Sabtu, 11 Ogos 2012

.

.


Anwar Di Sarawak Sebelum Ke Sabah

Posted: 11 Aug 2012 03:09 AM PDT

LINTAS SARAWAK

Penasihat Umum Keadilan Anwar Ibrahim tiba di Sarawak tengah hari ini dalam rangka lawatan untuk memperkuatkan jentera parti dan menyuntik semangat di kalangan ahli dan penyokong PKR di negeri ini dan juga Sabah. Ratusan para penyokong serta termasuk pimpinan PKR negeri menunggu ketibaan Anwar dari Kuala Lumpur.

Anwar disambut hangat oleh penyokong di airport.
Melihat kepada kehadiran begitu ramai memberi gambaran semangat PKR Sarawak kini semakin memberangsangkan. Antara yang menyambut ketibaan Anwar, penasihat PKR Sarawak Hafsah Harun, pengerusi Baru Bian, peimpinan pemuda, wanita dan ketua-ketua cabang.

Turut sama berkebetulan berada di lapangan terbang bekas timbalan menteri pelajaran Bujang Ulis...beliau sempat bersalam dan berpelukan dengan Anwar.

Bekas Duta Malaysia ke Mexico yang menyertai PKR juga turut sama hadir begitu juga ketiga-tiga Adun PKR Sarawak yang menang dalam pilihan raya lalu.

Bujang Ulis memeluk Anwar.
Dari airport Anwar terus dibawa ke rumah bekas calon PKR yang meninggal untuk menziarahi balu dan keluarganya. Petang ini Anwar berjumpa dengan pimpinan PKR Sarawak dan juga aktivis parti di sebuah hotel di bandar Kuching. Hadir sama dalam majlis itu Lajim Ukin yang dari Sabah yang baru-baru ini membuat kejutan dengan mengumumkan meninggalkan Umno dan BN.


Turut mencelah ialah Kadir Sheikh Fadzir. Kadir dan Lajim akan berceramah bersama Anwar di Santok malam ini. Petang ini Anwar akan berbuka puasa di rumah Hafsah Harun. Menjelang tenguk hari esok Anwar akan berlepas ke Sabah.

Satu kejutan lagi akan berlaku di Sabah besok sekiranya tidak ada aral melintang. Dalam pada itu Najib katanya baru semalam secara senyak menjejak kaki di Sarawak dan hari ini berada di Sabah. Apakah dengan kedatangan Najib itu menyebabkan apa disebut kejutan itu tertangguh?

Seandainya apa diceritakan Lajim bahawa 15 kerusi parlimen Sarawak dan 30 kerusi state kini sudah berada dalam tangan pembangkang ia menandakan kerajaan Sabah sekali lagi akan bertukar tangan dalam pilihan raya akan datang. Menurutnya perkembangan di Sabah merangsangkan dan UBN seolah-olah tidak terkata apa.  

Semasa berucap kepada aktivis dan pimpinan PKR Anwar mengingatkan supaya parti bersiap sedia lebih awal. Menurutnya pihak Pakatan Rakyat telah dalam keadaan siap sedia dan beranggapan pilihan raya akan diadakan pada September ini.

Beliau juga menyentuh mengenai pembahagian kerusi di kalanagan komponen Pakatan sudah hampir selesai. Banyak negeri katanya sudah selesai kalau pun ada beberapa buah yang berlaku pertidihan. Namun beliau yakin dengan semangat Pakatan Rakyat masalah kerusi akan selesai dan tidak menjadi masalah. [kuching. 5:31 pm 11/08/12]

Kegagalan Dapat Pingat Shabery Perlu Letak Jawatan

Posted: 10 Aug 2012 05:56 PM PDT

SUSUPAN PAGI

Timbalan Presiden Lumba Basikal Kebangsaan Naim Ahmad telah mengambil tanggungjawab atas kegagalan pelumba negara dalam mendapat sebarang pingat di sukan olimpik London. Dalam kenyataannya kepada media beliau berkata sedia untuk berundur dan memberi peluang kepada orang lain untuk memimpin persatuan berkenaan. Bagus.

Tindakan Naim itu dikira tepat dan bertanggungjawab. Sewajarnya selaku pemimpin beliau mengambil keputusan itu apabila anak buah yang dipimpinnya gagal membawa sebarang hasil. Tidak ada guna satu sen mana-mana pemimpin yang gagal membawa hasil kepada negara terus duduk tercokol di kerusi utama mana-mana persatuan sukan. Ia menghabiskan wang dan beras negara sahaja.

Apa yang dilakukan Naim itu patut dicontohi oleh pemimpin persatuan sukan lain seperti bola sepak, badminton dan sebagainya. Setengah pemimpin sukan negara ini bijak berdolak dalih untuk menjustifikasikan kegagalan anak buah masing. Raja Gobal dan Nazmin Salleh tidak perlu lagi terus menjadi pemimpin bola sepak dan badminton kerana ia ternyata tidak memberi hasil kepada negara.

Biarlah orang lain pula mendapat peluang nuntuk membangunkan sukan berkenaan.

Raja Gobal setiap kali pasukan bimbingannya kalah ada-ada sahaja hujah yang diberikan dan tidak pernah menyalahkan dirinya sendiri yang pandir dalam membimbing bola sepak. Beliau seolah tidak mempunyai sedikit pun kesalahan dan kesilapan. Untuk tunggu berapa ratus kali kalah baru hendak salahkan diri sendiri. Cubalah letak maruah negara lebih tinggi daripada keperluan peribadi.

Begitu juga dengan pemimpin persatuan badminton Malaysia. Tidak ada usaha dan idea lain untuk memajukan suka berkenaan. Berepa lama lagi BAM hendak mengharapkan kepada Lee Chong Wei. Benar kata Jalaini dan Razif Sidik BAM tidak boleh mengharapkan kepada Chong Wei untuk mendapat kemenangan kepada negara.

BAM harus mula mencari bakat-bakat baru dan tidak hanya melambakkan wang untuk Chong Wei sahaja.

Bercakap mengenai tanggungjawab para pemimpin dan presiden persatuan sukan, tindakan sama juga patut diambil oleh menteri belia dan sukan. Ahmad Shabery Chik perlu merasa malu muka atas kegagalan atlik negara mendapat pingan emas. Bukan itu sahaja kegagalan pasukan sukan menunjukkan prestasi perlu dipikul oleh beliau.

Shabery tidak boleh menunding jari kepada mana-mana pihak. Orang paling utama kena bertanggungjaswab atas kegagalan atlik Malaysia ialah beliau sendiri. Kemajuan sukan di negara ini tertanggung di atas batu jemalanya.

Eloklah kalau Shabery hendak berundur... lebih molek lagi sebelum pilihan raya umum ini. Khabarnya kedudukan dan prestasi Shabery sendiri di Kemaman tidak berapa memberangsangkan. Beliau khabarnya lebih banyak menumpukan kepada golf.. sehinggakan balik ke kawasan pun bawa kayu golf.

Beliau perlu sedar kalau beliau yang bukan mengambil tanggungjawab itu, lepas jawatan kerana atlik kita gagal, macam mana kita mengharapkan presiden atau pemimpin sukan hendak lepas jawatan. Mereka juga nanti akan memberi alasan macam mana mereka hendak letak jawatan, menteri juga enggan berbuat demikian. [lcct.kl. 8:49 am 11/08/12]

Kawan Najib Serah Borang Masuk Pas Malam Esok

Posted: 10 Aug 2012 09:08 AM PDT

BERITA MALAM

Malam esok kawan rapat Najib Razak yang sama-sama berjuang dalam Pergerakan Pemuda Umno tahun 80-an akan menyerahkan borang menyertai Pas kepada presiden Abdul Hadi Awang. Majlis bersejarah bersempena dengan malam bakal menjelang lailatu qadar itu akan berlangsung di Taman Melawar, Gombak.

Sebelum ini saya telah mendedahkan hasrat kawan Najib itu di minggu pertama berpuasa. Adalah dipercayai berita di portal Pas hari ini yang memaklumkan tokoh Umno akan menyertai Pas itu adalah orang sama dengan saya maksudkan kawan Najib itu.

Penyertaan kawan Najib ini akan menyemarakkan lagi Pas sebagai sebuah parti penting dalam Pakatan Rakyat. Apa yang menjadi tanda tanya kenapa kawan Najib itu memilih Pas bukan PKR sedangkan penasihat umum PKR Anwar Ibrahim adalah bos beliau ketika itu?

Ada kemungkinan selepas kawan Najib menyertai borang menyertai Pas dan bertindak berkerat rotan berpatah arang dengan Umno akan ada lagi beberapa orang rakan PM itu yang satu geng dengan rakan beliau yang akan menyerahkan borang Pas malam besok mengikut jejak rakan yang akan serah borang itu.

Biarlah saya tidak menyebut siapa tokoh berkenaan dan anda cubalah menekannya sendiri. Rasanya tidak payah saya menyebut nama itu cukup sekadar kalau saya menyebut beliau pernah menjadi ahli Parlimen Batu Berendam Melaka di tahun 80-an dulu. Saya percaya 70% daripada anda penjengok blog MT sudah dapat mengagaknya.

Kepada rakan Najib itu diucapkan selamat berjuang semoga kemasukan anda dalam Pas menambahkan lagi eset buat Pas. Dalam pada itu kemasukan itu akan membuka mata dan menjadi buah fikiran mereka sekampung dengannya kenapa beliau menyertai Pas dan tidak kekal dalam Umno.

Saya tidak dapat hadir menyaksikan upacara penyerahan itu kerana akan Sarawak. Doa saya semoga malam besok juga lailatul qadar akan turun. [wm.kl.12:04 am 10/08/12]

Tiada ulasan: