Jumaat, 10 Ogos 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Tema "Sebangsa, Senegara, Sejiwa " Membuat Umno/BN Sakit Jiwa

Posted: 10 Aug 2012 02:54 AM PDT

Pelancaran Logo yang di rasmikan oleh Pakatan Rakyat pagi tadi yang bertemakan "Sebangsa, Senegara, Sejiwa' menjadikan Umno/BN semakin tenat diserang Sakit Jiwa.

Huh! Tentu Rais Yatim tergaru-garu kepala apabila melihat nih! Logo dan tema Pakatan Rakyat untuk menyambut hari Merdeka.

Susah untuk tidak percaya, tapi apakan daya, begitulah hasilan kreatif dari orang ramai yang terbukti mampu memukau sesiapa sahaja apabila ianya diolah dengan rasa ikhlas dan kejujuran.

Habislah...semakin botak licin kepala ko Rais kerana tergaru-garu kepala memikirkan bagaimana Pakatan Rakyat mampu mengadakan Logo dan tema yang sangat menarik ini :

Pak Menteri yang terkenal amat gemar apa sahaja 'benda' yang datang dari seberang jiran sana tu terpaksa mengganti logo kontraversi Hari Merdeka 2012 kepada logo 1Malaysia sahaja, manakala temanya '55 Tahun Merdeka Janji Ditepati' dikekalkan.

Apa salahnya kita mengimbas semula logo tersebut yang pernah dipertahankan bermati-matian oleh Menteri yang sudah menapos hotaknya itu walaupun logo tersebut dicemuh oleh masayarakat cyber juga oleh beberapa pakar grafik tempatan.

"Tahun ini seperti tahun lalu tiada logo rasmi melainkan logo 1Malaysia. Cuma temanya ialah 55 Tahun Merdeka Janji ditepati."

Itulah sahaja yang mampu dia katakan setelah terpaksa menerima hakikat bahawa logo tersebut langsung tidak bermutu dan haprak macam menteri itu sendiri!

Tentu Rais malu untuk mengakuinya. Sedangkan isu lagu yang terang-terang hasil ciplak lagu gereja dari Sabah itu pun dia cuba tegakan benang basahnya.

Amboi sedap sangat bila mengata kat orang! Habihlah pahala puasa aku hari ini! Macam mana tak geram sama menteri ini bila dia mencemuh pengkritiknya dengan berkata :

Sesuatu tema, slogan terbuka kepada persepsi.Jika minda dah
tertutup danhati dah keras, semuanya nampak tidak baik


Apakah PM Najib masih menaruh keyakinan untuk menyimpan orang macam ini sebagai winable candidate dalam PRU 13 nanti? Kalau tanya aku, Rais ni lebih layak ditaruh ke dalam muzium sebagai bahan khazanah purba sahaja!

Pakatan Rakyat Jauh Lebih Baik Daripada Umno/BN - Abdullah Antong

Posted: 09 Aug 2012 05:11 PM PDT

Abdullah Antong, yang pernah bertugas sebagai Setiausaha DUN Perak yang kontaversi suatu ketika dalam peristiwa hitam perebutan kuasa di negeri Perak pada 7 Mei 2009, telah bersara November 2010.

Beliau telah berkhidmat selama 29 tahun dengan kerajaan Umno/BN, termasuk selama 11 bulan dengan PR , mendedahkan beberapa perbezaan antara PR dengan BN/Umno terutama mengenai ketelusan, keupayaan dan juga beberapa karakter kepimpinan yang tidak dapat ditandingi oleh pimpinan UMNO BN.

Beliau sendiri berasa tidak berapa yakin ketika Pakatan Rakyat memulakan tugas.Tetapi walaupun hanya selama 11 bulan dengan PR, tanggapan serong dan negatif terhadap kemampuan pimpinan Pakatan Rakyat itu amat meleset sekali.

Pakatan Rakyat Jauh Lebih Baik Daripada Umno/BN

Pakatan Rakyat ada kemampuan untuk mentadbir dan terbukti telah melakukannya dengan lebih baik berbanding dengan Umno/BN yang selama ini diberikan amanah tersebut.

Abdullah menyentuh beberapa perkara kecil dan mudah tetapi tidak pernah mampu dilaksanakan oleh pemimpin Umno/BN sejak dulu mahu pun sekarang. Antaranya ialah :

1. Adun-Adun Pakatan Rakyat terutama EXCO sangat mesra dan mudah mendampingi pegawai dan kakitangan kerajaan. Mereka tidak terlalu birokrasi.

2. Semua Exco Pakatan Rakyat termasuk dari kalangan DAP cukup merendah diri dan tidak sombong dan egois.

3. Tidak pernah sebelum ini seorang Menteri Besar boleh turun makan tengah hari di kantin bersama pegawai-pegawainya melainkan Dato' Seri Nizar.

4. Pemerintahan Pakatan Rakyat sangat telus sehinggakan Nizar sering menasihatkan kepada Exco-Exconya supaya tidak mengambil kepentingan parti melainkan kepentingan rakyat.

5. MB dan para EXCOnya begitu teliti terhadap semua kertas mesyuarat sama ada mahu melulus atau menolak. Semua diberi peluang untuk memberi pandangan.

6. Dalam kos jamuan keraian anjuran kerajaan negeri juga dikurangkan termasuklah jamuan sewaktu mesyuarat EXCO. Setiap kali mesyuarat EXCO kos jamuan hanya RM 45 sehari sekepala berbanding dulu hanya untuk minum pagi sahaja RM 45 sekepala.

7. Waktu solat, surau di pejabat SUK sangat meriah, Dato' Seri Nizar sendiri akan mengimamkan solat berjemaah seterusnya menyampaikan tazkirah. Ini sangat berbeza dengan pemerintahan BN.

8. Ketika bulan Ramadhan dihiasi dengan pelbagai program seperti tazkirah setiap pagi dimana semua EXCO, ADUN yang muslim serta beberapa pegawai kerajaan termasuk SUK, pegawai kewangan dan Mufti diberi peluang menyampaikan tazkirah Ramadhan. Ia sangat mengesankan sekali sehingga ada EXCO DAP menyatakan turut merasa seronok mendengar tazkirah pagi.

9. Pemberian bubur lambuk yang dibuat sendiri oleh pimpinan Pakatan Rakyat dan pelbagai lagi program untuk mengimarahkan bulan Ramadhan.

10. Dalam mesyuarat Exco Pakatan Rakyat, mereka tidak langsung membawa kepentingan peribadi berbanding dengan BN yang sentiasa membawa kepentingan peribadi.

Umno/BN Mengelirukan Rakyat

Abdullah juga turut menyenaraikan beberapa perkara laian seperti pemberian air percuma, pengecualian kompaun, pemberian tanah hak milik kekal kepada kampung tersusun dan Kampung Baru, dermasiswa kepada pelajar-pelajar yang ke IPT, dan sebagainya.

Menurut Abdullah, UMNO sengaja mengelirukan rakyat mengenai pemberian hak milik kekal kepada penduduk Cina di Kg Baru, manakala pemberian hak milik kekal kepada orang Melayu di Kg Tersusun yang majoritinya orang Melayu tidak pula disebut oleh mereka, sedangkan jumlahnya jauh lebih banyak.

Beliau menyatakan modal utama BN bagi memberi persepsi buruk masyarakat terahadap PAS ialah bahawa Dato' Seri Hj Nizar adalah "boneka" atau "kuda tunggangan" DAP - hanya ikut telunjuk EXCO DAP dalam membuat apa sahaja keputusan

DAP Tidak Anti Islam Atau Perkauman

Abdullah turut menyanggah tuduhan Umno/BN bahawa DAP memusuhi Islam dan perkauman dalam tindak tanduknya. Persefahaman antara Ecxo sangat baik dan mereka menghormati Dato' Seri Nizar sebagai Menteri Besar walaupun DAP majoriti, katanya.

Beliau memberikan contoh dimana Dato' Ngeh telah mencadangkan untuk meluaskan lagi tapak sebuah surau di Sitiawan bagi memudahkan parking kereta umat Islam yang hendak beribadah waima pada mesyuarat sebelumnya telah mewartakan seluas setengah ekar sahaja.

Mesyuarat Exco pernah menolak permohonan pembinaan tapak tokong di Tambun walaupun pada mulanya telah diberikan persetujuan. Exco dari kalangan DAP tidak membantah keputusan itu atau mempertahankan permohonan tersebut dan mereka semua setuju kerana mereka akur dengan alasan yang diberikan oleh jabatan berkaitan yang tidak bersetuju atas alasan ianya terletak di tepi gua yang sangat bahaya dan tidak sesuai untuk medirikan tokong.

Bukan Mahu Jadi Calon PAS

Beliau hanya mahu bekerjasama dengan PAS dan PR bukan ada apa-apa kepentingan, juga bukan untuk mendapat imbuhan atau balasan.

"Saya tidak berniat langsung untuk menjadi pemimpin PAS atau menjadi calon. Saya mahu UMNO/BN tumbang dalam PRU akan datang." Demikian penafian beliau mengenai desas desus yang kononnya beliau ada udang di sebalik batu.

Beliau turut menyeru seluruh rakyat Perak supaya berani buat perubahan pada PRU akan datang dengan mengembalikan semula kuasa PR melalui kuasa rakyat.

Menurutnya, Umno/BN yang berkuasa hari ini bukan kuat dan bukan dapat kuasa melalui cara demokrasi tetapi melalui 3 orang Adun yang mengkhianati mandat rakyat.

Beliau yakin Insya Allah, PR akan kembali memerintah Perak selepas ini. SUMBER

Tiada ulasan: