Jumaat, 10 Ogos 2012

shalehudin

shalehudin


Tolong I Datuk, dia yang rogol I...

Posted: 10 Aug 2012 09:00 AM PDT

Blogger dipenjara 3 bulan kerana hina mahkamah

Amizudin telah melanggar perintah mahkamah yang melarangnya daripada terus menerbitkan artikel memfitnah mengenai Rais dalam laman blognya.

KUALA LUMPUR: Blogger Amizudin Mamat hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas dia didapati bersalah menghina mahkamah apabila menerbitkan 11 lagi artikel memfitnah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof semasa menyampaikan keputusan itu berkata Amizudin telah melanggar perintah mahkamah yang melarangnya daripada terus menerbitkan artikel memfitnah mengenai Rais dalam laman blognya.
"Ini satu kes penghinaan yang serius, mahkamah kenakan perintah custodial selama tiga bulan penjara, berkuatkuasa hari ini," katanya. 
Beliau berkata jika dilihat keseluruhan kes itu, penghinaan yang dilakukan Amizudin bukan sekali berlaku, tetapi beberapa kali dan ia bukansatu perkataan yang boleh diterima. 
"Saya nak baca perkataan itu pun, tidak tergamak," katanya.
Selepas Zabariah membacakan keputusannya, Amizudin yang berada di luar kandang tertuduh bangun dan berkata: "Saya mengaku saya silap, saya memohon maaf, saya tidak faham".

Sedikit terkejut

Zabariah berkata jika tidak faham mengenai perintah mahkamah, Amizudin sepatutnya bertanyakan kepada peguamnya terutama apabila membabitkan kes pelanggaran perintah mahkamah.

Selesai prosiding, Amizudin yang kelihatan sedikit terkejut dengan keputusan mahkamah itu memeluk peguamnya Ahmad Nizam Hamid dan dia kemudiannya dibawa masuk ke dalam kamar mahkamah untuk urusan ke penjara.

Pada 21 November tahun lepas, Rais, 70, diberi kebenaran untuk memulakan prosiding pemenjaraan terhadap Amizudin berhubung dengan saman yang difailkan olehnya.

Pada 19 Julai tahun lepas, Rais memenangi saman beliau dan blogger itu diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi membayar RM300,000sebagai ganti rugi dan RM100,000 sebagai kos kepada menteri itu.

Rais memfailkan saman itu pada 31 Januari 2011, terhadap Amizudin, 42, yang merupakan anggota Jawatankuasa Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), bagi memfitnah berhubung artikel yang diterbitkan dalam laman blog blogger itu, sharpshooterblogger.blogspot.com, pada atau sekitar 28 Dis, 2010.

Bernama


Gambar terkini: SUAMI didakwa membunuh Eksekutif TV9

Posted: 10 Aug 2012 05:30 AM PDT

EKSEKUTIF Bahagian Teknologi Maklumat syarikat gas dan minyak, Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, selepas keluar dari kamar Kompleks Mahkamah Petaling Jaya di Petaling Jaya, hari ini.

Beliau dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh isterinya, seorang eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9, Nur Syaleza Jaffar, 31, bulan lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Norazman Bashah, eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.

Tertuduh yang memakai kemeja-T berkolar berwarna ungu mengangguk kepalanya sebagai tanda faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah kepadanya.

Norazman Bashah, didakwa membunuh Syaleza, di kediaman mereka di No.115, Tingkat 1 Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, di antara pukul 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai lalu.

Norazman Bashah yang diwakili peguam, Shah Rizal Abdul Manan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 14 September untuk tarikh sebutan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Ruvinna Mohd. Rawi.


GEMPAR: Senarai MP PKR yang akan gugur? [Foto]

Posted: 10 Aug 2012 03:30 AM PDT

Angin bukan lagi sepoi-sepoi bahasa, tapi sudah bertiup kencang laksana taufan. Terdapat beberapa ahli parlimen dari Parti KeADILan Rakyat tidak akan diberi peluang sekali lagi untuk mempertahankan kerusi parlimen yang mereka sandang kini pada PRU 13 nanti berdasarkan pada rekod mereka pada penggal yang lepas.

Antaranya adalah;

1) Abdullah Sani Abdul Hamid ( Kuala Langat )

2) Loh Gwo-Burne ( Kelana Jaya )

3) S. Manikavasagam (Kapar)

4) Aziz Kadir (Ketereh)

5) Amran Ghani (Tanah Merah)

6) Azan Ismail (Indera Kota)

7) Rashid Din (Merbok)

Mereka-mereka ini sudah dianggap sebagai bukan lagi calon yang mampu membawa kemenangan.... atau "winnable candidate"... tetapi lebih kepada calon yang memberi liabiliti kepada parti dan gagasan Pakatan Rakyat keseluruhannya.

Pelbagai sebab dan alasan mengapa mereka sukar untuk diberi peluang untuk kali kedua sebagai calon mewakili PKR/PR pada PRU nanti.

Alasan serupanya ( common reasons ) ialah:-
  1. Kurang efektif dalam memberikan khidmat kepada pengundi setempat.
  2. Tidak mesra rakyat
  3. Sukar dihubungi.
  4. Enggan menjawap panggilan talipon.
  5. Kurang mengambil bahagian dalam perdebatan dalam parlimen.. Kalau ada pun sekadar melepaskan batuk ditangga.
  6. Menghadapi masalah peribadi.
  7. Tidak popular dikalangan pengundi setempat 
  8. Kesetiaan kepada parti amat diragui sekali... dipercayai mudah berlompat arah dan berpindah jika keadaan memaksa.

Alasan kelapan adalah amat crucial dan penting sekali apabila pucuk pimpinan parti diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat keputusan siapa yang perlu dipilih untuk membawa obor PKR sebagai wakil Pakatan Rakyat.

Kena terima hakikat bahawa PRU 13 adalah PRU yang paling sengit dan kotor sekali dalam sejarah.

Sengit kerana pengaruh kedua PR dan BN dianggap seimbang walaupun peluang kepada PR lebih cerah.. Parti mana yang menang hanya mampu menguasai sekadar "simple majoriti".

Kotor kerana parti UMNO khasnya dan BN amnya akan menggunakan apa saja dalam kuasanya mempastikan Putrajaya tidak terlucut dari tangan mereka. Pertempuran hidup matinya UMNO. Pertandingan yang bakal menyaksikan segala dana terutamanya wang ringit digunakan tanpa ada had dan batasan.

Bila berlakunya kemenangan simple majority maka sudah pasti kerja membeli wakil rakyat akan terjadi.

Sayugia diingat.. Datuk Seri Najib Razak sudah pun terkenal sebagai pemimpin yang sanggup berbelanja sakan semata-mata untuk membeli pengaruh dan kuasa jika kena pada harganya.

Sejarah hitam "Perak" sudah pasti tidak mau diulangi sejarahnya.. PREVENTION IS BETTER THAN CURE.

KEBENARAN ITU PAHIT...PERJUANGAN ITU PERIT....KEADILAN ITU SAKIT



WAJIB TENGOK: Iklan Raya yang menyentuh jiwa

Posted: 09 Aug 2012 07:21 PM PDT

Iklan raya terbaek daripada BERNAS yang amat menyentuh jiwa kental kita neh... Meriwayatkan kembara dua orang kanak-kanak istimewa yang yatim piatu di malam raya menuju pusara ibu...

Tiada ulasan: