Jumaat, 13 Januari 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


LUCUNYA NAJIB MAHU TOLONG RAKYAT SELANGOR, RAKYAT NEGERINYA SENDIRI PUN MENDERITA

Posted: 13 Jan 2012 02:08 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

NAMPAKNYA Najib terlupa bahawa Selangor suatu ketika pernah ditadbir oleh Umno/Bn selama berpuluh tahun dan pada ketika itu rakyat di Selangor menderita di bawah Umno/Bn walaupun Selangor adalah negeri yang terkaya.  Apabila kehilangan kuasa pada tahun 2008, sekarang barulah Najib tersedar dari lamunan bahawa selama ini Selangor terabai berpuluh tahun dahulu.

Beliau berkunjung ke Selangor semalam, maka seperti biasa cuba untuk memperbodohkan lagi rakyat di negeri tersebut.  Najib berjanji untuk meringankan masalah peniaga Melayu yang menyewa lot kedai di Kompleks PKNS di Shah Alam, jika BN mengambil alih kerajaan negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang.
 
Mahu tolong rakyat Selangor?  Rakyat Pahang apa macam, bro?
 
Najib berucap isu apa di Selangor?  Tiada isu yang Najib boleh perlekehkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.  Beliau bercakap tentang masalah sampah yang sering dimainkan oleh media seperti TV 3.  Amat memalukan sebagai seorang PM, Najib membawa isu sampah.  Selain dari itu isu apa?  Tiada samasekali melainkan berjanji dan terus berjanji.  Kononnya mahu meringankan beban para peniaga.  Mengapa tidak dilaksanakan di negeri-negeri yang Umno/Bn perintah sekarang?  Di Pahang contohnya, adakah para peniaga hidup senang lenang dan terlalu murah harga menyewa lot kedai?  
"Wahai Najib, kau jangan temberang la....Tolong rakyat aku kat Pahang ni dulu beb....."
 
Di Pahang, sudahlah harga sewa lot kedai mahal, terpaksa pula menanggung bil air yang tinggi.  Adakah air percuma 20 Liter Padu di Pahang seperti di Selangor?  Ertinya, di negeri beliau sendiri pun Najib tidak mampu bantu, adakah rakyat Selangor boleh harap anak jati Pahang ini mahu membantu rakyat Selangor?  Eloklah Najib balik ke Pahang dahulu dan arahkan Nan Yaakob buat seperti yang beliau janjikan di Selangor.  Paling utama, suruh Nan Yaakob beri air percuma seperti di Selangor.  Itu belum dikira pemberian saham RM100 setahun kepada anak-anak yang lahir di Selangor.  Nan Yaakob mampu buatkah?

Kepada rakyat Selangor, anda datang ke Pahang dan bertanya rakyat Pahang apakah yang rakyat Pahang dapat dari Nan Yaakob dan bandingkan dengan apa yang anda dapat di Selangor.  Nescaya jauh bezanya umpama langit dan bumi.  Maka, releven kah janji Najib kepada rakyat Selangor kalau di negerinya sendiri rakyat menderita? Fikir-fikirkanlah, jangan menjadi bodoh terlampau./wfauzdin.blogspot.com


CERAMAH CHEGU BARD PADA 24 JAN - JELEBU AKAN KUBURKAN UMNO BERSAMA RAIS YATIM

Posted: 13 Jan 2012 12:53 AM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

SETELAH puas aku berusaha, akhirnya aku berpakat dengan pimpinan PAS Jelebu terutamanya bekas `classmate' aku dulu iaitu Sdr Noranif Selamat (Timb YDP PAS Jelebu) dan juga rakan perjuangan Sdr Saiful (Spg Durian) untuk mengadakan program ceramah di kampong aku sendiri iaitu di Kampong Simpang Durian, Jelebu, NS.

Beberapa kali mengadakan rundingan dengan Chegu Bard, akhirnya tarikh yang telah dipersetujui untuk beliau tampil menyerang Jelebu terutamanya tempat pekat biru orang-orang Umno di Spg Durian adalah pada 24hb Januari ini nanti.  Masalah besar di kampong karat biru Umno ini adalah masalah lokasi ceramah.  Alhamdulillah, dengan keberanian salah seorang rakan beliau sanggup menjadikan perkarangan rumahnya untuk lokasi ceramah malam itu.

Apa isu di Jelebu?  Terlalu banyak.  Isu maksiat juga tidak kurangnya di Jelebu.  Pekan Spg Durian kini sudah ada `mini kasino'.  Pengangkutan? Usah cerita.  Telah bertahun Jelebu tidak mempunyai bas awam kecuali di Kuala Klawang ke Seremban sahaja, itu pun mungkin kerana K.Klawang adalah kawasan MP Jelebu, Rais Yatim.  Di kampong aku?  Mahu cari tayar bas pun tak nampak.  Aku khuatir generasi akan datang tidak lagi kenal rupa bas.

MP Parlimen aku Menteri telekomunikasi.  Hebat, bukan?  Tapi cuba anda berkunjung ke beberapa kawasan di Jelebu, anda akan tahu hebat atau tidak telekomunikasi di sana.  Jika anda ke kampong aku, lebih baik tidak payah bawa broadband.  Menyakitkan hati saja.  Rangkaian 3G pun tak ada di sana.  Hebat, bukan?  Tapi, Menteri aku ke hulu ke hilir bercakap pasal Wifi percuma.  Di Spg Durian, ada Wifi percuma tetapi di sekitar atau keliling dewan saja.  Dengar cakapnya `Kampong Wifi'.  Satu dewan satu kampong, kot.  Mahu Wifi percuma, pergi je kat sebuah kedai makan di sana.

Sebab itu, rakyat di Jelebu harus cerdik.  Umno mesti disingkirkan di Jelebu kerana selagi ada Umno, rakyat Jelebu tidak mampu berfikir melebihi dari apa yang Utusan Meloya dan TV 3 suku siarkan.  Ayuh..../wfauzdin.blogspot.com


TERKINI - CHEGU BARD CERAMAH MALAM INI DI PERMATANG BADAK, KUANTAN

Posted: 12 Jan 2012 11:50 PM PST

TERKINI: CERAMAH CHEGU BARD MLM INI (13 JAN 12) DI TMN MAHKOTA AMAN , BT 11 DIPINDAHKAN KE PUSAT ISLAM PERMATANG BADAK, KUANTAN BERHAMPIRAN SEKOLEH RENDAH ATAS SEBAB KEADAAN CUACA. CHEGU BARD AKAN BERUCAP AWAL JAM 09.00 MLM. JEMPUT HADIR BERAMAI2...MOHON HEBAHKAN.

Tiada ulasan: