Rabu, 18 Januari 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Saya dengar lain, akhbar tulis lain - Nik Aziz

Posted: 18 Jan 2012 04:26 PM PST

Rizal Tahir,


KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan dakwaan terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim penyokong 'gay' adalah karut.

Katanya, pihak media masih belum serik membuat fitnah terhadap Anwar walaupun usaha yang sama menerusi kes liwat telah tersungkur.

Katanya, apa yang beliau dengar kenyataan Anwar berhubung undang-undang gay berlainan dengan apa yang tersiar dalam media.

"Saya dengar Datuk Seri (Anwar) sebut benda lain tetapi surat khabar tulis benda lain.

"Sudahlah tuduhan liwat baru-baru ini memakan masa berpuluh tahun berakhir dengan sekelip mata, kali ini tak serik lagi nak buat tuduhan lain pula," ujarnya.

Beliau seterusnya mengingatkan pihak lawan untuk menyerang parti yang lain perlu menyerang dasar dan bukan batang tubuh atau peribadi.

"Menyerang manusia ini dipanggil mengumpat, tetapi politik ini diserang dasar oleh pihak lawan dan bukannya peribadinya.

"Serang dasar parti yang dipegang oleh Datuk Seri, itu perkara lain, ini tidak serang peribadi, semuanya kerja tak cerdik," ujarnya lagi.

Sebelum itu,Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan menerima kunjungan Menteri Pembangunan Pusat Bandar Kampung Baru dan Kewangan Negara China, Zhao Guang Qing, di pejabatnya tengah hari tadi.

Turut sama dalam kunjungan berkenaan, Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dan bekas anggota Dewan Negara, Ahmad Rusli Ibrahim.

Sementara itu Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, BN sendiri ternyata gagal dalam menangani isu homoseksual ini.

Malah beliau mempersoal, apa tindakan kerajaan terhadap aktiviti terkutuk itu yang aktif beroperasi di sekitar Chow kit dan Lorong Haji Taib.

"Kalau benar kerajaan BN bersungguh menentang gay, kenapa di Lorong Haji Taib ini bersepah aktiviti ini.

"Saya nak katakan bahawa, undang-undang yang sedia ada ini gagal menangani permasalahan ini," katanya.

Sindiran banjiri laman Facebook Najib versi bahasa Cina

Posted: 18 Jan 2012 04:15 PM PST

MerdekaReview

Mungkin di luar jangkaan dirinya, cubaan Perdana Menteri Najib Razak untuk mendampingi komuniti Cina melalui Facebook telah mengundang kesan sebaliknya, apabila warga internet membanjiri laman rasmi Facebook versi bahasa Cina ini dengan sindiran dan kritikan yang tajam.

Tidak kurang komen yang menyasarkan isteri Najib Razak, iaitu Rosmah Mansor, misalnya mengajukan soalan nakal seperti "Nak shopping kat mana hari ini bersama isterimu? Apa jenama baru yang boleh kamu perkenalkan?", malah ada yang mengungkit semula nama "Altantuya Shaariibuu", wanita Mongolia yang diletupkan dengan C4 di Malaysia pada tahun 2006.

Laman Facebook ini menggunakan Ah Jib Gor (makna: abang Jib) sebagai namanya, membuatkan tidak kurang yang menganggap laman itu direka oleh warga internet yang sengaja menyindir Najib. Ini kerana "Ah Jib Gor" adalah nama yang digelar oleh pembangkang dalam ceramah, ketika merujuk kepada Najib Razak. Gelaran ini dipopularkan di ruang internet, sedikit sebanyak berunsur "sindiran" ketika digunakan. Bagaimanapun, laman ini akhirnya dikesahkan sebagai laman rasmi oleh Setiausaha Politiknya, Wong Nai Chee.

Ketika ditanya MerdekaReview mengapa laman itu dinamakan "Ah Jib Gor", sedangkan gelaran ini selalu digunakan untuk tujuan menyindir, Wong Nai Chee berkata ramai yang memberitahu Najib bahawa beliau digelar sebegitu. Malah, Najib sendiri menganggap panggilan sebegitu agak mesra, maka tidak mengapa jikalau digunakan, menurut Wong Nai Chee.

Tiada perbincangan politik

Bagaimanapun, laman "Ah Jib Gor" mengundang kritikan sebermulanya apabila menyatakan bahawa "tiada perbincangan politik" di situ. Admin menyatakan, "Sekali lagi anda diperingatkan, bahawa tiada perbincangan politik di sini, 'mengacau' tidak dialu-alukan. Anda boleh masuk dan melihat apa yang ada di sini, tetapi anda diharapkan berniat baik dan neutral, dan bukannya berniat jahat atau sengaja sabotaj. Kami sangat mengalu-alukan seandainya perbincangan berdasarkan fakta, juga perkongsian pengalaman hidup. Terima kasih!"

Kenyataan "tiada perbincangan politik" terus mengundang kritikan warga internet, mempertikaikan "Takkan rakyat bersembang soal cinta dan kasih dengan seseorang Perdana Menteri, jika bukan politik?" Kemudian ada pula yang mengalih topik ke shopping, beg tangan, Altantuya Shaariibuu, kapal selam dan sebagainya, memenuhi kehendak PM yang enggan membincang soal politik di laman ini.

Hampir semua soalan yang diajukan berlapik, misalnya ada yang memohon untuk membela lembu, ada pula ingin mengambil alih kontrak mengendali laman Facebook ini, menyindir peruntukan RM1.8 juta untuk Facebook Kementerian Pelancongan sebelum ini.

Terdapat juga warga internet yang cuba mengaitkan sikap "tiada perbincangan politik" ini dengan MCA pada zaman Ong Ka Ting menyandang jawatan Presiden. Pada ketika itu Ong Ka Ting cuba elak untuk menyentuh agenda besar politik, sebaliknya menumpu kepada soal kebajikan, sehingga mencungkil kritikan. Wong Nai Chee adalah ahli jawatankuasa pusat pergerakan belia MCA, dilihat berada dalam sekta Ong Ka Ting sebelum ini.

Bagaimanapun, Wong Nai Chee (gambar kiri) berkata kepada MerdekaReview bahawa ia bukan bermaksud tiada langsung perbincangan politik. PM akan respon kepada perkara yang mempengaruhi kehidupan orang ramai. Wong Nai Chee menjelaskan, Najib telah memiliki satu laman yang khas dalam bahasa Inggeris, maka laman versi bahasa Cina-nya tidak berniat untuk menjadi tiruan kepada laman tersebut. Lebih-lebih lagi, laman ini tidak berniat menampilkan imej Najib yang serius sebagai PM, tetapi sebaliknya.

Menurut pengamatan wartawan, respon rasmi laman ini terbahagi kepada dua, iaitu jawapan daripada Admin, dan kedua, jawapan daripada Najib setelah soalan diterjemahkan kepadanya. Sesetengah warga internet mengadu komen mereka telah dipadamkan admin, menyindir bahawa tidak usah menubuhkan laman Facebook seandainya tidak berani berdepan dengan kritikan.

Najib baru-baru ini hadir dalam majlis penayangan filem Cina tempatan, Ah Beng The Movie: Three Wishes. Ketika ditanya sama ada beliau faham apa yang dikisahkan filem tersebut, Najib menjawab dirinya cuba memahami jalan ceritanya melalui subtitle, dan adegan yang paling disukainya adalah apabila bapa Ah Beng mengambil keputusan untuk berhenti merokok, dan berjaya mengelak dari kebakaran rumahnya.

Jawapan Najib sedemikian lantas mengundang pertikaian warga internet, "Bagaimana pula pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi Lynas yang bakal menghancurkan rumah orang?"

"Ah Jib Soh"

Tidak lama selepas laman "Ah Jib Gor" ditubuhkan, satu laman dengan wajah Rosmah Mansor ditubuhkan, bernama "Ah Jib Soh" (makna: makcik Ah Jib). Laman itu secara terang-terang menyatakan bahawa ia "perwatakan rekaan", kini menarik lebih 3,000 peminat.

Status yang diperbarui dengan memilih topik-topik tertentu, menyasarkan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor, misalnya rambutnya, berat badannya, malah amalan menabung sejak zaman kanak-kanak - untuk membeli cincin intan, yang menjadi bahan sindiran warga internet sebelum ini.

Kuin 5: Mahasiswa protes sikap membisu PAS

Posted: 18 Jan 2012 04:09 PM PST

Kira-kira 20 pelajar mengadakan bantahan di luar ibupejabat PAS hari ini sebagai membantah tindakan parti itu yang membisu berhubung tindakan menggantung lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kedah.

NONEMenteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak adalah pengerusi lembaga pengarah Kuin yang di bawah kerajaan negeri pimpinan PAS.

Kelima-lima pelajar itu digantung selepas berdemonstrasi di Kuin tahun lalu.

"Sehingga hari ini, tidak ada pendirian rasmi dari PAS mahupun Pakatan Rakyat. Kami tuntut supaya mereka campurtangan," kata Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Mohd Safwan Anang.

"Sebelum ini, kami pernah berarak ke ibupejabat Umno. Hari ini kita berhimpun di ibupejabat PAS untuk menyatakan pendirian kami menentang Akta Universiti dan Akta Kolej Universiti."

NONETurut bersetuju dengan kenyataan itu adalah Mohd Aiman Abd Razab (kiri) - seorang daripada lima pelajar yang digantung pada Jun lalu. Katanya, ini adalah mengenai prinsip.

"Kami akan terus berjuang demi menegakkan prinsip-prinsip kami (berhubung kebebasan akademik).

"Ini bukan tentang parti atau warna kulit, kita tidak mengamalkan dwi-standard. Di mana suara kita boleh diluahkan jika di bawah Pakatan kita juga cuba disenyapkan?" soal beliau.

Selain Mohd Aiman, pelajar yang dikenakan tindakan itu adalah Mohd Faiz Mohd Arshad yang digantung dua semester manakala Zukhilatif Marzukhi, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Md Arof, digantung satu semester dan diberi surat amaran.

VIDEO | 5.03 minit

SPRM: Ahli keluarga menteri akan diwajib isytihar harta

Posted: 18 Jan 2012 04:08 PM PST


MALAYSIA KINI

Ahli keluarga dan pasangan menteri kabinet tidak lama lagi akan diwajipkan mengisytiharkan harta dan aset mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut portal berita the Star yang memetik pengerusi lembaga penasihat panel SPRM Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh tindakan itu bagi memastikan integriti dalam pentadbiran kerajaan.

Beliau juga dipetik berkata bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara prinsip telah bersetuju dan berharap ia akan dilaksanakan tidak lama lagi.

"Pasangan dan ahli-ahli keluarga mereka dalam pentadbiran Persekutuan juga akan diperlukan untuk melakukan perkara yang sama.

"Ahli-ahli keluarga akan mengisytiharkan semua aset mereka melalui akuan berkanun untuk memudahkan bagi SPRM untuk memulakan apa-apa siasatan apabila diperlukan," katanya lagi.

Minggu lalu, Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli exco majlis kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengisytiharkan harta mereka secara terbuka manakala Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria juga membayangkan semua hakim juga akan dikehendaki berbuat demikian.

azlanKemelut terbesar timbul apabila keluarga Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil diheret dengan skandal projek ternakan lembu syarikat Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Ia sehingga menyaksikan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat itu terpaksa bercuti tiga minggu sementara menunggu siasatan dijalankan.

[Baca berita penuh]

Sementara itu Bernama melaporkan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah mencadangkan salinan fail pengisytiharan harta anggota pentadbiran persekutuan termasuk anggota kabinet, disimpan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Pengerusinya Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh berkata selain mencerminkan ketelusan, usaha itu memudahkan siasatan jika berlaku dakwaan rasuah.

"Jadi kita cadangkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) supaya apa yang telah diisytiharkan di Jabatan Perdana Menteri, satu salinan dipanjangkan kepada kita untuk disimpan di bawah Pejabat Ketua Pesuruhjaya SPRM," katanya pada sidang media, di Putrajaya hari ini.

Katanya cadangan itu dikemukakan semasa perbincangan dengan Perdana Menteri pada 12 Dis lalu.

Zaitun berkata pengisytiharan harta itu meliputi anggota keluarga terdekat iaitu isteri, suami dan anak, serta perlu dibuat secara akuan berkanun untuk memudahkan tindakan diambil jika berlaku penipuan dalam pengisytiharan.

"Kalau pengisytiharan hanya melibatkan individu itu seorang sahaja, tidak termasuk anggota keluarga, harta atau aset miliknya boleh dipindahkan kepada nama anak, isteri atau suami," katanya yang berharap cadangan tersebut dapat dilaksanakan secepat mungkin.

Beliau berkata sebagai permulaan, langkah itu hanya kepada anggota pentadbiran persekutuan dan berharap dapat disusuli kerajaan negeri selepas ini.

Mengulas mengenai kerajaan Pulau Pinang yang melaksanakan langkah itu tanpa memasukkan anggota keluarga terdekat, Zaitun Zawiyah berkata: "Saya fikir mereka wajar masukkan anggota keluarga, sebab jika individu itu sahaja tidak memadai.

"...jika mereka tidak ada apa yang mahu disorokkan mengapa tidak."

Berhubung cadangan supaya pembiayaan politik dibuat atas nama parti dan bukan akaun individu, Zaitun Zawiyah berkata saranan itu telah dipersetujui dan dibentangkan di Parlimen.

Diharap semua parti politik akan ambil serius cadangan itu demi kebaikan semua, baik parti pembangkang mahupun kerajaan, katanya.

MB jawab isu gugurkan Hasan Ali

Posted: 18 Jan 2012 03:59 PM PST

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau ada menerima surat daripada Datuk Hasan Ali - yang dipecat sebagai ahli PAS - yang berpendapat bahawa pelantikan exco baru sebagai penggantinya, mungkin terlalu awal kerana beliau masih mempunyai ruang untuk merayu kepada Majlis Syura PAS.

NONE"Saya telah menjawab surat tersebut dengan menyatakan keputusan saya menggugurkan beliau adalah lanjutan dari keputusan Mesyuarat Jawatankuasa PAS pusat pada 8 Januari 2012 yang melucutkan beliau sebagai ahli PAS.

"Surat dari Jawatankuasa PAS bertarikh 10 Januari 2012 telah mengesahkan keputusan pemecatan beliau berkuatkuasa serta-merta dan isu rayuan tidak dinyatakan dalam surat berkenaan," kata Abdul Khalid.

Beliau memberitahu demikian dalam sidang media selepas majlis pelantikan ADUN Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai exco kerajaan negeri yang baru di Istana Bukit Kayangan pagi ini.

"Proses rayuan adalah amalan yang dipraktikkan oleh PAS sebagai sebuah parti politik dan saya percaya ianya tidak bermaksud memberi sebarang prasangka kepada kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri.

"Saya berharap Dr Hasan menerima keputusan ini dengan berlapang dada dan mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih di atas peranan yang beliau laksanakan ketika berkhidmat sebagai ahli MMKN," tegas menteri besar sambil menambah bahawa beliau telah menjawab surat itu kepada Hasan.

NONEKhalid berkata beliau berharap pelantikan Dr Ahmad Yunus ini akan menguatkan lagi barisan pimpinan negeri Selangor dalam melaksanakan reformasi pentadbiran dan pengurusan negeri.

Ditanya mengenai status jawatan timbalan pengerusi Majlis Agama Islam Selangor yang dipegang Dr Hasan yang juga ADUN Gombak Setia, Khalid berkata: "Terpulang kepada rancangan Tuanku Sultan".

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris shah adalah pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Khalid yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak turut menafikan pihaknya tidak mampu untuk mengambil alih tugas yang dipegang Hasan sebelum ini sehingga beberapa tugas dan jawatan diserahkan kepada pesuruhjaya Dr Abdul Rani Osman dan ADUN Bandar Baru Bangi, Dr Shafie Abu Bakar.

NONE"Tidak ada.. sebab ia lebih senang dan lebih baik. Dahulunya boleh jadi Datuk Dr Hasan juga (sebagai) delegasi.

"Sekurang-kurang, orang yang saya pilih adalah orang yang mempunyai kualiti dan juga tahap (kelayakan) yang saya mahu... Pengurus yang baik mesti memilih orang yang baik," katanya sambil mmembacakan biodata Dr Shafie kepada pemberita.

Dr Abd Rani yang juga ADUN Meru dilantik sebagai pengerusi Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (SKIMSEL), manakala Dr Shafie Abu Bakar pula dilantik sebagai pengerusi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan (PADAT). Kedua-dua jawatan tersebut dipegang oleh Hasan sebelum ini.

Ditanya sama ada beliau berasa "selesa" selepas pengguguran Hasan, Khalid yang juga ADUN Ijok berkata: "Saya tidak komen soalan spekulasi".

Nik Aziz harap exco baru terjemah visi PAS

Posted: 18 Jan 2012 03:50 PM PST


MALAYSIA KINI
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berharap pelantikan ADUN Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai exco kerajaan Selangor yang baru dapat menterjemahkan misi perjuangan PAS dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Dr Ahmad Yunus - yang memegang portfolio adat resam Melayu, belia dan sukan - Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS turut berharap pelantikan tersebut akan "lebih memberi manfaat kepada umat Islam di negeri itu".

NONE"Tahniah saya rakamkan kepada YB Dr Ahmad Yunus Hairi, ADUN Sijangkang, Selangor yang telah mengangkat sumpah sebagai exco kerajaan negeri Selangor bagi menggantikan (Datuk) Dr Hasan Ali pada pagi ini.

"Semoga perlantikan beliau akan lebih memberikan manfaat kepada umat Islam di Selangor khususnya dan menterjemahkan misi perjuangan PAS di dalam pentadbiran kerajaan Pakatan di Selangor, Insya-Allah," kata Nik Aziz (atas) di laman sosial Facebooknya.

Dr Ahmad Yunus yang juga seorang doktor hari ini dilantik menjadi exco kerajaan negeri Selangor yang baru bagi menggantikan bekas pesuruhjaya PAS negeri dan ADUN Gombak Setia Dr Hasan yang digugurkan dari jawatan tersebut minggu lalu.

Dr Ahmad Yunus mengangkat sumpah di hadapan Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam bagi menggantikan Hasan yang dipecat dari PAS pada 8 Januari lalu susulan tindakannya yang menyalahi dan merugikan parti itu.

Pemuda: Kukuhkan kesepaduan Pakatan

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Selangor Hasbullah Mohd Ridwan (bawah) pula berharap pelantikan Dr Ahmad Yunus akan mengukuhkan lagi kesepaduan Pakatan di negeri itu demi mempertahankan kerajaan daripada dirampas "secara kotor" oleh Umno-BN.

NONE"Pakatan Selangor memperkukuh dan memperkasakan pengupayaan jentera di semua peringkat bagi menyelamatkan rakyat Selangor daripada terus dimomokkan dengan dakyah dan fitnah Umno-BN," katanya dalam satu kenyataan.

Sambil mengucapkan tahniah kepada pengamal perubatan itu, Hasbullah mendoakan semoga Dr Ahmad Yunus akan melaksanakan amanah ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan Pemuda PAS negeri sedia untuk menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan.

Menurut Hasbullah, pihaknya amat bersyukur kerana proses pelantikan berlangsung dengan lancar dan penuh muhibah.

Mahkamah rayuan sah keputusan blogger bayar RM300 ribu pada Rais

Posted: 18 Jan 2012 03:46 PM PST

MALAYSIA KINI

Mahkamah Rayuan hari ini mengesahkan satu keputusan yang memerintahkan seorang blogger membayar gantirugi RM300,000 kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim kerana memfitnah menteri itu dalam satu artikel.

Hakim Datuk Jefrey Tan Kok Wha, yang mengetuai tiga panel hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara menolak rayuan blogger, Amizudin Ahmat berhubung keputusan Mahkamah Tinggi.

Hakim Tan yang mendengar rayuan itu bersama Hakim-Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali dan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin juga mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa blogger itu bertanggungjawab kerana memfitnah berhubung artikel terhadap menteri itu.

Sambil membacakan sebab-sebab yang panjang lebar, Hakim Tan berkata mahkamah bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung jumlah gantirugi RM300,000 yang diberikan kepada menteri.

Beliau berkata ia mungkin kelihatan jumlah itu adalah tinggi dan itu merupakan tanggapan pertama mahkamah.

"Tapi sebaliknya bahawa responden (Rais) merupakan seorang yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat, manakala dakwaan itu adalah begitu rendah dan keji, oleh itu, kami dapati kuantum RM300,000 bukanlah satu jumlah yang tinggi," katanya.

Bagaimanapun, korum dalam menolak rayuan itu, mengurangkan kos perundangan yang perlu dibayar oleh blogger itu kepada menteri daripada RM100,000 kepada RM50,000 kerana mereka dapati ia adalah tinggi.

Beliau juga berkata mahkamah secara total bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa pembelaan mengenai justifikasi penerbitan oleh blogger itu tidak direka dalam kes ini.

Hakim Tan berkata penerbitan artikel itu bukan pembelaan dan kebenaran mengenai dakwaan rogol.

"Satu-satunya kebenaran adalah mengenai siasatan terhadap rogol tetapi bukan kebenaran mengenai rogol," katanya.

Panel hakim membuat keputusan itu selepas mendengar penghujahan peguam Rais, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan R.Sivarasa yang mewakili blogger itu.

Pada 19 Julai tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof memerintahkan seorang blogger membayar gantirugi RM300,000 kepada Rais kerana memfitnah menteri itu dalam satu artikel.

Hakim Zabariah berkata bahawa setelah mengambil kira fakta dan bentuk fitnah yang dilakukan oleh Amizudin dalam blognya dan juga nilai wang semasa, jumlah yang diberikan kepada Rais adalah munasabah.

Pada Januari tahun lepas, Rais, 69, menyaman Amizudin, yang juga anggota exco pemuda Parti Keadilan Rakyat, kerana memfitnah beliau menerusi satu artikel yang tersiar dalam blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com, pada atau sekitar 28 Disember tahun lepas.

Dalam samannya itu, Rais berkata artikel berbahasa Melayu itu berniat jahat dan memfitnah beliau serta bermaksud beliau melakukan kesalahan besar merogol dan mampu membunuh pembantu rumah beliau dari Indonesia.

Seorang wanita yang pernah bekerja dengan menteri itu kemudiannya dilaporkan telah memberitahu sebuah portal berita Indonesia bahawa beliau tidak pernah dirogol atau dilayan dengan buruk oleh majikannya itu. Bernama

Ummi Hafilda tarik balik laporan terhadap Azwan

Posted: 18 Jan 2012 03:45 PM PST

MALAYSIA KINI

Ummi Hafilda Ali akan menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap abangnya, Azwan Ali yang dikatakan membuat ugutan bunuh di laman Twitternya baru-baru ini.

Ummi Hafilda berkata dia bersedia menarik balik laporan itu selepas Azwan, seorang personaliti televisyen memohon maaf semalam dan kedua-duanya berbaik semula selepas tujuh tahun tidak bertegur sapa.

"Laporan polis dibuat pada 13 Januari lepas di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail kerana ketika itu saya berasakan ancaman itu begitu berat serta serius dan tidak bertujuan menzalimi darah daging sendiri.

"Walaupun hati terlalu hancur, saya sedia memaafkan Azwan dan akan menarik balik laporan selepas dia membuat akuan sumpah tidak akan membuat ancaman dan tidak mengaibkan saya lagi selain memohon maaf secara terbuka menerusi media hari ini," katanya kepada pemberita di satu sidang media bersama Azwan di sebuah restoran di ibunegara.

Sementara itu, Azwan berkata dia bertindak mengugut adiknya itu kerana termakan hasutan mereka 'yang tidak bertanggungjawab' yang dipercayai mempunyai agenda tersembunyi.

Dia bagaimanapun enggan mendedahkan mereka terbabit hanya berkata hasutan dibuat pelbagai sudut termasuk yang datang daripada beberapa pengikut dalam akaun Twitternya.

Dalam akuan sumpahnya Azwan menyebut selepas ini dia tidak akan menghina, mengeji, mengaibkan dan melakukan serangan peribadi yang mungkin membawa fitnah terhadap adiknya itu.

Azwan turut memohon maaf atas keterlanjuran mengeluarkan kata-kata di laman Twitter yang dikatakan menghina bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, dia insaf dengan kesilapan itu, membuat akuan sumpah berjanji akan menghentikan serta-merta penggunaan ayat-ayat menghina, mengaib serta tidak lagi menyerang peribadi mana-mana individu dalam laman Twitter dan juga Facebooknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi berkata sehingga kini laporan itu belum ditarik balik oleh Ummi.

"Jika tidak ditarik balik kita akan teruskan siasatan di bawah Seksyen 506 Akta Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan," katanya. Bernama

PERKASA mahu jumpa Guan Eng bincang isu Melayu

Posted: 18 Jan 2012 03:39 PM PST

MALAYSIA KINI

Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Pulau Pinang ingin mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng bagi membincangkan beberapa isu melibatkan orang Melayu di negeri ini.

Ketua Wira PERKASA negeri, Mohd Rizuad Azudin berkata surat berhubung perjumpaan itu akan dihantar esok dan Lim diharap memberikan keputusan untuk mengadakan pertemuan dalam masa dua minggu.

pakatan pokok sena ceramah 140112 lim guan engKatanya, PERKASA mahu bersemuka secara rasmi bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan masalah orang Melayu di negeri ini.

"Kami ingin berjumpa dengan Lim Guan Eng setelah beberapa kali kami melakukan demonstrasi dan kami minta maklumat sampai sekarang tiada apa-apa jawapan daripada kerajaan negeri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Rizuad berkata antara perkara yang akan dibincangkan adalah mengenai isu perumahan mampu milik rakyat yang dijanjikan kerajaan negeri dalam pilihan raya umum lepas dan isu kedai orang Melayu yang dirobohkan tidak mendapat apa-apa pampasan daripada kerajaan negeri.

Beliau meminta kerajaan negeri memandang serius mengenai isu itu dan berharap ia dapat diselesaikan segera. Bernama

Selangor kutip RM395 juta zakat 2011

Posted: 18 Jan 2012 04:50 AM PST

KL TODAY.COM



Kutipan keseluruhan bagi zakat harta dan zakat fitrah di Selangor pada tahun 2011 adalah sebanyak RM393.5 juta; berbanding hanya RM336.9 juta pada tahun 2010 iaitu kenaikan sebanyak 17 peratus atau berjumlah RM56.6 juta.Perkara ini diumumkan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd. Isa, di Sidang Media Khas yang diadakan di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Daripada jumlah itu, kutipan zakat harta adalah sebanyak RM375.5 juta dan zakat fitrah pula adalah RM17.9 juta.Jumlah kutipan ini melebihi daripada sasaran RM350 juta yang diletakkan oleh LZS.

Dalam pada itu, jumlah kutipan zakat terbesar mengikut segmen disumbangkan oleh Zakat Pendapatan dengan kutipan sebanyak RM216.0 juta, diikuti Zakat Perniagaan (RM79.7 juta); Zakat Harta (RM33.7 juta); Zakat Wang Simpanan (RM27.6 juta); Zakat KWSP (RM6.9 juta); Zakat Saham (RM6.8 juta); Zakat Tanaman (RM2.5 juta); Zakat Emas (RM1.3 juta); Zakat TernakanRM29,399.00), Zakat Perak (RM6,210) dan Qada Zakat sebanyak RM1.01 juta.

Jumlah pembayar zakat bagi tahun 2011 pula adalah seramai 180,090 orang; yakni meningkat sebanyak tujuh peratus berbanding hanya 168,002 orang pada tahun 2010.

Jumlah ini menunjukkan pertambahan pembayar baharu seramai 28,979 orang. Manakala zakat fitrah mencatatkan jumlah pembayar seramai 2.5 juta orang pada tahun 2011.

Bagi tahun 2012, LZS mensasarkan kutipan zakat sebanyak RM430 juta, iaitu kenaikan sebanyak sembilan peratus.

Azwan berbaik semula dengan Ummi

Posted: 18 Jan 2012 04:46 AM PST

KL TODAY.COM



Setelah melemparkan pelbagai kata nista termasuk ugutan jenayah terhadap adiknya, selebriti penuh kontroversi Azwan Ali hari ini 'tewas' apabila memohon maaf secara terbuka termasuk membuat pengakuan bersumpah tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.Dalam sidang akhbar bersama adiknya, Ummi Hafilda itu, Azwan turut memohon maaf secara terbuka kepada para pemimpin politik dan para artis yang tersinggung dengan mesej twitternya.

Dia yang kelihatan sebak dan menitiskan airmata dalam sidang akhbar berkenaan berjanji tidak akan lagi hantar twitter mengenai politik dan isu-isu semasa.

Azwan mengaku dia termakan hasutan dari pelbagai sudut orang yang berkepentingan politik ketika menghantar tweet balun pemimpin politik – Barisan Nasional.

Dia juga mengaku pernah canang abangnya Azmin Ali bakal jadi Menteri Besar Selangor kerana ketika itu rasa ghairah dan bangga apabila maklumat itu diberitahu sendiri oleh 'seseorang dalam kerajaan Selangor"

" Saya melakukan akuan bersumpah ini kerana saya akui yang saya terkhilaf dan kerana bersandarkan hasil hasutan-hasutan yang tidak… sidang media ini adalah untuk jernihkan keadaan.

"Sebagai abang, dia (Ummi) bukan wanita keji. Saya mohon maaf kepada Ummi juga kerana tuntutan ibu yang tabah menghadapi dugaan kerana pergolakan anak-anak. Saya janji akan tunaikan lafaz yang dibaca mulai 17 haribulan," katanya.

Untuk rekod, Azwan ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan ugutan jenayah yang dipercayai dilakukan terhadap Ummi Hafilda pada Jumaat lalu.

Azwan yang pernah mengacarakan program Jangan Tidur Lagi dikatakan ditahan pihak polis pada hari yang sama.

Ummi Hafilda yang membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) mendakwa Azwan membuat ugutan untuk membunuh dan membakarnya melalui laman sembang Twitter, bulan lalu.

Namun, kes itu dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya kerana kejadian tersebut berlaku di kediaman Ummi Hafilda di Kota Damansara.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu.

Menurutnya, susulan laporan itu, polis memanggil dan menahan Azwan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah terhadap Ummi.

Difahamkan, berdasarkan keterangan yang diambil daripada Azwan pada hari sama, beliau mendakwa ugutan itu dibuat atas arahan abangnya, Azmin Ali dan polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kandungan Twitter berkenaan.

Turut difahamkan, pihak polis juga telah memanggil beberapa individu lain antaranya Azmin, isteri beliau, Shamsidar Tahrin dan ibu mereka bagi membantu siasatan.

Pakar letupan akan bantu siasat polis

Posted: 18 Jan 2012 04:41 AM PST

KL TODAY.COM


Polis akan mendapatkan bantuan pakar-pakar bahan letupan bagi membantu siasatan kes letupan bom buatan sendiri pada perhimpunan di hadapan Mahkamah Jalan Duta, 9 Januari lepas.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, selain menghubungi tentera, polis juga akan menghubungi syarikat-syarikat yang mengetahui lebih lanjut mengenai bom berkenaan."Kita akan meminta pandangan mereka (pakar) antaranya mengenai bahan letupan 'pyrotechnic', iaitu bahan letupan seperti bunga api yang mungkin digunakan pada kejadian tersebut," kata beliau.

Mohamad Salleh berkata, polis akan menghubungi beberapa syarikat yang seringmengadakan pertunjukan bunga api pada majlis besar-besaran untuk meminta pandangan mereka mengenai bahan letupan tersebut," katanya selepas majlis perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPPKL) di sini Rabu.

Ditanya mengenai perkembangan terbaru berhubung siasatan kes tersebut, Mohmad Salleh berkata, "Polis masih belum mendapat petunjuk baru mengenai kejadian tersebut. "Pada masa ini, kita hanya menerima maklumat daripada orang awam dan pengedar jam loceng di sekitar ibu negara".

Dalam insiden itu, tiga letupan berlaku pada perhimpunan penyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Mahkamah Tinggi membebas danmelepaskan beliau daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd SaifulBukhari Azlan pada 2008.

Letupan itu mengakibatkan empat orang awam cedera dan seorang lagi mengalami kejutan, selain menyebabkan kerosakan kecil kepada kenderaan milik orang awam.

SECARA TEORI!!! Jika PR menang di Perak dan NS , 4 negeri sedia ada akan kekal di bawah PR

Posted: 18 Jan 2012 04:37 AM PST

PASPB


BN pening dengan Rapat Rakyat Perdana

Sukar untuk dianggarkan berapa puluh ribu manusia yang hadir di Rapat Rakyat Perdana di Stadium Sultan Abdul Halim Suka Menanti Sabtu lalu. Yang pastinya ialah terlalu ramai.

Berbeza dengan mana-mana himpunan BN; orang yang datang program Pakatan Rakyat ni keluar duit poket sendiri untuk hadir, tiada kerahan tenaga untuk hadir, tiada pengangkutan percuma dan tiada nasi bungkus. Tiada apa sumbangan yang diberi oleh PAS.

Jangankan sumbangan RM500 atau RM100... sekupang pun tak beri, tadah kantung lagi ada untuk kutip derma dari hadirin.

Jika dilihat di media arus perdana pembangkang sudah berpecah. Masing-masing parti ada masalah sendiri. Di sana sini ada beribu orang keluar meninggalkan parti; dari pemimpin hingga pengikut, namun parti yang ditinggalkan itu tidak pernah kemarau penyokong malah bertambah-tambah.


Di pihak BN pelbagai jenis sumbangan turun mencurah-curah atas nama BR1M. Bukan sedikit pula jumlahnya. Logiknya semua rakyat sudah berkhiblat kepada BN. Tapi ia tidak berlaku begitu.

Apa sebenarnya yang mendorong rakyat turun dengan jumlah yang begitu besar untuk bersama PR? Kekuatan inilah yang memeningkan kepala Datuk Seri Najib, UMNO dan BN.


Madrasah Salihiah

Isu madrasah Salihiah yang begitu panas dimainkan oleh pembangkang (UMNO) di Kedah kini semakin reda. Akhirnya yang masih setia menggalas isu tersebut hanya Perkasa, itupun hanya beberapa kerat manusia.

UMNO kelihatan sudah menyisihkan diri. Saya percaya UMNO sudah mendapat nasihat dari MCA perihal keterlanjuran mereka mengasak isu tersebut. "Orang Cin sangat marah kalau meniaga mereka disabotaj," ujar seorang rakan yang menjadi AJK Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Tapi perhitungan kerajaan PAS bukan kerana mahu mencari undi Cina. Tujuannya hanya mahu membangunkan kawasan yang terbengkalai 30 tahun tanpa mampu diselesaikan oleh 5 Menteri Besar BN, mahu menjana ekonomi negeri.

Siapa saja boleh berniaga di situ tak kira bangsa, akan wujud sebuah 'pekan Rabu' untuk peniaga Melayu.


Saya mengikuti dengan terperinci hujah-hujah pihak2 yang membantah dan bersetuju. Maka pemenangnya ialah pihak yang bersama kerajaan negeri! Bukan kerana saya orang PAS tapi kerana hujah mereka lebih mantap.

Bagi saya tidak perlu sebenarnya berdebat berjela2 isu madrasah Salihiah seperti terdapat dalam blog2. Masyarakat kita 'malas berfikir' dengan mendalam macam tu.

Tiga hujah sudah cukup untuk letakkan kerajaan negeri di pihak yang betul. (1) Mufti dan ahli2 Majlis fatwa yang buat keputusan, takkan depa lebih jahil dari.. (sesiapa saja, anda boleh namakan sendiri) (2) Institusi agama di Kedah (Mufti, Majlis Fatwa dan MAIK) di bawah naungan Sultan, lawan mereka bermakna lawan Sultan (3) Tunjuk pelan surau baru yang lebih besar, lebih cantik dan lebih gagah dari madrasah Salihiah.. maka selesai isu Madrasah Salihiah!



PAS boleh menang lagikah di Kedah?

Semakin dekat PRU semakin banyak soalan ini diajukan. Terutamanya oleh rakan2 yang tidak terbabit politik atau berminat sekadar dari jauh. Bagi orang PAS, jarang bertanya soalan tu sebab tak pernah ada PRU yang mereka tak yakin untuk menang.

Orang BN pun serupa, tidak ada PRU yang mereka tidak yakin akan menang termasuk PRU12 lalu. Kali ini selepas jadi pembangkang BN yakin akan tawan balik Kedah.

Bagi menjawab soalan tersebut saya lebih berminat untuk melihat beberapa kajiselidik yang dibuat berdasarkan hukum taburan normal mengikut ilmu statistic.

Saya sendiri terbabit dengan sebuah kajian. Semua kajian (oleh BN, PAS atau professional) menunjukkan PAS masih boleh bertahan di Kedah. InsyaAllah. Tapi tidak di Malaysia.


Bagaimanapun kajian terbaru perlu dibuat, terutamanya selepas Anwar didapati tidak bersalah dan selepas Hasan Ali dipecat. Di Kedah, kekuatan PAS dan UMNO adalah seimbang. Kehadiran pengundi bukan Melayu di sebahagian besar kerusi DUN di Kedah akan jadi faktor penentu.

Sementara bukan Melayu berpihak kepada PR, maka kedudukan PR lebih baik bagi BN di Kedah. Di Selangor, peratus pengundi Cina lebih besar (berbanding Kedah) tetapi kekuatan UMNO mengatasi PAS di sana. Di Kelantan, bergantung kepada kekuatan PAS semata-mata, undi bukan Melayu tidak jadi penentu.

Jadi bagi PR, harapan di Kedah adalah lebih baik berbanding Selangor dan Kelantan. Bagaimanapun PR di Pulau Pinanglah yang lebih mantap kerana undi bukan Melayu sudah terlalu besar dan mereka solid menyokong PR.

Secara teori, jika PR boleh menang di Negeri Sembilan maka Perak dan empat buah negeri yang ada kini juga akan dimenangi.


Itu semua analisa di atas kertas. Hakikatnya, "Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan mencabut kekuasaan dari sesiapa yang Dia kehendaki."


Apa keutamaan PAS kini?

Pasca konvensyen ketiga atau yang terakhir sebelum PRU13, cabaran terbesar bagi PR yang harus dihadapi dan ditangani ialah undi Melayu. Realiti yang ada BN hilang sokongan mengundi bukan Melayu pada PRU12.

Selama empat tahun berusaha gigih siang dan malam, BN masih gagal menanganinya. Pilihan yang ada bagi BN ialah memantapkan undi Melayu dan melupakan undi bukan Melayu.


Najib berkampung hampir minggu di Felda, Kedai Rakyat 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia dan sekonyong-konyong UMNO menjadi juara isu murtad; semuanya menjurus kepada usaha menarik undi Melayu semaksima yang termampu.

Di waktu yang sama Anwar digambarkan sebagai seorang yang sudah murtad (pluralisme), menyokong seks bebas, mengkhianati orang Melayu dan PAS sebagai mengikut telunjuk DAP dalam banyak isu yang mereka sendiri ciptakan.

Semua itu dilakukan demi undi Melayu. BN pun sedar bahawa usaha menjuarai undi Melayu secara agresif akan mengurang undi bukan Melayu, kerana kedua perkara tersebut akan menghasilkan geraf yang berkadar songsang tetapi pilihan yang ada ialah melonjakkan undi Melayu adalah lebih utama kerana peratus pengundi Melayu lebih tinggi di negara ini.


Selepas Anwar disahkan tidak meliwat oleh mahkamah dan Saiful Bukhari disahkan menipu, maka PR mendapat lonjakan baru dari segi imej. Imej ini mesti dipertahankan sehingga PRU13.

Jangan ada lagi mana-mana pemimpin PR yang tersasul dalam percakapan khususnya pemimpin bukan Melayu. Hindarkan tindakan dan percakapan yang boleh dimanipulasi sebagai anti Melayu.


Ada kewajarannya di saat yang penting dan genting ini (menjelang pilihanraya) biarlah DAP dan KeADILan yang menumpukan kempen untuk bukan Melayu manakala PAS gerakkan jentera habis-habisan untuk menarik pengundi Melayu.

Orang Melayu lebih makan budi dari makan isu

Berbeza dengan bukan Melayu, orang Melayu lebih 'makan budi dari makan isu'. Jangan pandang enteng pemberian wang RM100 dan RM500 yang dihamburkan oleh BN menggunakan duit rakyat.

Di samping memberi penjelasan bahawa itu duit cukai yang diambil dari poket rakyat, bukan duit poket pemimpin BN rakyat juga mesti difahamkan bahawa rakyat memperolehinya kerana PR kuat dan menjadi ancaman kepada BN.

Ia berlaku akibat BN hilang majority dua pertiga di Parlimen dan rakyat tidak pernah merasai pemberian seumpama itu sewaktu BN menang besar 50 tahun lalu.


Oleh kerana umumnya Melayu lebih makan budi dari makan isu, maka pamerkan budi di kalangan orang Melayu sehingga terasa dalam lubuk sanubari orang Melayu akan budi yang dihulur.

Ia tak semestinya berupa kebendaan. Almarhum Ustaz Fadzil pernah melancarkan gagasan besar memasyarakatkan PAS, biarlah ia disempurnakan di zaman ini.

TERDESAK TARIK UNDI CINA !!! Facebook 'Ah Jib Gor' atau ' Abang Najib' diwujudkan

Posted: 18 Jan 2012 04:35 AM PST

PASPB


Jika anda berada di laman Facebook, jangan gatal-gatal nak like muka surat "Ah Jib Gor".

Itu satu lagi bentuk propaganda terbaru Najib untuk menarik sokongan masyarakat Cina lebih-lebih lagi dengan kedatangan Tahun Baru Cina, Isnin minggu depan.


Setelah terpaksa berhempas pulas meminta MCA meraih sokongan orang Cina, nampaknya Najib sudah tidak boleh mengharapkan Chua Soi Lek dan Liow Tiong Lai untuk bekerja lagi.


Setelah berjaya dimalukan semasa pilihanraya kecil Sibu, April 2010 lalu, Najib bingung memikirkan apakah jalan terbaik bagi mendekatkan diri dengan masyarakat Cina yang sudah semakin meluat dengan BN.


Lalu kesempatan ini diambil oleh salah seorang setiausaha politiknya yang mencadangkan dibuka laman sosial di Facebook bagi kununnya memperlihatkan bahawa Najib bukanlah perdana menteri yang penuh protokol dan sukar didekati.


Namun inilah hakikatnya kerana imej Najib dan bangsawan sukar dikikis lebih-lebih lagi dasar parti reput Umno-APCO yang hanya mengutamakan golongan bangsawan dan suku sakat untuk terus berkuasa dan merompak harta rakyat sesedap hati mereka!


Dan jangan lupa, selagi keadilan terhadap model Mongolia yang diletup dengan bom C4, Altantuya Shaaribuu masih belum ditegakkan selagi itulah Najib tetap terpalit dengan nama Najib Altantuya!!!


JALAN PULANG



FB baru 'Ah Jib Gor' dalam bahasa Cina


Perhatian semua pengguna Facebook. Kini ada kawan baru dan nama beliau ialah "Ah Jib Gor".

Ia merupakan Facebook baru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam bahasa Mandarin sebagai satu lagi platform untuk mendekati masyarakat dengan lebih meluas menerusi laman sosial.

"Ah Jib Gor" yang bermaksud "Abang Najib" dalam bahasa Cina, diwujudkan untuk memberikan satu lagi forum kepada pengguna media sosial untuk mengenali perdana menteri sebagai insan biasa dan bukannya sebagai perdana menteri semata-mata.

"Ah Jib Gor mula beroperasi secara online semalam (Isnin). Ini akan menjadi pelengkap atau sisipan kepada laman media sosial sedia ada beliau. Kami tahu ada masyarakat Cina yang tahu bahasa Inggeris dan juga bahasa Cina. Kami mahu menjadi lebih efektif dan interaktif dalam berinteraksi dengan pelbagai masyarakat di negara ini," kata setiausaha politik perdana menteri Wong Nai Chee.

Beliau berkata Facebook dalam bahasa Cina ini bukan berunsurkan politik dan hanya menyentuh mengenai hobi Najib dan perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan politik kerana tidak semua pengguna Facebook berminat dengan politik.

"Beliau sudah mempunyai media sosial lain yang memperkatakan mengenai politik. Beliau tidak akan mengambil inisiatif untuk memuatkan berita mengenai politik di FB bahasa Cina walaupun beliau tidak dapat menahan orang daripada memperkatakan perkara berkaitan politik di media sosial ini," katanya.

Perdana menteri mempunyai akaun Facebook dan Twitter di bawah namanya yang telah menerima sejumlah besar pengikut.

Wong menjelaskan nama "Ah Jib Gor" dipilih kerana ia merupakan nama popular yang diberikan kepada perdana menteri oleh pengguna media sosial dan oleh sebahagian besar masyarakat Cina sebelum Facebook bahasa Cina diwujudkan.

"Kami berharap dengan adanya Facebook ini, sebahagian besar masyarakat Cina di negara ini akan dapat mengenali diri perdana menteri sebagai seorang insan biasa," katanya.

Sejak versi bahasa Cina itu dilancarkan semalam dan sehingga pukul 4.30 petang hari ini, "Ah Jib Gor" telah menarik 1,722 pengikut.

- Tiewnama

Pendedahan Khalid Memalukan Ahsan

Posted: 18 Jan 2012 04:26 AM PST

MSO


Dalam sidang akhbar mengumumkan perlantikan Exco baru kerajaan Selangor Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai mengganti Hasan Ali @ Ahsan Akidah serta rombakan kecil portfolio, Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan sesuatu yang tidak disangka oleh orang ramai iaitu mengenai surat Hasan Ali kepadanya. Oh rupa-rupanya ada protes senyap oleh Ahsan terhadap tindakan segera Khalid itu.

Menurut Khalid, Hasan ada menghantarkan surat kepadanya mempertikaikan tindakannya untuk melantik penggantinya yang dipersoalkan terlalu awal. Menurut Khalid dalam surat itu Hasan memberi tahunya dia masih lagi ada peluang dan ruang untuk merayu kepada Majlis Syura Ulamak. Ertinya Ahsan masih merasakan dia masih ahli Pas padahal secara tektikalnya dia sudah pun bukan ahli Pas lagi.

Tektikal inilah yang Ahsan tidak faham dan sekaligus menunjukkan dia jahil politik. Kalau dia arif dan mengerti tindakan politik, bila parti mengambil tindakan drastik itu bermakna adalah masalah parti disebaliknya. Saya sudah mentafsirkan tindakan drasktik dengan memberi edah selama sebulan itu satu startegi untuk membuang Ahsan.

Itulah kerana terlalu bijak dan pandai cakap hal-hal seni kejahatan seperti urusan pemecatan beliau itu tidak sempat diketahui. Malangnya lagi nasihat orang tidak mahu dengar dan ego dengan kecerdikan sendiri yang tidak banyak membawa untung.

Pendedahan Khalid tentang surat Hasan yang membawa maksud supaya tidak menyegerakan melantik penggantinya sesuatu yang memalukan. Dengan pendedahan itu menunjukkan Hasan yang sebelum ini cakap sedap, keras dan berbunyi tegas jadi sebaliknya. Orang boleh membuat ulasan yang surat itu seolah-olah Ashan menyesal atas apa yang berlaku.

Surat yang didedahkan oleh Khalid itu juga membolehkan orang mentafsir yang Hasan berharap jawatan itu akan terus dipegangnya. Orang mentafsir yang dia hendak merayu dan mengharap rayuan diluluskan. Mungkin Ahsan sudah berbincang dengan mana-mana ahli Majlis Syura Ulamak akan mempertahankan dirinya dan berharap jawatan Exco itu akan kekal kepadanya.

Langkah diambil Khalid itu tidak salah dan tidak perlu dipersoalkan Ahsan. Sebagai seorang yang patuh kepada peraturan dan profesional dalam administratif jujur dalam pentadbiran Khalid bertindak mengikut maklumat dengan menggunakan kuasa yang ada kepadanya.

Katanya dia menerima surat pemakluman dari ibu pejabat Pas mengenai Ahsan Akidah dipecat bertarikh 10 Januari. Menurutnya dalam surat itu tidak pun dijelaskan soal rayuan. Khalid hanya berpandu kepada isi surat berkenaan dan tentulah dia menerima pemakluman itu sebagai muktamad.

Sebagai ketua eksekutif Khalid perlu mengambil tindakan dan menyegerakan mengisi kekosongan itu. Dia perlu berbuat begitu seberapa cepat yang boleh kerana ia ada sangkut paut dengan kepentingan rakyat. Khalid dalam soal ini meletakkan soal rakyat lebih utama daripada memikirkan atau simpati kepada Ahsan.

Ahsan sebenarnya tersalah langkah. Dia sepatutnya memaklumkan surat itu kepada istana Selangor dan bukan pejabat MB Selangor. Di sini kebijaksanaan Ahsan boleh dipertikaikan. Inilah yang dikatakan Ahsan mendapat nasihat yang tidak pandai dan lebih kepada 'kaki pong' sahaja, alhasilnya dia terlepas segala-galannya.

Dengan protes kecil itu saya beranggap Ahsan sayang untuk melepaskan jawatan itu walaupun sebelum ini dia berkata, dia akan terus berjuang samada jadi Exco atau tidak. Kalau dia tidak sayang dan terkedu dengan pemecatannya itu untuk apa dia hantar surat mempersoalkan tindakan Khalid. Kalau kita redha dan merasa kuat dan mendapat sokongan ramai, peduli sama ada Khalid hendak segera atau tidak hendak mencari pengganti.

Tetapi jadi sebaliknya. Ahsan mempersoalkan dan persoalan itu menyebabkan Ahsan kini dilihat sudah terjempit. Untuk pengetahuan Ahsan apa-apa isu atau perkembangan dalam politik ia berjalan dan bergerak begitu cepat dan pantas. Ia laksanakan kereta api laju yang akan meluncur tanpa mempedulikan kepada mana-mana penumpang yang lambat atau merasa dia akan ditunggu oleh keretapi itu.

Ahsan adalah penumpang yang hendak menaiki atau mempermainkan dengan kereta api laju. Walhasilnya jadilah Ahsan seperti hari ini penumpang malang yang mahu naik koc kelas pertama tetapi natijahnya dia ditinggal keretapi.

Nasihat akhir saya untuk Hasan lebih baik beliau redha di atas apa yang berlaku seperti mana yang diucap-ucapkan sebelum ini. Dia pernah berkata kepada saya yang berbunyi begini; "hari ini kalau di Selangor ada pemimpin muda yang lebih berkelayakan, saya akan redha melepaskan jawatan saya kepada pemimpin sebegitu..." Nah pemimpin muda itu kini sudah pun ada dia ialah Dr Ahmad Yunus Hairi dan Dr Rani Osman maka Ahsan hendaklah mengotakan kata-katanya itu.

Sedap telinga saya ketika mendengar pengucapan Ahsan tempoh hari, bangga dengan semangat dan pendiriannya. Sifat begitulah yang dimahui, tetapi apabila sebaik terlepas keretapi laju, Ahsan merembas beg dan bergelepar dan meraung-raung menyebabkan penghormatan saya kepada beliau terus hilang.

Kepada salah seorang penasihatnya, saya sudah cakap Ahsan akan menjadi tumpuan dan kata-kata berbisa kerana kedudukannya sebagai ahli Pas dan seorang Exco. Selepas ini sesudah dia tidak jadi Exco tidak ada siapa akan menghairaukan dia lagi. Justeru mintalah Ahsan berhenti dan pertelagahan beliau dengan Mustapa Ali sudah dimenanginya.

Kalau Ahsan diam dan tidak terus mempersoalkan Pas dia akan tetap kekal sebagai Exco dan dia juga saya yakin akan diberikan tempat untuk bertanding dalam pilihan raya. Percayalah, tekan saya bergaduh dengan jemaah tidak akan menang betapa hebat, gah, bijak mana sekalipun kita.

Saya sudah memberi kata-kata nasihat itu. Apakah ia sampai ke telinga Ahsan atau tidak walahualam, tetapi orang yang mengambil nasihat itu adalah orang yang berada dengannya sepanjang hari dan akan berhubung tidak kurang 10 kali sehari.

Akhirrul kalam, nasib Ahsan hari ini tak ubah seperti ais di dalam gelas yang mengandungi air panas, dia akan mengecil kemudian akan tenggelam didalam gelas larut bersama air kemudian menjadi sejuk. Ibarat bekas air dikedai kopi selepas pelanggan bangun pergi tuan kedai akan mengambil gelas itu dan mencurahkan air bekasan itu ke dalam longkang.

Nampaknya Ahsan kini sudah pun hampir dengan longkang!

Ps: Lepas ini saya tidak akan mengulas dan menyebut nama Ahsan lagi kecuali keadaan memaksa, cukuplah.

Zambry bakal gadai Pulau Pangkor?

Posted: 18 Jan 2012 03:54 AM PST

Oleh: MSK


Aku cuba fokus Pulau Pangkor sebab Pulau Pangkor akan jadi macam Pulau Pinang. Pulau Pinang diperintah oleh BN sejak 50 tahun…dan dalam masa pemerintahan BN, orang Melayu semakin lama semakin pupus. Tapi bila Pakatan perintah Pulau Pinang baru 4 tahun, Umno dah bising mengatakan DAP meminggirkan Melayu Pulau Pinang.

Jangan lupa, Zambry (kanan) juga tidak banyak beza dengan Shaikh Hussain Mydin atau Reezal Merican. Masa depa memerintah, habih orang Melayu dihalau dari Pulau Pinang..tapi bila dah hilang kuasa, orang lain pula dipersalahkan.

Sebelum aku cerita pasai Pangkor, cuba tengok balik sejarah Pulau Pinang. Tak payah tengok balik zaman Francis Light, imbas kembali sekitar 40 tahun dulu pun cukup.

Tahun 75, bila selesai peperiksaan LCE, aku hitch-hike dengan member ke Penang. Masa tu hitch-hike memang cool. Sampai Penang, boleh tidor kat tepi pantai. Masa tu, pantai Gurney Drive masih bersih. Malam-malam, ramai nelayan cari ikan dan udang. Kampung-kampung Melayu penuh disekitar Pulau Tikus dan Gurney Drive.

Lama kelamaan, hotel-hotel dan gedung perniagaan semakin lama semakin banyak dibina di Gurney Drive . Akibatnya, air laut semakin lama semakin kotor dan ikan semakin berkurangan. Pantai yang bersih makin lama makin kotor. Nelayan tak boleh cari makan..dan terpaksa cari kerja kilang kat Bayan Lepas.

Gurney Drive dengan Bayan Lepas bukan dekat. Duit gaji habih kat pengangkutan dan makan. Lama-lama, orang Melayu Gurney Drive terpaksa pindah cari tempat yang lebih murah.

Ini bukan saja berlaku di Gurney Drive..malah berlaku di Tanjong Tokong dan Teluk Bahang. Akhirnya orang Melayu Pulau Pinang di sepanjang Padang Kota Lama hingga Teluk Bahang terpaksa pindah cari tempat yang lebih murah…manakala tempat depa di ambil oleh oleh orang asing dari Singapura, Jepun dan Taiwan.

Masa tu, umno tak bising…sebab depa dapat komisyen. Poket semua penuh. tapi sekarang bila Umno dah terpinggir di Pulau Pinang, baru cakap pasai Melayu.

Pulau Pangkor akan jadi Pulau Pinang tak lama lagi selagi Pangkor di bawah Umno. Perangai Zambry sama macam perangai Hussain Mydin. Sementara ada kuasa, pulun cukup-cukup. Ada tanah diPangkor..jual kat orang luar negara. Memang la orang Pangkor masih ramai yang diam sebab depa tak rasa susah. Tapi tunggu 10 tahun lagi, jumlah Melayu akan turun secara drastik. Masa tu, bila DAP menang kat Pangkor, geng-geng Zambry jugak la yang akan jerit…"orang Melayu dipinggirkan".

Maklumat tentang Pangkor dan Manjung masih dalam perjalanan. Jadi aku belum boleh siarkan, tapi hasil dari gerakan member-member di Manjung sudah cukup untuk menelanjangkan Zambry. Aku akan tunjukkan macam mana beribu hektar hutan simpan sudah terlepas ketangan orang asing. Kawasan yang dulunya bebas dijelajah oleh orang kampung sekarang sudah tidak boleh diakses.

Kawasan pantai yang dulunya bebas digunakan oleh nelayan, tidak lama lagi akan menjadi kawasan larangan buat nelayan.

Bukan itu saja, semakin lama, semakin banyak kawasan di Pangkor yang sudah tidak boleh diakses oleh penduduk tempatan. Kawasan-kawasan tersebut sudah jadi milik swasta.

Zambry dan penyokong Umno riuh rendah bila Nizar umumkan pemberian tanah kepada penghuni PPRT dan Kampong Baru, tapi diam bila tanah-tanah rizab Melayu tergadai ketangan orang asing.

Bukan setakat tanah-tanah yang tergadai, malah Pengkalan Tentera Laut di Lumut juga kini sudah terdedah kepada ancaman asing. Pengkalan Tentera Laut kini cukup mudah diceroboh apabila lebih 1000 hektar yang dahulunya hutan simpan di Teluk Rubiah, kini sudah dijual kepada syarikat dari Brazil. Berapa keuntungan yang diperolehi oleh kerajaan negeri? Apa nikmat yang akan diperolehi oleh rakyat tempatan?

Teluk Rubiah terletak bersebelahan dengan Teluk Batik. Tak lama lagi, Teluk Batik pun tak boleh masuk. Sapa yang nak mandi kat Teluk Batik, lebih baik pi mandi kat Padang Kota Lama di Pulau Pinang. Macam mana rupa pantai Padang Kota Lama, Penang…macam tu la keadaan yang akan berlaku di Teluk Batik bila jeti syarikat kilang bijih besi mula beroperasi.

Pengkalan TLDM juga terletak berdekatan dengan Teluk Rubiah dan Teluk Batik. Bila siap jeti yang berharga RM700 juta untuk mengangkut bijih besi nanti, kapal-kapal TLDM akan jadi macam bot nelayan. Apabila beroperasi nanti, kapal-kapal pengangkut bijih besi yang akan memasuki jeti di Teluk Rubiah akan memenuhi pantai. Kapal pengangkut bijih besi yang akan masuk ke Teluk Rubiah merupakan kapal yang terbesar didunia. Setiap kapal sebesar tiga padang bola. Masa tu, kapal TLDM jadi macam bot nelayan.

Kawasan seluas lebih 1000 hektar dimana pusat pengumpulan bijih besi ini pula merupakan kawasan persendirian. Kawasan tersebut sudah dijual kepada syarikat Vale dari Brazil. Kerajaan negeri sudah tak ada hak bagi kawasan tersebut. Ia sudah jadi macam kawasan autonomi Brazil sebab ia adalah milik sepenuh Vale Brazil. Macam mana kawasan strategik yang bersebelahan dengan Telok Batik dan pengkalan TLDM boleh dijual bulat-bulat kepada syarikat asing?

Pantai Teluk Rubiah adalah diantara pantai yang cukup cantik di Lumut. Pantainya landai dan airnya bersih tapi sekarang sudah tidak boleh diakses. Bukit-bukit ditarah…bukan saja dengan jentolak malah menggunakan dinamite. Macam mana dinamite boleh digunakan dikawasan yang berhampiran dengan pengkalan TLDM?

Dalam dua tiga hari lepas, seorang pegawai tinggi TLDM meletak jawatan. Mengapa seorang yang berpangkat Timbalan Panglima Tentera Laut boleh meletak jawatan? Timbalan Panglima bukan ahli politik yang naik secara membodek. Pegawai tentera bukan naik kerana bermain politk tapi bila ada orang politik yang mempermainkan Tentera Laut, dia tak boleh tahan.

Dah berapa biji kapal tentera laut yang terbakar? Berapa biji kapal tentera laut yang kondem?

Orang politik menggunakan Tentera Laut sebagai alat untuk mengumpul duit.Orang politik memperjudikan keselamatan tentera laut untuk kepentingan politik.Tentera laut yang tak ada kena mengena dengan kapal selam pun tak boleh nak masuk kapal selam, tapi blogger Umno boleh masuk..siap dengan ambik video lagi!! Dimana keselamatan negara?

Sekarang..tanah berdekatan pengkalan TLDM sudah diambil alih oleh syarikat dari luar negara…apakah keselamatan yang boleh dijamin terhadap pengkalan TLDM?

Kalau sebelum ini, Laksamana Pertama Imran Abdul Hamid menyertai Pas kerana tidak puashati dengan apa yang dilakukan oleh Umno/BN terhadap Tentera Laut, kini Laksamana Madya Dato Wira Jamil Haji Osman pula meletak jawatan.

Zambry dalam bahaya. Mengapa?

Kalau ada orang Pakatan yang nak berpeluk dengan Zambry..nanti dulu.

Sumber: malaysiatimes.my

Mesyuarat MTUC : Presiden Dan Setiausaha Agungnya Dijangka Hadapi Undi Tidak Percaya

Posted: 18 Jan 2012 03:08 AM PST

Post Pic



SHAH ALAM : Mesyuarat majlis Am Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang akan diadakan esok dijangka hangat dengan beberapa kesatuan gabungan mahu membawa usul undi tidak percaya terhadap presiden dan setiausaha agungnya berhubung kontroversi pindaan Akta Kerja yang diluluskan Parlimen akhir tahun lalu.

Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja KTM Berhad, Abdul Razak Md Hassan yang mewakili sejumlah kesatuan gabungan yang tidak berpuas hati berkata, pihaknya mempunyai sokongan yang cukup untuk berbuat demikian esok.

Bagaimanapun beliau enggan memberi butiran atas faktor strategi tidak mahu usaha mereka gagal.

Mesyuarat majlis Am MTUC akan berlangsung di ibu pejabat pergerakan di Subang Jaya, pagi esok.

Khalid Atan merupakan Presiden kesatuan manakala Setiausaha Agungnya ialah Abdul Halim Mansor, yang masing-masing menang pemilihan MTUC Disember 2010.

Difahamkan MTUC yang berpecah kepada tiga kumpulan dengan masing-masing mempunyai pendirian berbeza berhubung usaha membawa usul itu.

"Kita akan bawa undi tidak percaya ke atas presiden dan setiausaha agung atas isu kedua-dua mereka tidak memainkan peranan mereka dengan berkesan, sebagaimana diamanahkan... akibat sikap mereka membelakangkan kepentingan kesatuan sekerja, kita kecundang dalam isu Akta Kerja," katanya dipetik Sinar Harian Online.

"Kepimpinan MTUC tidak membuat kerja bersungguh-sungguh dalam isu Akta Kerja," kata beliau lagi.

Ekoran sikap itu, katanya, "pada hari ini seolah-olah MTUC tidak lagi memainkan peranan yang diharapkan dan sudah tidak dihormati oleh mana-mana pihak termasuk kerajaan."

MTUC memprotes Rang Undang-undang Kerja khususnya peruntukan yang berkaitan dengan sistem kontraktor bagi tenaga kerja.

Meskipun dibantah badan induk kesatuan sekerja itu, Rang Undang-undang Kerja (Pindaan 2011) telah diluluskan oleh kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada sesi persidangan yang lalu.

Sebelum ini kesatuan itu mendakwa presiden dan setiausaha agung tidak memperlihatkan sikap proaktif bagi mengenakan tekanan ke atas kerajaan dan gagal memberi gambaran mengenai perkembangan semasa kepada anggota gabungan mengenai status pendirian dan tindakan diambil MTUC berhubung rang undang-undang itu.

Kesatuan itu mendakwa kedua-dua mereka tidak bertindak mengikut mandat yang telah diberikan oleh majlis am sebelum ini.

Rang undang-undang itu telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 6 Oktober lalu – tiga hari selepas MTUC mengadakan piket di pekarangan bangunan Parlimen.

MTUC mengadakan piket kebangsaan pada 3 November dan perhimpunan peringkat Selangor-Wilayah Persekutuan, 2 Disember lalu.

Dewan Negara pula meluluskannya pada awal Disember.

Pas Setuju Exco Barunya Tidak Diberi Portfolio Hal Islam, Kata Khalid

Posted: 18 Jan 2012 03:06 AM PST

Post Pic



SHAH ALAM : Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersetuju Exco baru daripada parti itu, Dr Ahmad Yunus tidak diberikan portfolio Hal Ehwal Islam sebagai amalan sebelum ini, menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Saya telah diberikan tanggungjawab untuk menentukan.... jadi saya rasa perlantikan Dr Yunus mendapat restu dari kepimpinan PAS," kata Khalid pada sidang medianya.

"Jadi maknanya ia bukan satu perlantikan yang tidak mengambil kira pemikiran dan juga pandangan dari semua pihak," tambah beliau.

Beliau mengulas rasional pelantikan Yunus sebagai Exco Hal Ehwal Adat Melayu, Belia dan Sukan manakala Khalid sendiri mengambil alih tugas Exco Hal Ehwal Islam.

Yunus, Adun Sijangkang menggantikan Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat oleh parti itu minggu lalu.

Hasan memegang jawatan Exco Hal Ehwal Agama, Adat Resam Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam sejak tahun 2008.

Khalid menafikan Yunus tidak diberikan portfolio agama kerana tidak yakin kemampuannya tetapi membayangkan pengalaman beliau adalah lebih sesuai untuk urusan lain.
"Kita gunakan peluang ini untuk cepat menyelesaikan pentadbiran. Saya berpendapat Dr Yunus sudah mempunyai pengalaman dalam Belia dan Sukan, sebab itu dia boleh terus menjalankan tugas tersebut"

Khalid berjanji untuk menggalas tugas Exco Hal Ehwal Agama secara komited untuk meningkatkan syiar Islam namun berkata kerja itu harus dilakukan dengan mengambil kira keadaan semasa.

"Usaha untuk mempertingkatkan agama Islam adalah usaha berterusan. Jadi itu tugas saya, tetapi tugas itu berhemah dan mengambil kira persekitaran," kata beliau.

Komen Khalid itu dilihat untuk meleraikan rasa cemas DAP yang sebelum ini menegur Hasan beberapa kali kerana menyifatkan beliau sebagai keterlaluan dalam usaha menangani isu murtad dan penjualan arak di negeri ini.

Pengambil alihan portfolio has ehwal agama oleh Khalid daripada Pas akan mengundang persepsi bahawa parti itu sanggup tunduk kepada rakan parti komponen Pakatan Rakyat sehingga tidak lagi menerajui penguatkuasaan undang-undang syariah di negeri ini.

Khalid berkata, kedudukan Hasan sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor akan ditentukan oleh Sultan Sharafudin Idris Shah.

Hasan digugurkan sebagai Exco Hal Ehwal Agama, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam beberapa hari selepas Pas memecatnya daripada parti itu kerana didakwa bertindak membelakangkan kepentingan Pas.
Keputusan itu diambil setelah Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali mendesak tindakan diambil kerana Hasan membantah perhimpunan anjuran parti itu sempena keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai pertuduhan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Yunus Dilantik Exco Baru Sebab Boleh Kerja, Kata MB, Rani: Saya Tak Sedih

Posted: 18 Jan 2012 03:00 AM PST

Post Pic



SHAH ALAM :Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata keputusan memilih Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai Exco Kerajaan Negeri baru dan bukannya Pesuruhjaya Pas Negeri Dr Rani Osman adalah berasaskan kepada faktor kemampuan kerja.
"Perlantikan ini adalah pertimbangan kita ...atas dasar kerja," kata beliau pada sidang akhbar selepas majlis angkat sumpah oleh Yunus di depan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Shah Alam pagi tadi.
Dr Rani yang juga Adun Meru berkata, beliau tidak sedih kerana tidak dipilih mengisi kekosongan jawatan itu berikutan pemecatan Datuk Dr Hasan Ali daripada PAS minggu lalu.
"Saya tak sedih, kalau saya dilantik saya redha dan sekiranya saya tidak dilantik pun saya akan lebih rehda," kata beliau.

Yunus berkata, beliau terkejut dengan perlantikannya tetapi akur dengan keputusan itu.

"Kita meletakkan Dr Rani sebagai calon yang kita cadangkan.Tapi sepertimana yang Menteri Besar beritahu, atas pertimbangan berdasarkan kerja (saya dipilih).Tapi saya tidak menyatakan yang Dr.Rani tak boleh buat kerja. Ini mungkin saya sudah memegang pembantu Belia dan Sukan sebelum ini jadi nak memudahkan kerja," kata beliau.
Pas Selangor mencadangkan Rani sebagai calon tunggal untuk jawatan itu namun Khalid, atas keputusan Presiden Parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam, mengusulkan pelantikan Yunus untuk mengisi kekosongan berkenaan.
Adalah difahamkan nama beliau dipersembahkan kepada Istana lewat malam tadi bagi menbolehkan majlis angkat sumpah diadakan pagi tadi.
Rani hadir pada majlis itu.
Sementara itu, Naib Presiden Pas Mahfuz Omar ketika dihubungi Antarapos.com enggan mengulas rasional parti itu tidak mencalonkan Rani. Beliau berkata penampilan Yunus adalah usaha berterusan parti itu mengasah kepimpinan pelapis dalam parti.
"Ini juga memberi satu gambaran bagaimana kita (PAS) mampu dan berjaya menampilkan barisan kepimpinan muda yang berprofesional dan berkelayakan," kata beliau kepada Antarapos.com.
Hasan digugurkan sebagai Exco Hal Ehwal Agama, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam beberapa hari selepas Pas memecatnya daripada parti itu kerana didakwa bertindak membelakangkan kepentingan Pas.

Penjelasan NFC patut jadi asas tubuhkan suruhanjaya siasatan diraja

Posted: 18 Jan 2012 02:58 AM PST

Roketkini.com


SIBU: Penjelasan terbaru National Feedlot Corporation (NFC) yang mempertikaikan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Parlimen (PAC) serta membabitkan peranan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin patut menjadi asas untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Ketua Pembangkang DAP Lim Kit Siang berkata, selain "kisah-kisah seram" mengenai skandal "kondo lembu" RM300 juta, ia juga patut difokuskan kepada peranan dan tanggungjawab Muhyiddin yang mungkin terlibat secara langsung dalam skandal itu.

"Biarkan RCI yang menjawab: Siapa lagi selain Muhyiddin yang patut menanggung semua tanggungjawab berhubung 'kacau bilau' NFC di mana objektif projek untuk meninggkatkan peningkatan daging lembu menyimpang dan tidak sampai matlamatnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhyiddin pada 2007 memegang jawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, yang mana kementerian beliau meluluskan pinjaman RM250 juta kepada NFC ketika itu.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata RM250 juta dengan 2 peratus pinjaman telah dialihkan bukan sahaja untuk dihabiskan kepada dua kondominium mewah di Bangsar dan Singapura, tetapi juga dalam pelbagai urus niaga lain yang meragukan.

Beliau mengulas kenyataan NFC yang menafikan dakwaan telah menerima pinjaman dana berjumlah RM250 juta oleh kerajaan sebelum perjanjian pinjaman tersebut ditandatangani.

Justeru Kit Siang menjelaskan bahawa kenyataan tersebut mengingatkan rakyat Malaysia bahawa PAC juga bertindak dengan cara yang pelik dalam siasatan skandal "kondo lembu" NFC itu.

"…(PAC) gagal untuk menjalankan siasatan penuh skandal itu untuk dibentangkan laporannya kepada Parlimen pada 12 Mac depan, walau pun skandal itu adalah skandal besar dan utama!" katanya.

Pada November lepas, Pengerusi PAC Tan Sri Azmi Khalid berkata, selepas menyiasat beberapa pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, pihaknya mendapati bahawa pinjaman dikeluarkan pada 2009 sedangkan kontrak itu dimeterai setahun kemudian, iaitu pada 2010.

Menurut Kit Siang, rakyat Malaysia berhak mengetahui kenapa PAC berkelakuan sedemikian yang mana jelas memberi gambaran bahawa badan itu cuba mengelak daripada menangani isu tersebut.

Beliau juga mahu PAC menyerahkan laporan skandal NFC kepada Parlimen pada 12 Mac depan. – Roketkini.com

Exco baru Selangor Ahmad Yunus angkat sumpah hari ini

Posted: 18 Jan 2012 02:54 AM PST

Roketkini.com


SHAH ALAM: Adun Sijangkang Ahmad Yunus Hairi yang disahkan sebagaikan Exco Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor hari ini mengangkat sumpah menggantikan Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat dari pimpinan PAS dan kerajaan negeri.

Majlis pelantikan dan angkat sumpah Ahmad Yunus diadakan di Bilik Singgahsana, Istana Bukit Kayangan di sini pagi ini.

Dalam sidang media selepas majlis berkenaan, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Ahmad Yunus akan memegang portfolio Adat Resam Melayu serta portfolio Belia dan Sukan.

Manakala Khalid Ibrahim akan mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Asas.

Tambah beliau, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman yang sebelum ini disebut-sebut sebagai pengganti Hasan Ali akan memegang jawatan Pengerusi Skimsel.

Selain Khalid, majlis tersebut turut disaksikan oleh Speaker Dewan Negeri Selangor Teng Chang Khim, Exco Kanan Teresa Kok dan anggota-anggota Exco kerajaan negeri.

Perlantikan Ahmad Yunus dicadangkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kepada Menteri Besar Selangor berdasarkan kouta kerusi exco itu adalah milik PAS.

Pada pilihan raya umum 2008, Ahmad Yunus mengalahkan calon Barisan Nasional yang juga bekas Exco Selangor, Datuk Abdul Fatah Iskandar dengan majoriti 2,081 undi. – Roketkini.com

Jalan sederhana idea Najib?

Posted: 18 Jan 2012 02:50 AM PST

Oleh Muhammad Zir


Selepas 'hadhari', istilah 'wasatiyyah' pula digunakan oleh kerajaan UMNO-Barisan Nasional untuk menjual imej baru kepada rakyat.

Sesetengah kalangan Melayu begitu taksub dengan perkataan Arab sebagai simbol perlambangan yang hebat untuk dijadikan nama, gelaran, slogan parti atau organisasi. Hakikatnya, bahasa Arab bukanlah bahasa asas budaya Melayu.

Secara kebetulan, bahasa Arab ini juga adalah bahasa kitab suci Quranul Karim. Ia begitu mudah disamakan dengan Islam walau pun kadangkala pelaksanaan manusia terhadap isinya jauh menyimpang dari saranan Quran itu sendiri.

Namun, terpulanglah kerana itu hak mereka. Apa yang kita cuba kita ungkapkan ini amat mudah iaitu, perkataan-perkataan (bahasa) Arab ini seringkali digunakan untuk memberi imej suci untuk menyucikan perbuatan kotor pemerintah. Tidak lebih dari itu, jika makna pada perkataan itu baik, ia sekadar makna yang ditampal – cut and paste.

Dengan wang, pemerintah merasakan ia boleh saja membina masjid yang hebat-hebat dan mahal-mahal, konon mahu menunjuk-nunjuk tanda ajaran dan isi Islam sudah tertegak.

Apa itu wasatiyyah?

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seperti yang dilaporkan, "inisiatif itu bertujuan menggalakkan kelahiran lebih ramai ilmuwan hebat dan ulama besar seperti Al-Imam Ibnul Qayyim yang dipetik kata-katanya bahawa wasatiyyah, iaitu kesederhanaan atau keseimbangan bermakna tidak terlalu berlembut dan tidak terlalu ekstrem adalah seperti sebuah oasis di antara dua gunung".

Nada pada ayat ini tidak banyak bezanya dengan ungkapan Tun Abdullah Ahmad Badawi sewaktu merencanakan Islam Hadhari suatu masa dahulu. Siap dengan bersyair gurindam nak menyampaikan hasrat hatinya. Tetapi apa terjadi selepas itu, hanyalah sejarah pahit.

Ada beberapa persoalan yang menarik di sini.

Pertama, adakah agenda 1Malaysia yang telah pun wujud, tidak mampu untuk melahirkan insan/manusia berilmu dan moderat, seperti yang diharapkan dengan penubuhan Institut Wasatiyyah ini?

Jika tidak, maka sia-sialah konsep 1Malaysia ini direncanakan, rugilah rakyat kerana sudah berjuta-juta duit cukai kita dibelanjakan untuk logo, lagu, imej dan segala macam lambang 1Malaysia itu.

Kedua, jika kita teliti dalam belanjawan Najib yang lalu, kita tidak mendengar ada peruntukan kewangan bagi penubuhan Institut Wasatiyyah ini.

Justeru kita ingin bertanya secara ikhlas dengan Najib, dari mana dana (wang) untuk menubuhkan insititut ini? Dari mana wang diambil untuk belanja mengurus operasinya? Adakah itu duit dari kantung UMNO? Atau duit dari cukai rakyat?

Apa itu ekstremisme?

Dan ketiga, soalan paling mudah. Benarkah idea penubuhan Institut Wasatiyyah ini bagi menggerakkan usaha kesederhanaan untuk membanteras ekstrimisme?

Najib menambah, "Penubuhan Institut Wasatiyah itu nanti akan berperanan memberi tumpuan terhadap aspek kesederhanaan dan keseimbangan menerusi rasa hormat terhadap demokrasi, peraturan dan undang-undang, pendidikan, maruah dan harga diri seseorang serta keadilan sosial".

Adakah Najib kenal pada pertubuhan bernama Perkasa? Sudah menjadi rahsia umum bahawa NGO ini begitu ekstrem memperjuangankan ideologi perkaumannya.

Adakah Najib kenal akan parti yang bernama UMNO, MCA, MIC? Semua rakyat tahu bahawa parti ini adalah parti yang berasaskan kaum yang bermain sentimen perkauman sempit yang boleh mengundang perasaan ekstrem pada masyarakat.

Adakah Najib kenal Anwar Ibrahim? Rakyat menjadi saksi bagaimana harga diri dan maruah insan ini diinjak-injak oleh media Utusan, RTM dan TV3 sejak 1998 hinggalah kini. Namun, terbukti tuduhan itu hanyalah fitnah jahat.

Adakah Najib kenal akan manusia bernama Lim Guan Eng? Bukankah media Utusan, RTM dan TV3 telah menfitnah anaknya yang bersekolah dan tidak tahu apa-apa tentang politik hingga budak ini mengalami trauma.

Adakah Najib kenal dengan ribuan nama mereka yang pernah dan sedang ditahan di bawah ISA? Manusia-manusia ini telah tercabut kebebasan hidupnya hanya kerana 'disyaki'.

Dan, adakah Najib kenal nama anak-anak Malaysia yang ditahan, didakwa dan dipukul oleh polis semata-mata mahukan kebebasan akademik dan memansuhkan AUKU?

Maka jawapannya ialah…

Jawapan kepada semua persoalan di atas amat mudah untuk dijawab, tidak perlu membuang masa, tenaga dan wang ringgit dengan menubuhkan Institut Wasatiyyah untuk melahirkan insan berilmu dan moderat.

Cukuplah dengan membebaskan tahanan ISA atau mendakwa mereka di mahkamah, minta akhbar Utusan dan media-media kawalan UMNO-BN mohon maaf secara terbuka kepada Guan Eng dan keluarganya, hentikan fitnah terhadap Anwar Ibrahim, gubal undang-undang untuk mengekang politik perkauman dan fitnah.

Semua ini adalah halangan paling nyata yang akan menghalang proses kelahiran manusia berilmu dan moderat seperti yang Najib cita-citakan itu. Pelaksanaan kepada semua ini barangkali tidak memerlukan sejumlah dana yang besar. Cukup dengan pelaksanaan kata dan janji-janji anda.

Akhir sekali, benarkah idea moderat ini datang dari Najib? Bukankah DAP yang ditubuhkan pada tahun 1966 adalah berlandasakan idea ini, sederhana, sama-rata dan adil, dan mahu kepada peluang saksama?

Dan DAP itu bukan parti yang berasaskan kaum seperti MCA, MIC dan UMNO. Sesiapa sahaja yang yakin dan mahu berjuang atas jalan tengah bagi keadilan untuk semua serta peluang saksama, maka DAP menerima mereka tanpa mengira kaum dan agama. – Roketkini.com

Kenyataan Media: Dr Ahmad Yunus dilantik Exco Kerajaan Selangor

Posted: 18 Jan 2012 02:47 AM PST

KEADILAN DAILY


Kerajaan Negeri Selangor menjunjung kasih kepada DYMM Sultan Selangor kerana telah berkenan menyempurnakan Istiadat Pelantikan Dan Angkat Sumpah YB Dr Ahmad Yunus Bin Hairi sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco) yang baharu.

Kami percaya YB Dr Ahmad Yunus ADUN Sijangkang boleh menjalankan tugas dengan amanah, telus dan bertanggungjawab. Latar belakang beliau sebagai doktor perubatan telah banyak memberi khidmat kepada rakyat, boleh membantu beliau menjalankan tugas sebagai Ahli MMKN secara efisyen dan profesional.

Pelantikan baharu ini turut melibatkan rombakan kecil dari segi portfolio di mana Dr Ahmad Yunus akan bertanggungjawab terhadap Portfolio Adat Resam Melayu dan Belia dan Sukan. Manakala Portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam kini dipegang oleh Dato' Menteri Besar.

Rombakan yang berkuatkuasa hari ini dilakukan bagi memastikan kesinambungan kerja dan perkhidmatan kepada rakyat dapat berjalan dengan lancar – tambahan pula Dr Ahmad Yunus sebelum ini adalah EXCO pembantu untuk portfolio Belia dan Sukan.

Saya juga sukacita mengumumkan bahawa ADUN Meru, YB Dr Abd Rani bin Osman dilantik sebagai Pengerusi Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (SKIMSEL).

Manakala ADUN Bandar Baru Bangi, YB Dr Shafie Abu Bakar dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Adat Istiadat Melayu (PADAT); kedua-dua jawatan ini sebelumnya di sandang oleh YB Dato Dr Hasan Ali.

Dalam perkembangan berkaitan, saya ingin menyatakan bahawa saya ada menerima surat daripada YB Dato' Dr Hasan Ali yang berpendapat bahawa pelantikan ini mungkin terlalu awal (premature) kerana beliau masih mempunyai ruang untuk merayu kepada Majlis Syura Pas.

Saya telah menjawab surat tersebut dengan menyatakan keputusan saya menggugurkan beliau adalah lanjutan dari keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat pada 8 Januari 2012 yang melucutkan beliau sebagai ahli Pas.

Surat dari Jawatankuasa Pas bertarikh 10 Januari 2012 telah mengesahkan keputusan pemecatan beliau berkuatkuasa serta merta dan isu rayuan tidak dinyatakan dalam surat berkenaan.

Proses rayuan adalah amalan yang dipraktikkan oleh Pas sebagai sebuah parti politik dan saya percaya ianya tidak bermaksud memberi sebarang prasangka kepada kelangsungan pentadbiran Kerajaan Negeri.

Saya berharap Dr Hasan menerima keputusan ini dengan berlapang dada dan mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih di atas peranan yang beliau laksanakan ketika berkhidmat sebagai ahli MMKN.

Akhirnya, Kerajaan Negeri amat menghargai segala nasihat dan pandangan yang diberikan DYMM Sultan Selangor dalam mengendalikan isu yang melibatkan pelantikan Ahli MMKN ini.

Saya berharap dengan sempurnanya pelantikan ini akan menguatkan lagi barisan pimpinan negeri Selangor dalam melaksanakan reformasi pentadbiran dan pengurusan negeri.

TAN SRI DATO' SERI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Saman Polis, K’jaan: Zunar beri keterangan di mahkamah

Posted: 18 Jan 2012 02:44 AM PST

Oleh: Nabihah Hamid

KUALA LUMPUR : Kartunis Politik, Zunar hari ini memberi keterangan sebagai saksi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kes saman terhadap pegawai polis dan empat pihak lain termasuk kerajaan Malaysia.

Saman itu ekoran penangkapan tidak sah terhadap beliau dan rampasan buku, Cartoon-O-Phobia serta karya seninya yang berkaitan pada 24 September 2010.

Ketika memberi keterangan kira-kira jam 9 pagi, Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque menceritakan detik tangkapan tersebut oleh sepasukan anggota polis diketuai defendan pertama, ASP Arikrishna Apparau.


Beliau turut menjelaskan tuntutan terhadap kerosakan dan kerugian syarikatnya, Sepakat Efektif Sdn Bhd akibat rampasan buku kartun tersebut dan sebuah lukisan kolaj yang memaparkan wajah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketika disoal peguam, N Surendran, Zunar berkata beliau melukis kartun mengenai isu- isu politik semasa berdasarkan pentafsirannya sebagai seorang kartunis politik.

"Kartun politik dilukis dengan mengkarikaturkan wajah pemimpin politik dan tokoh terkenal, manakala mesejnya biasanya bergantung kepada pentafsiran pembaca.

"Kartun saya adalah sejenis bentuk seni. Peranan saya sebagai seorang kartunis politik adalah mengkritik salahlaku kerajaan," tegas beliau.

Pada 15 Jun tahun lalu, Zunar memfailkan saman sivil ke atas kerajaan Malaysia dan empat defenden berhubung penangkapannya dan rampasan terhadap 66 buku Cartoon-O-Phobia serta sebuah lukisan kolaj pada 2010.

Beliau menamakan pegawai yang menahannya ASP Arikrishna Apparau, pegawai penyiasat ASP Marina Hashim, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, kementerian dalam negeri dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Zunar memfailkan saman itu melalui Tetuan Daim & Gamany di Mahkamah Tinggi Sivil di Kuala Lumpur.

Hasan Ali didesak mohon maaf pada Anwar

Posted: 18 Jan 2012 02:39 AM PST

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : NGO Jingga 13 Menuntut supaya Bekas Exco kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali memohon maaf dari Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tuduhan kononnya ketua pembangkang itu menghalalkan homoseksual.

Ia berdasarkan laporan akhbar milik Umno, yang memutarbelitkan wawancara Anwar dengan British Broadcating Corporation (BBC) baru-baru ini.

"Jingga 13 mengecam sekeras-kerasnya tindakan Dr Hassan Ali ini dan mendesak beliau memohon maaf secara terbuka kepada Dato Seri Anwar Ibrahim demi sekelumit maruah dan penghormatan kepadanya yang masih bersisa," kata Setiausaha Jingga 13, Saifuddin Shafie Muhamad.

Menurut Saifuddin, Jingga 13 mempersoalkan rasional kenyataan Hassan Ali itu yang cenderung untuk memfitnah dan mengaibkan peribadi Anwar.

"Apakah Dr Hassan Ali diperalatkan oleh musuh-musuh politik Dato Seri Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan imej beliau. Kenyataan Dr Hassan Ali ternyata kosong dan tidak mempunyai fakta," ujar beliau.

Anwar semalam mengemukakan notis saman sebanyak RM50 juta daripada Utusan Malaysia ekoran dakwaan beliau menghalalkan homoseksual di negara ini.

Laporan muka depan Utusan pada 17 Januari lalu bertajuk 'Tolak Anwar- Hasan' memetik kenyataan Hasan Ali, berdasarkan temubual Anwar dengan BBC.

Anwar yang diwakili syarikat guaman Edwin Lim, Suren & Soh menamakan editor Utusan Malaysia sebagai defendan pertama dan Pengarah Urusan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.

Dalam tuntutannya, Anwar menuntut akhbar milik Umno itu menarik balik segala laporan palsu dan menyiarkan permohonan maaf terhadap dirinya di muka hadapan akhbar itu.

Beliau juga menuntut bayaran ganti rugi sebanyak RM50 juta dan memberikan tempoh 48 jam kepada Utusan untuk berbuat demikian.

Tiada ulasan: