Isnin, 10 September 2012

Addin

Addin


Sambutan 'Hambar' Di Majlis Rumah Terbuka KEADILAN Ampang

Posted: 10 Sep 2012 10:00 AM PDT

KUALA LUMPUR 10 September: Hampir 10,000 rakyat menyerbu dan menyambut mesra ketibaan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Rumah Terbuka KEADILAN Parlimen Ampang dan DUN Bukit Antarabangsa, malam tadi. Pengunjung yang sedang menjamu selera serta merta bangun dan bertepuk tangan apabila melihat kelibat bas Jelajah Merdeka Rakyat yang membawa Ketua Pembangkang itu tepat jam 10.30 malam memasuki perkarangan tapak majlis.

Selain sesi bersalam-salaman bersama Anwar, rakyat yang hadir turut mengambil peluang bergambar dan melihat kesan simbahan cat merah pada bas tersebut.

Walaupun majlis dijadualkan tamat pada jam 11 malam, rakyat masih tidak berganjak dan menanti untuk mendengar ceramah Anwar.

Untuk tidak menghampakan pengunjung, Anwar turut menyampaikan ceramah selama sejam selepas membuat tindakan sama pada siri jelajah Merdeka Rakyat sebelum itu.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali merupakan tuan rumah bagi majlis yang berlangsung di Taman Kosas itu.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Adun Lembah Jaya, Khassim Aziz serta persembahan nyanyian oleh artis popular era 80-an, Dayangku Intan.

Ceramah Merdeka Rakyat itu diakhiri dengan persembahan lagu 'Madu dan Racun' nyanyian bersama Anwar dan rakyat tepat jam 12 tengah malam. ~kd



Adakah Adun BN Nih Bakal Di Pecat?.. Lihatlah Gambar Nih

Posted: 10 Sep 2012 08:57 AM PDT


Di tengah-tengah BN menghadapi krisis keyakinan yang parah di kalangan orang-orang bukan Melayu khususnya orang Cina.

Tiba-tiba parti Gerakan menambahkan lagi derita UMNO itu apabila ADUN Gerakan/BN Derga YB Dr. Cheah Soon Hai tiba-tiba berceramah di pentas PAS.

UMNO jangan panik... sebenarnya kehadiran Dr. Cheah ialah kerana menghadiri Rumah Terbuka Aidil Fitri PAS Kawasan Alor Setar yang diadakan di Alor Mengkudu.


Sebagai meraikan tetamu, pihak penganjur menjemput beliau memberi sepatah dua ucapan. Dr Cheah bagaimanapun memberikan ucapan Selamat Hari Raya kepada para hadirin.


Apa yang positifnya di sebalik undangan memberi ucapan oleh pihak penganjur ialah ia 'mengejutkan' kalangan masyarakat Cina yang hadir di majlis tersebut.

"Aiyaa orang Gerakan pun boleh cakap tempat PAS, Gerakan mau cakap (beri ucapan) tempat UMNO pun depa tarak kasi woo.." ujar seorang pengunjung Tionghua, dipercayai ahli Gerakan.

Nampaknya lepas ni berpusu-pusulah orang Cina keluar MCA dan Gerakan untuk sokong Pakatan. ~kedahla 

3 Kedai Keluarga Shahrizat Jalil Di Singapura Di Tutup

Posted: 10 Sep 2012 06:58 AM PDT


KUALA LUMPUR, 10 Sept — Tiga restoran di Singapura yang dimiliki oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil dilaporkan ditutup, dan berakhirnya perniagaan keluarganya di republik tersebut.

Akhbar Straits Times di Singapura melaporkan, restoran tersebut, Meatworks, Brawn Steakhouse dan Churrascaria Senor Santos telah tutup selepas pasar raya Farmhouse telah ditutup di Rochester Mall di Buona Vista.

Akhbar itu melaporkan Meatworks telah menutup cawangannya di ION Orchard pada 4 September dan Brawn Steakhouse cawangan Marina Bay telah ditutup pada Julai, yang akan digantikan oleh Erwin's Gastrobar.

Keluarga ketua wanita Umno itu telah dituduh oleh pembangkang kerana menyalahgunakan dana kerajaan persekutuan untuk Syarikat Fidlot Kebangsaan (NFCorp) yang menguruskan projek penternakan lembu negara untuk kepentingan peribadi, yang mereka nafikan, bagaimanapun mereka mengakui sebahagian dari dana itu digunakan untuk membeli kondominium mewah di Bangsar dan Singapura.

Rentetan dari kontroversi itu menyebabkan tekanan kepada Shahrizat untuk meletakkan jawatan sebagai menteri wanita, keluarga dan masyarakat pada 11 Mac yang lalu.

Sehari kemudian, suaminya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail telah didakwa atas pecah amanah dan melanggar Akta Syarikat melibatkan RM49 juta dana persekutuan yang diberikan kepada NFCorp.
Tarikh perbicaraan akan berlangsung pada 5 November.

Ketika dihubungi oleh pengurus Meatworks di Mont Kiara mengesahkan bahawa cawangannya di Singapura telah ditutup tetapi tidak diberitahu maklumat selanjutnya.

Skandal NFCorp juga dijangka menjadikan undang-undang melindungi pengadu dalam keadaan samar selepas pengarah strategi PKR Rafizi Ramli didakwa pada 1 Ogos kenana mendedahkan data NFCorp. ~themalaysianinsider


Gula-Gula PRU13 : Kakitangan Awam Bakal Terima Bonus 2 Bulan Gaji?

Posted: 10 Sep 2012 05:17 AM PDT

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan memberi bonus 2012 kerajaan yang terbaik kepada anggota penjawat awam pada Bajet 2013 yang akan dibentangkan di Parlimen 28 September 2012 ini. Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata sebelum ini Cuepacs memohon kerajaan memberi bonus 2012 kerajaan bagi pembentangan Bajet 2013 sebanyak dua bulan gaji kepada 1.4 juta penjawat awam dan pihaknya percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertimbangkan perkara tersebut berdasarkan kemampuan kerajaan.

Bonus 2012 Kerajaan : Lebih Baik Zaman Mahathir?

"Dalam sejarah, kita tidak pernah dapat bonus dua bulan gaji. Bonus terbaik yang pernah diberi kerajaan kepada penjawat awam ialan bonus sebulan gaji iaitu pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri," katanya.

Omar berkata penjawat awam wajar memperoleh bonus 2012 kerajaan yang lebih baik daripada yang sebelumnya apatah lagi memandangkan transformasi yang dilakukan di jabatan dan agensi kerajaan yang melonjakkan prestasi & kecekapan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab masing – masing.

Sumber ~ Cuepacs

Rupa-Rupanya Sebab Nih Pengawal Keselamatan Anwar Keluarkan Pistol..

Posted: 10 Sep 2012 05:13 AM PDT

KUALA LUMPUR - Tindakan mengeluarkan pistol munasabah berikutan ada ahli Perkasa membawa kerambit ketika mendekati Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam serangan di sebuah masjid di Kedah, minggu lalu.

Pada 2 September lalu, ahli Perkasa dikesan membawa kerambit ketika menyerang Masjid Al-Hussin, Seberang Pumpong, Alor Setar semasa Anwar memberi tazkirah. Bercakap kepada Keadilan Daily, Senator Saiful Izham Ramli, berkata seseorang pegawal peribadi yang memiliki lesen senjata api, pasti mempertimbang suasana ketegangan.

"Pengawal peribadi pasti faham situasi. Pistol sebagai amaran kepada pembawa senjata seperti kerambit, buku lima untuk menjauhkan diri.

"Dalam keadaan ramai orang, mana tahu mungkin ada bawa senjata. Pengawal peribadi kena cekap membaca ancaman. Tindakan juga diambil mengikut garis panduan," kata peguam itu.

Pengawal peribadi itu dibebaskan polis beberapa jam selepas mengambil keterangannya di Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin, Melaka.

Sebelum ini, Radin Shamsulkamar Radin Shamsudin, berkata anggota polis yang nampak kejadian itu menegaskan pengawal berkenaan tidak mengacu pistol ke arah samseng.

Mengikut Setiausaha Pengelola KEADILAN itu, polis berpuas hati dan membebaskan pengawal itu berdasarkan rakaman video.

Pada 8 September lalu, bas Jelajah Merdeka Rakyat disimbah cat merah dan dihalang 30 samseng Umno dari memasuki Kampung Kelubi, Jasin.

Ia insiden ketiga selepas cermin bas dipecah dan disimbah cat merah di Kota Bharu, selain serangan Perkasa di Masjid Al-Hussin. ~kd


Video Pemimpin Wassatiyyah Berjoget-Joget Tersebar..

Posted: 09 Sep 2012 11:40 PM PDT


Inilah kejayaan ulama muda Umno yang di ketahui oleh Ust. Fathul Bari dalam membimbing pemimpin Umno. Adakah ini dinamakan kejayaan mentarbiyah pemimpin Umno?

Ini juga benchmark bagi tugas-tugas yang diberikan Umno kepada Ust. Fathul Bari dan rakan-rakannya..

Ko orang lihatlah gelagat Najib, Rosmah dan menteri kabinetnya berjoget-joget bersama lelaki dan perempuan. Cukup-cukup memalukan bagi pemimpin yang melaungkan slogan wassatiyyah..

Lihat video di sini.

Temuramah Eksklusif Dengan Anwar Ibrahim Sejurus Insiden Simbah Cat

Posted: 09 Sep 2012 10:38 PM PDT


Wartawan : Apa tindakan Pakatan Rakyat terhadap perbuatan simbah cat ni?

Anwar Ibrahim : Saya tak boleh marah.

Wartawan : Tapi Dato Seri, ini dah kali kedua.

Anwar Ibrahim : Mahathir dah beritau mereka tu Syaitan.

Wartawan : KAH..KAH..KAH..




Addin :

Jangan ko orang percaya pulak... ini bukannya betul-betul.

Panas!! Video PENCACAI MACAI UMNO Baling Cat Ke Arah Bas Jelajah Merdeka Rakyat Mula Tersebar

Posted: 09 Sep 2012 08:00 PM PDT


Meluap darah kalau tengok video gelagat manusia tak bertamadun nih.. oit!! PENCACAI MACAI UMNO.. ini bukan baling ke?? ke apa ni?? jawablah!! Memang dasar macai!! berapa ko orang di bayar buat keje jijik nih??

Berikut ulasan dari anak sungai derhaka..
Jika dibaca apa yang dilaporkan oleh Berita Harian semalam mengenai insiden Pengawal Peribadi DS Anwar Ibrahim mengeluarkan pistol semalam antaran petikannya adalah seperti berikut..

Pemimpin belia 4B Jasin yang diacukan pistol, berkata beliau terkejut dengan tindakan lelaki terbabit kerana beliau bersama beberapa rakan tidak melakukan sebarang tindakan ganas atau provokasi.

"Saya hanya berdiri di tepi jalan untuk memberi laluan kepada rombongan Anwar ke tapak ceramah.

"Namun, secara tiba-tiba pengawal peribadi itu meluru keluar dari keretanya lalu mengacukan pistol ke arah saya sambil berkata 'masuk' (jika berani).

"Saya dan beberapa rakan terkejut dengan tindakannya dan hanya berdiam diri sebelum lelaki itu masuk semula ke dalam kereta dan beredar," katanya .. sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Tiada provokasi kepala bapak dia!!

Dalam video dibawah korang akan melihat sendiri apa yang dimaksudkan dengan tiada provokasi oleh pemimpin Belia 4B... err 4B ni bermaksud 4X Bodoh ke?..

Persoalannya disini ialah mengapa anggota Polis yang berpakaian preman yang berada ditempat kejadian tidak menahan pencacai UMNO yang melontarkan cat kearah bas Jelajah Merdeka Rakyat itu tetapi sangat pantas bertindak terhadap Pengawal Peribadi DS Anwar????????

Jika tindakan provokasi hingga ketengah jalan ini dihalang pihak berkuasa adakah mungkin Pengawal Peribadi DS Anwar Ibrahim terpaksa mengeluarkan pistol?? ~anaksungaiderhaka

Lihat video di sini.

Inspektor Polis Di Cekup Khalwat Dengan Isteri Rakan Sekerja

Posted: 09 Sep 2012 06:25 PM PDT

PADANG BESAR – Hasrat seorang pegawai kanan polis yang ingin bermadu kasih bersama kekasih gelapnya yang juga isteri seorang pegawai polis musnah selepas dia diserbu Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Suspek juga disahkan positif mengambil dadah. Suspek yang berpangkat Inspektor berusia 30 tahun itu dicekup ketika sedang berdua- duaan kira-kira jam 3 pagi dalam keadaan mencurigakan di rumah isteri rakan yang berusia 38 tahun di sebuah taman perumahan di sini.

Difahamkan, serbuan yang dilakukan bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis itu juga mendapati suspek positif dadah selepas membuat saringan air kencing ke atasnya.

Ujian sama juga dilakukan kepada teman wanitanya itu, namun disahkan negatif dadah.

Sementara itu, Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Zull Aznam Haron ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Menurutnya, suspek berpangkat Inspektor di Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar itu kini direman polis bagi tindakan selanjutnya. ~sinarharian

Mengucap Syahadah Setelah Selesai Ceramah Umum PAS

Posted: 09 Sep 2012 06:06 PM PDT


Alhamdulillah... kita menerima seorang lagi saudara baru yang memeluk Islam pada malam tadi setelah selesai ceramah umum PAS Kawasan Balik Pulau di Dataran Teluk Kumbar...

Ustaz Mohd Fauzi selaku YDP PAS Kawasan Balik Pulau merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang telah mengajar saudara baru yang berbangsa Cina mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH...

TAKBIRRR!!!...ALLAHUAKBAR...

Lihat video di sini.

~greenboc

Tiada ulasan: