Sabtu, 11 Ogos 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Bila masa pulak Anwar jadi katak?

Posted: 11 Aug 2012 07:25 AM PDT


"Kalau Anwar nak ambil mereka yang tak akan dicalonkan lagi untuk masuk parti Anwar, ambil la... Anwar pun bapak katak sebab dulu Anwar pun lompat parti dari Umno ke PKR. Tak hairan kalau dia menerima golongan dia sendiri, katak akan terima katak," kata Nazri Aziz.

Katak akan terima katak? bila masa pulak Anwar jadi katak? setahu aku Anwar dipecat pada awal September 1998 dari UMNO.. bukannya melompat keluar dari UMNO menyertai PKR..

Lagipun masa tu mana ada PKR lagi..

Perkara mudah macam ni pun Menteri dari UMNO ni tak tahu nak bezakan.. benarlah kata Mahathir hanya yang bodoh kini bersama UMNO..

IPOH - Keputusan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) melompat parti adalah perkara biasa ekoran Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) hampir tiba, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini.

Ditanya mengenai dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim awal bulan ini bahawa terdapat beberapa lagi pemimpin politik di Sabah akan menyertai pembangkang tidak lama lagi, ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata:

"Ada di kalangan wakil rakyat atau pemimpin Umno tidak dicalonkan untuk bertanding, jadi mereka telah ambil tindakan awal terpaksa lompat (parti) macam katak kerana mahu bertanding dalam pilihan raya."
Dipetik Bernama, Nazri berkata demikian selepas Program Ihsan Ramadan dan Aidilfitri di sini.

Pada 2 Ogos lalu, Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) berkata, mereka yang sudah hilang kepercayaan ke atas Umno dan  jika mahu terus bertanding pada PRU13 boleh menyertai perikatan itu.
"Jika mereka mahu terus bertanding dalam PRU, mereka yang 'lompat parti' ini, mesti menyertai mana-mana parti komponen dalam PR.

"Perlu ikut undang-undang yang sedia ada untuk menjadi calon dalam PRU," kata beliau ketika mengulas isu melibatkan  Datuk Seri Lajim Ukin, yang mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno dan Ketua Umno Bahagian Beaufort.

Timbalan Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu, Datuk Wilfred Bumburing juga telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tuaran.

Anwar turut berkata yang 'lompat parti' bukan satu isu kerana apabila seseorang telah hilang kepercayaan dalam parti, pasti akan keluar dan mencari parti lain yang berhaluan lain.

Sehubungan itu, Nazri berkata, tindakan Anwar menarik pemimpin BN yang tidak tercalon dalam pilihan raya umum akan datang untuk menyertai pakatan pembangkang, sama sekali tidak akan menjejaskan BN.

"Kalau Anwar nak ambil mereka yang tak akan dicalonkan lagi untuk masuk parti Anwar, ambil la... Anwar pun bapak katak sebab dulu Anwar pun lompat parti dari Umno ke PKR. Tak hairan kalau dia menerima golongan dia sendiri, katak akan terima katak," katanya.

Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri dan bekas Timbalan Presiden Umno dipecat pada awal September 1998.

Anwar kemudian menubuhkan PKR, yang beliau adalah Ketua Umumnya - Sinar Harian

Najib!!.. tengok nih! Tamrin nak buat apa pulak malam ni..

Posted: 10 Aug 2012 08:54 PM PDT


Kalau anak pemimpin tertinggi UMNO sendiri yang sudah berkata "Umno sudah lari dari perjuangan asal yang mana mendahulukan rakyat dan di bawah Najib, Umno tidak lagi membela rakyat tetapi merampas hak mereka."

Pencacai UMNO nak tunggu apa lagi.. korang tu pencacai saja dia ni anak bekas pemimpin tertinggi UMNO, jadi pengetahuannya tentang asas perjuangan UMNO sudah tentu lebih baik dari korang..

SHAH ALAM, 11 Ogos — Datuk Tamrin Ghafar, anak kepada bekas timbalan perdana menteri (TPM) Malaysia Tun Ghafar Baba, akan menyertai PAS pada malam ini dan akan menyerahkan borang penyertaannya di Markaz Tarbiyah PAS di Taman Melewar, Gombak.

Tamrin sebelum ini telah berceramah di pentas Pakatan Rakyat (PR) diseluruh negara walaupun beliau masih lagi ahli Umno.

Menurut seorang petugas PAS yang tidak mahu namanya dikenali, Tamrin akan menyerahkan borang keahliannya kepada timbalan presiden parti tesebut.

"Tamrin akan menyerahkan borang keahliannya kepada timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu," katanya apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.

"Sebelum inipun dia dah selalu berceramah dengan Abang Mat (Mohamad Sabu) merata tempat."
Tamrin adalah bekas ahli parlimen Batu Berendam di Melaka yang kini dinamakan Bukit Katil.

Ayahnya, Ghafar, adalah orang kuat Umno yang bersama parti itu semenjak zaman pemerintahan perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, dan pernah menjadi ketua menteri Melaka dizaman bapa kemerdekaan Malaysia itu.

Tamrin sebelum ini pernah mendakwa Umno semakin hilang arah daripada perjuangan asal di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

"Umno sudah lari dari perjuangan asal yang mana mendahulukan rakyat," kata Tamrin dalam sebuah ceramah PR di Kuala Lumpur.

"Di bawah Najib, Umno tidak lagi membela rakyat tetapi merampas hak mereka."

Pada 26 Jun lalu, Tamrin telah diminta oleh jawatankuasa disiplin Umno untuk menghantar surat tunjuk sebab kerana mengkritik kepimpinan Najib secara terbuka.

PAS telah menerima penyertaan keahlian daripada pelbagai golongan seperti bekas pegawai kerajaan, artis dan terbaru bekas orang nombor tiga dalam Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari.

Tamrin adalah ahli Umno veteran kedua meninggalkan Umno dalam bulan Ramadan tahun ini.

Sebelum ini, ahli parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin, yang juga ahli majlis tertinggi Umno, meninggalkan parti tersebut.

Lajim juga merupakan timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan ketika meninggalkan Umno.


The Malaysian Insider
Buat pencacai-pencacai UMNO yang terbaca tu.. fikir-fikirkan... dan jangan biarkan diri anda terus menjadi mangsa pembodohan pemimpin UMNO..

Pengundi bukan Melayu di Sabah mula memberontak terhadap BN..

Posted: 10 Aug 2012 08:22 PM PDT


KOTA KINABALU, 11 Ogos — Lawatan Datuk Seri Najib Tun Razak ke Sabah hari ini penting untuk survival Barisan Nasional (BN) di Malaysia Timur dikala cakap-cakap dikalangan masyarakat bukan Melayu negeri ini telah bertukar menyokong pembangkang.

Perdana Menteri (PM) dijangka mengumumkan terma rujukan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai masalah pendatang haram Sabah pada petang ini.

Ini adalah isu kritikal yang boleh memutuskan keputusan pilihan raya akan datang bukan sahaja di Sabah tetapi di seluruh negara.

Kerusi di Malaysia Timur, Sabah dan Sarawak dianggap penting bagi BN untuk mengekalkan kuasa persekutuan oleh kerana tanpa memenangi 55 kerusi parlimen di kedua-dua negeri pada pilihan raya umum 2008, pemerintahan gabungan tersebut selama setangah abad di negara ini mungkin telah berakhir.

Penganalisis  politik Dr Arnold Puyok, berasal dari negeri Sabah, memberitahu The Insider Malaysia dalam satu temu bual di sini bahawa walaupun BN tidak mungkin kehilangan Sabah dalam pilihanraya umum akan datang, kebencian semakin meningkat terhadap gabungan itu di kalangan orang Cina, komuniti Kadazandusun dan Murut (KDM) di negeri ini - majoritinya adalah beragama Kristian.

Beliau meramalkan bahawa BN akan bermasalah dalam sekurang-kurangnya 13 daripada kerusi 25 Parlimen di negeri ini, yang yang kini dipegang parti yang berasaskan KDM dalam BN seperti Parti Bersatu Sabah (PBS) dan United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (Upko).


Dr Arnold Puyok: Meramalkan BN akan kehilangan kerusi di Sabah.
Kerusi-kerusi marginal ini termasuk Kota Marudu, Tuaran, Kota Belud, Sepanggar, Putatan, Penampang, Beaufort, Ranau, Keningau, Tenom, Beluran, Batu Sapi dan kerusi Tawau.

"Ini adalah kerusi yang kini dikuasai oleh pihak KDM dan jika anda lihat mereka, mereka dilihat sebagai sangat lemah; bahawa mereka tidak berjuang cukup keras untuk hak-hak negeri menyebabkan KDM tidak berpuas hati.

"Pergi ke bawah dan tanya pada orang ramai.- sangat jelas pengundi kecewa dengan pemimpin-pemimpin seperti (Presiden PBS, Tan Sri Joseph) Pairin Kitingan," katanya.

Bagi pembangkang pula, Puyok meramalkan kemenangan selamat di tiga kerusi parlimen — Pensiangan, Sandakan dan Kota Kinabalu — kini dipegang oleh DAP Hiew King Cheu, ahli parlimen pembangkang tunggal di Sabah.

Kabinet Najib telah bersetuju untuk membentuk RCI pada 8 Febuari lalu. Akan tetapi hampir enam bulan perkara tersebut senyap tanpa berita menyebakan BN kehilangan dua ahli parlimen kanan di Sabah — ahli parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing, timbalan presiden Upko itu, dan ahli parlimen Beaufort Datuk Seri Lajimukin, timbalan menteri persekutuan dan ahli majlis tertinggi Umno.

Kedua-dua ahli parlimen menyatakan tidak yakini terhadap Najib dan keikhlasan BN untuk membentuk RCI, permintaan utama parti Sabah selama beberapa dekad.

Beberapa hari selepas berlepas kedua-dua ahli parlimen tersebut keluar BN, Najib memberitahu sidang akhbar bahawa beliau akan mengumumkan terma RCI hari ini di Sabah, satu langkah yang dilihat sebagai usaha untuk mengawal kerosakan.

Pemimpin de facto Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, juga akan berada di Sabah pada hujung minggu ini dan dijangka mengumumkan lagi penghijrahan politik dari BN dalam satu majlis besar-besaran di Kota Marudu, kira-kira dua jam perjalanan dari Kota Kinabalu.

Kota Marudu adalah kerusi parlimen kepada timbalan presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
Seorang pemimpin UPKO memberitahu The Malaysian Insider bahawa usaha Najib mungkin terlambat untuk Sabah, bersetuju bahawa sikap sambil lewa kerajaan dalam menyelesaikan isu pendatang haram telah berusia lebih empat dekad ini menimbulkan kemarahan di kalangan masyarakat tempatan di sini.

"Ia akan dilihat sebagai satu langkah politik yang tidak ikhlas. Tetapi apa yang perlu dilakukan? Apa yang penting sekarang iadalah isu ini perlu diselesaikan.

"Terma RCI mestilah menyeluruh dan benar-benar menyelesaikan masalah itu kerana kini, walaupun pengundi KDM percaya, kita telah melakukan apa yang harus kita lakukan, keputusan yang mereka buat adalah — kalian tidak cukup berkesan," kata pemimpin tersebut.

Kemarahan terhadap RCI dan tergelincirnya sokongan terhadap BN di kalangan bumiputera bukan Islam di Sabah dan  kaum Cina, adalah dipercayai bahawa barisan pembangkang yang terlalu banyak di negeri ini boleh menjejaskan peluang mecabar penguasaan gabungan pemerintah itu ke atas negeri Sabah.

Puyok berkata pembangkang perlu bekerjasama dan memastikan perlawanan satu lawan satu di semua kerusi bagi memastikan undi pembangkang tidak berpecah.

Tetapi inimungkin tidak boleh dilakukan dengan ahli politik yang tidak menghiraukan tradisi, Datuk Jeffrey Kitingan, adik daripada Pairin, dan Parti Reformasi Negeri (STAR) turut sama dalam peperangan.

Ahli politik veteran itu, terkenal kerana telah melompat sekurang-kurangnya enam kali dari satu parti kepada lain, telah menyatakan niatnya untuk bertanding di semua kerusi di Sabah, seperti 'mebaling spanar' terhadap kerja-kerja untuk Pakatan Rakyat (PR) untuk memastikan pertandingan satu lawan satu.

Satu lagi parti pembangkang tempatan — Parti Progresif Sabah (SAPP) — telah bersetuju untuk berunding dalam perjanjian perkongsian kuasa dengan PR.

"Tetapi Jeffrey terkenal di kalangan masyarakat KDM," Puyok berkata, sambil menambah bahawa perjuangan untuk undi KDM mungkin boleh menjadi seperti perang saudara dalam keluarga Kitingan.
"Saya fikir Jeffrey sedang cuba untuk mengambil kesempatan ke atas kelemahan kepimpinan abangnya (Pairin). Jika anda melihat STAR. Jeffrey adalah seorang lelaki yang bijak.

"Dia boleh pakej agenda Borneo dengan sangat baik dan membuatnya menarik kepada pengundi KDM dan ini adalah sebab mengapa sokongan untuk STAR berkembang setiap hari," katanya.

Puyok menambah bahawa walaupun dengan kemasukan Bumburing menyertai pembangkang, perlawanan utama masih kekal diantara adik-beradik Kitingan, kedua-duanya dijangka akan berlawan di kerusi parlimen Keningau.

The Malaysian Insider difahamkan Bumburing telah ditugaskan untuk menguruskan kerusi KDM di Sabah bagi memastikan bahawa sokongan masyarakat beralih kepada pembangkang, walaupun PR berasaskan semenanjung mengetuai perjuangan.

Tetapi walaupun sokongan BN tergelincir di kalangan bumiputera bukan Islam di Sabah dan orang Cina, dipercayai bahawa Umno yang mengetuai BN masih popular di kalangan masyarakat Islam di negeri ini seperti orang Melayu dan Bajau.

Umat Islam dikatakan kira-kira 60 peratus daripada 3.12 juta penduduk Sabah. Terdapat hampir satu juta pengundi berdaftar di Sabah.

Puyok berkata ini mungkin disebabkan pembangkang persekutuan PR, bersama-sama dengan parti-parti pembangkang tempatan di negeri ini, tidak mempunyai pemimpin Islam yang berwibawa yang boleh melawan gergasi politik seperti Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

"Dalam PKR negeri, hanya terdapat Ahmad Thamrin Jaini dan pemimpin-pemimpin seperti Ansari Abdullah dan kedua-duanya tidak begitu popular. Thamrin seorang yang tenang dan dilihat sebagai lemah menyebabkan pembangkang tidak akan mampu untuk menggempur wilayah Islam," katanya.

Dalam pilihan raya umum 2008, BN kehilangan majoriti tradisi dua pertiga di parlimen yang sebahagian besarnya kerana kekalahan besar di Semenanjung, di mana ia memenangi BN hanya 85 kerusi manakala pembangkang menyapu bersih 80 kerusi.

Penyelamat BN adalah Sabah, Sarawak dan Labuan di mana gabungan itu menewaskan pembangkang dan hampir menyapu bersih kerusi, memenangi 55 kerusi parlimen meninggalkan pembangkang yang hanya menang dua kerusi.

Apa pula yang nak diistiharkan oleh Senator dari BN ini Ahad ini?

Posted: 10 Aug 2012 09:49 AM PDT


Selain dari merupakan seorang Senator dari Sabah Datuk Maijol Mahap adalah bekas Naib Presiden Pasok Momogun Kadazan Dusun Murut (UPKO).

Setelah bersama dengan Barisan Nasional selama 14 tahun beliau telah mengambil keputusan meninggalkan Barisan Nasiaonal.

Maijol adalah merupakan salah seorang pemimpin kanan UPKO yang turut menyertai Timbalan Presiden parti yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing yang mengisytiharkan perletakan jawatan mereka dari parti dan BN.

Menurutnya beliau meninggalkan Barisan Nasional kerana "Saya tidak lagi menaruh kepercayaan bahawa BN boleh atau akan menyelesaikan isu isu kritikal di Sabah, contohnya seperti isu PATI yang telah lama berlarutan, kadar kemiskinan yang tinggi di Sabah, penyisihan terhadap kaum KDM (KadazanDusun Murut) dari perkhidmatan awam dan anugerah biasiswa, masalah masalah tanah, royalti minyak 5%, Borneonisasi dan Dasar Kabotaj,"

Dari jadual Program DS Anwar Ibrahim di Sabah 12 Ogos 2012 iaitu Ahad ini Senator Datuk Maijul Mahap akan membuat satu perisytiharan dalam Program Ramadhan Bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim Di Sabah.

Sementara itu..

PETALING JAYA, 9 Ogos - Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa seorang lagi pemimpin politik di Sabah akan mengumumkan pendirian menyokong pembangkang ketika lawatannya ke negeri itu pada Ahad ini (12 Ogos).

Tanpa mengulas lanjut, ketua pembangkang itu bagaimanapun menegaskan tidak menjanjikan kejutan besar bakal berlaku pada tarikh itu seperti yang pernah dijanjikannya untuk membentuk kerajaan pada pada 16 September 2008.

"Yang penting kejutan itu daripada rakyat...kebangkitan rakyat. Apa yang kita sebutkan sebagai kejutan itu sebenarnya adalah kebangkitan rakyat.

"Kebetulan beberapa tokoh turut serta (sertai Pakatan Rakyat) dan pada 12 Ogos ini seorang lagi akan umumkan (penyertaan)," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Anwar dijadual mengadakan lawatan ke kawasan Parlimen Kota Marudu dan Kota Belud Ahad ini.

Kedua-dua kawasan berkenaan kini diwakili Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) iaitu Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Ini jadual Program  Datuk Seri Anwar Ibrahim Ahad ini...

Program Ramadhan Bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim Di Sabah

1) 2.00 – 5.00 ptg – Perisytiharan YB Senator Datuk Maijul Mahap

Lokasi: Kediaman YB Senator Datuk Maijul Mahap Kg. Kokobuan, Goshen, Kota Marudu

Penceramah : 
i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
ii. YB Dato' Seri Panglima Lajim Ukin
iii. YB Senator Datuk Maijul Mahap
iv. YB Saifuddin Nasution
v. YB Tian Chua
vi. YBhg Ahmad Thamrin Jaini

2) 6.30 ptg – Iftar / Maghrib / Tazkirah / Isya' / Tarawikh
Lokasi: Masjid Kampong Kulambai, Kota Belud

3) 8.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – Merdeka Rakyat
Lokasi: Restoran Suang Suka, Kg Kulambai, Kota Belud

Penceramah: 
 i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
ii. YB Dato' Seri Panglima Lajim Ukin
iii. YB Senator Datuk Maijul Mahap
iv. YB Saifuddin Nasution
v. YB Tian Chua
vi. YBhg Ahmad Thamrin Jaini

Apa pulak yang nak diistiharkan oleh Senator dari Barisan Nasional ini kali ini..

Pening lagilah Najib nampaknya...

Tiada ulasan: