Jumaat, 10 Ogos 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Shahrizat bingung atau bengong?

Posted: 10 Aug 2012 09:16 AM PDT


Bekas Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil didapati tertekan ketika berhadapan peguam bela, Ranjit Singh.

"Saya rasa situasi tadi telah meletakkan Shahrizat dalam keadaan tertekan," kata Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin ketika ditemui.

Shahrizat juga dilihat bingung untuk menjawab soalan hingga terserlah perwatakan beliau sebagai seorang ibu yang tidak peka terhadap kehidupan suami dan anak-anak.

"Saya tahu anak saya bekerja dengan suami saya, tapi apa yang mereka buat dan ke mana (mereka pergi) saya tidak tahu," kata Shahrizat.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, situasi kes berlangsung tadi merupakan satu permulaan yang baik bagi perjalanan kes itu.

"Peguam telah melakukan kerja yang baik, seronok melihat prosiding tadi," katanya.

Mahkamah menetapkan perbicaraan kes disambung 18 September depan.

Laporan sebelumnya...

Shahrizat akhirnya akui tahu projek NFC dikendali suami

KUALA LUMPUR 10 Ogos: Datuk Seri Shahrizat Jalil akhirnya mengaku hari ini bahawa beliau tahu tentang projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang dipengerusikan suaminya.

Isnin lalu, bekas Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat itu beriya-iya menafikan beliau tidak tahu menahu tentang projek tersebut, malah mengatakan tidak menjaga urusan kerja suaminya.

"Saya dapat tahu tentang NFC melalui suami dan media," kata Shahrizat.

"Dalam tahun 2006 hingga 2007, suami saya minta anak-anak pulang dari luar negara untuk bantu urus projek," katanya.

"Bila suami beritahu dia nak anak-anak bantu bina ladang, masa itu baru saya tahu tentang projek NFC," jelas Sahrizat lagi.

Beliau juga beberapa kali mengelak menjawab soalan peguam pembela, Ranjit Singh.

"Jika keluarga menteri dapat keuntungan dari projek kerajaan, adakah menteri itu juga akan dapat untung?" soal Ranjit.

Shahrizat bagaimanapun enggan menjawab soalan tersebut.

Jawapan Shahrizat semasa memberi keterangan pada perbicaraan kes itu pagi tadi mendapat reaksi pimpinan KEADILAN termasuk Pengarah Strategi, Rafizi Ramli yang juga saksi dalam kes ini.

"Mahkamah keluh kesah (orang Umnolah yang gelisah) bila Kak Jat (Shahrizat) bagi keterangan dia tak tahu anak dia kerja apa walaupun kerja dengan suaminya," tulis Rafizi dalam twitternya.

Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin turut mengkritik sikap dolak dalik Shahrizat itu.

"Keluarga itu cukup berahsia, dia tak tahu suaminya kerja apa, anaknya kerja apa dan suaminya juga mungkin tak tahu dia Menteri," kata Badrul yang lebih dikenali Chegu Bard ketika membalas tulisan rakan twitternya.

Sementara itu, Setiausaha Wanita, Juwairiya Zulkifli mempersoal tindakan Ketua Wanita Umno itu kerana memberikan jawapan berbelit-belit.

"Kak Ijat cakap terlalu berhati-hati sampai terjerat sendiri…Cakap saja terus terang apa yang dia tau! Tak payah nak reka-reka.

"Kak Ijat ni jawab flip flop dan tak faham-faham soalan peguam," kata Juwairiya lagi.


http://www.keadilandaily.com/?p=34343

Blogger SharpShooter dibebaskan semula..

Posted: 10 Aug 2012 02:34 AM PDT


Saudara Amizuddin Ahmat @ Din Binjai admin Blog SharpShooter yang dijatuhkan hukuman hukuman penjara tiga bulan berkuatkuasa hari ini oleh Mahkamah Tinggi di sini, dibebaskan semula.

Amizuddin dibebaskan untuk perbicaraan semula pada Isnini ini bagi memohon penangguhan hukuman.

Laporan sebelum ini sila baca di ( SINI )

Hina mahkamah: Blogger SharpShooter dipenjara 3 bulan..

Posted: 09 Aug 2012 11:54 PM PDT


KUALA LUMPUR - Blogger Amizudin Ahmat hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas dia didapati bersalah menghina mahkamah apabila menerbitkan 11 lagi artikel memfitnah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof semasa menyampaikan keputusan itu berkata Amizudin telah melanggar perintah mahkamah yang melarangnya daripada terus menerbitkan artikel memfitnah mengenai Rais dalam laman blognya.

"Ini satu kes penghinaan yang serius, mahkamah kenakan perintah custodial selama tiga bulan penjara, berkuatkuasa hari ini," katanya.

Beliau berkata jika dilihat keseluruhan kes itu, penghinaan yang dilakukan Amizudin bukan sekali berlaku, tetapi beberapa kali dan ia bukan satu perkataan yang boleh diterima.

"Saya nak baca perkataan itu pun, tidak tergamak," katanya.

Selepas Zabariah membacakan keputusannya, Amizudin yang berada di luar kandang tertuduh bangun dan berkata: "Saya mengaku saya silap, saya memohon maaf, saya tidak faham".


Sinar Harian

Haram sokong DAP?.. Dr. Asri bidas Pengasas Pondok Geting

Posted: 09 Aug 2012 08:11 PM PDT


SHAH ALAM - Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berharap pandangan seperti haram dan berdosa mengundi DAP tidak membawa kemudaratan, dan 'fatwa' sedemikian perlu diteliti semula dalam konteks politik sebenar negara ini.

Mohd Asri berkata, oleh kerana perkara tersebut merujuk kepada DAP, rakan politik dalam Pakatan Rakyat (PR), Barisan Nasional (BN) juga ada parti komponen yang mempunyai pendirian seakan sama dengan DAP.

"Itu, kalau kita kata haram, kena melihat pada alasan mengapa kita kata begitu.

"Kalau kita kata haram (mengundi DAP) kerana dia tidak menyokong negara Islam, ada juga parti dalam BN seperti MCA dan MIC tidak menyokong... jadi kita mengambil pendirian sebahagian sahaja (dalam mengatakan haram dan dosa)," kata beliau.

Mohd Asri mengulas kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat Abdullah Sa'amah, dipetik Utusan Malaysia kelmarin bahawa bahawa umat Islam tidak boleh menyokong DAP kerana ia haram serta berdosa.

Gesaan itu adalah ekoran pendirian parti Pas untuk terus bekerjasama dengan DAP sedangkan pengerusi DAP Karpal Singh berkeras supaya Pas menggugurkan niat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.

Mohd Asri, Ahli akademik dari Universiti Sains Malaysia dan baru pulang ke tanah air selepas dilantik sebagai felo di Pusat Pengajian Islam Oxford selama lapan bulan menambah, jika perkara tersebut dilihat secara menyeluruh dan perlu dibincangkan, ia harus dibawa ke Majlis Fatwa Kebangsaan untuk membuat keputusan.

"Kita tidak boleh membuat fatwa sendiri, kita kena bincang perkara ini supaya tidak bercelaru," kata beliau sambil berkata, pandangan sedemikian tidak wajar kerana boleh membawa kepada kemudaratan dalam negara yang penduduknya pelbagai kaum dan agama.

Katanya, realiti politik di negara ini berbeza dan ia disedari oleh komponen Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN).

Sambil menekankan bahawa beliau tidak mahu menyentuh secara mendalam soal fatwa, Mohd Asri berkata, jika DAP dilabel sebagai "kafir harbi", ia akan membawa kesan yang mendalam, seolah-olah meminta orang Islam berperang.

"Saya tidak kata apa yang diperkatakan itu betul atau salah, tetapi kenyataan dikeluarkan mengenai soal haram dan dosa, perlu diteliti semula, kemudian boleh berbincang. Saya lihat itu hanya pandangan peribadi sahaja," kata beliau lagi.

"Kemungkinan dia tidak tahu kesan kenyataan, kesan perkataan dikeluarkan, tidak tahu bahawa ia boleh membawa kepada permusuhan, tidak baik bagi negara majmuk dan pelbagai agama seperti Malaysia," katanya.

Mohd Asri juga berkata, beliau tidak memihak kepada PR atau BN yang ada parti komponen atau wakil rakyat bukan Islam.

"Juga ada wakil bukan Islam dalam kerajaan. Jadi, kita perlu fikir semula perkara (kenyataan) itu semula," katanya lagi.

"Haram perlu kedua-dua sebelah. Kita tidak boleh memilih, hanya satu parti... jadi kita memerlukan penjelasan, kita kena menjustifikasikan," katanya lagi.

Sehubungan itu katanya, pada 1980-an, Pas sendiri pernah berpendirian sedemikian dengan menggunakan perkataan kafir ke atas penyokong BN.

"Tetapi hari ini mereka sedar bahawa pemerintahan negara ini memerlukan sokongan pelbagai pihak. Pas sudah berubah. Dan, hari ini seolah-olah Umno mengambil pendirian macam Pas tahun 1980-an.

"Esok, keadaan akan berubah. Jadi kita boleh menggunakan agama sebagai panduan berpolitik, tetapi tidak harus menjadikan ia sebagai instrumen politik.

"Agama mengatasi politik. Jadi, kita jangan campur aduk politik dan agama, jangan gunakan agama untuk politik," katanya lagi.

  Sinar Harian Online

UMNO pecat kakitangannya yang bawa anak untuk dicukur jambul oleh TG Nik Aziz?

Posted: 09 Aug 2012 05:00 PM PDT


Semuanya bermula apabila sebuah Blog Pro UMNO yang menumpang populariti PKR menyiarkan gambar di atas alam blog nya bertanya adakah Zahrul Majid ini staff Dato Raof yang bekerja di pejabat perhubungan UMNO di PWTC ?

Zahrul Majid lelaki yang memegang bayi dalam gambar di atas dikatakan pernah pernah bertanding Exco Pemuda UMNO Pusat.

Admin Blog tersebut bertanya kerana kononnya ada perkara yang tidak kena sedang berlaku kerana Zahrul membawa anaknya untuk dicukur jambul oleh TG Nik Aziz.

Hasilnya beliau dilaporkan telah dipecat dari jawatannya setelah bertahun-tahun berkhidmat..

Berikut adalah laporan dari MSO

Kesalahannya hanya sedikit sahaja kerana membawa anaknya cukur jambul dengan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz seorang pegawai di ibu pejabat Umno dipecat dari jawatannya. 

Begitulah kekejaman Umno di atas muka bumi ini. Kejadian ini berlaku penghujung bulan lepas. 

Pegawai berkenaan yang dikatakan seorang dedikasi tidak pun diberi peluang untuk membela diri atau menjelaskan kenapa beliau membawa anaknya bercukur jambul dengan Nik Aziz. 

Ekoran tindakan itu pegawai berkenaan yang sudah berkhidmat bertahun-tahun dengan ibu pejabat Umno kehilangan kerja. 

Tindakan memecat kaki tangan tanpa kesalahan fatal menjelaskan kerakusan dan kezaliman parti berfahaman kebangsaan itu. 

Tindakan ini jelas berbeza dengan cara Pas menangani masalah perbezaan fahaman politik. 

Misalnya di Kuala Krai salah seorang pengerusi Ladang Rakyat yang menyokong salah seorang bakal calon Umno tidak dikenakan apa-apa tindakan. 

Perbuatan pengerusi Ladang Rakyat itu bukan secara senyap tetapi terang-terangan yang sepatutnya sudah dipecat kerana membantu bakal calon lawan. 

Umno perlu memperbetulkan tindakan rakus seperti ini untuk mengelakkan ianya dianggap zalim. 

Apalah salahnya kalau pegawai berkenaan membawa anaknya cukur jambul. 

Mungkin dia berbuat demikian kerana di dalam Umno tidak ada mana-mana tokoh yang pandai dan arif dengan budaya cukur jambul. 

Jamil Bahrom walaupun menteri agama tetapi jarang nampak dia mencukur jambul budak sebaliknya jambul beliau yang terlihat apabila beliau terlupa memakai songkok - MSO

Hmm.. nak kata apa lagi.. berkawan dengan Komunis, dinasihati pulak oleh Zionist.. jadi macam tu lah perangainya...

Lebih zalim dari Zionist sedniri..

Tiada ulasan: