Isnin, 27 Februari 2012

.

.


Susupan Petang

Posted: 27 Feb 2012 02:18 AM PST

The Star Terus Hina Islam?

Apa jadi dengan harian berbahasa Inggeris yang tertinggi edarnnya di negara ini iaitu The Star? Dalam tempoh tidak begitu lama sudah dua kali akhbar itu menyiarkan sesuatu yang boleh menyinggung hati umat Islam.

Apakah akhbar berkenaan sengaja melakukan begitu untuk menguji sensitiviti umat Islam atau pun memang ia berlaku secara tidak sengaja.

Terbaru akhbar berkenaan telah menyiarkan gambar artis Amarika Eryah Badu yang menebengkan pangkal buah dadanya yang ada tatu menggambarkan kalimah Allah. Akhbar berkenaan telah memohon maaf atas apa yang berlaku itu.

Seelum ini akhbar berkenan telah menyiarkan gambar daging babi di dalam akhbar berkenaan di dalam rencana mengenai juadah berbuka puasa tahun lepas. Akhbar berkenaan memohon maaf atas penyiaran gambar berkenaan. Alasannya ia tidak sengaja dan tidak fikir gambar itu menyinggung sensitiviti umat Islam?

Yang peliknya sudah dua kali akhbar berkenaan melalukan perkara sama. Apakah tidak ada orang Islam yang bekerja di akhbar berkenaan. Atau orang Islam yang bekerja di The Star terutamanya yang berkerja di Jabatan Pengarang juga tidak begitu peka mengenai perkara-perkara berkenaan?

Bagi saya bila dua kali perkara seperti itu berlaku dalam masa tidak senggang lama, akhbar berkenaan mungkin ada agenda tersendiri mengenainya. Ia bukan sesutau yang tidak disengajakan. Sewajarnya pihak KDN mengambil tindakan keras atas apa yang berlaku dan bukan sekadar memberi peringatan dan amaran sahaja.

Saya bimbang ia akan menjadi kesalahan-kesalahan seperti perkara biasa, seperti kesalahan ajaan atau fakta dalam penyiaran kemudian diralatkan. Harus disedari walaupun kecil apa yang berlaku itu satu penghinaan kepada umat Islam. Melihat atau mengetahuinya tanpa ada sebarang protes satu sikap kurang prihatin kepada kesucian agama Islam.

Tidak timbul minta maaf atau ralat. Yang pentingnya berita atau perkara itu sudah disiarkan dan ia dibaca oleh ribuan pembaca. Tidak semua pembaca yang baca mengetahui permohonan maaf atau ralyat oleh akhbar berkenaan.

Kalau itu berlaku ia bleh menyebabkan pembaca itu menganggap penyiaran berita-berita itu sebagai wajar dan tidak menjadi apa-apa masalah kepada umat Islam. Rasanya dengan dua kali dan berapa kali melakukan kesalahan itu sudah cukup kalau KDN perlu mengenakan tindakan keras ke atas akhar berkenaan. [wm kl 6:28 pm 27/02/12]

Susupan Pagi

Posted: 26 Feb 2012 05:11 PM PST

Umno Arah Soldadu Upahan Perhebatan Serangan

Kerana untuk bertindak sendiri sudah tidak berdaya dan membawa apa-apa kesan, Umno dikatakan telah mempertingkatkan mengupah soldadu upahan untuk menyerang para pemimpin Pakatan Rakyat dengan apa cara sekali pun.

Pengupahan ini terpaksa dilakukan kerana rakyat sudah tidak mempercayai kepada apa juga penerangan dan penjelasan dari pihak Umno dan oleh para pemimpin mereka.

Semakin kerap pemimpin Umno bercakap ia menjadi tambah buruk. Dosa yang terpalut di leher mereka menjadikan rakyat tidak menyakini apa yang mereka lakukan.

Ada tiga entiti atau puak yang menjadi soldadu upahan Umno. Pertama, ialah dari beberapa orang yang menubuhkan Ngo kemudian bersatu tenaga. Mereka ini menggunakan slogan Melayu dan Islam.

Kedua, dari kalangan mereka yang kecewa ataupun gagal melonjakkan diri dalam parti politik yang bergabung dalam Pakatan Rakyat hari ini.

Manakala unit ketiga dari kalangan cerdik pandai terdiri daripada peguam, pensyarah, artis dan juga veteran politik yang mencari seringgit dua untuk pelihara anak dan isteri.

Unit pertama kebanyakan mereka asalnya Umno tetapi dipecat oleh parti dengan pelbagai kesalahan. Merka cuba menjual muka kepada parti-parti Pakatan tetapi tidak laku kerana maruah dan moral mereka tercemar. Mereka juga dikenal pasti sebagai 'pengandar tahi' dalam parti.

Unit atau puak kedua ialah mereka yang selama ini bergabung dengan parti-parti Pakatan Rakyat. Akhirnya mereka disingkir disebabkan tidak sehaluan dan berpuas hati dengan aspirasi parti. Mereka ini kebanyakan pernah menyertai Umno dan masih menerusi budaya Umno dalam parti baru. Pertentangan pembawaan dan stail merka menjadikan mereka tidak betah untuk bersama dalam politik baru Pkatan Rakyat.

Ada setengahnya berkedudukan penting termasuk menjadi wakil rakyat. Kelemahan diri mereka sendiri tidak dapat membawa diri dalam parti akhirnya mereka menyisih diri menjadikan diri sebagai kera sumbang.

Manakala yang ketiga pula golongan intelektual pencen yang tidak cukup wang. Mereka terpaksa memilih kerjaya baru sebagai soldadu upahan. Mereka sedia melacurkan ilmu dan kajian mereka untuk mengelirukan rakyat bagi menunjukkan Umno masih relevan

Tiga puak atau unit soldadu upahan ini telah dikerah oleh Umno mempertingkatkan usaha provokasi mereka, menyerang peribadi dan membuat kacau pada majlis-majlis ceramah Pakatan Rakyat. Di bawah mereka ada unit-unit kecil yang memainkan peranan masing-masing.

Difahamkan satu mesyuarat dan perbincangan dengan ketiga-tiga unit ini diadakan untuk menerima arahan dari masa ke semasa. Mereka juga dijanjikan jaminan dan pembelaan sekiranya menghadapi apa-apa implikasi undang-undang.

Ketiga unit yang menjadi soldadu umpahan ini tidak termasuk dengan unit perang saraf Umno yang terdiri dari bloger dan cybertrooper yang menerima upahan dari Umno yang bermukim di sebuah bangunan di Kuala Lumpur sejak beberapa bulan lalu.

Kesemua mereka katanya telah diperuntukan kewangan yang tidak ada hadnya. [wm.kl.9:18 am 27/02/12]

Ulasan Peristiwa

Posted: 26 Feb 2012 06:59 AM PST

Indikasi Lynas
UBN Siap Sedialah Gulung Tikar Pemerintahan

Kesanggupan rakyat pelbagai kaum untuk keluar beramai-ramai berhimpun di Kuantan Pahang pagi ini bagi melahirkan bantahan terhadap Lynas seharusnya tidak boleh dipandang enteng oleh Najib Razak dan UBN. Sasaran untuk menghimpun 20,000 bagi menyatakan protes terhadap projek itu berjaya mencapai sasaran.

Himpunan hari ini adalah satu sejarah di Pahang dan petunjuk awal kepada akan ranapnya beberapa buah negeri lagi yang dikuasi UBN selama ini.

Belum ada seingat saya himpunan sebesar itu berlangsung di Pahang dalam konteks membenci kerajaan melainkan pada tahun 1999 sewaktu ceramah membela Anwar kerana dipenjarakan. Paling ramai himpunan di Pahang sekitar 3,000 hingga 5,000 sahaja. Pahang dikenali negeri konservetif yang menyokong Umno, apa lagi Najib adalah anak Pahang.

Apa yang berlaku hari ini memnberi isyarat kepada Najib. Bahawa Najib tidak boleh mengkesampingkan begitu saja suara rakyat yang mahu projek itu dikaji semula atau pun ditutup terus. Janji Pakatan Rakyat untuk menghapuskan projek itu kalau mereka memerintah akan menjadi umpan lemak untuk rakyat menyokong Pakatan Rakyat.

Saya yakin Pakatan Rakyat akan melaksanakan apa yang diucapkan itu. Penghapusan projek nadir bumi itu akan dimasukkan ke dalam manifesto atau Buku Jingga kelak. Apakah selepas ini Ahmad Maslan sekali lagi akan memasukkan Buku Jingga ke dalam tong sampah yang lebih busuk dari kaki seluarnya yang tersadung tahi lembu Sharizat?

Keadaan UBN kini begitu tertekan dengan ancaman Pakatan Rakyat mengenai Lynas itu. Mereka mungkin serba salah sama ada hendak terus atau menghentikannya. Meneruskan ini bermakna mereka akan berdepan dengan tentangan rakyat. Manakala kalau menghentikan mungkin mereka akan mengikat kaki mereka sendiri.

Menteri Besar Pahang, Adnan Yaacob pernah bersumpah tidak memakan satu sen pun wang dari Lynas. Kenapa beliau membuat sumpah itu? Apakah kerana ingin menunjukkan dia bersih? Dalam politik menafi sesuatu itu bermakna ia satu kebenaran. Apakah mungkin ada orang tertentu telah pun menerima komisyen atau bayaran fee kerana berjaya membawa projek itu ke Gabeng? Kalau begitu amat susah untuk mereka menghentikan projek itu.

Risiko kalau dihentikan kemungkinan ada yang akan didakwa dan terpaksa menjawab soalan peguam di mahkamah.

Jelasnya UBN terperangkap dengan projek berkenaan. Bantahan terhadapnya menjadi satu mala petaka buat UBN. Al hasilnya kerana kedegilan UBN kini dalam keadaan serba salah dalam berhadapan dengan Lynas dan tuntutan rakyat seumpama di depan api di belakang duri. Kesilapan UBN ialah kerana meneruskan projek berbahaya itu tanpa mengambil pandangan rakyat terlebih dulu. Nah kini UBN sedang menanggung dosa-dosa atas perbuatannya sendiri.

Apa yang berlaku hari ini boleh disifatkan menjadi petanda awal kepada lenyapnya zaman kehebatan dan kegemilangan UBN di Pahang khasnya. Apabila lebih 10,000 rakyat keluar beramai-ramai untuk bergabung tenaga dan suara menyokongnya ia menandakan bahawa kekuatan UBN di Pahang kini sudah relai. Mitos dan kekeramatan Umno kepada orang Umno yang didewakan selama ini sudah pun berakhir.

Yang paling ramai keluar pagi tadi ialah masyarakat Cina. Ini tidak menghairankan kerana orang Cina mempunyai kesedaran tinggi terhadap alam sekitar berbanding dengan orang Melayu. Sikap ini sekali lagi menunjukkan orang Cina lebih menjaga keselamatan diri mereka dan mendahului kaum lain dalam soal-soal kesihatan dan keselamatan diri. Merka tidak mudah terpedaya dengan janji dan retorika pemimpin UBN sebaliknya akan meletakkan masa depan dan keselamatan keluarga mereka di hadapan.

Berhubungan ini suka saya menanti bagaimana sikap dan pendirian orang Melayu khasnya didalam Felda yang kini dalam dilme menghadapi penyenaraian Felda Global Ventures Holding yang masih dalam persimpangan waktu ini. Apakah orang Melayu berpandangan jauh mengenai untung nasib mereka atau pun akan terdodoi dan terulik dengan lagu-lagu durian runtuh di musim pilihan raya ini yang dinayanyikan oleh para pemimpin Umno terutamanya pengerusi Felda Mohd Isa Samad.

Saya mahu tenguk kalau diadakan himpunan dikalangan peneroka, apakah jumlah yang hadir sama ramai atau mencapai separuh yang hadir pada himpunan anti Lynas hari ini. Sekiranya himpunan peneroka juga mendapat sambutan sama hangat dengan himpunan Hijau 0:2 pagi tadi maka tidak syak lagi UBN harus bersiap sedia untuk menggulung tikar pemerintah mereka.

Apa pun himpunan di Kuantan hari ini telah menambah semangat baru untuk rakyat khasnya orang Cina meninggalkan sokongan mereka kepada Najib khasnya dan Umno amnya. Tentangan kepada Lynas itu juga memberi gambaran tentangan orang Cina kepada Najib. Tampaknya Najib lebih awal ditentang oleh Cina berbanding dengan Abdullah Badawi bapa mertua si ketua pemuda Umno yang tidak ada sekuman kuasa itu. [wm.kl.11:16 pm 26/02/12]

Tiada ulasan: