. |
- Masalah Air: Semua Pihak Perlu Atasinya
- Khairy Nampak Kain Orang Terselak, Lupa Seluar Dalam Sendiri Carik...
- Orang Melayu Johor Tidak Fanatik Lagi...
- Mahathir Mahu Tektik Tahi Digunakan Di Sabah
Masalah Air: Semua Pihak Perlu Atasinya Posted: 09 Aug 2012 12:47 AM PDT JABAT RASA Setelah lebih seminggu penduduk Pasir Mas, Tumpat berhadapan dengan masalah ketiadaan air yang kritikal, hari ini Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat mengadakan lawatan kerja ke loji air di Kampung Kelar, Pasir Mas. Loji itu membekalkan air bersih untuk dua daerah Pasir Mas dan Tumpat. Lawatan pagi ini tentulah ditunggu-tunggu oleh rakyat kedua daerah itu dan juga di daerah lain untuk mengetahui apakah tindakan akan diambil oleh kerajaan Kelantan bagi mengatasi masalah itu.
Selain itu tinjauan secara peribadi juga turut dibuat oleh beberapa aktivis parti yang tinggal dikawasan itu. Sdr Rushdan Mustapa adalah antara individu terawal membuat lawatan mendahului wakil rakyat Bukit Tuku dan Gual Periok. Lawatan peribadi beliau itu telah membuka mata banyak pihak dan mencerminkan keseriusan seorang aktivis membantu rakyat. Semua lawatan dan kunjungan itu dinanti-nanti oleh rakyat dengan harapan dan doa mereka akan terlepas dari belenggu berkenaan. Kalau setakat mengadakan lawatan saja sebagai tanda simpati tetapi tidak ada plan bertindak ia tidak memberi apa-apa guna pun. Khabarnya dalam kunjungan Nik Aziz hari ini beliau diberi taklmiat oleh Exco air dan juga pihak berkuasa air di Kelantan syarikat Air Kelantan Sdn Bhd. (AKSB). Bagi rakyat taaruf itu tidak akan membawa apa-apa perubahan. Taklimat hanyalah laporan mengenai kenapa berlaku kekurangan air. Sedangkan masalah itu sudah pun menjadi pengetahuan umum, iaitu air tidak masuk ke dalam mesin pengepam air kerana kedududukan air rendah dari muka pam kerana kemarau. Dalam kata mudahnya air sungai Kelantan yang menjadi sumber air itu berada jauh dari mulut pam. Air sungai Kelantan mengalami kesusutan yang ketara hampir 50%. Itulah taklimat yang mungkin diberikan kepada Tok Guru dan rombongannya. Sebaiknya setelah mendapat taklimat itu MB harus berbuat sesuatu. Sepatutnya sebelum sampai ke Kg Keler sudah ada dalam kepala MB itu sesuatu yang hendak dicakapkan kepada media yang boleh menggembira hati rakyat di dua daerah itu. Kalau hanya setakat pergi dengar dan gosok paip besar atau menghendap ke dalam telaga tiup yang digali dalam kawasan loji itu ia tidak merubah apa-apa keadaan. Hendaknya selepas balik pejabat MB akan memanggil pihak tertentu untuk membincang mengenai isu air ini. Pihak yang wajar dipanggil ialah semua anggota Exco. Exco beras, Exco bandar, Exco kesihatan, Exco wanita, Exco ceramah dipanggil dan bincang masalah air. Panggil juga sekalian orang-orang besar di AKSB. Bincang secara telus dan serius. Sehubungan itu sebaik-baiknya biarlah hasilnya nanti satu tindakan untuk membina loji baru di Pasir Mas atau Tumpat digarapkan. MB sewajarnya memberi arahan satu kajian dibuat segera untuk tujuan itu. Selepas itu beliau boleh membuat kenyataan begini; kerajaan negeri sudah mengenali pasti beberapa lokasi baru untuk pembinaan loji tambahan. Kalau itulah kenyataan lebih sedap dan lunak dari menyalahkan kepada takdir Allah semata-mata atau pun menuduh pihak musuh sengaja membesarkan isu air. Alasan tidak ada wang, kerajaan pusat tidak bantu rasanya tidak merupakan jawaban yang tuntas. Exco yang bertanggungjawab menyediakan kemudahan asas kepada rakyat (Exco air) hendaklah memerahkan otak untuk mencari wang bagi tujuan itu. Kalau Exco lebuh raya (Husam Musa) berani mengumumkan pembinaan lebuh raya rakyat KB - KL sepanjang 73 km bernilai RM1.4 billion kenapa tidak dengan Exco lain. Sekurang-kurang tiru dan ambillah semangat berani dan komited Husam Musa. Khabarnya mereka terlibat dengan air dan kemudahan asas lain hampir setiap tahun ke luar negara, buat lawatan sambil belajar. Sambil belajar... di samping itu sambil membeli belah? Apakah lawatan itu hanya setakat belajar sahaja tetapi tidak tahu hendak berbuat? Sepatutnya disamping lawatan untuk memerhati pembangunan ditempat orang, belajar juga macam mana hendak menjana wang. Itu yang penting. Ini tidak pergi terlengak-lengak menghabiskan wang bukan membawa balik wang. Ni marah dah ni... Begitu juga dalam masa sama pemimpin Umno juga perlu berusaha untuk mengatasi masalah air ini. Jangan fikir nanti lepas menang baru hendak menyelesaikan masalah ini. Kalau Umno menanti menang ini bermakna Umno tidak ada apa-apa niat pun untuk membantu rakyat Kelantan selagi rakyat Kelantan berada di bawah Pas. Itu sikap dan pegangan yang salah dan berdosa. Umno juga kena ingat ahli mereka juga berak dan kencing di Kelantan? Memberi kebajikan kepada rakyat bukan harus dipilih atau mencari ruang waktu tertentu. Semua mereka bergelar pemimpin wajib berusaha. Umno yang kini merupakan tunggak kerajaan Persekutuan rasanya boleh membantu mengatasi masalah ini. Pengerusi Umno Kelantan, Mustapa Mohamed perlu meletakkan masalah air ini masalah bersama dan jangan lepaskan kepada kerajaan Kelantan semata-mata apa lagi kalau menanti nak sauk masalah ini sebagai modal pilihan raya. Perkara-perkara asas demi kepentingan rakyat seperti minyak, jalan dan air tidak patut dipolitikkan. Hendaknya selain Nik Aziz, Mustapa juga boleh dan perlu membuat lawatan ke loji tenguk sendiri apa masalah yang ada dan kesusahan dihadapi rakyat. Kalau perlu menawarkan bantuan elok Mustapa menawarkan bantuan kepada kerajaan Kelantan. Mustapa boleh berjumpa PM dan menceritakan masalah itu. Jika berani dan bercerita dengan lendek dan simpatis rasanya Najib tidak akan kejam untuk tidak membantunya. Bantuan itu nanti sama ada kerajaan Kelantan hendak terima atau tidak itu soal lain, yang pentingnya Mustapa dan Umno kena menunjukkan mereka mempunyai akses kepada rakyat Kelantan. Selepas itu biarlah rakyat menimbang siapa yang rasional dan siapa yang keras ken. Jika Umno ikhlas hendak membantu tidak ada sebab untuk Nik Aziz menolaknya. Apa yang tok guru itu tolak dan marah apabila Umno hendak merampas kerajaannya. Itu sahaja. [wm.kl.3:45 pm 09/08/12] | ||
Khairy Nampak Kain Orang Terselak, Lupa Seluar Dalam Sendiri Carik... Posted: 09 Aug 2012 12:02 AM PDT SUSUPAN PETANG Ketua Pemuda Umno yang tidak ada kuasa, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan kepelbagai tema hari kemerdekaan diperkenakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat sebagai raksasa berkepala tiga seperti mana dalam mitos Yunani. Aduh... sedap bunyi komen Khairy Jamaluddin! Komen beliau itu sudah tidak terpakai lagi kerana kalau beliau meng up-date kan pengetahuannya komen itu tidak relevan. Kesemua negeri-negeri diperintah Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk menggunakan tema sama yang diluluskan oleh PR iaitu "Sebangsa, Senegara, Sejiwa". Timbul sedikit kekalutan dan keplebagaian itu disebabkan Pakatan Rakyat lewat dalam mengemukakan tema khusus. Kalau PR awal-awal lagi menyediakan tema dan slongan khusus nescaya kepelbagai itu tidak timbul. Bertolak dari itu tidak timbul Pakatan Rakyat berkepala tiga seperti mana dakwa Khairy. Pakatan Rakyat tetap berkepala satu walaupun tubuhnya tiga. Kalau PR berkepala tiga sudah pasti Kedah dan Kelantan tidak akan akur dengan kehendak PR yang mencadangkan tema hari kemerdekaan hendaklah seragam kerana mereka sudah pun ada tema sendiri. Tidak salah kalau Kedah dan Kelantan enggan mematuhi atau bersetuju dengan tema khas itu. Apabila keduanya akur sedia untuk menggunakan tema utama itu menandakan negeri PR dan pemimpinnya bersatu hati. Khairy tidak patut cuba mencari untung di sebalik pertelingkahan yang sudah selesai itu. Kesian Khairy kerana silap dalam membuat andaian dan provokasi yang rapuh ia mudah dipatahkan. Kerja Khairu itu samalah menggunakan lastik terbalik di mana batunya terpelanting ke atas dahinya sendiri. Sepatutnya beliau tidak ikut memberi komen hal-hal remeh begitu, serahkan saja kepada bloger upahan dari Umno. Apakah Khairy tidak cukup orang untuk menjadi bloger hisap jari? Bila Khairy tuduh Pakatan Rakyat berkepala tiga sebenarnya Khairy terlupa untuk meneropong dirinya dulu. Dia terlupa bahawa di dalam komponen partinya juga terutamanya sayap kanan, Pemuda juga mempunyai kepala tiga. Inilah Khairy kerana ghairah hendak perkenakan orang terlupa kepada diri sendiri. Kerana asyik mengenap orang, beliau hanya nampak kain orang terselak tetapi terlupa seluar dalamnya sendiri bekah dan carik. Bolehkah Khairy menafikan bahawa Pemuda Umno kini tidak berpecah? Pemuda Umno kini berpadu erat? Sebenarnya pemuda Umno kini mempunyai kepala tiga seperti dalam mitos Yunani itu. Satu kepala diheret oleh Khairy, satu lagi oleh Razali Ismail dan satu lagi oleh Mukhriz Mahathir Mohamad. Sedarkan Khairy bahawa baik Razali dan Mukhriz dan kuncu-kuncunya sudah tidak bersetia kepada ketua (Khairy)? Yang mengikuti bontot Khairy kini tidak berapa ramai sebab Khairy tidak dapat memberi sumbangan kewangan menerusi projek kerajaan. Khairy tidak ada projek melainkan idea yang tidak pernah disanjung oleh ahli Umno. Al maklumlah Khairy hanya setakat menantu bekas perdana menteri. Dia tidak pun memegang apa-apa jawatan eksekutif yang mampu mengagihkan wang. Setakat menjadi pengerusi, ah... saya sendiri tidak ingat apa nama badan yang beliau dilantik menjadi pengerusi itu. Berbeza dengan Razali Ismail yang menjadi timbalan menteri belia dan suka dan Mukhriz menjadi menteri Perdagangan dan Industeri Antarabangsa. Dajat dan kedudukan Razali dan Mukhriz lebih tinggi dari Khairy. Mereka juga dapat mengadakan aktiviti pemuda menggunakan peruntukan kementerian itu. Jadi apabila kita sudah tidak ada apa-apa yang tinggal hanya abok saja siapa nak ikut dan sokong kita? Bukankah ahli-ahli Umno tidak ubah seperti serigala kelaparan? Makanya di Ramadhan ke 20 hari ini elok kalau Khairy bermahasabah diri sendiri. Memerhati kepada pemuda Umno yang berkepala tiga itu. Khairy kena ingat dua kepala itu kini sedang mengangga luas ke arahnya. Kalau Khairy tidak pandai 'mengolek' beliau boleh naas nanti, bila-bila masa saja akan ditelan raksasa bernama Razali dan Mukhriz. Untuk Khairy... daripada sibuk menegur kain orang terselak lebih baik cuba menjahit seluar dalam sendiri yang bekah dan carik itu. Hehe... jangan marah Mat Maslan tentu tersenyum membaca catatan ini. Tetapi awas Mat kamu pun kena berhati-hati dan jaga mulut sikit. Kalau tidak... han... [wm.kl.2:51 pm 09/08/12] | ||
Orang Melayu Johor Tidak Fanatik Lagi... Posted: 08 Aug 2012 03:30 PM PDT SESUDAH SUBUH Barang kali benarlah cakap-cakap mengatakan Umno Johor sudah tidak sekuat dulu. Perubahan minda di kalangan orang Melayu Johor sudah berlaku. Mereka tidak menjadi fanatik dan ekstream menyokong Umno atau pun taksub kepada tokoh-tokoh Umno.
Ini terbukti kehadiran Ha Najib Razak di Taman Universiti Skudai 6 Ogos lalu kurang mendapat sambutan. Secara tidak langsung juga pegawai kerajaan dan pendidikan yang tinggal di taman itu tidak lagi tergila-gilakan Najib. Najib ke situ untuk menghadiri majlis berbuka puasa. Sebelum berbuka puasa diadakan majlis khatam Quran. Di situ Najib berpluang berucap kepada para hadirin. Menurut laporan antara isi kandungannya beliau mengajak orang ramai mengekalkan kerajaan Malaysia yang terbukti maju dibawah teraju kepimpinannya. Beliau juga memberi tahu hadirin presiden baru Mesri Dr Mohammad Morsi juga ingin belajar cara-cara memimpin dan membangun negara sepertinya. [wm.kl.6:26 am 09/08/12] | ||
Mahathir Mahu Tektik Tahi Digunakan Di Sabah Posted: 08 Aug 2012 03:29 AM PDT JELANG BERBUKA Mahathir Mohamad tidak setuju dengan protes sesetengah pemimpin UBN Sabah yang mempertikaikan kebanjiran pendatang tanpa izin yang ketara di negeri berkenaan. Sebaliknya Mahathir memberi pandangan pendatang asing wajar diberikan hak warganegara kerana mereka sudah lama tinggal di negeri itu dan beranak pinak serta fasih berbahasa Malaysia. Tidak perlu mencari banyak kitab dan kamus untuk memahami kenapa bekas PM itu berpandangan demikian bersikap terbuka dan mesra pendatang tanpa izin. Orang tidak melupai bagaimana Umno merampas Sabah dari PBS sebelum ini menerusi pembikinan kad pengenalan palsu kepada pendatang tanpa izin. Projek IC itu telah memenangkan UBN dan sekaligus merampas Sabah. Justeru apabila ada pihak yang cuba membenteraskan layanan istimewa kepada pendatang tanpa izin dengan memberi kad pengenalan, Mahathir marah kerana dia sedar tanpa pengundi palsu - pendatang tanpa isi yang diberikan kad pengenalan Umno tidak boleh bernafas di Sabah. Bantahan Mahathir di dalam blognya itu menjelang kunjungan Najib Razak ke Sabah hujung minggu ini seakan memberi signal supaya Najib jangan respons kepada bantahan sesetengah pemimpinan Umno Sabah yang bimbang dengan kebanjikan pendatang tanpa izin. Pemimpin politik Sabah termasuk Umno dan BN membantah kebajiran pendatang tanpa izin dan mereka melihat sebagai satu wabak di negeri berkenaan. Tindakan ketua Welfre Bambunring meninggalkan parti itu (BN) dan menyatakan kesediaan menyokong Pakatan Rakyat disebabkan keengganan kerajaan negeri bertindak ke atas pendatang tanpa izin. Pandangan bersifat peribadi Mahathir itu dalam kata lain beliau 'memaksa' Najib agar terus menggunakan pendatang tanpa izin itu untuk menjamin kemenangan Umno Sabah. Ini secara tidak langsung mengesahkan bahawa kemenangan Umno ke atas Sabah sebelum ini menerusi pengkhiatan dan politik tahi yang diamalkan Mahathir Mohamad. Dalam satu kajian dilakukan PBS menunjukkan pada tahun 2002 terdapat seramai 200,000 pendatang tanpa izin di Sabah yang meninggalkan negeri berkenaan bagaimana pun kembali semula ke Sabah menjelang pilihan raya dengan nama lain dan mempunyai dokumen (kad pengenalan) sah dan dapat mengundi. Sekiranya Najib akur dengan nasihat dari jauh Mahathir itu menjelaskan bahawa Najib juga sedia bersubahat dengan pengkhiatan dan menggunakan tektik tahi. [wm.kl.6:20 pm 08/08/12] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan