Isnin, 7 November 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Nabila Huda berbikini di Pulau Tiomam

Posted: 07 Nov 2011 07:58 PM PST

Seorang peminat secara tidak sengaja telah memuatnaik sekeping foto yang memaparkan pelakon berkenaan dalam persalinan bikini. Menurut blog hiburan OhBulan!, foto tersebut dipercayai dirakamkan oleh peminat berkenaan apabila dia terserempak dengan Nabila Huda ketika percutiannya di Pulau Tioman sekitar pertengahan Oktober lalu.

Bagaimanapun, foto berkenaan yang sepatutnya menjadi simpanan peribadi itu telah disebarkan di laman sosial dan kini ia menjadi perbualan hangat di kalangan peminat industri hiburan yang mengenali Nabila Huda.

Walaupun Nabila Huda menggunakan kain skaf untuk melindungi bahagian terdedah, namun ia masih belum mampu menutup kritikan-kritikan pedas daripada orang ramai.

Beberapa hari lalu, aktres berumur 27 tahun ini telah dilemparkan dengan kontroversi hangat dimana 2 keping foto aksi liar yang disyaki melibatkan namanya dipaparkan dalam sebuah rancangan hiburan televisyen. Sehingga hari ini, Nabila Huda tidak mengeluarkan sebarang kenyataan balas berkenaan isu tersebut.- malaysiadigest

Najib Ro$mah tak selesaikan ibadah Haji

Posted: 07 Nov 2011 07:47 PM PST

KUALA LUMPUR 8 Nov: Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya melahirkan rasa terkejut bahawa perdana menteri, isterinya dan beberapa kenamaan lain selesai menyempurnakan ibadah haji.

Malaysiakini melaporkan Dr Juanda sebagai berkata, paling awal jemaah haji menamatkan ibadat mereka pada waktu Zohor hari ini, itupun sekiranya melakukan nafar awal iaitu selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.

"Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 November. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah.

"Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain," kata mufti itu dalam satu kenyataan.

Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.

Laporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai."

Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir.

Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru.

"Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja.

"Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam," katanya lagi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=22678

Doktor peribadi Micheal Jackson didapati bersalah sebabkan kematian

Posted: 07 Nov 2011 06:43 PM PST

Doktor peribadi kepada Michael Jackson, Conrad Murray didapati bersalah hari ini kerana menyebabkan kematian raja pop itu pada Jun 2009 lalu.

Sebaik mahkamah memberikan keputusan juri itu, sanak saudara dan kenalan Michael kedengaran bersorak gembira. Sesetengah mereka kelihatan menangis di luar mahkamah.

Keputusan itu diumumkan selepas mahkamah bersidang selama enam minggu.

Keluarga Michael yang diketuai ibunya, Katherine dan ayahnya Joe turut berada di dalam mahkamah untuk mendengar penghakiman berkenaan dengan anggota media dan peminat Michael berkumpul di luar.

Murray berdepan penjara empat tahun dan beliau juga bakal menghadapi penggantungan daripada menjalankan khidmat perubatan.

Doktor itu didapati bersalah kerana memberi ubat propofol berlebihan dalam usahanya membantu raja pop itu tidur di kediaman penyanyi itu di Los Angeles selepas berlatih untuk konsert baru di London.

Perbicaraan di Mahkamah Tinggi Los Angeles yang bermula pada 27 September lalu, menyaksikan seramai 49 saksi - 33 saksi untuk pendakwaan manakala 16 saksi pembelaan memberikan keterangan masing-masing. - malaysiakini

Dr Juanda Mufti Perlis minta MCCBCHST usah campuri urusan agama lain

Posted: 07 Nov 2011 07:16 AM PST

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya kecewa dgn tindakan Majlis Perundingan bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) yang mengeluarkan pandangan rasmi mengarahkan umat Islam supaya tidak meneruskan amalan korban secara terbuka.

"Ini jelas mengarahkan urusan ritual agama lain. Lebih baik jangan campur, dan kalau ada terkilan sedikit sebanyak, lebih baik selesai secara tertutup, jika rasa terganggu.

"Malaysia sudah merdeka begitu lama dan kita dah hidup rukun damai cukup lama, jadi jangan kecohkan hal macam ini," katanya dalam kenyataan ringkas kepada Malaysiakini.

MCCBCHST pada Jumaat lalu melalui satu kenyataan media menggesa supaya amalan menyembelih lembu-lembu tidak diteruskan di perkarangan sekolah dan tempat-tempat awam.

Menurut MCCBCHST, pihaknya kurang senang apabila aktiviti seperti itu dijalankan di hadapan penduduk pelajar yang berbilang kaum dan budaya, kerana ia tidak mengambil kira sensitiviti kanak-kanak sekolah dan masyarakat majmuk Malaysia.

"Kami merayu pihak berkenaan supaya menghormati sensitiviti masyarakat kita yang berbilang agama dan memohon mereka untuk menghentikan upacara pengorbanan daripada dijalankan di sekolah-sekolah, institusi-institusi pengajian tinggi dan tempat-tempat awam lain.

"Kami berpendirian bahawa tempat-tempat awam, terutamanya sekolah-sekolah, bukan tempat yang tepat untuk melaksanakan upacara ini yang hanya berkaitan dengan masyarakat Islam.

"Ini tidak memberi teladan yang baik untuk kita menggalakkan keharmonian dan keamanan di kalangan rakyat majmuk negara ini," kata kenyataan MCCBCHST itu lagi.

Tindakan ekstrim

Bagi Dr Juanda, beliau bimbang tindakan sebegini akan dibalas dengan tindakan ekstrim daripada pihak yang satu lagi.

"Sebagai sebuah kesatuan yang ada intelektualnya, sewajarnya mereka lebih bijak, bukannya meniupkan semangat eksterim dan mahu campurtangan urusan ibadat agama lain.

"Sudah cukuplah bilangan kumpulan ekstrim di Malaysia, jadi jangan hendak ditambah lagi," katanya.

Semalam, Sekretariat Persefahaman dan Kerjasama Gerakan Dakwah (SPKGD) yang dianggotai oleh tiga badan bukan kerajaan (NGO) Islam iaitu Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Ulama Malaysia (PUM) meminta semua pihak menghargai sifat toleransi umat Islam.

Dalam satu kenyataan bersama, SPKGD berharap tidak ada pihak yang cuba mencampuri urusan agama lain.

"Pihak Majlis Perundingan bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) seharusnya menghargai sifat toleransi penganut agama Islam yang tidak masuk campur hal ehwal agama lain.

"Pihak MCCBCHST juga perlu memberikan kerjasama seperti mana umat Islam bekerjasama terhadap penganut agama Hindu bagi merayakan Thaipusam, masyarakat Cina merayakan pesta
tanglung, penganut Taoisme merayakan pesta hantu lapar dan seumpamanya," kata mereka.

Ibadah korban adalah sunat mu'akkadah bagi umat Islam dan di Malaysia, lembu sering-kali disembelih. Namun bagi penganut Hindu lembu dianggap sebagai binatang suci dan penyembelihan di tempat awam dikatakan tidak sesuai - Malaysiakini

Anwar tetap PM andai Pakatan tawan Putrajaya : Guan Eng

Posted: 07 Nov 2011 03:20 AM PST

KUALA LUMPUR, 7 Nov ― Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap akan menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya meskipun Ketua Pembangkang itu disabitkan kesalahan dalam kes liwat semasa.

Lim mengulas laporan media bahawa Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mempersoalkan siapa yang akan menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat memerintah kerajaan pusat kelak.

"Kami telah pun mengatakan banyak kali. Anwar (gambar) akan menjadi perdana menteri," kata Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

"Kami telah pun mengatakan siapa yang akan menjadi perdana menteri apabila Pakatan Rakyat menang (kerajaan pusat). Jadi, ia sangat jelas," kata Lim dalam rakaman sidang media yang diadakan di George Town hari ini.

Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, sedang berhadapan kes liwat ― yang kedua sejak 1998 dan kini berada peringkat penghujahan selepas pihak pembela selesai membentangkan kes mereka.

Dalam satu temu bual baru-baru ini, Anwar berkata, berdasarkan sokongan ketika perhimpunan Bersih 2.0 Julai lalu pihaknya akan memperoleh kejayaan lebih baik dan berpeluang memenangi Putrajaya meskipun beliau disabitkan kesalahan.

"Beliau (Anwar) akan berada di sana (menjadi perdana menteri) meskipun pergi ke penjara. Orangnya masih Anwar. Yang itu telah diputuskan oleh kesemua parti," kata Lim.

Dalam pada itu, Lim menegaskan bahawa undang-undang kontroversi hudud tidak akan dilaksanakan di Pulau Pinang.

"Tidak akan ada hudud. Jadi persoalan itu tidak timbul," kata beliau merujuk laporan media memetik Dr Chua menyerang Pakatan Rakyat berhubung soal pelaksanaan undang-undang hudud.

"Saya sudah pun berkata di Dewan Undangan Negeri bahawa hukum hudud tidak akan dilaksanakan di Pulau pinang dan kemudian Umno menyerang PAS (bertanya) mengapa tiada hudud, seolah-olah Umno mahukan hudud," kata beliau.

PAS, komponen Pakatan Rakyat, berulang kali mempersalahkan kerajaan persekutuan Barisan Nasional sebagai halangan kepada langkah pihaknya mahu melaksanakan hudud di Kelantan. - TMI

"Sisters in Islam" Dah Murtad?

Posted: 07 Nov 2011 02:55 AM PST

Monday, November 7, 2011

Sejarah "Sisters in ISlam" membuktikan kepada kita mereka menyokong segala yang Islam larang dan tentang.

Dari ingatan Tulang Besi sahaja, "Sisters in Islam" telah:

1.0 Menentang perlaksanaan hukum hudud di Terengganu sekaligus membantu usaha UMNO melemahkan PAS

1.1 Menggunakan taktik kotor dan menyebarkan interpretasi bohong terhadap hukum hudud
1.2 Membawa ajaran2 baru dan ganjil berkaitan hukum hudud
1.3 Menakutkan wanita2 seluruh dunia berkaitan hukum Allah SWT
1.4 Menyebarkan fitnah2 terhadap perlaksanaan hukum Allah SWT
1.5 Menolak hukum rejam, sebat dan bunuh bagi orang murtad

2.0 Mengubah ajaran Islam yakni membenarkan orang perempuan jadi imam solat kepada lelaki
3.0 Menyokong amalan homosexual dan sodomi sedangkan jelas perkara tersebut diharamkan Allah SWT
4.0 Mahu mengubah hukum Faraid dalam ISlam mengikut nafsu dan citarasa mereka.
5.0 Menolak kewajiban menutup aurat ke atas wanita2 Islam
6.0 Menyokong penggunaan nama bapa ke atas anak2 di luar nikah sedangkan Islam mengajar yang lain.
7.0 Menolak keharaman murtad di dalam Islam atas alasan2 bodoh dan tidak berasas
8.0 Menolak perlaksanaan Akta Syariah Wilayah Persekutuan hanya semata-mata pentafsiran cetek mereka semata-mata
9.0 Menjadi musuh asasi kepada PAS dengan memberikan kenyataan2 jahil dan jauh menyimpang dari Islam

Yang hairannya, ramai bekas2 anak Perdana Menteri menjadi penyokong tegar mereka i.e. Nuri Abdullah, Marina Mahathir dsbnya.

Yang hairan lagi, harian2 utama jadikan mereka sebagai rujukan di dalam apa-apa isu berkaitan agama. Padahal, ahli2 "Sisters in Islam" ini jahil murakkan dalam hal ehwal agama Islam. UMNO juga senyap sunyi di atas aktiviti serta tindakan mereka ini. UMNO tidak pernah mengambil apa-apa tindakan ke atas mereka.

WAJIB DAKWA SISTERS IN ISLAM DI MAHKAMAH SYARIAH ATAS TUDUHAN MURTAD

Tulang Besi mencadangkan supaya laporan dibuat ke atas SISTERS in ISLAM ini dengan tuduhan murtad di Mahkamah Syariah.

Jelas, "SISTERS IN ISLAM" cuma menyalah guna nama Islam untuk mempromosi ajaran2 liberalisma Barat yang jijik lagi dibenci Allah SWT.

Sudah tiba masanya orang2 ini dihukum dan dihalang menyalahgunakan nama Islam lagi - Tulang Besi

HiBURAN : :Mizz Nina 'lebih hangat' dari Siti Nurhaliza

Posted: 07 Nov 2011 12:46 AM PST



Di kalangan penyanyi tempatan, Mizz Nina merupakan salah seorang penyanyi yang sering menjadi pilihan ramai artis dari luar negara dalam kebanyakan konsert yang mereka adakan di sini sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Sebagai contohnya, pada April lalu, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman telah diundang sebagai artis pembuka tirai konsert Justin Bieber dan Bruno Mars yang pertama kalinya diadakan di Kuala Lumpur.

Pada Julai tahun lalu, penyanyi berusia 31 tahun ini juga pernah memeriahkan konsert penyanyi R&B terkenal dari Amerika Syarikat (AS), Usher di mana dia turut menjadi pilihan pihak penganjur sebagai artis undangan pada konsert tersebut.

Tidak berhenti setakat itu, pada 1 Disember ini, Mizz Nina sekali lagi menjadi pilihan penyanyi pop, R&B dan tekno dari AS iaitu Pitbull yang menjemputnya sebagai artis jemputan pada konsert pertamanya di negara ini.

Sewaktu diajukan pertanyaan tentang kecenderungan artis-artis Barat memilihnya sebagai penyanyi undangan mereka, isteri kepada penyanyi kumpulan Hujan, Noh ini tidak menafikan dia menyedari hakikat itu.

Malah, Mizz Nina juga tidak berasa kecil hati atau melatah apabila secara tidak langsung, dia turut dilabelkan sebagai hanya bertaraf artis pembuka tirai dalam konsert artis-artis popular dari Barat di negara ini dari dulu sehingga kini.

"Saya tidak kisah apa orang hendak kata tentang perkara itu. Ini kerana, bagi saya yang penting ialah kepercayaan artis terbabit dan pihak penganjur kepada saya walaupun hanya sebagai artis undangan.

"Bagi saya, itu adalah suatu penghargaan buat saya," katanya sewaktu ditemui selepas sidang akhbar mengumumankannya sebagai artis pembuka tirai konsert Pitbull di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pada konsert Pitbull yang akan diadakan di Surf Beach, Sunway Lagoon, Petaling Jaya, Selangor nanti, Mizz Nina akan menyanyikan tiga buah lagu antaranya berjudul What You Waiting For. - KLpos

‘Abangku setan’

Posted: 07 Nov 2011 12:06 AM PST

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
KUALA LUMPUR: Abang setan. Itu gelaran kepada seorang pemuda berusia 20-an yang mencabul adik perempuannya berusia 17 tahun dan memukul mangsa serta ibunya dengan papan menggosok pakaian apabila kejadian itu diceritakan kepada ibunya.

Kejadian berlaku di sebuah kawasan perumahan di Sungai Besi, di sini, pada jam 8.30 pagi kelmarin ketika mangsa yang juga pelajar tingkatan lima berada di biliknya berseorangan manakala ibu dan kakaknya tiada di rumah.

Sumber berkata, suspek masuk ke dalam bilik dan menolak mangsa ke atas katil sebelum mencabulnya.

"Mangsa merayu serta cuba melawan, tetapi suspek bertindak lebih ganas apabila cuba merogolnya, namun ketika bergelut, mangsa dan suspek terjatuh daripada katil dan berlaku pertengkaran.

"Sebelum meninggalkan adiknya, suspek memberi amaran supaya mangsa tidak memaklumkan kejadian ibu mereka," katanya.

Menurutnya, mangsa mengadu kepada ibunya dan dihantar ke rumah kakaknya buat sementara.

"Bagaimanapun, apabila mangsa pulang ke rumah pada sebelah malam dia terkejut melihat biliknya bersepah dan pakaiannya dibuang suspek yang tidak puas hati kerana mangsa memberitahu kejadian itu kepada ibu mereka.

"Suspek bertindak lebih ganas dengan memukul mangsa dan ibunya dengan papan menggosok pakaian menyebabkan mereka cedera di kaki dan badan," katanya. -myMetro

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


31 Oktober 2011 - Usia Perkhidmatan Tentera & Pencen - Kem. Pertahanan -...

Posted: 07 Nov 2011 08:57 PM PST

31 Okt 2011 - Projek Lembu Fidlot Kedah - Kem. P&AT - MP PR

Posted: 07 Nov 2011 08:57 PM PST

31 Oktober 2011 - Insantif Pertanian - Kem. P&AT - MP PKR Kuala Kedah

Posted: 07 Nov 2011 08:56 PM PST

31 Oktober 2011 - Bekalan Benih Padi Sah - Kem. P&AT - MP PKR Kuala Kedah

Posted: 07 Nov 2011 08:56 PM PST

31 Oktober 2011 - Penggulungan Dasar - Kem. Miti - Part 2 - MP PR

Posted: 07 Nov 2011 08:55 PM PST

31 Oktober 2011 - Isu Lynas - Kem. Miti - MP PKR Kuantan

Posted: 07 Nov 2011 08:55 PM PST

31 Oktober 2011 - Sumber Kewangan - Kem.Pelancongan - MP PKR Indera Mahkota

Posted: 07 Nov 2011 08:54 PM PST

31 Oktober 2011 - Jambatan Kerata Api Tanah Merah - Kem.Pelancongan - MP...

Posted: 07 Nov 2011 08:54 PM PST

31 Oktober 2011 - Kebersihan - Kem. Pelancongan - MP PKR Sungai Petani

Posted: 07 Nov 2011 08:53 PM PST

31 Oktober 2011 - Binatang Liar - KSA&AS - MP PKR SP & Batu

Posted: 07 Nov 2011 08:52 PM PST

31 Oktober 2011 - Usul 18(1) - Isu YB Rembau - MP DAP Bukit Gelugor

Posted: 07 Nov 2011 08:52 PM PST

31 Oktober 2011 - Sesi Soalan - Hubungan Kerajaan - Komunis - MP PAS Pok...

Posted: 07 Nov 2011 08:51 PM PST

31 Oktober 2011 - Sesi Soalan - Prestasi GLC - MP PAS Kuala Selangor

Posted: 07 Nov 2011 08:51 PM PST

31 Oktober 2011 - Soalan Tambahan - Rapid KL - MP PKR Indera Mahkota

Posted: 07 Nov 2011 08:50 PM PST

31 Oktober 2011 - Sesi Soalan - Kenaikkan Pangkat Pegawai JPJ - MP PKR K...

Posted: 07 Nov 2011 08:50 PM PST

PPSMI: Krisis legitimasi dan normatif

Posted: 07 Nov 2011 08:48 PM PST

Aqil Fithri

8 NOV — PPSMI adalah bahagian dari konflik sosial. Justeru, dalam berbicara tentang konflik sosial, itu akan melibatkan dua aspek penting: teori sosial, dan teori normatif; antara realiti dan telos, antara fenomena dan noumena, antara praktis dan teori.
Justeru, di sini saya ingin menunjukkan bahawa dalam isu PPSMI ini, kedua ranah ini tidaklah memihak kepada kalangan yang mendukung PPSMI. Maknanya, untuk "apa yang ada" (das sein) itu ada masalah legitimasi, sementara untuk "apa yang seharusnya" (das sollen) itu ada masalah normativiti.
Begini. Kita mulakan dengan persoalan legitimasi dulu.
PPSMI, dilaksanakan pada tahun 2003, dengan tergesa-gesa, tanpa kajian, tanpa percubaan, dan melibatkan jumlah bukan-main, ura-ura lebih RM12 billion. Dengan semua ketergesaan ini, PPSMI dilaksanakan, dan akhirnya menimbulkan pelbagai bantahan keras, dan berpanjangan. Permulaannya, berlaku perdebatan yang melibatkan kalangan intelektual, ahli pendidikan, ahli sains dll. Namun, di kalangan PPSMI, intelektual yang paling kental tidak lain adalah Dr Mahathir Mohamad. Ini tokohnya. Mahathirisme adalah sumber pemikiran bagi kalangan PPSMI.
Read More / Baca Lagi >>

Election hopefuls to be screened by MACC?

Posted: 07 Nov 2011 08:40 PM PST

Election hopefuls to be screened by MACC?Potential candidates for the 13th general election are expected to come under the microscope of several enforcement agencies including the Malaysian Anti-Corruption Commission.
Names of those being investigated by MACC or who could be the subject of an investigation would be classified under a list that would be sent to the leaders of their respective political parties, a source said yesterday.
"It will then be up to the leaders to decide whether the person should be fielded as a candidate," the source added.
It is understood that a different vetting process would also be carried out by the police and the Insolvency Department that could lead to a potential candidate having to sit out the elections.
Read More / Baca Lagi >>

Kes pemerasan: Tujuh anggota polis Johor ditahan..samseng berlesen nie..!!!

Posted: 07 Nov 2011 08:38 PM PST

Tujuh anggota polis ditahan selepas disyaki terlibat dalam satu kes pemerasan di Johor Baharu dua hari lalu.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata semua mereka ditahan pada jam 3 pagi di kawasan Plentong di Johor Baharu oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Utara yang diketuai ASP Tan Yang Siong selepas bertindak dari satu aduan.

"Mereka terdiri daripada anggota sekatan jalan raya yang beroperasi di lokasi sekatan jalan di kawasan pentadbiran Balai Polis Plentong," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Mokhtar berkata semua anggota polis berumur 20 hingga 35 tahun itu kini direman semalam empat hari.

- Bernama

DAP: Kos hidup boleh dikurang tanpa sesen pun

Posted: 07 Nov 2011 08:36 PM PST

Di sebalik peningkatan program subsidi negara bagi membantu rakyat membendung kenaikan kos sara hidup yang terus meningkat, masalah itu sebenarnya boleh ditangani tanpa perlu membelanjakan sesen pun, kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua.
Read More / Baca Lagi >>

111 ahli Umno sertai PAS sempena Idul Adha

Posted: 07 Nov 2011 08:35 PM PST

KEPALA BATAS, 8 Nov: Seramai 111 orang penyokong setia dan ahli Umno di sekitar Dewan Undangan Negeri (Dun) Penaga menyertai PAS sempena Idul Adha tahun ini.
Kemasukan mereka ke dalam PAS juga sekaligus memberikan tamparan hangat kepada Adun Penaga, Datuk Azhar Ibrahim yang sering mencetuskan kontroversi berhubung kemasukan ahli PAS ke dalam Umno di pejabatnya beberapa bulan lalu.
Sedangkan yang menyertai Umno bukannya ahli PAS tetapi mereka ditipu apabila diajak ke satu majlis dan bergambar dengan pemimpin Umno kononnya kecewa dengan PAS kerana tidak membantu ahli.
Read More / Baca Lagi >>

Bisu mengenai hubungan dagang Malaysia – Israel : SAMM akan bentang bukti depan pengundi Jeli

Posted: 07 Nov 2011 08:32 PM PST


Siaran Umum
Seketeriat SAMM Kebangsaan
8 Nov 2011
Profesor Dr. Syeikh Yusuf Al-Qardhawi dalam khutbah Jumaat bertarikh 12 April 2002 seperti disiarkan di dalam fatwa, hakam dan…'muhadaroh' telah menyeru umat Islam dan negara Islam untuk memboikot semua produk dan membatalkan hubungan dagangan dengan Israel. Beliau menegaskan bahawa perbuatan mengadakan hubungan dagangan dengan Israel adalah tergolong dalam dosa-dosa besar dan kerajaan adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar tersebut.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) secara konsisten sejak dua tahun kebelakangan membangkitkan isu hubungan dagang Malaysia – Israel. Isu ini telah diangkat oleh YB Er Teck Hwa (ahli Parlimen Bakri) sebagai soalan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam ucapan perbahasannya pada 17 Oktober 2011 yang lalu.
Namun pada 31 Oktober 2011, Menteri Dato' Mustafa Mohamad telah bangun ke di Parlimen untuk menjawab soalan mengenai kementerian yang diwakilinya telah tidak menjawab soalan hubungan dagang dengan Israel. Ahli Parlimen Bakri walaubagaimanapun telah bangun beberapa kali mencelah meminta penjelasan mengenai hubungan Malaysia dan Israel. Mustafa terus membisu dan tidak tahan dengan asakan Mustafa diselamatkan oleh Yang Di Pertua Dewan dengan mengarahkan ahli Parlimen Bakri keluar. Di rekodkan ahli parlimen bakri telah diusir keluar secara fizikal oleh Bentara dewan kerana memohon penjelasan mengenai hubungan dagang Malaysia – Israel.
Read More / Baca Lagi >>

Hubungan Perniagaan Malaysia dan Israel....siapa kini jadi pengkianat Islam dan negara...!!!!

Posted: 07 Nov 2011 08:27 PM PST

Fakta Hubungan Perniagaan Malaysia dan Israel
Read More / Baca Lagi >>

Aziz Bari: Kebimbangan sektor awam terhakis jika Pakatan perintah tak masuk akal

Posted: 07 Nov 2011 07:54 PM PST

KUALA LUMPUR, 8 Nov — Sambil menegaskan perkhidmatan kerajaan dilindungi sepenuhnya oleh Perlembagaan Persekutuan, pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, satu suruhanjaya diraja perlu ditubuhkan untuk mengkaji kedudukan sektor awam dan mengemukakan syor-syor bagi tujuan penambahbaikan. Sehubungan itu kata beliau, tiada mana-mana pihak termasuk kaum Melayu harus bimbang dengan tanggapan sesetengah pihak bahawa kedudukan perkhidmatan awam akan terganggu gugat.
"Anggota perkhidmatan awam tidak boleh disingkirkan begitu sahaja. Begitu juga dalam soal kenaikan pangkat," kata beliau dalam satu kenyataan.
Aziz (gambar) berkata kemungkinan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua telah tersilap dalam memberikan pandangannya dan digunakan oleh media pro-Umno seperti untuk menjadikannya sebagai satu isu, tetapi wakil rakyat itu ada mencetuskan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.
Read More / Baca Lagi >>

MP PAS Pokok Sena: Siasat Peguam Negara .. Pelapor tidak dipanggil

Posted: 07 Nov 2011 07:48 PM PST

MP PAS Pendang: Bahas isu pendaftaran Pemilih

Posted: 07 Nov 2011 07:48 PM PST

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


KuLi Keluar Umno Esok??

Posted: 07 Nov 2011 02:01 AM PST

Finally Ku Li?

Is Ku Li preparing to jump ship?

Will Ku Li, the Kelantan Umno veteran, be calling for a press conference tomorrow (Tuesday Nov 8) to announce his decision and that of a few other fellow Amanah leaders to join Pakatan Rakyat?

This is the latest, if not the hottest, rumour in town.

Tengku Razaleigh Hamzah: the one time Umno strongman and longest serving Gua Musang Umno division chairman, former Finance Minister and recently minted Amanah (an NGO) leader somehow appears to be struggling to get into the ring, again… or so they say.

The talk of Tengku Razaleigh, who once lost in the bid to be Umno president, trying to stage a grand political comeback has been the talk of town for quite sometime now.

The 74 year-old Kelantan prince, better known as Ku Li, was seen to be preparing to part ways with Umno since before he formed Amanah the NGO sometime last year.

But talk of Ku Li being courted by a certain political party in Kelantan resurfaced earlier this year and that snowballed into allegations that Ku Li has had a few secret talks with Opposition leaders, including

Ku Li, it was said, was ready to jump out of Umno and Barisan Nasional provided he was allowed to lead the Opposition pact of DAP, PAS and PKR.

When talk of Ku Li's secret meeting surfaced, there were lots of flip-flop statements from the Opposition leaders. Nik Aziz was just fuming and condemned those who raised the issue without any clear denial that Pas was also interested in Ku Li.

Anwar Ibrahim, the current Opposition leader without an elected party position whom Ku Li was 'supposed' to replace, didn't say much to confirm or deny that there were backdoor moves to remove him. Anwar just said he 'was not in the know of such meetings'.

Ku Li - THE Replacement Leader?

Could Tengku Razaleigh Hamzah @ Ku Li be the REPLACEMENT leader of Pakatan Rakyat when Anwar Ibrahim becomes a liability (if he is not already one for PAS & DAP) and/or lands in jail for sodomising Saiful or for his part in the SEX Video scandal.

But talk of Ku Li being courted as the 'replacement leader' got louder after he was featured in the Opposition-toned Undilah video.

In this controversial video (below), Ku Li says 'She has many problems' referring to this nation.

We wait for tomorrow.

If tomorrow never comes... Ku Li shall remain a respected Umno veteran and an 'Undilah' actor.