Sabtu, 11 Ogos 2012

shalehudin

shalehudin


Olimpik 2012: Brazil dimalukan Mexico 2-1

Posted: 11 Aug 2012 11:23 AM PDT

JUARA...Pemain Mexico, Oribe Peralta (dua, kanan) menjaringkan gol keduanya ketika aksi final bola sepak lelaki di Sukan Olimpik, London malam Sabtu. Mexico memperoleh pingat emas selepas menewaskan Brazil 2-1

Nazri kata Anwar BAPAK KATAK... kahkahkah...

Posted: 11 Aug 2012 10:44 AM PDT

Anwar nak ambil, ambillah, kata Nazri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata keputusan wakil rakyat BN untuk melompat parti menjelang pilihan raya umum ke-13 adalah perkara biasa.

"Ada di kalangan wakil rakyat atau pemimpin Umno tidak dicalonkan untuk bertanding, jadi mereka telah ambil tindakan awal terpaksa lompat (parti) macam katak kerana mahu bertanding dalam pilihan raya," beliau dipetik sebagai berkata.
Nazri berkata demikian ketika ditanya tentang dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa akan terdapat pemimpin BN Sabah menyertai mereka tidak lama lagi.

Nazri juga berkata, tindakan Anwar menarik pemimpin BN yang tidak tercalon dalam pilihan raya umum akan datang untuk menyertai pakatan pembangkang, tidak akan menjejaskan BN, lapor Bernama.

"Kalau Anwar nak ambil mereka yang tak akan dicalonkan lagi untuk masuk parti Anwar, ambil la...," beliau dipetik sebagai berkata. 
"Anwar pun bapak katak sebab dulu Anwar pun lompat parti dari Umno ke PKR. Tak hairan kalau dia menerima golongan dia sendiri, katak akan terima katak."- Malaysiakini


Dr Asri makin PANAS BERAPI...

Posted: 11 Aug 2012 04:23 AM PDT

Fatwa kafir harbi umpama ajak perang

SHAH ALAM: Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) berkata tindakan membuat 'fatwa' bahawa DAP adalah 'kafir harbi', boleh membawa kesan mendalam seolah-olah meminta orang Islam berperang.

"Kemungkinan dia tidak tahu kesan kenyataan, kesan perkataan dikeluarkan, tidak tahu bahawa ia boleh membawa kepada permusuhan, tidak baik bagi negara majmuk dan pelbagai agama seperti Malaysia," katanya dipetik Sinar Harian Online.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat Abdullah Sa'amah, dipetik Utusan Malaysia kelmarin bahawa umat Islam haram menyokong DAP kerana ia menolak Islam dan tergolong dalam kafir harbi.

Katanya, mana-mana pihak perlu membuat penelitian dalam konteks politik sebenar negara ini sebelum mengeluarkan 'fatwa' sedemikian.
"Kalau kita kata haram (mengundi DAP) kerana dia tidak menyokong negara Islam, ada juga parti dalam BN seperti MCA dan MIC tidak menyokong... jadi kita mengambil pendirian sebahagian sahaja (dalam mengatakan haram dan dosa)," kata beliau lagi.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata, mana-mana hukum yang dikeluarkan perlu bersandarkan syarak dengan dalil-dalil dan nas yang betul, bukan boleh dikeluarkan sewenangnya dengan bersandarkan perasaan.

Sehubungan itu, beliau menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan segera mengeluarkan fatwa berhubung kenyataan tersebut, lebih-lebih lagi kenyataan yang melabelkan DAP sebagai 'kafir harbi'.

Ini kerana, katanya kenyataan itu merupakan satu perkara yang begitu besar kerana dihalalkan darah mereka, harta mereka yang disifatkannya boleh menimbulkan suasana tidak aman di dalam negara berbilang kaum dan agama ini.

Pandangan Islam terhadap 'kafir harbi'telah dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Qur'an surah Al Mumtahanan ayat 9, yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim".
Dari ayat ini, para mufassirin dan fuqaha menegaskan, kafir harbi adalah orang kafir yang diam dan hidup dalam wilayah pentadbiran ummat Islam atau diluarnya, mereka berkhianat kepada Negara Islam, memusuhi, tidak mahu berdamai, menjalankan usaha merosakkan ummat Muslimin dan agama Islam.

Mereka ini mesti diwaspadai dan diperangi sekiranya mereka menyerang ummat Islam atau membantu pihak lain menyerang ummat Islam. Dan Allah SWT juga memerintahkan kita ummat Muslimin supaya tidak menjadikan mereka sahabat, kawan rakan, pembela dan wali (pemimpin). - SH


TERKINI: Monorel terkandas kat Jln Tun Sambathan [Gambar]

Posted: 11 Aug 2012 02:13 AM PDT

Info terkini... Monorel terkandas di hadapan Wisma Monorail, Jln Tun Sambathan Brickfields, Kuala Lumpur. Dianggarkan 100 orang terperangkap... Kerja-kerja penyelamatan sedang dijalankan oleh Bomba.

Sumber dari : bomba dan penyelamat


DEYY, dia orang sudah MAIN sama lu laa

Posted: 11 Aug 2012 01:10 AM PDT

Alahaaii...
Noh Omar woii, lu sudah kantoi daa...
Lu sudah kena main sama itu DAP laaa...

Noh: Saya hanya sewakan tanah untuk projek udang

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar mengulangi bahawa beliau tidak terlibat mengusahakan projek udang di Tanjung Karang seperti didakwa DAP. 
Menurutnya, jawapan yang diberikan pengarah Syarikat Pristine Agrofood dalam reaksi segera kepada dakwaan terbaru DAP membuktikan beliau hanya menyewakan tanah miliknya dan bukan mengusahakan projek udang itu. 
"Jawapan saya sama seperti yang dijelaskan (Pristine Agrofood) dalam Malaysiakini pagi tadi. 
"Semuanya jelas saya cuma menyewakan tanah sahaja kepada syarikat itu dan tidak terlibat mengusahakan projek udang tersebut," kata Noh Omar kepada Malaysiakini sewaktu ditemui di majlis berbuka bersama media di Bukit Kiara malam tadi.- Malaysiakini

Masaalahnya... depa nak konfom hang tu ada tanah ka tak dak jaa...
La ni hang dah mengaku sendiri, tanah yang 30 ekar tu memang hang punya...
La ni timbui pulak persoalan....
Apa keistimewaan dan kelebihan yang ada kat hang sehingga hang layak memiliki 30 ekar tanah untuk disewakan tuh... sedangkan rakyat berputih mata...

Kan dah KANTOII...


Penari tiang kena denda RM25, negara ISLAM ka?

Posted: 10 Aug 2012 11:30 PM PDT

Dr M: Tak seperti DAP, saya isytihar M'sia Negara Islam

Dr Mahathir Mohamad berkata, pendiriannya tidak bersetuju dengan hudud yang dituntut PAS tidak boleh disamakan dengan DAP kerana Malaysia sudah diisytiharkan sebagai negara Islam ketika zaman pentadbirannya.

Justeru, bekas perdana menteri itu menafikan dakwaan beliau anti-Islam kerana tidak melaksanakan hukuman hudud semasa pemerintahannya.

"Ada dua perkara (DAP tak setuju). Tak setuju hudud dan negara Islam. 
"Saya isytihar Malaysia negara Islam. Itu saya sokong. Soal hudud ini, (ia) intrepretasi PAS dalam hudud. Itu kita tak boleh sokonglah. 
"Hudud soal lain. (Pengerusi DAP) Karpal (Singh) tak setuju nak jadikan negara Islam ala PAS. Kita memang dah (isytihar negara) Islam dah," katanya.
Semalam, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan dakwaan bahawa DAP anti-hudud sedangkan Mahathir sebelum ini juga tidak bersetuju untuk melaksanakan hukuman itu di negara ini.

Pandangan peribadi guru pondok

Sehari sebelumnya, seorang guru pondok dalam Utusan Malaysia kelmarin bahawa haram menyokong DAP kerana parti itu didakwa "secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud."

Sementara itu, mengulas pandangan ulama di akhbar Umno itu, Dr Mahathir berkata, kenyataan itu hanyalah pendapat seseorang yang mempunyai ilmu agama yang mendalam.

Katanya lagi, terpulang sama ada masyarakat mahu menerimanya atau tidak kerana itu merupakan pendapat peribadi.
"Kita dapat mesej daripada Allah pun kita tak turut. Saya fikir tidak akan ramai turut apa yang dia sebut
"Saya tak tahu betul ke tak (dakwaan). Ini pendapat mereka. Pengetahuan agama saya tak begitu mendalam," katanya lagi.- Malaysiakini

WAJIB BACA, cara Nizar TIBAI Najib pulak...

Posted: 10 Aug 2012 08:28 PM PDT

Nizar dakwa Perdana Menteri menyalahguna hadis untuk mempertahankan tema hari ulang tahun kemerdekaan, Janji Ditepati.

Pembohongan terbesar Najib dalam bulan Ramadan

PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin membidas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan tema hari ulang tahun kemerdekaan ke -55, Janji Ditepati.

"Ini pembohongan paling besar Najib dalam bulan Ramadan. 
"Ini tanda-tanda orang yang cukup terdesak," kata Nizar yang juga ahli parlimen Bukit Gantang dan Adun Pasir Panjang merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Najib bahawa tema hari kemerdekaan, Janji Ditepati ialah berdasarkan keperluan agama Islam dan bukannya retorik politik.

"Tema tersebut berdasarkan prinsip agama. Kita berjuang untuk menepati janji kepada rakyat.

Menurut beliau tema tersebut ialah bukti kerajaan BN dibimbing al Quran dan Sunnah ketika berkhidmat untuk rakyat.

"Kita akan menunaikan janji agar rakyat yakin. Kita mahu membuktikan negara ini ialah model negara Islam contoh," kata Najib yang menambah bahawa kegagalan menepati janji akan menyebabkan rakyat melihat BN sebagai hipokrit.

Nizar menjelaskan bahawa Najib telah menyalah petik konteks hadis.

"Ini tidak menunjukkan sama sekali bahawa tindakannya selaras dengan As Sunnah," kata Nizar.

Tema Umno

Sementara itu, Naib Ketua Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamed menegaskan tema hari kemerdekaan ke – 55, Janji Ditepati ialah tema untuk Umno semata-mata.

"Tema itu tema Umno – BN. Ia sudah dijaja di seluruh negara.

"Justeru itu, tema itu untuk orang Umno sahaja bukan untuk rakyat Malaysia," kata Mahfodz yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Johor dan ahli Majlis Syura PAS Pusat.

Beliau berkata demikian dengan merujuk kepada kempen Janji Ditepati oleh BN di seluruh negara.

Mahfodz turut mendakwa Najib tidak menepati janji.

"Beliau kata nak banteras rasuah tapi perasuah besar tidak diambil tindakan," kata Mahfodz dengan merujuk kepada kes pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang juga Adun Bagan Lalang.

Isa yang pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan didapati bersalah kerana mengamalkan politik wang di dalam pemilihan naib presiden Umno semasa perhimpunan agung Umno 2004.

Isa digantung jawatan tetapi tiada tindakan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atas alasan ia isu parti.

Mahfodz menambah bahawa dalam Islam orang yang berjanji tanpa menepatinya dianggap munafik.


Wajah2 PELIK atlit terjun Olimpik 2012

Posted: 10 Aug 2012 04:35 PM PDT

KOMBINASI wajah atlit ketika beraksi dalam acara terjun sepanjang temasya Olimpik 2012 London.

Dari kiri atas, atlit China, Qin Kai, Qin Kai (China), Yahel Castillo Huerta (Mexico). Dari kiri baris kedua, Illya Kvasha (Ukraine), Yahel Castillo Huerta (Mexico), Qin Kai (China). Dari kiri bawah, Patrick Hausding (Germany), Yahel Castillo Huerta (Mexico), He Chong dari China. - Foto REUTERS


Tiada ulasan: