis dalam al-Quran dan sunnah tidak boleh dibincang atau dipersoalkan. Saya akui tidak pandai agama, tetapi saya faham maksud dalam twitter dia.

"Sepatutnya, kena dengar suara jemaah apa yang perlu dibuat tanpa mempersoalkan hukum Tuhan. Saya faham komennya secara asas dan terdetik mengapa dia berpelajaran tinggi tetapi mempersoalkannya.

"Saya hormat dia kerana belajar tinggi dalam bidang agama tetapi saya tetap dengan pendirian saya, apa saja yang tertulis dalam al-Quran dan sunnah tidak boleh dipersoal," katanya.

Menurut Abby, ada segelintir pihak menyebelahinya kerana mereka faham, namun dia tetap menghormati setiap pandangan orang lain.

Katanya, dia mahu berbaik dengan ramai pihak, termasuk individu bergelar ustaz. Selepas berhijrah dengan imej bertudung sejak pulang umrah pertengahan Mac lalu, dia mengakui menerima banyak jemputan menghadiri majlis keagamaan di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

"Memang tak menang tangan dan saya pun tidak sangka atas jemputan diterima. Apapun, saya tahu kemampuan sendiri walaupun ada yang mengharapkan sesuatu yang lebih daripada saya.

"Sebagai sahabat, saya bukan mahu mengajar tetapi berkongsi pengalaman dan pandangan. Saya akui memang dilahirkan Islam tetapi apabila tidak faham dan mengikut perintah Tuhan, orang panggil jahil," katanya. ~hmetro


Lucu!! Bernama TV Terkantoi Dengan Panggilan Telefon

Posted: 04 Sep 2012 10:57 PM PDT


Kahkahkahkahkah......siapa tengok Hello Malaysia (4/9/2012: 10pm), dan topik yang dibincangkan adalah tentang BUDAYA BIADAP. Kemudian talian dibuka untuk orang ramai menyatakan pendapat dan memberi soalan......

Menarik perhatian satu panggilan dari Sarawak yang bertanya tentang tindakan berat sebelah tentang kejadian insiden yang berlaku semasa malam 30hb.

Pemanggil juga bertanyakan mengapa tiada tindakan diambil tentang insiden kencing di gambar TGHA dan TGNA dan berbagai-bagai lagi kejadian yang hampir sama berlaku.

Boleh lihat dengan jelas bagaimana muka2 ahli panel ketika pemanggil sedang bercakap tiba-tiba .....tut...tut...tut~~~~~~ talian terputus.... dan pengacara mengatakan "KAMI MINTAK MAAF TALIAN TERPUTUS"......kahkahkahkahkahkahkah.....Nampak sangat tak dapat terima kenyataan.....

P/S : Sekarang ni zaman IT sekejap jer maklumat tersebar..... rakyat tak mudah ditipu lagi.....credit pada kawan admin sebab sampaikan berita ni... hehehehehe...

~ Pakatan Rakyat Supporters

Gambar Pemuda PAS Beli Nombor Ekor Pulak Tersebar

Posted: 04 Sep 2012 05:49 PM PDT

Gambar fake
Susulan gambar pemuda melayu yang memakai baju umno membeli nombor ekor disiarkan oleh beberapa blogger termasuk wasukalu dalam entry yang bertajuk Melayu Ni Beli Nombor Ekor Pakai Baju Parti XXXX , blogger pro umno membuat fitnah baru dengan mengedit gambar tersebut.

Pemuda yang berbaju merah berlambang umno bertukar kepada pemuda berbaju hijau berlambang PAS. Namun pilihan warna baju yang tidak tepat membuatkan gambar tersebut boleh dinilai sebagai palsu dengan mudah.

Memang dahsyat diorang ni. Sedikit pun tidak rasa berdosa. Menyebarkan gambar palsu. Apa yang mereka tahu hanya memutarbelitkan fakta. Ini isu kecik. Isu-isu besar pun serupa juga depa dok pusing line sana sini.

Kesian kat mereka yang dah hilang nilai agama kerana mempertahankan kemungkaran rakan-rakan mereka. Hanya kerana umno.

Menipu dan memutar belit fakta sudah jadi nasi bagi mereka. Terbiasa sangat. Sampai tidak terasa diri berbuat dosa kerana menipu ramai orang.

Org politik menipu dapat duit, hidup senang lenang di dunia. Tetapi malang pencacai menipu untuk membela parti.

Habuk pun tarakkk! Hukuman tuhan di alam barzah, padang mahsyar dan neraka sedia menanti. Janji Allah adalah pasti. Semoga dibukakan hati untuk bertaubat.

Ingatlah wahai sahabat blogger pihak umno bn, ruginya berbuat dosa tanpa keuntungan duniawi kerana orang politik menipu untuk hidup mewah di muka bumi.

Di akhirat mereka rugi. Kalian yang menipu tanpa hasil duniawi mendapat rugi di dunia dan akhirat. Fikir-fikirkan lah. Kat bawah ni gambar asal..

Gambar asal

~wasukalu


Tiada ulasan: