Rabu, 18 Januari 2012

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Khalid lantik dua pegawai khas baru

Posted: 18 Jan 2012 08:01 PM PST


SHAH ALAM, 19 Jan: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) telah melantik dua Pegawai Khas bagi membantu beliau dalam menjalankan portfolio Infrastruktur dan Kemudahan Awam yang baru diambil alih semalam.

Adun Rawang, Gan Pei Nei dan Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Semesta Sdn Bhd V. Ganabatirau dipilih untuk memegang jawatan tersebut yang bertanggungjawab memastikan penyelarasan kerja-kerja  pembaikan jalan dan parit yang dikelola Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) berjalan lancar.

"Pelantikan mereka berkuatkuasa serta merta dan Menteri Besar berharap kedua-duanya akan bekerja keras untuk memberi perkhidmatan yang baik dan berkesan kepada rakyat Selangor," kata kenyataan yang dikeluarkan pejabat MB hari ini.

Semalam Khalid membuat rombakan kecil kepada exconya berikutan perlantikan Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai Exco baru bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali yang dipecat dari PAS.
Read More / Baca Lagi >>

Fizik adalah konspirasi Yahudi

Posted: 18 Jan 2012 07:59 PM PST

Sesungguhnya kita ini adalah masyarakat yang sukakan sesuatu yang mistik, misteri dan terutama sekali konspirasi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca yang budiman sekelian, moga-moga anda berada dalam keadaan yang sihat selalu.
Pastinya anda tertanya-tanya, mengapakah pada minggu ini Encik Zaidel telah memilih suatu tajuk yang begitu kontroversi, adakah dia ingin mengikut jejak langkah diva tersohor Azwan Ali dengan mencari publisiti sebanyak mungkin dan kemudian menangis di hadapan wartawan dengan akuan insaf setelah pulang dari Mekah mengerjakan umrah?
Oh pastinya tidak wahai para pembaca sekelian, sesungguhnya tajuk pada hari ini adalah penaakulan peribadi saya hasil pemerhatian yang telah saya lakukan terhadap masyarakat kita sejak dari zaman Bas Sri Jaya hinggalah ke era Rapid KL.
Read More / Baca Lagi >>

Insiden BALING KERUSI Semasa Majlis Penyerahan Wang BR1M PJU

Posted: 18 Jan 2012 07:57 PM PST

Sekadar hiasan.
[SH] PETALING JAYA – Penyerahan wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia  Parlimen Petaling Jaya Utara  di  SMK Perempuan Sri Aman dekat sini  kecoh  selepas 150 pemohon yang layak tidak dapat  menuntut wang masing-masing kerana ketiadaan surat pengesahan.

Beberapa insiden baling kerusi dilaporkan berlaku menyebabkan polis terpaksa dipanggil untuk mengawal keadaan.

Rata-rata pemohon kesal dengan pihak penyelaras parlimen kerana gagal menyerahkan surat pengesahan  kepada 150 pemohon menyebabkan mereka  terpaksa menunggu lama.
Read More / Baca Lagi >>

Menjelang temu Menteri Pertahanan: MP Pakatan bersiap rapi

Posted: 18 Jan 2012 07:43 PM PST


KUALA LUMPUR, 19 Jan: Persiapan rapi sedang dibuat oleh kedua-dua belah pihak menjelang pertemuan antara tiga anggota Parlimen Pakatan Rakyat dengan Menteri Pertahanan petang ini.

Sekurang-kurangnya di pihak Pakatan, penyelidikan yang mendalam dibuat bagi memastikan pertemuan petang ini benar-benar menguntungkan rakyat dan negara akhirnya.

Pertemuan Dr Dzulkefly Ahmad (PAS Kuala Selangor), Datuk Saifudin Nasution Ismail (PKR Machang) dan Tony Pua (DAP Petaling Jaya Utara) dengan Datuk Sri Zahid Hamidi (gambar bawah) akan diadakan jam 3 petang ini di Kementerian Pertahanan.
Read More / Baca Lagi >>

Mungkinkah Shahrizat digugurkan sebelum PRU13

Posted: 18 Jan 2012 07:42 PM PST

Keputusan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang bercuti sabatikal sebagai menteri kabinet sementara menunggu sisatan ke atas syarikat projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarganya menimbulkan persoalan sama ada Ketua Wanita Umno itu akan terus berundur dari dunia politik.

Tiga hari selepas pengumuman itu, pemimpin veteran pembangkang secara sinis berkata, beliau  meramalkan bahawa Shahrizat akan digugurkan sebagai menteri kabinet, tetapi Lim tidak menyatakan alasannya itu.

azlanMenurut sumber dalaman BN, pembabitan keluarga Shahrizat yang terpalit dengan skandal NFC telah mencemarkan imej imej reformis yang cuba ditonjolkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun takdir menentukan bahawa Najib tidak mempunyai jalan mudah bagi menyelesaikan kemelut ini. Jika Dewan Rakyat dibubarkan selepas Mac, Najib pastikan terpaksa membentangkan beberapa undang-undang reformis termasuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) demi memulihkan imejnya yang tercemar itu.Read More / Baca Lagi >>

NFC: Ketua Audit sahkan gagal, tak perlu firma akaun

Posted: 18 Jan 2012 07:41 PM PST


KUALA LUMPUR, 19 Jan: Jingga 13 membantah hasrat kerajaan melantik sebuah firma perunding perakaunan bagi tujuan menjalankan penelitian wajar untuk mengaudit projek Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) seperti mana dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ketua kordinatornya, Fariz Musa berkata, Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada 24 Oktober 2010 telah mengesahkan melalui pemeriksaan audit mengesahkan bahawa NFC adalah gagal memenuhi matlamat penubuhannya.
Katanya, Muhyiddin bukan sahaja turut terpalit dengan isu skandal NFC tersebut adalah tidak mempunyai kredibiliti dan integriti lagi untuk mengumumkan sebarang hasrat atau tindakan kerajaan yang sudah pasti menimbulkan prejudis oleh seluruh rakyat Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan Selangor bantu penduduk Kampung Baru

Posted: 18 Jan 2012 07:40 PM PST


KUALA LUMPUR, 19 Jan: Kerajaan Negeri Selangor akan terus membantu penduduk Kampung Baru dengan menyediakan pelan pembangunan alternatif  tanpa menjejaskan hak milik tanah yang diwarisi penduduk daripada nenek moyang mereka.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata, kerajaan negeri melalui  Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kampung Baru (JKBPKG)  memulakan langkah menyalurkan maklumat kepada pemilik dan pewaris tanah Kampung Bharu mengenai hak mereka ke atas tanah tersebut meskipun kawasan tersebut dibangunkan.

Ianya sebagai usaha mengelakkan  penduduk Kampung Baru menjadi mangsa Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Bharu 2011 yang telah diluluskan Dewan Negara Disember lalu.

"Kerajaan negeri sentiasa di belakang usaha untuk menentukan pembangunan Kampung Baru ini dapat diterima dan dihayati oleh seluruh pemilik dan pewaris tanah.
Read More / Baca Lagi >>

Bukan BERSIH tapi kerajaan yang ugut rakyat

Posted: 18 Jan 2012 07:38 PM PST


Lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Pakatan (BERSIH) untuk pembaharuan  pilihan raya dianggap munasabah", kata pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan yang membayangkan perhimpunan bantahan kali ketiga jika cadangan mereka terus diabaikan.

bersih pc on jom 100 170112 ambigaSebaliknya, Ambiga membidas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menemplak BERSIH kerana didakwa mengugut kerajaan.

"Bagi saya, kerajaan yang sebenarnya mengugut rakyat," kata Ambiga kepada Malaysiakini selepas memberi keterangan kepada panel siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengenai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai tahun lalu, semalam.

Menurut Ambiga yang yang dicadangkan oleh BERSIH adalah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan.

Selasa lalu, Ambiga mengumumkan bahawa NGO itu tidak akan teragak-agak untuk sekali lagi turun ke jalanan bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini jika cadangan mereka gagal dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

"Kami semakin cemas kerana kerajaan tidak mahu memberikan komitmen mudah supaya memastikan cadangan yang dikemukakan itu dipenuhi demi menjamin pertandingan atau pilihan raya yang adil."

Pengecut di Putrajaya: Mengapa Najib takut berhadapan dengan Anwar?

Posted: 18 Jan 2012 07:04 PM PST

Pengecut di Putrajaya: Mengapa Najib takut berhadapan dengan Anwar? Sabtu lalu, Najib telah untuk kali ke-tiga dicabar oleh Anwar untuk berdebat. Tiada jawapan daripada Najib. Najib nampaknya lebih berminat untuk menyendiri disebalik bayangannya dan melemparkan batu. Ada nama untuk orang begitu: pengecut.
Najib yang dikelilingi penyokong dan pempropaganda daripada media arus perdana seperti The Star, NST dan Utusan telah memberanikan diri bersuara mengenai polisi yang dicadangkan Pakatan. Beliau dengan tiada rasa bersalah, mengenepikan rasa hormat diri dan maruah dan bertindak seperti budak sekolah nakal serta melaungkan kata-kata hinakepada Anwar dari tempat yang selamat. Tetapi Najib enggan bersemuka dengan Anwar dalam suatu debat terbuka kerana beliau tidak ada kekuatan untuk melakukan yang demikian.
Read More / Baca Lagi >>

Semua mata tertumpu pada Dr M dan balasan dendam beliau terhadap pembebasan Anwar

Posted: 18 Jan 2012 07:03 PM PST

Semua mata tertumpu pada Dr M dan balasan dendam beliau terhadap pembebasan Anwar Apabila hakim Mohamad Zabidin berbalik kepada penemuan beliau yang awal dan memerintahkan pada 9 Januari 2012 bahawa kerajaan Perdana Menteri Najib Razak tidak cukup bukti untuk mendakwa Anwar Ibrahim melakukan liwat, tanpa ragu-ragu lagi ia merupakan satu kemenangan bagi Ketua Pembangkang itu dan Pakatan Rakyat .
Bukan sahaja ia memberi semangat yang besar kepada pihak PKR yang telah lama menderita begitu juga penyokong setia mereka. Keghairahan yang meletus akibat berita itu di negara ini dan di seluruh dunia jelas menandakan bahawa ramai sangat terkejut dengan perkembangan itu. Dari Amerika Syarikat ke Kanada ke Australia, pemimpin-pemimpin dunia mengucapkan tahniah kepada Anwar dan juga memujiNajib yang akhirnya membuat keputusan yang 'terbaik'. Dalam hal ini, Anwar tidak pernah bersalah dan tiada siapa yang percaya sandiwara yang tidak masuk akal direncanakan oleh Najib dan Umno pada tahun 2008 untuk menjamin keselesaan mereka sebelum pilihan raya umum akan datang, yang harus diadakan sebelum atau pada April 2013 .
Read More / Baca Lagi >>

Serang dasar bukan peribadi manusia: Nik Aziz

Posted: 18 Jan 2012 06:58 PM PST

Wartawan Sinar Harian
Nik Abdul Aziz Nik Mat
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas menyelar tindakan pihak tertentu yang masih menyerang keperibadian Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau berpendapat apa diperkatakan Anwar ketika ditemubual stesen televisyen antarabangsa berlainan laporan akhbar tempatan.
"Anwar sebut benda lain, tetapi akhbar kita tidak serik-serik tuduh benda lain. Sudahkan kes liwat bertahun-tahun musnah dalam sekelip mata.
"Jika hendak berpolitik mesti serang dasar bukan peribadi manusia, serang manusia itu mengumpat," katanya selepas menerima rombongan delegasi China di pejabatnya, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Sepakat membawa berkat. Mamposs UMNO!!

Posted: 18 Jan 2012 06:47 PM PST


Di bawah ini ialah kenyataan MB Khalid Ibrahim semalan, selepas upacara angkat sumpah Exco baru kerajaan negeri iaitu YB Dr Ahmad Yunus

"Pelantikan ini turut melibatkan rombakan kecil dari segi portfolio di mana Dr Ahmad Yunus akan bertanggungjawab terhadap portfolio Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan. Manakala Portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam kini dipegang Menteri Besar"

Uuuu... ekoran rombakan kecil pada portfolio tersebut.... maka riuk rendahlah puak-puak UMNO berkokok, kononnya berlaku rampasan 'kuasa' ler.... Khalid gila kuasa ler... PAS kena kunta kinte ler... dan macam-macam lagi ler.
Read More / Baca Lagi >>

PAS sedia ‘rampas’ yang belum menang, pertahankan sedia ada

Posted: 18 Jan 2012 06:38 PM PST

KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu akan mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen yang dimenanginya serta 'merampas' kerusi-kerusi yang tewas daripada Barisan Nasional (BN).
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut berkata PAS Terengganu akan bekerja bersungguh-sungguh bagi mengekalkan kerusi-kerusi Dun dan Parlimen yang dimenangi.

Read More / Baca Lagi >>

ABU ceramah in Klang on 21/1/2012

Posted: 18 Jan 2012 06:28 PM PST

LinkedIn! http://harismibrahim.files.wordpress.com/2012/01/e-poster.jpg?w=250&h=300
Click on the poster to open the full-sized one.
See you all there on Saturday.
Spread the word to family and friends.
ABU is coming to Klang.

Indonesia menjadi Pusat Halal Dunia

Posted: 18 Jan 2012 06:20 PM PST


WHFCJAKARTA - 24 pimpinan institusi persijilan halal antarabangsa dari 14 negara yang mengikuti mesyuarat tahunan Dewan Makanan Halal Dunia (WHFC) menyatakan sokongan terhadap keputusan menjadikan Indonesia sebagai pusat halal dunia.

"Kami merasakan Indonesia dapat memainkan peranan penting dalam penyatuan standard dan peraturan-peraturan antara negara-negara pengeksport dan pengimport produk halal di seluruh dunia, dan sebenarnya kami sangat menantikan hal tersebut," kata ketua Badan Pensijilan Halal dari Eropah Munim Al Chaman di Jakarta.
Read More / Baca Lagi >>

Proton more expensive in Malaysia?

Posted: 18 Jan 2012 06:09 PM PST

Saudi Arabians pay less for Malaysian-made Proton cars than we do, an independent think-tank revealed.Citing the Finance Ministry, the Research for Social Advancement (REFSA) said that Saudis only needed to fork out at the most RM43,570 for a brand-new Proton Waja, Gen-2 or a Persona between 2008 and 2009.Malaysians, on the other hand, were expected to cough up RM52,999 for a "standard Waja or Persona", and RM52,988 for a Gen-2 in 2011.
"The fact that local cars are cheaper overseas makes little sense," REFSA said in a statement.
Read More / Baca Lagi >>

Wahai PM, sejak bila kes Teoh Beng Hock dipandang berat?

Posted: 18 Jan 2012 06:05 PM PST

Sudah tahun 2012.  Wahai Perdana Menteri, sejak bila kes Teoh Beng Hock dipandang berat?

Pada 2 Februari 2012, Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan untuk semakan semula kes Teoh Beng Hock.

Kami bakal menyambut Tahun Baru Cina ketiga tanpa Beng Hock, juga tanpa kebenaran, pada tahun 2012.

"Apakah sebenarnya yang terjadi pada 16 Julai 2009?  Mengapa kemusykilan yang kami ajukan tidak terjawab?"  Beberapa tahun kebelakangan ini, kami mengajukan soalan yang sama, di mahkamah, dalam media, dalam ceramah untuk ratusan dan ribuan kali, namun tetap tidak menemui jawapan.  Dalam suasana hari raya yang bakal disambut dengan ahli keluarga bersama, kami masih berdepan dengan soalan yang berkali-kali menumpaskan kami.
Read More / Baca Lagi >>

Sindiran banjiri laman Facebook Najib versi bahasa Cina

Posted: 18 Jan 2012 06:04 PM PST

Mungkin di luar jangkaan dirinya, cubaan Perdana Menteri Najib Razak untuk mendampingi komuniti Cina melalui Facebook telah mengundang kesan sebaliknya, apabila warga internet membanjiri laman rasmi Facebook versi bahasa Cina ini dengan sindiran dan kritikan yang tajam.

Tidak kurang komen yang menyasarkan isteri Najib Razak, iaitu Rosmah Mansor, misalnya mengajukan soalan nakal seperti "Nak shopping kat mana hari ini bersama isterimu?  Apa jenama baru yang boleh kamu perkenalkan?", malah ada yang mengungkit semula nama "Altantuya Shaariibuu", wanita Mongolia yang diletupkan dengan C4 di Malaysia pada tahun 2006.
Read More / Baca Lagi >>

DS NIZAR @ MADAH, MANJUNG

Posted: 18 Jan 2012 05:54 PM PST

Mat Sabu: BN Menang Malaysia Bankrap

Posted: 18 Jan 2012 05:53 PM PST

Mat Sabu: Kita Alat Memperalat Untuk Menjatuhkan Barisan Nasional

Posted: 18 Jan 2012 05:52 PM PST

Adam Adli mahu ambil tindakan mahkamah terhadap UPSI

Posted: 18 Jan 2012 05:49 PM PST

KUALA LUMPUR, 19 Jan -  Aktivis mahasiswa Adam Adli Abd Halim yang digantung pengajian selama 18 bulan atau tiga semester akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk mencabar keputusan itu.

Ketika ditemui The Malaysian Insider, Adam Adli, 22, berkata tindakan itu diambil kerana pengurusan UPSI tidak memberi perbicaraan yang adil semasa dipanggil membela diri pada 9 Jan lalu.

Bagaimanapun Adam Adli tidak menjelaskan tarikh khusus tindakan mahkamah terhadap universiti akan diambil, menambah perkara itu masih di peringkat perbincangan dengan peguam.

"Saya akan bawa perkara ini ke mahkamah, sekarang masih di peringkat perbincangan dengan peguam...kita sedang meneliti kes ini terlebih dahulu sebelum dibawa ke mahkamah.
Read More / Baca Lagi >>

Sup Tulang Yang Dah Di Makan

Posted: 18 Jan 2012 05:48 PM PST

 " Sekadar renungan...buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "


"Mak pergi menoreh," jawabnya.


"Mana bapak?"


"Bapak pergi kerja..."

Read More / Baca Lagi >>

Respon Kepada Kenyataan Mohamad Hasan

Posted: 18 Jan 2012 05:44 PM PST

Oleh Mohd Taufek Abd Ghani

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, manifesto Pakatan Rakyat itu sebenarnya berasaskan apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Menurutnya, pembangkang hanya mencedok idea Kerajaan Negeri dan menidakkan apa yang pernah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri selama ini. Jika benar dakwaan beliau, apakah kerajaan negeri akan menawarkan perkara yang sama, kurang atau lebih lagi dari apa yang terdapat dari sebahagian daripada Manifesto Pakatan Rakyat N.Sembilan di bawah ini :

Read More / Baca Lagi >>

Hijab Part3

Posted: 18 Jan 2012 05:30 PM PST

Tiada ulasan: