Sabtu, 11 Ogos 2012

labun KulupSakah...

labun KulupSakah...


lirik lagu Raya ciptaan aku yang baru

Posted: 10 Aug 2012 09:08 PM PDT

Tuan Menteri Perdana, oleh kerana lagu Hari Kebangsaan dah ditulis liriknya oleh Rais Yatim, maka saya yang terlepas peluang ingin mencadangkan lagu Hari Raya yang baru perlu dicipta juga. Dengan ini saya sertakan lirik lagu Hari Raya nukilan saya dan besarlah harapan saya agar lirik ini diguna dan disiarkan setiap hari mulai esok sehingga berakhir Syawal. Sekian, selamat berbuka. Hari Raya 1Malaysia Tibalah Syawal yang mulia inilah masa membalas jasa Mohonlah ampun pada mama kebanggaan kita semua korus: Janji Diketupati Rakyat diBahulukan Kroni makan lemang Rakyat kunyah buluh (suara latar: macamlah Panda) Bersyukurlah kita semua hidup aman dan sentosa biarlah kami miskin dan hina asalkan perompak bahagia dam dam dum bunyi c4 semaraklah hari raya ini tahun Janji diketupaaaaaatiiiiiiiiiiii... rakyat diBahulukaaaannnnnnnnn

Dzauk

Posted: 10 Aug 2012 11:10 AM PDT

Suatu hari Musa terdengar seorang lelaki menyanyikan lagu untuk Tuhan seperti begini," Kekasihku! Ke marilah biar kusisir rambutmu, ku ikat tali kasutmu..kau ku cinta..."
Nabi Musa telah memarahi lelaki tersebut dengan mengatakannya syirik sebab menyamakan Tuhan umpama makhluk yang berambut dan memakai kasut.
Nabi Musa yang punya mukjizat boleh berkomunikasi langsung dengan Tuhan telah dimurkai Allah, "Mengapa kau ganggu kekasihku yang sedang mabuk cinta kepadaku? Orang yang sedang asyik bercinta memang perkataannya begitu.."
Musa kemudian mencari lelaki tersebut dan meminta maaf.

10 malam terakhir

Posted: 10 Aug 2012 06:24 AM PDT

Hari ini berbuka baki roti canai yang tak dihabiskan Wooyoung pagi tadi. Beli dua keping, tinggal sekeping. Panaskan dan makan. LepasSham habis niaga baru kami makan merangkap sahur sekitar 1 pagi. Pukul 5 pagi hanya minum air kosong dan kurma sahaja.
Aku tak timbang tengok berat terkini tapi terasa ramadhan tahun ini agak perlahan susut badan. Tahun lepas enam kilo turun...
Selalunya aku berbuka sendirian, Sham sendirian. Hanya sms ucapan selamat sahaja diutus. Sms sudah mengenyangkan dan huruf-huruf itu mengikat rindu.
kesibukan waktu tak dapat juga aku berbuka dan bersahur dengan abang Pyanhabib serta Puspa, Najwan, Ammar, Beeha serta pasangan Nikjidan dan Juli seperti sebelum ini. Raya ajelah jumpa jika semuanya hidup dan sehat. Terasa rindu pulak dengan mereka.
Memburu Lailatulqadar?
Hahaha! Malam seribu bulan itu sudah datang sejak beberapa hari lalu sehinggalah malam terakhir.
Terima kasih kerana sudi mengunjungi aku.....nikmatnya!

Tiada ulasan: