Sabtu, 17 Disember 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Mahathir telah berbohong dan cuba memutarbelitkan fakta

Posted: 17 Dec 2011 08:53 PM PST

Kenyataan Media

Telah sekian lama Dato' Seri Anwar Ibrahim diitohmah dengan pelbagai tuduhan. Tatkala dipenjara, antara fitnah yang dilemparkan ke atas beliau kononnya beliau adalah alat kepada Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Tuduhan ini direkayasa semenjak tahun 1998 lagi lantaran komitmen Dato' Seri Anwar dalam memastikan disiplin pengurusan kewangan negara yang berteraskan tatakelola dan pertanggungjawaban. Dato' Seri Anwar bertegas menolak preskripsi ekonomi yang mahu menyelamatkan kroni dan elit politik ekonomi sedangkan rakyat perit berhadapan krisis ekonomi 1997/98.

Lantaran ketegasan Dato' Seri Anwar inilah Perdana Menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad merasakan perlu menyingkirkan beliau dari tampuk kepimpinan negara.

Setelah lebih dari satu dekad fitnah terhadap Dato' Seri Anwar dan keluarga beliau masih diteruskan oleh pimpinan UMNO serta juak mereka.Pimpinan UMNO mahu beliau terus ditohmah hatta bercanggah dengan kehendak agama dan nilai budaya yang tulus. Apa yang tidak pimpinan UMNO dan Tun Dr. Mahathir sedari, rakyat tidak lagi senang diperbodohkan. Fitnah yang direkayasa tidak ampuh menggugah keyakinan rakyat untuk mendokong Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang.

Tohmahan Tun Dr. Mahathir bahawa Dato' Seri Anwar adalah agen Barat,IMF dan Bank Dunia kini mula menghantui mantan Perdana Menteri tersebut. Rakyat Malaysia tidak mudah lupa bagaimana Tun Dr. Mahathir bersekongkol dengan Jack Abramoff dalam usaha beliau melobi untuk bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat George W. Bush.

Malah menurut rekod Bank Dunia, selepas Dato' Seri Anwar dipecat,Malaysia masih menerima bantuan Bank Dunia sedangkan di hadapan khalayak tanpa segan silu mantan Perdana Menteri itu semberono memfitnah Dato' Seri Anwar sebagai perkakas Bank Dunia sekaligus agen Barat.

Beberapa hari lalu Tun Dr Mahathir telah mencabar Dato' Seri Anwar bersumpah dengan menjunjung al Quran. Sewajarnya sebelum mantan Perdana Menteri itu mencabar sesiapa bersumpah menjunjung al Quran,eloklah dia meneliti kepentingan siapa dalam syarikat arak San Miguel.

Sewajarnya dinyatakan tatkala masih menjawat jawatan Menteri Kewangan,Dato' Seri Anwar telah menulis kepada Bank Dunia bahawa Malaysia tidak lagi memerlukan bantuan institusi kewangan itu. Kini sudah terang lagi bersuluh, politik hipokrit usang serta propaganda fitnah pasti tewas kerana kebenaran pasti muncul.

Rujukan pada pautan di bawah adalah bukti jelas betapa Tun Dr.Mahathir telah berbohong dan cuba memutarbelitkan fakta kenyataan beliau yang terdahulu. Jika diteliti, ianya jelas menunjukkan komitmen Bank Dunia kepada Malaysia pada zaman pentadbiran Tun Dr. Mahathir.



Eekmal Ahmad
Koordinator Media Pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim

Lagi hantu di Kulim ... semalam langsuir

Posted: 17 Dec 2011 08:00 PM PST

Jadi mangsa nafsu bapa


Tarikh : December 18, 2011

KULIM - Haruan makan anak. Begitulah yang dapat digambarkan perlakuan jijik seorang bapa yang sanggup menjadikan anaknya tempat pelepas nafsu.

Sikap terlalu memanjakan anak perempuannya itu yang berusia 14 tahun terbongkar apabila mangsa membuat laporan polis kerana tidak tahan dengan bapanya yang sering memaksa melakukan hubungan seks.

Mangsa yang tinggal bersama keluarganya di sebuah taman perumahan di sini terpaksa menyembunyikan perbuatan sumbang bapanya itu kerana takut dan malu sekiranya diketahui oleh orang lain.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh mengesahkan laporan dibuat remaja terbabit.

Menurutnya, dalam laporan dibuat, mangsa memaklumkan perbuatan terkutuk berkenaan sudah berlanjutan selama dua tahun iaitu sejak mangsa berusia 12 tahun lagi.

"Kejadian terakhir berlaku di bilik bapa mangsa beberapa hari lalu.

