Sabtu, 11 Ogos 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


RCI Sabah, misi hidup mati buat BN

Posted: 11 Aug 2012 04:34 AM PDT

 
 
KOTA KINABALU — Setiap hari di Kota Kinabalu, kira-kira 200 orang kebanyakannya warga Filipina menganyam, menjual manik-manik dan cenderamata di pusat membeli belah bandar raya ini.
Kebanyakan mereka adalah pendatang yang didaftarkan dari Filipina semasa perang saudara Jolo pada sekitar 1970an.

Mereka adalah sebahagian dari 80,000 orang yang memiliki dokumen IMM13, iaitu pas imigresen yang membenarkan mereka berdaftar dengan United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR), selain bebas untuk bergerak dan bekerja di sini.

Walaupun "Filipino Market" kini dikenali sebagai destinasi popular menarik pelancong, ia juga simbol kegagalan Sabah menangani masalah imigran, isu yang dimainkan dalam pilihan raya sejak 1970an.

Hilang kedaulatan

Isu yang menjadi kemarahan penduduk peribumi Sabah seperti Kadazandusun dan Murut (KDM) ialah mereka merasakan kedaulatan negeri mereka telah dirampas berterusan oleh pendatang asing seperti dari Filipina dan Indonesia.

Ketua bahagian Umno Isnin Aliasnih: Mengakui bahawa penduduk Sabah adalah marah atas isu pendatang tanpa izin. — Foto-foto oleh Clara Chooi
Ia bukan menjadi satu rahsia bahawa warga Sabah sangat marah dan mahu pendatang ini dihantar pulang ke negara masing-masing, dengan sering menuduh mereka sebagai merampas peluang pekerjaan dan meningkatkan masalah sosial, ekonomi dan keselamatan negeri ini.
 "Rakyat Malaysia di Sabah merasakan hidup mereka dalam ketakutan kerana pendatang ini semakin ramai. Insiden seperti dadah, pecah rumah dan rompakan semakin kerap berlaku," kata setiausaha negeri Sabah Tan Sri Simon Sipaun dalam tulisannya pada 18 Jun di Sabahkini.

"Dahulu kami boleh tinggalkan rumah tanpa berkunci, kini kami seperti terpenjara di rumah sendiri. Lebih malang lagi, peluang pekerjaan tidak sebanyak orang yang memerlukannya," katanya lagi.

Kemarahan rakyat Sabah selama empat dekad ini dilepaskan kepada kerajaan Barisan Nasional, kerana didakwa telah memberi kewarganegaraan kepada mereka untuk mendapatkan undi.

Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri paling lama memerintah iaitu dari tahun 1981 hingga 2003, telah beberapa kali dituduh melakukan inisiatif ini, dikenali sebagai "Projek M" atau "Projek IC".

Dalam siri temubual yang dilakukan oleh The Malaysian Insider dengan ahli politik tempatan di sini, mereka mempunyai sentimen yang sama seperti apa yang dikatakan oleh Sipaun.

"Memang benar penduduk di sini sangat marah, banyak benda perlu diselesaikan atau pendatang ini semakin ramai dan memberi kita masalah," kata Datuk Isnin Aliasnih, ketua bahagian Umno, memberitahu The Malaysian Insider.

"Penduduk Sabah tidak gembira kerana ini telah berlaku sejak sekian lama. Pendatang tanpa izin ini bukan perkara baru.

"Itu adalah isu semasa pilihan raya 1976, ketika kerajaan Berjaya (Barisan Bersekutu Rakyat Sabah); mereka memainkan isu ini pada tahun 1981, 1985, 1990, 1995, ia sering menjadi isu di negeri Sabah sejak 1970an.

"Dan ini bakal menjadi isu besar hari ini," kata setiausaha agaung United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organization Datuk Wilfred Madius Tangau selepas ditemubual.

Peningkatan penduduk Sabah dan 'Projek IC'

Sabah mempunyai hampir sejuta penduduk - 926,638 orang mengikut laporan pada Jun di akhbar harian bahasa Inggeris The Star.

Melihat kepada masalah ini, perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang tiba di negeri ini akan mendedahkan syarat-syarat untuk Suruhanjaya Diraja (RCI), yang akhirnya BN bersetuju untuk tubuhkan untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin ini.

Parti-parti BN Sabah seperti UPKO dan Parti Bersatu Sabah (PBS) gembira dengan penubuhan panel ini, setelah sekian lama menuntut perkara ini hingga Kabinet Najib menunaikan permintaan mereka pada 8 Februari yang lalu.

Tetapi ada kebimbangan terhadap pemimpin mereka kerana keputusan itu mungkin terlalu lewat kerana dikatakan hanya strategi politik BN untuk memenangi pilihan raya akan datang.

Ahli parlimen Tuaran Wilfred Bumburing: "Kerajaan mempunyai pelan mereka untuk mengubah demografi di Sabah."
Ditambah lagi dengan pemergian dua pemimpin BN di Sabah — ahli parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing, timbalan presiden UPKO, dan ahli parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin, ahli majlis tertinggi Umno.
 Kedua mereka menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap mereka tentang isu pendatang asing ini dan menyertai Pakatan Rakyat (PR) bulan lalu.

Bumburing memberitahu The Malaysian Insider bahawa keengganan kerajaan BN untuk menyelesaikan masalah ini bakal menyebabkan menghancurkan dominasi mereka dalam politik Sabah.

"Sekarang, saya boleh bercakap kerana saya kini dalam barisan pembangkang. Dan saya berkata kerajaan mempunyai pelan mereka untuk mengubah demografi di Sabah," kata ahli parlimen itu.

Beliau berkata statistik dari tahun 2010, menunjukkan peningkatan 390 peratus dari 636,431 penduduk pada 1970 kepada 3,120,040 pada tahun 2010, jauh lebih tinggi dari peningkatan penduduk peringkat nasional iaitu 164 peratus.

Dari 3.12 juta penduduk Sabah hari ini, laporan itu menganggarkan 27 peratus adalah pendatang asing.

Bumburing berkata bahawa pendatang tanpa izin ini telah menggunakan nama "Islam" dan mengaburi mata dengan menjadikan mereka 60 peratus dari Melayu Islam, dari mengekalkan bangsa asal mereka.
Dakwaan Bumburing itu disahkan oleh seorang penduduk tempatan yang namanya enggan untuk diberitahu dalam temubual baru-baru ini.

Penduduk itu, berdarah separuh dari Filipina, berkata ayahnya dan pakciknya telah meninggalkan Filipina untuk ke Sabah pada lewat 1950an dan kedua mereka telah ditawarkan kad pengenalan.

Tetapi, mereka diberikan syarat - mereka mesti menggunakan nama orang Islam, "menjadi Melayu" dan menganut agama Islam.

Lelaki itu berkata ayahnya enggan untuk menerima tawaran itu, namun pakciknya mengambil peluang tersebut. Kemudian pakciknya itu kini sering menghadiri mesyuarat Umno dan mengundi parti pemerintah itu, sebagai pertukaran kepada kebebasannya di sini.

"Ini bukan cerita baru. Ada banyak lagi cerita seperti ayah dan pakcik saya. Dan ramai yang bersetuju untuk mengambil kad pengenalan itu dan menerima syarat itu, untuk tinggal di sini," katanya lagi.

Bumburing berkata "warganegara-untuk-undi" ini telah berterusan dan tidak diperiksa selama berkurun dan kini sampai ke satu tahap bila pendatang asing ini berani untuk menguasai dan menghalau orang tempatan dalam perniagaan.

"Ini sudah ke tahap bila PTI (pendatang tanpa izin) ini berani untuk bersuara. Saya mendengar ini setiap hari, dari orang ramai. Bila mereka bergaduh untuk merebut tempat menjual sayur di pasar, orang tempatan yang dihalau keluar.

"Semalam (Rabu) bila penduduk tempatan melawan kembali dan berkata 'ini negara kami', pendatang ini melawan dan berkata, kami akan merampas negeri ini dari kamu satu hari nanti," kata Bumburing.

"Bila pegawai kami datang, mereka berkata, 'nanti kami akan menguasai kerusi kerajaan, dan menguasai dalam dewan negeri.

"Pendatang tanpa izin ini menggunakan sumber kami, menyebabkan masalah sosial dan kesihatan kami terganggu, mereka bawa dadah dan penyakit ke Sabah.

"Tetapi yang paling penting mereka telah merampas kedaulatan negeri kami dan kerajaan tidak melakukan apa-apa," katanya lagi.

Lebih buruk lagi, Bumburing berkata kini pendatang tanpa izin ini diberikan hak untuk mengundi untuk menentukan masa depan politik negeri ini.

Menurut analisis yang dijalankan, lebih 250,000 pendatang tanpa izin di Sabah dan mereka mengaburi mata dengan status Bumiputera.

"Dari sini saya yakin kerajaan tidak lakukan apa-apa. Inilah sebab kenapa saya meninggalkan parti ini - kerana saya tidak yakin bahawa BN akan menyelesaikan masalah ini, dan satu-satunya cara ialah mengubah kerajaan," katanya lagi.

RCI 'buat atau mati'

Kemarahan rakyat Sabah semakin memuncak terhadap pendatang tanpa izin, ditambah dengan keluarnya Bumburing dan Lajim, telah dikatakan bakal mencetuskan perubahan kepada politik negeri ini.
Analisis telah mengatakan bahawa akan berlaku berubahan kuasa tetapi penubuhan RCI ini mungkin dapat menyelamatkan BN dari kehilangan Sabah yang dikatakan "simpanan tetap" mereka.

Untuk parti-parti Sabah BN seperti UPKO dan PBS, RCI ini dilihat sebagai penting untuk survival politik mereka dimana mereka sudah kehilangan undi.
Penganalisis politik Arnold Puyok: BN mungkin akan tewas di Sabah.
Dr Arnold Puyok, penganalisis politik tempatan yang pernah berkata bahawa BN mungkin akan tewas di Sabah kepada pembangkang dalam pilihan raya kali ini, memberitahu The Malaysian Insider bahawa parti-parti KDM dilihat semakin lemah.
 "Mereka dilihat sangat lemah, dan mereka tidak melawan untuk hak negeri dan KDM sangat kecewa.
Pergilah tanya mereka, sudah jelas bahawa penduduk KDM sudah kecewa dengan pemimpin seperti (presiden PBS Tan Sri Joseph) Pairin Kitingan," katanya apabila ditemui.

Seorang pemimpin UPKO yang ditemui yang namanya enggan diberitahu memberitahu The Malaysian Insider bahawa sentimen itu adalah benar.

"Orang ramai sudah mula penat dengan BN, terutamanya KDM yang beragama Kristian dan orang Cina.

"Mereka bersama Bumburing dan Lajim dan ini bukan kelebihan untuk kami," kata pemimpin itu lagi.
Pemimpin itu berkata lagi masyarakat KDM kini marah dengan penguasaan Umno di Sabah dan merasakan pemimpin tempatan sudah diketepikan.

"Orang ramai mungkin menghormati pemimpin seperti Tan Sri Bernard Dompok (Presiden UPKO) untuk RCI tetapi, Umno tidak mahu mendengarnya, jadi, lupakan," katanya lagi.

Mereka berkata bahawa RCI ini adalah penentu "hidup dan mati" bagi parti UPKO.

 "Sebab ini adalah perjuangan utama parti kami, jika kami tidak lakukan ini, habislah kami," kata Wilfred Madeus Tangau lagi.

Ahli Parlimen Tuaran dua penggal sebelum Bumburing itu berkata, UPKO mungkin terpaksa meninggalkan BN jika kerajaan tidak bersetuju untuk menubuhkan suruhanjaya diraja.

Dia juga bersetuju bahawa ini merupakan satu kesukaran kepada mereka jika mereka terus dikuasai oleh Umno.

"Apa yang (BN) lakukan, jadi sebab itu kami di sini. Jika tidak lakukan perkara ini, tidak ada sebab untuk kekal. Rakyat akan bertanya, apa yang kamu lakukan? Kami akan jadi tidak relevan. Kami hanya akan jadi relevan jika isu ini diselesaikan.

"Jadi kerajaan kini mahu menyelesaikan dan saya menghormati Najib kerana berani melakukan perkara ini. Saya tidak mahu komen apa-apa tentang RCI, tetapi walau apapun, ia adalah langkah yang baik," katanya lagi.

Najib dijangka akan mengumumkan syarat-syarat untuk RCI selepas mesyuarat tertutup bersama pemimpin BN negeri tengah hari ini.

Apa maksud 'sebangsa' dalam tema Pakatan?

Posted: 11 Aug 2012 04:20 AM PDT

 
MALASIA KINI
 
 
 
Kerajaan negeri yang dikuasai pakatan pembangkang tidak berani menggunakan tema '55 Tahun Merdeka Janji Ditepati' untuk Hari Kemerdekaan tahun ini kerana banyak janji-janji mereka terhadap rakyat tidak ditunaikan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berkata dalam tempoh empat tahun lima bulan selepas pilihan raya umum ke-12, banyak janji pembangkang dalam manifesto mereka tidak dilaksanakan.

NONE"Mungkin itu sebabnya mereka tak berani nak gunakan slogan (tema) itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan Setiausaha JKKKP di Dewan Kodiang dekat Jitra petang semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai keengganan kerajaan negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan untuk menggunakan tema '55 Tahun Merdeka Janji Ditepati' yang dipilih oleh kerajaan persekutuan sebagai tema Hari Kemerdekaan negara tahun ini.

Beliau yang juga timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri berkata berbeza dengan kerajaan persekutuan, tema itu dipilih kerana ia menunjukkan bahawa selama 55 tahun merdeka sehingga kini segala yang dijanji telah ditunaikan.

"Kita juga boleh nampak dengan jelas wujud ketidaksepakatan antara mereka untuk buat satu perkara paling mudah iaitu tema untuk meraikan hari kemerdekaan," katanya.

Pulau Pinang dan Selangor akan menggunakan tema "Sebangsa, Senegara, Sejiwa", Kelantan dengan tema "Menerajui Perubahan" dan Kedah "Terus Berbakti" untuk sambutan kemerdekaan tahun ini.

Mengenai tema "Sebangsa, Senegara, Sejiwa", Mukhriz meminta pembangkang menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan sebangsa.

"Saya ingat ia cuma slogan semata-mata dan digunakan hanya untuk menarik perhatian rakyat menjelang pilihan raya umum kelak," katanya.- Bernama

Siapa sayang komunis?

Posted: 11 Aug 2012 04:16 AM PDT

Oleh Izmil Amri




Acapkali DAP dituduh sebagai sebuah parti komunis oleh manusia yang malas membaca dan tidak tahu pun hujung pangkal ideologi DAP sebagai sebuah parti demokrasi sosial. Jadi disebabkan DAP ini ramai ahlinya berketurunan Cina, dan itu menyebabkan mereka fobia dan teringat kepada Mao Zedong, maka teruslah dilabelnya DAP ini parti cauvinis Cina, komunis pula.

Mudah betul jadi politisi etnosentrik di Malaysia ini. Kalau ramai Cina, terus hukum komunis. MCA tidak dihukum begitu pula. Sayang betul mereka dengan MCA. Tidak pula parti yang terang nyata menentang hukum Islam itu difatwakan haram segala. DAP yang ramai Melayu Islam ini juga yang mahu dikafirkan, dicap komunis dan konon mahu mengkristiankan negara yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Gila puak-puak ini. Terhantuk kepala sewaktu main buai masa kecil-kecil barangkali.

DAP mangsa fitnah UMNO

Tapi tak apa. DAP ini parti penyabar, dan bagaimana teruk ia ditohmah sejak azali pun, ia masih lagi berdiri dan mara terus untuk membetulkan segala yang tidak betul dengan urus tadbir bobrok negara Malaysia pimpinan United Malays National Organisation.

Saya sering tertanya-tanya kenapa parti Melayu ini namanya United Malays National Organisation dan bukan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Mereka tidak pula terasa malu apabila mengagungkan nama bahasa ibunda penjajah itu.

Jadi akhirnya dua tiga hari lalu kebetulan saya bertemu seorang teman UMNO yang memberitahu bahawa UMNO ini mahu jadi parti yang boleh dibawa ke peringkat antarabangsa. Jadi harus namanya itu menggunakan bahasa Inggeris. "Sama lah macam DAP," katanya.

"Democratic Action Party, DAP. Kenapa tak guna nama PTD, Parti Tindakan Demokratik?" soal beliau.
"Supaya tak bunyi macam Pegawai Tadbir Diplomatik," saya kata. Dia diam. Orang UMNO ini selalunya begitu. Dihujahkan dengan akal, diamlah dia. Lagi pula memang dia tak sedar dia samakan UMNO macam DAP. Tapi DAP memang tak mau ada kena-mengena dengan rasuah, salah guna kuasa, ketuanan kaum dan benci kaum lain.

Jadi dengan keinginan UMNO untuk menjadi parti yang boleh dikenali masyarakat antarabangsa dengan nama Inggerisnya itu buat saya tertanya-tanya pula; kalau semedang kerja UMNO ini bersekongkol dengan Parti Komunis China, kenapa ia tidak ada nama versi bahasa Mandarin?

 

UMNO kawan akrab Parti Komunis China

Ya, tidakkah anda tahu? UMNO ini parti politik Melayu yang berkawan rapat dengan Parti Komunis China. Ini dimulakan di zaman almarhum ayahanda kepada Perdana Menteri sekarang. Demikian mesra dan akrabnya UMNO dan Parti Komunis China ini, kelihatan kerap sekali delegasi kedua parti politik ini lawat melawat antara satu sama lain.

Pelik bila difikirkan bagaimana sebuah parti Melayu yang begitu fobia dengan orang Cina dan komunis boleh bercengkerama dengan Parti Komunis China. Kedua-dua fobianya terus digabung dalam nama parti – komunis dan Cina. Jadi kenapa pula UMNO dan sekutunya harus begitu alergik dengan DAP?

Baru semalam sang Timbalan Perdana Menteri menerima kunjungan hormat daripada seorang pemimpin Parti Komunis Cina. Zhao Leji namanya.

Beliau ini sekarang menjawat jawatan Ketua Parti Komunis bagi wilayah Shaanxi. Walaupun bahasanya berbunyi Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis, tetapi letak duduk jawatannya di dalam hierarki pentadbiran Shaanxi ini lebih tinggi dari gabenor yang kini disandang Zhao Zhengyong. Jadi Zhao Leji ini jawatannya macam Menteri Besar lah.

Kenapa pemimpin Parti Komunis China kerap jumpa pemimpin UMNO?

Kenapa 'Menteri Besar' Parti Komunis China Shaanxi datang ke Malaysia untuk berjumpa Muhyiddin Yaasin, seorang Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden United Malays National Organisation, sebuah parti konservatif Melayu yang anti-komunis dan alah kepada orang Cina?

Kenapa dia tidak datang berjumpa Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP, sebuah parti yang dituduh oleh UMNO sebagai parti komunis, cauvinis Cina?

Ini kelakar. Ini bahkan tidak masuk akal. Apa sebenarnya masalah UMNO ini? Berapa kali sebenarnya dia terhantuk kepala waktu kecil-kecil dulu? Ataukah kena langgar bas?



Jadi DAP parti demokrasi sosial yang tidak mempolitikkan agama ini sekarang dituduh kafir harbi.

Tidak cukup dengan itu, hari ini timbul pula tuduhan kononnya logo Hari Merdeka Pakatan Rakyat itu mengandungi simbol-simbol Kristian, seperti burung merpati dan bentuk hati berwarna merah. DAP lah juga yang dituduh telah berjaya mentarbiyah dan menundukkan PAS sehingga tertipunya mereka itu dan menerima simbologi Kristian yang tersirat di dalam logo. Kelakar.

Eh tolonglah. Nak tutup isu lagu Janji Ditepati sambutan Medeka ala UMNO-BN yang dikatakan diciplak daripada lagu Kristian yang memuja Yesus Kristus dari Indonesia ke?

Apa yang ada dalam otak pemimpin UMNO?

Mentaliti gila dan penuh ketakutan begini hanya kedapatan dalam kepala otak mereka yang takut benar kehilangan kuasa dan pengaruh. Tetapi perlu pula menakutkan orang lain kononnya kuasa mereka pula yang akan hilang dan kepentingan mereka tidak dijaga. Kemudian guna sentimen perkauman dan agama untuk membuakkan rasa takut melampau ini sehingga semuanya tertipu untuk mengundi kerana mahukan kestabilan dan keamanan.

Apabila Pakatan Rakyat menjadi kerajaan di Putrajaya nanti, bukankah Anwar Ibrahim, seorang Melayu yang akan menjadi Perdana Menteri? Adakah Melayu pengasas Angkatan Belia Islam Malaysia yang bersahabat dengan Yusuf Qaradawi itu akan membiarkan negara ini dijadikan negara Kristian oleh sebuah parti sekular demokratik yang tidak pernah pun mengaitkan agama dengan politik?

Adakah bakal Perdana Menteri Melayu Islam daripada PKR yang majoriti ahlinya orang Melayu serta didokong oleh PAS yang jelas perjuangan Islamnya dan disokong oleh DAP yang berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan, akan menghakis kedudukan orang Melayu? Jadi apa yang gelabah sangat ni?

Kenapa tak gelabah apabila pemimpin kanan Parti Komunis China bersahabat dengan UMNO? Kenapa tak menjerit melolong macam orang kena sampuk apabila pimpinan tua dan muda Parti Komunis China makin kerap melawat Malaysia? – Roketkini.com




Pak Samad: Polis salah faham, 'Janji Bersih' terus

Posted: 11 Aug 2012 04:10 AM PDT

Ahmad Fadli KC


 
Program "Janji Bersih" pada 31 Ogos di Dataran Merdeka berhasrat menuntut janji reformasi pilihan raya dan bukannya berniat mempolitikkan sambutan kemerdekaan.

Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) Datuk A Samad Said berkata, polis juga salah faham apabila menyangka program itu dianjurkan BERSIH sedangkan ia sebenarnya turut didukung 26 NGO lain.

"Perjuangan itu adalah untuk menuntut janji BERSIH, tidak khusus oleh BERSIH. BERSIH antaranya (yang terlibat).

"BERSIH sendiri pun bukan badan politik. Apa lagi dengan gabungan badan-badan lain yang tidak mewakili siasah (politik)," kata A Samad Said yang lebih dikenali sebagai Pak Samad.

Beliau berkata demikian ketika mengulas gesaan ketua polis negara agar sambutan Hari Merdeka tidak dipolitikkan dengan program 'Janji Bersih' pada masa dan tempat sama sambutan itu berlangsung.

Katanya lagi, pada masa akan datang polis juga tidak wajar melarang hadirin program itu daripada mengenakan baju berwarna kuning.

"Sepatutnya tiada halangan apa-apa baju pun orang nak pakai apatah lagi kuning bukan warna haram.

"Untuk IGP (ketua polis negara) berfikir bahawasanya ini adalah perlawanan antara BERSIH (dan polis) tidak benar.

"Jadi kehadiran itu secara simbolik. Makanya, soal warna baju itu boleh pakai warna apa-apa sahaja," katanya lembut tetapi tegas.

Janji Bersih, kata Pak Samad lagi akan tetap diteruskan di Dataran Merdeka yang merupakan hak rakyat umum.

"Ya (kita akan teruskan) dan kita memberitahu bahawasanya apa-apa baju pun mereka pakai kita (tetap) anjurkan.

"Dataran Merdeka itu simbolik perjuangan melepaskan diri daripada penjajahan. Ia tempat yang simbolik, apa salahnya?" katanya.

Beliau turut menyeru orang ramai yang mahu melihat Janji Bersih ditunaikan turun sama pada ke Dataran Merdeka pada hari itu.

"Saya harapkan agar ramai menyatakan kesungguhan dan keazaman kita untuk melihat Janji Bersih itu ditunaikan," katanya.

NGO: Sudah lama sambutan merdeka dipolitikkan
Sementara itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) - antara kumpulan yang mendokong Janji Bersih - berkata, mereka bersetuju sambutan kemerdekaan dipolitikkan.

"Tetapi sedarkah Ismail bahawa sememangnya sudah lama sambutan kemerdekaan negara dipolitikkan," kata ketua penyelarasnya Badrul Hisham Shaharin merujuk kepada sambutan kemerdekaan yang hanya mengetengahkan presiden Umno.

YBUDR: Zambry sengaja buat tak faham

Posted: 11 Aug 2012 04:08 AM PDT

Faeez Azahar,
 
IPOH: PAS Perak menyifatkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Kadir sengaja buat-buat tidak faham saranan agar kewangan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) diperlihatkan kepada seluruh rakyat.

Koordinator Strategik dan Isu PAS Perak, Salman Saleh berkata, ianya penting demi ketelusan pengurusan sekaligus dapat membendung salahguna peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri Perak kepada YBUDR selama ini.

Menurutnya, jika kepimpinan Dr Zambry bersih dan telus, mengapa takut untuk memastikan ketelusan kewangan YBUDR dipaparkan setidak-tidaknya di dalam laman web rasmi sepertimana dilakukan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak (MAIAMPk) kini.

Menurutnya, sebelum daripada Datuk Zainal Abidin Omar memegang jawatan Ketua Eksekutif YBUDR, telah ada desakan agar Khairul Azwan Harun yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak yang menyandangnya ketika itu agar digantikan.

Dan dalam masa yang sama katanya, Khairul Azwan masih sebagai Timbalan Ketua Eksekutif YBUDR dan juga sebagai nakhoda kepada anak syarikat YBDUR iaitu YBU Holding Sdn. Bhd. dan ini amat mencurigakan.

"Atas beberapa faktor inilah kami lihat ketelusan kewangan YBUDR perlu dilihat telus malah mesti dilihat lebih telus kerana jutaan ringgit disalurkan oleh kerajaan negeri kepada YBUDR sebagai salah satu institusi milik kerajaan negeri yang paling banyak diberikan peruntukan saban tahun.

"Kami sifatkan Datuk Seri Zambry tiada ketelusan dan integriti jika masih lagi menyembunyikan kebenaran kerana tiada apa yang perlu ditakuti jika tidak melakukan apa-apa kesalahan," katanya kepada Harakahdaily.

Mengulas lanjut, Salman berkata, Dr Zambry juga pernah dicabar agar mengikut jejak langkah Kerajaan Negeri Selangor supaya semua EXCO Kerajaan Negeri mengisytiharkan harta dan dipamerkan di dalam laman web rasmi kerajaan negeri namun hanya memberikan pelbagai alasan sahaja tetapi tidak mahu melaksanakannya.

"Bagi kami, jika sesuatu perkara itu baik dan menunjukkan ketelusan wajarlah Dr Zambry sebagai ketua sebuah kerajaan melakukannya demi kepentingan rakyat," ujarnya.

Dalam akhbar Sinar Harian hari ini, Dr Zambry menyifatkan PAS Perak bersifat iri hati dengan kejayaan yayasan tersebut.

Menurutnya Adun Pangkor itu, YBU telah selesaikan banyak masalah kemiskinan rakyat di Perak melalui mikro kredit, bantuan rumah dan sebagainya.

Tokoh Umno sertai PAS esok

Posted: 11 Aug 2012 04:03 AM PDT

Harakahdaily,
KUALA LUMPUR: Seorang tokoh penting Umno dijangka akan mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS malam esok.

Ia akan diadakan selepas Solat Tarawikh di Dewan KUIZM, Taman Melewar, Gombak.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dijangka akan menerima borang permohonan menjadi ahli PAS dari tokoh Umno itu.

Pengisytiharan itu akan dibuat pada majlis sambutan Badar Al-Kubra anjuran Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat yang akan diadakan di Dewan KUIZM, Taman Melewar Gombak.

"Pada program tersebut juga ada tokoh Umno akan membuat pengisytiharan menyertai PAS di hadapan Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan orang ramai," kata setiausaha lajnah itu Misbahul Munir Masduki.

Kes NFC: Rafizi, Zuraida anggap permulaan baik

Posted: 11 Aug 2012 04:02 AM PDT

Muhammad Faizal,

 


KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes saman bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bersambung hari ini dengan sesi pertanyaan dari peguam defenden berhubung keterangan beliau sebelum ini.

Shahrizat telah mengemukakan saman RM100 juta terhadap Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berhubung penyelewengan projek kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Hakim, Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan pada 18 September ini bagi sambungan perbicaraan setelah mendengar keterangan Sharizat ketika menjawab pertanyaan dari peguam plantif, Ranjit Singh.

Namun sebelum itu, Mahkamah yang bermula pada jam 10.30 pagi itu telah telah dipertontonkan rakaman video sidang media yang dibuat Rafizi dan Zuraida pada persidangan parlimen yang lepas.

Rakaman video tersebut dipertontonkan bagi menunjukkan kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua-dua pemimpin PKR yang dikatakan telah memfitnah Shahrizat.

Sementara itu, Shahrizat ketika menjawab pertanyaan Ranjit Singh berhubung penglibatan keluarganya dalam projek tersebut berkata, beliau tidak mengetahuinya sehinggalah diberitahu oleh suaminya pada tahun 2007 yang meminta kedua-dua anaknya yang berada di luar negara balik ke Malaysia bagi membantu menguruskan projek tersebut.

Rafizi dan Zuraida ketika ditanya selepas perbicaraan tersebut memberitahu apa yang berlaku hari ini adalah satu permulaan yang baik.

"Ia satu permulaan yang baik, kita dapat melihat peguam menjalankan tugas dengan baik," kata Zuraida

Rafizi yang turut menjelaskan beliau tidak mahu komen lebih banyak dengan apa yang berlaku hari ini kerana khuatir ia akan mempengaruhi perbicaraan yang sedang berlangsung.

"Tapi apa yang berlaku amat menyeronokkan dan berterima kasih dengan apa yang dilakukan peguam hari ini dan anda semua boleh menilai sendiri apa yang berlaku," jelasnya.

Rafizi diwakili Peguam, Ranjit Singh, Zuraida pula diwakili oleh Razlan Hadri manakala Sharizat pula diwakili peguam Shafie Abdullah.

Pelabuhan Klang catat IPU tidak sihat

Posted: 11 Aug 2012 03:58 AM PDT

MALAYSIA KINI
 
 
 
Pelabuhan Klang merupakan satu-satunya kawasan yang mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat sehingga 11 pagi tadi dengan bacaan 101.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kenyataan hari ini berkata 13 kawasan mencatat IPU baik, IPU sederhana (35) dan Pelabuhan Klang mencatat IPU tidak sihat.

IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).

Antara kawasan mencatat IPU tertinggi ialah Alor Setar dan Bakar Arang Sungai Petani (78), Seberang Perai, Pulai Pinang dan Bukit Rambai, Melaka (76) serta Nilai dan Seremban, Negeri Sembilan masing mencatatkan IPU (75) dan (71).

Menurut JAS, imej satelit yang dikeluarkan oleh Asean Specialised Meteorological Centre (ASMC) semalam menunjukkan bilangan titik panas di Sumatera Indonesia meningkat kepada 88 berbanding 39 dua hari lalu.

"Ia telah menyebabkan kemerosotan kualiti udara di pantai barat Semenanjung Malaysia khususnya di Pelabuhan Klang. Berdasarkan maklumat dari Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan panas dan kering di rantau ini akan berpanjangan sehingga Oktober depan," kata JAS.

Sehubungan itu, JAS telah pun menggerakkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan dan mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Pembakaran Terbuka di semua negeri bagi mempertingkat pelaksanaan Prosedur Tetap Operasi (SOP) dalam usaha memantau status kualiti udara di seluruh negara.

JAS turut mengingatkan orang ramai berhubung Perintah Larangan Terbuka bagi kawasan di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Tudan, Permai Jaya, Kuala Baram di Miri, Sarawak, masih berkuat kuasa serta Program Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut Yang Mudah terbakar bagi mencegah dan mengawal sebarang punca yang menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara tempatan

Orang ramai dinasihatkan tidak melakukan pembakaran terbuka dan memberikan kerjasama dengan melaporkan sebarang aktiviti kebakaran kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan JAS di talian 1-800-88-2727.- Bernama

Syarikat judi juga terlibat dalam saham FGVH?

Posted: 11 Aug 2012 03:54 AM PDT

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: PAS memohon penjelasan kerajaan berhubung maklumat yang mengatakan syarikat Genting Bhd pernah menguasai 12 peratus saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) dengan pegangan sebanyak 407, 005,000 unit melalui peruntukan khas.

AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata apa yang lebih memeranjatkan laporan Bloomberg Peers menyebut bahawa, urusniaga FGVH antara 16 Julai hingga 9 Ogos, Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAM) telah membeli saham Genting tersebut.

"Menjadi tandatanya, kenapa Genting jual sahamnya? Adakah ia menjadi proksi kepada tokoh tertentu? Kenapa Dana awam diguna untuk membelinya," soal Mazlan yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Sebelum ini, Mazlan melalui NGO nya itu pernah mendedahkan pembabitan syarikat yahudi, Louis Dreyfus dan Bonge Limited dalam FGVH.

Mereka juga mendakwa antara syarikat lain yang memiliki saham FGVH ialah Schroder Invest Management Ltd sebanyak 3,002,700 unit, Vanguard Group (9,369,894), Fidelity Inter (3,813,140) dan Rcm Capital (2,786,285).

"Tidak dapat dipastikan adakah FGVH mempunyai Unit Syariah yang memantau pelaburannya agar selari dengan kehendak syara'.

"Sempena bulan Ramadhan, kepada peneroka dan pembeli saham FGVH, sila semak pelaburan anda. Itupun kalau sensitif pada halal haram," katanya.

Timbalan menteri: Tak perlu isytihar haram sokong DAP

Posted: 11 Aug 2012 03:53 AM PDT

 
Koh Jun Lin


 
Tidak perlu mengisytiharkan haram kepada umat Islam untuk menyokong DAP kerana ia hanya berkaitan perbezaan pandangan dalam politik, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

saifuddin abdullah evidence act forum 2Katanya, ia hanya persoalan politik dan bukan berkaitan soal apa yang boleh atau tidak seperti dalam bidang kesalahan jenayah.

Bercakap kepada pemberita hari ini, anggota parlimen Temerloh itu juga berkata, jika tidak bersetuju dengan pandangan parti lain, mereka sentiasa boleh menyangkal atau mengetengahkan ideanya sendiri.

Utusan Malaysia pada 8 Ogos melaporkan di muka depan, seorang guru pondok berpendapat  haram bagi umat Islam menyokong DAP.

Pengasas pondok Geting, Tumpat Abdullah Sa'amah dilaporkan berkata, ini kerana DAP secara terang menentang negara Islam dan pelaksanaan hudud.

Beliau bagaimanapun menyifatkan MCA yang lantang menentang hukum itu "bukan kafir harbi kerana tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya."

Apa hukum MCA, Umno tolak hudud?

Posted: 11 Aug 2012 03:50 AM PDT

Anis Nazri,
KUALA LUMPUR: "Jika DAP yang menolak hudud boleh dikatakan kafir harbi, bagaimana dengan Umno dan MCA yang juga menolak hudud."

(MCA membuat demonstrasi di depan pejabat PAS membantah Hudud)

Persoalan ini dibangkitkan oleh Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ekoran laporan muka depan akhbar Umno, Utusan Malaysia yang mendakwa haram undi DAP.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Pahang itu meminta Majlis Fatwa buat keputusan apakah benar fatwa Pengasas Pondok Genting yang sekian lama menjadi alat Umno itu.


 Menurutnya, penolakan MCA terhadap hukum hudud dapat dilihat secara terang-terangan, selain turut disokong Umno sendiri yang mengaku beragama Islam.

(Penolakan Najib terhadap hudud...Berita ini hanya disiarkan dalam akhbar MCA)

Tuan Ibrahim  berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri pernah mengeluarkan kenyataan menolak hukum hudud.

"Kita kena sedar, bukan DAP sahaja tolak hudud, tapi MCA juga berbuat demikian secara terang-terangan.  Malah, Najib sendiri pernah mengatakan bahawa beliau tidak akan melaksanakan hudu selagi menjadi perdana menteri," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Justeru, kata beliau semua pihak perlu melihat keseluruhan aspek, tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan yang berat-sebelah dan hanya untuk memuaskan hati pihak berkepentingan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah, dalam akhbar Umno, Utusan Malaysia yang mengatakan haram bagi umat Islam mengundi DAP, baru-baru ini.

Tambah beliau, mana-mana hukum yang dikeluarkan perlu bersandarkan syarak dengan dalil-dalil dan nas yang betul, bukan boleh dikeluarkan sewenangnya dengan bersandarkan perasaan.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Pahang (Gambar kanan) itu menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan segera mengeluarkan fatwa berhubung kenyataan tersebut, lebih-lebih lagi kenyataan yang melabelkan DAP sebagai 'kafir harbi'.

Ini kerana, katanya kenyataan itu merupakan satu perkara yang begitu besar kerana dihalalkan darah mereka, harta mereka yang disifatkannya boleh menimbulkan suasana tidak aman di dalam negara berbilang kaum dan agama ini.

"Justeru, saya minta Majlis Fatwa segera melihat perkara ini secara serius dan menyegerakan fatwa bagi mengelakkan berlkunya sebarang kerosakan di negara ini," tegas beliau.

Tahaluf Siasi


Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut menyokong kenyataan bekas mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin (gambar kiri) yang mengatakan sekiranya orang bukan Islam tidak boleh disokong, bagaimana mereka boleh dilantik menjadi menteri seperti amalan yang dilakukan Umno.

Sambil menegaskan kerjasama PAS dengan DAP bukan berbentuk wala' iaitu patuh atau ikut arahan, sebaliknya tahaluf siyasi (kerjasama politik), beliau berkata perkara tersebut tidak difahami kebanyakan pihak.

"PAS bertanding dengan lambang PAS, calon PAS, duit PAS. PKR dengan lambang PKR, calon PKR.  Begitu juga DAP.  Tidak seperti MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti komponen lain dalam BN, mereka terpaksa ikut arahan bertanding atas satu lambang iaitu BN," tegas beliau lagi.

Janji Bersih bukan politikkan Merdeka - Pak Samad

Posted: 11 Aug 2012 03:47 AM PDT

Nazri Abdullah,
 
KUALA LUMPUR: Datuk A.Samad Said menyangkal dakwaan pihak polis kononnya program 'Janji Bersih' di Dataran Merdeka 30 Ogos ini sebagai cuba mempolitikkan sambutan Merdeka.

Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu berkata, perkara itu tidak timbul kerana program itu dibuat bersama 26 kelompok NGO yang mahu janji Bersih lalu ditunaikan.

"Memang tidak wujud (mempolitikkan sambutan merdeka), oleh kerana Bersih sendiri itu pun bukan badan politik, apa lagi dengan gabungan badan-badan yang lain.

"Untuk IGP berfikir bahawa ini satu perlawanan oleh Bersih, itu tidak betul," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan di Gombak petang tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar agar gabungan NGO itu tidak mempolitikkan sambutan ambang merdeka dengan berbaju kuning di Dataran Merdeka 30 Ogos ini.

Semalam 26 NGO termasuk Bersih menyatakan hasrat untuk 'menguningkan' Dataran Merdeka dalam program dinamakan "Janji Bersih" bagi menuntut janji kerajaan untuk memastikan wujudnya pilihan raya bersih dan adil pada malam ambang merdeka itu nanti.

"Kuning bukan warna yang haram. Kehadiran dengan baju kuning itu hanya simbolik.

"Perjuangan itu untuk menuntut janji bersih (yang belum ditunaikan)," katanya.

Bekas ketua hakim Borneo ketuai RCI Sabah

Posted: 11 Aug 2012 03:45 AM PDT





 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan, suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang haram di Sabah akan diketuai oleh bekas ketua hakim Borneo Steve Shim.

steve shim chief justice of sabah and sarawakIa akan turut dianggotai oleh bekas naib canselor Universiti Malaysia Sabah Kamaruzaman Ampon, bekas peguam besar negeri Herman Luping, bekas setiausaha kerajaan negeri KY Mustafa dan Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Hendry Chin.

Anggota parlimen Kota Belud Abdul Rahman Dahan berkata, Najib mengumumkan perkara itu dalam pertemuan dengan pemimpin BN Sabah tengah hari ini.

"Najib kata, 'saya dengar harapan rakyat melalui pemimpin BN. Sebab itulah saya tubuhkan RCI. Semua pemimpin BN Sabah mahukannya'," kata Abdul Rahman dalam pesanan Twitter.

Shim pada Mei lalu dipilih sebagai anggota RCI untuk menyiasat dakwaan kekasaran polis dalam BERSIH 3.0 tetapi menolaknya atas atasan masalah kesihatan.

Sabah dan Sarawak juga mahukan perubahan?

Posted: 11 Aug 2012 03:39 AM PDT

Aspan Alias,

Sejak beberapa minggu yang lepas Sabah menjadi negeri masyarakat politik dan dengan pengisytiharan dua orang MP BN keluar daripada BN sudah menyebabkan Sabah menjadi negeri yang akan pasti menghadapi krisis bagi BN dan itu tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak. Dengan apa yang berlaku di Sabah itu semua pihak melihat Najib sebagai pemimpin yang sudah hilang keyakinan dari Sabah.

Krisis yang sedang dihadapi oleh Najib dan BN yang dipimpinnya itu sudah mula merebak di Sarawak pula. Sebenarnya Sarawak merupakan negeri yang paling mudah untuk mengambil keputusan meninggalkan BN kerana di Sarawak tidak ada UMNO yang menjadi tulang belakang BN itu. UMNO dan BN sudah begitu rapuh dan keadaan ini tidak memungkinkan BN Sarawak pimpinan PBB juga mempunyai keyakinan terhadap BN pusat pimpinan Najib.

Sarawak mampu untuk mengambil sikap bersendirian kerana Najib dan kepimpinan UMNO tidak mempunyai hubungan dengan UMNO. Parti-parti di Sarawak hanya menjadi anggota BN dan jika 14 ahli Parlimen PBB mengambil sikap untuk menyokong BN usaha itu amat mudah dilakukan. Jika PBB, PRS dan SPDP mengambil sikap yang 'independent' dan tidak bersama BN mereka tetap boleh mentadbir negeri itu tanpa ada hubungan dengan UMNO. Parti-parti BN di Semenanjung tidak wujud di Sarawak pada hakikatnya.

Yang penting bagi 3 parti yang bergabung di dalam BN Sarawak boleh berdiri sendirian tanpa BN pusat dan mengambil sikap bekerjasama dengan Pakatan Rakyat khususnya DAP yang mempunyai kekuatan di kawasan bandar di negeri itu.

Di Sarawak hanya parti-parti di dalam Pakatan Rakyat seperti DAP, PKR dan sedikit kehadiran PAS dan ini memudahkan parti-parti dalam gugusan BN Sarawak untuk mengambil sikap bekerjasama dengan Pakatan Rakyat. Kalau kepimpinan Sarawak hendak mengelakkan mereka daripada ditolak oleh rakyat maka menyertai PR adalah jalan yang selari dengan kehendak rakyat di sana. Jika parti-parti di Sarawak tidak menyertai PR maka parti-parti itu terpaksa berhadapan dengan tekanan dari rakyat sendiri dan ini akan menambah masalah untuk mengekalkan kewajarannya untuk kekal di hati rakyat Sarawak.

Perlu diingat bahawa kaum Cina di Sarawak pada hakikatnya sudah menolak SUPP parti yang dahulunya didominasi oleh kaum itu, telah mengambil sikap untuk menyokong DAP dan Pakatan Rakyat dan jika Taib serta pimpinan yang lain masih kekal dengan BN pusat maka mereka sendiri akan dihanyutkan oleh ombak perubahan yang sudah merata di negara ini termasuk di Sarawak.

Ramai dapat merasakan keadaan di Sarawak dan Sabah ini akan menyebabkan BN kehilangan kubu-kubu kuat mereka (BN) dan ia juga akan menambah keyakinan ramai bahawa pilihanraya kali ini merupakan pilihanraya yang paling bersejarah kerana buat pertama kalinya BN yang sudah memerintah begitu lama akan menghadapi kekalahan di tangan rakyat. Tetapi kekalahan BN itu tidaklah menjadi satu isu yang besar kerana dalam demokrasi kemenangan dan kekalahan itu sudah menjadi perkara biasa.

Rakyat serius dalam mencari kelainan melalui perubahan kuasa kerana perubahan itu merupakan perkara penting dalam pembinaan negara. Perubahan wajib berlaku dan tidak ada bukti yang nyata setakat ini yang menunjukkan bahawa dalam sesuatu demokrasi lambat laun parti yang memerintah akan mengambil giliran untuk menjadi pembangkang.

Walaupun UMNO mempunyai formula untuk mendapatkan kembali keyakinan rakyat tetapi pimpinan keseluruhan parti itu tidak mahu untuk melakukannya kerana tamakkan kuasa dari ingin melihat parti itu relevan pada mata rakyat.

Semua orang tahu yang formulanya ialah dengan mengambil sikap 'drastic' dengan keseluruhan pimpinan tertinggi parti mengundurkan diri dan memberikan kepimpinan kepada seseorang yang berpengalaman dan diterima oleh rakyat berbilang kaum, bukannya setakat diterima oleh ahli-ahli UMNO sahaja.

Perlu kita terima kenyataan bahawa penolakan rakyat terhadap UMNO itu adalah kehendak pimpinan UMNO itu sendiri bukannya saja-saja rakyat menolaknya. Seperti mana parti-parti kerajaan yang besar-besar di dunia ini UMNO juga adalah parti yang telah menjadi sebuah parti dalam mana pemimpin-pemimpinnya telah kufur nikmat yang ketara.

Rakyat sudah hilang kesabaran setelah menahan ragam dan laku UMNO selama ini. Rakyat sudah tidak mampu untuk memujuk hati-hati mereka untuk memaafkan apa yang telah dilakukan oleh UMNO sejak tiga dekad yang lalu.

Sekarang rakyat terpaksa melakukan perubahan dan perubahan itu adalah wajib untuk menyelamatkan negara daripada terjerumus ke lembah kehancuran. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

Gagal dapat pingat Shabery perlu letak jawatan

Posted: 11 Aug 2012 03:37 AM PDT

Mohd Sayuti Omar,
Timbalan Presiden Lumba Basikal Kebangsaan Naim Ahmad telah mengambil tanggungjawab atas kegagalan pelumba negara dalam mendapat sebarang pingat di Sukan Olimpik London. Dalam kenyataannya kepada media beliau berkata sedia untuk berundur dan memberi peluang kepada orang lain untuk memimpin persatuan berkenaan. Bagus.
Tindakan Naim itu dikira tepat dan bertanggungjawab. Sewajarnya selaku pemimpin beliau mengambil keputusan itu apabila anak buah yang dipimpinnya gagal membawa sebarang hasil. Tidak ada guna satu sen mana-mana pemimpin yang gagal membawa hasil kepada negara terus duduk tercokol di kerusi utama mana-mana persatuan sukan. Ia menghabiskan wang dan beras negara sahaja.

Apa yang dilakukan Naim itu patut dicontohi oleh pemimpin persatuan sukan lain seperti bola sepak, badminton dan sebagainya. Setengah pemimpin sukan negara ini bijak berdolak dalih untuk menjustifikasikan kegagalan anak buah masing-masing. Raja Gobal dan Nazmin Salleh tidak perlu lagi terus menjadi pemimpin bola sepak dan badminton kerana ia ternyata tidak memberi hasil kepada negara.

Biarlah orang lain pula mendapat peluang untuk membangunkan sukan berkenaan.

Raja Gobal setiap kali pasukan bimbingannya kalah ada-ada sahaja hujah yang diberikan dan tidak pernah menyalahkan dirinya sendiri yang pandir dalam membimbing bola sepak. Beliau seolah tidak mempunyai sedikit pun kesalahan dan kesilapan. Untuk tunggu berapa ratus kali kalah baru hendak salahkan diri sendiri. Cubalah letak maruah negara lebih tinggi daripada keperluan peribadi.

Begitu juga dengan pemimpin persatuan badminton Malaysia. Tidak ada usaha dan idea lain untuk memajukan suka berkenaan. Berapa lama lagi BAM hendak mengharapkan kepada Lee Chong Wei. Benar kata Jalani dan Razif Sidek BAM tidak boleh mengharapkan kepada Chong Wei untuk mendapat kemenangan kepada negara.

BAM harus mula mencari bakat-bakat baru dan tidak hanya melambakkan wang untuk Chong Wei sahaja.

Bercakap mengenai tanggungjawab para pemimpin dan presiden persatuan sukan, tindakan sama juga patut diambil oleh Menteri Belia dan Sukan. Ahmad Shabery Cheek perlu merasa malu muka atas kegagalan atlit negara mendapat pingat emas. Bukan itu sahaja kegagalan pasukan sukan menunjukkan prestasi perlu dipikul oleh beliau.

Shabery tidak boleh menunding jari kepada mana-mana pihak. Orang paling utama kena bertanggungjaswab atas kegagalan atlit Malaysia ialah beliau sendiri. Kemajuan sukan di negara ini tertanggung di atas batu jemalanya.

Eloklah kalau Shabery hendak berundur... lebih molek lagi sebelum pilihan raya umum ini. Khabarnya kedudukan dan prestasi Shabery sendiri di Kemaman tidak berapa memberangsangkan. Beliau khabarnya lebih banyak menumpukan kepada golf.. sehinggakan balik ke kawasan pun bawa kayu golf.

Beliau perlu sedar kalau beliau yang bukan mengambil tanggungjawab itu, lepas jawatan kerana atlit kita gagal, macam mana kita mengharapkan presiden atau pemimpin sukan hendak lepas jawatan. Mereka juga nanti akan memberi alasan macam mana mereka hendak letak jawatan, menteri juga enggan berbuat demikian. - http://msomelayu.blogspot.com

Posted: 11 Aug 2012 03:33 AM PDT

PM umum insentif Chong Wei, Pandelela esok?
RAZIATUL HANUM A. RAJAK
11 Ogos 2012
Lee Chong Wei
Lee Chong Wei menunjukkan pingat perak yang dimenangi beliau pada temasya Sukan Olimpik. - Foto Bernam
 
 
SHAH ALAM - Pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei yang memperoleh pingat perak kedua Sukan Olimpik Sabtu lalu akan mengunjungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya, petang esok.

Najib dijangka mengumumkan insentif atau imbuhan bagi Chong Wei dan penerjun negara Pandelela Rinong yang mengutip gangsa kelmarin pada pertemuan tersebut.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Shabery Cheek ketika dihubungi Sinar Harian Online petang ini berkata, pertemuan dijadual berlangsung di Sri Perdana sekitar jam 4.30 petang.

"Lee Chong Wei akan berjumpa dengan Perdana Menteri esok jam 4.30 petang, jadi kalau nak tanya berapa imbuhan yang akan diberi kepada Lee Chong Wei dan Pandelela Rinong, boleh tanya (Perdana Menteri)," kata beliau.

Pertemuan tersebut merupakan yang pertama selepas kepulangan Chong Wei ke tanah air Selasa lalu setelah memperoleh perak Sukan Olimpik 2012 London.

Pandelela akan pulang ke tanah air Selasa ini.

Sebelum final badminton, Najib telah memberi kata-kata semangat dengan meminta Chong Wei agar melakar sejarah dengan merangkul pingat emas.

Meskipun gagal dalam misi membawa pulang emas pertama negara dan gagal kali kedua, Chong Wei tetap menerima pujian dan sokongan rakyat Malaysia.

Dengan pingat perak, secara automatik Chong Wei menerima Skim Hadiah Kemenangan Sukan
berjumlah RM300,000 serta insentif kekal dalam bentuk pencen RM3,000 sebulan. Pandelela pula akan menerima RM150,000 dan pencen seumur hidup sebanyak RM2,000 sebulan.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang pula mengumumkan insentif RM100,000 kepada Chong Wei.

Semalam, Star Publications (M) Berhad mengumumkan bahawa kedua-dua Chong Wei dan Pandelela akan menerima sumbangan pihaknya sebanyak RM100,000.

Tamrin akan sertai Pas bila dapat ilham

Posted: 11 Aug 2012 03:29 AM PDT

SINAR HARIAN

Datuk Tamrin
Datuk Tamrin


KUALA LUMPUR - Anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Ghafar Baba,  berkata, beliau akan menyertai Pas apabila telah mendapat ilham.

Sehingga kini beliau masih lagi ahli Umno.

Menurut Tamrin, banyak pihak sebelum ini mengajaknya menyertai Pas, namun belum tergerak hati berbuat demikian walaupun sering tampil berceramah di pentas Pas.

Beliau juga pernah menghadiri muktamar Pas beberapa kali.

"Tunggulah, dapat ilham nanti saya serta. Tuan-tuan doalah malam ini (semalam) untuk saya supaya saya cepat sikit masuk Pas," kata beliau dipetik Harakahdaily.

Beliau berkata demikian menjawab soalan hadirin pada Majlis Berbuka Puasa anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) di sebuah restoran di Gombak semalam.

Soalan tersebut berhubung pelbagai gesaan agar beliau meninggalkan Umno dan menyertai Pakatan Rakyat ekoran dilihat tidak sebulu lagi dengan pimpinan Umno pada hari ini.

"Saya secara peribadi lebih seronok dengan tuan-tuan ini, cuma bila Pas nak terima saya.

"Saya dah ikut Mazlan (Aliman) lama dah, tapi baju hijau tak dapat lagi. Mana boleh sertai Pas setakat pakai skaf," katanya berseloroh lagi sambil merujuk gambarnya di poster di belakang pentas.

Poster tersebut mempamerkan gambarnya memakai skaf hijau dengan tulisan Pas dalam satu ceramah di ibu negara sebelum ini.

Sementara itu, beliau turut ditanya apakah amanat terakhir Tun Ghafar kepada anak-anak.

Beliau berkata, Tun Ghafar banyak kali berpesan agar anak-anak berjuang untuk kepentingan rakyat.

"Kami dinasihatkan kalau berjuang berjuang untuk rayat. Itu pesan dia banyak kali.

"Dia kata biar kita miskin (dunia) tak mengapa, janji Tuhan tahu kerja baik kita," kata beliau.

Laporan media bulan lalu menyebut beliau kemungkinan dikenakan tindakan disiplin oleh Umno kerana muncul di pentas pembangkang.

Pemangku NC: Unisel bebas tekanan politik

Posted: 11 Aug 2012 03:24 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

Anuar
Anuar
 
 
SHAH ALAM - Pentadbiran Universiti Selangor (Unisel) diurus secara profesional tanpa sebarang campur tangan politik.

Pemangku Naib Canselornya, Prof Dr Anuar Ahmad berkata, tidak wujud tekanan politik seperti didakwa sesetengah pihak walaupun  lembaga pengarah universiti dianggotai beberapa pemimpin politik.

Katanya, pentadbiran dan operasi universiti berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan keputusan dibuat secara realistik oleh pengurusan kerana penglibatan ahli lembaga pengarah hanya terhad kepada aspek dasar dan pembangunan infrastruktur di Unisel.

"Unisel ini 'zero' politik.  Walaupun dalam BOD (ahli lembaga pengarah) ada orang politik, mereka tidak terlibat dalam urusan pentadbiran dan akademik. Tidak pernah ada arahan sama ada daripada BOD atau MB (Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) untuk saya lakukan. Apa yang saya buat adalah untuk pentadbiran dan kecemerlangan akademik. Lagipun, pelantikan mereka berdasarkan kepakaran yang mereka miliki.

"Saya tidak tertekan (oleh politik), sebab sebagai (pemangku) NC saya tidak pernah diganggu untuk melaksanakan program dan pembangunan akademik," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kampus Unisel, Seksyen 7 di sini, semalam.

Untuk rekod, pemimpin politik yang dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Unisel adalah Ahli Parlimen Hulu Langat daripada Pas, Dr Che Rosli Che Mat; Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin; Exco Kerajaan Negeri (Pas), Dr Halimah Ali dan Ahli Parlimen Merbok daripada PKR, Datuk Rashid Din.

Anuar juga menegaskan, dakwaan tersebut hanya satu persepsi rentetan beberapa siri kontroversi membabitkan universiti yang kemudiannya digembar-gemburkan pihak berkepentingan politik.

"Persepsi itu tidak betul sama sekali. Untuk makluman, ahli lembaga pengarah langsung tidak ada kena mengena dengan operasi (universiti), tanggungjawab mereka hanya tertumpu kepada membuat dasar. Peranan mereka hanya terarah kepada pembangunan infrastruktur universiti dan kelulusan program pengajian baru di beberapa fakulti.

"Mereka juga akan lihat akaun kita, berapa duit masuk, jumlah perbelanjaan untuk bayar gaji (kakitangan), berapa pendapatan universiti berdasarkan kadar yuran pengajian, berapa banyak yang kita belanjakan, itu sahaja," katanya.

Menurutnya, walaupun dihimpit pelbagai kontroversi, beliau tetap selesa menguruskan pentadbiran universiti malah berterima kasih dengan peranan cukup efektif ahli lembaga pengarah dalam melancarkan tugas diamanahkan.

Mengulas kontroversi terbaru Unisel dengan syarikat pengurusan asrama pelajar, Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB), Anuar berkata, universiti mampu membayar tunggakan hutang RM15 juta kepada syarikat swasta itu.

"Isnin ini ada sesi dengan jawatankuasa timbang tara yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri (Datuk Mohamed Khusrin Munawi), kita tunggulah. Apa pun kita mampu bayar Jana Niaga, Unisel bukan tidak ada duit, tetapi isu di sini ialah perjanjian yang berat sebelah," katanya.

* Nota: Dapatkan temu bual lengkap dalam Sinar Harian edisi Isnin 13 Ogos 2012

Umno kempen umpama pelampau agama

Posted: 11 Aug 2012 03:21 AM PDT

Harakahdaily,

(Kempen Umno sudah jadi pelampau agama)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan, laporan muka depan akhbar Umno, Utusan Malaysia yang mendakwa haram mengundi DAP umpama kempen pelampau agama untuk mengekalkan kedudukannya.

"Kita berpandangan bahawa melalui laporan Utusan Malaysia tersebut, UMNO kini telah memulakan kempen pelampau agama demi mengekalkan kedudukan mereka.

"Sesungguhnya, sekiranya pendekatan ini diteruskan negara yang dicintai ini akan berada di ambang krisis yang besar," kata Ketua Penerangan PKR, Dr Mohamad Nor Manuty.

Bagi beliau, adalah amat mengaibkan, selepas diamanahkan mengurus negara selama 54 tahun, demi mengekalkan kuasa, Umno terpaksa menggunakan pendekatan lapok ini, dengan menjadikan orang Melayu berada dalam keliru dan bingung.

"Sikap ini juga akan menjadikan masyarakat bukan Islam menjadi tersepit dan cemas," katanya.

Akibat dari pendekatan ini kata Mohamad Nor (gambar), perhubungan diantara rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan agama ini akan menjadi tegang.

"Apakah agenda tersembunyi Umno dengan sengaja menimbulkan polemik ini?" soal beliau.

PKR berpandangan bahawa dengan sikap yang diperagakan ini, nyatalah Umno telah begitu terdesak dan bengkrap dalam menarik sokongan rakyat Malaysia seluruhnya, sehingga terpaksa memperalatkan pandangan seperti ini sebagai alat propaganda politik murahan.

"Jelas dan nyata, UMNO tidak layak lagi diamanahkan mengurus negara selepas PRU ke 13 nanti,  kerana telah kehilangan arah,  hilang kawalan diri dan tandus formula mengemudi rakyat kearah kegemilangan masa depan," katanya.

Katanya, di bulan Ramadan yang penuh dengan kerahmatan Ilahi ini, semua pihak dikejutkan dengan pandangan seorang Tok Guru yang mendakwa bahawa umat Islam di Malaysia haram menyokong DAP kerana DAP menentang hudud and tidak mahu mendaulatkan Islam.

Tuan Guru Haji Abdullah Sa'mah, seorang guru pondok dari Geting, Tumpat, Kelantan, berhujah bahawa umat Islam di negara ini tidak boleh menyokong PAS dan PKR justeru kedua-dua parti tersebut bersekongkol dengan DAP.

PKR, kata Mohamad Nor, berpendirian bahawa konsep kafir harbi (boleh diperangi dan dibunuh) serta kafir zimmi (patuh kepada pemerintahan Islam) perlu diperjelaskan kepada umum secara lebih tepat.

Ini bagi memastikan supaya konsep ini difahami  mengikut perkembangan semasa bersesuaian dengan perkembangan dunia pemikiran Islam yang bersifat global.

Sebenarnya, kata beliau, begitu ramai figur ulama dan cendekiawam Islam yang telah memberikan pandangan mereka yang lebih bersifat kontemporari berasaskan pemahaman yang nyata mengenai perbezaan di antara syari'ah dan fiqh serta menganalisis fiqh berasaskan realiti semasa (fiqh al-waqi'),

Sheikh Rashid Ghanoushi  (Ketua Parti al-Nahdah, Tunisia), yang kini menjadi penasihat kepada Kerajaan baru Tunisia, dalam beberapa tulisan ilmiahnya menyatakan bahawa idea kafir harbi dan kafir zimmi serta kewujudan Negara yang boleh diperangi (dar al-harb) memang relevan pada zaman keagungan empayar Islam di masa yang silam.

Namun, pada hari ini, ketika umat Islam tergabung dalam sebuah entiti dunia yang terbahagi di antara warga Muslim dan bukan Muslim yang berimbangan serta semakin bersifat global, maka kedudukan kafir harbi dan kafir zimmi sudah tidak praktikal lagi.

Justeru, katanya, beliau menganjurkan konsep al-muwatinun (kewarganegaraan) diguna pakai sebagai alternatif yang praktis.

Fahmi Huwaidi, seorang pemikir Islam dari Mesir, secara khusus, menyetujui pandangan Sheikh al-Ghanoushi.

Beliau telahpun menghasilkan sebuah karya yang berjudul "Muwatinun La Zimmiyyun" (Kewarganegaraan Bukan Zimmi).

Karya beliau yang bersifat ijtihadi dalam konteks pemikiran politik Islam semasa ini, amat bermanfaat untuk di telaah secara kritis guna meleraikan polemik yang sedang digembar-gemburkan ini, kata beliau lagi.

Shaikh Taha Jabir al-'Ilwani (Iraq), Munir Shafiq (Jordan), Shaikh Faisal Mawlawi (Lubnan), Shaikh Jaafar Idris (Sudan) turut membahaskan tajuk ini dengan memberikan pandangan yang serupa.

"Umumnya, mereka bersetuju bahawa konsep-konsep berkaitan - kafir zimmi, kafir harbi dan kafir musta'min – memang dicipta oleh para 'ulama fiqh silam dalam membahaskan isu-isu fiqh siasah syariah. Walaubagaimanapun, bagi mereka ia wajar dikaji semula kesesuaiannya dalam konteks sistem politik dunia pada masa ini yang sentiasa dinamik dan berkembang," katanya.

Lebih menarik lagi, jelas Mohamad Nor, disarankan agar semua pihak mengkaji perkembangan terkini yang sedang berlaku di bawah kerajaan baru Mesir yang dipimpin oleh Dr Muhammad Mursi (seorang tokoh Ikhwan al-Muslimun).

Beliau dan rakan-rakannya sedang berusaha untuk merealisasikan konsep kewarganegaraan Mesir yang sama rata (al-muwatinun al-misriyyun al-musawuun), katanya.

Di bawah kerangka ini,  konsep kafir harbi dan kafir zimmi dalam mengklasifikasikan rakyat telah tidak menjadi relevan lagi.

Hasilnya,  semua warganegara Mesir (Muslim, Kristian Koptik dan penganut agama minoriti lain), berhak mendapat perlindungan yang sama rata di bawah Perlembagaan Mesir, jelas beliau.

Adalah jelas, cara Umno menggarap persoalan ini dengan menggunakan pandangan Tuan Guru Haji Abdullah Sa'mah di atas adalah ketinggalan zaman dan tidak menepati perkembangan politik dunia Islam semasa.

Maafkan Dr Mahathir, dia mudah lupa

Posted: 11 Aug 2012 03:19 AM PDT

Abdul Aziz Mustafa,
KUALA LUMPUR: Pemikiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ternyata sudah tidak ketentuan apabila menyuruh orang-orang Melayu melumurkan najis ke muka mereka, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Sebelum ini Dr Mahathir yang tulis bahawa Umno sudah menjadi parti perasuah dan sudah busuk hingga ke usus (rotten to the core), sudah jadi najis. Hari ini, tiba-tiba beliau mendakwa Umno yang mampu satukan orang-orang Melayu.

"Ia seperti menyuruh orang-orang Melayu mengambil najis dan melumurkan ke muka mereka," kata beliau.

Menurut Mahfuz, sebelum ini Dr Mahathir yang begitu jijik dengan Umno sehingga beliau sendiri yang isytihar diri keluar Umno.

"Dr Mahathir keluar dari Umno kononnya kerana benci sangat kepada Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) yang menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno ketika itu dan juga kerana terlalu benci kepada menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin yang orang anggap sebagai Perdana Menteri de facto atau Perdana Menteri sebenar ketika itu.

"Tetapi hari ini, apabila sudah menjadi anggapan dan kesepakatan umum hatta di dalam Umno sekalipun bahawa Perdana Menteri sebenar bukan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) tetapi isterinya, (Datin Seri) Rosmah (Mansor), ramai yang hairan mengapa Dr Mahathir begitu tegar membutakan mata dan memekakkan dirinya untuk berada di dalam Umno semula sedangkan kesepakatan umum menyatakan era Najib jauh lebih buruk dari era Pak Lah," katanya.

Mahfuz (gambar) walau bagaimanapun berharap rakyat dapat memaafkan Dr Mahathir kerana jelas pemikiran bekas Presiden Umno itu sudah "tidak ketentuan dan tidak stabil lagi".

"Dr Mahathir dilanda penyakit yang selalu dia sebut sebelum ini iaitu mudah lupa.

"Apa pun yang dia kata, tidak perlulah diambilkira dan maafkanlah dia.

"Dia mudah lupa, tidak ketentuan dan tidak stabil lagi," katanya.

Bagi Mahfuz, apa sahaja kenyataan dan dakwaan Dr Mahathir mengenai Umno, tarafnya sama dengan perisytiharan Dr Mahathir bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam.

"Itu dakwaan paling menggelikan hati dan tahap kebudak-budakan.

"Begitulah juga taraf apa sahaja kenyataan dan dakwaan Dr Mahathir yang lain mengenai Umno.

"Boleh dengar tetapi jangan percaya," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mat Sabu seru kuningkan ambang Merdeka

Posted: 11 Aug 2012 03:17 AM PDT

Abdul Aziz Mustafa,
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) menyeru semua pihak memakai baju kuning dan keluar bersantai beramai-ramai di Dataran Merdeka pada malam 31 Ogos ini.

"Bukan tunjuk perasaan. NGO akan adakan sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka dengan keluar bersantai sambil pakai baju kuning.

"Kita semua meriahkan sambutan Merdeka dan keluar bersantai pakai baju kuning di Dataran Merdeka.

"Bukan tunjuk perasaan... (tetapi) bersantai pakai baju kuning," katanya dalam ceramahnya di sini malam tadi.

Khamis lalu, sebanyak 20 badan bukan kerajaan (NGO) menyatakan akan mengadakan sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka untuk mengingatkan kerajaan berhubung janji-janji bagi memastikan wujudnya pilihan raya bersih dan adil.

Pengerusi Bersama Bersih Datuk A Samad Said berkata, program yang dinamakan "Janji Bersih" itu akan menyaksikan pesertanya memakai pakaian kuning sebagai lambang perjuangan menuntut reformasi sistem pilihan raya.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai program tersebut selepas ceramahnya itu, Mohamad berharap rakyat akan menjadikan sambutan Hari Merdeka tahun ini sebagai yang paling meriah dan bersejarah.

"Kita tidak menunjuk perasaan. Kita sambut Hari Merdeka bersama-sama rakyat yang berkumpul di Dataran Merdeka pada malam itu.

"Kalau ada pun perbezaan, slogan NGO yang meminta kita sambut Merdeka pakai baju kuning itu hanya berbeza satu perkataan sahaja dengan slogan yang digunakan oleh kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).

"Kerajaan Umno BN guna slogan 'Janji Ditepati', NGO tersebut guna slogan 'Janji Bersih'," katanya sambil menekankan bahawa tidak ada undang-undang yang mengharamkan rakyat keluar bersantai memakai baju kuning.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menggesa NGO berkenaan agar tidak "mempolitikkan" sambutan ambang merdeka dengan turut sama di Dataran Merdeka dengan berbaju kuning.

Menjawab gesaan polis itu, A Samad berkata, program "Janji Bersih" pada 31 Ogos di Dataran Merdeka berhasrat menuntut janji reformasi pilihan raya dan bukannya berniat mempolitikkan sambutan kemerdekaan.

Beliau menegaskan, adalah tidak wajar bagi polis melarang rakyat memakai baju berwarna kuning.

"Sepatutnya tiada halangan apa-apa baju pun orang nak pakai apatah lagi kuning bukan warna haram," tegas beliau.

Fokus Bajet 2013 kurangkan hutang negara

Posted: 11 Aug 2012 03:15 AM PDT

SINAR HARIAN

Datuk Seri Ahmad Husni Hanazlah.
Datuk Seri Ahmad Husni Hanazlah.
 
 
IPOH - Kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan hutang negara selain membantu rakyat serta melonjakkan ekonomi negara dalam merangka Bajet 2013.
  
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata hutang negara kini mencapai 53 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
  
"Kita sedang lihat bagaimana kita nak kurangkan hutang negara dan kita mempunyai beberapa kaedah yang sedang kita lihat.
  
"Jika dapat kurangkan hutang bermakna dalam konteks perbelanjaan tetap melibatkan hutang akan dapat dikurangkan," kata beliau kepada pemberita selepas program membeli belah bersama anak-anak yatim di sebuah pasar raya di sini, hari ini.
  
Beliau berkata kerajaan kini dalam proses menggubal Bajet 2013 yang merangkumi perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan.
  
"Perbelanjaan pembangunan kita telah tetapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Kita menyediakan sebanyak RM49 bilion. Itu sudah tetap. Yang kita sedang olah ialah perbelanjaan mengurus," katanya.
  
Ahmad Husni berkata perbelanjaan mengurus semakin meningkat kerana melibatkan perbelanjaan tetap seperti pembayaran pencen, emolumen dan hutang. 
  
"Kita telah mengadakan draf pertama kita (Bajet 2013) dan kita sedang mengemaskinikannya. Bermakna daripada draf sekarang ini kita akan terus kemas kini sampai kepada peringkat akhir beberapa hari sebelum pembentangan bajet.
  
"Sekarang ini kita sedang tokok tambah input yang kita peroleh kerana kita mahu Bajet 2013 ini dapat melonjak ekonomi kita di samping dapat membantu rakyat," katanya.
  
Bajet 2013 akan dibentangkan di Parlimen oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 September ini. - Bernama

Monorel KL rosak, 100 penumpang cemas

Posted: 11 Aug 2012 03:12 AM PDT

SINAR HARIAN

Monorel KL rosak, 100 penumpang cemas
Kelihatan pasukan Bomba dan Penyelamat menggunakan skylift untuk menyelamatkan beberapa penumpang yang terkandas dalam monorel di Brickfield petang ini. - Foto Bernama
 
Monorel KL rosak, 100 penumpang cemas
Kelihatan pasukan Bomba dan Penyelamat menggunakan skylift untuk menyelamatkan beberapa penumpang yang terkandas dalam monoral di Brickfield petang ini. - Foto Bernama
 
 
KUALA LUMPUR - Seramai 100 penumpang monorel cemas selepas terperangkap dalam pengangkutan awam itu yang tiba-tiba rosak, sebaik bertolak dari stesen KL Sentral di sini, petang ini.

Menurut Bilik Gerakan Bomba Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 2.29 petang mengatakan terdapat monorel rosak di tengah landasan antara stesen KL Sentral menuju ke stesen Tun Sambathan.

Susulan itu, enam jentera bomba dikejarkan ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat serta membantu mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

Difahamkan sehingga setakat jam 3.28 petang semalam, 40 mangsa yang terperangkap berjaya dikeluarkan dengan selamat menggunakan kren bomba.

Pihak pengurusan monorel turut menghantar sebuah monorel lain untuk membantu proses pemindahan mangsa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Tiada ulasan: