Rabu, 19 Oktober 2011

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Blogger "Ruang Bicara Pria Malaya" sokong HIMPUN...

Posted: 19 Oct 2011 12:19 AM PDT



Sebagaimana menyokong BERSIH, Blogger Ruang Bicara Pria Malaya juga menyatakan sokongan pada HIMPUN...

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


Gambar : Bukti Zul Kulim amat berpengaruh di Kulim

Posted: 19 Oct 2011 08:00 PM PDT

Oleh Anak Sg Derhaka

Sebelum korang tengok gambar ribuan hadir dalam ceramah Zul Kilm diakhir entry.. baca dulu mesej ini..

Mesej dari abangg Mat, Kelang Lama ,Kulim Kedah.

Sebelum hang nak cabar prof Aziz Bari ..Aku cabar hang buat 'rumah terbuka' pada A'idil Adha nanti.

Apa macam malaun …. ,lagi pun tak lama dah kita akan sambut hari kemerdekaan seluruh umat islam sedunia.

Aku duk tunggu jugak sejak 2008 kot kot hang nak buat rumah terbukak sempena a'dil fitri yang barakah..Tak Dak Jugak!..Hang dah balun berbelas ribu sebulan ,apa cerita baruah UmporNo oiii? nak buat jamuan Teh 'O' dan dua tiga biji kuih raya tak boleh ka?

Bukan main sedap hang laa ni jadi DJ UMporNO konon hero islam nak menentang puak gereja macam brahim geli…piii laaaah mampoih…Kami dibawah punya susah payah nak bagi PKR menang di Parlimen Kulim/Bandar Baru..tup tup hang senang lenang jual agama masuk kedalam tong taik UMporNO..

Hang kena sedar laa sikit kami orang kampong tak akan HALALkan elaun hang duk makan tiap tiap bulan tu..Penipu melayu dan islam macam hang mana ada maruah..mentekedarah hasil keringat kerja buat orang kampong!

Lihatlah ribuan?? hadir mendengar pidato Zul Kulim..




Sumber gambar : Na'im Nikmat

RAJA BOLEH DIKRITIK - SAMM SEPENDAPAT DENGAN PROF DR AZIZ BARI

Posted: 19 Oct 2011 11:30 AM PDT


Kenyataan Terbuka
19 okt 2011

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menyatakan sokongan terhadap kenyataan Profesor Aziz Bari yang menyatakan bahawa titah monarki boleh dikritik dan diperdebatkan. SAMM menyifatkan tindakan penguasa regim mengambil tindakan hanya kerana komen tersebut dilihat hipokrit, ugutan dangkal dan tindakan terkebelakang.

Dalam dunia yang terbuka ini semua perkara harus dihujahkan dengan matang. Ini bukan zaman rakyat khususnya anak muda menerima apa sahaja yag disuap dari pihak atasan. Zaman ini setiap hujah itu pasti akan dibahas dan dikritik jika perlu. Begitu jugalah institusi monarki bukan sahaja di negara ini tetapi terdapat di seluruh dunia.

Institusi monarki ini harus segera menyesuaikan diri termasuklah berevolusi sesuai dengan peredaran zaman. Mahu atau tidak ia sesuatu yang wajib demi kelansungan untuk institusi beraja. SAMM merafak sembah menghormati titah kerabat monarki di Negeri Sembilan, Tunku Zain Al 'Abidin Tuanku Muhriz yang menitahkan bahawa titah diraja boleh dibincangkan oleh ahli akademik dan media, selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan yang sebenar.

Menunjukkan dengan jelas betapa dalam dunia terbuka ini institusi monarki harus bersedia untuk titah mereka diperdebatkan dan dikritik masyarakat. Dalam memperkatakan perkara ini, mana - mana pihak pun pasti akan merujuk peristiwa krisis antara istana dan kerajaan di bawah bekas Perdana Menteri Dr.Mahathir.

Namun bagi SAMM kami dengan jelas menyokong tindakan Dr Mahathir meminda perlembagaan negara membawa institusi monarki dalam realiti masyarakat kini. Namun apa yang kami tidak setuju ialah cara bagaimana Dr Mahathir memalukan dan menghina institusi monarki dengan memberikan persepsi hina kepada institusi monarki demi meraih sokongan rakyat terhadap usaha pindaan perlembagaannya.

Merujuk peristiwa kedua pula di mana Menteri Besar pilihan Barisan Nasional, Idris Jusoh telah ditolak dari mengangkat sumpah di Terengganu. SAMM berpendapat sememangnya institusi monarki punya kuasa atau peranan dalam memperkenan siapa mahu menjadi ketua negara atau ketua negeri dalam pentadbiran politik tetapi institusi monarki juga harus berdepan dengan rakyat iaitu menjelaskan sebarang tindakan mereka dalam hujah yang boleh diterima.

Pada ketika itu, istana harus tampil memberi penjelasan kepada rakyat Terengganu mengenai tindakan mereka. Respon rakyat pada ketika itu yang dipengaruhi oleh parti politik juga ada yang tidak kena. Umno (pro Idris Jusoh) telah bertindak melulu sehingga menghina sultan dengan panggilan 'natang' (dialek Terengganu yang bermaksud binatang). Pihak yang bersetuju dengan keputusan menyingkirkan Idris pula telah menyokong Sultan secara melulu, ini tidak progresif.

Seharusnya pihak ini merafak sembah meminta Istana tampil memberikan penjelasan kenapa tindakan itu diambil dan ini lebih progresif. Pihak berkuasa juga dalam perkara ini menjadi kuda tunggangan regim. Sekiranya menghina monarki itu berpihak regim maka mata pihak berkuasa sengaja dibutakan, tetapi jika timbul saranan walaupun saranan itu ke arah memperkasa monarki diutarakan oleh pihak bukan dari regim, maka tindakan 'segera' diambil.

che'GuBard sendiri pernah berdepan situasi ini hanya apabila mencadangkan betapa penting peranan institusi monarki dalam menjaga kepentingan agama malah dalam perkara mutakhir ini sering pula dipertikaikan maka che'GuBard pernah mencadangkan agar sultan atau bakal sultan wajib sekurang - kurangnya memiliki diploma syariah islam atau berkaitan bagi membantu baginda membuat keputusan tepat bukan sekadar dipengaruhi 'nasihat' yang mungkin mewakili kepentingan tertentu.

(klik sini untuk baca artikel tersebut)

Malangnya selepas posting yang ditulis sempena keputeraan DYMM YDP Agong ini dibuat, Ketua Pemuda Umno Rembau telah mengarahkan pemudanya membuat laporan polis terhadap artikel ini kononnya menghina monarki dengan tidak pandai hal ehwal Islam. Atas laporan dangkal itu maka berkejarlah polis menahan saya. Saya ditahan dalam serbuan polis ketika sedang mempengerusikan mesyuarat AJK cabang Rembau.

Begitulah berterusan, ini membukti betapa hipokrit regim Umno. Mereka memperlaku institusi istana seumpama pelacur,a pabila suka dicari untuk berlindung tetapi apabila tidak suka diterajang hina. SAMM ingin menyeru kepada institusi monarki negara ini agar sedar hakikat keperluan berevolusi mengikut zaman untuk kekal relevannya. Rakyat masih boleh menerima bajet yang besar diperuntukan untuk monarki dalam negara ini, tetapi rakyat sudah tentu tidak boleh menerima jika jumlahnya tidak masuk akal dalam keadaan rakyat terhimpit dengan perbagai kepayahan.

Intai dan pelajarilah institusi beraja di banyak negara bagaimana peranan dimainkan. Ada yang sudah umpama muzium dan alat keraian seperti kebanyakan negara Eropah termasuk England tetapi ada juga yang terus kekal dihormati seperti di Thailand. Ini bukan zaman Melaka, dunia berkembang pesat sewajarnya isi kandung dalamnya juga harus transform secepat perkembangan dunia jika tidak mahu ketinggalan. Rakyat tidak lagi boleh lagi dipaksa akur membuta tuli.

Akhirnya diingatkan juga institusi monarki ini seharusnya bukan punya orang Melayu sahaja. Institusi beraja ini seharusnya juga dihormati oleh semua bangsa atau keturunan yang diamnya dalam tanah jajahan ini. Untuk itu ruang perbincangan dan pemahaman sewajarnya harus juga sampai kepada semua rakyat.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Melalui email

GAGAL LAGI, BLOGGER UMPORNO MAKAN GAJI BUTA?

Posted: 19 Oct 2011 06:09 AM PDT


Oleh: WFAUZDIN NS

SETELAH buat kerja sial tayangkan video lucah kononnya melibatkan DS Anwar, kemudiannya rakaman audio perbualan telefon lucah yang didakwa melibatkan Mat Sabu, kini beralih kepada gambar yang mendakwa pula anak Lim Guan Eng melakukan kelucahan melampau. Ini semua kerja-kerja puak yang sudah habis modal untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat.

Alhamdulillah, kesemuanya bagai dibawa angin lalu kerana masyarakat kini bukan lagi masyarakat bercawat. Maka, hampalah puak-puak dan balaci Umporno dan ini amat mengecewakan tuan mereka. Berkaitan fitnah terbaru terhadap anak Lim Guan Eng, syabas kita ucapkan kepada KM P.Pinang itu yang `cool'. Beliau mencabar mereka yang korup idea itu menyiarkan fitnah bodoh mereka itu ke dalam akhbar atau TV.

Di bawah ini, kenyataan sebenar berkaitan isu tersebut; sekali lagi Blogger upahan makan gaji buta.

-------------------------------------------------------------------------------------

DAP: Blog guna gambar palsu fitnah anak Lim

S Pathmawathy
Okt 19, 2011
Penulis blog yang dikaitkan dengan Umno dikatakan menggunakan gambar palsu bagi memfitnah anak ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang hanya berusia 16 tahun meramas buah dada teman sekolahnya.

tony pua and lim kit siang press conference 191011 01Menurut setiausaha publisiti DAP, Tony Pua (kanan), gambar yang digunakan oleh penulis blog berkenaan dikenalpasti sebagai Anya Sun Corke, 21, seorang warga Britain.

Gadis itu juga dikatakan tidak mempunyai kaitan dengan Pulau Pinang mahupun pernah berhubungan dengan anak Lim, kata Pua.

"(Beliau) sekarang pelajar tahun ketiga di sebuah kolej di Amerika Syarikat. Semua ini membuktikan bahawa dakwaan oleh cybertrooper Umno adalah pembohongan," katanya.

Pua menyifatkan tindakan keji penulis blog berkenaan yang mengheret anak Lim itu sebagai "memalukan bangsa, agama dan negara" mereka dan bertujuan memusnahkan masa depan remaja itu.

"Malah, penulis blog cuba memberi kredibiliti pendustaan mereka dengan menyiarkan gambar gadis muda itu," kata Pua merujuk blog yang turut memuat-naikkan gambar mangsa-mangsa berkenaan.

Menurut Pua, tembelang penulis blog itu berjaya dibongkar oleh pengurus IT DAP Goh Kheng Teong yang mengesan identiti gadis itu selepas gambarnya dimuat-naikkan di blog mereka.
Link
"Tidak ada sesiapa di sekolah anak Lim yang mengenali siapa gadis itu, termasuk pengetua dan guru-guru.

"Tidak memeranjatkan kerana gadis itu tidak pernah belajar di Pulau Pinang dan bukan juga warga Malaysia," katanya.

Corke, yang kini menuntut di Wellesley College, adalah pemain catur yang terhandal dan menjadi wanita pertama yang mewakili universitinya dalam Liga Catur Amerika Syarikat./Malaysiakini

dollah yankee

dollah yankee


Peminjam wang berlesen

Posted: 19 Oct 2011 06:09 PM PDT

dollah yankee -
Tuu diaaaaa ... ini Along yang ada lesen yang di-keluarkan olih Menteri Kewangan (Bank laaa..)
Bayaran untuk pinjaman pokok baru 247.72, tapi BUNGA saja kena bayar 512.28
gurkah-gurkah kata ini lah kepala penyamun.

Magik! pengundi Penang naik mendadak

Posted: 19 Oct 2011 06:08 AM PDT

Berikutan dengan dakwaan yang mengatakan lebih daripada 1,500 orang penduduk tetap yang telah di-benarkan untuk mendaftar dengan SPR sebagai pengundi-pengundi baru, gurkah-gurkah di'port' di-sini juga pun terkejut juga bila ada sahabat telah mendedahkan bahawa pengundi-pengundi yang baru di-daftar di Pulau Pinang juga telah naik mendadak dan macam tak percaya yang tiga bulan kebelakang ini dekat-dekat 32,000 orang telah mendaftar atau dan telah di-daftarkan sebagai pengundi baru.

Statistik pengundi-pengundi yang naik secara mendadak ini amatlah membimbangkan gurkah-gurkah di-mana ia berlaku hampir di semua kawasan dalam negeri Pulau Pinang.

32,000 orang?? WOW!!! peningkatan angka ini pasti akan membuatkan mata rakyat semua akan terbeliak. "Is something fishy going on??" tanya satu gurkah.

Menurut sahabat ini lagi dalam 32,000 pengundi baru yang di-daftarkan itu, 3,958 pengundi baru telah di-masukan atau telah di-daftarkan di-dalam DUN N15 Padang Lalang, 3,178 pengundi di DUN N34 Paya Terubong dan 2,531 pengundi baru telah di-tambah dalam DUN YB Malik Kasim iaitu kerusi N37 Batu Maung. Kawasan Malik Kasim juga telah  bertambah dengan 1,400 undi pos.

Yang menjadi pelik dan ajaib ialah kawasan-kawasan yang di-wakili olih wakil-wakil rakyat dari BN tak pula menunjukan peningkatan yang gila-gila ini.

Ada seorang gurkah yang mendapat upah yang kerjanya untuk meng'saiko' kepala otak orang ramai pula berkata, kalau setakat 10,000 pengundi baru itu adalah biasa, tapi kalau dah sampai tiga kali lipat punya banyak, adalah sesuatu yang mengarut  dan mereka mengsyaki ada sesuatu yang tak kena. Dan ada pula mulut 'laser' seorang gurkah yang kata,  " ini sudah nampak macam BN nak cuba main tipu daaa! ".

dollah yankee -
Kah..Kah..Kah.. buat lah macam mana pun...perjanjian sudah termetrai, 1 penggal lagi untuk DAP/PR

AdlyZahari

AdlyZahari


SIAPA PUNYA PLAT MCC1

Posted: 19 Oct 2011 05:35 AM PDT

  • Kenapa kerajaan Melaka perlu berbelanja RM371,172.10 hanya untuk membeli plat kereta MCC 1 sehingga MCC 15 ?
  • Wajarkah dalam suasana rakyat disuruh berjimat tetapi kerajaan terus membazir.?
  • RM371 ribu bukan suatu jumlah kecil. Wang tersebut tak sepatutnya dibazirkan untuk membeli Plat kereta.
  • Plat MCC 1 dibeli dengan harga paling tinggi iaitu RM99,000.00
  • Plat MCC 2 dan MCC 8 masing masing dibeli dengan harga RM34,980.00
  • Dua hari lepas Melaka dilanda ribut, Alor Gajah, Kerubong dan di Gangsa, banyak rumah yang rosak. Kerajaan negeri memberi RM200 pada setiap yang terlibat.
  • Macam di Alor Gajah, lebih 40 rumah terlibat. Kerajaan Negeri belanja RM8000.00 untuk 40 keluarga. Boleh ditampung hanya dengan satu Plat sahaja iaitu MCC10, RM11,550.00
  • Sehingga hari ini masih ada rumah yang masih tidak berbumbung. Kenapa tak ditutup dengan MCC2 kalau tak cukup dengan MCC8.
  • Cuma jangan usik MCC1, tahu tak siapa punya ?

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Film Review : Transformers - Dark of The Moon

Posted: 19 Oct 2011 06:07 PM PDT

Macam mana rasanya bila memori childhood kau dirosakkan?
Macam mana rasanya bila apa saja yang kau ingat pasal idola kau habis hancur punah?

Macam tu lah rasanya bila aku menonton filem ketiga Transformers ni.

Awek tu?
Takde point.
McDreamy?
Takde point.
Shia Lebouf?
Takde point.

Sekurang-kurangnya, aku still ada memori lama aku menonton Transformers Generation 1 dulu2 dan jugak semua kartun Transformers Jepun yang disiarkan satu masa dulu setiap pagi Ahad. Budak-budak sekarang akan membesar dengan menganggap Optimus Prime adalah seorang douchebag.

Filem yang bosan dan takde point. Sebuah filem yang tak tau sama ada target audience dia budak-budak atau orang dewasa jadi visual wise nya, penuh aksi cabut kepala tapi jalan ceritanya seolah-olah kisah kartun satu episod yang ditulis secara spontan.

Beberapa perkara yang lebih baik dan lebih berfaedah untuk anda lakukan selain daripada menonton filem ini ;

1. Makan nasik
2. Berak
3. Jalan-jalan kat taman
4. Tonton filem Melayu

Lihat gambar di bawah. Menghiburkan bukan? Gambar ini jauh lebih menghiburkan berbanding filem ketiga Transformers ini.



Filem ini dibuat seolah-olah hanyalah untuk buat duit melalui jualan tiket dan terlalu banyak character one shot dilahirkan. Untuk apa? Untuk jual permainan dia.

Persoalan akhir,kenapa susah sangat Decepticon nak bunuh askar US?
Kenapa Starscream boleh kalah lawan dengan Shia Lebouf?

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Tu yang nak tumpang semangkok majlis orang tu...Hehe!!

Posted: 19 Oct 2011 09:23 AM PDT


Majlis sendiri cuma bangku aje yang tengok yob...loklak!!

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Lebih Baik Adakan Himpunan Selamatkan Aqidah Puak Umno

Posted: 19 Oct 2011 09:09 PM PDT

Oleh: Tok Janggut
Sejak dulu sampai sekarang orang Melayu tak habis-habis bercakap tentang aqidah, sedangkan bab aqidah ini telah diterangkan dalam Al Quran dan Hadis Nabi serta dihuraikan oleh para ulama-ulama dengan jelas dan terang.

Itu sebabnya setiap umat Islam wajib mendalami, memahami dan mengamalkan ilmu Tauhid terutamnya yang berkaitan dengan sifat Allah kerana disitulah letaknya asas atau pegangan awal setiap umat Islam sebelum mereka mempelajari ilmu-ilmu lain seperti Fekah, Tasauf dan lain-lainya. Tanpa ilmu Tauhid, maka tiadalah aqidah dan tarafnya samalah seperti haiwan dirimba belantara.

Read More / Baca Lagi >>

MANA MARUAH UMNO/BN!!!! Jualan murah bahan kempen BN di Pasaraya

Posted: 19 Oct 2011 09:08 PM PDT

Tergamak Jual Barangan 'Percuma' Parti Itu Di Pasaraya Mereka !

Apa sudah jadi dengan Mydin Mohamed Holdings Bhd (foto) agaknya?. Persoalan ini dibuat susulan tindakan rangkaian pasaraya terbabit mencari untung dengan menjual barangan percuma atas nama Barisan Nasional (BN).
Read More / Baca Lagi >>

MCA and hudud: Part 2

Posted: 19 Oct 2011 09:04 PM PDT

In 2001, when Dr Mahathir declared Malaysia an Islamic state, MCA president Dr Ling Liong Sik said he and other non-Muslim leaders supported the prime minister's position

What is the role of religions in politics? Is Islam compatible with democracy? How do we deal with the conflicts between the constitutional provisions for fundamental liberties and equality with religious laws and policies that may violate them?
Should the state legislate on morality? Is it the duty of the state to bring about a more moral society?
Can there be one truth and one final interpretation of Islam that must be legislated and govern the lives of every Muslim citizen of the country?
These were some of the questions raised in 2001 at a MCA-organised forum attended by Dr Hamid Othman of the Prime Minister's Department, Shad Saleem Faruqi of Universiti Teknologi Mara, Zainah Anwar of Sisters in Islam and representatives of the Inter-Religious Council of Christianity, Hinduism, Sikhism and Buddhism.
Read More / Baca Lagi >>

Senaraikan projek terbengkalai seluruh negara

Posted: 19 Oct 2011 09:01 PM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Okt: Kerajaan perlu menjelaskan punca utama kelewatan atau tertangguhnya projek-projek berkepentingan awam di seluruh negara, kata Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas.
Katanya, selain kerajaan perlu menyenaraikan semua projek terbengkalai, syarikat yang bertanggungjawab juga perlu diberikan amaran, lapor KeadilanDaily.
"Untuk makluman selepas tertangguh, kos untuk memulihkan semula projek meningkat kepada 50 peratus dari harga tender asal. Sedangkan sebahagian besar wang yang diperuntukkan itu telah pun digunakan.
"Apa yang menyedihkan ialah projek-projek itu adalah untuk kepentingan rakyat dan orang miskin," katanya dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat.
Kamarul berkata antara projek terbengkalai termasuk Hospital Shah Alam, Lebuhraya Seremban-Linggi di Negeri Sembilan, Kem Tentera di Skudai, Johor dan Pelabuhan Tuna di Pulau Pinang.
Read More / Baca Lagi >>

Apa salahnya saya jadi alat Islam - Bob Lokman

Posted: 19 Oct 2011 08:59 PM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Okt: "Apa salahnya saya menjadi alat kepada Islam yang merupakan the way of life?" tanya bekas selebriti terkenal, Bob Lokman atau nama sebenarnya Muhamad Hakim Lokman.
Bob ketika ditemui di majlis ceramah anjuran PAS di Taman Melewar malam tadi berkata, tidak timbul soal beliau dipergunakan PAS dan diheret ke setiap ceramah parti itu.
Namun tegasnya, apa yang dilakukan kini adalah atas kerelaan dirinya sendiri yang berazam untuk terus berjuang di lapangan dakwah bersama PAS.
"Soal dipergunakan ini, kita kena tau apa ini dunia. Dunia ini satu lapangan. Lapangan perlukan alat untuk membuka pintu akhirat dan agama alat menuju akhirat.
Read More / Baca Lagi >>

PAS dan PKR tolak sertai, Himpun terbuka terima pemimpin politik Muslim

Posted: 19 Oct 2011 08:56 PM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Okt — Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun) masih membuka undangan kepada semua pemimpin Islam dari parti-parti politik untuk hadir pada perhimpunannya di Shah Alam, Sabtu ini meskipun PAS dan PKR memutuskan untuk tidak menyertai bersama.
Pengerusi bersamanya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, Himpun beriltizam untuk memastikan bahawa penyatuan ummah dapat diperkukuhkan dalam ikatan akidah sebagai satu-satunya prinsip yang tidak mungkin umat Islam mahu berkompromi atau berpecah.
"Oleh kerana itu kami terus membuka undangan kepada semua kepimpinan Islam dari semua parti politik agar bersama dalam perhimpunan tersebut supaya mendidik umat Islam bahawa akidah umat Islam mesti dipelihara dan betapa perlunya hidup berakidah di kalangan umat Islam diperkukuhkan dalam sebuah negara berbilang agama," kata  beliau dalam satu kenyataan.
Read More / Baca Lagi >>

Isu Aziz Bari: Gerak gesa Putrajaya hormati kebebasan akademik

Posted: 19 Oct 2011 08:55 PM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Okt — Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) menggesa pihak berkuasa menghormati kebebasan akademik dan tidak mengenakan tekanan dalam pelbagai cara — terbaru isu tindakan ke atas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari sejak minggu lalu.
Setiausaha Agung Gerak Rosli Mahat berkata, pihaknya terkilan atas celaan berbentuk peribadi yang telah dikenakan terhadap Aziz (gambar) yang baru-baru ini mengulas isu berkaitan titah Sultan Selangor ekoran keputusan baginda berkenaan Gereja Methodist Damansara Utama dan pemeriksaan ke atasnya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) awal Ogos lalu.
Rosli berkata, Aziz merupakan seorang yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau.
"Mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau sepatutnya menghujah balas secara rasional dan profesional tanpa sebarang ugutan atau celaan pribadi," kara Rosli dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Najib’s weak hand leads to a lazy Malaysian Parliament

Posted: 19 Oct 2011 07:56 PM PDT

Najib's weak hand leads to a lazy Malaysian ParliamentParliament, it has been announced, will not sit on the eve of Deepavali, the 25th of October. This was requested by Prime Minister Najib Razak, under pressure from MP for Ipoh Barat M Kulasegaran.
Why did Najib rush to agree to this rather - at the risk of drawing fire from our Indian readers - unreasonable request? It is comical to see BN leaders tripping all over themselves to seem friendly to the Indian community here.
But the fact is, there is no justification for this arbitrary holiday for Parliament. Nobody else gets a holiday on Deepavali eve, so why should MPs? In fact, MPs should work harder than anybody else, as they are living off taxpayer funds.
Read More / Baca Lagi >>

Himpun: Kami sedia terus dialog, tapi panel antara kaum kurang efektif

Posted: 19 Oct 2011 07:42 PM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Okt — Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama tidak berperanan dengan efektif dalam menyelesaikan isu-isu khusus berkaitan dengan Islam dan keadaan itu merupakan salah satu sebab membawa kepada Himpunan Sejuta Umat (Himpun), kata pengerusi bersamanya Mohd Azmi Abdul Hamid hari ini.
"Ya, ia juga salah satu faktor mengapa perhimpunan ini diadakan... ada banyak faktor lain, tetapi ia salah satu, dialog ada tetapi tiada hasil," kata beliau apabila ditanya mengapa Himpun tidak menggunakan panel berusia dua tahun itu untuk membincangkan isu yang menjadi agenda Himpun, yang akan diadakan di Shah Alam, Sabtu ini.
Himpun antara lain mahu memfokus isu khusus berkaitan murtad. Ia dijangka mengeluarkan satu deklarasi antara lain mahu mendesak agar diadakan undang-undang khusus berkaitan dengan murtad.
Read More / Baca Lagi >>

Perangi rasuah: Adakah Pakatan boleh diharapkan?

Posted: 19 Oct 2011 07:37 PM PDT

Kerajaan BN yang ada sememangnya semakin tenat dimamah sel barah rasuah dan tidak mampu diselamatkan lagi.

Bukanlah sesuatu yang asing atau pelik apabila wujud tanggapan sesetengah penyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) sendiri bahawa kerajaan yang mereka sokong itu telah dijangkiti wabak rasuah yang maha kronik.
Bagaimanapun bagi mereka ini, isu rasuah bukanlah suatu penghalang untuk mereka terus memberikan sokongan kepada parti itu di atas kepercayaan tiada parti lain yang mampu menerajui negara ini sebaik BN.
Kebanyakan di antara mereka ini berpendapat, amalan penyelewengan secara 'berpada-pada' (asalkan tidak tamak) itu boleh diterima sebagai 'upah penat' lebih-lebih lagi ketika proses melaksanakan projek pembangunan untuk rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Himpun: Empat badan pelajar Islam dakwa ‘kristianisasi isu kritikal’

Posted: 19 Oct 2011 07:20 PM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Okt — Empat pertubuhan pelajar mempertahankan Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Shah Alam, Sabtu ini sambil mahu semua pihak mengetepikan fahaman politik dan perbezaan pendapat untuk bersama-sama bersatu atas alasan "kristianisasi isu yang kritikal."
Menurut pertubuhan-pertubuhan itu, hanya dengan kesatuan umat Islam kita dapat menunjukkan kekuatan dan menjadi umat yang agung dan perpecahan hanya melemahkan umat seperti mana yang berlaku dalam sejarah para sahabat dan kejatuhan empayar khilafah Islam.
"Kami melihat bahawa isu kristianisasi adalah satu isu yang kritikal dan tidak boleh dikompromi. Isu ini berkait secara langsung dengan akidah umat Islam yang mengatasi isu-isu yang lain.
Read More / Baca Lagi >>

Mahathir lebih kurang ajar!, bukan Aziz Bari

Posted: 19 Oct 2011 07:01 PM PDT

Sejarah telah membuktikan bahawa orang-orang Umno pernah menyanggah kuasa dan kedudukan Sultan atau Raja-raja Melayu.  Orang-orang Melayu khasnya pemimpin-pemimpin Umno sendiri  pernah mempertikai imuniti dan kuasa raja-raja Melayu.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir pernah merentap kuasa raja-raja di era pemerintahannya. Malah pada suatu ketika segelintir rakyat Terengganu pernah menganggap rajanya sebagai binatang !! apabila menulis perkataan "nate" pada kain rentang – dalam isu ketidaksetujuan mereka sultan melantik Menteri Besar yang baru.
Read More / Baca Lagi >>

Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012 dedah tarikh PRU13?

Posted: 19 Oct 2011 07:00 PM PDT

Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012 dedah tarikh PRU ke-13?  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan PRU ke-13 bakal diadakan pada tahun 2012, lebih-lebih lagi dengan petanda-petanda yang menunjukkan bahawa PRU 13 mungkin diadakan antara Januari hingga Mac pada tahun depan.

Bagaimanapun, apa yang "pelik" mengikut anggaran SPR, PRU tahun depan hanya melibatkan "Parlimen", tetapi tidak melibatkan Dewan Undangan Negeri.  Ini mungkin memberi makna bahawa seandainya Pakatan Rakyat tidak membubarkan DUN serentak dengan pembubaran parlimen, maka kerajaaan negeri yang dikuasai Barisan Nasional juga tidak akan membubarkan DUN untuk memberi laluan kepada pilihan raya.
Read More / Baca Lagi >>

Institusi keluarga di Malaysia makin hancur

Posted: 19 Oct 2011 06:59 PM PDT

" Institusi Islam kita makin canggih, kita ada JAKIM, ada Majlis Agama Negeri, ada KAGAT. Di Negeri Sembilan pula tak lama lagi ada Menara MAINS, banyak masjid cantik dan bertingkat-tingkat. Kursus perkahwinan pun makin banyak dan mantap. Majlis perkahwinan, hantaran dan persandingan pun makin hebat. Tetapi di mana silapnya?


 
Adakah ianya berpunca dari 12 juta orang Melayu yang setiap hari meruntuhkan agama Islam itu sendiri seperti yang saya tulis sebelum ini di http://waghih.blogspot.com/2011/10/12-juta-melayu-meruntuhkan-agama-islam.html
 
Read More / Baca Lagi >>

30.000 Pelajar Warga Afrika Rendah Moral, Otak Bodoh, Penipu, Dadah.....

Posted: 19 Oct 2011 06:57 PM PDT

Oleh: mohdnoorawang

"Malaysia telah menjadi "port warga Afika" memasuki Malaysia atas tiket "PAS PELAJAR". Mengikut sumber berita dari akbar harus perdana seramai 30,000 WARGA AFRIKA berada dikolej swata.

Kemasukan warga Afrika yang dikatakan pelajar diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Dengan kata lain bidangkuasa kemasukan pelajar warga asing dibawah kuasa Kementerian Pengajian Tinggi. Tugas Jabatan imegresen hanya keluar atau memberi pas pelajar dan pelekat pelajar kepada pelajar bangsa asing yang belajar di kolej atau universiti swasta.

Read More / Baca Lagi >>

PR Melaka sudah sedia ambil alih Kerajaan Negeri

Posted: 19 Oct 2011 06:56 PM PDT

Oleh PAS Melaka

Pakatan Rakyat (PR) Negeri Melaka sudah bersedia untuk mengambilalih tampuk pemerintahan kerajaan negeri Melaka dari BN jika rakyat memberikan mandat kepada mereka.

Dari barisan kepimpinan baru PAS, PKR dan DAP Melaka ternyata pimpinan yang ada jauh lebih layak dan berkarisma jika dibandingkan dengan pimpinan BN Melaka. Selain dari keterampilan, karisma, pendidikan dan ketrampilan pimpinan PR Melaka sudah pasti mempunyai integriti, bersih dan berakhlaq sebagaimana yang dibuktikan oleh pimpinan kerajaan PR di Kelantan, Kedah , Selangor dan Pulau Pinang.

Read More / Baca Lagi >>

Kadar Kemiskinan Bandar Semakin Meningkat, Sesuatu Perlu Dilakukan!

Posted: 19 Oct 2011 06:55 PM PDT

Oleh MOHD SHAHIR ABU HASSAN

Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT) merasa bimbang dengan peningkatan kadar kemiskinan bandar di Kuala Lumpur yang semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Tinjauan serta penemuan maklumat hasil dari program turun padang DPPKT ke tengah-tengah masyarakat, didapati kadar kemiskinan bandar semakin bertambah dari tahun ketahun
Read More / Baca Lagi >>

Video- HUDUD; Hukum, Hikmah, Kritikan & Jawapan

Posted: 19 Oct 2011 06:36 PM PDT

Video : MP PAS Kuala Krai Bahas Belanjawan 2012

Posted: 19 Oct 2011 06:31 PM PDT

Video : MP PAS Shah Alam Bahas Belanjawan 2012

Posted: 19 Oct 2011 06:30 PM PDT

Video : MP PAS Kota Raja Bahas Belanjawan 2012

Posted: 19 Oct 2011 06:29 PM PDT

Video : Ust Azhar Idrus - HAJI maBBERUKK (cara Mengenal Pemimpin Munafik)

Posted: 19 Oct 2011 06:28 PM PDT

Video : Violence Erupts As Two-day Strike Shuts Greece

Posted: 19 Oct 2011 06:25 PM PDT

Video : Turkey's retaliation to PKK crosses Iraq border

Posted: 19 Oct 2011 06:24 PM PDT

Video : Occupy Wall Streeters set sights on Sotheby's

Posted: 19 Oct 2011 06:23 PM PDT