Sabtu, 11 Ogos 2012

Addin

Addin


Gadis Meraung Bawah Treler

Posted: 11 Aug 2012 09:05 AM PDT

KULIM - Seorang remaja perempuan nyaris maut apabila motosikal yang ditungganginya terperosok di bawah sebuah lori dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat berhampiran sebuah kilang di Kulim Hitech, dekat sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa berusia 21 tahun dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum merempuh bahagian tengah treler berkenaan.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, dia melihat seorang gadis meraung kesakitan apabila terperosok di bawah treler berkenaan bersama motosikalnya.

Menurutnya, pada masa sama, orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana menyangka mangsa kemalangan itu mungkin mengalami kecederaan serius apabila melihat keadaan motosikal yang remuk.

"Bagaimanapun, mangsa tidak cedera serius lalu dibawa ke Hospital Kulim untuk menerima rawatan," katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, kejadian berlaku ketika treler terbabit dalam perjalanan dari Sungai Kob membelok ke kanan sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat itu.

Menurutnya, motosikal yang ditunggangi wanita itu datang dari arah sama dan ingin membelok ke kanan untuk ke tempat kerjanya.

"Akibat kejadian itu, mangsa bersama motosikalnya terjatuh di bawah treler berkenaan. Mangsa cedera di kaki dan punggung dan dibawa ke Hospital Kulim dengan ambulans untuk menerima rawatan," katanya. ~hmetro


Najib Bakal Tergagap Bila Baca Berita Nih..

Posted: 11 Aug 2012 06:27 AM PDT

Anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Ghafar Baba dijangka akan menyertai Parti Islam Semalaysia (PAS) malam ini di Taman Melewar, Gombak, Selangor. Sekaligus secara automatik keahliannya bersama Umno-APCO terbatal secara automatik kerana mengikut perlembagaan Umno-APCO, keahlian seseorang ahli akan terbatal sekiranya menyertai parti lawan, berbeza dengan tindakan Lajim Ukin yang diberi surat tunjuk sebab 14 hari kerana keluar Umno-APCO tetapi tidak menyertai parti lawan sebaliknya menubuhkan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang mesra-Pakatan Rakyat.

Memetik sumber, Tamrin akan menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang selepas solat Tarawih malam ini.

Kemasukan Tamrin yang sudah berada di pentas ceramah PAS sejak beberapa bulan lalu pasti akan menyebabkan Umno-APCO semakin hilang kepercayaan daripada ahlinya sendiri kerana Tamrin lantang mengkritik dasar-dasar Umno-APCO yang sanggup memberi kerakyatan kepada pendatang asing supaya mengundi parti itu dalam pilihanraya umum akan datang.

Sambil berseloroh, semalam, Tamrin berkata beliau menyertai PAS setelah mendapat ilham yang akhirnya diterjemahkannya malam ini.

Beliau yang kini masih lagi ahli Umno-APCO berkata, banyak pihak sebelum ini mengajaknya menyertai parti Islam itu namun belum tergerak hati berbuat demikian walaupun sering tampil berceramah di pentas PAS.

"Tunggu la, dapat ilham nanti saya join la. Tuan-tuan doa la malam ni untuk saya supaya saya cepat sikit masuk PAS," katanya sambil tersenyum.

Beliau berkata demikian menjawab soalan hadirin pada Majlis Berbuka Puasa anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) di sebuah restoran di Gombak semalam.

Soalan tersebut berhubung pelbagai gesaan agar beliau meninggalkan Umno-APCO dan menyertai Pakatan Rakyat ekoran dilihat tidak sebulu lagi dengan pimpinan Umno pada hari ini.

"Saya secara peribadai lebih seronok dengan tuan-tuan ni, cuma bila PAS nak terima saya.

"Saya dah ikut Mazlan (Aliman) lama dah, tapi baju hijau tak dapat lagi. Mana boleh join PAS stakat pakai skaf," katanya berseloroh lagi sambil merujuk gambarnya di poster di belakang pentas.

Poster tersebut mempamerkan gambarnya memakai skaf hijau dengan tulisan PAS dalam satu ceramah di ibu negara sebelum ini.

Sementara itu, beliau turut ditanya apakah amanat terakhir Ghafar kepada anak-anak.

Beliau berkata, almarhum ayahandanya banyak kali berpesan agar anak-anak berjuang untuk kepentingan rakyat.

"Kami dinasihatkan kalau berjuang berjuang utk rayat. Itu pesan dia banyak kali.

"Dia kata biar kita miskin (dunia) tak mengapa, janji tuhan tahu kerja baik kita," katanya. ~harakahdaily



Ustaz Azhar Idrus Di Tuduh Bodoh, Bahalol

Posted: 11 Aug 2012 03:51 AM PDT


Inilah petanda akhir zaman.. Bagaimana seorang yang jahil tentang agama boleh mengutuk orang sesuka hati, lebih-lebih lagi seorang pendakwah. Bodoh, bahalol adalah perkataan 'manis' daripadanya.

Rupa-rupanya mereka nih tidak faham perumpamaan dan contoh yang Ustaz Azhar Idrus berikan. Oleh itu kalau tak faham, kenalah bertanya. Jangan mengutuk sesuka hati saje.

Inilah orang jahil agama bila berbicara, ikut sedap mulut je tanpa berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata. Takutlah azab seksa Allah SWT yang amat pedih.

Satu pesan untuk cik adik ni…kalau gambar tu bertudung lagi elok.. nanti berpanjangan dosa tu.

Wallahulam..


Qiam With Me Dapat Pengiktirafan Malaysia Book Of Record

Posted: 11 Aug 2012 12:02 AM PDT

KOTA BHARU- Kelantan negeri pertama di negara ini mencipta sejarah mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Record (MBOR) dengan penyertaan terbesar seramai 6,000 rakyat berqiamulai bersama Sultan Muhammad V, malam kelmarin.

Terdahulu dalam majlis bersempena Qiam With Me bersama Sultan Muhammad V yang bersejarah dan julung kali diadakan di Istana Negeri, Kubang Kerian itu, baginda menunaikan solat Isyak dan Tarawih bersama rakyat.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Exco Kerajaan Negeri serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Pada program tersebut juga Tuanku perkenan menyampaikan zakat RM200 seorang kepada 1,433 asnaf seluruh negeri ini dan pada jam 11 malam, tazkirah diadakan oleh Ustaz Azhar Idrus.

Pegawai MBOR, Zuhairi Mohammad Zain berkata, pengiktirafan itu diberikan kerana program itu mencapai jumlah sasaran dan syarat minimum yang ditetapkan MBOR iaitu minimum 5,000 peserta.

"Program seperti ini pertama kali dianjurkan di negara ini dan Kelantan satu-satunya negeri yang melakukan Qiamulai secara besar-besaran yang membabitkan penyertaan yang ramai," katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Zuhairi berkata, penganjuran program seumpama itu dapat mengimarahkan aktiviti keagamaan di negara ini sekali gus menghidupkan semangat untuk berqiamulai.

"Pelbagai rekod bersifat keagamaan dicatat sebelum ini iaitu membaca al-Quran dalam tempoh yang lama iaitu 100 jam, begitu juga agama lain kita akan bagi pengiktirafan sekiranya ingin melakukan aktiviti untuk mencipta rekod," katanya.

Sementara itu, Bendahari Pertubuhan Kerabat Di Raja Kelantan Al-Muhammadi, Tengku Ibrahim Farihadin Tengku Feissal berkata, program tersebut anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, bersama Pertubuhan Kerabat Di Raja Kelantan Al-Muhammadi dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam.

Beliau berkata, anjuran seperti program sedemikian merupakan satu langkah baik untuk mengeratkan silaturahim antara Kerabat Di Raja Kelantan dengan rakyat setempat. ~sinarharian


Panas!! Anwar Jadi PM Sebelum Najib Bubar Parlimen?

Posted: 10 Aug 2012 10:04 PM PDT

Kehadiran Perdana Menteri Najib Altantuya di Kuching hari ini, beberapa jam sebelum Anwar Ibrahim dan Lajim Ukin tiba untuk menghadiri satu perhimpunan di sana, telah melahirkan khabar angin bahawa yang pemimpin de facto PKR itu mungkin lebih hampir kepada matlamat untuk meyakinkan orang-orang kepercayaan Ketua Menteri Taib Mahmud, untuk menukar kem atau mengisytiharkan keluar dari BN. Menurut sumber-sumber ini, lawatan "terburu-buru" Najib Altantuya bertujuan untuk meyakinkan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang mempunyai 14 Ahli Parlimen yang bersama dengan Barisan Nasional (BN).

Taib yang juga Pengerusi PBB, yang merupakan pihak utama dalam gabungan BN negeri.

Spekulasi bertiup kencang bahawa Sarawak termasuk PBB akan melihat beberapa pembelotan pada hari-hari sebelum pilihan raya umum ke-13, maklumat yang akan diadakan bila-bila masa di antara September dan Hari Raya Haji tahun ini.

Khabar-khabar angin tersebar dengan nama, di antara mereka ada MP Santubong Wan Junaidi Tuanku Jaffar dan MP Petra Jaya Fadhillah Yusuf.

Anwar dan Lajim, yang dikatakan sebagai panglima pantai barat Umno Sabah, dijadual mengadakan satu perhimpunan di Kuching esok (hari ini).

Mereka juga dijangka mengadakan dialog dengan Sarawak pemimpin gabungan Pakatan Rakyat dan, menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini, pemimpin NGO turut dijemput.

Akibat dari lawatan Anwar, Najib Altantuya dan Rosmah dalam keadaan risau gelisah hingga terpaksa mengadakan majlis berbuka puasa hari ini (semalam) bersama-sama dengan Taib dan kesemua 14 ahli parlimen PBB itu.

Najib Altantuya kini terdesak untuk mengukuhkan sokongan BN Sarawak memandangkan dia mengetahui bahawa Sabah berada dalam kedudukan yang tidak menentu dan sumber-sumber berkata "PM bersedia untuk berbuat apa sahaja".

Sarawak dan Sabah mempunyai keseluruhan 56 kerusi parlimen.

Sarawak mempunyai 31 kerusi di mana PBB memegang 14, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) telah diperuntukkan tujuh, Parti Rakyat Sarawak (6) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (empat).

Anwar seringkali dikaitkan sebagai mempunyai tarikh akhir peribadi yang adalah "16 Sept, 2012" telah menderita malu kubur usaha membatalkan untuk merampas Putrajaya pada 16 Sept, 2008.

Setelah dihentam dengan "kecaman memalukan" oleh Umno, Anwar berharap untuk pergi ke pilihan raya umum ke-13 yang bersenjata dengan Ahli Parlimen di sebelah beliau.

Jaminan peribadi Najib

Sudah berada "di samping" adalah Lajim dan Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing, yang berpaling tadah dari BN Sabah bulan lepas.

Khabar angin adalah bahawa lapan lagi Ahli Parlimen di Sabah boleh melompat pada minggu-minggu akan datang.

Antara nama yang disebut-sebut termasuklah Abdul Ghapur Salleh (MP Kalabakan) dan Bung Mokthar (MP Kinabatangan).

Timbalan Ketua Umno Sabah Nasir Sakaran tidak menolak kemungkinan lebih panglima perang UMNO yang menyertai Lajim dan Bumburing.

Menurut beliau, kini jelas bahawa orang-orang ini telah dalam rundingan dengan Anwar untuk beberapa ketika.

"Mereka tidak mempunyai peranan dalam BN atau perjuangan. Saya percaya mereka telah lama berada dalam rundingan dengan Anwar, "katanya.

Ceramah daripada pembelotan di Sabah telah tidak meninggalkan Sarawak dari terjejas walaupun penafian berat oleh pemimpin-pemimpin BN persekutuan dan negeri.

Menurut sumber dalaman PBB di Kuching, Najib Altantuya yang tidak mampu berbeza pendapat di Sarawak, mahu secara peribadi menjamin 14 Ahli Parlimen dan memastikan sokongan mereka kekal dengan BN.

"Dalam pilihan raya ini, beliau melihat mereka sebagai deposit tetap.

Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin PRS, SPDP dan SUPP untuk mengukur sokongan di Sarawak.

"Najib Altantuya tidak percaya pada Taib tetapi tangannya terikat. "Dia mesti mematuhi keinginan Umno. Umno hanya berminat dengan Najib Altantuya untuk mengekalkan majoriti dan parti yang masih berkuasa.

"Jika Najib Altantuya mengganggu Taib dalam hal BN Sarawak, beliau akan pergi kepada Anwar," kata pemerhati yang merujuk kepada laporan baru-baru ini bahawa Taib telah didakwa telah berjumpa dengan Anwar secara sulit di Singapura pada bulan Jun lalu.

Tetapi mesyuarat itu adalah teramat singkat kerana dikatakan Taib terpaksa tergesa-gesa kembali ke Kuching untuk menghadiri satu mesyuarat.

Rupanya barulah terbongkar cerita bahawa Taib telah bertemu dengan seorang utusan dari Putrajaya dan tidak pernah kembali ke Singapura untuk meneruskan perbincangan dengan Anwar.

Dengan apa yang ADUN PBB Asajaya Abdul Karim Hamzah digambarkan sebagai "lobak merah yang terlalu baik untuk menjadi benar".

Kehadiran Najib Altantuya di Sarawak, atas alasan untuk berbuka puasa, hanya mengesahkan bahawa spekulasi bahawa Anwar mungkin sudah semakin hampir kepada Ahli Parlimen yang dikawal Taib. ~kd


"Saya Betul- Betul Tak Tahu W'pun Tinggal Sebumbung" - Shahrizat

Posted: 10 Aug 2012 08:00 PM PDT

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak mengetahui anak keduanya terlibat dalam projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) sehinggalah diberitahu pada 2007.Shahrizat berkata sebelum itu beliau tidak mengetahui bahawa Wan Shahinur Izran Mohd Salleh, 28, telah menjadi pengarah syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) sejak Disember 2006.



Beliau mula mengetahui perkara itu apabila suami beliau, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Ismail memberitahu mahu anak-anak mereka pulang ke tanah air dari luar negara untuk membantu menguruskan projek tersebut."Saya tidak tahu mengenai bidaan projek tersebut. Saya hanya tahu pada sekitar 2007 selepas suami saya menyatakan hasrat mahu anak-anak pulang ke tanah air untuk membantunya dalam projek ini."Ia berlaku selepas beliau (Mohd Salleh) telahpun memperoleh projek itu," katanya ketika pemeriksaan balas oleh peguam Ranjit Singh dalam prosiding kes saman fitnah terhadap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin dan pengarah strategi parti itu, Mohd Rafizi Ramli.Ranjit mewakili kedua-dua defendan.Shahrizat turut menafikan mengetahui projek NFC lebih awal dan perbincangan mengenai NFC bukanlah atas kapasiti sebagai seorang menteri sebaliknya perbualan antara suami isteri.Ditanya bukankah Wan Shahinur Izran masih terlalu muda untuk dilantik sebagai pengarah syarikat kerana baru berusia 22 tahun ketika itu, Shahrizat berkata ia tidak salah kerana anaknya telah tamat pengajian ketika berusia 19 tahun di Amerika Syarikat serta antara pelajar terbaik.Katanya Wan Shahinur Izran tinggal bersamanya sejak 2004 dan dua lagi iaitu Wan Shahinur Izmir, 32, dan Wan Izzana Fatimah Zabedah, 26, berada di luar negara dan kembali ke Malaysia pada 2007 untuk menyertai NFC.Tambahnya walaupun beliau, suami dan Wan Shahinur Izran tinggal sebumbung tetapi mereka tidak ambil tahu urusan kerja masing-masing.Shahrizat berkata beliau mula meneliti pembabitan ahli keluarganya dalam projek itu pada tahun lepas selepas tersiar di media dan meminta suaminya memberi penjelasan.   Ketika ditanya oleh Ranjit bahagian manakah di dalam kenyataan kedua-dua defendan sehingga memudaratkan dirinya, Shahrizat berkata:"Kata-kata mereka membuatkan orang ramai menyalahkan saya."Di awal prosiding, mahkamah ditunjukkan tayangan video mengenai sidang media melibatkan kedua-dua defendan di bangunan Parlimen.Pada 19 Jan lalu, Shahrizat memfailkan saman terhadap Zuraida dan Mohd Rafizi berhubung kenyataan yang didakwa memfitnah beliau dalam isu NFC.Shahrizat menuntut ganti rugi am RM50 juta dan RM50 juta lagi sebagai ganti rugi teladan dan teruk daripada defendan.Beliau juga memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada terus mengeluarkan kenyataan sama ada secara lisan atau penerbitan terhadap beliau berhubung NFC atau syarikat bersekutu.Prosiding di depan Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera bersambung 18 Sept.- Bernama

Tiada ulasan: