Rabu, 11 Januari 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Kenapa Pula Dr Rani Layak Untuk Menjadi Exco Gantikan Hassan Ali?

Posted: 11 Jan 2012 12:30 AM PST

Rani paling layak ganti Hasan Ali

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyokong penuh saranan Datuk Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang meminta supaya Datuk Dr Hasan Ali meletakkan jawatan selaku exco kerajaan negeri secara sukarela.

Ini kerana beliau tidak lagi mewakili parti setelah dipecat keahlian beliau oleh PAS baru-baru ini.

Menteri besar juga menyerahkan kepada pimpinan PAS Selangor untuk melantik pengganti kerana kuota exco tersebut adalah untuk parti PAS.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor dengan ini juga menyokong penuh saranan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Dr Raja Ahmad Al Hiss, supaya kekosongan untuk exco diserahkan kepada Dr Abdul Rani Osman selaku pesuruhjaya PAS negeri dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru.

Dr Abdul Rani adalah orang yang selayaknya mengisi kekosongan kuota tersebut bukan sekadar beliau merupakan orang PAS nombor satu Selangor tetapi beliau juga cukup dekat dengan rakyat dan cukup prihatin dengan permasalahan rakyat.

Jawatan Ini Jawatan Yang Memeningkan Kepala

KLANG: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman yang disebut-sebut bakal dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru mengantikan Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat Ahad lalu berkata, beliau akan memikul amanah itu jika hanya diarahkan oleh kepimpinan PAS pusat.

Ini kerana katanya, beliau tidak mempunyai sebarang cita-cita untuk menyandang jawatan tersebut kerana ia adalah satu jawatan yang memeningkan kepala.

Bercakap dalam satu pertemuan dengan akhbar The Star, ahli Dewan Undangan Negeri Meru itu yang pada Jun tahun lalu turut mengantikan Dr Hasan sebagai pesuruhjaya PAS negeri menegaskan, pendiriannya itu tidak berubah walaupun sekarang nampaknya kerusi tersebut bakal dikosongkan ekoran perkembangan terbaru dalam parti.

"Bukannya kerana saya keberatan atau apa, tetapi hakikatnya ialah saya tidak berminat. Ia (jawatan Exco) datang bersama bebanan yang memeningkan.

"Ia adalah satu tanggungjawab yang sangat besar. Hanya jika kepimpinan parti mahukan saya mengambil alih barulah saya terima tetapi saya tidak minta diberikan peluang itu," katanya.

Apabila diberitahu bahawa banyak pihak melihat beliaulah calon yang paling layak untuk kerusi tersebut, Dr Rani menjawab; "Masih ramai ahli Dewan Undangan Negeri dari PAS yang lebih layak dan kanan daripada beliau untuk diamanahkan jawatan ini."

Antara yang menyokong agar Dr Rani dilantik mengantikan Dr Hasan sebagai Exco ialah Dewan Pemuda PAS Selangor atas dasar beliau kini adalah pesuruhjaya PAS negeri.

Dr Hasan yang dipecat sebagai ahli PAS Ahad lalu masih berpeluang membuat rayuan kepada Majlis Syura PAS berhubung pemecatannya itu.

Bagaimanapun sehingga kini, beliau masih belum memutuskan apakah langkah seterusnya termasuklah tentang kedudukannya dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Juga masih samar-samar apakah kepimpinan PAS pusat hanya akan mencadangkan satu nama baru untuk mengisi kerusi Exco tersebut selepas Dr Hasan memutuskan untuk membuat rayuan atau tidak. -mstar


Ulasan GB

Memerhatikan jawapan yang diberikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman tatkala diajukan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru mengantikan Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat, menampakkan beliau memang seorang yang merendah diri dan tawadhu - sifat yang begitu jarang ditemui di kalangan pemimpin.

Biasanya seseorang akan melompat kegirangan apabila disebut-sebut sebagai exco, malah ada yang lebih dasyat, merancang pula nak jadi MB sebaik saja menang pilihanraya dengan pelbagai helah dan cara, tetapi tidak diizinkan Allah rencananya itu.

Malah satu ketika seingat GB, ketika nama Dr.Rani Osman disebutkan untuk menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor pun, beliau sanggup bernazar hendak sembelih kambing jika tidak terpilih.

Dr.Rani mengetahui bahawa sesuatu "jawatan" itu bukan satu tasyrif (keistimewaan), tetapi satu taklif (bebanan tanggungjawab).

Inilah ciri yang pernah disabdakan oleh Rasulullah saw.

Rasulullah saw bersabda kepada Abd al-Rahman Bin Samurah ra:

"Wahai Abdulrahman, kamu jangan meminta imarah(pemimpin), kerana, jika tugas pemimpin diberikan kepada kamu kerana kamu minta ia akan diserahkan kepada kamu dan kamu dibebani. Jika ia diberikan kepada kamu bukan kerana kamu minta, kamu akan dibantu atas (kendalian) nya". - Bukhari, Muslim

PAS perlukan ramai pemimpin seperti Dr.Rani ini.

Seperti yang pernah GB utarakan sebelum ini bahawa PAS adalah "hizbullah", maka Allah yang akan memilih siapa yang layak untuk memimpin gerakan Islam ini. Dan Allah akan memilih mereka yang paling merendah diri dari kalangan beriman untuk memimpin ummah.

Dan itulah diantara ciri kemenangan hizbullah seperti firmanNya di dalam Surah Al-Maidah ayat 56

وَمَن يَتَوَلَّ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُواْ فَإِنَّ حِزْبَ اللّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ
Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman itu penolongnya, maka sesungguhnya kumpulan (parti) Allah itulah yang menang.



UMNO Malu Nak Pelawa Hassan Ali, Hassan Malu-malu Nak Sertai UMNO

Posted: 11 Jan 2012 12:04 AM PST

UMNO tak tawar keahlian kepada Hasan Ali

PUTRAJAYA - UMNO tidak membuat apa-apa tawaran keahlian kepada anggota Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang dipecat oleh Pas kelmarin, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO ketika ditanya kemungkinan Hasan menyertai UMNO berkata, sebagai pemimpin bijak dan berpengalaman, Hasan boleh memilih mana-mana parti politik yang dianggap sesuai dengan perjuangannya.

"Kita (UMNO) tidak terburu-buru dalam hal ini malah kita tidak membuat apa-apa tawaran pun. Mungkin dia (Hasan) dapat fahami secara dalam apa Pas sebenarnya. -kosmo

Pintu Umno sentiasa terbuka

PUTRAJAYA: "Umno sentiasa terbuka kepada sesiapa saja kalau mereka minat dan yakin dengan perjuangan kita, maka terserahlah kepada individu berkenaan untuk menilai," kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau mengulas sama ada Umno akan membuka pintu parti itu sekiranya bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berminat menyertai Umno.

Menurutnya, sekiranya Dr Hasan berpendapat Umno landasan terbaik untuk memperjuangkan Islam, beliau boleh membuat keputusan sewajarnya.

Namun, katanya, parti tidak pernah membuat sebarang tawaran kepada Exco Selangor itu untuk menyertai Umno.

"Agak terlalu awal, nanti orang kata Umno terburu-buru, esok adalah keluar dalam blog nanti kata Umno terburu-buru, seolah-olah tak ada pemimpin lain...Saya perlu berhati-hati bila nak cakap begitu. "Seperti diketahui, Umno sentiasa terbuka pintunya kepada sesiapa saja. Kalau Datuk Hasan Ali kata mungkin sekarang ini jiwanya sebati dan faham perjuangan Umno, maka kita mungkin sehaluan dalam soal itu, jadi terserahlah kepadanya," katanya.

"Tetapi ini tidak bermakna kenyataan saya ini kata ghairah sangat... nanti ada orang salah anggap, media pun nanti lapor begitu, tapi (yang penting) kita sikap terbuka," katanya pada sidang media selepas Majlis Perutusan Khas Amanat Tahun Baru Kementerian Pelajaran 2012, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, semalam.

Hadir sama, kedua-dua timbalannya, Datuk Dr Wee Ka Siong dan Dr Mohd Puad Zarkashi; Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Dr Rosli Mohamed dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud. -hm


Ulasan GB

"Baiah" dah lepas Hassan. Tak perlu gusar lagi. Jangan malu-malu untuk sertai UMNO. mana tahu jika UMNO sudi turunkan kamu sebagai calon PRU nanti.

Putera Idaman menulis diFBnya:

1. SAYANG....Semangat Islamnya tinggi tapi kurang memahami fiqh politik..Nak bawa Islam mesti penuh strategi...

2. PAS memecat Dr Hassan Ali bukan kerana DAP, bukan kerana 901, bukan kerana soal Anwar, tetap beliau telah membelakangi 'manhaj' dan disiplin parti, beberapa kali membuat kenyataan terbuka yg mengkritik pandangan dan dasar parti walaupun sudah diberi amarah berkali2.....NAMUN PAS tetap beri peluang utk membuat rayuan...kalau beliau ikhlas bersama jemaah, beliau akan kembali membuat rayuan..jika tidak??...faham2lah sendiri...

3. Syeikh Qaradhawi, Muhd Al Ghazali, Syd Sabiq dll pernah diambil tindakan oleh Ikhwan Muslimin. Namun mereka menunjukkan keikhlasan dan kekal bersama pjuangan Islam hingga penghujung usia...Ketika Muhd Al Ghazali dipecat, Hasan Hudhaibi berkata:

"Kami memecat beliau bukan sebagai menafikan ilmu dan tawadhu'nya, tetapi kepentingan menjaga disiplin dalam kerja jamaah adalah diutamakan."

4. Barbalik persoalan pemecatan keahlian ini, PAS tak pernah gugurkan perjuangan Islam. Tapi hanyalah strategi seperti mana strateginya Nabi Saw membawa Islam sehingga terpaksa gugurkan Kalimah Bismillah dan Rasulullah dlm Perjanjian Hudaibiyah.

5. Gugur kalimah bukan bererti gugur perjuangan...Gugur kalimah 'islamic State' dan swing kepada 'welfare state' hanya semata2 strategi yg langsung tak bercanggah dgn Islam..

6. Insyaallah, Majlis Syura Ulama' dipenuhi tokoh agama dan orang2 alim, mereka pastinya arif dan sudah melakukan 'istikharah' sebelum membuat keputusan..

7. Pada HASSAN ALI, anda boleh perjuangkan perjuangan dan cita2 anda melalui NGO, luar drpada PAS...sbb PAS ada perlembagaan, PAS bukan milik individu, tapi jemaah, kena faham fiqh politik dan adab jemaah kalau nak sertai haraki PAS...lepas ni kalau nak pakai tv3, Utusan Malaysia hari2 pun xpa...=)


Kes Kerani Bank Terbunuh Ditikam: Teman lelaki Dihadapkan Ke Mahkamah

Posted: 10 Jan 2012 09:17 PM PST

Tertuduh yang juga teman lelaki mangsa bekerja sebagai pengawal keselamatan, Muhammad Faizul Mohd Ali, 27, dan penganggur, Muhammad Zal Haziq Razali, 23, dituduh dengan niat bersama membunuh Rozana Mohd Yusak, 36, di premis Nombor B-01-15F Jalan Puncak Desa 2, Kepong, di sini, antara jam 12 tengah malam hingga 1.15 pagi, 21 Disember 2011.

Gambar: MUHAMMAD Faizul (kiri) dan Muhammad Zal yang terbabit kes pembunuhan kerani bank ditikam 35 kali di Kepong dihadapkan ke mahkamah, semalam.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan di depan Majistret Mohd Isa Md Nor, tetapi kedua-dua tertuduh mengangguk faham apabila pertuduhan terhadap mereka dibacakan.

Timbalan Pendakwa Raya, Rohaiza Hamzah tidak menawarkan sebarang jaminan kepada kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam dan memohon tarikh sebutan bagi mendapatkan izin memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Mohd Isa kemudian menetapkan 28 Februari depan untuk sebutan semula kes bagi dikemukakan bersama laporan forensik, kimia dan laporan bedah siasat. -BH

Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Sudahlah Batu Disangka Emas, Bakal Didenda Pula Korek Jalan

Posted: 10 Jan 2012 07:40 PM PST

Johor Bahru: "Sah bukan emas," kata Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Johor, Shahar Effendi Abdullah Azizi mengenai ketulan batu di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee yang didakwa penduduk mengandungi emas sehingga menyebabkan kawasan itu menjadi tumpuan sejak lima hari lalu.

Gambar: ORANG ramai terus sibuk mencari logam berharga yang disangka emas di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru semalam. -kosmo

Shahar yang ditemui ketika melawat lokasi itu semalam berkata, pihaknya sudah mengambil sampel ketulan batu berkenaan dan melaksanakan kajian terhadap hablur yang sebelum ini didakwa emas.

"Hasil kajian mendapati ketulan batu itu tidak mengandungi emas, sebaliknya ia hanyalah sejenis batuan granit mengandungi mineral pirit atau besi sulfid.

"Orang ramai jangan mudah tertipu kerana untuk rekod, pirit juga dikenali sebagai 'fool's gold'. Ia memang seakan-akan warna emas, namun langsung tidak ada nilai," katanya.

Shahar yang hadir bersama Timbalan Pengarah (Sumber Mineral) jabatan berkenaan, Abdullah Sani H Hashim berkata, beliau difahamkan longgokan batu di kawasan itu diambil dari sebuah kuari di Kulaijaya.

Menurutnya, agak malang kerana penduduk di situ dan kawasan sekitarnya terpedaya dan tersalah sangka.

"Kami sudah memaklumkan keputusan kajian kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor untuk tindakan selanjutnya dan berharap orang ramai menghentikan tindakan mengorek batuan di kawasan itu.

"Ingin saya tegaskan, individu yang mengorek batuan di kawasan itu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara atas kesalahan melakukan kerja mengorek atau menceroboh tanah kerajaan tanpa kebenaran," katanya.

Menurutnya, jika sabit kesalahan, sesiapa yang berbuat demikian boleh didenda RM10,000 dan penjara selama setahun.

Harian Metro sebelum ini melaporkan laluan baru ditar di Jalan Mewah menjadi tumpuan ramai sejak lima hari lalu disebabkan percaya ketulan batu bersalut hablur emas. -hm

LAPORAN SEMALAM

Penduduk kampung temui 'emas' di JB


JOHOR BAHRU: Ratusan orang bakal bergelar 'orang kaya' sekiranya puluhan ketulan batu yang dikumpul keluarga masing-masing di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee di sini, sejak Sabtu lalu kerana dikatakan bersalut hablur emas, disahkan emas tulen.

Sejauh ini, wakil pemilik kedai emas yang beroperasi di sebuah pusat beli-belah di Tampoi mengesahkan ia emas tulen.

Penduduk berkata mereka mendapat kerjasama wakil kedai emas itu, yang datang ke tempat tersebut dan melakukan pemeriksaan ke atas ketulan batu itu Ahad lalu.

Hasilnya, wakil tersebut mendakwa ketulan batu diselaputi warna kuning tua itu emas tulen yang mempunyai gred terbaik.

Bagaimanapun, perkara itu belum ditentukan kesahihannya 100 peratus kerana banyak lagi kajian serta ujian perlu dilakukan sebelum boleh dipastikan ketulan batu itu diselaputi emas tulen.

Seorang penduduk, Encik Idham Mohd Diah, 36 tahun, berkata wakil pemilik kedai emas yang mengunjungi tapak pencarian itu turut menempah batu-baru tersebut daripada penduduk.

'Ada penduduk mendakwa batu yang dikumpul mereka itu sudah ditempah pembeli emas pada harga hingga RM15,000 ($6,173).

'Saya dan bapa saya menemui beberapa ketulan emas sejak mencarinya empat hari lalu,' katanya.

Seorang suri rumah dari Stulang, Cik Munawarah Rashid, 29 tahun, berkata beliau dan suaminya mengumpul 40 batu bersalut hablur, dipercayai emas, sejak 10 pagi hingga 3 petang Ahad lalu.

'Kami bercadang kembali semula ke sini pagi ini dengan harapan dapat menemui lebih banyak batu itu.

'Saya mendapat tahu berkaitan penemuan batu-batu ini menerusi rakan yang mendakwa mengumpul 20 ketulan batu bersalut hablur emas dalam tempoh dua jam. Jika benar ia emas tulen, kami menganggapnya rezeki,' ujar beliau.

Cik Munawarah berkata beliau tahu tentang wakil kedai emas yang berkata batu itu sah emas dan beliau berharap ia benar.

Seorang lagi penduduk, Encik Mohd Diah Abdullah, 63 tahun, berkata suasana perkampungan itu bertukar riuh selepas penemuan batu-batu tersebut.

Menurut beliau, orang pertama yang menemui batu itu ialah keluarga besannya, pada Sabtu lalu. -- HM


Letupan Di Himpunan 901: Polis Perlu Siasat Segera

Posted: 10 Jan 2012 04:38 PM PST

PKR menganggap isu letupan yang berlaku kelmarin semasa himpunan 901 sebagai amat serius dan memerlukan siasatan terperinci dan segera dari pihak polis.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata kejadian ini mengejutkan memandangkan himpunan tersebut adalah antara himpunan pertama yang mendapat permit Polis.

"Polis harus beri penjelasan sebab sepanjang malam polis sahaja yang dapat acces ke kawasan tersebut. Dari pada gambar-gambar dan saksi, didapati bahan letupan tersebut disimpan dibawah 'kon' polis dan ia diletupkan melalui remote control atau time bom. Ini bukan boleh dibuat oleh orang biasa,"katanya ketika dihubungi TVSelangor.

Dalam kejadian tersebut terdapat pihak-pihak lain juga turut berada dilokasi tempat letak kereta berhampiran Mahkamah Jalan Duta semalam.

"Baik pun perkasa ke pekida pun saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi kerana mereka juga berhak untuk berhimpun, saya harap pihak polis boleh menyiasat dan mencari orang yang bertanggungjawab,"ujarnya.

Menyentuh mengenai himpunan aman semalam, Tian berkata keputusan pembebasan Anwar semalam merupakan suatu kegembiraan kepada seluruh Pakatan Rakyat.

"Ini saya anggap orang yang tak puas hati dengan himpunan aman yang berlangsung atau orang tidak berpuas hati dengan kes ini. Ini boleh menjadi sedikit klu kepada pihak polis untuk mengadakan siasatan untuk mengetahui siapa yang bertanggung jawab,"katanya.

Sehubungan itu, PKR dan Pakatan Rakyat akan cuba menemui pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri bagi mendesak supaya siasatan segera dijalankan.

Dalam kejadian semalam tiga insiden letupan bom yang mencederakan lima orang awam berlaku selepas mahkamah melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan mengikut Seksyen 377(B) Kanun Keseksaan. -tvsnews



Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Dia Mengucap Dua Kalimah Syahadah Di Depan MSN Messenger

Posted: 10 Jan 2012 02:56 PM PST

Nama saya Greg Sowden. Saya memeluk agama Islam pada tanggal 15 Disember 2001. Sebelumnya saya adalah penganut Katolik Roma. Setelah memeluk Islam di usia 16 tahun saya memilih nama Ali Mahdi.Saya lahir pada tahun 1985. Saya belajar di Universiti Wilfrid Laurier di Waterloo, Ontario, Kanada bidang sejarah. Kampung halaman saya ialah Port Dover, Ontario, Kanada dan besar di peternakan ayam dan sapi yang berjumlah sekitar 400 ekar.

Saya menganggap diri seorang Kristian Katolik yang patuh. Setiap Ahad, saya ke gereja dan tidak pernah mempersoalkan kepercayaan saya. Setiap kali saya mendengar seseorang berkata tidak baik tentang agama Katolik, saya akan berusaha keras untuk membuktikan mereka salah. Walaupun kini saya sadar betapa waktu itu pengetahuan sangat minima.

Ibu amat bimbang dengan diri saya. Ia merasakan saya telah menyimpang. Saya melihatnya ia merasa kehilangan saya. kerana saya tidak lagi pergi ke gereja bersama anggota keluarga yang lain. Ia terus mengulangi betapa saya dulu gembira dengan agama saya. Jadi kini ia hairan mengapa saya perlu menukar agama.

Saya tidak bermaksud untuk menukar agama. Ketika membuat penelitian saya membaca tentang Islam kerana murni minat pada Islam. Sejak usia muda memang saya minat untuk belajar tentang agama dan budaya bangsa lain. bapa saudara mempunyai koleksi majalah National Geographic. Koleksi dari tahun 1930-an. Saya banyak menemukan isu-isu tentang Islam di sana. Hal itu benar-benar sangat menarik perhatian saya. Tinggal di sebuah kota kecil membuat saya tidak mengenal orang yang memiliki latar belakang orang bukan-Kristian. Akhirnya saya teramat ingin tahu dunia luar.

Pada tahun 2000, saya mulai mencari orang dari berbagai negara untuk berkomunikasi secara online. Hal itu saya lakukan untuk belajar lebih banyak mengenai orang lain. Di tapak web Penpal saya bertemu dengan Yahya, seorang anak muda dari Kuwait. Saya mulai bertanya padanya tentang banyak hal berkaitan agamanya. kerana saya memang tidak tahu berkaitan Islam. Tidak terlintas juga dalam fikiran saya untuk memeluk agama Islam kerana saya memang merasa puas dengan agama saya. Saat saya mula mengambil kursus berjudul "Agama Dunia" di sekolah tinggi, minat saya bertambah besar.

Dalam buku teks saya disebutkan kedudukan Nabi Isa al-Masih dalam Islam lewat perspektif Quran. Saya tahu bahwa Nabi Isa as adalah seorang nabi dalam Islam, tetapi saya tidak tahu betapa pentingnya dia. Saya juga tidak tahu bahwa ibunya adalah Maryam yang dianggap sebagai salah seorang dari empat wanita agung dalam Islam!

Selepas sekolah, saya pulang ke rumah mencari peranan Nabi Isa dalam Islam di internet. Peran Nabi Isa as membuka pikiran saya berkaitan dengan perkara yang tidak pernah terlintas di benak saya tentang Kristian dan Nabi Isa secara menyeluruh.

Semakin saya mendalami tentang Nabi Isa dan keyakinan Islam semakin saya ingin memeluk agama Islam. Informasi yang saya dapati memberi keyakinan kepada saya bahwa agama Islam adalah agama yang benar. Argumentasinya masuk akal dan malah ada bukti Muhammad dan Islam dalam Injil!

Semakin saya belajar dan menjadi tertarik dengan Islam. Saya mengirim e-mail dengan rakan Kuwait saya dan memberitahu apa yang saya dapatkan. "Mungkin saya harus memeluk agama Islam setelah mempelajari lebih jauh mengenai Islam," tulis saya kepadanya.

Saya tidak merancang untuk memeluk Islam begitu cepat kerana itu merupakan satu hal yang sulit untuk saya lakukan tanpa wujud komuniti Islam di tempat saya tinggal. Saya fikir hal itu akan kulakukan selepas memasuki Universiti. kerana saya tidak dapat ke masjid. Saya memberitahu teman Kuwait saya, dan ia kata saya dapat saja mengucapkan kalimah syahadah kepadanya.

Pada tanggal 15 Disember 2001 bertepatan 29 Ramadhan 1422, saya mengucapkan kalimah syahadah lewat MSN Messenger. Dengan menyebut kalimah indah tersebut saya menjadi seorang muslim!! Alhamdulillah! Segala puji bagi Allah!!! -republika

Ulasan GB

Itulah kegunaan teknologi moden seperti yang terdapat di internet ini contohnya blog, twitter, facebook, yahoo messenger, MSN Messenger dan sebagainya.

Menjalankan tugas amal makruf nahi munkar, menyebarkan risalah Islam, menegakkan kebenaran dan keadilan - dapat disempurnakan dengan peralatan internet yang sering kita gunakan.

[Video Terhangat] Iklan Sabun Pencuci "Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia"

Posted: 10 Jan 2012 06:28 AM PST

Berbagai cara digunakan Pakatan Rakyat untuk menyampaikan mesej dan memberi kesedaran kepada pengundi, termasuk rakaman video 'iklan sabun pencuci' yang dimuat naik ke dalam You Tube.

Video berdurasi seminit itu dimuatkan di laman Youtube dengan tajuk Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia!, dipercayai dihasilkan jentera penerangan DAP- salah satu komponen Pakatan Rakyat.

Walaupun hanya dimuatkan di laman itu sejak 8 Januari lalu, ia kini menerima kunjungan lebih 1,000 dan disukai lebih 2,000 pengguna internet.

Dalam video berkenaan ditunjukkan seorang wanita mempromosikan sabun mencuci pakaian 'jenama pakatan', sebagai simbolik betapa pentingnya mengubah kerajaan pada Pilihan Raya Umum akan datang.

"Baju saya bersih dan berseri selepas menggunakan pencuci jenama Pakatan.

"Sebelum ini saya membasuh pakaian menggunakan jenama 'BN', namun semakin lama baju saya dicuci, semakin kotor dan dicemari virus PKFZ, Lembu, Kondo dan lain-lain,"

Menurutnya, pencuci jenama 'Pakatan' mengandungi unsur CAT, iaitu Cekap, Akauntabel dan telus bagi membersihkan kekotoran dengan lebih berkesan.

"Sebab itu kita mesti tukar jenama untuk baju lebih bersih. Ubah sekarang, bersihkan Malaysia," katanya lagi.

Pojek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan 'Kondominium Lembu' antara skandal yang melingkari pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sejak beliau mengambil alih jawatan perdana menteri.

PKFZ misalnya melibatkan pemimpin utama BN termasuk bekas Presiden Umno lebih 20 tahun, Tun Dr Mahathir dan bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik.

Manakala skandal 'Kondominium Lembu' melibatkan Najib, timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta beberapa menteri kabinetnya termasuk Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Datuk Seri Noh Omar. -KD



Keputusan Pecat Hassan Ali Adalah Sebulat Suara

Posted: 10 Jan 2012 03:20 AM PST

PAS menegaskan pemecatan keanggotaan Datuk Dr Hasan Ali sebagai ahli parti itu bukan berpunca daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi kerana kesalahan sendiri.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata Anwar tiada kaitan dengan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja PAS pusat kelmarin.

"Banyak sebab lain dan untuk memecat keanggotaan ahli ia melibatkan barisan kepimpinan parti dan langkah ini diambil disebabkan tindakan-tindakan yang dianggap merugikan parti.

"Keahlian boleh dipecat jika melakukan tindakan merugikan parti... Anwar tiada kena mengena dalam membuat keputusan dan ia tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak kerana keputusan ini dibincangkan dan dicapai secara bersama," katanya kepada The Malaysian Insider.

Kelmarin Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan exco kerajaan negeri telah dipecat keanggotaan berkuatkuasa serta-merta kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan dasar parti.

Tindakan memecat Hasan dibuat berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian sebagai ahli PAS.

Hasan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia dan exco kerajaan negeri Selangor sebelum ini seringkali mengeluarkan kenyataan yang "menongkah arus".

Terbaru beliau menolak perhimpunan 901 dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda.

Beliau berkata ahli PAS tidak perlu menghadiri perhimpunan berkenaan.

Ekoran pemecatan itu Hasan berkata keputusan itu berpunca daripada Anwar.

Beliau menjelaskan segala kenyataan negatifnya terhadap Penasihat Ekonomi Selangor itu menjadi punca dirinya dipecat PAS.

"Anwar Ibrahim punca saya dipecat," kata Hasan.

Tuan Ibrahim menambah sekiranya Hasan tidak berpuas hati dengan keputusan itu beliau boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama dalam tempoh 30 hari.

"Keputusan ini sebulat suara... tiada pandangan berbeza.

"Kalau tidak berpuas hati beliau perlu hantar rayuan kepada Majlis Syura Ulama," katanya. -TMI

Jalan buntu bagi Hasan kembali pada PAS

Walaupun Datuk Dr Hasan Ali mempunyai peluang merayu terhadap pemecatannya kelmarin, peluang bekas pesuruhajaya PAS Selangor itu kembali ke pangkuan parti Islam itu dilihat amat tipis.

Ini kerana, keputusan memecatnya serta merta sebagai anggota parti didakwa didorong oleh pemimpin tertinggi parti Islam itu, termasuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Tetapi, presiden PAS itu sendiri yang menekankan supaya Hasan dipecat," dakwa penulis blog yang rapat dengan PAS Abu Bakar Rashid.

Menulis dalam blognya, Abu Bakar yang lebih dikenali sebagai "Penarik Beca" mendedahkan, majoriti anggota jawatankuasa pusat PAS hanya mahu Hasan digantung antara enam hingga 15 bulan sahaja.

Sejak tiga tahun lalu, Abu Bakar antara penulis blog bahagian hadapan yang rancak mengkritik dan mendedahkan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan PAS-Umno yang dikaitkan dengan Dr Hasan.

Ketika dihubungi Malaysiakini, sumber mengesahkan spekulasi Abu Bakar dengan menambah bahawa Nik Aziz yang juga mursyidul am antara yang mengutarakan cadangan pemecatan itu ekoran kenyataannya yang didakwa sering mencemuh garis parti.

Mat Sabu: Majlis Syura seperti mahkamah

Anggota jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad bagaimapun berpendapat, Dr Hasan masih mempunyai sekiranya memutuskan merayu kepada Majlis Syura – badan tertinggi dalam PAS selepas muktamar.

Peluang itu, tambah anggota parlimen Kuala Langat itu, ekoran kepetahan ahli motivas itu berhujah.

Katanya, anggota Majlis Syura – yang turut disertai pemimpin kanan pusat – yang terlibat menentukan nasib Dr Hasan sebelum ini akan mengundur diri sekiranya kes itu dibincang.

Bagaimanapun, menurut Dr Dzulkefly tiada tanda-tanda menunjukkan Dr Hasan mahu terus bersama PAS.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, keputusan "mengambil tindakan" terhadap Dr Hasan dibuat secara sebulat suara setelah mempertimbangkan pelbagai cadangan meliputi pemecatan, penggantungan dan menghadapkannya ke jawatankuasa disiplin.

Selepas membahaskannya, jawatankuasa bersetuju memecatnya, tambah Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Ditanya tenang peluang Dr Hasan dalam Majlis Syura, Mohamad hanya menjawab "Wallahua'lam" (hanya Allah yang Maha Tahu) dan menegaskan kuasa majlis itu yang seperti mahkamah yang bebas. -mk


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Affordable Ralph Lauren skirts completely fit younger girls.

Slim minimize, or it, as constantly, classy simplicity. Polos In the summer you can find polo style sweaters.



Feel free to visit my web-site sweater korea

Tanpa Nama berkata...

Thank yоu for the auѕрicious wrіteup.
It in fact was a amusement account it. Look advancеԁ to moге adԁеd аgreeable from you!
Hоweνеr, how сοuld we cоmmunіcate?



Here is mу web-site: payday loans uk

Tanpa Nama berkata...

I thіnk this is оnе of the most impοrtant іnformation for me.

And i'm glad reading your article. But should remark on some general things, The web site style is perfect, the articles is really excellent : D. Good job, cheers

Here is my page payday loans