MIMPI SENJA |
- Fasha Sandha - Jejai (bekas suami Nora Danish) kahwin
- ARTIS : Akma AF3 pula bertudung ... Alhamdulillah
- Utusan kata Shahrizat beban kepada Umno, minta dia berundur ... Shahrizat sudah di penghujung
- PRU 13 selepas 9 Jan - DSAI jangka dia akan didapati bersalah
| Fasha Sandha - Jejai (bekas suami Nora Danish) kahwin Posted: 15 Dec 2011 04:39 PM PST Kalau sebelum ini angin sempoi-sempoi gosip bertiup membawa berita pasangan ideal Lisa Surihani dan Yusri bakal naik pelamin pada Februari 2012. Sekaligus di sebut-sebut akan jadi "Wedding Of The Year". Meskipun setakat ini masih tiada kenyatan rasmi dari mereka berdua. Hari ini pula dikhabarkan aktres seksi lagi kontroversi tanah air, Fasha Sandha akan menamatkan zaman bujangnya menjelang Mac 2012. Cerita heroin Cinta Elysa ni nak kahwin bukanlah sesuatu yang baru, sebab sebelum ni pun sudah ada ura-ura dia akan bergelar isteri kepada orang itulah, orang ini lah. Namun setiap kali di tanya, tuan empunya badan lebih suka untuk memilih tidak mengulas panjang. Kata Fasha bila tiba masanya nanti, dia sendiri akan mengumumkan hari bahagianya itu untuk dikongsi bersama peminat-peminat. Fasha juga dikatakan akan berkahwin dengan kekasih hatinya, Rizal Ashram aka Jejai. Hubungan yang on-off on-off akhirnya ke jinjang pelamin jua Fasha dan bekas suami pelakon Nora Danish ni ya... Lebih istimewa, majlis perkahwinan itu nanti akan berlangsung sekitar tarikh ulangtahun kelahiran Fasha iaitu pada 28 Mac 2012. - md |
| ARTIS : Akma AF3 pula bertudung ... Alhamdulillah Posted: 15 Dec 2011 04:01 AM PST PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon yang dicungkil daripada program Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Akma, 26, lebih selektif dan menjaga batas sejak bertudung pada 13 Syawal lalu. Menurutnya, atas sebab itu dia memilih untuk tidak beraksi keterlaluan semasa menyanyikan lagu dangdut berjudul Selamat Jalan Romeo yang dipertandingkan dalam Konsert Akhir Reunion Akademi Fantasia di AEON AU2, Setiawangsa baru-baru ini. Konsert tersebut akan disiarkan di Astro Ria (saluran 104) pada 31 Disember depan, pukul 10 malam. "Saya menerima pelawaan pihak Astro apabila diminta menyanyikan lagu tersebut kerana saya pernah mendendangkannya semasa konsert AF3 dahulu. "Pada mulanya saya ingatkan persembahan biasa tetapi sehari sebelum konsert reunion itu berlangsung, baru saya tahu ia adalah sebenarnya sebuah pertandingan. "Bagaimanapun, saya lakukan persembahan itu secara sederhana dan tidaklah beraksi keterlaluan. Cukuplah sekadar menghiburkan mereka yang hadir pada malam itu," kata Akma kepada mStar Online. Menyentuh tentang perubahan barunya itu, Akma pada mulanya mengenakan selendang tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk bertudung."Selain menjalankan kewajipan sebagai seorang Islam, saya juga lebih selesa berpakaian sebegitu kerana rasa lebih tenang. Alhamdulillah kerana Allah membuka hati saya untuk berubah ke arah kebaikan. "Saya juga bersyukur apabila mendapat peluang untuk berniaga dengan menghasilkan coklat dari rumah yang dinamakan "Cocolycious by Akma". Memandangkan sekarang sudah hujung tahun, saya mendapat banyak tempahan untuk majlis perkahwinan," katanya yang turut memberi tumpuan kepada persembahan pentas. Beralih kepada cinta, Akma akui belum menemui jodoh yang sesuai sebaliknya memohon agar semua peminat mendoakan kebahagiaannya - mStar AKU KATA : Yang sekoq tu awat ketegaq sangat ... walau pun dah jdi Hajjah |
| Utusan kata Shahrizat beban kepada Umno, minta dia berundur ... Shahrizat sudah di penghujung Posted: 15 Dec 2011 12:49 AM PST Akhbar Utusan Malaysia milik Umno, hari ini meminta pemimpin kontroversi dan sudah menjadi satu bebanan atau liabiliti supaya berundur secara sukarela dan tidak menunggu hingga diarahkan oleh presiden parti Datuk Seri Najib Abdul Razak. "Kepada para pemimpin yang merasakan dirinya terlalu kontroversi dan sudah menjadi satu bebanan atau liabiliti – sama ada – terbukti bersalah atau tidak, silalah berundur, juga secara sukarela. "Kita orang Melayu, berpegang kepada adat sopan dan tatasusila Melayu yang amat tinggi nilainya," tulis pengarang kanan akhbar itu, Datuk Zaini Hassan dalam kolum 'Cuit'. "Sebagai pemimpin yang bernaung di bawah seorang presiden parti, hormatilah dan percayalah beliau. Janganlah buat lagi kenyataan dalam akhbar; 'saya serahkan nasib kepada PM'. Meskipun Zaini tidak menamakan sebarang pemimpin, mesejnya dilihat menjadikan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, sebagai sasaran. Ini kerana Shahrizat terbabit dengan kontroversi yang menyelubungi projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan syarikat milik suaminya. Pada perhimpunan agung Umno dua minggu lalu, Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata beliau akan menyerahkan soal pencalonannya di tangan presiden parti dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak. Dalam ruangannya itu yang bertajuk 'PRU13: Menanti siapakah YB-YB sukarela mahu berundur...', Zaini melahirkan kekecewaannya kerana tidak ada wakil rakyat Umno yang mahu memberi laluan kepada muka-muka baru pada pilihan raya umum akan datang. "Sehingga kini tiada mana-mana YB yang sanggup menyahut seruan presiden mereka supaya berundur diri secara sukarela bagi memudahkan beliau membuat keputusan. "Masing-masing mengambil langkah tunggu dan lihat. Masing-masing merasa bimbang yang teramat sangat kedudukan mereka yang sudah berakar umbi itu akan terlucut atau tumbang dilanda taufan," tulisnya. Najib pada hari akhir perhimpunan itu berkata, sebagai orang Umno mereka perlu bersedia melakukan apa sahaja demi kepentingan parti termasuk berundur apabila tiba masanya. |
| PRU 13 selepas 9 Jan - DSAI jangka dia akan didapati bersalah Posted: 15 Dec 2011 12:22 AM PST KUALA LUMPUR 15 Dis. - Ketua Pembangkang Daituk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan beliau akan didapati bersalah atas pertuduhan liwat yang dikenakan ke atasnya. Ianya bukan disebabkan beliau mengiyakan perlakukan tersebut, akan tetapi ianya adalah Konspirasi jahat bagi menghalang beliau menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional. Ketua Umum PKR itu turut berikrar akan berjuang menumbangkan Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib waimah dipenjarakan atas pertuduhan tersebut. Anwar akan meneruskan penguatkuasaan kesatuan Pakatan untuk mengaplikasi perjuangan reformasi beliau walaupun pada ketika itu beliau menjangkakan akan dipenjarakan. Ahli Parlimen Permatang Pauh tersebut walaubagaimanapun tidak berminat untuk mempersoalkan tindakan bekas Pembantu beliau Saiful Bukhari, akan tetapi musykil dengan tarikh yang dipilih bagi membuat keputusan kes beliau itu. Anwar mendakwa tarikh 9 Januari tersebut merupakan akan disusuli dengan pembubaran Parlimen bagi membolehkan PRU13 diadakan. [VIDEO DISINI] |
| You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



KUALA LUMPUR, 15 Dis – Cuepacs hari ini mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan perdana menteri minggu depan.



KUALA LUMPUR, 16 Dis: Datuk Seri Anwar Ibrahim 'memusnahkan' Program Transformasi Ekonomi (ETP) Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi dengan memberikan amaran, lebih daripada 8.3 juta rakyat Malaysia akan tergolong sebagai miskin menjelang 2020 jika ETP berterusan.






Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) bersetuju dengan saranan Cuepacs yang mendesak kakitangan awam agar tidak menandatangani borang opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diedarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Cubaan penguatkuasaan SBPA kepada 1.2 juta kakitangan awam tanpa memberikan maklumat yang mencukupi adalah satu penganiayaan.
KUALA LUMPUR, 16 Dis — Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menafikan pihaknya ada agenda politik, sebaliknya menegaskan hanya mahukan penjelasan penuh kepada para peneroka mengenai pelan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.
KUALA LUMPUR, 16 Dis: Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar (gambar) menafikan dakwaan satu video klip bahawa beliau ada kaitan dengan video klip hina hukum hudud.
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR berasa sedih dan kesal di atas tindakan Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah menganiayai dan menzalimi seramai lebih kurang 8,000 tenaga Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) dengan penukaran kontrak perkhidmatan baru mereka yang cukup membebankan.
dal besar dapat diselesaikan dalam masa yang singkat. Upah sahaja agen 007 itu, dan kita tidak perlu membuang banyak masa, tenaga dan RM untuk menyelesaikan satu-satu kes.
ik diantara PAS dan Umno tidak pernah berhenti.