"Mangsa diminta tidak memaklumkan perbuatan itu kepada ibunya kerana ia akan menjejaskan hubungan mereka suami isteri," katanya.

Bagaimanapun, isteri suspek curiga dengan sikap suaminya yang terlalu memanjakan mangsa sedangkan pasangan itu memiliki anak perempuan lain.

"Isteri suspek berasa pelik dan curiga kerana apa sahaja yang dilakukan oleh mangsa, tidak akan ditegur suaminya walaupun perbuatan itu salah.

"Berikutan itu, dia tergerak hati menyoal anaknya jika ada perkara yang tidak baik dilakukan suaminya itu," katanya.

Ghuzlan berkata, curiga si isteri terjawab apabila anaknya membongkar perbuatan terkutuk suaminya.

Dia kemudiannya membawa mangsa membuat pemeriksaan di Hospital Kulim.

Katanya, perlakuan seks yang melibatkan remaja bawah umur, diklasifikasikan sebagai rogol walaupun mangsa merelakan perbuatan itu.

"Remaja sering menjadi mangsa perbuatan terkutuk ini, lebih menyedihkan ia dilakukan oleh ahli keluarga mereka sendiri.

"Anak-anak sepatutnya disayangi dan dibimbing, bukan dilakukan sebegitu rupa," katanya. - SH

Bermodalkan gambar seksi di facebook, hampir 30 lelaki terpedaya .... Korang jaga-jaga

Posted: 17 Dec 2011 07:46 PM PST

KUALA LUMPUR: Mangsanya hampir 30 lelaki yang sanggup menyerahkan puluhan ribu ringgit hanya kerana tergoda dengan kata-kata cintanya dalam laman sosial Facebook (FB).

Gadis itu yang hanya mahu dikenali sebagai Liana mengakui menggunakan kepakarannya mengayat ramai lelaki bagi mendapatkan wang mereka untuk berfoya-foya, termasuk melancong keluar negara.

Dia yang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak menafikan mereka yang terjebak termasuk artis yang baru mencipta nama, bahkan beberapa adik kepada artis terkenal turut menjadi mangsa selain yang berkerjaya penting sebagai jurutera, jurujual dan eksekutif syarikat swasta.

Secara jujur, Liana berkata, perceraian ibu bapa menjadi punca dia melakukan perbuatan itu untuk membalas dendam, terutama bapanya yang banyak mengabaikannya, manakala ibu pula sibuk dengan kerjaya harian sebagai eksekutif syarikat.

Katanya, dalam sebulan, dia mampu meraih dua tiga ribu ringgit hanya berbekalkan air liur untuk menggoda lelaki yang bagaikan terpikat dengan pesona menarik gambar yang dipaparkan dalam laman sosial itu.

Malah, katanya, dia tidak pernah menyesal dengan apa dilakukannya, sebaliknya mampu melepaskan tekanan akibat kesunyian dengan menggoda lelaki.

"Saya mula teruja dengan perbuatan ini apabila memasukkan gambar seksi dalam laman sosial semata-mata untuk menarik perhatian kenalan yang menjadi rakan saya dengan niat menggoda atau 'test market'.

"Mungkin terpikat dengan gambar sedemikian, ia menjadi senjata untuk membuatkan ramai yang suka bersembang dengan saya dan ingin mengenali saya dengan lebih dekat.

"Bayangkan dalam sekelip mata, saya ada lebih seribu kenalan. Semuanya saya layan dengan baik... jika ada yang hendak bertemu, saya memberi pelbagai alasan tidak boleh keluar.

"Kebanyakan mangsa saya adalah artis baru, anak orang kaya atau yang memiliki kerjaya menarik. Soal memasukkan wang ke akaun bank, mereka tidak kisah berapa jumlah yang saya minta," katanya kepada wartawan Metro Ahad selepas berjaya memujuknya beberapa kali menceritakan perbuatannya.

Liana berkata, selepas memasukkan wang ke dalam akaun, dia memberi helah memaklumkan wang tiada dalam akaun dan meminta wang dimasukkan lagi.

"Lelaki yang bagaikan lembu dicucuk hidung akan terus memasukkan jumlah lebih banyak ke akaun saya," katanya yang mengakui ada mangsanya bergelar anak seni dan adik artis terkenal.

Kebanyakan mereka menawarkan diri untuk menjadi teman lelaki dan tidak kurang mengajaknya berlibur.

"Saya sebenarnya bukan gadis liar yang gemar menghadiri parti liar atau bersosial. Apabila melihat lenggok mereka lebih condong ke arah hubungan seks, saya terus mematikan perbicaraan.

"Hampir tiga tahun saya melakukan kerja itu hingga sekarang, saya berasa seronok melihat betapa ramai lelaki mudah terpedaya dengan wanita cantik. Namun jika melihat gaya lelaki jujur pula, saya tidak sampai hati untuk mengayat mereka," katanya.

Ditanya mengenai wang diterimanya, Liana yang tinggal bersama ibu selepas bercerai sejak lima tahun lalu berkata, dia menghabiskan wang itu bersama rakan dengan membeli-belah mahupun karaoke atau melancong ke pelbagai destinasi.

Menurutnya, dia banyak menghabiskan masa dengan Internet untuk muat turun gambar dan aktiviti dilakukan supaya dirinya sentiasa ada perkembangan terbaru.

"Saya mengambil gambar kawan yang cantik dengan penampilan badan menarik, lalu saya masukkan ke dalam FB. Oleh kerana fizikal saya gemuk, sudah tentu saya malu untuk menampilkan diri sebenar.


"Pernah terjadi seorang kenalan mahu berjumpa dan kami mengadakan janji temu di kompleks beli-belah. Saya menyatakan kesanggupan bertemu demi meyakinkan mereka.

"Namun saya tidak menyatakan diri yang sebenar. Kalau pakai baju biru, saya katakan warna merah untuk mengelirukan mangsa.

"Apabila melihat dia (mangsa) datang dengan menggambarkan warna dan jenis pakaian dipakai, ketika itu saya segera bersembunyi.

"Kemudian saya hubungi lelaki itu dengan mengatakan tidak dapat datang kerana tiba-tiba ada kecemasan atau sakit. Kebanyakan alasan diberi agak konkrit, menyebabkan mangsa percaya apa saya katakan.

"Sebaik melakukan penipuan, saya berasa puas apabila melihat kesungguhan mangsa untuk benar-benar bertemu.

"Daripada situ saya membuat kesimpulan jika selama ini lelaki suka menipu perempuan sesuka hati mereka, kali ini saya ingin melihat bagaimana lelaki pula diperdaya," katanya.

Bendera Najib di PWTC diturunkan oleh mahasiswa ...

Posted: 17 Dec 2011 06:30 AM PST

KUALA LUMPUR, 17 Dis —Kumpulan mahasiswa yang terdiri gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) bergerak menuju ke bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dari Masjid Jamek dengan membawa sepanduk antaranya bertulis "Mahasiswa Bukan Robot, Mansuhkan AUKU, Bebaskan Mahasiswa Berpartisan dalam Politik". Mereka kemudiannya duduk di atas jalan raya di Jalan Sultan Ismail berhadapan bangunan Suhakam sambil diawasi kira-kira 15 anggota polis berpakaian uniform. Kumpulan mahasiswa ini turut melaungkan "hidup-hidup, mahasiswa, hidup-hidup kebebasan, mansuhkan AUKU sambil diselang-selikan dengan ucapan daripada wakil-wakil persatuan mahasiswa daripada institusi pengajian tinggi seluruh negara.

Setelah kira-kira 30 minit berdemonstrasi di kawasan pejabat Suhakam, kumpulan mahasiswa kemudiannya bergerak ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk mengadakan demonstrasi dan menyerahkan memorandum kepada Umno.

Peserta Demo dilihat menurunkan bendera Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak yang berada ditiang hadapan pejabat UMNO Pusat disini. Peserta kemudiannya menaikkan bendera Soladitari Mahasiswa Malaysia bagi menggantikan bendera Najib Razak. - KLpos

Anak luar nikah : Norish Karman buat penjelasan

Posted: 17 Dec 2011 03:37 AM PST

Baru-baru ni heboh tentang pelakon Norish Karman @ Norish, di katakan hamil anak luar nikah. Bagaimanapun apabila beberapa pihak media cuba mendapat penjelasan daripada pelakon filem Sayang Salmah ni, dia seakan cuba mengelak atau senang cakap melarikan diri. Maka ramai lah berpendapat cerita itu sahih seperti yang disebarkan.

Bagaimana di dalam laman portal Mstar hari ini, wanita berusia 35 tahun itu menyifatkan laporan media yang mendakwa dia telah menyembunyikan diri kerana hamil luar nikah sebagai sesuatu yang tidak beretika dan tidak adil buatnya dan keluarga.

Norish atau nama sebenarnya Nor'Asikin Karman, berkata sekalipun dakwaan liar itu tidak asing baginya yang berpengalaman hampir 20 tahun dalam dunia lakonan, ia tetap mengganggu dan mengaibkan khususnya kepada anak-anaknya yang sedang membesar.

"Secara peribadi, saya anggap dakwaan palsu dan liar itu sebagai sesuatu yang melampau, tidak beretika dan tidak adil buat saya dan anak-anak.

"Tidakkah pihak yang menggembar-gemburkan gosip itu terfikir, saya mempunyai anak-anak yang juga akan terkena tempias tuduhan itu?"

Hasil perkahwinannya dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, Negeri Sembilan iaitu Datuk Hashimuddin Abdul Kadir, anak jati Singapura ni dan suami dikurniakan tiga orang anak iaitu Muhammad Haqiem Armany, 12, Muhammad Hardy Amieran, lapan dan Putri Hany Amanda, tujuh.

Tambahnya lagi walaupun provokasi dan dakwaan liar itu amat menyedihkan, dia bersyukur kerana anak-anaknya begitu memahami, terbuka dan memberikan sokongan yang utuh.

"Saya berasa sedih apabila perlu menjelaskan kepada anak-anak bahawa cerita itu adalah dakwaan palsu.

"Mujurlah anak-anak saya sangat memahami, terbuka dan enggan melayan provokasi melampau itu. Malah, saya bertuah kerana mereka setia menyokong di sisi pada waktu begini," katanya.

Katanya, apa yang lebih membuatkan dirinya berasa terkilan apabila tindakan berdiam diri daripada dunia hiburan sebagai persiapan untuk muncul dengan album sulung itu telah dimanipulasikan dengan dakwaan yang mengatakan dirinya hamil luar nikah.- malaysian digest.com

Demo mahasiswa protes AUKU dibantu polis

Posted: 17 Dec 2011 03:12 AM PST

Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR, 17 Dis — Selepas insiden penahanan 15 mahasiswa yang menyertai 'flash mob' di KL Sentral Rabu lalu, polis ibu negara hari ini mempamerkan 'kelainan' apabila bukan sahaja tidak mengambil tindakan keras, malah membantu kira-kira 100 mahasiswa yang menyertai demonstrasi menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Anggota polis yang diketuai Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, ASP W. Karthik mengawal kelancaran lalu lintas dan kumpulan pelajar tersebut sepanjang demonstrasi mereka. The Malaysian Insider difahamkan, kumpulan mahasiswa itu dibenarkan untuk meneruskan demonstrasi mereka selagi kumpulan itu tidak melibatkan penyertaan mana-mana parti politik dalam demonstrasi hari ini.

Kumpulan mahasiswa yang terdiri gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) bergerak menuju ke bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dari Masjid Jamek dengan membawa sepanduk antaranya bertulis "Mahasiswa Bukan Robot, Mansuhkan AUKU, Bebaskan Mahasiswa Berpartisan dalam Politik". Mereka kemudiannya duduk di atas jalan raya di Jalan Sultan Ismail berhadapan bangunan Suhakam sambil diawasi kira-kira 15 anggota polis berpakaian uniform. Kumpulan mahasiswa ini turut melaungkan "hidup-hidup, mahasiswa, hidup-hidup kebebasan, mansuhkan AUKU sambil diselang-selikan dengan ucapan daripada wakil-wakil persatuan mahasiswa daripada institusi pengajian tinggi seluruh negara.

Peserta demonstrasi tersebut dilihat turut bertengkar dengan beberapa pengguna jalan raya termasuk seorang penunggang motosikal yang tidak senang dengan tindakan mereka menghalang lalu lintas dan mengarahkan mereka ke tepi jalan. "Woi, tepi lah! orang nak pergi kerja, janganlah duduk sini (tengah jalan)", dan kemudiannya salah seorang daripada peserta demonstrasi menjawab, "aku pun bayar cukai, suka hati lah". Dalam demonstrasi terbabit, kumpulan ini turut menyerahkan memorandum kepada Pesuruhjaya Suhakam, Md Sha'ani Abdullah. Dalam kenyataannya kepada media, Md Sha'ani berkata, tindakan kumpulan terbabit duduk di atas jalan raya dan menghalang lalu lintas merupakan suatu kesalahan undang-undang, tetapi kehendak mereka tidak boleh dinafikan. "Memang tindakan mereka itu merupakan satu kesalahan, tetapi kita tidak boleh menafikan hak mereka, sebelum ini pun belum ada lagi orang yang ditahan kerana menghalang lalu lintas," katanya selepas sesi penyerahan memorandum. Menurutnya, memorandum tersebut akan diteliti dan ada perkara tertakluk di bawah hak asasi manusia sejagat. "Suhakam akan meneliti memorandum yang diserahkan, dan kami percaya pernyataan ketidak puasan hati boleh melalui pelbagai bentuk, sama seperti berdemonstrasi demi untuk menarik perhatian golongan tertentu apabila medium lain seperti surat dan sebagainya tidak mendapat respon yang sewajarnya," jelasnya.

Setelah kira-kira 30 minit berdemonstrasi di kawasan pejabat Suhakam, kumpulan mahasiswa kemudiannya bergerak ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk mengadakan demonstrasi dan menyerahkan memorandum kepada Umno - TMI

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Syrians call for more support for army defectors

Posted: 17 Dec 2011 10:01 PM PST

PKR dedah pautan bantuan Bank Dunia pada Dr M

Posted: 17 Dec 2011 09:57 PM PST

PKR hari ini terus mempertahankan pendiriannya bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah terlibat dengan bantuan Bank Dunia semasa era pemerintahannya.
Dalam kenyataan hari ini, parti itu malah mendedahkan pautan ke laman Bank Dunia yang dikatakan "jelas menunjukkan komitmen Bank Dunia kepada Malaysia".
Kedua-dua pautan ituboleh dilayari di alamat http://go.worldbank.org/U29R77EBX0 dan http://www.worldbank.org/projects/searchlang=en&searchTerm=&countryshortname_exact=Malaysia&src=.
"Rujukan pada pautan di bawah adalah bukti jelas betapa Tun Dr Mahathir telah berbohong dan cuba memutarbelitkan fakta kenyataan beliau yang terdahulu," demikian menurut kenyataan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Banyak cara UMNO/BN/SPR nak menang PRU secara tipu

Posted: 17 Dec 2011 09:36 PM PST

Sejak dari zaman Perikatan lagi UMNO telah memenangi cara tipu, ugut, rasuah dan salahguna-kuasa.

Takkan tak sedar dizaman itu bila tiba-tiba di kampong-kampong yang kuat pembangkang, kad-kad pengenalan diambil untuk kononnya memperoseskan permohonan tanah atau untuk mendapatkan bantuan subsidi. Tanpa kad pengenalan sudah tentu tidak dapat mengundi.

Takkan tak sedar bahawa UMNO/BN kata undi itu tidak rahsia, dan sesiapa yang undi Pembangkang, anak-anak mereka takkan dapat biasiswa, mereka takkan dapat bantuan dan subsidi.

Takkan tak ingat bahawa UMNO/BN akan berikan kain batik, kain pelaikat, dan duit tunai untuk undi UMNO/BN, takkan tak ingat mereka kata bahawa kalau tak undi UMNO/BN, permohonan tanah tak akan diluluskan.
Read More / Baca Lagi >>

Macamana Nak Kekalkan Umno...????

Posted: 17 Dec 2011 09:21 PM PST


FB gua dah kena kacau... ntah anak lembu haramjadah mana punya kerja pun gua tak tau.... expert gua tengah mengodek tuuuu...., dapat tau sapa punya kerja gua akan hantar santau bagi komputer lembu tu berasap beb... hahahaha...Read More / Baca Lagi >>

Persamaan, perbezaan PRU-12 dan PRU-13

Posted: 17 Dec 2011 09:19 PM PST

Sekiranya imej PM sebagai kepala kerajaan diambil kira, ternyata imej Abdullah sebagai 'Mr Clean' jauh meninggalkan imej Najib yang terpalit dengan persepsi pelbagai skandal.
Adakah senario tsunami politik yang tercetus dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12 pada 2008 lalu akan sekali lagi melanda politik tanah air dalam PRU-13 yang dijangka diadakan tahun depan?
Mungkinkah kali ini 'swing' pengundi akan kembali kepada Barisan Nasional (BN), menghayun pembangkang yang pertama kali berjaya menafikan kelebihan majoriti dua pertiga BN di parlimen serta menawan empat buah negeri lain selain mempertahankan Kelantan dalam PRU-12 lalu?
Secara kasarnya, kita boleh melihat beberapa persamaan dan perbezaan corak yang boleh dianggap penyebab terbentuknya gelombang tsunami politik 2008 lalu dengan situasi pra pilihan raya yang ada pada hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Feeding on people’s fear

Posted: 17 Dec 2011 09:17 PM PST

The recent Umno general assembly proved one fact, which is that the party survives 'by fabricating lies and
Let me ask you this question. How does Umno sustain itself? You get the answer if you analyzed what just went on in the recent Umno general assembly.
Umno gets on by making Malays believe that they are being besieged, attacked, assaulted and victimized. That's how Umno can survive. How does it do that?
By fabricating lies and manufacturing stories. The Chinese are going to eat you up. The Chinese are going to Christianize you. They are going to wipe out the sultans, ban use of Bahasa Malaysia, and abolish Jawi and so forth.
You feed on people's irrational fear. You want to maintain stupid and mute people.
Read More / Baca Lagi >>

PM, DPM’s aides accused of taking kickbacks

Posted: 17 Dec 2011 09:16 PM PST

The two aides and a deputy minister were named in an anonymous blog claiming to have evidence of their involvement in corruption.
KUALA LUMPUR: Allegations of corruption against top government officials, including two aides linked to Prime Minister Najib Tun Razak and his deputy Muhyiddin Yassin, have surfaced in an anonymous blog.
Written by one "TheWhistleblower711", the blog claims to have evidence – in the form of documents and informants – to also implicate a deputy minister of improper conduct.
The blog has so far named three government officials whom the author claimed have been "bought" by one businessman for the purpose of obtaining contracts from the federal government and its agencies.
The author claimed that the businessman, whom he identified as a managing director of two companies and who is also an Umno leader in Johor, had been channellling several thousands of "monthly contributions" to the government officials.
Read More / Baca Lagi >>

Benarkah Anwar Boleh Dikorbankan?

Posted: 17 Dec 2011 09:14 PM PST

DALAM apa yang penulis anggap sebagai cubaan untuk menyediakan dan mengekalkan semangat penyokong Pakatan Rakyat dalam berhadapan kemungkinan Datuk Seri Anwar dipenjarakan semula atas kesalahan meliwat Saiful Bukhari, beberapa blog dan portal berita yang diketahui pro Pakatan Rakyat telah memberikan gambaran bahawa Anwar adalah seperti mana pemimpin biasa yang boleh dikorbankan tapi tidak kepada parti yang dipimpinnya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) khasnya dan Pakatan Rakyat amnya.
Penulis ingin bertanya semula, benarkah begitu ceritanya?
Mungkin bagi parti-parti politik lain seumpamanya di Malaysia, ungkapan sedemikian adalah terpakai, tapi tidak sama halnya dengan PKR, malah penulis menganggap orang yang bersangkaan sedemikian tidak faham dengan landskap politik yang membentuk PKR dari awal penubuhannya sehingga hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Perjuangan bersenjata pilihan strategik - Hamas

Posted: 17 Dec 2011 09:09 PM PST


ismael haniyehGAZA - Perdana Menteri Palestin, Ismael Haneyah menegaskan, Hamas tetap berpegang teguh kepada perjuangan bersenjata untuk membebaskan seluruh wilayah Palestin.

Ketika berucap dalam sambutan memperingati penubuhan Hamas di Gaza, Haneyah menegaskan bahawa Hamas telah bersedia dengan jalan peperangan.
"Hari ini kita katakan secara jelas dan terang bahawa peperangan dan perjuangan bersenjata merupakan pilihan strategik untuk membebaskan semua wilayah Palestin dari Laut Tengah hingga Sungai Jordan."
Haneyah menambah, Hamas lahir dari rahim bangsa Palestin yang 24 tahun lalu merupakan rangkaian panjang dari proses pendidikan, pemantauan dan dakwah di Madrasah Ikhwanul Muslimin Palestin dalam menghadapi cabaran yang ada.
Read More / Baca Lagi >>

Pena, Interlok dan politik pilihan raya

Posted: 17 Dec 2011 09:06 PM PST

Persatuan Penulis Nasional Malaysia, Pena, menyambut ulang tahun ke-50 dengan diringi berita penarikan semula novel Interlok sebagai sebuah teks sastera di sekolah.

Tentangan sesetengah pihak daripada kaum India terhadap penggunaan novel itu dalam pengajaran sastera di sekolah akhirnya berjaya ekoran pengumuman kerajaan baru-baru ini.

Masa pengumuman ini dibuat dikaitkan dengan Pilihan Raya Umum ke-13 dan usaha Barisan Nasional memenangi undi kaum India, yang memberi undi dalam jumlah yang besar kepada pembangkang dalam pilihan raya umum sebelum ini.Read More / Baca Lagi >>

Fobia Tun Mahathir

Posted: 17 Dec 2011 09:05 PM PST

"Assalamualaikum, Antara maklumat terbaru yang disampaikan oleh DSAI, Tun Mahathir adalah salah seorang yang mahukan beliau dipenjarakan semula sementara ketakutan terbaru yang diserlahkan oleh Tun Mahathir ialah laungan kesanggupan beliau untuk bersumpah di mana mana masjid dunia  untuk membuktikan beliau tidak pernah menulis surat memohon  bantuan bank dunia seperti didakwa oleh DSAI.

Nampaknya sumpah sudah menjadi mainan untuk melepaskan diri dari segala dakwaan dan tuduhan bagi penganut UMNO sedangkan ALLAH sudah memperingatkan agar jangan bermain main dengan sumpah.Sumpah juga menjadi hujah bagi penganut UMNO bahawa mereka adalah penganut Islam yang taat patuh sedangkan hudud mereka tolak serta hiburan yang melalaikan dan penuh unsur maksiat digalakkan di seluruh negara.Boleh percaya ke tidak orang orang macam ni? 

Read More / Baca Lagi >>

IMF: Tun Mahathir cuba alih isu

Posted: 17 Dec 2011 09:02 PM PST

KUALA LUMPUR, 18 Dis: Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dilihat berada dalam keadaan terdesak dan tertekan apabila tindakan beliau meminjam dari Bank Dunia sudah terbongkar walaupun selama ini beliau menafikannya.
Ketika dihubungi harakahdaily, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memberitahu Mahathir sekarang terkedu dan terdesak dan sedang cuba mencari alasan untuk mengalih pandangan rakyat dari isu beliau meminjam wang dari Bank Dunia pada tahun 1999.

"Rekod yang mengatakan beliau melakukan pinjaman juga telah didedahkan oleh laman web Bank Dunia dan sekarang Mahathir memikirkan cara terbaik untuk menutup pembohongan beliau iaitu memfitnah Anwar yang merupakan Menteri Kewangan krtika itu.
Read More / Baca Lagi >>

Kerja Bodoh - Minum Air Abu Al Quran

Posted: 17 Dec 2011 08:57 PM PST


Bangang Bangang Bangang


Perkasa menghina kaum India

Posted: 17 Dec 2011 08:56 PM PST

Perkasa menghina kaum IndiaPertubuhan Pembela Hak Orang Melayu (PERKASA) sekali lagi cuba ungkitkan isu berbau perkauman yang cukup sensitif. Ini adalah berhubung dengan keputusan Putrajaya menarik balik novel 'Interlok' sebagai teks sastera.
PERKASA cuba membela seorang penulis tetapi menghina keseluruhan kaum India di negara ini. Perkasa menghina kaum India sebagai gologan minoriti yang sudah besar kepala. Setiasausaha Agung PERKASA Syed Hassan Syed Ali menunjukkan rasa kesal dan kecewa terhadap kerajaan kerana menggugurkan novel kontroversial Interlok yang menghina kaum India.
Beliau berkata, kerajaan terlalu lemah dan gagal mempertahankan tekanan daripada golongan minoriti yang besar kepala. Beliau juga membuat kenyataan bahawa 'Ini sangat biadap. Kerana undi kaum India, maruah penulis Melayu terhina'.
Read More / Baca Lagi >>

Now, Zahid's 6 vessels cost RM9bil not RM6bil: Explain 50% jump, demands Tony

Posted: 17 Dec 2011 08:55 PM PST

Now, Zahid's 6 vessels cost RM9bil not RM6bil: Explain 50% jump, demands TonyOn February 5th this year, Defence Minister Dato' Seri Zahid Hamidi announced that the Government has approved RM6 billion for the Royal Malaysian Navy to acquire 6 second generation patrol vessels to be built by Boustead Naval Shipyards.
In defending the RM6 billion deal in parliament, the Minister had claimed that these patrol vessels were no ordinary ships but were advanced warships known as "littoral combatant ships" (LCS).
Datuk Seri Zahid had in March claimed that the LCS is "bigger and faster" and "it is also equipped with three-dimensional warfare equipment like cannons, missiles and torpedoes" which are able to take on jets, ships and submarines respectively.
He argued that "with the rapid development of technology, the RMN would need an LCS with state-of-the-art equipment like the sonar system for submarine detection and anti-submarine torpedoes, which would help in the operation of the two RMN submarines to safeguard the sovereignty of national maritime areas."
Read More / Baca Lagi >>

Philippines storm triggers deadly floods

Posted: 17 Dec 2011 08:46 PM PST

Persidangan Meja Bulat Pinda Auku

Posted: 17 Dec 2011 08:45 PM PST

Kesetiaan saya dengan PAS masih kukuh, kata Nasharudin Mat Isa

Posted: 17 Dec 2011 08:43 PM PST

KUALA LUMPUR, 18 Dis — Bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa yang dikaitkan dengan desas-desus akan digugurkan sebagai calon pilihan raya umum ke-13 dan kemungkinan keluar PAS menegaskan, beliau masih percaya dan setia dengan parti Islam itu.
"Kepercayaan dan kesetiaan saya kukuh terhadap PAS," kata beliau dalam temu bual dengan Berita Minggu disiarkan hari ini.
Menjawab soalan sama ada akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13, Ahli Palimen Bachok ini berkata, beliau masih belum membuat keputusan sama ada secara peribadi mahupun "diarah pimpinan parti."
Kata Nasharudin, beliau juga tidak memikirkan dengan serius hal tersebut sebab ada banyak perkara yang perlu dibereskan.
"Saya balik kawasan di Bachok dan uruskan masalah rakyat macam biasa. Saya akan tentukan bertanding atau tidak apabila tiba masa," katanya lagi.
Nasharudin (gambar) bersama Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali disebut-sebut akan digugurkan daripada mempertahankan kerusi masing-masing.
Read More / Baca Lagi >>

Sombong Bodoh : Nak Tampar Dan Ludah Muka Mahasiswa?

Posted: 17 Dec 2011 08:40 PM PST

Aspirasi, Ahli UMNO Kecewa Adam Adli ‘Gulingkan’ Datuk Seri Najib

Posted: 17 Dec 2011 07:28 PM PST


Kuala Lumpur, 18 Dis : Tindakan seorang aktivis mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli menurunkan bendera Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak ketika himpunan BEBAS di Putra World Trade Centre (PWTC) petang semalam (Sabtu) telah menjadi bualan rakyat 1Malaysia ketika ini.
Beliau yang juga aktivis kumpulan Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) UPSI diberitakan telah dikenalpasti sebagai individu yang bertanggungjawab menggantikan bendera yang mengibarkan wajah Perdana Menteri dengan bendera 'Academic Freedom' petang semalam.
Perkara itu disahkan beberapa portal media lain yang diberitakan hampir sepuluh wakil pelbagai agensi media nasional turun meninjau aksi himpunan gerakan menuntut kebebasan akademik yang dianjurkan BEBAS di Kuala Lumpur semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Tun Mahathir Nak Bersumpah Laknat!!

Posted: 17 Dec 2011 07:23 PM PST

"TDMSemua UMNO bersumpah. Tun nak bersumpah juga. Sumpah laknat. Sumpah dah jadi main-main dan permainan kini. Tun nak bersumpah di mana-mana masjid seluruh dunia yang Tun tak pernah menulis surat memohon bantuan Bank Dunia untuk mengatasi kemelut ekonomi dan kewangan negara sepanjang pemerintahan Tun. Tun ingin bersumpah Tun tak menulis surat, bukannya Tun nak bersumpah Tun tak pernah buat pinjaman.

Tun berkata begitu setelah Anwar berkata Tun pernah memohon pinjaman bank dunia. Tun minta Anwar tunjukkan surat sebagai bukti. Kata Anwar Tun tak cekap mentadbir dan terpaksa pinjam khususnya ketika krisis kewangan melanda seluruh dunia sekitar tahun 1980-an dan 1990-an semasa ceramah di Selangor.

Read More / Baca Lagi >>

Agenda kebajikan dorong kemenangan parti Islam

Posted: 17 Dec 2011 07:16 PM PST


Oleh: Mat Zain Mat Isa
Kebangkitan yang disebut sebagai Musim Bunga Arab (the Arab Spring) benar-bhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgMo7ycynIX1HtIVJ2dbH45dAttm9fHyQJ9PCWlr0X9-jRx_bvQ0vghkc5jUVdr7D8fQAlVqcVe0XnMXJlV4qIVNhinSz_n7fUeruFJTjrJ_m3QI2QbuBNxZNh0ZtYVw2pv8lBCnu0BwCU/s400/bendera+PAS.jpgenar telah menyaksikan proses perubahan politik di rantau berkenaan. Gelombang yang bermula di Tunisia pada 20 Februari lalu itu kemudiannya merebak ke Mesir dan selanjutnya sampai ke Yaman, Syria, Bahrain dan Libya.

Read More / Baca Lagi >>

Isyarat yang Ust Nasha takkan lompat masuk Umno

Posted: 17 Dec 2011 07:15 PM PST


Oleh Cenangau
Kalau tengok tulisan dan komen orang politik, nampaknya di pihak Pakatan Rakysat macam senada. Hampir semua orang macam nak sangat Ust Nasha dan dr. Hasan Ali masuk Umno. Macam dah jadi satu ratib baru mendoakan supaya Ust Nasha dan Dr. Hasan Ali berambus dari PAS.


Tapi aku tak rasa depa akan keluar dari PAS dan masuk United Malayan Nasional Organisation dan BN. Kalau depa ambil keputusan keluar dari PAS depa tak tentu lagi untung atau tak, tapi berbeza kalau dipecat, depa akan ada hujjah yang lebih kuat untuk memburukkan PAS dan dalam masa yang sama boleh tarik simpati.
Read More / Baca Lagi >>

BEREBUT MIC DEKAT KAROAKE - UST AZHAR IDRUS

Posted: 17 Dec 2011 06:50 PM PST

Elizabeth Wong: Debunking Economic Transformation Programme

Posted: 17 Dec 2011 06:50 PM PST