Sabtu, 11 Ogos 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Bala menimpa Najib, lagi dan lagi

Posted: 11 Aug 2012 05:42 AM PDT

Maka adalah lebih baik dan bertepatan dengan desakan Sivarasa (gambar) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahukan supaya satu suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi menyiasat percanggahan antara dua akuan yang dibuat Balasubramaniam. Desakan itu sudah lama di sini

Tambahan pula apabila memandangkan Utusan Meloya cuba membersihkan imej PM Najib di sini

Ingat lagi kah baahawa pada 1 Julai 2008, Balasubramaniam dalam satu sidang akhbar bersama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabat PKR telah mendedahkan mengenai hubungan langsung Timbalan Perdana Menteri bersama wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh pada Oktober 2006.

Selang tiga hari selepas itu, pada 4 Julai, Tiba-tiba Bala telah menarik balik tuduhan itu.

"Dengan ini, saya menarik balik seluruh isi kandungan dalam akuan bersumpah saya yang bertarikh 1 Julai 2008. Saya membuat akuan bersumpah itu dalam keadaan tertekan," katanya.

Dalam Akuan Sumpah pertamanya itu, Bala mendedahkan bahawa Abdul Razak pernah memberitahunya yang mendakwa Najib pernah melakukan hubungan seks luar tabie dengan wanita Mongolia yang diletupkan itu, Altantunya Sharibuu.

Sebelum ini Bala Menimpa Najib di sini

Kes Rogol Kanak-Kanak - Sistem Kehakiman Negara Semakin Lintang Pukang

Posted: 10 Aug 2012 05:11 PM PDT

Lim Guan Eng dipenjara kerana mempertahankan gadis Melayu
yang dirogol oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Tamby Chik

Tentu kita ingat lagi perbicaraan Lim Guan Eng, 1997 - perbicaraan mengenai kes rogol gadis bawah umur oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

Rahim dikatakan merogol seorang murid sekolah berumur 15 tahun. Kanak-kanak perempuan itu telah memberi bukti bahawa dia melakukan hubungan seks dengan menteri tersebut.

Di bawah undang-undang Malaysia , hubungan seks dengan gadis bawah umur dianggapi sebagai rogol tanpa mengira adakah gadis itu bersetuju dengan perlakuan atau tidak.

Kanak-kanak perempuan itu kemudian dihukum tiga tahun jagaan perlindungan di Pusat Pemulihan. Lim Guan Eng kena Tiga Tahun Penjara. Perogol kanak-kanak itu meletakkan jawatannya. Dia tidak dituduh secara rasmi bagi kes rogol dan tuduhan-tuduhan rasuah telah digugurkan.

Tahu kenapa? Sebab Rahim adalah seorang negarawan. Negara sangat memerlukan seorang pemimpin sepertinya. Sebab itu dia kini dilantik oleh Najib sebagai Pengerusi Risda


Begitulah yang berlaku kepada Noor Afizal Azizan. Dia seorang pemain Bowling terkenal Negara.

Negara sangat memerlukan pemain yang berbakat sepertinya. Lantaran itu, walaupun dia merogol kanak-kanak perempuan bawah usia 13 tahun, dia hanya dikenakan bound over dengan ikat jamin RM25, 000 untuk berkelakuan baik selama lima tahun.

Begitulah keputusan Mahkamah sesyen. Hakim tu kata kerana suka sama suka, dia dibebaskan - hanya perlu ikan jamin RM25, 000 untuk berkelakuan baik selama lima tahun akan datang!

Pihak pendakwaan tentulah tidak puas hati kerana merasakan hukuman tersebut terlalu ringan dan tidak munasabah maka kes dibawa kes ke Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Tinggi mendapati dia bersalah. Perogol kanak-kanak ini pun dijatuhi hukuman penjara 5 tahun sahaja.

Sepatutnya, Perogol tadi tu dah boleh buat kenduri kesyukuran sebab hanya dikenakan hukuman minima 5 tahun penjara sahaja dan tidak dikenakan sebat sebagaimana yang sepatutnya.

Maka dia pun bawa kes itu ke Mahkamah Rayuan. Entah macam mana pula Mahkamah Rayuan dengan tiga hakim ini pula memutuskan, kerana dia seorang juara bowling negara dan mempunyai masa depan yang cerah, dia perlu dibebaskan – bound over dengan ikan jamin RM25, 000 untuk berkelakuan baik selama lima tahun . Korang tak rasa pelikah? Cer baca laporan di sini

Lintang pukang betul sistem kehakiman negara kita nih! Jangan biarkan keadaan ini berterusan. Kita kena tukar pemerintahan Umno/BN yang semakin korup ini.

Saya kurang pasti siapa dia 3 hakim Mahkamah Rayuan tersebut. Mungkinkah itu The 3 Stoogers?


Sekarang baru kita faham, pasal apa Rahim Tamby Chik bekas Menteri Besar Melaka dulu tu boleh terlepas dari hukuman merogol kanak-kanak bawah umur dan Lim Guan Eng yang cuba membela kanak-kanak itu pula dikenakan penjara.

Kalau ada siapa-siapa yang nak bela budak yang jadi mangsa rogol ini, fikir-fikirlah banyak kali dulu kerana sistem kehakiman di negara ini sejak dulu lagi tidak mampu memberikan keadilan kepada mangsa rogol kanak-kanak.

Menurut Kanun Keseksaan, hubungan seks dengan gadis di bawah umur adalah rogol. Tidak kira suka sama suka, ia adalah dikira rogol. Budak lelaki ini tiada jalan lain terpaksalah mengaku bersalah.

Hukuman yang boleh dikenakan ke atas orang disabitkan kesalahan dengan jenayah rogol terdapat dalam Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu:
"Barang siapa melakukan rogol hendaklah dihukum penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dan hendaklah kenakan hukuman sebat."

Tiada ulasan: