Ahad, 18 September 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Tembak menembak di Lahad Datu

Posted: 18 Sep 2011 08:45 AM PDT



Berapa ramaikah lagi mangsa yang harus menjadi korban untuk membuktikan Lahad Datu tidak selamat kerana dibanjiri pendatang asing tanpa izin (PATI) dan Ketua Polis Daerah gagal mengambil langkah berjaga-jaga setelah insiden seorang remaja dibunuh di bawah Pusat Hiburan setelah gagal mendapat bantuan daripada Pondok Polis yang tidak beroperasi? Ketika singgah untuk berhenti rehat di Lahad Datu selepas mengikuti Konvensyen Pakatan Rakyat di Kota Kinabalu, saya dikejutkan dengan berita seorang Pegawai Majlis Daerah Lahad Datu, Ali Jamal, mati ditikam berdekatan Public Bank Lahad Datu pada jam 4.30 pagi.

Iaitu hampir sama dengan masa kejadian remaja anak seorang bekas Pegawai MDLD mati ditikam ketika cuba mendapatkan bantuan di Pondok Polis yang kosong! Saya tidak hairan jika Lahad Datu pernah diserang Lanun pada siang hari pada 1989 kerana kawalan keselamatan Lahad Datu ketika itu terlalu longgar, sekalipun lanun mendarat berhampiran dengan Pangkalan Polis Marin.

Tetapi setelah banyak kejadian bunuh yang berlaku, sewajarnya Ketua Polis Daerah Lahad Datu mengambil langkah berjaga-jaga termasuk memastikan Ops Payung dan segala Ops yang dijalankan bukan sekadar menunjuk-nunjuk; sebaliknya untuk memastikan mereka bertindak segera bagi mencegah jenayah dan memastikan Lahad Datu bebas daripada penjenayah.

Dengan demografi Lahad Datu yang didominasi PATI, sewajarnya Polis memasang CCTV di kawasan penting terutama di hadapan lokasi tumpuan awam dan kemungkinan berlaku jenayah seperti di Bank, Pasar Rakyat dan Jalan Sunyi.

Nampaknya polis Lahad Datu tidak banyak berubah dan menjadikan kematian sebagai 'Pesta Memburu' kerana hanya selepas ada mangsa terbunuh atau dibunuh, polis akan mengadakan sekatan jalan sama ada melalui Ops Tutup atau Ops Sekat; tetapi hanya mereka yang bersubahat diberkas, tetapi penjenayah lepas lari.

Saya simpati dengan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Shamsuddin Mat yang sepatutnya sudah dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya Kontingen Polis Sabah, tetapi bernasib malang kerana banyak kejadian jenayah berlaku di daerahnya sehingga KPInya boleh dipertikaikan.

Menurut Laporan Polis LDD/RPT/7513/2011 yang dibuat oleh pengadu, Mohd Rusdi Tatan, 34, seorang lelaki Idahan oleh pada jam 05.15 pagi; bapa saudara beliau, Ali Jamal, 47, telah dipukul oleh 14 lelaki dan ditikam oleh seorang lelaki tidak dikenali dengan menggunakan pisau dan luka di bahagian perut pada jam 4.30 pagi di hadapan Public Bank (20 meter daripada tempat serangan lanun 1989).

Menurut saksi, penjenayah berkenaan melarikan diri menggunakan van Nissan Vanette berwarna biru bernombor SA6950H. Namun Ali yang dihantar ke hospital sejurus selepas kejadian telah meninggal dunia pada jam 06.30 pagi.

Mohd Rusdi memaklumkan bahawa punca kejadian dipercayai akibat mangsa menegur kumpulan lelaki berkenaan yang telah melanggar papan tanda dan tembok tepi jalan; lalu mereka bertindak berang menyerang Ali secara berkumpulan.

Seramai empat orang saksi yang nampak kejadian berkenaan dan berjaya mengecam salah seorang penyerang daripadanya bernama BUDI. Setakat ini polis telah berjaya memberkas tiga orang penyerang dan masih memburu 11 lagi yang masih bebas.

Tindakan polis menjalankan Ops Tutup menyebabkan jalanraya di Lahad Datu sesak sekalipun hujung minggu kerana ramai yang ingin mendapat maklumat tentang kejadian. Desas desus yang giat disebarkan bahawa serangan berkenaan disebabkan tindakan balas dendam kerana MDLD bertindak kejam merampas sayuran penjaja haram dan pilih kasih dalam pemberian gerai menjual pakaian rombengan di bekas Dataran Palma. Namun belum dapat dipastikan sejauh mana benar dakwaan tersebut.
Apakah serangan terhadap Ali akan melibatkan lebih ramai lagi pegawai MDLD termasuk Pengerusi MDLD; yang dianggap sebagai punca penyebab mereka kehilangan pendapatan ekoran Skandal Pasar Rombengan (kain terpakai) kerana hanya segelintir yang mendapat tempat sedangkan terdapat lebih 500 penjual rombengan di daerah ini./sabahkini

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Tindakan terdesak seorang anak bangsawan

Posted: 18 Sep 2011 06:05 AM PDT


Ekonomi dunia semakin tidak menentu. Keadaan ekonomi tahun depan mungkin lebih teruk berbanding akhir tahun ini. Tambahan lagi, khabar angin bahawa wujud desakan dalaman UMNO memaksa Perdana Menteri Najib melepaskan jawatannya mulai bertiup malah semakin hari semakin kencang. Najib tidak mempunyai banyak pilihan dalam situasi sedemikian. Kehilangan sokongan UMNO menjadikan sokongan luar lebih penting sekarang.

Dalam keadaan terdesak, Najib (gambar kiri) terpaksa mengambil tindakan drastik dalam percubaannya untuk mendapatkan sokongan rakyat. Kalau selepas Pilihan Raya Umum 2008 UMNO memerlukan Najib dengan retorik dan popularitinya untuk menenteramkan kemarahan rakyat terhadap keangguhan dan segala bentuk kecacatan dasar serta penyelewengan yang dikaitkan dengan UMNO dan pemimpin UMNO, kini populariti Najib jatuh dan dilihat sebagai liabiliti UMNO yang bakal menenggelamkan UMNO kalau dibiarkan terus memegang tampuk pimpinan.

Baru-baru ini, desas-desus Najib berdepan dengan tekanan dalaman UMNO kelihatan lebih jelas berikutan penerbitan sebuah buku berjudul "Tak berubah, faktor Rosmah & pola Sarawak petanda BN The End, Najib Perdana Menteri Terakhir..." oleh Shahbudin Husin yang memegang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju dari 2004 hingga 2008.

Meksipun Persatuan Bekas-bekas Wakil Rakyat UMNO (Penawar) telah menafikan laporan blog bahawa pihaknya telah memutuskan untuk meminta Najib meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, namun perkembangan terkini nampaknya memperkukuh dakwaan bahawa wujud kuasa politik yang mahukan Najib melepaskan jawatannya.

Mahathir baru sahaja menyarankan agar jangan diawalkan pilihan raya umum akan datang, Najib pula mengambil tindakan yang bercanggah dengan kemahuan Mahathir seperti yang pernah dilakukan oleh Pak Lah, dengan membuat pengumuman pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan seumpamanya yang dilihat sebagai indikator ketibaan pilihan raya umum dalam jangka masa yang lebih pendek.

Tindakan tersebut juga dapat dilihat sebagai percubaan Najib untuk mendapat sokongan rakyat agar dapat berdiri teguh sebagai seorang pemimpin negara yang memegang kuasa dan membuat keputusan. Maksudnya Najib enggan menunduk kepada kuasa dalaman UMNO yang semakin hari semakin tidak puasa hati dengan beliau dan juga peranan Rosmah dalam pentadbirannya.

Dalam buku setebal lebih 300 halaman dan 25 bab yang disifatkan oleh penulis buku sebagai "menegur Najib selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri", bukan bertujuan "mengkritik parti", secara jelas kritikan tersebut cuba mengasingkan Najib daripada UMNO. Khususnya dalam kritikan tajam terhadap tindak-tanduk Rosmah, penulis buku menyifatkan faktor Rosmah bakal menjahanamkan UMNO dalam pilihan raya umum akan datang seperti mana faktor Khairy Jamaluddin semasa Pilihan Raya Umum 2008. Masih ingatkah serangan Mahathir terhadap Pak Lah bahawa wujud campur tangan pentadbiran oleh sekumpulan "budak Tingkat 4" pada ketika itu? Persoalan seumpama juga dibangkitkan oleh Shahbudin Husin berhubung peranan dan campur tangan Rosmah dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan pimpinan seorang anak bangsawan bergelar Najib.

"Sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib melakukan banyak kelemahan, disebabkan oleh kepimpinannya, masalah yang disebabkan oleh isterinya."

"Tidak pernah dalam sejarah Malaysia, seorang Perdana Menteri diragui rakyat sebegini rupa."

"Jika dihitung, luahan rasa kecewa, tidak yakin malah keraguan lebih banyak kedengaran berbanding sanjungan dan keyakinan."

"UMNO dan kerajaan yang diterajui Najib dipertikai hampir dari semua sudut sebenarnya."

"… isu campur tangan isteri dan penglibatan beberapa pegawainya yang didakwa rasuah dan salah guna kuasa, semuanya menjurus kepada semakin meningkatnya ketidakyakinan rakyat terhadap beliau."

Bayangkan, komen-komen sedemikian bukan datang daripada Pemuda KEADILAN atau Pemuda PAS, tetapi Pemuda UMNO. Bayangkan juga, bagaimana Pak Lah yang juga merupakan anak seorang ulama tumbang selepas Pilihan Raya Umum 2008 tetapi UMNO masih berdiri angkuh memainkan segala isu yang bercanggah dengan prinsip dan dasar sebuah kerajaan yang adil dan saksama.

Dengan kata lain, tidak cukup sekadar menukar pemimpin. Apabila wujud sebuah parti yang memberikan harapan, adalah wajar pemimpin bermasalah dalam parti tersebut ditukarkan agar parti tersebut dapat bertindak secara gagah membawa perubahan secara dasar kepada negara.

Tetapi, apabila wujud sebuah parti yang terlalu korup sifatnya, tidak cukup sekadar menukar pemimpin dan mengharapkan pemimpin baharu dapat membawa harapan baharu berlandaskan sebuah parti yang korup. Harapan baharu datang daripada perubahan secara dasar dan pembaharuan keseluruhan. Dalam konteks Malaysia hari ini, pertukaran parti yang memerintah lebih penting daripada pertukaran pemimpin sebuah parti. Jangan lagi rakyat mengulangi sejarah pertukaran pemimpin UMNO tanpa menukarkan UMNO. Sebarang tindakan drastik setelah mengambil kira percaturan politik realiti tidak bermakna parti yang memerintah mampu berubah secara dasar dan menyeluruh.

Syabas kepada Najib kerana membuat pengumuman pemansuhan ISA dan seumpamanya. Idea perubahan termaktub dalam Buku Jingga. Kini pelaksanaan Program 100 Hari Pertama oleh Pakatan Rakyat apabila mendapat mandat rakyat nampaknya diawalkan ekoran Najib terdesak untuk berbuat demikian. Tetapi pengumuman tersebut sekadar langkah awal berkaitan perubahan besar yang dinanti-nantikan oleh rakyat terbanyak.

Sama ada ahli Parlimen UMNO yang lain dan juga Perkasa memberi sokongan kepada usul kerajaan ekoran keperluan proses perundangan berhubung pengumuman-pengumuman berkaitan dimulakan masih tidak menentu. Dewan Rakyat akan bersidang pada 3 Oktober 2011. Empat hari pertama akan diperuntukkan untuk bacaan pertama, kedua dan ketiga rang undang-undang sama ada yang melibatkan pindaan atau penggubalan akta baharu.

Melihat kepada perkembangan baru-baru ini. Kerajaan Persekutuan telah memperkenan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Parlimen berhubung tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya yang begitu terserlah dalam konteks gerakan BERSIH 2.0 yang juga memperlihatkan kemarahan dan ketidakpuasan rakyat terhadap pentadbiran Najib yang disifatkan sebagai represif.

Bermula pada 7 Oktober 2011, Najib akan membentangkan Belanjawan Negara 2012. Seterusnya, sidang dewan akan menumpu kepada perbahasan belanjawan sehingga 29 November 2011. Kalau jadual sidang dewan diikuti tanpa perubahan, dua hari terakhir sidang dewan yakni 30 November 2011 dan 1 Disember 2011 barulah dewan kembali menguruskan perkara rang undang-undang.

Maka persoalannya, dalam keadaan di mana peruntukan hari untuk urusan rang undang-undang sekadar enam hari secara keseluruhan, dapatkah usul-usul berkaitan dengan pengumuman Najib diuruskan secara menyeluruh dan memuaskan? Persoalan seterusnya, apabila tumpuan dewan adalah terhadap urusan Kerajaan Persekutuan ekoran pengumuman Najib, apakah urusan pembaharuan sistem pilihan raya bakal diketepikan?

Pengumuman semalam oleh Najib melibatkan pemansuhan dan pindaan bilangan akta yang banyak, antaranya termasuk:

1.Perlembagaan Persekutuan;
2.Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960;
3.Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) (No. 5) 1969;
4.Akta Kediaman Terhad 1933;
5.Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1964;
6.Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1979;
7.Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984;
8.Akta Buang Negeri 1959;

Kalau Najib memegang kuat kepada prinsip yang berkait rapat dengan pengumumannya, masa yang cukup harus diperuntukkan untuk urusan dewan berkaitan di mana pertimbangan juga harus diberikan kepada urusan-urusan seperti kemungkinan memansuhkan sama sekali keperluan permohonan lesen penerbitan dan digantikan dengan pendaftaran bersifat administratif, menghadkan kuasa Menteri dengan mengizinkan keputusan Menteri dicabar dalam Mahkamah dan sebagainya.

Sesungguhnya, berikutan pemansuhan ISA dan ordinan darurat, Kerajaan Persekutuan patut mengemukakan usul meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya mangsa tahanan tanpa bicara, malahan patut mengemukakan usul memberi pampasan kepada semua mangsa berkaitan. Masih ingatkah Najib bahawa terdapat kes Mahkamah menolak permohonan rayuan bekas tahanan ISA, Abdul Malek Hussein yang hilang pampasan RM2.5 juta setelah Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan kerajaan untuk mengetepikan tuntutan samannya?

Tanggal 7 April 2011, Rang Undang-Undang Ahli Persendirian "Akta Pemansuhan Darurat" yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah (gambar kiri) ditolak dalam kamar. Serupa dengan sejarah kemerdekaan di mana UMNO "menyambut kemerdekaan" setelah tanah jajahan melalui fasa "orang-orang yang berjuang menentang British, yang mendapat hasilnya ialah orang-orang yang bekerja dengan British", kini tuntutan yang dibangkitkan oleh Nurul Izzah dijadikan produk imej demokrasi seorang Perdana Menteri demi kelangsungan hayat politiknya.

Melihat kepada bilangan hari dan bilangan usul yang perlu diuruskan oleh dewan, seorang Perdana Menteri yang berazam melakukan transformasi politik secara berimpak akan memanjangkan bilangan hari persidangan dewan, bukan memanggil pilihan raya umum.

Baca: Perutusan Khas PM sempena Hari Malaysia 2011

Rakaman CCTV Datuk T Disiarkan Di Internet, AMK Buat Laporan Polis

Posted: 18 Sep 2011 06:00 AM PDT

KUALA LUMPUR 18 SEPT : Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini membuat satu laporan polis terhadap penulis blog Papa Gomo kerana bertindak menyiarkan satu lagi sedutan klip video fitnah yang menunjukkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan lif apartmen lokasi didakwa melanggani pelacur asing.

Timbalan ketua penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip berkata, laporan itu dibuat pada jam 2.00 tadi di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi.

Menurut Rozan, pihaknya juga mendesak Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar agar tampil membuat satu kenyataan rasmi bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak terlibat dalam menyiarkan satu lagi sedutan klip video itu yang jelas merupakan tindakan terdesak Umno-BN terus-terusan untuk menghancurkan karier politik ketua pembangkang itu.

"Kami ingin seberapa segera Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak tahu menahu tentang dari mana Papa Gomo mendapat rakaman ini, sebab itu kami tampil membuat laporan, agar kes ini disiasat segera kerana ia mengancam ketua pembangkang Malaysia," katanya ketika ditemui di luar perkarangan IPD Dang Wangi, petang tadi.

Semalam, negara sekali lagi dikejutkan dengan pendedahan terbaru keratan video menerusi rakaman CCTV yang menunjukkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah di media arus perdana setelah di muat-naik (upload) dalam blog pro-umno, Papa Gomo.

Penulis blog Papa Gomo menyiarkan rakaman bertarikh 13 Januari 2011 yang disebutnya sebagai rakaman "eksklusif", menunjukkan dua lelaki yang didakwa ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Anwar, masuk dan keluar lif bangunan Apartmen Ampang, yang dikatakan tempat berlaku aksi seks tersebut.

Menerusi blog tersebut, klip rakaman itu seakan disunting untuk menunjukkan rakaman CCTV itu dengan video seks di Carcosa selari dengan urutan tanda masa peristiwa tersebut.

Bagaimanapun, pendedahan itu menimbulkan keraguan apabila pakaian kedua-dua lelaki dalam CCTV itu, tidak kelihatan sepadan dengan kedua-dua lelaki yang ditunjukkan
dalam video seks berkenaan.

Dalam CCTV itu juga, lelaki yang dikatakan Eskay memakai pakaian yang berwarna gelap, manakala dalam video seks, lelaki yang ditunjukkan, berbaju dan berseluar cerah.

Rakaman CCTV itu sebelumnya disebut dalam fakta kes apabila Eskay dan dua orang lagi anggota trio 'Datuk T' dihadapkan di mahkamah atas tuduhan menyiarkan video lucah itu Jun lalu.

Sementara lelaki yang didakwa mirip Anwar itu pula berseluar gelap dalam rakaman CCTV itu, tetapi seluar dalam video seks itu kelihatan cerah.

Sehubungan itu, Rozan mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut berhubung perkara tersebut, namun menjelaskan bahawa rakyat kini sudah bijak menilai kerja-kerja jahat para blogger pro Umno yang secara terbuka mengaibkan Anwar.

"Kami AMK bertindak untuk tidak mahu memberi sebarang penjelasan berhubung isu teknikal, sama ada kesahihan video ini. Isu pakaian sama atau tidak, kerana kami yakin orang ramai bijak untuk menilai sendiri, dan yakin ia adalah usaha blogger seperti Papa Gomo untuk kembali menyerang secara peribadi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim," jelasnya.

Selain itu, AMK dalam laporan polisnya hari ini turut menuntut Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim agar memberi penjelasan segera berhubung perkembangan terkini siasatan laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap beberapa pihak yang didakwa terlibat menyebarkan satu video seks di Internet, pada 5 April lalu.

Video seks berkenaan dipercayai merupakan sedutan daripada video lucah yang ditunjukkan kepada sekumpulan wartawan dan individu berkepentingan sejak 21 Mac lalu.

Laporan itu antara lainnya menamakan laman papagomo.com, pisau.net dan juga gerakanantipkr.blogspot.com sebagai pihak yang perlu disiasat berhubung penyebaran video berkenaan.


Halang Ahli Politik Beri Kuliah Agama, Tindakan Tidak Masuk Akal

Posted: 18 Sep 2011 05:53 AM PDT



SHAH ALAM 18 SEPT : Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman menegaskan tindakan menghalang mana-mana ahli politik dan wakil rakyat daripada menyampaikan kuliah agama di masjid mahupun surau adalah langkah "tidak masuk akal."

"Menghalang ahli politik ataupun mereka yang dipilih oleh rakyat bercakap dan menyampaikan maklumat tentang agama adalah satu perkara yang tidak masuk akal, malah saya tidak setuju langsung," katanya.

Dr Rani yang juga ADUN Meru itu berkata, beliau kesal dan tidak berpuas hati kerana tauliahnya untuk mengajar oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah ditarik balik.

Khamis lalu, Pengarah Jais Marzuki Hussin dipetik berkata ahli politik tidak lagi diberi tauliah untuk berceramah di semua 2,081 surau dan 380 masjid di seluruh Selangor.

"Mana-mana ahli politik yang mempunyai tauliah sebelum ini tidak boleh memperbaharuinya sebaik ia tamat dan mereka tidak lagi dibenarkan memberikan ceramah di semua surau dan masjid di negeri ini," kata Marzuki.

Marzuki berkata, larangan terhadap ahli politik itu adalah bagi mematuhi titah perintah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui surat pekeliling bertarikh 22 Jun lalu.

Menurutnya lagi, Sultan Selangor tidak berkenan untuk memberikan tauliah kepada semua ahli politik untuk berceramah di semua surau dan masjid di seluruh Selangor.

Dr Rani yang dilantik sebagai ketua PAS negeri Jun lalu menambah, pentauliahan diadakan bagi mengelak daripada berlakunya penyebaran ajaran sesat oleh mereka yang tidak dikenali tetapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya.

"Kita melihat ramai ahli politik yang mempunyai sijil-sijil agama yang diiktiraf sama ada di dalam mahupun di luar negara dan kebanyakan darinya telah mendapat pengiktirafan dari Arab dan juga Mesir.

"Jadi isu ajaran sesat tidak timbul, malah menghalang mereka-mereka ini dari menyampaikan sesuatu kebaikan adalah bertentangan dengan apa yang Islam kehendaki," tambah beliau dipetik Harakahdaily hari ini.

Dr Rani memberitahu, sebelum ini pemimpin Umno bebas melakukan apa sahaja termasuk menyampaikan dakwah di surau-surau mahupun masjid.

Katanya, jika dulu pemimpin-pemimpin Umno bebas melakukan apa saja yang mereka mahu termasuk menyampaikan tazkirah di surau mahupun masjid, malah bermacam-macam perkara mereka lakukan.

"Sepanjang itu jugalah kita melihat tidak pernah ada pentaulihan diberikan malah Jais hanya berdiam diri dan yang paling mendukacitakan Jais juga turun sama dalam program yang dianjurkan oleh Umno itu.

"Dulu tak pernah wujud seperti ini tetapi sekarang macam-macam halangan ada. Kita tidak bebas lagi hendak menyampaikan dakwah malah setiap pergerakan kita dipantau," tambah Dr Rani.

Beliau juga menjelaskan, walaupun tauliahnya telah ditarik balik aktiviti dakwahnya tetap diteruskan.

"Saya akan tetap berdakwah walaupun tidak diberi tauliah oleh Jais, jika sebelum saya menjadi Adun saya bebas melakukan dakwah atas sebab apa saya hendak hentikannya.

"Jika ada pihak mengatakan isi penyampaian dakwah saya ada yang salah sila buktikan kesalahan itu dan setiap tuduhan perlu ada bukti yang kukuh bukannya sekadar cakap kosong," kata wakil rakyat penggal pertama ini.

PKR Ragui Klip Terbaru, Dakwa Umno-BN Teruskan Taktik Lama

Posted: 18 Sep 2011 05:51 AM PDT

KUALA LUMPUR 18 SEPT : Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan tindakan menyiarkan satu lagi sedutan klip, menunjukkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan lif apartmen lokasi didakwa melanggani pelacur asing, sebagai perbuatan terdesak Umno-BN berterusan dan terancang dengan bantuan pihak berkuasa.

Naib Presiden PKR N Surendran berkata, pihaknya yakin tindakan sedemikian akan dipertingkatkan ketika pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

Sambil menegaskan orang ramai sudah bosan dengan perbuatan sedemikian, peguam ini menambah, beliau yakin Umno-BN akan meneruskan serangan sedemikian selepas ini.

"Saya hendak sebutkan dengan ringkas ... ini kerja terdesak musuh politik Datuk Seri Anwar (gambar), mereka merancang dan adakan klip-klip rekaan, dan saya yakin setiap bulan akan ada terbitan macam ini ... ini dilakukan oleh Umno-BN, dengan kerjasama pihak berkuasa, saya berani untuk mengatakan yang ini," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider malam tadi.

"Sebagaimana kami katakan sejak timbulnya klip rakaman sebelum ini, dalam dunia teknologi yang canggih pada masa sekarang, bukan sukar untuk mengadakan bahan-bahan macam ... saya yakin mereka akan terus dengan perbuatan mereka sehingga pilihan raya," kata beliau yang turut mengakui bahawa warna pakaian dikenakan oleh ahli perniagaan Datuk Shahzryl Eskay Abdullah dalam video yang dipertontonkan pada Mac lalu dan disebarkan menerusi Internet kemudian berbeza dengan dalam sedutan klip terbaru dilihat semalam.

"Ya, kedua-duanya jauh berbeza ... ini sudah cukup untuk mengatakan bahawa ada unsur rekaan dan manipulasi, yang penting untuk dikatakan di sini ialah pihak terbabit mereka cipta bahan macam ini," katanya lagi sambil menambah, biar rakyat menilai perbuatan mereka.

Kata beliau, musuh politik seharusnya berani untuk berhadapan isu-isu dasar daripada menggunakan taktik dan serangan macam ini.

Selepas mendedahkan klip rakaman video seks, didakwa pelakunya Anwar awal tahun ini, semalam blog pro-Umno menyiarkan sedutan klip menunjukkan Ketua Pembangkang itu memasuki lif premis lokasi kejadian.

Sedutan yang dibawa blog papagomo menunjukkan Anwar memasuki lif sebuah apartmen dengan diiringi Shahzryl Eskay, dirakamkan melalui kamera litar tertutup (CCTV).

Ia menunjukkan Anwar memakai baju ungu dan berselipar manakala Shahzryl Eskay sut berwarna hitam.

Dua sedutan klip dimuatkan iaitu masing-masing satu ketika masuk ke dalam lif dengan Anwar di depan dan satu lagi ketika keluar dari lif. Ketika keluar lif, Shahzryl Eskay berada di depan.

Butiran pada sedutan itu menunjukkan mereka masuk ke dalam lif pada pukul 10.09 malam dan keluar pada pukul 10.52 malam, 21 Februari lalu.

Tarikh itu sama dengan tarikh kejadian hubungan seks dengan pelacur dari China didakwa diadakan, yang didedahkan oleh "Datuk T" pada 21 Mac lalu.

Sedutan ini berwarna manakala klip rakaman yang didedahkan pada 21 Mac lalu pula berwarna hitam. Sedutan klip rakaman hitam putih telah pun didedahkan kepada umum melalui blog-blog Umno sebelum ini.

Kata blog papagomo, "rakaman yang mana dirakam oleh CCTV dengan warna jelas dan muka Anwar juga jelas kelihatan. Waktu rakaman juga selari dengan apa yang dilakukan oleh Dato Seri Anwar bersama pelacur China tersebut."

Blog itu juga mendakwa waktu yang dicatatkan pada video seks tersebut seiring dengan rakaman CCTV yang menunjukkan Anwar masuk ke dalam lif dan kemudian keluar.

"Malah sebelum ini juga kita semua telah didedahkan dengan kehilangan Datu Seri Anwar Ibrahim dalam Twitter dan Facebook waktu hubungan seks tersebut berjalan," kata blog tersebut.

Anwar bagaimanapun telah menafikan 'kehilangan' yang dimaksudkan dan beliau juga bukan lelaki yang didakwa dalam video itu.

Beliau membuat laporan polis pada 22 Mac lalu iaitu sehari selepas Shahzryl Eskay mendedahkan klip rakaman itu.

Shahzryl dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim - mengelar diri mereka "Datuk T'mengaku bertanggungjawab atas tindakan mendedahkan klip itu kepada wakil media terpilih pada 21 Mac lalu di Carcosa Seri Negara.

Pada 24 Jun, trio "Datuk T" itu mengaku bersalah menayangkan rakaman video seks Mac lalu dan dikenakan denda total RM5,500.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Fitnah Liwat II: Pakar DNA Australia terus pertikai penemuan ahli kimia

Posted: 18 Sep 2011 09:18 PM PDT

KUALA LUMPUR: Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ram Karpal menyambung semula soal periksa terhadap pakar DNA dari Australia, Dr Brian Mc Donald dalam perbicaraan kes fitnah membabitkan ketua pembangkang itu.
McDonald, yang merupakan saksi pembela keempat, dijangka mengambil masa dua hari bagi memberi keterangan beliau dengan pemeriksaan balas oleh pihak pendakwa.
Berikut  perbicaraan pada pagi ini:
8.55 pagi: Peguam Sankara Nair dan CV Prabhakaran tiba di mahkamah bersama pakar DNA Dr Brian Mc Donald.
Read More / Baca Lagi >>

GST Selepas PRU 13 : Pastikan Pengundi Tidak Pilih BN

Posted: 18 Sep 2011 09:06 PM PDT


Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia (LPAS) meminta pengundi tidak mengundi Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya akan datang ( ke 13) bagi memastikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak dilaksanakan. Ini ekoran komitmen Perdana Menteri dalam sebuah kenyataannya semalam bahawa GST akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat iaitu selepas PRU ke 13.

Read More / Baca Lagi >>

Provokasi Keterlaluan Melampaui Rasionaliti Politik Baru

Posted: 18 Sep 2011 09:05 PM PDT

1. Tuan Haji Muhammad bin Sabu terus menjadi sasaran pihak UMNO dan media berkait isu Kontraversi mengenai sejarah kemerdekaan negara. Beliau telah diasak dari pelbagai arah dengan begitu sistematik untuk mematikan karier politik dan memusnahkan reputasinya sebagai Timbalan Presiden PAS.

2. Saya tidak nafikan kenyataan Tuan Hj Muhammad Sabu tempohari telah mencetuskan kontraversi dan mencabar dokumen sejarah yang ditulis oleh "pemenang" sebelum ini. Ia satu langkah berani dan akhirnya diakui oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Khalid Nordin malah juga Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bahawa sejarah sayugianya dikaji semula kerana terdapat beberapa aspek dan elemen yang kontraversi mesti dimurnikan semula berasaskan sejarah yang absah bukan dilakar atau ditulis mengikut kepentingan pihak tertentu.
Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin Pakatan Jangan Jadi Pelanduk Melupai Jerat

Posted: 18 Sep 2011 09:02 PM PDT

IYA... semua pihak patut sependapat dengan pendapat Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) soal hendak tukar bendera Malaysia tidak perlu diperbesarkan. Apa yang penting ialah tumbangkan kerajaan BN dahulu. Kalau BN tumbang bukan saja bendera boleh ditukar, sejarah boleh ditulis semula dan segala peraturan dalam negara ini boleh dipinda. Syaratnya BN tumbang Pakatan Rakyat mendapat majoriti dua pertiga.

Pada saya cadangan salah seorang Adun DAP M Monaharan itu untuk tukar bendera Malaysia jika Pakatan Rakyat memerintah agak melampau dan melebih-lebih. Tindakan itu umpama mabuk sebelum minum todi. Perbuatan yang dua kali rugi. Pertama sudah mabuk sebelum minum yang kedua meminum benda yang diharamkan.

Janganlah berfikir sejauh itu walaupun ia mungkin ada kebenarannya.
Read More / Baca Lagi >>

Bongkak & Ego : Tiada permohonan maaf, pampasan bagi tahanan ISA

Posted: 18 Sep 2011 09:00 PM PDT

Kerajaan tidak akan memohon maaf atau membayar pampasan kepada bekas tahanan ISA, berikutan pemansuhan undang-undang kuku besi yang digubal pada tahun 1960, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

Ini kerana katanya, undang-undang berkenaan dilaksanakan secara sah, melalui kuasa yang diberikan kepada pihak polis.Read More / Baca Lagi >>

Majlis Akhbar boleh kurang tekanan?

Posted: 18 Sep 2011 08:57 PM PDT

Cadangan penubuhan Majlis Akhbar Malaysia diharap mampu mengurangkan tekanan kepada akhbar, kata Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC), Mokhtar Hussain.Beliau berkata penubuhan majlis itu juga akan menjadi saluran untuk menyampaikan apa jua cadangan untuk mengurangkan lagi tekanan dan memberi kebebasan kepada media massa," katanya.
Beliau berkata pada masa kini orang ramai mempunyai saluran alternatif untuk mendapatkan maklumat contohnya melalui internet, justeru kebebasan yang lebih perlu diberi kepada akhbar untuk memainkan peranan tanpa ada apa-apa yang perlu dibimbangkan.
Read More / Baca Lagi >>

Sejarah, pil oral anti-ED dan 'Stockholm Syndrome'

Posted: 18 Sep 2011 08:53 PM PDT

Seraya menjauhi Plato dan al-Farabi
Kuteliti dunia indra dengan mata sendiri
Tak pernah aku mengemis dan pinjam pandang orang lain
Dengan pandangan sendiri, muncullah apa yang kuingin


azlanTiba-tiba, sejarah menjadi topik paling hangat untuk diperkatakan. Mana tidaknya, untuk setiap 30 minit berita utama, 10 minit digunakan media massa untuk menghentam Mat Sabu. Eh, Mat Sabu?
Gila glamor betul Mat Sabu ni. Ada rakan saya kata, gila populariti! Nak jadi artis!
Haih, sampai jadi artis Mat Sabu!
Tetapi, mahu atau tidak kita perlu berterima kasih kepada Mat Sabu kerana telah menjolok sarang tebuan. Yang anehnya, sarang tebuan yang dijoloknya adalah sisi sejarah yang selama ini disorok oleh Umno.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar tidak mahu layan klip baru didedah blog pro-Umno

Posted: 18 Sep 2011 08:52 PM PDT

Sedutan rakaman CCTV menunjukkan Anwar dan Shahzryl keluar dari lif sebuah apartmen, yang disiarkan oleh blog papagomo kelmarin.
KUALA LUMPUR, 19 Sept — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu melayan pendedahan klip video berwarna oleh sebuah blog yang didakwa membabitkan dirinya, kelmarin. Anwar berkata blog tersebut menjadi alat parti politik kerajaan untuk menenggelamkan isu-isu penting yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Video - Orang Asli: Don't treat us like animals

Posted: 18 Sep 2011 08:46 PM PDT

Video - PERKASA: Kekalkan elemen pencegahan ISA

Posted: 18 Sep 2011 08:45 PM PDT

Video : Yemen crackdown leaves 26 dead

Posted: 18 Sep 2011 08:44 PM PDT

Video - The US should intervene in Yemen : opposition

Posted: 18 Sep 2011 08:44 PM PDT

Video :Doctor describes the situation in field hospital in Sanaa

Posted: 18 Sep 2011 08:43 PM PDT

Pakatan tak akan tukar bendera Malaysia, tapi akan tukar kerajaan UMNO@BN

Posted: 18 Sep 2011 08:33 PM PDT

Pakatan Rakyat memberi jaminan bendera Malaysia yang diguna-pakai sejak negara mencapai kemerdekaan tidak akan ditukar sekalipun pembangkang mengambil alih Putrajaya.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, tiada keperluan untuk menukar bendera kerana ia adalah lambang kedaulatan negara.Read More / Baca Lagi >>

Stop subsidising cheap foreign labour

Posted: 18 Sep 2011 08:29 PM PDT

For years, local workers have sacrificied their lifestyle so that employers could reap higher profits.
PETALING JAYA: An independent financial research group has urged the government to remove corporate subsidies in the upcoming Budget 2012, particularly those involving cheap foreign labour.
Research for Social Advancement (Refsa) executive director Teh Chi-Chang said that local workers have sacrificed decent jobs, housing and lifestyle for years so that corporations can enjoy higher profits by employing cheap foreign labour.
"But this has provided little incentives to the employers to invest in productivity improvements for our local workers," Teh in a research paper.
Read More / Baca Lagi >>

Drop charges on Hindraf 54

Posted: 18 Sep 2011 08:28 PM PDT

This would show that Najib was genuine in bringing about greater civil liberty, says Hindraf Makkal Sakti.
GEORGE TOWN: Hindraf Makkal Sakti today called on the Barisan Nasional (BN) federal government to drop the charges against its 54 activists for alleged involvement in an outlawed organisation.
It secretary P Ramesh said that by dropping the charges, Prime Minister Najib Abdul Razak will prove true to his words that his government was finally driving the country towards greater civil liberty.
If Najib is serious to improve the country's internationally disapproved human rights record, he said the Prime Minister Office (PMO) should advise the Attorney-General's Chambers to drop the charges against the 54 immediately.
Read More / Baca Lagi >>

Mahathir's shadow looms large over ISA, Emergency law repeals

Posted: 18 Sep 2011 08:27 PM PDT

Mahathir's shadow looms large over ISA, Emergency law repealsStatesmen never die, they merely fade away into the annals of history but ex-premier Mahathir Mohamad is an exception - he just keeps on talking and calling the shots. No surprise that in the weeks leading up to the ISA repeals proposed by Prime Minister Najib Razak, the grand old man of Malaysian politics was issuing statements right, front and centre.
History is repeating itself, for we all remember that Mahathir was highly vocal when the call came for Abdullah Badawi's ouster, to the point that Mahathir stated that he may have made a mistake in choosing Badawi as his successor. Would Mahathir say the same for Najib now?
Already Mahathir is of the opinion that a delay in the calling for GE-13 would be better for BN and would allow time for Najib to review his list of candidates. But many pundits say Najib's problems have nothing to do with the candidates list and everything to do with his inability to be prime minister for all Malaysians.
Read More / Baca Lagi >>

Umno factions brace for a mighty shake-up ahead of twin polls

Posted: 18 Sep 2011 08:26 PM PDT

Umno factions brace for a mighty shake-up ahead of twin pollsA high stakes shadow play involving several formidable factions in Umno has emerged as the political temperature heats up in the run-up to the country's next general election, widely expected within the next six months, and then the party's own internal election due next year.
All signs point to an imminent shake-up in Umno as things don't seem to be going according to the game plan envisaged by the party leaders. There is already mounting pressure from the grassroots and certain leaders are subtly clamouring for a change to more decisive leadership.
With Prime Minister Najib Razak and his deputy, Muhyiddin Yassin, clearly not on the same page, the stage appears set for a change of script and, more pertinently, even a change of the cast.
Read More / Baca Lagi >>

Just days old, Najib's ISA repeals plan has hit a snag

Posted: 18 Sep 2011 08:25 PM PDT

Just days old, Najib's ISA repeals plan has hit a snagBarely a week has passed, but already there are signs that Prime Minister Najib Razak's sudden and surprise proposal to repeal the Internal Security Act and Emergency Laws have hit a snag.
Unless Umno, the boss in the ruling BN coalition, gets its act together, the repeals will not happen at the next Parliament sitting due to begin in early October. What more the replacement new laws for the repealed Acts, which need drafting and scrutiny before Parliaments passes them.
According to de-facto Law Minister Nazri Aziz, the paper for the new legislation can only be tabled when the Parliament convenes in March 2012. But Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin has refuted Nazri, claiming that the two new Acts replacing the ISA and its sister Emergency laws can be be tabled before year end. As for Malay rights champion Ibrahim Ali, he has ominously announced that unless the new law had the "spirit of the ISA" in them, he and his Perkasa group will stage protests.
Read More / Baca Lagi >>

Fitnah Liwat II: Najib dan Rosmah akan tampil?

Posted: 18 Sep 2011 08:23 PM PDT

Peguambela Ram Karpal akan menyambung menyoal-periksa pakar DNA Australia, Dr Brian McDonald dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersambung hari ini.Read More / Baca Lagi >>

Pemuda PAS sokong usaha daulatkan Palestin

Posted: 18 Sep 2011 08:22 PM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Sept: Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengalu-alukan langkah Presiden Mahmoud Abas yang akan meneruskan usaha untuk memastikan pengiktirafan negara Palestin berdaulat terutamanya ketika Persidangan Pertubuhan Bangsa-banga Bersatu tidak lama lagi.
Naib Ketua DPPM, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss (gambar) berkata, pihaknya juga mempertikaikan kesungguhan Presiden Obama yang kelihatan tidak konsisten dalam janjinya dahulu ketika ucapannya di Mesir bahawa beliau akan memastikan bumi Palestin mndapat pembelaan yang sewajarnya.
Katanya, ucapan Presiden Amerika itu sejak akhir-akhir ini dilihat semakin menikus apabila Israel mengancam untuk berkerjasama dalam menjayakan pelan kedaulatan Palestin.
Read More / Baca Lagi >>

ISA: Yang dibantah ialah prinsip zalimnya

Posted: 18 Sep 2011 08:21 PM PDT

Sementara pelbagai pihak pada zahirnya mengalu-alukan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, memansuhkan beberapa akta dan peraturan yang selama ini dianggap membelenggu kehidupan rakyat, berita mengembirakan itu sewajarnya disambut dengan lebih berhati-hati dan berpada.

Dalam perutusan khasnya sempena Hari Malaysia yang disiarkan secara langsung menerusi kaca tv pada malam 15 September, Najib antara lain mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA).

Beliau memberi jaminan dua undang-undang baru yang bakal digubal menggantikannya bagi maksud mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah tidak akan digunakan untuk menahan mana-mana individu semata-mata kerana ideologi politik.

Read More / Baca Lagi >>

Najib sengaja ketepi pejuang mansuh ISA

Posted: 18 Sep 2011 08:19 PM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Sept: PAS hari ini membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan bahawa inisiatif untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah "keputusan dibuat kerajaan Barisan Nasional sahaja dan bukan perjuangan mana-mana pihak lain" tanpa memberi pengiktirafan kepada pejuang-pejuang mansuh akta zalim itu yang menentang ISA sejak dahulu lagi.

Dalam kenyataannya hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kini tetiba sahaja, pejuang-pejuang yang dulunya bermati-matian nak kekalkan ISA hendak menjadi hero, yang hendak mansuhkan ISA sejak dulu pula sengaja diketepikan.
Read More / Baca Lagi >>

Najib enggan akui kesilapan - Pak Samad

Posted: 18 Sep 2011 08:17 PM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Sept: Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said mempersenda pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang disifatkan sebagai "tidak mengakui kesilapan kerajaannya".
A. Samad yang juga dikenali sebagai Pak Samad berkata, amat malang apabila BN khususnya Najib masih enggan mengakui bahawa pengumuman pemansuhan itu hasil desakan rakyat khususnya anak muda yang mahukan perubahan demokrasi.

"Selama 54 tahun mereka tak terfikirkan pun ISA itu harus dikikis. Tiba-tiba sahaja mendapat ilham, dan tidak mengakui bahawa ini adalah desakan daripada kelompok antaranya anak muda bahawa kita sudah tidak tertahan lagi.
Read More / Baca Lagi >>

PAS: Tidak perlu tukar Jalur Gemilang, tapi tukar kerajaan BN

Posted: 18 Sep 2011 08:16 PM PDT


KUALA LUMPUR, 19 Sept — PAS melahirkan pendirian tiada keperluan untuk menukar Jalur Gemilang sebagaimana didakwa disarankan oleh wakil rakyat DAP Jumaat lalu, sebaliknya menegaskan usaha penting buat masa sekarang ialah mengambil langkah untuk menukar kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Tiada keperluan untuk menukar bendera negara kerana bendera adalah lambang kedaulatan negara. Disebabkan itu, sebagai rakyat Malaysia, bendera negara perlu dipertahankan, tidak boleh diperlekehkan dan dipersendakan," kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Read More / Baca Lagi >>