Jumaat, 10 Ogos 2012

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


After Long Fight, Opening Day for Tenn. Mosque

Posted: 10 Aug 2012 09:26 PM PDT

Persiapan untuk Mendapatkan Lailatulqadar

Posted: 10 Aug 2012 09:20 PM PDT



Video streaming by Ustream

Bicara Ramadhan Bersama Ust Azhar Idrus.

Posted: 10 Aug 2012 09:19 PM PDT



Video streaming by Ustream

Pemberontakkan anti-BN dikalangan pengundi bukan Melayu di Sabah

Posted: 10 Aug 2012 09:16 PM PDT

Wilfred Bumburing: "Saya akan buktikan pelan kerajaan sengaja untuk menukar demografi Sabah." — Foto-foto oleh Clara Chooi
KOTA KINABALU, 11 Ogos — Lawatan Datuk Seri Najib Tun Razak ke Sabah hari ini penting untuk survival Barisan Nasional (BN) di Malaysia Timur dikala cakap-cakap dikalangan masyarakat bukan Melayu negeri ini telah bertukar menyokong pembangkang. Perdana Menteri (PM) dijangka mengumumkan terma rujukan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai masalah pendatang haram Sabah pada petang ini.
Ini adalah isu kritikal yang boleh memutuskan keputusan pilihan raya akan datang bukan sahaja di Sabah tetapi di seluruh negara.
Kerusi di Malaysia Timur, Sabah dan Sarawak dianggap penting bagi BN untuk mengekalkan kuasa persekutuan oleh kerana tanpa memenangi 55 kerusi parlimen di kedua-dua negeri pada pilihan raya umum 2008, pemerintahan gabungan tersebut selama setangah abad di negara ini mungkin telah berakhir.
Read More / Baca Lagi >>

Jenayah: Sejauh mana berkesan peruntukan RM1b?

Posted: 10 Aug 2012 09:15 PM PDT

KPRU,
Pendahuluan

Tanggal 8 Ogos 2012, bekas pengarah Bahagian Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari menggesa pihak polis membuat serapan tugas-tugas bahagian tertentu, termasuk anggota Cawangan Khas (SB) dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ke Bahagian Siasatan Jenayah (CID) bagi mengurangkan jenayah yang dikatakan semakin tidak terkawal. Kenyataan bekas pengarah CID ini juga membuktikan kenyataan Kerajaan Barisan Nasional (BN) bahawa kadar jenayah telah menurun berpunca daripada kejayaan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP)  untuk menangani masalah jenayah di negara ini lebih merupakan suatu kenyataan melangkaui kebenaran.[1]

Pada 3 Julai 2012, pihak Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mempersoalkan berdasarkan fakta, rasional kebanyakan pihak polis dipindahkan tugasan kepada tugasan pengintipan. Menurut statistik penempatan polis 2011, sebanyak 5,050 anggota SB, 32,656 anggota di bahagian keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam (termasuk FRU) dan 9,346 orang polis iaitu sebanyak 24.8 peratus daripada keseluruhan polis bertugas di bahagian siasatan jenayah.
Read More / Baca Lagi >>

Projek CAR : TNB Harus Fikirkan Kepentingan Masyarakat Setempat

Posted: 10 Aug 2012 09:09 PM PDT


PETALING JAYA, 9 OGOS : Kerajaan Selangor telah mengemukakan tiga cadangan laluan alternatif bagi Projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) yang tidak menjejaskan keselamatan dan kesihatan Kampong Sungai Terentang, Rawang.
Oleh itu, pemimpin Kerajaan Selangor mengharap agar Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil kira kepentingan penduduk kampung itu apabila melaksanakan CAR.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri tidak boleh mengenepikan kepentingan masyarakat tempatan dan faktor sosial di dalam melaksanakan projek.
"Ini kerana keselamatan dan kesejahteraan rakyat adalah fokus utama.
Read More / Baca Lagi >>

Pak Samad: 'Apa salahnya kami himpun 30 Ogos'

Posted: 10 Aug 2012 09:05 PM PDT


A.Samad Said dalam sidang bersih
Penganjur Himpunan Janji Bersih bersama kain rentang pada sidang media di Kuala Lumpur, pagi tadi.
 
GOMBAK - "Apa salahnya?" Itu reaksi Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said ketika diminta mengulas kritikan beberapa pihak berhubung penganjuran Himpunan Janji Bersih 2.0 pada 30 Ogos menjelang sambutan Hari Kemerdekaan.

Himpunan itu akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Sasterawan Negara ini menegaskan bahawa Dataran Merdeka adalah tempat awam yang menjadi milik rakyat dan tidak harus ada halangan untuk mengadakan sebarang majlis berkepentingan rakyat.

"Dataran Merdeka itu tempat simbolik. Tempat pembebasan daripada penjajah. Ia bukan hak kerajaan, ia hak rakyat. Jadi sesiapa pun boleh," kata beliau.

Read More / Baca Lagi >>

Sabah dan Sarawak juga mahukan perubahan?

Posted: 10 Aug 2012 09:00 PM PDT

Sejak beberapa minggu yang lepas Sabah menjadi negeri masyarakat politik dan dengan pengisytiharan dua orang MP BN keluar daripada BN sudah menyebabkan Sabah menjadi negeri yang akan pasti menghadapi krisis bagi BN dan itu tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak. Dengan apa yang berlaku di Sabah itu semua pihak melihat Najib sebagai pemimpin yang sudah hilang keyakinan dari Sabah.
Krisis yang sedang dihadapi oleh Najib dan BN yang dipimpinnya itu sudah mula merebak di Sarawak pula. Sebenarnya Sarawak merupakan negeri yang paling mudah untuk mengambil keputusan meninggalkan BN kerana di Sarawak tidak ada UMNO yang menjadi tulang belakang BN itu. UMNO dan BN sudah begitu rapuh dan keadaan ini tidak memungkinkan BN Sarawak pimpinan PBB juga mempunyai keyakinan terhadap BN pusat pimpinan Najib.
Read More / Baca Lagi >>

Menjawab kenyataan Ketua Polis Negara mengenai #JanjiBERSIH countdown ulang tahun Merdeka

Posted: 10 Aug 2012 08:57 PM PDT

Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia

11 Ogos 2012

RESPON SAMM TERHADAP KENYATAAN KETUA POLIS NEGARA MENGENAI #JANJIBERSIH MENGIRA DETIK ULANGTAHUN KEMERDEKAAN NEGARA

Merujuk kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengenai 'Himpunan Janji BERSIH' malam sambutan tahun baru.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) selaku salah sebuah NGO yang sama mengajak rakyat turun ke Dataran Merdeka mengira detik ulang tahun kemerdekaan negara dengan 'mood' menuntut 8 tuntutan BERSIH ditunaikan menegaskan bahawa ;
Read More / Baca Lagi >>

Di Sabah warga asing dapat MyKad menangkan BN, di Semenanjung?

Posted: 10 Aug 2012 08:55 PM PDT

Mari kita baca apa kata Tun Madey mengenai projek bagi kad pengenalan zaman beliau jadi PM.Tang mengaku kalah dan mengaku silap itu bukan sikap Tun Madey.Negeri Sabah ada minyak sama macam di Kelantan.Ke mana di bawa hasil minyak Sabah.Adakah untung minyak Sabah yang juga kaya dengan kayu balak diheret bawa ke Semenajung untuk kenyangkan tembolok pemimpin Umno-BN?

Sabah tetap miskin walaupun ada hasil minyak, gas dan kayu balak.Ini semua kerana apa kalau bukan sikap pemimpin gerombolan yang jadi penyamun dan perompak hasil negeri untuk difaraidkan kepada kroni masing-masing di peringkat pusat.

Projek bagi kad pengenalan zaman Tun Madey kepada warga Filipina ini dianggap antara faktor BN terus berkuasa di Sabah.Kalau di Sabah/Sarawak yang jadi kubu kuat BN menang kerana pendatang asing , adakah kini di Semenanjung bukan faktor yang sama supaya BN terus berkuasa?

Read More / Baca Lagi >>

WHY SO SILENT: Explain outcome of investigation on NFC - MACC told

Posted: 10 Aug 2012 08:54 PM PDT

WHY SO SILENT: Explain outcome of investigation on NFC - MACC toldPKR-linked NGO Jingga 13 today questioned the reason why the Malaysian Anti Corruption Commission (MACC) has remained mum on the results of its investigation into the National Feedlot Corporation (NFC) scandal.
Jingga 13 lead coordinator Fariz Musa said the anti-graft commission should not be silent on the matter as countless reports have been lodged with the MACC by Jingga 13 and PKR. Yet no action has been taken to date.
"Jingga 13 is urging the MACC to explain the results of their investigations and to take action against those involved without prejudice," Fariz told reporters after handing a memorandum to MACC here.
An MACC official accepted the memorandum on behalf of MACC's Investigations Director Datuk Mustafar Ali.
When asked if the MACC had updated him, Fariz said he was informed that the commission could not take action due to a lack of clear standard procedures on soft loans.
"The MACC is saying they can't take action because of this. So why don't they pass it to other agencies that can take action then?" questioned Fariz.
The Sundaily

BN’s irrational behaviour

Posted: 10 Aug 2012 08:52 PM PDT

In its desperation to retain Putrajaya in the next polls, the ruling coalition is showing signs of going haywire.

It is extremely clear now that Barisan Nasional is very desperate to win the 13th general election and its desperation has gone totally irrational until it has lost its senses. These are among the few examples of its senses going haywire:
1. Making of a film on May 13 to demonise DAP;
2. Misuse of the National Day celebrations;
3. Downplaying the serious issue of crime rate;
4. Continuous harping on the Talam Corporation issue and creating an issue out of water in Selangor;
5. Trying to drive a wedge between PAS and DAP over the hudud issue;
6. Kelantan oil royalty payments issue; and
7. Ignoring Bersih's demands and allowing in more foreign workers.
First and foremost, what is the point of making a film on May 13 and, in the same breath, hollering 1Malaysia to the masses? This shows that the BN federal government has never been and will never bother about national unity. 1Malaysia is only a slogan to woo the gullible.
Read More / Baca Lagi >>

Hudud: Apa peranan seorang Muslim?

Posted: 10 Aug 2012 08:49 PM PDT

dinn9,Seremban,
Sejak akhir-akhir ini apabila bahang gelombang PRU13 semakin hangat, isu hudud dimainkan semula oleh Barisan Nasional dan konco-konconya. Berbagai serangan dan tohmahan yang tidak berpandukan lunas-lunas hukum syarak yang sebenar telah dilontarkan.

Apa sekalipun cacian yang diberi, hukum yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. tidak boleh ditolak. Namun dengan kejahilan pemimpin yang menerajui pemerintahan negara amat jahil tentang hukum-hakam dalam Islam yang menjadikan orang bukan Islam di negara ini turut lantang bahkan lagi hebat menentang hukum ini.

Read More / Baca Lagi >>

Pak Samad: Polis salah faham, 'Janji Bersih' terus

Posted: 10 Aug 2012 08:46 PM PDT

Program "Janji Bersih" pada 31 Ogos di Dataran Merdeka berhasrat menuntut janji reformasi pilihan raya dan bukannya berniat mempolitikkan sambutan kemerdekaan.

Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) Datuk A Samad Said berkata, polis juga salah faham apabila menyangka program itu dianjurkan BERSIH sedangkan ia sebenarnya turut didukung 26 NGO lain.

"Perjuangan itu adalah untuk menuntut janji BERSIH, tidak khusus oleh BERSIH. BERSIH antaranya (yang terlibat).

"BERSIH sendiri pun bukan badan politik. Apa lagi dengan gabungan badan-badan lain yang tidak mewakili siasah (politik)," kata A Samad Said yang lebih dikenali sebagai Pak Samad.
Read More / Baca Lagi >>

Mukhriz: Apa maksud 'sebangsa' dalam tema Pakatan?

Posted: 10 Aug 2012 08:44 PM PDT



Kerajaan negeri yang dikuasai pakatan pembangkang tidak berani menggunakan tema '55 Tahun Merdeka Janji Ditepati' untuk Hari Kemerdekaan tahun ini kerana banyak janji-janji mereka terhadap rakyat tidak ditunaikan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berkata dalam tempoh empat tahun lima bulan selepas pilihan raya umum ke-12, banyak janji pembangkang dalam manifesto mereka tidak dilaksanakan.

"Mungkin itu sebabnya mereka tak berani nak gunakan slogan (tema) itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan Setiausaha JKKKP di Dewan Kodiang dekat Jitra petang semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Tamrin Ghafar, anak bekas TPM, sertai PAS malam ini

Posted: 10 Aug 2012 08:43 PM PDT

SHAH ALAM, 11 Ogos — Datuk Tamrin Ghafar, anak kepada bekas timbalan perdana menteri (TPM) Malaysia Tun Ghafar Baba, akan menyertai PAS pada malam ini dan akan menyerahkan borang penyertaannya di Markaz Tarbiyah PAS di Taman Melewar, Gombak.
Mohamad Sabu: Diramalkan akan menerima borang keahlian dari Tamrin. — Foto fail
Tamrin sebelum ini telah berceramah di pentas Pakatan Rakyat (PR) diseluruh negara walaupun beliau masih lagi ahli Umno. Menurut seorang petugas PAS yang tidak mahu namanya dikenali, Tamrin akan menyerahkan borang keahliannya kepada timbalan presiden parti tesebut.
"Tamrin akan menyerahkan borang keahliannya kepada timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu," katanya apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.
"Sebelum inipun dia dah selalu berceramah dengan Abang Mat (Mohamad Sabu) merata tempat."
Tamrin adalah bekas ahli parlimen Batu Berendam di Melaka yang kini dinamakan Bukit Katil.
Read More / Baca Lagi >>

Bukti bergambar PAS benarkan pemimpin bukan islam mencemari masjid...!!!!! Tapi Ostad MCA Halal Belako....!!!!

Posted: 10 Aug 2012 08:41 PM PDT

Kat sini ada bukti2 bergambar mengenai PAS yang membenarkan pemimpin2 bukan islam memasuki perkarangan masjid. Perkara ini disifatkan oleh bloggers umno sebagai ;

HARAM

KAFIR

LAKNAT

SESAT
SYIAH
YAHUDI
PENYOKONG KRISTIAN
FREEMASON
DAJJAL
Lihat gambar satu ;
Sumber : utusan.
MP dap = Teo Nie Ching masuk ke masjid suatu ketika dulu untuk menyampaikan bantuan dan memberikan sedikit kata2 pembukaan [bukan tazkirah] mengenai kehadiran disitu. Tetapi orang umno cakap asal buka mulut di masjid maksudnya memberikan tazkirah.
Contoh kes.
Amenoworld bercakap di perkarangan masjid guna microfon kepada jemaah masjid. 
"Hoii korang ingat korang bagus sangattt" <-- Ini nama dia tazkirah.
Sebab?
Buka mulut = bersuara di masjid oleh mana2 penyokong + pemimpin + wakil rakyat dari pembangkang = dianggap memberikan tazkirah secara automatik.
Adun DAP di anggap melakukan perkara yang salah di masjid pada ketika itu kerana ;
- tidak menutup aurat.
- berikan ucapan [orang umno cakap tazkirah].
Dan PAS dituduh sesat kerana perlakuan oleh adun DAP tersebut.
Lihat bawah ;
 Errrr...
Wowww...
Abaikan. Apa yang dilakukan oleh Teo Nie Ching adalah salah sebab dia pembangkang + dap, orang bukan islam yang tak pakai tudung. Rosmah mansur bukan. Dia tak tutup aurat tapi dia orang islam oke. Bukan orang bukan islam yang tak tutup aurat. Beza besar tue. Just abaikan oke.
Lihat gambar dua ;
Sumber : sini

Wakil rakyat dap Teresa kok berbuka puasa di masjid. Perbuatan ini dianggap sebagai mencemari surau dan masjid oleh blogger umno. Maka salah bagi Teresa kok untuk berbuat demikian. Maksudnya kat sini kalau ko bukan penganut islam, pembangkang, BER-DAP dan berbuka puasa di masjid or surau = ko sedang mencemari masjid atau surau tersebut.
Lihat bawah ;
Sumber : sini

Errrr...
Wowww...

Chua soi lek lah. Dia sedang berbuka puasa di masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid,Taman Universiti, Skudai larh..


Owhh.. takpe. Abaikan. 
Sebab?
 CSL = MCA. Bukan dap. Faktor yang menjadikan perbuatan tersebut salah ataupun betul ialah ;


1. Jika ko pembangkang, maka perbuatan tersebut salah.

2. Jika ko dap, maka perbuatan tersebut salah.
Adakah CSL pembangkang? ====> NOPE.
Adakah CSL DAP? ====> NOPE.
So ketahuilah kenapa umno marah sangat. Kita hidup kena saling faham memahami. 
kah kah kah

UMNO IS DOOMED: Najib on 'suicide' mission, Mahathir STEPS IN

Posted: 10 Aug 2012 03:45 PM PDT

UMNO IS DOOMED: Najib on 'suicide' mission, Mahathir STEPS INThe downfall of Prime Minister Najib Razak and his UMNO party is of their own making. This is the culminating effect of 55 years of misdeeds, abuse of power, cronyism, corruption, scandals, greed and racism.
It all began when none of the previous ministers refused to do the right thing, and that was - to fight corruption. Then they failed to strengthen UMNO with bright and honest people. But their biggest mistake was not being fair to all Malaysians regardless of skin color so much so that the non-Malays began to shift towards the Opposition.
The Malay votes also began deserting UMNO for the steadier and more honest PAS. In fact, the shift out of UMNO began in the late 1960s, with the pace increasing until today when the Malays are more or less split down the line between UMNO on one side and PAS and PKR on the other.
Chose to cheat rather than improve on their weaknesses
Read More / Baca Lagi >>

Umno punca perpecahan orang Melayu

Posted: 10 Aug 2012 03:30 PM PDT

"Tun Mahathir Mohammad pernah berkata umno parti busuk dan buruk. Pelik juga macam mana umno parti yang buruk dan busuk dinilai sebagai parti terbaik dan boleh menyatukan orang Melayu di Negara ini.

Sejarah telah membukti umnolah parti yang membuat orang melayu berpecahbelah sehingga wujudnya parti PAS, Semangat 46 dan parti keadilan rakyat.

Pengasas PAS, mereka terdiri daripada orang umno.Tengku Razaleigh Hamzah keluar umno tubuh parti Semangat 46. Pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim tertubuhnya parti Keadilan rakyat.

Read More / Baca Lagi >>

Isteri pemimpin politik China mengaku bunuh warga UK......kat M'sia pun lebih kurang..!!!!

Posted: 10 Aug 2012 03:29 PM PDT


Isteri Bo Xilai BEIJING - Isteri seorang bekas pemimpin politik China yang meningkat naik, Gu Kailai mengaku bersalah membunuh ahli perniagaan dari Britain, Neil Heywood November lalu.
Bagaimanapun Kailai mendakwa dia berhadapan dengan masalah mental.
Agensi berita Xinhua melaporkan bahawa Kailai, isteri kepada Bo Xilai yang dilucutkan jawatan kanan dalam parti awal tahun ini, bersedia menerima apa sahaja hukuman yang bakal dijatuhkan.
Dia dituduh secara rasmi ketika perbicaraan semalam.
Laporan media menyebut Heywood ditemui mati di Chongging November lalu.
Awal hari ini, empat pegawai polis kanan mengaku bersalah menutup kes pembunuhan Heywood, lapor Xinhua.

707 km/j : Kereta paling laju di Malaysia disaman..!!

Posted: 10 Aug 2012 03:27 PM PDT

Berapakah rekod kereta paling laju pernah dipandu di negara ini?

Mengikut dari bukti di bawah, bolehlah kita berbangga, kerana kereta yang dimiliki oleh rakyat kita bukan setakat memecah rekod kelajuan darat di negara ini, malah ia mungkin juga memecah rekod kelajuan darat dunia.

sila lihat bukti di bawah, mungkin kereta ini menggunakan RON97

PRU13: Najib yakin Sarawak kekal kubu BN...?? " I help you....you help me laa...!!!"

Posted: 10 Aug 2012 03:21 PM PDT


Najib Razak KUCHING - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak percaya Sarawak, yang lebih dikenali sebagai 'Bumi Kenyalang' akan kekal menjadi bumi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum  ke-13 (PRU13).
Beliau berkat,a dengan wujudnya perpaduan antara komponen parti BN dan kerjasama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri di bawah kepimpinan
Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, BN akan sekali lagi berjaya di Sarawak.
"Banyak perkara kita rundingkan di samping kita menghormati hak negeri Sarawak dan Sarawak pun menghormati hak kerajaan pusat. Bila kita saling faham memahami, tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan," katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya di sini, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Kambing Hitam : Demonstrasi tuntut gaji tak dibayar sejak Mac..??? Ogos baru nak demo...!!!

Posted: 10 Aug 2012 03:19 PM PDT



SEBAHAGIAN pekerja Jana Niaga yang menyertai demonstrasi di hadapan pintu masuk Unisel bagi menuntut institusi itu membuat pembayaran hutang tertunggak di Kuala Selangor semalam.



KUALA SELANGOR - Keadaan di hadapan pintu masuk ke Universiti Selangor (Unisel) di sini petang semalam bertukar kecoh apabila lebih 100 pekerja Syarikat Jana Niaga Sdn. Bhd. (Jana Niaga) berhimpun bagi menuntut pihak universiti itu membayar hutang kepada syarikat tersebut.
Kakitangan syarikat konsesi yang bertanggungjawab membangunkan dan menguruskan kediaman penuntut Unisel di Bestari Jaya itu mendakwa, ekoran kegagalan Unisel menjelaskan hutang kira-kira RM15 juta kepada Jana Niaga, kesemua mereka tidak dibayar gaji sejak Mac lepas.
Read More / Baca Lagi >>

Britain bantu pemberontak Syria

Posted: 10 Aug 2012 03:14 PM PDT

KEPULAN asap akibat bedilan tentera Syria dilihat beberapa orang di daerah Shaar, utara Aleppo kelmarin.


LONDON - Britain akan menghantar bekalan bukan senjata bernilai £5 juta (RM24.29 juta) kepada kumpulan pemberontak yang menentang rejim Presiden Syria, Bashar Al-Assad, kata Setiausaha Luar, William Hague semalam.
"Ekoran ketiadaan perkembangan proses diplomatik, United Kingdom akan menghantar bantuan lebih banyak lagi. Kami akan meningkatkan sokongan kami terhadap penduduk Syria dan pihak penentangan politik dengan tambahan bantuan dalam bentuk bukan persenjataan," katanya.
Menurutnya, bantuan tersebut akan membantu untuk melindungi kumpulan-kumpulan penentangan, para aktivis hak asasi dan orang awam," tambahnya.
Read More / Baca Lagi >>

Egypt deploys troops to the Sinai

Posted: 10 Aug 2012 03:13 PM PDT

Tiada ulasan: