Khamis, 9 Ogos 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO] "Antu Tuya Dan Dato Nazak" - Klip Animasi Politik Pertama Zunar Dilancarkan

Posted: 09 Aug 2012 01:31 AM PDT

Kuala Lumpur 9 Ogos: Kartunis politik, Zulkiflee Anwar Alhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar hari ini melancarkan klip pendek animasi politik bertajuk "1 Funny Malaysia".

Animasi berdurasi 5 minit ini merupakan klip animasi politik yang pertama di Malaysia.

"1 Funny Malaysia adalah kartun satira komedi yang mengisahkan seorang mangsa korban C-4 yang juga bekas model yang bernama ANTU TUYA bangkit dari kubur bersama anaknya dan mencari DATO NAZAK di pejabat pentadbiran beliau di PUTARJAYA. Setelah tiba di sana, ANTU TUYA meminta DATO NAZAK supaya TEPATI JANJI dengan memberi sebahagian komisyen kepada beliau," katanya dalam kenyataan.

Kesudahan klip animasi 1 Funny Malaysia boleh disaksikan melalui link zunarcartoonist.com.

"Dengan siapnya klip animasi ini, saya mengucapkan terima kasih kepada semua kartunis, artis, animator dan editor yang menjayakan produksi dengan bajet rendah ini," kata beliau.

Zunar juga bercadang mahu meneruskan kesinambungan klip animasi ini jika mendapat sumbangan dan bantuan orang ramai.

"Saya bercadang untuk menyambung untuk siri-siri berikutnya, tetapi memandangkan produksi animasi memerlukan dana, saya berharap peminat dan penyokong dapat menyumbang dana melalui web saya iaitu zunarcartoonist.com," katanya.




Berbaktilah Kepada Ibumu Tika Dia Masih Ada Sebelum Menyesal Ketika Dia Sudah Tiada

Posted: 09 Aug 2012 01:07 AM PDT


Ibu vs kekasih

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu

Bila sedih, aku mesti telefon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu

Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu

Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan telefon pasanganku
Entah bila.. aku nak telefon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: "Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada.


Kereta Terbabas: Ketua Wanita Umno Nyaris Maut

Posted: 08 Aug 2012 10:44 PM PDT

Chenor - Ketua Wanita Umno Cawangan Felda Jengka 3, Rahimah Abdul Rahman dan rakannya nyaris maut setelah kenderaan dinaiki mereka terbabas hingga hampir terjunam ke dalam sungai dekat Kampung Jengka Batu 13, di sini, semalam.

Gambar: Kereta dinaiki mangsa terbabas lalu merempuh pengadang jalan dan hampir terjunam ke dalam sungai, namun terhalang oleh paip besar di tepi jambatan berdekatan Bukit Genting.

Rakannya, Kamariah Mat Sharif, 64, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mereka berdua dalam perjalanan pulang dari Temerloh ke Jengka 3 atas urusan memperbaharui cukai jalan kenderaan.

Menurutnya, ketika sampai di tempat kejadian, kereta jenis Proton Saga BLM yang dipandu Rahimah hilang kawalan sebelum terbabas lalu merempuh pengadang jalan.

"Akibat rempuhan itu, kereta seakan terbang dan menjunam ke arah tepi jambatan dan nyaris masuk ke dalam sungai tetapi terhalang oleh sebatang paip besar.

"Orang ramai membantu mengeluarkan kami berdua dari kereta. Keadaan Rahimah lemah kerana tekanan darah tinggi akibat terkejut dengan apa yang baru kami alami.

"Alhamdulillah, kami berdua selamat dan hanya mengalami luka kecil," katanya kepada Sinar Harian.

Kedua-dua mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan pekan Awah dengan bantuan orang ramai.

Kamariah berkata, mereka berdua keluar dari rumah ke Temerloh pada jam 2 petang selepas Rahimah beria-ria mahu mengambil cukai jalan yang sudah diperbaharui kerana tamat tempoh semalam.

"Memang Rahimah nampak penat kerana kami berdua mempunyai jadual aktiviti kemasyarakatan yang agak padat sepanjang Ramadan ini.

"Rahimah mahu juga ambil cukai jalan hari ini (semalam) kerana esok (hari ini) dia perlu membawa anak yatim ke satu majlis sumbangan menggunakan kenderaan ini," katanya. -SH

Jalur Malang - Nizar Berkata Benar, UMNO Yang Hina Jalur Gemilang!

Posted: 08 Aug 2012 09:12 PM PDT

Nizar: 'Umno hina Jalur Gemilang, bukan saya'

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan beliau menghina Jalur Gemilang, sebaliknya berkata Umno yang berbuat demikian.

Ia berikutan tindakan Umno melalui Menteri Penerangan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang meletakkan slogan 'Janji Ditepati' sebagai tema kemerdekaan tahun ini.

Dipetik Harakahdaily, Nizar berkata, pilihan tema berbaur kempen politik itu untuk diiring bersama Jalur Gemilang itu sendiri menunjukkan betapa bendera kebanggaan negara itu dihina.

"Umno dan BN yang menghina Jalur Gemilang apabila meletakkan tema kempen politik mereka seiring dengan bendera negara.

"Itu yang saya ingin bawakan pemikiran rakyat supaya berfikir usaha Umno itu," kata beliau yang juga Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.


Beliau berkata demikian bagi mengulas kecaman yang diterima beliau ekoran tweet beliau berkenaan Jalur Gemilang dan kemerdekaan.

Isnin lalu, Nizar dlam tweetnya menulis "Janji ditepati: malang perayaan Kemerdekaan tahun ini di buat oleh Kabinet BN, luntur semangat nak kibarkan jalur gemilang, jalur malang!"

Mengulas lanjut, Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak berkata, apa yang dimaksudkan beliau ialah Jalur Gemilang itu yang malang, bukannya menukarkan nama Jalur Gemilang kepada Jalur Malang.

"Saya katakan malang perayaan merdeka kali ini dibuat BN keraa slogan politik mereka, hingga menyebabkan semangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang luntur. Malanglah Jalur Gemilang bila tidak dikibarkan. Jalur Gemilang itu yang malang," jelas beliau lagi.

Mengakui penggunaan ayat di laman maya, khususnya laman sosial boleh menimbulkan pelbagai pemahaman yang berbeza, Nizar bagaimanapun berkata, ramai yang mengecam tweet beliau itu menunjukkan betapa tidak fahamnya mereka terhadap patriotisme.

"Ramai di kalangan yang mengecam saya tidak faham tentang semangat patriotisme. Sebaliknya, hanya menunjukkan tahap patriotisme yang dididik Umno selama 54 tahun ini," tegas. -SH



Jalur Malang': Nizar beri penjelasan

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan beliau menghina Jalur Gemilang, sebaliknya berkata Umno yang berbuat demikian.

Ia berikutan tindakan Umno melalui Menteri Penerangan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang meletakkan slogan 'Janji Ditepati' sebagai tema kemerdekaan tahun ini.

Bercakap kepada Harakahdaily, Nizar berkata pilihan tema berbaur kempen politik itu untuk diiringkan bersama Jalur Gemilang itu sendiri menunjukkan betapa bendera kebanggaan negara itu dihina.

"Umno dan BN yang menghina Jalur Gemilang apabila meletakkan tema kempen politik mereka seiring dengan bendera negara. Itu yang saya ingin bawakan pemikiran rakyat supaya berfikir usaha Umno itu," tegas beliau ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kecaman yang diterima beliau ekoran tweet beliau berkenaan Jalur Gemilang dan kemerdekaan.

Isnin lalu, Nizar dlam tweetnya menulis "Janji ditepati: malang perayaan Kemerdekaan tahun ini di buat oleh Kabinet BN, luntur semangat nak kibarkan jalur gemilang, jalur malang!".

Mengulas lanjut, Nizar berkata apa yang dimaksudkan beliau ialah Jalur Gemilang itu yang malang, bukannya menukarkan nama Jalur Gemilang kepada Jalur Malang.

"Saya katakan malang perayaan merdeka kali ini dibuat BN keraa slogan politik mereka, hingga menyebabkan semangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang luntur. Malanglah Jalur Gemilang bila tidak dikibarkan. Jalur Gemilang itu yang malang," jelas beliau lagi.

Mengakui penggunaan ayat di laman maya, khususnya laman sosial boleh menimbulkan pelbagai pemahaman yang berbeza, Nizar bagaimanapun berkata ramai yang mengecam tweet beliau itu menunjukkan betapa tidak fahamnya mereka terhadap patriotisme.

"Ramai di kalangan yang mengecam saya tidak faham tentang semangat patriotisme. Sebaliknya, hanya menunjukkan tahap patriotisme yang dididik Umno selama 54 tahun ini," tegas beliau.
-HD


"Fatwa" Utusan: Pekung UMNO BN Terdedah!

Posted: 08 Aug 2012 07:09 PM PDT

Kenyataan Najib Lebih Biadap Dari DAP Berhubung Hudud

SHAH ALAM, 8 OGOS : Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa Umno-BN tidak akan melaksanakan hukum hakam berlandaskan syariat Islam (hudud) di negara ini adalah lebih biadap dan menghina kesucian Islam jika dibandingkan dengan DAP yang tidak bersetuju perlaksanaan hukum hudud.

Demikian kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam reaksinya berhubung isu adalah haram dan berdosa menyokong DAP seperti yang dipaparkan dalam akhbar pro Umno-BN hari ini.

Kalau beliau benar-benar mengikuti kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek lebih biadap daripada DAP dalam menghina hudud dan memberi amaran keapda Umno-BN sendiri sehingga Perdana Menteri, Najib Razak sanggup dan terpaksa buat kenyataan bahawa Umno-BN tidak melaksanakan hudud.

"Oleh kerana itu bagi kita, kenyataan dari Najib sudah cukup sebagai bukti bahawa selagi Umno-BN memerintah sampai bila-bila pun hukum syariat Islam tidak akan dilaksanakan walaupun Umno mendakwa mereka mewakili orang melayu yang beragama Islam," katanya ketika dihubungi TV Selangor.

Kenyataan beliau ekoran susulan paparan muka depan media pro-BN hari ini yang memetik kenyataan Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah.

Abdullah dalam kenyataannya berkata adalah haram dan berdosa umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.

Menurut beliau lagi, agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Umno-BN yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan agama dan umat Islam sendiri.

Tuan Ibrahim menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan Abdullah dibuat tanpa mengikut maklumat yang betul dan hanya bersandarkan kepada penyampaian pihak tertentu.

Malah jelas beliau kenyataan tersebut nyata tidak membantu menggambarkan persepsi Islam yang luas dan syumul di mata masyarakat bukan Islam.

Ujar Tuan Ibrahim, hubungan 'tahalul siasi' (kerjasama politik) Pas dan komponen Pakatan Rakyat berlangsung dalam kontek hubungan baik dan mengamalkan sikap saling menghormati meskipun berbeza pandangan.

Sebelum ini, Adun Umno Johor dari Kemelah, Datuk Ayub Rahmat mencadangkan supaya hukum hudud dilaksana ke atas orang Islam dan bukan Islam di negeri itu namun dibidas Soi Lek yang beranggapan hasrat itu sebagai "hilang akal" dan kehabisan idea. -selangorku

"Fatwa" Utusan: Hancurnya impian 1Malaysia ciptaan Najib

KUALA LUMPUR 8 OGOS: Berita muka hadapan Utusan Malaysia, hari ini yang bertajuk "Haram sokong DAP" adalah perbuatan amat terdesak lidah rasmi UMNO itu untuk membangkitkan kebencian orang Melayu terhadap DAP yang gigih menentang rasuah dan salah guna kuasa.

Menyifatkan laporan berita Utusan tersebut sebagai "lolongan keterlaluan", Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata ia mencerminkan Utusan sebagai akhbar anti-nasional dan anti-Malaysia.

"Adakah Utusan Malaysia cuba untuk menghasut dan mengapi-apikan konflik agama di Malaysia?" soal beliau.

Katanya, isunya bukan siapa yang mengeluarkan kenyataan tersebut tetapi ia melibatkan tanggungjawab dan etika sebuah akhbar yang dimiliki pemerintah boleh menerbitkan fitnah sedemikian rupa.

"Laporan Utusan hari ini jelas membuktikan dasar 1Malaysia yang diasaskan Perdana Menteri Najib Razak demi membina kesatuan Malaysia yang meletakkan keutamaan pertama sebagai rakyat Malaysia sudah hancur luluh.

"Ia bukan sahaja bertentangan dengan dasar 1Malaysia Perdana Menteri Najib Razak sejak tiga tahun lalu tetapi bertentangan dengan intipati pembinaan negara Malaysia dalam tempoh lima dekad," ujarnya.

Ahli Parlimen Ipoh Timor itu turut berkata, isu yang dimainkan ini seolah-olah sebuah konspirasi bagi membuktikan ramalan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Jun lalu yang menyatakan bahwa pilihanraya umum akan datang ini dipenuhi dengan sentimen perkauman.

"Atau Najib mengakui bahawa beliau telah gagal sepenuhnya mengawal Utusan Malaysia yang mana akhbar tersebut sekarang dikawal oleh panglima perang UMNO yang tidak lagi terikat dengannya dan dasar kebangsaan yang ditaja UMNO-BN.

"Mungkin itulah sebabnya 10,000 cybertroopers UMNO-BN dilancarkan untuk memutarbelit dan menyebarkan pembohongan termasuk membabitkan isu filem "Tanda Putera" yang ditaja kerajaan BN berkisar kejadian 13 Mei 1969 yang dipenuhi dengan fitnah," katanya.

Kit Siang menjelaskan filem "Tanda Putera" yang ditaja oleh pemerintah UMNO-BN merupakan sebuah fitnah terbesar, dan tuduhan paling liar dan tidak berasas serta melulu dan keji.

Katanya, filem itu cuba menggambarkan kononnya beliau (Kit Siang) dalam rusuhan 13 Mei 1969 telah melakukan provokasi terhadap perarakan jalanan dan telah didakwa membunuh orang Melayu, malah kencing pada tiang bendera di kediaman Menteri Besar Selangor.

Sedangkan, Kit Siang tidak berada pun di Kuala Lumpur pada 11,12 dan 13 Mei 1969. Malah beliau yang berada di luar Kuala Lumpur hanya kembali selepas 17 Mei 1969 dan ditahan di bawah ISA.

Malah, sewaktu ditahan tanpa bicara di bawah ISA, para pegawai penyiasat tidak pernah menyoal siasat beliau tentang rusuhan 13 Mei. Semua itu ada dalam rekod pihak berkuasa.

"Kita menunggu, adakah Najib yang mewar-warkan "penyatuan golongan moderat dunia" di forum antarabangsa akan mengambil tindakan terhadap Utusan?

"Utusan telah menunjukkan contoh ekstremis, tidak bertanggungjawab, menghasut dan tidak beretika yang boleh mengapikan ketegangan antara kaum dan agama dan melemahkan perpaduan nasional," jelas beliau.
– Roketkini


Ulasan GB

Kita lihat di sisi yang lain....

"Fatwa" Utusan yang menyatakan "Haram Sokong DAP" kerana DAP menolak Hudud - kenyataan Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah, sebenarnya semakin mendedahkan pekung UMNO BN sendiri.

Akhirnya segala "fatwa" yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO BN sendiri yang menunjukkan kepada rakyat bahawa "Haram Sokong UMNO BN"!

Lihat:







Alhamdulillah, Dah Ramai Artis Wanita Yang Berhijab...

Posted: 08 Aug 2012 05:11 PM PDT


Sejak kebelakangan ini, semakin ramai selebriti wanita muda tempatan kita yang telah mula melakukan penghijrahan serta mengenakan hijab. Paling menarik apabila 2 selebriti telah mengambil keputusan untuk melakukan penghijrahan ini pada bulan ramadan iaitu Sharifah Aleya dan Shila Amzah.

Penghijrahan yang dilakukan mereka itu pula bersebab. Ada yang mengatakan ia dilakukan atas pilihan mereka sendiri, ada yang pula yang mengatakan sudah sampai seru dan tidak kurang pula yang mengakui bahawa mereka telah mendapat petunjuk serta taufik dan hidayah untuk berubah.

Biarpun penghijrahan itu dilakukan dengan pelbagai sebab, namun apa yang nyata kebanyakan selebriti tempatan ini berharap supaya keputusan mereka untuk berhijab itu akan berkekalan dan mampu mengubah mereka menjadi muslimah yang sejati.

Portal Murai mengucapkan syabas buat kesemua selebriti yang telah berani melakukan penghijrahan ini demi kebaikan diri. Mudah-mudahan apa yang mereka akan terus dirahmati Tuhan serta turut membuka pintu hati orang lain untuk mengikut jejak langkah yang sama.

Sama-samalah kita mendoakan kebaikan mereka untuk kebaikan kita semua bersama. Amin….

Sebahagian daripada selebriti wanita muda tempatan kita yang telah berhijrah:-

1. Catriona Ross
2. Abby Abadi
3. Farah Asyikin
4. Diana Amir
5. Yatt
6. Siti Fazurina
7. Irma HAsmie
8. Sharifah Sofea
9. Raja Farah
10. Farah AF
11. Natasha Hudson
12. Siti Nordiana
13. Noryn Aziz
14. Sharifah Aleya
15. Liza Hanim
16. Shila Amzah

- Murai.com.my

[PENTING] Senarai Tempat Pemasangan Kamera Perangkap Had laju

Posted: 08 Aug 2012 11:00 AM PDT


Sebagai panduan untuk pulang berhari raya nanti.. Jangan selepas bergembira sampai pula surat saman ni....... Poket dah kempis masa tu..... So sampai area ni kauorang ikutlah had laju yang ditetapkan...

PDRM sudah memasang sistem baru untuk mengesan kelajuan kenderaan yang melebihi had laju pada suatu tempat.. kalo dulu tembak bawah jambatan, skrg sudah tukar maa… Berikut diberikan lokasi-lokasi pemasangan sistem baru perangkap hadlaju yang telah dipasang oleh pihak PDRM:


PLUS Arah Utara

■ Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
■ Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
■ Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
■ Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
■ Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
■ Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
■ Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.

PLUS Arah Selatan

■ Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
■ Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
■ Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
■ Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
■ Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
■ About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
■ At 296.5km and 297km, Bangi junction.
■ Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
■ At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
■ On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
■ After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
■ Behind the right hand crash barrier at 198.4km.

Lebuhraya Elite Hubungan Timur Tengah/Utara

■ On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit
■ Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
■ Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.

Lebuhraya Elite Hubungan Barat Tengah/Selatan

■ Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
■ Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
■ After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover.90km/h

NKVE Arah Timur/Utara

■ 300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
■ Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h!
■ Below bridge at Damansara Junction, 17.5km

NKVE Arah Barat/Selatan

■ Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80km/h!
■ From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!
■ From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
■ Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
■ Below railway bridge at 11.2km
■ Under the bridge at Shah Alam junction.

Lebuhraya Kesas Timur

■ Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.
■ Kesas West Bound
■ At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala Lumpur City
■ Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.

Lebuhraya Kesas – Klang

■ Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only!

Leburaya Pantai Timur

■ East bound, downhill run after Raub junction.
■ Maran, 60km/h zone.
■ Paya Bungor, 70km/h zone.

Kawasan Negeri Johor Arah Selatan

■ Tangkak junction.
■ Under the bridge after Yong Peng
■ North junction at 97.3km.
■ Ayer Hitam junction.
■ Sedenak junction.

Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Utara

■ Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
■ Before Perwaja Steel.
■ Sg Petani junction.
■ Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
■ Penang Bridge at island end.Speed limit 80km/h.

Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Selatan

■ Penang Bridge Island end. Speed limit 80km/h.
■ About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h

Kawasan Perak Jalanraya Arah Utara

■ Under the bridge at 197.1km and 198.8km, after Kamunting Junction.
■ Under the bridge at 204.3km, after Kamunting Junction.
■ Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
■ Under the bridge at 214.8km, before Kamuntingjunction.
■ Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
■ Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
■ Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
■ Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
■ Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
■ Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
■ Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
■ Under the bridge at 373km, Slim River Junction.

Kawasan Perak Arah Selatan

■ Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
■ Under the bridge at 241.9km, at Kuala Kangsar junction.
■ Under the sign post at 296.1km, before Gopeng Junction.
■ Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
■ Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
■ Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.
■ Under the bridge at 372.6km, at Slim River junction.

P.S / Setelah berbillion duit ditabur skang tiba masa untuk kutip balik hahahaha -baca-blogspot

BN Sabah Bergoncang Lagi, Ada Lagi Pemimpin Sabah Keluar Parti, Sertai APS

Posted: 08 Aug 2012 06:36 AM PDT

Sokongan rakyat Sabah terhadap Angkatan Perubahan Sabah (APS) pimpinan Datuk Seri Wilfred Bumburing terus menggegarkan politik negeri itu apabila ramai lagi pemimpin BN mengikut jejaknya menyokong Pakatan Rakyat.

Terbaru, John Hussein meletak semua jawatan sebagai ahli Parti Bersatu Sabah (PBS-BN) dan ketua kampung bagi kawasan Kiulu dalam Parlimen Tuaran.

Menurut beliau, notis 30 hari diserah kepada partinya dan kerajaan negeri sejak 1 Ogos lalu.

John turut meletak jawatan Ketua PBS Cawangan Kampung Simpangan Lama dan Naib Pengerusi PBS Bahagian Kiulu dan kini menyertai APS.

"Saya bersetuju dengan kenyataan Datuk Seri Wilfred bahawa sistem penyampaian BN gagal memenuhi matlamat yang dikehendaki rakyat.

"Sebagai contoh, pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nabalu mengambil masa yang sangat lama untuk dilaksanakan dan kini pembinaannya terus terhenti tanpa penjelasan munabasabah," kata John dalam satu kenyataan.

Beliau akan bekerjasama dengan dua bekas pemimpin Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Bahagian Tuaran, Lesaya Lopog Sorudim dan Daukim Gilu untuk membentuk dan menggerakkan APS Bahagian Kiulu.

Sebelum ini, Naib Presiden Upko yang juga Senator Datuk Maijol Mahap; Pengerusi Tetap, Datuk Herman Tiongsoh serta Ahli Majlis Tertinggi, Denis Gimpah dan Petrus Guriting turut mengisytihar keluar BN bersama Wilfred pada 29 Julai lalu.

Wilfred merupakan Ahli Parlimen Tuaran, bekas Timbalan Presiden Upko, Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka dan bekas Pengerusi BN Tuaran.

APS adalah pertubuhan bukan kerajaan yang memfokus pengundi Bumiputera Bukan Islam Sabah bagi menyokong Pakatan Rakyat untuk memerintah Malaysia.

Wilfred memulakan jelajahnya sejak 1 Ogos lalu dengan menggempur Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan dan Parlimen Keningau yang diwakili Presiden PBS, Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan.

Pairin mewakili kedua-dua kawasan itu sejak 1976 hingga kini dengan beliau ketika ini turut menjawat Timbalan Ketua Menteri Sabah.



Akhbar Kosmo Perli Kekalahan Lee Chong Wei

Posted: 08 Aug 2012 04:09 AM PDT


Kosmo dengan tajuk Chong Wei Terlepas Habuan 4 Juta telah mengguris hatinya. Perjuangan beliau bertungkus lumus sepenuh hati semalam dilihat oleh akhbar tersebut sebagai "mengejar wang" dan bukan semangat kesukanan untuk membawa negara ke mata dunia.

Ramai dari kalangan pembaca dan pengguna laman sosial mengutuk keras tindakan editor akhbar berkenaan berkaitan artikel muka hadapan akhbar tersebut hari ini yang dilihat seakan akan memperli Datuk LCW yang tidak mendapat habuan besar apabila kembali ke tanah air. Mungkin selepas ini, ramai yang akan memboikot akhbar ini. Kita tunggu dan lihat. -suarapeople

Tengku Razaleigh Bidas Kerajaan Pusat Yang Tidak Mematuhi Akta Petroliam 1974

Posted: 08 Aug 2012 02:16 AM PDT

Royalti : Sejarah Yang Di Nafikan Hak Oleh UMNO@BN...!!!

Gambar: Majlis tandatangan Akta Kemajuan Petroliam 1974 -
Tengku Razaleigh Hamzah (Pengerusi PETRONAS) dan Datuk Mohammad Nasir (Menteri Besar Kelantan)


Akta Kemajuan Petroliam 1974 jelas menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia & Petronas haruslah membuat pembayaran tunai dalam bentuk Royalti bagi "Pemunyaan Hak" yang diberikan Negeri Kelantan bagi Penerokaan Industri Petroleum.

Maka Tengku Razaleigh pun bertanya di dalam FBnya:



Ulasan GB

Begitu mudah kerajaan UMNO BN menafikan hak kerajaan dan rakyat Kelantan dengan melanggar terus Akta Kemajuan Petroliam 1974 dengan menggantikan dengan Wang Ehsan untuk menyekat pembangunan Kelantan.

Siapakah yang memulakan langkah itu?

Perdana Menteri keempat, Tun Mahathir Mohd dan pengkhianat rakyat Kelantan bernama Mustapa Mohamad. Kemudian diikuti dengan PM-PM selepas Mahathir iaitu Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak bersama dengan konco-konco mereka seperti Nazri Aziz, Khairy Jamaluddin dan ramai pemimpin UMNO yang lain.

Sepatutnya mereka itu semua telah lama ditangkap dan dipenjarakan kerana melanggar konsep federalisma dan juga menghapuskan Akta yang diluluskan oleh Parlimen dan telah jelas memaktubkan hak royalti rakyat Kelantan.

Tetapi .... sistem yang ada kini membenarkan UMNO BN terus melakukan kezaliman.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap mengambil tempatnya dan mereka itu semua akan dihukum oleh Allah swt di satu masa nanti.

Tiada ulasan: