Khamis, 6 Oktober 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


MAT SABU DAN CHEGU BARD DI REMBAU MALAM TADI - PERKASA SILAP ORANG DAN SALAH TEMPAT

Posted: 06 Oct 2011 02:03 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SEMALAM saya membaca akhbar Sinar yang melaporkan bahawa beberapa NGO dari Negeri Sembilan termasuk dari bekas-bekas tentera akan hadir beramai-ramai untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu di dalam program ceramah bersama Chegu Bard di Kg Bintongan, Rembau, Negeri Sembilan pada 06 Okt 2011.

Sebelum ini kumpulan tersebut yang diketuai oleh PERKASA Negeri Sembilan telah menganggu dan melakukan provokasi terhadap program ceramah Mat Sabu di Seremban atas alasan yang sama. Selepas itu, mereka mengugut dan memberi amaran agar Mat Sabu tidak menjejakkan kakinya ke Negeri Sembilan. Membaca laporan akhbar semalam, saya dan beberapa rakan dari SAMM Kuantan bercadang untuk menghadiri program ceramah di Rembau untuk melihat sendiri `kehebatan' kumpulan ini.



Selesai Solat Isyak dan Solat Hajat


Di dalam perjalanan memakan masa hampir 4 jam, kami sampai di lokasi ceramah menjelang waktu Maghrib. Pelik sedikit, sepanjang jalan yang kami lalui dari Kuala Pilah, tiada satu pun sekatan jalanraya diadakan oleh pihak Polis seperti lazimnya di dalam program-program ceramah Pembangkang, apatah lagi program di Rembau malam tadi dianggap suatu program yang pastinya `panas' kerana ugutan dari PERKASA sebelum ini. Ada teman yang memberitahu saya, mungkin sengaja tidak diadakan sekatan kerana `memberi laluan' kepada kumpulan yang dikatakan mahu menghimpunkan seribu orang untuk menyerahkan memorandum kepada Mat Sabu malam itu. Tapi, saya yakin tidak demikian.




SAMM dari Kuantan turut hadir bertemu rakan di sana...


Di lokasi ceramah iaitu di rumah YB Taufik, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan mereka yang hadir awal menunaikan Solat Maghrib dan Isyak serta Solat Hajat di luar rumah. Selepas waktu Isyak, kawasan ceramah mula dipenuhi orang ramai dan ditepi-tepi jalan berderetan gerai-gerai peniaga. Program ceramah bermula dengan beberapa penceramah tempatan termasuk dari Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan. Unit Amal dari PAS serta sekumpulan anak buah Chegu Bard dari SAMM yang datang dari dekat dan jauh telah bersedia untuk mengawal keselamatan semua yang hadir di dalam program tersebut. Diberitakan, satu kumpulan lain telah pun berkumpul di depan IPD Rembau untuk berarak ke lokasi ceramah kononnya untuk menyerahkan memorandum kepada Mat Sabu.



Chegu Bard mengarahkan penyokongnya agar bertenang. Beliau dijulang oleh para penyokong beliau

Tidak lama kemudian, Timbalan Presiden PAS tiba dan disambut dengan laungan `Takbir'. Beliau diiringi masuk ke dalam rumah untuk berehat seketika. Di luar sana mula kecoh dengan berita bahawa satu kumpulan sedang berarak beserta Banner menghampiri lokasi ceramah. Unit Amal mula menyusun barisan sekeliling pintu masuk lokasi ceramah, manakala kumpulan anak muda SAMM dan beratus-ratus penyokong di luar pagar telah bersedia kerana mereka sudah terhidu tindakan kumpulan tersebut yang akan datang untuk menganggu ceramah kerana jika hadir untuk menghantar memorandum sahaja, mereka tidak perlu berarak hingga menghampiri pintu pagar lokasi ceramah.



Chegu Bard terpaksa datang untuk tenteramkan keadaan dan berunding


Bagi menjaga keselamatan orang ramai di lokasi ceramah, Unit Amal beserta kumpulan anak muda SAMM dan beratus-ratus lagi penyokong berjalan menuju ke kumpulan tersebut bagi menghalang mereka menghampiri lokasi ceramah. Maka, berlakukan tolak menolak dan kekecohan bertambah apabila dari kumpulan tidak sampai 50 orang itu ada di antara mereka mula membaling botol minuman. Pelik lagi menghairankan, mengapa perarakan kumpulan itu tidak disekat lebih awal oleh Pihak Polis yang berkawal di lokasi ceramah? Mengapa setelah berlaku kekecohan, pihak Polis menyuruh Unit Amal dan anak-anak muda SAMM ini berundur? Bukankah yang sepatutnya berundur itu adalah `pendatang haram' berkenaan?



Inilah Banner yang tercicir sewaktu mereka lari mengundur diri dihambat oleh Penyokong PR

Apabila petugas-petugas dari Unit Amal dan SAMM ini mara dengan laungan Takbir, kumpulan ini mula berundur dengan ketakutan sehingga tercicir sepanduk/Banner yang mereka bawa. Walaupun mereka sudah berundur dan dihalau oleh petugas-petugas, mereka tetap degil dan meminta untuk menghantar memorandum. Akhirnya, Chegu Bard datang dan berunding maka diberikan kebenaran hanya dua atau tiga orang sahaja dibenarkan menemui Mat Sabu di dalam rumah untuk menyerahkan memorandum. Meskipun, terdapat beberapa orang di kalangan mereka ingin menunjukkan `samseng' dan berkeras mahu memasuki lokasi ceramah, namun disekat oleh petugas-petugas.




Kekecohan yang sengaja ditempah...


Saya boleh bayangkan jika Chegu Bard tidak menenangkan keadaan, sudah pasti berlaku tragedi yang lebih buruk dari yang berlaku di Seremban tempohari. Apa yang pasti, kawalan oleh Unit Amal dari PAS dan SAMM serta para penyokong kita lebih berkesan dari kawalan yang sepatutnya diberikan oleh pihak Polis di situ. Difahamkan, walaupun kumpulan itu terang-terang datang berarak ke lokasi ceramah dan menimbulkan kekecuhan, tiada tangkapan dilakukan. Bayangkan jika program itu adalah program Najib atau pemimpin Umno, sudah pasti awal-awal lagi akan ditahan.



Unit Amal serta penyokong-penyokong PR mengawal pintu masuk.

Di Rumah YB Taufik, memorandum diserahkan kepada Mat Sabu.

Akhirnya wakil kumpulan tersebut dibenarkan memasuki rumah dan menyerahkan memorandum yang berwarna KUNING kepada Mat Sabu. Mereka menyebut mereka membantah Mat Sabu kerana menyokong Komunis. Mat Sabu bertanya, bilakah beliau ada menyebut tentang Komunis? Wakil mereka terdiam, dan Mat Sabu berkata jangan percaya sangat kepada Utusan Malaysia. Mereka tidak dapat bercakap banyak kerana Mat Sabu lebih banyak menasihati mereka agar lebih tahu kisah sebenar dan tidak terpedaya dengan propaganda murahan media pencacai itu.



Pesuruhjaya PAS NS, YB Taufik dan Chegu Bard sedang berucap

Setelah menyerahkan memorandum, wakil mereka keluar dari kawasan rumah dengan dikawal oleh petugas-petugas. Jelas, dari awal mereka datang kelihatan wakil mereka berpeluh dan pucat, namun untuk menunjukkan `berani' kepada anak-anak buah mereka di belakang, mereka terpaksa juga mara menemui Mat Sabu. Jika perbuatan biadab seperti ini dilakukan oleh PERKASA, maka kita beritahu mereka PERKASA silap orang dan silap tempat. Mungkin kejadian mereka `diperhambat' oleh Unit Amal dan anak-anak muda SAMM sudah cukup untuk mereka jadikan pengajaran.




Chegu Bard di pentas utama bersama kepimpinan PAS.
Ribuan rakyat hadir hingga melimpahi ke tepi jalan raya

Chegu Bard di dalam pidatonya berkata, peristiwa malam itu menandakan kejatuhan Umno/Bn di Negeri Sembilan adalah bermula di Rembau. Beliau turut mengulas isu sejarah berkaitan penjajah dan juga isu panas berkenaan cincin 24.5 juta yang awalnya dikatakan tidak wujud tetapi akhirnya diakui di dalam Parlimen oleh pihak Kastam memang wujud. Bagaimana cincin tersebut terdapat nama Rosmah Mansor di dalam borang kastam, dikatakan hanya dibawa masuk untuk pameran sedangkan bila tarikh dan tempat pameran dirahsiakan. Cincin itu masuk dan keluar begitu sahaja umpama `pelancong', ujar Chegu Bard.



Mat Sabu sedang berucap di hadapan ribuan rakyat

Mat Sabu pula di dalam pidatonya mengulas kembali isu Mat Indera. Sekali lagi Mat Sabu dengan tegas menyebut Mat Indera adalah pejuang menentang penjajah. Beliau berkata, majoriti bekas tentera menyokong Pakatan Rakyat dan ini dibuktikan apabila di majlis berkenaan borang `Felda Plantation' diserahkan kepada Mat Sabu oleh wakil KERABAT, sebuah badan pertubuhan bekas tentera. Beliau tegaskan, di dalam bajet yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat dan juga di dalam Buku Jingga, Pakatan Rakyat mempunyai iltizam untuk menjaga kebajikan bekas-bekas tentera dan Polis sekiranya berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihanraya Umum nanti.

Ucapan tahniah dan syabas kita ucapkan kepada pihak Penganjur program malam tadi yang telah berjaya membuktikan bahawa bumi Negeri Sembilan ini bukan milik PERKASA dan tiada siapa yang boleh mendakwa mereka tuan kepada bumi ini. Tahniah juga kepada pihak Polis yang telah hadir menyaksikan kekecohan pada malam itu. Tahniah buat PERKASA kerana sudi datang dan sudi dihambat keluar.

Kami sempat bergambar dengan Chegu Bard


Buku Chegu Bard bersama Edyes bertajuk "FITNAH" laris dijual. Kelihatan Chegu Bard
menandatangani sebuah buku yang dibeli oleh salah seorang pembeli

Saya dan rakan-rakan dari Kuantan pulang ke rumah malam itu juga dengan penuh kepuasan setelah melihat sendiri hasil perbuatan kumpulan yang bodoh itu. "KE JOLOBAK KO JOLOBU, TUAI PADI TIGO TANGKAI, KALAU SUDAH OTAK LOMBU, DATANG REMBAU JANGAN BUAT PASAI '.../wfauzdin.blogspot.com

bumiperak

bumiperak


Raja Perempuan Muzwin mangkat

Posted: 06 Oct 2011 07:18 PM PDT

Ipoh 7 Oktober 2011 Duli Teramat Mulia, Raja Perempuan Muzwin balu kepada Al-marhum Sultan Idris II Sultan Perak ke-34, telah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) jam 4.20 petang 6 Okt 2011. Baginda mangkat ketika berusia 82 tahun. Baginda akan akan dimakamkan di Makam diRaja Al-Ghufran Kuala Kangsar hari ini Jumaat 7 Okt. 2011 selepas asar.

Kemangkatan baginda merupakan kehilangan besar kepada kerabat DiRaja Perak dan juga Keluarga DiRaja Johor iaitu bonda kepada Permaisuri Johor Raja Zarith Sofia isteri kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Shah.

Baginda dikurniakan 2 orang putera dan 2 puteri iaitu Raya Mahkota Perak, Raja Dato' Seri Nadzatul Shima, Tuanku Raja Zarith Sofiah (Permaisuri Sultan Johor), Raja Kecil Besar Perak, Raja Dato' Seri Iskandar Zulkarnain (Ku9) dan Raja Jamil Ariffin.
/syukury

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Amendments passed after five-hour debate

Posted: 06 Oct 2011 09:01 PM PDT

It was close to midnight when the Dewan Rakyat passed the controversial amendments to the Employment Act.
KUALA LUMPUR: The Dewan Rakyat passed the controversial amendments to the Employment Act late last night despite strong protests from opposition lawmakers and unionists.
The opponents claimed that the changes would expose contract workers to abuse.
Waves of protest did not deter the government from tabling the second reading of the Bill after having to postpone it twice in the past.
Critics claimed that the amendments were drawn up at the behest of multinational corporations and potential investors and deliberately designed to empower employers to employ workers on fixed-term contracts for as long as they wanted to.
Read More / Baca Lagi >>

BN will be decimated by its own corruption

Posted: 06 Oct 2011 08:58 PM PDT

BN will be decimated by its own corruptionNever in the path of our nation's history has corruption been as unbridled as it has been for the past three decades. Corruption has become a scourge that would ultimately ruin the nation and we should thank Barisan National opportunism for this knack and  flamboyance.
Interesting media highlights on alleged corruption and abuse of power
To the incumbent regime, it's always the denial syndrome that would tint their rhetoric whenever the issue of corruption is raised by the public and this would in turn be handily backed and spun by the pro-government media. Nevertheless, let's recap some of the interesting media highlights in the past years on corruption-related issues in the country.
Read More / Baca Lagi >>

Guru Tak Cukup : Graduan ISMP terperangkap dengan pengangguran

Posted: 06 Oct 2011 08:52 PM PDT

Ribuan graduan ijazah sarjana muda pendidikan (ISMP) kini seolah-olah terperangkap dalam dunia pengangguran apabila gagal ditempatkan sebagai guru dan dalam masa sama sukar diterima di sektor swasta.

Penyelaras Gabungan Graduan ISMP Malaysia (GGIM) Abdul Rahman Usman berkata, masalah itu berpunca daripada penempatan mereka sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST) yang masih belum diumumkan.
Read More / Baca Lagi >>

Laungan mahukan hudud bergema di stadium

Posted: 06 Oct 2011 08:48 PM PDT

KOTA BHARU, 7 Okt: Puluhan ribu rakyat Kelantan menyatakan dengan tegas mahukan hukum hudud dilaksanakan di negeri ini, ketika perundangan Islam itu cuba dipertikai sesetengah pihak.

Tanpa tolenrasi lagi mereka melaungkan perkataan mahu hudud berkali-kali. Puluhan ribu rakyat Kelantan berhimpun di Stadium Sultan Mohammad Ke IV malam tadi bagi meluahkan keinginan mereka.
Program yang dinamakan Himpunan Kesyukuran ekoran penerimaan rakyat Kelantan terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) membuatkan stadium bola menjadi sesak dengan lautan manusia.
Read More / Baca Lagi >>

Hanya rumah asal dan Masjid Kg Baru sahaja kekal

Posted: 06 Oct 2011 08:47 PM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Okt: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPMM) bersama penduduk Kg. Baru menolak Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011 diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 5 Oktober lepas kerana tidak mendapat mandat sepenuhnya dari pemilik dan pewaris tanah di Kampung berkenaan.
Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar) berkata, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dilihat begitu terdesak memaksa parlimen meluluskan akta baru itu sebelum pilihan raya ke-13 bagi memastikan pihak kerajaan dapat menguasai tanah-tanah penduduk di kampung berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

Teo: Police force grew 29% vs population 22% but the people don't feel safer

Posted: 06 Oct 2011 08:46 PM PDT

Teo: Police force grew 29% vs population 22% but the people don't feel saferSerdang MP Teo Nie Ching has expressed regret, venting her anger at the police force, for the "gross abuse" of public funds spent on the July 9 Bersih rally, where police personnel on the orders of the Najib administration had launched a brutal crackdown on citizens.
According to Teo, it does not make sense for the government to spend the people's money to crackdown on the people. Malaysians from all strata of society had gathered together for the purpose of demanding clean and fair elections. Yet they were subjected to brutal treatment paid for wth their own money, said Teo, who is also the DAP assistant national publicity secretary.
Latest information from the government showed at least 11,000 police personnel had been deployed. The police and FRU had not only fired a total of 262 teargas canisters, but also arrested 1,509 protesters, committing gross injustice in the process. The exercise cost taxpayers at least RM2 million.
Read More / Baca Lagi >>

Lembu Melayu Otak layu

Posted: 06 Oct 2011 08:38 PM PDT


Sekumpulan lembu telah cuba menyodol ceramah Mat Sabu di Negeri Sembilan. Mereka cuba bikin kacau dan mahu hantar memorandum bantahan kepada Mat Sabu.

Gilerr lu bang Mat. Fenomena baru lu.... Hebat... hebat.... Sejak dua menjak ni, Mat Sabu sudah jadi very pupular mengalahkan Piem hinggakan bersondol-sondol lelembu ke tapak ceramah, semata-mata nak kasik memorandum. Kalau ini macam... kalahlah populariti Piem 1Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Golongan Yang Mempersendakan Agama

Posted: 06 Oct 2011 08:36 PM PDT


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi0Oj9G7INlkRIywBhomk78hZfhefiN9Qhpy-bOvsRPRa1CX4KXCxFhT0s36p2PHOR_Q5DBuItp5RCCAbyD7T-9Fej5USoPxRMP1CTQoSEu4by0CrP_TsfxuV5nVFocRKZmZrGj-Xm1wXYc/s320/Salam+Tenang.jpg

Bismillahirrahmanirrahim

Apakah sikap kita?

Dalam catatan yang ringkas ini, insya'Allah sama-sama kita ikuti kisah 'Madrasah al-Istihza', golongan yang mempersendakan para ulamak dan para du'ah serta ajaran dakwah Islamiyyah yang dibawanya. Madrasah ini telah diasaskan oleh golongan munafiqin bagi menentang perjuangan Islam di zaman Rasulullah SAW dan diteruskan oleh golongan sekular atau modenis di zaman sekarang.
Read More / Baca Lagi >>

Get lost, MCA! I want to vote for PAS

Posted: 06 Oct 2011 08:32 PM PDT

M'sian Chinese must read this: Get lost, MCA! I want to vote for PASIt has become the tradition for MCA to use hudud to attack Pakatan Rakyat especially now when we are in the last lap to the 13th general election. Hudud is of course the part of the Islamic criminal law that pertains to 6 specific punishments that includes amputation of limbs, whipping and stoning to death.
But this time around, the shocking thing is how the Chinese community reacted in the scocial media network. No one rushed to condemn hudud, no one took pity on the MCA. On the contrary, they attacked MCA with gusto, hurling foul words at its political hypocrisy and cheating ways.
It is not surprising then that MCA vice president Gan Ping Sieu has quietly dropped his debate challenge to Penang Chief Minister Lim Guan Eng over the hudud issue.
Read More / Baca Lagi >>

Jeffrey’s battle cry: 1-Country, 2-Systems

Posted: 06 Oct 2011 08:30 PM PDT

UBF president Jeffrey Kitingan says the concept is line with the Borneo Agenda to hand over power to Sabah and Sarawak.
KOTA KINABALU: The United Borneo Front (UBF) is pushing for a "1-Country, 2-Systems" type of administration in Malaysia – one for Peninsular Malaysia and the other for Sabah and Sarawak.
UBF chairman-cum-founder Jeffrey Kitingan said this was in line with its "Borneo Agenda" and aspiration to restore political autonomy to Sabah and Sarawak.
Speaking at its recent Borneo Tea Party gathering and Hari Raya open house held in Dataran Bengkoka, Pitas, Kitingan said the vast distance between the two regions with the South China Sea between them emphasised their differences.
Read More / Baca Lagi >>

‘Dia tidur di dalam ribut’

Posted: 06 Oct 2011 08:29 PM PDT

Apakah ciri-ciri yang perlu ada di dalam sektor awam yang berprestasi tinggi, tanya Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan.

Oleh Sidek Hassan
Pada hari Selasa, 5 Oktober, saya telah mempengerusikan mesyuarat MSC Malaysia Flagship Coordination Committee atau FCC, mengenai kemajuan projek-projek ICT Kerajaan seperti E-Government, Smart School, Telehealth dan sebagainya.
Pada akhir mesyuarat, Urus setia telah membentangkan FCC versi 2.0 mengenai hala tuju Jawatankuasa tersebut pada masa hadapan supaya lebih mantap serta selari dengan aspirasi dan hasrat kerajaan.
Namun, saya telah mencabar Urus setia serta ahli mesyuarat – mengapa FCC 2.0?; mengapa tidak FCC 10.0? Adalah amat penting bagi kita merancang mengenai perkara-perkara yang lebih jauh ke masa hadapan dan bawanya ke hari ini, iaitu fikir dan laksanakannya sekarang – baik dalam peranan kita di dalam jawatankuasa seperti FCC mahupun sebagai penjawat awam mahupun sebagai ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Read More / Baca Lagi >>

Kampung Baru Tergadai: Sudah Habis Sumpah Seranah Untuk Ahli Parlimen PR??

Posted: 06 Oct 2011 08:24 PM PDT


Benar.

Hanya 28 ahli parlimen saja yang datang.

Yang lagi 47 memang tak datang.

Pertama sekali, tulisan ni bukan nak membela sesiapa, tetapi nak menjelaskan hakikat sebenarnya.

Kecaman demi kecaman dilontar terhadap yang 47 ini kenapa buat-buat tak tau akta Kampung Baru ini nak diluluskan untuk bacaan kali kedua.Read More / Baca Lagi >>

Universiti No.1 Dunia : Caltech ‘Rampas’ Ranking Harvard

Posted: 06 Oct 2011 08:14 PM PDT

Caltech University
London, 7 Okt : Universiti-universiti di Amerika Syarikat (AS) dan Britain sekali lagi mendominasi ranking universiti-universiti terbaik di dunia dengan kedudukan pertama menampilkan muka baru yang berjaya menyingkirkan Universiti Havard sebagai universiti terbaik dunia pada tahun ini.
Institut Teknologi California (Caltech) menjadi institusi paling terkemuka dalam senarai yang dikeluarkan oleh Times Higher Education (THE) ini buat pertama kalinya dalam tempoh lapan tahun sebagai universiti terbaik dunia pada tahun ini.
Read More / Baca Lagi >>

Nota Mudah Memahami Hukum Hudud. - siri kedua

Posted: 06 Oct 2011 08:12 PM PDT

Oleh Ust Nasrudin Hasan

Wajib Melaksanakan Hukum Hudud

6.  Para alim ulama' telah memudahkan kita dengan menggariskan kategori ilmu dan syariat Islam seperti Ibadah, Muamalat, Munakahat dan Jinayat. Hudud adalah sebahagian dari undang - undang Jenayah Islam. [ Bahagian yang lain ialah Qisas dan Ta'zir. Insyaallah bahagian Qisas dan Ta'zir akan saya jelaskan di lain kesempatan.] Lantaran itu ia adalah sebahagian dari kesempurnaan Islam yang selayaknya dipelajari, difahami, dilaksana dan dihayati.
Read More / Baca Lagi >>

Ameerah-Entiti Baru Dalam PAS

Posted: 06 Oct 2011 08:11 PM PDT


ameerahKedudukan wanita sebagai rakan kongsi dalam segenap aspek kehidupan merupakan antara sunnah Rasulullah yang perlu direalisasikan.

"Wanita, di samping Rasulullah bukan sekadar terbatas tugasnya di rumah, tetapi melangkaui ke segenap aspek kehidupan sehingga ke bidang politik dan hal tersebut dibuktikan melalui penglibatan isteri serta anak baginda yang aktif dalam memahami dan melaksanakan siasah Islam di kalangan wanita," ujar Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Senator Mumtaz Md Nawi dalam sidang media selepas perasmian Ameerah dan Gelombang Epal Hijau sempena sambutan Ulangtahun PAS ke-60 di Dewan Millenium, Kepala Batas.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia terkeluar dari senarai 400 universiti terbaik

Posted: 06 Oct 2011 08:09 PM PDT

university graduates 260205Tiada universiti di Malaysia yang berjaya disenaraikan dalam majalah Times Higher Education (THE) yang memuatkan nama 400 universiti terbaik di dunia.

Sehubungan itu, supremo DAP Lim Kit Siang berkata adalah sia-sia bagi kerajaan yang begitu bangga dengan prestasi Malaysia dalam ranking dunia QS 200 World University 2011/12.

Penarafan QS itu telah meletakkan Universiti Malaya di tangga 167, - naik  40 tempat berbanding tahun 2010.
Read More / Baca Lagi >>

Kenapa tak hapuskan Fasal 149?

Posted: 06 Oct 2011 08:01 PM PDT

Kerajaan Umno-BN nampaknya berminat untuk meniru Akta Patriot menggantikan ISA yang diumum mansuh. Tetapi ia menjadi teka-teki. Apapun, selagi ada Fasal 149 http://www.bloggerrakyat.com/wp-content/uploads/2011/09/ISA.jpgyang membenarkan undang-undang baru tahanan tanpa bicara digubal, maka selagi itulah apa jua janji manis Najib Tun Razak hanya boleh dianggap cakap-cakap politik.
Ikuti kupasan menarik Penasihat Lawyers For Liberty, N Surendren mengenai andaian dan implikasi undang-undang baru menggantikan ISA. Wartawan INTAN ABDULLAH ada butirannya.
Read More / Baca Lagi >>

Generasi facebook, twitter bakal tumbangkan Umno-BN

Posted: 06 Oct 2011 07:59 PM PDT

KUALA TERENGGANU: PAS mendakwa Umno-BN bakal tumbang dalam pilihan raya akanhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjKectlFOadQfRRoB5PBFEbL5_dCgPDIYCAy1Y4V-baypkdu6HHvK-Y9eg9vI6GAhULCv-P83v8vOJcyqzKnJ_PKu-D3bivOS9M3UwPeuJJ1LcARZyOGGFwKnJ5O7_BB2aZPaeSM2iMik0/s1600/Blogger-Facebook-Twitter-post.png datang di tangan anak-anak muda facebook, twitter dan blogger.Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata anak-anak muda sekarang ini maklumatnya hanya dihujung jari.
Malah katanya, 80 pera tus golongan tersebut telah menolak hujah Umno dan BN kerana mereka men dapat maklumat first hand.

"Anak-anak muda sekarang ini maklumat di hujung jari. Jangan lupa generasi baru sekarang generasi facebook, generasi twitter, gene rasi bloggers dan generasi internet.Read More / Baca Lagi >>

Bajet 2012: Bajet Santa Claus?

Posted: 06 Oct 2011 07:55 PM PDT

Oleh Aspan ALias
Najib dikatakan akan membentangkan bajet 2012 pada 7hb Oktober (hari ini )yang akan menjadi satu bajet pilihanraya. Ramai berpendapat bajet kali ini adalah bajet 'santa claus' dan akahttp://www.glogster.com/media/5/23/13/19/23131940.jpgn memberikan hadiah yang berbentuk tunai kepada pegawai-pegawai perkhidmatan awam.
Banyak lagi hadiah untuk petani-petani seperti pemberian baja percuma dan lain-lain bentuk 'pembelian' undi yang akan dibuang rakyat dalam pilihanraya yang tidak berapa lama lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih : Serangan gas pemedih mata keterlaluan

Posted: 06 Oct 2011 07:52 PM PDT

Jumlah 262 kanister gas pemedih mata yang digunakan untuk menyuraikan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu adalah tidak seimbang dengan keperluan sebenar untuk memantau demonstrasi aman, kata naib presiden PKR, N Surendran.
Read More / Baca Lagi >>

Pakar Jerman: ‘Sangat tidak mungkin’ Anwar liwat Saiful

Posted: 06 Oct 2011 07:50 PM PDT


Anwar (tengah) tiba di mahkamah untuk perbicaraan kes liwat beliau di Kuala Lumpur, 7 Oktober 2011. — Foto oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 7 Okt — Pakar bedah ortopedik memberitahu mahkamah hari ini bahawa "sangat tidak mungkin" Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan ekoran faktor usia dan juga masalah artritis teruk dan kerosakan saraf yang dialami Ketua Pembangkang itu.Read More / Baca Lagi >>

Isu tauliah: Hasan Ali mahu menghadap Sultan Selangor

Posted: 06 Oct 2011 07:48 PM PDT

Hasan (kiri) berkata isu pembatalan tauliah ahli politik telah menimbulkan keraguan di kalangan pengamal dakwah. — Foto fail
KUALA LUMPUR, 7 Okt — Exco Kerajaan Negeri Datuk Dr Hasan Ali mahu ahli-ahli politik diberi tauliah untuk menyampaikan kuliah agama di negeri Selangor ekoran kontroversi terbaru dengan beberapa pihak mendakwa larangan itu mengehadkan kebebasan wakil rakyat yang berlatarbelangkan agama.Read More / Baca Lagi >>

Belanjawan 2012, peluang terakhir jamin undi BN..

Posted: 06 Oct 2011 07:45 PM PDT

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac 2008, pembangkang menjanjikan penurunan harga minyak serta-merta sekiranya berjaya menguasai Putrajaya.

Sejak itu, isu harga minyak yang menjejaskan Barisan Nasional ekoran keputusan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjadi Perdana Menteri pada masa itu terus menjadi isu kritikal melibatkan sokongan pengundi.

Harga minyak terus ditangani dengan retorik-retorik populis oleh kedua-dua pemerintah dan pembangkang, dengan kedua-dua pihak saling cuba mengatasi satu sama lain.
Read More / Baca Lagi >>

PERKASA SILAP ORANG DAN SALAH TEMPAT...!!!

Posted: 06 Oct 2011 07:41 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SEMALAM saya membaca akhbar Sinar yang melaporkan bahawa beberapa NGO dari Negeri Sembilan termasuk dari bekas-bekas tentera akan hadir beramai-ramai untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu di dalam program ceramah bersama Chegu Bard di Kg Bintongan, Rembau, Negeri Sembilan pada 06 Okt 2011.

Sebelum ini kumpulan tersebut yang diketuai oleh PERKASA Negeri Sembilan telah menganggu dan melakukan provokasi terhadap program ceramah Mat Sabu di Seremban atas alasan yang sama. Selepas itu, mereka mengugut dan memberi amaran agar Mat Sabu tidak menjejakkan kakinya ke Negeri Sembilan. Membaca laporan akhbar semalam, saya dan beberapa rakan dari SAMM Kuantan bercadang untuk menghadiri program ceramah di Rembau untuk melihat sendiri `kehebatan' kumpulan ini.
Read More / Baca Lagi >>

Program Ceramah di Rembau Lancar - Puak Pengacau GAGAL!!

Posted: 06 Oct 2011 07:32 PM PDT

 
Harta rampasan!! 5 kain rentang yang dibawa oleh puak pengacau ditinggalkan setelah mereka lari melintang pukang!!

Antara kain rentang yang dikutip semula oleh Unit Amal

Alhamdulillah, Abg Mat Sabu tetap hadir ke Rembau dengan selamat walaupun diancam oleh puak-puak yang serba-serbi tidak bertamadun. Di atas kawalan keselamatan yang baik dari SAMM dan Unit Amal, semua program berjalan lancar di pentas walaupun terdapat kekecohan diluar pagar tempat ceramah.
Read More / Baca Lagi >>