Selasa, 25 September 2012

Addin

Addin


Nah!! Ini Bukti Terbaru BN Bakal Kalah PRU13..

Posted: 25 Sep 2012 09:13 AM PDT

SHAH ALAM - Peratusan jangkaan Barisan Nasional (BN) akan menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menurun, demikian menurut kajian terbaru diumumkan hari ini.Sebaliknya, jangkaan bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan mencapai misinya menguasai Putrajaya pula meningkat.Dalam pada itu peratusan pengundi yang tidak pasti berhubung soalan "dengan andaian anda tidak memihak kepada mana-mana parti politik, parti manakah yang anda jangka akan menang di peringkat nasional dalam PRU13 dan menguasai Putrajaya", mengalami penurunan daripada 30 peratus kepada 26 peratus.



Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) menunjukkan hanya 44 peratus mengatakan BN dijangka menang di peringkat nasional berbanding jangkaan 49 peratus Mac lalu.Dalam pada itu, peratusan keyakinan PR akan menang meningkat daripada 21 peratus kepada 30 peratus.

Kajian perbandingan pusat ini dijalankan pada Mac-April dan September 2012.Kajian awal dijalankan antara 31 Mac dan 15 April manakala yang terbaru dari 1 hingga 16 September. ~sinar


Iklan





Pak Lah Sokong Tuntutan Sokong Royalti Kelantan?.. Lihat Gambar Nih

Posted: 25 Sep 2012 02:13 AM PDT


Nampak gayanya umNO semakin tenggelam tong taik!Selepas Tengku Razaleigh Hamzah, Mantan Perdana Menteri Malaysia, YB Tun Abdullah Badawi  kini menyokong R. Media arus perdana dan para bloggers menyebarkan fitnah bahawa R merupakan agenda Pakatan Rakyat.

Padahal, tuntutan royalti adalah untuk rakyat kelantan yang majoritinya Melayu. Sebab itulah, DYMM SULTAN KELANTAN, SULTAN MUHAMMAD V turut menyokong R.R hanya tuntut ROYALTI dan Hak PENDARATAN MINYAK & GAS ke Kelantan mengikut Perlembagaan.

Ayuh kita ke Putra Jaya pada 2 October ini!!!



Iklan





Najib Suruh Murid Sekolah Ingat Beliau Ketika Belajar

Posted: 24 Sep 2012 10:47 PM PDT

KUALA LUMPUR 25 September: Terdesak meraih sokongan yang semakin lusuh, Umno BN tergamak mempergunakan pelajar sekolah demi meneruskan survival politik.Terbaru, tindakan itu diteruskan apabila logo 1Malaysia bersama muka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipampang pada kulit depan buku latihan sekolah dan ia beredar rancak di sekolah-sekolah."Ini tindakan kerajaan di hujung usia, mereka akan menayangkan di mana-mana sahaja gambar pemimpin mereka bagi menujukkan kekuatan."Contohnya bekas Perdana Menteri Mesir, Hosni Mubarak yang menyiarkan gambar-gambarnya di pelosok Mesir sebelum dijatuhkan rakyatnya," kata Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard.Katanya, usaha mencetak muka Najib di buku sekolah tidak akan berhasil mempengaruhi pelajar-pelajar kerana mereka masih belum boleh mengundi.

"Kerja-kerja ini semuanya dibuat penasihat mereka, sehinggakan semua perkara mahu diletakkan logo 1Malaysia."Zaman Najib ini memang pelik, kalau dulu masa Tun Mahathir (Mohamad), Pak Lah (Tun Abdullah Badawi), tidak ada kerja-kerja karut seperti ini. Takut sangatkah Najib sampaikan semua benda diletakkan gambarnya," ujar Fariz yang juga bekas guru.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa turut menyelar tindakan Umno BN meresapi anasir politik dalam institusi pendidikan."Najib sanggup jadikan sekolah dan pelajar sebagai unsur propaganda, ini menunjukkan betapa terdesaknya regim Umno BN."Kementerian Pendidikan mesti bersikap profesional, jangan jadikan pelajar bahan eksperimen politik mereka," katanya yang pernah berkhidmat sebagai guru selama 16 tahun.

Semalam, Keadilan Daily melaporkan, Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin membekal sejadah yang juga mempunyai pelekat berlogo 1Malaysia dan Umno BN di surau Pantai Dalam bagi mengambil hati umat Islam.Sebelum ini, kecoh berkenaan buku komik Najib Razak sebagai penyelamat dengan berlagak sebagai "Superman" disebar dan diedarkan secara percuma pada umum terutama kanak-kanak. ~kd


Iklan






Cikgu Gigit Lengan Murid Sebagai Hukuman

Posted: 24 Sep 2012 10:00 PM PDT


KAJANG: Angkara tidak dapat menyebut perkataan 'boy's' dengan betul, seorang murid tahun enam digigit gurunya hingga mengalami kecederaan di lengan kiri dalam kejadian di sebuah sekolah di Bandar Sri Putra, dekat sini.




Berikutan kejadian jam 8 pagi Khamis lalu itu, mangsa yang dikenali sebagai Farhan, 12, yang juga anak bongsu daripada empat beradik kini mengalami tekanan perasaan dan trauma.

Bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Abu Bakar, 49, berkata, dia mengetahui kejadian menimpa anaknya itu pada jam 12.30 tengah hari selepas melihat anak bongsunya itu murung.Katanya, selepas disoal, anaknya memberitahu seorang guru menggigit di lengannya hingga pecah darah selepas tidak dapat menyebut satu perkataan dengan baik.~ hmetro



Iklan





Lawak!! Mualaf vs Mu Malas - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 24 Sep 2012 08:54 PM PDT


Disini ingin kongsikan sedikit info yang mungkin berguna untuk kita semua daripada Ustaz Azhar Idrus berkaitan isu Mualaf. Semoga kita semua mendapat tempat disisi Allah dan tergolong dalam golongan Hambanya yang mendapat hidayah dan petunjukNya.

InsyaAllah semoga kita semua dibukakan hati dan dilapangi hati agar mendapat hidayah Allah dan sentiasa diberi petunjuk dalam setiap tindak tanduk kita. Sekian. Assalamualaikum. 

Lihat video di sini.



Iklan





Akhirnya.. PAS Berjaya Menawan Markas Umno

Posted: 24 Sep 2012 06:53 PM PDT

DUNGUN - Sebuah 'tadika' yang juga menjadi markaz pergerakan Umno dan Barisan Nasional (BN) di Kampung Pinang Wa, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi di sini telah diambil alih oleh PAS dan Pakatan Rakyat. Bendahari PAS Dungun Ustaz Roslan Ismail mengesahkan, 'tadika' (Gambar) itu yang didirikan di atas tanah persendirian sebelum ini, menjadi pusat mesyuarat dan bilik gerakan Umno-BN setempat. 


"Apabila tuan tanah tersebut menjual tanahnya kepada orang lain, kebetulan aktivis PAS dan Pakatan Rakyat baru-baru ini, kita telah menukarkan markaz Umno-BN itu kepada markaz Pakatan Rakyat, "ceramah Pakatan Rakyat yang di adakan pada minggu lalu adalah 'kira-kira' acara rasmi pembukaan markaz PAS dan Pakatan Rayat bagi menghadapi pilihanraya akan datang,"ujarnya. 

Beliau yang juga bekas ADUN Bukit Besi semasa pemerintahan kerajaan PAS 1999 - 2004 berkata demikian, ketika ditemui skuad buletinonline (skuad BO) sewaktu program Tamrin dan Qiamulail di masjid Kampung Pulau Serai dekat sini pada Khamis malam 20 September. 

Beliau menyifatkan pengambilalihan markaz tersebut merupakan satu 'lonjakan politik' bagi PAS dan Pakatan Rakyat mengatasi Umno-BN di kawasan Parlimen Dungun, khususnya dalam DUN Bukit Besi. Sebelum itu, Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu Ustaz Shapawi Abdul Rani memaklumkan perkara 'gembira' itu dalam ceramahnya di Chukai, Kemaman pada 18 September lalu.~jasindaily


Iklan





Tiada ulasan: