Nuffnang

Pengikut

shalehudin

sumber :-

shalehudin


Cara Terbaru Penyiksaan Terhadap Pendukung Hamas

Posted: 22 Feb 2012 10:00 AM PST

Palestin: Tusukan Jarum dan Patahkan Jari Cara Terbaru Penyiksaan Terhadap Pendukung Hamas

Oleh Nuraiman

Bekas tahanan yang bebas dari penjara Abbas di Tebing Barat menerangkan cara penyiksaan baru yang digunakan para penyiasat terhadap pendukung Hamas.

Bekas tahanan yang baru dibebaskan di Ramallah menyatakan kepada Infopalestina bahawa penyiksaan di penjara tentera Abbas sangat memberi kesan buruk terhadap kehidupan mereka, dari segi fizikal mahupun mental. Berita yang tersebar bahawa penyiksaan dihentikan hanyalah dusta dan pembohongan semata.

Bekas tahanan menyatakan bahawa para penyiasat tentera di penjara preventif Beitunia melakukan penyiksaan terhadap salah seorang tawanan secara keras dan ganas, menusuk kepalanya dengan jarum dan benda tajam. Dalam kenyataannya menyebutkan bahawa para penyiasat meletakan pengait besinya di atas kepala, kemudian menekannya dengan kuat sehinga darah mengalir dari kepalanya yang meninggalkan kesakitan dan kecederaan yang sangat teruk.

Para penyiasat juga memukul tahanan secara ganas di bahagian lambung dan menendang dengan keras sehingga darah keluar dari mulutnya. Kemudian diikat secara silang dan dilarang tidur dan solat. Hal ini yang menyebabkan keadaan kesihatannya memburuk dan terpaksa dihantar beberapa kali ke hospital sementara itu pihak keluarga dilarang melawatnya.

Sementara itu salah seoarang tahanan dipaksa berdiri terbalik dengan bersandar pada jari tangannya. Kemudian salah seorang penyiasat bertubuh gempal melompat ke atasnya yang menyebabkan beberapa jari tahanan tersebut patah.

sumber : COMES

PANAS!! Mai dengaq apa kata Ku Li...

Posted: 22 Feb 2012 09:00 AM PST

Mai pakat-pakat dengaq apa kata Ku Li...
Buah fikiran orang yang lama dalam kerajaan ini tak boleh ditolak begitu saja...
Sah dan diakui bahawa nasib peneroka-peneroka Felda seluruh negara dalam risiko...
Penyenaraian Felda di BSKL atau dimana-mana saja bursa saham amat bahaya...

Anwar ni tak dak kerja lain dah ka... kahkahkah...

Posted: 22 Feb 2012 07:30 AM PST

Anwar tadok kerja lain dulu tumbuk mata sendiri, la ni pecah cermin kereta pulak

Oleh Adnan Ibrahim

MACAM-macam Nuar ni aku dah macam bertambah percaya dia tumbuk mata sendiri. Ingat sebelum ni pun dia dok cabut brek kereta tapi Nuar ni pandai dia tak naik kereta tu dan yang jadi mangsa drebar dia.

Lepas tu buat laporan polis... ramai yang beratur kat pejabat Peguam Negara nak mengaku: "Saya yang cabut brek tu tuan." Tapi Peguam Negara tak nampak-nampak. Nak buat macam mana? Jadi terpaksa Nuar mengaku dia cabut brek kereta dia untuk bunuh Nuar.


*****************************

Anwar tak gentar dengan serangan di Sembrong

Di sebalik taktik liar kerajaan BN untuk menakut-nakutkan pemimpin dan penyokong Pakatan daripada menembusi kubu kuat mereka, Ketua Pembangkang Datuk Anwar Ibrahim berkata beliau langsung tidak gentar dengan kejadian di Sembrong, Johor pada Ahad lalu.

Menceritakan pengalaman di mana keretanya diserang kepada kira-kira 1,000 hadirin dalam satu lagi ceramah di Gombak Setia malam semalam, ketua umum PKR itu berkata kerajaan, khususnya Umno tidak lagi boleh memperbodohkan rakyat.

Menurut Anwar, beliau tiba di Sembrong kira-kira jam 11:30 malam dari Endau.

"Apabila saya berada di Semborong, kereta saya diserang dan ditendang, cermin hadapan dipecahkan oleh sekumpulan anak-anak muda.

"Terdapat polis di kawasan sekitar tetapi tidak berbuat apa-apa untuk mengawal keadaan. Malah semasa saya menyampaikan ucapan, mereka membaling mercun," katanya.

Anak-anak muda ini, dakwa Anwar, telah dibayar oleh Umno untuk menimbulkan kekacauan dan masalah.

"Mereka dibayar RM20 untuk menimbulkan kekacauan... inilah mentaliti belia kita yang telah rosakkan di tangan Umno.

"Jika masih ada sisa-sisa Umno di dalam diri kamu, buangkannya, sila berhenti, kerana ini memalukan bagi diri kita.

Anwar yang suatu ketika dahulu adalah juga timbalan presiden Umno berkata rakyat tidak harus diperbodohkan atau diperdayakan oleh parti itu. Sambil memetik senikata lagu Umno, beliau kemudian mendendangkan lagu itu: " Lambang kita yang gagah" sambil disambut gelak ketawa hadirin.

Dalam nada lebih serius, Umno, kata Anwar, boleh mengupah samseng untuk mengganggu majlis Pakatan ataupun membidas dan memburuk-burukkan beliau dalam media, tetapi katanya, beliau tetap tidak gentar dan tdak akan bertolak ansur.

Pada kejadian malam Ahad itu, selain kereta Anwar dipecahkan, kira-kira 50 hingga 80 anak muda yang bermotosikal menggangu ceramah Pakatan di Sembrong dengan membuat bising serta merempit di kawasan sekitar.

Kejadian itu hanya salah satu daripada siri gangguan dalam beberapa minggu kebelakangan ini apabila pemimpin Pakatan cuba menggempur kubu-kubu BN, khususnya Umno menjelang pilihan raya umum akan datang.

Isnin lalu, kunjungan Anwar ke Felda Tun Ghafar Baba, di Machap, Alor Gajah juga dicemari oleh penyokong Umno yang mengganggu ceramah beliau.

Manakala pada Jumaat lalu pula sekatan jalan raya didirikan daripda menghalang pemimpin dan penyokong Pakatan daripada menghadri ceramah yang dijadualkan di kubu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan.

Malah, Anwar terpaksa menaiki motosikal untuk menuju ke lokasi cermahnya.

********************************

Ceramah PKR diganggu lagi, kereta Anwar dipecahkan

Kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan kemek dan rosak akibat terkena balingan batu dan didakwa ditendang sekumpulan lelaki yang dipercayai sebagai penyokong Umno semasa ceramahnya di kawasan Parlimen Sembrong, Johor malam semalam.

Menurut setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution, ceramah Anwar pada jam 11.30 malam itu juga diganggu.

"Mereka juga membaling mercun di atas kepala anggota polis," katanya kepada wartawan di ibu pejabat PKR di Tropicana, Selangor, hari ini.

Pada kejadian itu, Saifuddin berkata penyokong Pakatan juga dilempar dengan mercun, telur dan botol. Selain itu, mereka juga dilontarkan dengan kata-kata kesat.

Beliau berkata "samseng yang dibayar" itu berusia kira-kira 15-18 tahun dan mereka kemudiannya dikenal pasti oleh penduduk tempatan sebagai "orang Umno".

"Satu laporan polis dibuat oleh pemimpin PKR tempatan di balai polis Kluang kira-kira jam 3 petang ini," katanya, sambil menambah bahawa PKR telah mendapatkan permit polis untuk acara tersebut.

Menurut Saifuddin, gangguan mula walaupun sebelum ketibaan Anwar, dengan kira-kira 50 hingga 80 orang yang bermotosikal membuat bising dengan merempit.

"Ia berterusan. Daripada sebelum Anwar tiba sehingga akhir ucapannya," katanya, sambil menambah bahawa Anwar terpaksa pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki kereta pengawal peribadinya untuk tujuan keselamatan.

"Adakah polis membenarkan kejadian seperti itu semata-mata untuk melindungi masa depan politik Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein di kawasannya Sembrong? Jika tidak, mengapa tidak mereka menghentikannya, atau mengapa tiada tangkapan dibuat?" soalnya.

Parlimen Sembrong sebelum ini kenalpasti antara kubu kuat Umno dan ia diwakili oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Sejak kebelakangan ini, ceramah-ceramah pembangkang dan juga pro-Pakatan seringkali diganggu dan ia dipercayai sebahagian daripada taktik menakut-nakutkan masyarakat terutama dalam usaha menguasai sokongan orang Melayu.

Pada 21 Januari lalu, perhimpunan NGO Asalkan Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Klang terpaksa dibatalkan apabila sekumpulan belia bermotosikal menyerbu majlis itu sehingga menyebabkan seorang peserta cedera.

Pada 11 Februari lalu pula, seramai 15 aktivis pelajar terpaksa diiringi polis bagi meninggalkan Kampung Idaman, juga di Klang apabila sekali lagi kumpulan remaja bermotosikal menggangu majlis mereka yang mahu menuntut kebebasan akademik.

Selain dewan tempat ceramah diselerakkan dan kerusi dipecahkan, kumpulan samseng itu juga membaling batu dan merosakkan sebuah kereta.

Ceramah Anwar di Felda Tun Ghafar di Alor Gajah, Melaka, pada petang 13 Februari lalu pula dicemari oleh kekecohan di antara penyokong PKR dan BN.

Pada kejadian itu, penyokong BN dikatakan tiba-tiba muncul dengan kira-kira 20 hingga 30 motosikal serta puluhan lagi kereta bagi mengganggu ceramah tersebut.

Malah, sejurus sebelum ceramah bermula, sekumpulan penyokong Umno didakwa tellah menampar seorang lelaki ahli PKR yang cuba meletakkan bendera parti sebagai persiapan ceramah.

Jumaat lalu, Anwar terpaksa membonceng motosikal berikutan banyak sekatan polis bagi menghalang rakyat mengikuti ceramahnya di Parlimen Pekan yang diwakili Najib

http://nanbinjai.blogspot.com/

Sapa pernah tengok bapak Mahathir angkat tangan... kahkahkah...

Posted: 22 Feb 2012 05:42 AM PST

Berniaga buluh kasap: hujung hilang pangkal lesap


Saya terbaca berita yang beberapa veteran UMNO telah bertemu secara tertutup untuk mencari jalan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang Melayu. Diantara yang hadir itu ialah Dr Mahathir Mohammad, Ibrahim Ali, Presiden Perkasa, TS Sanusi Juned, Datuk Khalid Yunus serta beberapa orang kuat Perkasa termasuk ketua wirawatinya dan pemuda kepada pertubuhan yang sangat 'famous' itu.

Saya bersetujulah apa yang mereka lakukan itu, tetapi yang saya nak sentuh kali ini ialah mereka yang berjumpa itu ialah dikalangan orang-orang yang telah memecah belahkan umat Melayu dahulu. Bermula dengan tindakan Dr Mahathir menggunakan peguam Sri Ram untuk mematikan UMNO dan terus menyekat usaha sekumpulan ahli UMNO untuk menghidupkan UMNO lama benar-benar telah memecah belahkan orang Melayu. Orang Melayu berada dalam dua kumpulan; yang satu adalah kumpulan yang sayangkan UMNO asal itu dan yang satu lagi kumpulan yang membawa ahli-ahli UMNO ke dalam pertubuhan baru yang bernama UMNO baru.

Dalam perpecahan inilah tersingkirnya Ketua Hakim Negara semasa itu, Tun Salleh Abas yang telah mengambil keputusan untuk membawa semua sembilan orang hakim-hakim Mahkamah Agong untuk menghakimkan kes tuntutan bekas ahli-ahli UMNO untuk menghidupkan parti itu. Dr Mahathir tidak bersetuju kerana beliau mahukan UMNO yang baru untuk menyingkirkan semua pemimpin yang tidak sebulu dengannya.

Maka berpecahlah orang Melayu khususnya ahli-ahli UMNO dalam banyak kumpulan. Selepas itu dipecahkan orang Melayu dengan Raja-Raja mereka dalam krisis UMNO dengan Raja-Raja Melayu dahulu. Sanusi Juned yang merupakan 'general' Dr Mahathir merupakan orang yang melaksanakan perintah Dr Mahathir untuk melupuskan UMNO untuk digantikan dengan UMNO yang ada pada hari ini. Salah seorang dari kumpulan itu Dato Haji Khalid Yunus telah membuat kenyataan pedas terhadap Raja-Raja Melayu sehingga tidak ada tolok bandingnya.

Sejak dari itu orang Melayu berpecah belah dan sekarang kumpulan ini jugalah yang berjumpa secara tertutup untuk membetulkan orang Melayu. Saya menganggap tindakan mereka ini tidak akan kemana-mana dan Melayu tetap akan berpecah belah sehinggalah pemimpin-pemimpin jenis ini tidak lagi terlibat dalam UMNO.

Elok ramai-ramai baca kembali akhbar-akhbar perdana seperti Utusan, dan kumpulan NST pada tahun 1993 untuk kepentingan mereka yang tidak berada atau bergiat didalam UMNO semasa itu. Kepada pemimpin seperti Hishamuddin, Shafie Apdal dan yang lain-lain yang tidak pernah menjadi ahli UMNO yang dulu elok baca semuanya ini.

Kepada semua yang garang-garang yang kononnya pejuang Melayu dan UMNO elok memulakan membaca semuanya ini kerana ia akan menjadikan mereka lebih faham kenapa orang Melayu kini berpecah belah. Sekarang orang melayu sudah jemu dengan perpecahan ini, maka mereka sekarang mahu bersatu kembali tetapi bukannya dibawah UMNO. Mereka sudah letih dengan kerenah kepimpinan UMNO yang bercakap tentang perjuangan orang Melayu tetapi sampai sekarang orang Melayu tidak kemana jua.

Tempoh 54 tahun dengan retorik kosong ini sudah cukup untuk orang Melayu bersabar. Jika UMNO diberikan kuasa lagi kali ini dalam pilihanraya sekali lagi isu yang sama akan kita dengari dan begitulah sampai bila-bila.

Akhirnya orang Melayu ini akan masuk angin keluar asap. Berniaga pula ibarat berniaga buluh kasap; hujung hilang, pangkal lesap.

Segak Rosmah ni, patut Najib berkenan... kahkahkah...

Posted: 22 Feb 2012 01:30 AM PST

Debat Dr Rosmah: Kecewa, sudah tentu; cemburu, tidak sama sekali!

Beberapa hari lalu, dia menyelar pengkritik, iaitu kita semua, rakyat marhaen, kerana "kecewa" dan "cemburu" atas penganugerahan terbarunya iaitu doktor kehormat oleh salah satu universiti terbaik diAustralia. Dia memetik beberapa sebab untuk penghormatan ini. Dia mendakwa dirinya mempunyai kualitikepimpinan. Saya rasa itu memang betul. Terdapat beberapa gambarnya berjalan di hadapan suaminya

pada majlis-majlis rasmi. Dia memimpin dan diikuti. Dia juga mengetuai wanita lain dalam kumpulanmembeli-belah di luar negara. Sesungguhnya dia ternyata seorang pemimpin, bukan? Sekurang-kurangnya universiti itu bersetuju dan merasakan memang tepat bagi mereka untuk menghormatinyaberdasarkan sifat ini.

Ceramah dan Permata

Satu lagi sebab penganugerahan itu adalah ucapannya di negara-negara lain. Apa yang luar biasatentang ucapan seseorang? Cuma naik ke atas pentas dan baca teks itu dan kemudian kembali ketempat duduk sahaja. Saya tidak faham kenapa sebuah universiti harus memberi ijazah doktor falsafah pada dirinya hanya untuk itu. Kasihan pula pada orang-orang yang telah bekerja keras menyiapkan tesis

tapi ada orang lain pula begitu mudah mendapatkan anugerah kedoktoran tanpa perlu menggerakkan jari atau memerahkan otaknya.

Berbalik kepada program kesayangan beliau yang dinamakan Permata, kenapa program ini hanya untuk kumpulan anak kecil cerdik pandai elit sahaja? Bagaimana pula dengan mereka dari golongan

lain seperti - kanak-kanak kurang upaya dalam pembelajaran yang juga layak menerima bantuan dan perhatian yang sama? Bagaimana pula mereka? Apakah rancangannya untuk kanak-kanak malang ini?

Adakah dia akan memberitahu ibu bapa mereka, "Pergi jauh, saya tidak ada apa-apa untuk anak-anak kamu?"

Di negara hanya terdapat beberapa buah sahaja sekolah untuk kanak-kanak khas. Hanya segelintir guru-guru telah dilatih untuk mengendalikan kanak-kanak ini. Ramai daripada kanak-kanak istimewa ini telah dimasukkan ke dalam sekolah arus perdana dan mereka terpaksa mengahadapi beberapa masalah disana, dibuli oleh rakan-rakan lain dan diabaikan oleh para guru. Ada yang hanya dilabelkan

sebagai "nakal", "tiada harapan" atau "bodoh." Pada akhirnya, mereka ketinggalan dan tercicir di sepanjang jalan. Memang dia betul sekali lagi - Saya amat kecewa dengannya kerana tidak melakukan apa-apa untuk kanak-kanak malang ini.

Gadis penan dan suami mata keranjang

Tahun lepas, beberapa NGO telah memintanya untuk melakukan sesuatu untuk gadis-gadis Penan miskin di pedalaman Sarawak yang dianiya tetapi dia mengabaikan mereka. Dengan kedudukannya, banyak yang dia mampu lakukan bagi mereka tetapi dia tidak mahu berbuat apa-apa. Ini menjadikan saya lebih kecewa dengannya.

Alasan untuk cemburu pula, tiada apa yang perlu saya cemburukan. Satu, saya tidak mempunyai suami sepertinya. Suaminya dan dan suami saya bagaikan langit dengan bumi, jadi apa yang perlu dicemburukan? Sebaliknya, dia yang patut cemburu kerana saya mempunyai seorang suami yang bukan mata keranjang!

Dia menabung beli cincin berlian, bagiku, Metro dan Parkson pun ok.

Mungkinkah dia merujuk kepada cincin berliannya? Ingat, dia mula menabung untuk itu sejak kecil lagi.tapi saya tidak. Walaupun pada usia muda, dia mempunyai keazaman yang kuat untuk memiliki cincin berlian yang mahal manakala saya pula asyik dengan barang permainan. Perasaan cemburu tidak timbul sama sekali! Atau mungkin dia telah membayangkan beg-beg mahal dan pakaian-pakain dari butik yang ditempahnya

sehingga berpuluhan pasang? Saya tidak cemburu sama sekali. Saya masih boleh mendapatkan tawaran-tawaran yang baik di Metrojaya atau pada jualan murah Parkson. Walaupun sangat berbeza dari segi harga dan kualiti berbanding apa yang dia ada, namun pembelian saya memberikan kepuasan

untuk diri sendiri kerana saya tahu saya menggunakan wang hasil titik peluh untuk membelinya. Yang boleh saya katakan dengan bangga adalah saya memakai pakaian membawa beg tangan yang saya beli walaupun ianya bukan dari Paris atau Sydney.

Sekarang sudahkah anda nampak kekecewaan saya dan bukan perasaan cemburu?- MC

Yang lagi kaya pun dapat, inikan pulak Aziz Sattar...

Posted: 22 Feb 2012 12:00 AM PST

Aziz Sattar terima BR1M

"Pendapatan saya tidak menentu, kadang-kadang ada tawaran, tetapi ada juga tiga hingga empat bulan tiada tawaran berlakon. Kerana itu saya cuba mohon Bantuan Rakyat 1Malaysia ini, dan Alhamdulillah dapat".

Demikian menurut pelakon dan pelawak veteran Datuk Aziz Sattar, antara penerima BR1M, di kawasan Parlimen Titiwangsa yang disampaikan Pemangku Ketua Umno, Datuk Johari Abdul Ghani.

Bercerita lanjut, Aziz berkata, dia gembira dengan kunjungan pemimpin setempat itu yang melapangkan masa menyampaikan sendiri baucar bantuan tersebut kepadanya.

Beliau berterima kasih kepada Umno Bahagian Titiwangsa yang yang prihatin kepada golongan warga emas sepertinya.

"Kehidupan saya sekarang ini seperti biasa, kalau ada tawaran berlakon, adalah pendapatan. Bila dapat lebih, perlu pandai-pandai uruskan untuk tampung perbelanjaan ketika tiada tawaran," katanya ketika penyerahan baucar BR1M oleh Umno Bahagian Titiwangsa, di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Ampang Hilir, di sini kelmarin.

Aziz berkata, dia berhasrat bekerjasama dengan Umno Bahagian Titiwangsa menganjurkan program motivasi mengenang mereka yang berjasa kepada negara ini.

Katanya, rakyat perlu didedahkan sumbangan pemimpin sebelum ini sehingga sekarang.

Sementara itu, difahamkan jumlah penerima BR1M di Parlimen Titiwangsa setakat ini seramai 4,975 orang, manakala seramai 4,790 lagi dijangka menerimanya hari ini dalam satu majlis yang akan berlangsung di Pejabat Umno Bahagian Titiwangsa.

- Sinar Harian

Hassan Ali cari pasai... kahkahkah...

Posted: 21 Feb 2012 10:00 PM PST

Kristian curi-curi masuk masjid: Najib disaran ambil tindakan ke atas Hassan Ali yang 'gila'

Orang Kristian menyuarakan kemarahan ke atas pemimpin PAS yang dipecat, Hassan Ali dan meminta agar beliau memberikan bukti terhadap tuduhan beliau. Jika tidak, kerajaan yang ditadbir Najib Razak haruslah mengambil tindakan ke atas beliau dengan segera.

"Sesiapa yang membuat tuduhan sebegitu yang dianggap sangat tidak bertanggungjawab, ekstrimis atau gila harus menunjukkan bukti kukuh memandangkan polisi kerajaan yang sederhana," beritahu Ramon Navaratnam, pengerusi Pusat Pengajian Polisi Awam dan juga seorang pemimpin Kristian kepada Malaysia Chronicle.

"Ini adalah ujian yang baik terhadap kerajaan untuk mengukur kesiriusan mereka dalam berhadapan dengan ekstrimis dan ekstrimism. Pihak berkuasa haruslah dicabar untuk mengambil langkah yang segera atas tuduhan yang liar."

Sudah banyak undang-undang, kenapa mempolitikkannya?

Rev Thomas Philips, ahli majlis kumpulan interfaith MCCBCHST juga mempersoalkan mengapa Hassan asyik membuat kenyataan sebegini.

Sudah terdapat banyak undang-undang yang melindungi orang Islam di negara ini. Saya tidak faham lelaki ini. Jika wujud perkara sebegini dan beliau ada bukti, kenapa tidak laporkn sahaja kepada pihak berkuasa? Mengapa harus mempolitikkan isu ini? Komen sebegini adalah berunsur hasutan dan akan menimbulkan masalah dikalangan rakyat berbilang kaum dan agama. Sebenarnya, kita apabila bergaul sesame sendiri tiada masalah," beritahu Philips kepada Malaysia Chronicle.

Memurtadkan orang Islam kepada agama lain adalah salah di Malaysia. Begitu juga dengan berdakwah atau mengajar agama Kristian dan juga agama lain kepada orang Islam.

Hassan yang juga dipecat daripada majlis eksekutif adalah ahli dewan undangan negeri untuk Gombak Setia. Beliau dituduh oleh rakannya dalam PAS mensabotaj parti mereka dan bekerja untuk kepentingan Umno.

Ada di antara pengkritik yang mengatakan bahawa beliau bercita-cita hendak menjadi menteri besar, jawatan yang dijanjikan Umno kepada beliau sekiranya beliau membantu pakatan BN untuk menawan semula Selangor.

Jubah putih, baptis dan air holi


Pada Khamis lalu, Hassan memberitahu sidang media bahawa ada pendakwah Kristian yang berjubah putih dan sembahyang di dalam masjid demi untuk merapatkan diri dengan orang Islam. Beliau berkata bahawa maklumat ini diberikan oleh 51 orang Islam yang mengaku bahawa mereka telah dibaptiskan dan diberi minum air holi.

Walaubagaimanapun, Hassan gagal untuk menunjukkan sebarang bukti konkrit dan enggan mendedahkan nama mereka yang membuat laporan.

"Mereka telah memberitahu pihak Unit Selamatkan Akidah sendiri. Itu kenyataan daripada mereka tetapi saya tak boleh beritahu siapakah mereka dan di mana insiden itu berlaku demi menjaga keselamatan mereka," ujar Hassan.

Hassan juga dengan cepat mengatakan bahawa unit tersebut dahulu adalah sebahagian daripada kerajaan Pakatan Rakyat tetapi sekarang di bawah jagaan beliau sendiri.

Satu lagi yang ingin jadi 3 rd Force


Baru-baru ini, Hassan mengumumkan penubuhan JATI, sebuah NGO yang memperjuangkan Islam dan hak Melayu. Beliau dianggap sebagai orang pintar dan telah menghairankan orang ramai dengan komen beliau yang kelihatan seperti menuduh orang Kristian untuk memurtadkan orang Islam dengan alat tangan yang menggunakan kuasa solar.

Walaubagaimanapun, beliau yakin beliau dapat melakukan perubahan politik dengan penubuhan NGO JATI yang beliau rancangkan untuk bertukar menjadi Kuasa Ketiga.

"Mereka yang merasakan bahawa saya menubuhkan JATI atas dasar kekecewaan akan kecewa. Saya sangkan hanya desiran tetapi sekarang kelihatan ombak. Tidak mustahil JATI akan menghasilkan tsunami kecil di Malaysia," ujar Hassan.

Malaysia Chronicle

Mai tengok sapa menang...

Posted: 21 Feb 2012 08:00 PM PST

Debat Guan Eng lawan Soi Lek: Siapa menang? – Oleh Izmil Amri

Bagaikan menonton filem kungfu zaman 50-an tanpa sari kata, demikianlah keadaannya bagi seorang Melayu yang tidak bertutur bahasa Mandarin, sewaktu menyaksikan debat sulung di antara Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng melawan Presiden MCA Chua Soi Lek.

Dengan bantuan terjemahan langsung dari seorang teman yang duduk di kerusi sebelah, debat itu dapatlah saya fahami. Setiap kali ada pihak bertepuk tangan dan menjerit-jerit, pantaslah saya melihat skrin komputernya untuk memahami biji butir percakapan kedua-dua tokoh politik itu.

Satu tamparan hebat kepada UMNO dan cauvinis Melayu sebenarnya, kerana seorang bekas menteri yang punya rekod skandal seks lebih terkedepan dalam hal kematangan demokrasi dan keberanian berdebat, berbanding Presiden UMNO. Berdebat itu budaya Amerika, kata orang-orang UMNO. MCA, parti komponen Barisan Nasional, nampaknya tidak bersetuju.

Guan Eng dan para penyokongnya berpakaian serba kuning, seperti kebiasaannya pada hari Sabtu. Dia tidak kelihatan gugup mahu pun takbur. Guan Eng tenang. Barangkali baginya, inilah satu-satunya peluang yang dia ada untuk keluar di kaca telvisyen dan didengari oleh sekalian mereka yang faham cakap Mandarin. Kerajaan UMNO-BN masih dalam era Perang Dingin. Tidak ada peluang untuk parti pembangkang masuk TV kecuali untuk difitnah dan dicaci maki.

Soi Lek sudah biasa masuk televisyen; dia selesa bukan main. Ini padangnya, wilayah MCA. Pihak penganjur, ASLI dan INSAP adalah badan pemikir MCA. Tiga suku dewan dipenuhi penyokong MCA. Gema laungan nama Chua Soi Lek masih berdenting di telinga, barangkali akan menjadi mantra untuk seminggu berikutnya. Penyokong MCA, seperti juga mana-mana penyokong parti komponen Barisan Nasional, punya ghairah dan semangat yang hebat. Nampak macam ungka kepanasan, terjerit-jerit tak tentu hala.

Hujah-hujah debat

Debat antara Guan Eng dan Soi Lek, bukanlah sebuah debat yang baik, kalau kualiti perdebatan mereka itu mahu dinilai. Soi Lek membuka gelanggang dengan serangan-serangan terhadap DAP; sama sekali gagal mengutarakan hujah-hujah yang menepati kehendak perdebatan. Bahkan, serangan terhadap DAP itu sebenarnya adalah serangan terhadap PAS; yang ditepis dan dipertahankan dengan jayanya oleh Guan Eng.

Presiden MCA itu lebih bersemangat untuk meluahkan amarahnya terhadap nasib masyarakat Tionghua di bawah UMNO. Parti Melayu itulah yang menjadi pokok pangkal perbualan dua orang tokoh ini, gara-gara buah mula Soi Lek yang memperlihatkan betapa tidak bersedianya dia. Ya barangkali memang itu yang dia mahu, untuk meletakkan Guan Eng di depan kaca TV agar boleh dimalukan semahu-mahunya. Namun ternyata Soi Lek gagal, Guan Eng sikit pun tidak gentar.

Di penghujung bicara Soi Lek, apa yang tampak jelas ialah MCA sebuah parti etnosentrik Cina, adalah jauh lebih rasis berbanding UMNO. Presidennya yang pernah menimbulkan kontroversi dengan video aksi ranjang, begitu berani menyatakan bahawa dia berani melawan UMNO terutamanya dalam bab hudud. Demikian cuak si Soi Lek ini dengan agama Islam, menimbulkan rasa tidak senang para penonton debat yang memutuskan bahawa MCA lah sebenarnya yang lebih anti-Islam.

Setiausaha Agung DAP menerima pelawaan debat di padang lawan ini dengan berani. Beliau bermula dengan mempersoal tajuk perdebatan yang katanya sedikit janggal. Baginya, sistem yang ada sekarang inilah sistem dwi-ras, dan persimpangan politik pasca Pilihan Raya Umum ke-13 nanti yang akan membawa Malaysia ke arah sistem dua parti.

DAP Malaysia, MCA Cina?

Jadi tajuknya salah. "Muhyiddin mengakui dia pertamanya Melayu, kemudian baru Malaysia. Apa yang 1Malaysia? Inilah penipuan kepada rakyat Malaysia. Memang sekarang ini sistem dwi-ras", begitulah lebih kurang terjemahnya kata-kata Guan Eng.

Guan Eng menekankan kepentingan untuk tidak memandang perbezaan kaum secara melampau. Katanya dia tidak melawan Melayu, Cina mahu pun India, tetapi apa yang dilawan ialah korupsi dan salah guna kuasa. Menurut Guan Eng, korupsi ini merentas kaum. Namun pelik kenapa begitu selektif sekali pendakwaan kes-kes rasuah dan pecah amanah, barangkali menyindir kes-kes terkait kerajaan seperti halnya skandal PKFZ dan pinjaman mudah yang diberi kepada keluarga menteri UMNO untuk menternak lembu.

Sehingga ke sesi soal jawab daripada mereka yang hadir, kedua-dua pemidato tidak begitu berkenan membicarakan soal dua parti. Soalan daripada lantai juga tidak membantu. Rata-rata penyokong MCA lebih senang menggunakan peluang itu untuk melahirkan kemarahan mereka kepada sang Ketua Menteri Pulau Pinang. Antara yang popular pastilah cik adik manis koordinator MCA dari Selayang. Menyeringai dia terpekik-pekik tentang kereta yang ditarik waktu tengah malam. Marah betul. Jessie Ooi, akhirnya popular sebagai 'Miss Tow Truck' di kalangan komuniti Cina, atau 'Kak Tunda'.

Debat antara Soi Lek dengan Guan Eng ini tidaklah jatuh kepada taraf debat sia-sia. Tidak boleh juga dianggap gagal. Dalam keadaan yang amat jarang berlaku, Lim Guan Eng sekali lagi diberi peluang untuk beraksi di kaca televisyen. Pastinya ramai penyokong atas pagar yang dapat membuat penilaian terhadap hujah-hujah Guan Eng, serta menilai sikap yang dibawa oleh beliau berbanding lawannya.

Namun persoalan besar ialah, adakah ia akan mengubah persepsi masyarakat terhadap persoalan ras dan sentimen perkauman yang begitu hangat dikaitkan dengan DAP? Adakah persepsi itu akan dibetulkan apabila hujah-hujah Guan Eng memperlihatkan kesediaan parti DAP untuk dipergunakan sepenuhnya oleh rakyat, dan bukan dipergunakan parti-parti komponen Pakatan Rakyat seperti yang didakwa Soi Lek? Adakah pengundi akan memilih DAP dan membelakangkan MCA untuk ke sekian kali?

Tiga perkara penting tentang debat

Apa pentingnya debat Soi Lek lawan Guan Eng ini, terutamanya kepada orang Melayu yang tidak faham cakap Mandarin?

Pertamanya kita harus faham bahawa debat ini dianjurkan MCA, pastilah ia mementingkan isu dan kerunsingan orang Cina. Tidak hairanlah kenapa debat berlangsung dalam Bahasa Mandarin. Ia menjemput Guan Eng, barangkali kerana ia mengiktiraf bahawa Guan Eng adalah ikon politik yang setara untuk dibawa bersabung sepentas dengan presidennya. Sang Presiden MCA juga pastilah teringin mahu sepentas dengan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Keduanya kita juga harus faham bahawa idea yang disampaikan Guan Eng dalam bahasa yang tidak kita fahami itu ialah supaya kejumudan kaum Cina yang kow-tow kepada MCA ini dipecahkan. Beliau menggunakan peluang yang ada untuk berkempen dan memberi penerangan tentang perlunya perubahan dan kesedaran tentang semangat mengutamakan rakyat dan bangsa Malaysia.

Ketiganya kita harus melihat debat ini penting sebagai satu lagi paku pada keranda politik ras. Seorang Cina bernama Lim Guan Eng, masuk ke gelanggang debat, membawa ide perpaduan dan keserataan. Ini diserang hebat oleh MCA, yang mahukan kepentingannya dipelihara dan menganggap DAP ini parti yang khianat kepada kaumnya kerana bekerjasama dengan PAS dan PKR.

Jadi kenapa orang Melayu dan kaum-kaum lainnya perlu beri perhatian kepada natijah debat Guan Eng melawan Soi Lek?

Mudahnya, kerana ini adalah politik masa depan Malaysia. Budaya demokrasi matang dan politik baru mewajibkan debat politik dan percambahan idea diwacanakan secara terbuka bagi mengajak partisipasi umum dalam membuat keputusan-keputusan dasar.

Debat Guan Eng melawan Soi Lek harus menjadi cabaran besar kepada politisi agar lebih terkedepan dalam berpencak secara demokratik. Bukan sekadar menepis undangan-undangan debat dengan alasan 'bukan budaya kita'. Itu sangatlah menyedihkan.

Siapa menang?

Jadi siapa yang menang dalam debat Sabtu lalu? Siapa pula yang kalah?

Meminjam kicauan seorang sahabat di garis masa Twitter; kaum Cina lah yang menang, kerana dia berani anjur debat tentang masa depan kaumnya. Melayu lah yang kalah, kerana bila diajak debat, tidak pula berani.

Dan jangan terkejut kalau ada manusia seperti Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan: "Masyarakat Malaysia belum cukup matang. Ini bukan Amerika, Malah di Amerika, debat hanya mendedahkan betapa bodohnya calon-calon (presiden), itu sahaja."

Jadi kemenangan bagi debat pada Sabtu lalu adalah usaha membawa kepada lebih banyak debat lagi kerana rakyat Malaysia tidak mahu lagi diperkudakan oleh manusia seperti Mahathir. Segala yang bobrok sekarang kebanyakan hasil dari urus tadbir yang penuh penyelewengan, salah guna kuasa pemerintahan Mahathir suatu ketika dahulu yang belum dipulihkan dari hantu-hantu yang menakutkan rakyat.

Kemenangan sebenarnya berpihak kepada demokrasi. Kuasa rakyatlah yang menang. Rakyatlah yang menekan parti-parti politik agar berdebat dan persembahkan janji dan kebijakan mereka agar dapat dinilai secara adil saksama.

Barangkali debat ronda seterusnya akan menyajikan idea-idea yang lebih universal. Dengar kata, debat seterusnya akan dibuat dalam bahasa rasmi parti DAP – Bahasa Malaysia. – Roketkini.com

Lama sangat dah BN kencing kita...

Posted: 21 Feb 2012 06:00 PM PST

Mandeep Singh sifatkan PTPTN sebagai "Ah Long" berlesen

"PTPTN adalah Ah Long berlesen, cuma bezanya, dia tak simbah cat lagi kat rumah." Demikianlah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dari kaca mata Mandeep Singh, peminjam pertama yang menfailkan saman malu terhadap PTPTN. Kejadian penahanan Mandeep di lapangan terbang sebelum bertolak ke luar negara pada Julai 2011, mencungkil persoalan yang lebih besar, sama ada pendidikan harus diberikan secara percuma di Malaysia?

Sejak ditubuhkan pada tahun 1997, PTPTN telah mengagihkan dana pinjaman sejumlah RM48 bilion kepada 1.8 juta peminjam, menurut Abdul Malik Hakim. Dana pinjaman ini sungguhpun membantu siswa-siswi untuk menampung yuran pengajian dan membiayai sebahagian kos hidup ketika menuntut di kolej dan universiti, namun terus menjadi beban hutang sebaik sahaja pengajian ditamatkan. Lebih-lebih lagi, dengan gaji RM2,000, sejauh manakah kemampuan graduan universiti yang hidup di bandar untuk menjelaskan hutang sebanyak ratusan ringgit setiap bulan?

Forum "PTPTN: Beban Anak Muda", anjuran Kelab Mangsa PTPTN dan Parti Sosialis Malaysia (PSM), di bilik auditorim Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam, telah menarik kehadiran kira-kira 50 orang. Mandeep Singh yang mendakwa diri sebagai mangsa PTPTN, tampil bersama peguamnya Abdul Malik Hakim sebagai panelis, selain aktivis pelajar, Ahmad Syukri Razab dan bekas Ketua Pemuda Sosialis, Karthig, sementara Setiausaha Agung PSM, S. Arutchelvan sebagai moderator.

PTPTN=Institusi kewangan

Mandeep Singh mengisahkan bagaimana dirinya ditahan di LCCT pada 6 Julai 2011, meskipun beliau telah menjelaskan jumlah hutang sebagaimana yang ditetapkan PTPTN pada 8 Jun 2011. Penerbangan Mandeep ke China digagalkan, lantas beliau yang kemarahan mencari khidmat guaman daripada Abdul Malik Hakim, dan akhirnya mengheret kes ini ke mahkamah pada September 2011.

Abdul Malik, yang tidak tahu apa itu "PTPTN" sebelum kes Mandeep (gambar kanan), telah mengkaji dan meneliti perjanjian antara peminjam dan PTPTN. Oleh sebab kes ini bakal dibicarakan, beliau selaku peguam enggan meneliti secara terperinci syarat-syarat yang dianggapnya membebankan, malah tidak munasabah terhadap pihak peminjam.

Menurut Abdul Malik, sebelum wujudnya PTPTN, seseorang anak muda hanya mempunyai tiga sumber kewangan untuk membiayai pengajian ijazahnya, iaitu biasiswa sama ada dari kerajaan atau badan bebas yang lain, pinjaman dari institusi kewangan seperti bank, dan biasiswa FAMA, father and mother - ditanggung ibu bapa.

Jelas, anak muda pada usia 18 hingga 25 tahun tidak mempunyai banyak pilihan pada ketika itu, kecuali untuk menerima pinjaman PTPTN. Abdul Malik melontarkan soalan, misalnya berapa orang di kalangan peminjam yang betul-betul meneliti kandungan perjanjian dengan PTPTN, atau sesiapa yang mendapatkan nasihat peguam, sebelum perjanjian itu ditandatangani? Malah, pada usia begitu, apakah peminjam menyedari hak-hak mereka sebagai peminjam?

Syukri: Anak muda tersepit

Ahmad Syukri Razab juga bersetuju dengan pandangan Abdul Malik, mengisahkan pengalaman dirinya, yang pada mulanya cuba untuk tidak mengambil pinjaman PTPTN. Namun demikian, dengan yuran kira-kira RM8,000 atau RM7,000 satu semester, beliau akhirnya akur dan menerima pinjaman PTPTN pada semester ketiga. Untuk beliau, inilah peluang yang digunakan oleh PTPTN untuk mengerah wang dari anak muda yang tersepit.

Mandeep juga menambah, mungkin ramai yang mempunyai tanggapan bahawa seseorang graduan akan memulakan hidupnya yang baru sebaik sahaja tamat pengajian, tetapi padahal graduan memikul beban hutang yang amat berat dari PTPTN.

Mandeep Singh=Mohammed Abou Aziz Malaysia?

Ketika berucap, Abdul Malik mengingatkan bahawa peminjam sebenarnya sedang berurusan dengan satu institusi kewangan, seperti mana seseorang peminjam dana untuk membeli rumah. Beliau mengajak hadirin untuk melihat isu PTPTN dalam sistem ekonomi yang sedia ada, malah sambil berseloroh menyamakan Mandeep Singh sebagai Mohammed Abou Aziz di Malaysia, anak muda Tunisia yang membakar diri, lantas mencetuskan revolusi di tanah Arab.

Perbincangan berlanjutan kepada isu sama ada pendidikan percuma harus disediakan di Malaysia. Arutchelvan menolak tanggapan bahawa pendidikan percuma sebagai cadangan yang tidak berpijak pada tanah, membandingkan angka RM1.34 bilion untuk PTPTN setahun, dengan perbelanjaan kerajaan sejumlah RM9.5 bilion setahun, malah mengambil statistik laporan bahawa ketirisan yang disebabkan rasuah mencatat RM30 bilion di Malaysia.

"Pendidikan percuma bukan sesuatu dari bulan, tak ada. Ia sesuatu yang memang boleh dicapai. Tetapi, masalahnya kita sekarang berlawan dengan satu sistem yang nak buat keuntungan dari semua benda. Pendidikan, kesihatan...," kata Arutchelvan.

Ahmad Syukri (gambar kanan) berkongsi hasil perbincangan dirinya bersama siswa yang lain, bahawa dua pendekatan sahaja, sama ada transformsistem PTPTN untuk menyelesaikan beberapa soalan teknikal, misalnya, apakah PTPTN sesuai lagi diletak di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dan sebagainya; atau reformasi dengan membubarkan PTPTN, lantas menyediakan pendidikan percuma.

Perbincangan mereka membawa kepada kesimpulan, bahawa cara yang paling relevan adalah untuk membubarkan PTPTN. Ahmad Syukri memetik EXCO kerajaan negeri Kelantan, Husam Musa yang berjanji untuk membayar PTPTN untuk anak Kelantan, atau menaja pendidikan seluruh anak Kelantan - seandainya diberi royalti minyak kepada negeri itu. Ahmad Syukri berkata, penentunya adalah iltizam politik, dan bukan sama ada negara kita mampu atau tidak untuk menyediakan pendidikan percuma.

Karthig (gambar kiri) ketika berucap, memetik bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi ketika membentangkan Belanjawan 2008, "Saya mengumumkan bahawa pendidikan akan diberikan secara percuma di Malaysia." Namun, ketika PM merangkap Menteri Kewangan sekarang Najib Razak membentangkan Belanjawan 2012, beliau berkata "buat pertama kalinya dalam sejarah" pendidikan rendah dan menengah di sekolah-sekolah kerajaan disediakan secara percuma bermula sesi persekolahan 2012.

"Sama ada Najib kata (Abdullah Ahmad) Badawi tipu, atau dia tak tahu..." sindir Karthig. Karthig bagaimanapun menunjukkan resit yuran sekolah menengah kebangsaan yang diwajibkan untuk dibayar ibu bapa murid, mempertikaikan maksud "pendidikan percuma" yang didakwa kerajaan BN.- MR

FAKTA: Tanda-tanda nak habih umoq... kahkahkah...

Posted: 21 Feb 2012 04:00 PM PST

Budaya Samseng : Itulah dalil jelas nak kehilangan kuasa

Hari ini saya mendengar apa yang berlaku di Semberong, Johor malam tadi. Mengikut laporan, kereta ketua pembangkang, Anwar Ibrahim, telah dibaling dengan berbagai-bagai objek pada 11.30 malam tadi dan ini merupakan satu budaya yang sedang terbentuk didalam UMNO, iaitu budaya samseng. Budaya memaki hamun dalam UMNO sudah meningkat kepada budaya samseng pula.

Tidak perlu seseorang itu untuk memihak kepada mana-mana pihak tetapi jika benar perkara ini berlaku, maka sahlah UMNO sedang membentuk satu budaya samseng, sebagai satu lagi kaedah untuk menakut-nakutkan orang ramai dari menyokong pihak yang menentang BN. Pelakuan kumpulan yang mengganggu program pihak PR ini adalah satu tindakan yang telah keluar jauh dari moral politik apatah lagi yang melakukan perkara yang tidak bertamaddun ini adalah di kalangan pemuda Melayu.

Tindakan mereka ini dibiarkan sahaja oleh pihak penguatkuasa undang-undang, iaitu pihak polis kita. Politik ini adalah perang psikoloji bukannya peperangan terbuka seperti peperangan tentera diantara dua negara yang bersengketa. Apa yang dilakukan oleh pihak yang menyokong parti pemerintah ini menunjukkan indikasi yang amat jelas, yang parti pemerintah sedang berada didalam keadaan yang panik kerana takut dengan sokongan pihak alternatif yang kian hari kian membesar dan kuat.

Yang amat menjijikkan pihak tertentu tidak dapat menerima hakikat yang mereka adalah seperti telur dihujung tanduk bersabit dengan sokongan rakyat terhadap mereka. Oleh kerana sudah terlalu biasa dengan kuasa sejak berdekad-dekad dahulu, kehilangan sokongan dan kuasa ini amat memedihkan mereka. Sakitnya ibarat memisahkan kulit dengan daging.

Bahagian Semberong ini adalah kawasan yang diwakili oleh Hishamuddin Husein, menteri dalam negeri negara kita. Apa yang berlaku ini memang menjejaskan imej menteri itu, apatah lagi tindakan polis mendiamkan sahaja apa yang berlaku dihadapan mata kepala mereka itu adalah menakutkan kepada sesiapa yang kuat berfikir tentang masa depan anak-anak dan generasi kita.

Setelah kita mencapai kemerdekaan selama 54 tahun, kita masih lagi terbelenggu dengan budaya samseng yang menjijikkan ini semata-mata untuk mendapat kemenangan undi didalam pilihanraya. Kalau beginilah keadaannya, apakah perbezaannya diantara pemerintahan diktator dengan pemerintahan demokrasi? Kalau begini keadaan elok kita haramkan sahaja semua parti dalam negara ini dan kepada siapa yang sedang memerintah, perintahlah negara ini sesuka hati seperti mentadbir reban ayam mak bapak kita.

Bagi saya kelakuan dan gelagat samseng ini adalah kerja yang amat hina sekali dan tidak pula mendapat teguran dari parti mereka. Takkanlah untuk mengekalkan kuasa ahli-ahli serta penyokong parti pemerintah sanggup menjadi kumpulan haram samseng dan mengganggu kegiatan parti lain. Bagaimana kah negara dan rakyat untuk membuat persediaan untuk menjadi rakyat negara maju yang berpendapatan tinggi jika masih terkongkong dengan budaya rakyat negara dunia ketiga. Tidak hairanlah kenapa setangah rakyat kita berpendapat yang negara kita ini adalah negara Zimbabwe atau Congo yang berlainan namanya.

Bagaimana kita boleh mengaku yang negara kita adalah negara yang aman sedangkan samseng-samseng berkeliaran disana-sini untuk memerhatikan segala kegiatan yang asasi bagi rakyat yang inginkan perubahan. Keinginan perubahan yang sedang dilakukan oleh rakyat ini adalah hak mereka. Negara ini bukannya BN yang punya tetapi dipunyai oleh semua rakyat yang berbagai kaum, agama, budaya dan cara hidup mereka.

Sampai bila mereka hendak terus berkuasa dengan menakut-nakutkan rakyat? Pemimpin BN khususnya UMNO nampaknya sudah hilang hidayah sehinggakan cara samseng kini menjadi begitu lumrah. Bulan lepas dua kejadian di mana usaha setengah pihak untuk menganjurkan perkumpulan untuk politik diganggu di Selangor sehinggakan ada yang telah dimasukan ke hospital kerana kecederaan yang di alami hasil dari tindakan samseng ini. Entah apa imbuhan yang mereka dapat dari tindakan samseng mereka ini tetapi ia nyata merupakan satu budaya yang ketinggalan zaman.

Rakyat harus melakukan sesuatu untuk menolak budaya ini. Semua diantara kita tahu bagaimana hendak melakukannya. Kita lakukan penolakan ini dengan cara yang paling berhemah dan kita tidak boleh terikut-ikut dengan budaya samseng yang menjijikan ini. Hanya lakukan sesuatu yang dihalalkan oleh undang-undang didalam peti undi semasa pilihanraya nanti.

Kita ambil tindakan dengan memberikan reaksi terhadap kegiatan samseng ini dengan cara yang terbaik sesuai dengan 'attribute' manusia yang merupakan secantik-cantik kejadian Tuhan ini.

Pihak yang cuba membetulkan keadaan ini jangan sesekali menggunakan kata-kata kesat dan tindakan samseng seperti yang dilakukan oleh mereka yang sedang merasa tertekan ini. Kita mesti yakin jika sesuatu pihak itu berkelakuan seperti samseng ini sahaja sudah menunjukkan yang mereka sedang berada dihujung hayat kuasa yang ada pada mereka sekarang ini.

Jika kita dinesta dan dihamburkan dengan kata-kata kesat hanya beristighfar banyak-banyak. Kita tunjukkan perbezaan diantara kita dengan mereka. Perbezaan inilah yang sedang diperhatikan oleh rakyat ramai sekarang ini.

FAKTA: Islam tak semestinya Melayu dan Melayu tak semuanya Islam...

Posted: 21 Feb 2012 02:30 PM PST

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT