Jumaat, 10 Ogos 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Logo Rasmi Hari Kebangsaan Pakatan Rakyat

Posted: 10 Aug 2012 05:00 AM PDT

 
 
[SH] PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) sepakat menggunakan tema dan logo alternatif iaitu Sebangsa Senegara Sejiwa bagi menyambut Hari Kemerdekaan tahun ini.

Perikatan itu akan mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan PR peringkat kebangsaan di Selangor, 30 Ogos ini.

Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, PR sepakat menggunakan tema dan logo yang sama bagi sambutan peringkat kebangsaan PR dan empat negeri di bawah pemerintahan PR iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan sedia menyambut menggunakan tema dan logo yang sama.

"Bagi sambutan Hari Malaysia pula, PR menetapkan sambutan akan diadakan di Sabah pada 15 September dan 16 September di Sarawak," katanya.

Namun demikian, empat negeri di bawah PR bebas menggunakan tema Hari Kebangsaan negeri masing-masing bagi sambutan negeri.

"Mereka bebas menggunakan tema negeri masing-masing bagi sambutan peringkat negeri tetapi bagi sambutan peringkat kebangsaan Pakatan, kita akan guna tema dan logo yang sama," ulasnya.

Tambah beliau, negeri-negeri di bawah PR mempunyai hak sendiri untuk menggunakan tema negeri masing-masing.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menambah yang PR menolak keras tema yang digunakan oleh kerajaan iaitu '55 tahun Janji Ditepati' kerana ia bersifat 'kepartian'.

"Tema yang digunakan oleh kerajaan berunsurkan politik, jadi kami akan meraikan Hari Kemerdekaan dengan tema dan logo kami sendiri," katanya.
 
 
P/s: Cantik!!!!
 
 
 

Selepas Mengaku TIDAK PERASAN Suami Bida NFC, Akhirnya Sharizat Mengaku...

Posted: 10 Aug 2012 01:30 AM PDT

[KL Today] Datuk Seri Shahrizat Jalil akhirnya mengaku hari ini bahawa beliau tahu tentang projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang dipengerusikan suaminya.

Isnin lalu, bekas Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat itu beriya-iya menafikan beliau tidak tahu menahu tentang projek tersebut, malah mengatakan tidak menjaga urusan kerja suaminya.

"Saya dapat tahu tentang NFC melalui suami dan media," kata Shahrizat.

"Dalam tahun 2006 hingga 2007, suami saya minta anak-anak pulang dari luar negara untuk bantu urus projek," katanya.

"Bila suami beritahu dia nak anak-anak bantu bina ladang, masa itu baru saya tahu tentang projek NFC," jelas Sahrizat lagi.

Beliau juga beberapa kali mengelak menjawab soalan peguam pembela, Ranjit Singh.

"Jika keluarga menteri dapat keuntungan dari projek kerajaan, adakah menteri itu juga akan dapat untung?" soal Ranjit.

Shahrizat bagaimanapun enggan menjawab soalan tersebut.

Jawapan Shahrizat semasa memberi keterangan pada perbicaraan kes itu pagi tadi mendapat reaksi pimpinan KEADILAN termasuk Pengarah Strategi, Rafizi Ramli yang juga saksi dalam kes ini.

"Mahkamah keluh kesah (orang Umnolah yang gelisah) bila Kak Jat (Shahrizat) bagi keterangan dia tak tahu anak dia kerja apa walaupun kerja dengan suaminya," tulis Rafizi dalam twitternya.

Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin turut mengkritik sikap dolak dalik Shahrizat itu.

"Keluarga itu cukup berahsia, dia tak tahu suaminya kerja apa, anaknya kerja apa dan suaminya juga mungkin tak tahu dia Menteri," kata Badrul yang lebih dikenali Chegu Bard ketika membalas tulisan rakan twitternya.

Sementara itu, Setiausaha Wanita, Juwairiya Zulkifli mempersoal tindakan Ketua Wanita Umno itu kerana memberikan jawapan berbelit-belit.

"Kak Ijat cakap terlalu berhati-hati sampai terjerat sendiri…Cakap saja terus terang apa yang dia tau! Tak payah nak reka-reka.

"Kak Ijat ni jawab flip flop dan tak faham-faham soalan peguam," kata Juwairiya lagi.

Polis didakwa terlalu melayan VIP Shahrizat meskipun bukan lagi menteri

Naib Presiden KEADILAN, N Surendran mempersoalkan layanan istimewa polis terhadap pimpinan Umno semasa hadir ke perbicaraan mahkamah.

Katanya, Umno menggunakan polis seperti pasukan keselamatan peribadi mereka apabila mengawal ketat Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang hadir ke mahkamah pagi tadi.

"Umno gunakan polis umpama pengawal keselamatan peribadi. Mengapa pimpinan Umno boleh dapat layanan istimewa seperti yang diperoleh Shahrizat?" tulis Surendran dalam twitternya.

Berikutan itu, beliau mahu Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar menjawab berhubung perkara ini.

"KPN mesti jelaskan mengapa pimpinan Umno seperti Shahrizat boleh dapat eskot polis bila hadir ke mahkamah. Mengapa ada layanan istimewa? soal Surendran lagi.


P/s: Siapa mahu gelak? Silakan! Lawak betul!!!! 



 

Perkembangan Kes Bunuh Eksekutif TV9, Suami Mangsa Didakwa di Mahkamah

Posted: 10 Aug 2012 12:11 AM PDT


[Bernama] PETALING JAYA - Suami eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9 Nur Syaleza Jaffar, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh isterinya itu, bulan lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak, ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.

Tertuduh yang memakai baju-T berkolar berwarna ungu mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah kepadanya.

Norazman Bashah, didakwa membunuh Syaleza, 31, di kediamannya di No.115, Tingkat 1 Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, di antara jam 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai lepas.

Norazman Bashah yang diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 14 Sept untuk tarikh sebutan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi.

Akhbar sebelum ini melaporkan  seorang eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9 ditemui mati di kediamannya di Damansara Damai.



Orang Kurang Siuman Pun Kena Rogol!

Posted: 09 Aug 2012 08:56 PM PDT


[SH] ALOR GAJAH – Seorang penternak lembu tergamak merogol seorang gadis kurang siuman yang tinggal sekampung dengannya di sebuah kampung di daerah ini, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira 10 malam kelmarin apabila gadis malang berusia 28 tahun itu dikatakan keluar dari rumah kira-kira 10 malam.

Sumber berkata, gadis terbabit bagaimanapun ditemui merayau di dalam kawasan kampung berkenaan oleh anak saudaranya kira-kira sejam kemudian.

"Mangsa ditemui dalam keadaan kusut masai dan berjalan kaki kemudian dibawa pulang ke rumahnya, sebelum mangsa membongkar rahsia kepada keluarganya dia dirogol seorang lelaki dikenali di belakang rumahnya.

"Menurut mangsa, lelaki berusia awal 40-an itu yang merupakan penternak lembu telah merogolnya," katanya,

Sumber berkata, mangsa yang merupakan anak ketujuh dari sebelas beradik mengalami masalah mental sejak berusia 23 tahun dipercayai dirogol di dalam kawasan semak berhampiran kolam air panas di kampung berkenaan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, lapan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka (IPK) pergi ke lokasi kejadian selepas menerima laporan berkaitan kejadian itu.

"Semasa tiba di lokasi kejadian, seorang suspek lelaki disyaki cuba melarikan diri sebelum ditahan anggota polis di hadapan sebuah kandang lembu di kampung berkenaan kira-kira 11 pagi.

"Suspek ditahan dan dibawa ke IPK dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.
 
 
 

Tiada ulasan: