Isnin, 27 Februari 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Terkini: Ustaz Badrul Amin "Di Siasat" Pihak JAIP, PKR Akan "Menfailkan Tindakan Saman" Isu Ini !!

Posted: 27 Feb 2012 01:56 AM PST

KUANTAN,27 Feb - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Ustaz Badrulamin Bahron(foto) telah dipanggil mengadap Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) jam 3.00 petang tadi. Ia berhubung dengan siasatan lanjut kes tangkapan khalwat terhadapnya pada 25 Februari lalu. Difahamkan, siasatan dijalankan di Tingkat 3, Bangunan JAIP (pejabat lama Pejabat Daerah & Tanah Kuantan). Beliau tiba di Pejabat JAIP pada jam 2.45 petang bersama peguamnya, Ahmad Nizam Hamid. Ia kemudian disusuli kehadiran wanita yang dikaitkan terlibat dalam kes khalwat bersama beliau yang tiba kira-kira pukul 3.05 petang diiringi anggota keluarganya. Sementara itu, satu sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang melaporkan bahawa parti itu akan menfailkan tindakan saman terhadap Timbalan Pengarah JAIP, Dato' Hj.Mohd Ghazali Abd Aziz. Difahamkan, para peguam PKR kini sedang meneliti asas yang kukuh untuk tindakan tersebut. Ini memandangkan, terdapatnya unsur meragukan dan ada usaha terancang pihak-pihak tertentu yang sengaja ingin menjatuhkan nama baik tertuduh dan juga parti itu sendiri. Sebelum ini, kami juga ada melaporkan Timbalan Pengarah JAIP menafikan beliau ada mengeluarkan kenyataan kononnya Ustaz Badrulamin telah ditangkap khalwat. Namun, media arus perdana begitu rakus memainkan isu kononnya Ustaz Badrulamin sudah jatuh bersalah sedangkan hakikat sebenar isu ini masih belum diketahui lagi. Banyak kepincangan yang berlaku dan seolah-olah ia sengaja dirancang sedemikian rupa untuk tujuan menfitnah pemimpin PKR tersebut, yang juga tokoh agama terkenal itu itu.


Ustaz Badrulamin ceria bersama isteri dan anak-anaknya yang tersayang

[Sementara seorang pemimpin PKR Pahang hari ini menegaskan, jika benar Timbalan Pengarah JAIP, tidakkeluarkan kenyataan "Ustaz Badrulamin Di Tangkap" dan menuduh media perdana memutar belitkan kenyataannya, maka beliau harus mengambil tindakan saman terhadap pihak terbabit. Ini kerana dia sendiri ada mengatakan JAIP mengikut prosedur yang ditetapkan dan tidak pernah berlaku perkara yang dirancang atau atau berkomplot dalam kes itu. MalahMenurutnya, tindakan itu dibuat atas aduan daripada suami wanita terbabit yang menghubungi penguatkuasa Jaip supaya datang ke hotel itu kerana didapati isterinya bersama lelaki lain. Ekoran penangkapan itu, Badrolamin dipanggil memberikan keterangan hari ini bersama wanita berkenaan bagi melengkapkan siasatan. Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982. Selepas siasatan selesai, kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut. Ia merupakan satu prosedur biasa dalam kes seperti itu di negeri Pahang].

Iklaneka: Masalah Kulit Jerawat Kritikal, Semakin Pulih Setelah Menggunakan Produk Keluaran Evo!

Posted: 27 Feb 2012 12:30 AM PST

Seorang pengusaha kedai makan di Simpang Kerdau, Temerloh, yang dikenali sebagai Puan Lili (foto) mendedahkan kulit wajahnya kini pulih sepenuhnya selepas menggunakan produk keluaran syarikat Evo Freedom International. Sungguh mengejutkan, bila melihat bukti bergambar kulit wajahnya sekarang jika dibanding dengan sebelum ini. "Dulu saya malu untuk keluar rumah kerana masalah jerawat yang begitu teruk pada kulit muka saya. Kini selepas beberapa bulan menggunakan produk Evo 3 dan Evo 8 keluaran syarikat Evo Freedom International yang diperkenalkan oleh seorang rakan kepada saya, maka Alhamdulillah kulit muka saya kini semakin pulih sepenuhnya", kata beliau. "Dulu, sudah bermacam produk saya gunakan namun semuanya tidak membuahkan hasil seperti sekarang. Sungguh menakjubkan, kulit muka saya sudah tidak berjerawat seperti dulu dan saya kini bebas ke mana-mana tanpa rasa malu lagi. Saya menyeru mana-mana kaum wanita terutamnya yang ada masalah seperti saya agar mendapatkan produk ini yang sedang hangat dipasaran sekarang", tambahnya.

Kepada anda yang berminat untuk mendapatkan produk ini dan seterusnya menjadi agen berdaftar, sila hubungi talian yang tertera: KUANTAN; Kak Wanie (012-9878255), KERTEH; Kak Yus (016-9369424), PAKA; Rubiah (013-9127610) RAUB; Nurul (017-9198280), ROMPIN; Kak Mas (017-9240851), SELANCAR; Hafizah (019-7955854), INDERA MAHKOTA; Lin (017-9606176), TERUNTUM; Linda (014-8115125), CHINI; Suzie (013-9408746), TEMERLOH; Kak Emma (019-9450130), MENTAKAB; Ju (013-9822820), BT.SAGU; Wanie (014-8051901), JENGKA; Hamisah (017-7969750), KEMAMAN; Kak Wan (019-9833209), KUALA KRAI; Jue (013-9537220), SHAH ALAM; Tini (013-9526634), N.SEMBILAN; Roha (017-8828214), NARATIWAT,THAILAND; Kameerayah (017-9522995) - Pengedar diperlukan segera. Info lanjut, sila klik DI SINI.

JAIP Nafi Timbalan Pengarahnya Buat Kenyataan Dr.Badrulamin Di Tangkap Seperti Yang Di Dakwa

Posted: 26 Feb 2012 10:20 PM PST

KUANTAN, 27 Feb - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) hari ini menafikan bahawa Timbalan Pengarahnya, Dato' Hj.Mohd Ghazali Abd Aziz (foto) ada membuat kenyataan terhadap penangkapan tokoh agama dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Rakyat, Dr.Badrulamin Bahron di Hotel Swiss Garden Resort pada 25 Februari lalu. "Apa yang berlaku adalah salah faham dan kenyataannya yang telah dimanilulasi oleh pihak media. Beliau (Dato' Hj Mohd Ghazali) telah dicaci dan dihina oleh ramai pihak kononnya JAIP yang merancang tangkapan terbabit. Sebenarnya beliau hanya mengesahkan yang pihak JAIP telah melakukan operasi ketika kejadian tersebut. Operasi biasa dijalankan selepas mendapat aduan daripada orang awam. Tidak ada unsur tangkapan seperti yang didakwa. Cuma, kedua-dua tertuduh dibawa ke pejabat JAIP oleh pegawai berkenaan untuk diambil maklumat berkaitan. Mereka kemudian diarahkan ke Pejabat JAIP hari ini untuk diambil keterangan selanjutnya", kata sumber JAIP hari ini. Oleh itu, beliau menyeru semua pihak agar tidak membuat tuduhan yang bukan-bukan serta tidak berasas kepada JAIP atas kontroversi ini. "Sebagai jabatan yang bertanggungjawab dalam hal itu, sudah semestinya JAIP akan menjalankan operasi bila mendapat aduan dari orang awam. Sama ada ada kes atau tidak itu terletak kepada bahagian pendakwaan. Memang benar ketika pegawai JAIP tiba, Ustaz Badrulamin berada di dalam bilik dan wanita yang didakwa itu berada diluar bersama anaknya. Namun persoalannya, di mana pasangan terbabit berada ketika suami wanita itu datang menyerbu?. Saya difahamkan, beliau yang menempah bilik lain untuk wanita terbabit. Soalnya, kenapa perlu dia timbulkan fitnah sedangkan dia tahu musibah yang lebih besar seperti sekarang akan terjadi. Apapun, biarlah pihak JAIP siasat perkara ini berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada", kata sumber tersebut lagi.

[Media perdana pada Ahad (26 Feb) melaporkan Dr.Badrulamin telah ditangkap khalwat oleh JAIP. Malah, laporan tersebut telah disiarkan di akhbar dan TV secara eksklusif. Nampaknya, berbagai persepsi dan versi cerita yang diterima oleh ramai pihak tentang isu ini. Apapun, difahamkan Kerajaan Negeri Selangor telah mengarahkan beliau bercuti selama sebulan untuk menyelesaikan kes yang dihadapinya itu. Malah, Dr.Badrulamin juga khabarnya telah diarahkan oleh JAIP untuk hadir ke pejabat terbabit pada hari ini bagi mendapatkan keterangan lanjut tentang kejadin tersebut. Banyak lagi rupanya persoalan yang timbul dalam kes ini dan ia sudah pasti akan mengejutkan ramai pihak terutamanya umat Islam di seluruh negara. Justeru, sama-sama kita nantikan siasatan rapi oleh JAIP. Usahlah menimbulkan spekulasi dan menuduh yang bukan-bukan terhadap agensi terbabit. Mereka melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dan tidak timbul soal berkonspirasi dalam kes ini. Semua pihak diminta bersabar!].

Panas: Gara-Gara Isu Lynas, Pemuda MCA Sahkan UMNO BN Mungkin Akan Hilang Sokongan Rakyat!

Posted: 26 Feb 2012 09:48 PM PST

KUANTAN, 27 Feb - Pemuda MCA Indera Mahkota meramalkan UMNO Barisan Nasional (BN) akan berputih mata dan hanya boleh 'bermimpi' untuk merampas balik kerusi Parlimen Kuantan sekiranya gagal menghentikan projek nadir bumi Lynas sebelum Pilihan Raya Umum ke-13. Ketuanya, David Choi (foto) berkata, kerusi berkenaan yang kini disandang Fuziah Salleh dari PKR bukan sahaja terus mendapat sokongan rakyat kerana isu Lynas, malah BN akan tewas kerana tiada sokongan penuh pengundi-pengundi Cina. "Tidak ada harapan untuk rampas Kuantan kalau kerajaan tidak menghentikan projek ini. Kita tidak boleh cakap apa-apa kerana semua orang tahu, projek ini amat bahaya kepada generasi masa depan. "Jika ini tidak diberi perhatian, bukan sahaja orang Cina, malah seluruh Melayu, Cina dan Orang Asli akan memprotes. Kita (MCA) seolah-olah memberikan kerusi ini kepada PKR buat kali kedua," katanya. Ditanya sama ada beliau dan beberapa pemuda MCA menyertai Himpunan Hijau 2.0 kerana tidak bersetuju dengan dasar partinya, kata Choi, "saya menyokong kehidupan hijau dan mahu kepimpinan mendengar masalah rakyat." Menurutnya, Pemuda MCA Kuantan turut menyokong himpunan semalam dengan menghantar 50 orang wakil dan berharap kerajaan BN menghentikan projek berkenaan.


David Choi sempat bergambar dengan lain-lain pemimpin pemuda MCA
ketika mereka hadir ke Himpunan Hijau 2.0 di Padang MPK4 semalam


[Kenyataan Ketua Pemuda MCA Indera Mahkota ini jelas merupakan satu tamparan hebat buat BN pada Pilihanraya Umum akan datang. Syabas dan tahniah kita ucapkan kepada David Choi kerana dialah satu-satunya pemimpin BN yang berani tampil menyatakan sokongan kepada rakyat dalam isu ini. Tindakan pemimpin UMNO melabelkan Lynas ditentang oleh orang Cina kerana dibayar oleh Kerajaan China dan dengki kerana tidak dapat apa-apa projek daripada Lynas jelas merupakan satu fitnah melampau yang menyebakan kaum Cina majoriti benci kepada kerajaan yang ada sekarang. Mereka pasti akan melakukan perubahan pada PRU13 ini nanti bagi membuktikan protes terhadap kerajaan. Oleh itu, UMNO BN digesa berhati-hati dan tidak mengeluarkan kenyataan yang bodoh tentang soal Lynas mengelang pilihanraya umum akan datang. Jika tidak, sudah pasti mereka akan kempunan merampas semula kerusi parlimen Indera Mahkota dan Kuantan daripada Pakatan Rakyat. Itu hakikatnya sekarang].

Khalwat: Tangkapan Ustaz Badrulamin Tidak Sah Dan Langgar Enakmen Tatacara Jenayah Syariah!

Posted: 26 Feb 2012 09:16 PM PST

KUANTAN, 27 Feb - Ramai pihak keliru dengan insiden tangkapan Khalwat yang melibatkan tokoh agama terkenal, Ustaz Dr.Badrulamin Bahdun (foto) di Hotel Swiss Garden Resort dekat sini dua hari lalu. Ini kerana, berbagai persepsi berlainan telah dilaporkan tentang isu ini. PDO dengan kerjasaman beberapa orang Krew Eksklusif kami telah mengadakan operasi untuk menyiasat perkara itu. Ia bagi menghuraikan kekalutan yang timbul akibat kes berkenaan. Ustaz Badrulamin yang juga merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Rakyat (PKR) didakwa telah ditangkap bersama isteri orang di sebuah bilik hotel berkenaan. Namun, kemusykilannya ialah tangkapan itu dilakukan sendiri oleh suami wanita berkenaan. Beliau bukan sahaja telah dikurung dan dihalang berhubung dengan sesiapa, malahan turut dipercayai telah dikasari oleh sekumpulan lelaki yang telah diupah oleh suami wanita terbabit. Pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang dimaklumkan tentang kejadian itu telah dimaklumkan kemudian. Persoalannya yang timbul, kenapa suami lelaki melakukan kekasaran dan menangkap beliau. Sedangkan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pahang, kuasa untuk menangkap mana-mana individu yang didapati melakukan kesalahan tersebut ialah Pegawai Penguatkuasa Agama (JAIP), Pegawai Polis dan Pegawai Masjid (Imam) yang dilantik oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Malah semua pesalah yang ditangkap tidak boleh disentuh, malah dikurung sama sekali melainkan orang itu menyerah diri sama ada dengan perkataan atau pun melalui perbuatan. (Rujuk: Seksyen 10, Enakmen 8 Tahun 2002, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002). Malah, lebih mengejutkan ketika ditangkap Ustaz Badrulamin dipercayai berada dalam bilik sebaliknya wanita terbabit didakwa berada diluar bersama anak lelakinya yang berusia tiga tahun. Maka, atas alasan apakah beliau dikatakan telah melakukan perbuatan "khalwat". Inilah yang memusykilkan ramai pihak sekarang. Maka, wajarkah media perdana keluarkan artikel kononnya beliau ditangkap khalwat seperti dihebahkan?.


Tangkapan khalwat sepatutnya belaku bila kedua-dua tertuduh berada
dalam keadaan yang mencurigakan dalam satu bilik seperti di atas

[Sebenarnya, masih banyak persoalan yang perlu dibongkarkan dalam kes yang melibatkan Ustaz Badrulamin ini. Walau pun isu ini nampak menyebelahi beliau, namun ada juga maklumat yang mungkin boleh memerangkap beliau. Namun, segalanya masih dalam siasatan pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Kami akan membuat laporan seterusnya selepas menerima maklumat terkini daripada pihak yang berkenaan. Apapun, kepada semua rakyat terutamanya umat Islam, diminta berhati-hati dengan berbagai persepsi dan versi berbeza yang mereka terima tentang kejadian ini. Kami akan dapatkan info tepat tentang apakah yang berlaku di sebalik kejadian yang penuh kontroversi tersebut].

Panas: Amuk UMNO Di Himpunan Hijau Penang

Posted: 26 Feb 2012 09:09 PM PST

Panas: Najib Kata Lynas Selamat, Ikuti Kenyataan Rakyat Pula 'Tentang Dakwaan' PM Malaysia Itu !!

Posted: 26 Feb 2012 09:02 PM PST

Datuk Seri Najib Razak (foto) semalam berkata, kerajaan telah menyemak semula projek kontroversi nadir bumi Lynas Corporation di Gebeng, Pahang dan fakta saintifik menunjukkan projek tersebut tidak membawa kemudaratan kepada masyarakat setempat. Perdana Menteri berkata, kebimbangan rakyat daripada segi psikologi bahawa projek tersebut akan membawa kesan buruk juga diambil kira oleh kerajaan. "Yang penting sekali dari segi fakta, dari segi scientific evidence projek Lynas ini tidak akan membawa kemudaratan kepada masyarakat," katanya semalam. Katanya, kerajaan juga mengenakan syarat yang cukup ketat untuk operator Lynas termasuk syarat di mana sisa-sisa dari kilang tersebut perlu dilupuskan di tempat yang jauh dari penempatan masyarakat. "Dan kita tidak akan beri lesen operasi melainkan kita berpuas hati bahawa masyarakat tempatan boleh menerima bahawa projek ini selamat dari segi kepentingan rakyat," katanya. Ditanya mengenai perhimpunan yang diadakan di Kuantan pagi ini bagi membantah projek itu, Perdana Menteri berkata pembangkang sengaja mengunakan isu sedemikian untuk menyerang kerajaan dan mendapatkan sokongan rakyat. "Tetapi apa yang mereka lakukan bukanlah mencari satu penyelesaian. "Kita nak cari satu penyelesaian yang dapat diterima oleh rakyat, di samping itu tidak menjejaskan pelaburan kita, sekiranya pelaburan itu tidak mendatangkan bahaya dan mudarat kepada komuniti tempatan," kata beliau.



[Kenyataan Najib ini sebenarnya bukan berlandaskan fakta kesihatan, tapi lebih kepada fakta ekonomi dan kewangan semata-mata. Ini kerana, seluruh dunia mengesahkan projek terbabit memang mempunyai risiko kepada rakyat buat selamanya. Jika benar Najib kata selamat, maka eloklak beliau membina rumahnya berhampiran kilang terbabit. Rakyat Kuantan yang berhadapan dengan risiko Lynas bukannya Najib. Mereka mungkin sudah selesa mendapat habuan masing-maing selepas membawa masuk kilang yang ditolak oleh seluruh dunia itu. Selamat dalam erti kata "untung besar" memanglah tidak dapat dinafikan, tetapi apakah ia benar-benar selamat sedangkan kontraktor utama projek itu sendiri menarik diri gara-gara gusar dengan tahap keselamatan dan juga kesihatan kilang terbabit].

Eksklusif: Video Himpunan Hijau Di Pulau Pinang

Posted: 26 Feb 2012 07:57 PM PST

Panas: UMNO BN 'Mengamuk' Di Felda Lepar Hilir, Nurul Izzah 'Nyaris Menjadi Mangsa' Malam Tadi !

Posted: 26 Feb 2012 06:18 PM PST

KUANTAN, 27 Feb - Amalan politik ganas yang berlaku terhadap pembangkang di seluruh negara kini menular ke negeri Pahang pula. Terbaru, samseng upahan UMNOterus mengganas dengan mengganggu ceramah Pakatan Rakyat, kali ini di Felda Lepar Hilir, dekat sini malam tadi. Sekalipun perbuatan liar di Parlimen Sembrong minggu lalu masih segar dalam ingatan rakyat, kejadian yang sebati dengan UMNO kebelakangan ini, kian berleluasa. Kali ini, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar (foto) nyaris menjadi mangsa. "Budak-budak muda cuba pukul Nurul Izzah di ceramah kami di Felda Lepar Hilir. Saya dan Nurul Izzah diiringi polis keluar untuk elak samseng UMNO," katanya. Nik Nazmi menyifatkan keganasan samseng yang menghalang ceramah Pakatan membuktikan felda bukan lagi kubu kuat UMNO BN. Dalam reaksi awal, Nurul Izzah menyatakan syukur kerana selamat tetapi tidak gentar dengan kejadian itu, sekalipun berdepan gelagat liar samseng berkenaan. "Bersyukur pulang dgn selamat. Moga teman-teman di Felda Lepar Hilir juga bertahan dan bersemangat walaupun samseng-samseng Umno berlagak liar, ugut fizikal. "Tangan (penumbuk) hanya beberapa inci dari (wajah) saya ," katanya di twitter jam 1 pagi ini. Sehubungan itu, Nik Nazmi dan Nurul Izzah akan membuat laporan di balai polis Merchant Square berdekatan ibu pejabat KEADILAN jam 3 petang hari ini. Sementara itu, Ketua Cabang PKR Paya Besar, Hj.Zahari Mamat juga akan buat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan hari ini.

[Apa yang terjadi di Felda Lepar Hilir 1 ini sungguh mengejutkan sebenarnya. Tambahan pula kawasan tersebut adalah merupakan kubu kuat UMNO BN. Maka, apa yang menyebabkan mereka terlalu gusar dengan sokongan yang ada. Kejadian ini membuktikan mereka kini begitu takut akan kalah dan kehilangan kuasa pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang sebenarnya. Lantaran itulah mereka terpaksa bertindak diluar batasan kemanusiaan dengan menyerang tempat ceramah pembangkang seperti yang berlaku semalam. Mereka kini sudah tidak berani lagi berhadapan dengan hujjah dan terpaksa menggunakan kekerasan untuk memastikan sokongan rakyat terhadap mereka kekal. Namun, rakyat kini sudah bijak dan tidak lagi seperti dulu. Mereka sudah pasti akan melakukan perubahan, jika inilah cara UMNO berjuang. Kemungkinan besar DUN Lepar akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat kini makin jelas kelihatan. Oleh itu, teruskan perjuangan demi masa depan rakyat yang mahu perubahan].

Eksklusif: Video Himpunan Hijau Kuala Lumpur

Posted: 26 Feb 2012 06:07 PM PST

Tiada ulasan: