Sabtu, 11 Ogos 2012

Biaqpila

Biaqpila


CCTV rakam hantu budak

Posted: 11 Aug 2012 08:00 AM PDT


LONDON : Sepasang suami isteri di Clifton yang memasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk menangkap penceroboh terkejut apabila ia merakam apa yang mereka percaya hantu kanak-kanak melompat di atas kereta mereka.

Lisa Rigley, 44, dan suami, Phil, 51, memasang kamera itu di luar kediaman mereka selepas berlaku beberapa pencerobohan terhadap kereta mereka.


Tetapi selepas menyaksikan rakaman itu mereka melihat bentuk ganjil terbang ke jalan masuk ke rumah mereka dan memanjat kereta itu.

Ia kemudian hilang sebelum muncul semula di seberang jalan.


Lisa, ibu dua anak itu berkata: "Saya sungguh terkejut. Saya melihat rakaman itu dan ia adalah imej seorang kanak-kanak yang berusia empat atau lima tahun.


'Seorang jiran datang dan bertanya sama ada kami boleh melihat rakaman itu kerana dia kehilangan beberapa barang di depan lamannya.


"Kami melihat rakaman itu untuk melihat kemungkinan ada orang melintasi pintu pagar kami ketika kejadian curi itu dan nampak hantu itu melompat di atas kereta kami.


"Ia sungguh menyeramkan. Ia kelihatan seperti Casper the Friendly Ghost tetapi ia melompat-lompat di atas kereta kami. Ia sudah pasti hantu." Suaminya berkata: "Saya tidak percaya pada hantu tetapi rakaman itu sungguh ganjil." - DM

HM

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Monorel Terkandas Di Ibu Kota, 183 Terperangkap

Posted: 11 Aug 2012 05:33 AM PDT


Monorel terkandas di hadapan Wisma Monorail, Jln Tun Sambathan Brickfields, Kuala Lumpur. Dianggarkan lebih 100 orang terperangkap... Kerja-kerja penyelamatan sedang dijalankan oleh Bomba.Mari Doakan semoga semuanya selamat .

Monorel KL rosak, 183 penumpang cemas

KUALA LUMPUR - Kira-kira 183 penumpang berdepan detik mencemaskan apabila monorel yang dinaiki rosak dan tersangkut di atas landasan di Brickfields hari ini.

Jurucakap bilik gerakan Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah berkata pihaknya menerima panggilan pada kira-kira 2.18 petang.

"Monorel itu tersangkut berhampiran Stesen Tun Sambanthan sejurus keluar dari stesen tersebut menuju ke Stesen seterusnya, iaitu Maharajalela," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata seramai 35 anggota bomba dan enam jentera dari Balai Bomba Hang Tuah, Taman Desa, Pantai, Sri Hartamas bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan.

"Kami menyelamatkan 63 mangsa menggunakan kren bomba dan selebihnya menggunakan kaedah 'train-to-train evacuation' untuk menolak tren terbabit ke stesen Tun Sambanthan," katanya sambil menambah operasi menyelamat tamat pada kira-kira 4 petang.

Sementara itu, Pengurus Hal Ehwal Media Syarikat Prasarana Negara Berhad Azhar Ghazali berkata kejadian berlaku pada 1.58 petang ekoran masalah 'traction Control' yang menyebabkan enjin berhenti secara automatik.

"Bagaimanapun, operasi berjalan seperti biasa pada 4.30 petang selepas operasi membaik pulih monorel selesai," katanya.

Beliau berkata seramai tiga penumpang dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur kerana seorang daripada mereka pengsan manakala dua lagi sesak nafas berikutan kejadian itu.

Sementara itu, seorang penumpang, Nur Izzah Nazihah Hasnul Bahrin, 14, dari Nilai, berkata sejurus sebelum insiden itu, tren yang bergerak seperti biasa tiba-tiba berhenti secara mengejut.

"Enjin tren berhenti secara tiba-tiba dan penghawa dingin juga tidak berfungsi," katanya.

Beberapa minit kemudian, beliau berkata semua penumpang mula cemas apabila terlihat dua orang pengsan akibat sesak nafas, selain keadaan yang panas di dalam tren itu.

"Satu jam kemudian, kami semua amat gembira apabila melihat anggota bomba tiba dan menyelamatkan semua penumpang," katanya.

Sementara itu, seorang pelancong dari England yang hanya ingin dikenali sebagai Matthew, 27, berkata keadaan di dalam tren amat sesak sebelum beliau menaikinya di Stesen Tun Sambanthan untuk ke Stesen Maharajalela.

"Ketika tren tiba-tiba berhenti masih ada penumpang yang ketawa kerana tidak menyedari apa yang sebenarnya berlaku," katanya. - Bernama









foto: ondscene.my/bernama





greenboc


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Khairy Nampak Kain Orang Terselak, Lupa Seluar Dalam Sendiri Carik..

Posted: 10 Aug 2012 11:02 PM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar

Ketua Pemuda Umno yang tidak ada kuasa, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan kepelbagai tema hari kemerdekaan diperkenakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat sebagai raksasa berkepala tiga seperti mana dalam mitos Yunani. Aduh... sedap bunyi komen Khairy Jamaluddin! Komen beliau itu sudah tidak terpakai lagi kerana kalau beliau meng up-date kan pengetahuannya komen itu tidak relevan



Kesemua negeri-negeri diperintah Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk menggunakan tema sama yang diluluskan oleh PR iaitu "Sebangsa, Senegara, Sejiwa". Timbul sedikit kekalutan dan keplebagaian itu disebabkan Pakatan Rakyat lewat dalam mengemukakan tema khusus. Kalau PR awal-awal lagi menyediakan tema dan slongan khusus nescaya kepelbagai itu tidak timbul.

Bertolak dari itu tidak timbul Pakatan Rakyat berkepala tiga seperti mana dakwa Khairy. Pakatan Rakyat tetap berkepala satu walaupun tubuhnya tiga. Kalau PR berkepala tiga sudah pasti Kedah dan Kelantan tidak akan akur dengan kehendak PR yang mencadangkan tema hari kemerdekaan hendaklah seragam kerana mereka sudah pun ada tema sendiri. Tidak salah kalau Kedah dan Kelantan enggan mematuhi atau bersetuju dengan tema khas itu.

Apabila keduanya akur sedia untuk menggunakan tema utama itu menandakan negeri PR dan pemimpinnya bersatu hati. Khairy tidak patut cuba mencari untung di sebalik pertelingkahan yang sudah selesai itu.

Kesian Khairy kerana silap dalam membuat andaian dan provokasi yang rapuh ia mudah dipatahkan. Kerja Khairu itu samalah menggunakan lastik terbalik di mana batunya terpelanting ke atas dahinya sendiri. Sepatutnya beliau tidak ikut memberi komen hal-hal remeh begitu, serahkan saja kepada bloger upahan dari Umno. Apakah Khairy tidak cukup orang untuk menjadi bloger hisap jari?

Bila Khairy tuduh Pakatan Rakyat berkepala tiga sebenarnya Khairy terlupa untuk meneropong dirinya dulu. Dia terlupa bahawa di dalam komponen partinya juga terutamanya sayap kanan, Pemuda juga mempunyai kepala tiga. Inilah Khairy kerana ghairah hendak perkenakan orang terlupa kepada diri sendiri.
Kerana asyik mengenap orang, beliau hanya nampak kain orang terselak tetapi terlupa seluar dalamnya sendiri bekah dan carik.

Bolehkah Khairy menafikan bahawa Pemuda Umno kini tidak berpecah? Pemuda Umno kini berpadu erat? Sebenarnya pemuda Umno kini mempunyai kepala tiga seperti dalam mitos Yunani itu. Satu kepala diheret oleh Khairy, satu lagi oleh Razali Ismail dan satu lagi oleh Mukhriz Mahathir Mohamad. Sedarkan Khairy bahawa baik Razali dan Mukhriz dan kuncu-kuncunya sudah tidak bersetia kepada ketua (Khairy)?

Yang mengikuti bontot Khairy kini tidak berapa ramai sebab Khairy tidak dapat memberi sumbangan kewangan menerusi projek kerajaan. Khairy tidak ada projek melainkan idea yang tidak pernah disanjung oleh ahli Umno. Al maklumlah Khairy hanya setakat menantu bekas perdana menteri. Dia tidak pun memegang apa-apa jawatan eksekutif yang mampu mengagihkan wang. Setakat menjadi pengerusi, ah... saya sendiri tidak ingat apa nama badan yang beliau dilantik menjadi pengerusi itu.

Berbeza dengan Razali Ismail yang menjadi timbalan menteri belia dan suka dan Mukhriz menjadi menteri Perdagangan dan Industeri Antarabangsa. Dajat dan kedudukan Razali dan Mukhriz lebih tinggi dari Khairy. Mereka juga dapat mengadakan aktiviti pemuda menggunakan peruntukan kementerian itu. Jadi apabila kita sudah tidak ada apa-apa yang tinggal hanya abok saja siapa nak ikut dan sokong kita? Bukankah ahli-ahli Umno tidak ubah seperti serigala kelaparan?

Makanya di Ramadhan ke 20 hari ini elok kalau Khairy bermahasabah diri sendiri. Memerhati kepada pemuda Umno yang berkepala tiga itu. Khairy kena ingat dua kepala itu kini sedang mengangga luas ke arahnya. Kalau Khairy tidak pandai 'mengolek' beliau boleh naas nanti, bila-bila masa saja akan ditelan raksasa bernama Razali dan Mukhriz.

Untuk Khairy... daripada sibuk menegur kain orang terselak lebih baik cuba menjahit seluar dalam sendiri yang bekah dan carik itu. Hehe... jangan marah Mat Maslan tentu tersenyum membaca catatan ini. Tetapi awas Mat kamu pun kena berhati-hati dan jaga mulut sikit. Kalau tidak... han

DD


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: