Jumaat, 12 Ogos 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Dari London : Suspek samun Asyraf ditahan

Posted: 12 Aug 2011 11:36 PM PDT



Oleh ISABELLE LAI and NG CHENG YEE

PETALING JAYA: Polis Britain pada Jumaat telah menahan seorang lelaki yang mempunyai kaitan dengan kejadian samun pelajar Malaysia, Muhd Asyraf Haziq Rossli ketika rusuhan di London Isnin lalu.

Polis Metropolitan London dalam satu kenyataan turut mengesahkan penahan suspek yang berusia lingkungan 20 tahun.

"Pegawai polis telah menangkap seorang lelaki yang mempunyai kaitan dengan kejadian seorang lelaki disamun oleh sekumpulan orang yang berpura-pura membantunnya selepas dia diserang ketika rusuhan, Isnin lalu," kata kenyataan itu.

Difahamkan suspek ditahan pada pukul 5 petang waktu tempatan selepas sekatan dijalankan di beberapa lokasi.

Muhd Asyraf, 20, pelajar tahun pertama pengajian perakaunan tajaan Mara di Kolej Kaplan, mengalami patah gigi dan cedera di rahang apabila diserang dan disamun sekumpulan lelaki yang dalam rusuhan di London.

Dia kini sudahpun dibenarkan keluar daripada Hospital Royal London pada Khamis berkata akan tetap meneruskan pengajiannya di London walaupun keluarganya mahu dia pulang dan menyambung pengajian di Malaysia.

Muhd Asyraf turut melahirkan rasa terkejut ketika melihat rakaman video serangan ke atasnya.

"Saya terkejut kerana sebahagian daripada penyerang itu adalah kanak-kanak. Saya juga tidak menyangka ada orang yang merakam kejadian itu," katanya kepada pemberita.

Sementara itu, pemangku Pesuruhjaya Tinggi Ray Kyles turut meluangkan masa bertemu ibu bapa Asyraf, Rossli Harun dan Maznah Abu Mansoor, di Kuala Lumpur pada Khamis.

Kyles turut merakamkan simpati beliau kepada mereka dan memberi jaminan kepada pasangan itu bahawa anak lelaki mereka akan mendapat 'rawatan perubatan yang sangat baik di UK'.

"Saya menyambut baik berita penahanan seorang lelaki yang mempunyai kaitan dengan insiden ini. Saya yakin polis UK akan bekerja keras untuk membawa pelaku jenayah ini ke muka pengadilan," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia Simon Featherstone turut meluangkan masa Muhd Asyraf selepas pelajar itu dibenarkan keluar daripada hospital.

Selepas kunjungan itu, beliau menyifatkan Asyraf sebagai 'seorang anak muda yang mengagumkan dan duta yang baik bagi Malaysia'.

"Keazaman beliau untuk meneruskan pengajian meskipun dilanda insiden ini harus dipuji. Saya mendoakan beliau cepat sembuh agar beliau dapat menyambung semula pengajiannya di UK," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi Britain di sini.

Kenyataan itu turut menyebut pegawai kanan di Pejabat Hal Ehwal Luar dan Komanwel turut mengadakan hubungan yang kerap dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London.

Rusuhan bermula di London beberapa hari lalu selepas seorang lelaki ditembak mati oleh polis di Tottenham, utara London dan merebak ke banyak bandar termasuk Birmingham, Liverpool, Bristol dan Manchester.

MISTERI : Diekori empat lembaga besar, hitam tanpa wajah

Posted: 12 Aug 2011 09:57 PM PDT

SIK - Diekori empat lembaga besar, berwarna hitam tetapi tidak mempunyai wajah, menyebabkan Muhamad Arif Abu Bakar, 24, terus berjalan tanpa arah tuju selepas dilaporkan hilang dari rumah Kampung Kilang Ubi, Begia, kira-kira jam 4 pagi, 1 Ogos lalu.

Mengimbas kembali misteri kehilangannya, Muhamad Arif berkata, dia memang tidak ingat bila keluar dari rumah malah tidak menyedari bagaimana dinding rumah sewanya dikopak.

Menurutnya, sehari sebelum hilang dia mengalami gatal-gatal pada seluruh tubuhnya dan memutuskan untuk ke sebuah klinik swasta bagi mendapatkan suntikan alahan, kemudian keluar memancing bersama sepupu di Kampung Mambong.

"Kami pulang kira-kira jam 7.30 malam dan pada malam itu saya tidak pasti jam berapa saya terlena, cuma seingat saya, apabila tersedar saya berada dalam hutan, di atas bukit yang dipenuhi pokok balak, namun saya tidak pasti di mana tempat itu tetapi berhampiran Begia.

"Sebenarnya, saya melihat ada empat lembaga besar berwarna hitam, tidak nampak rupa, mengekori ke mana sahaja saya pergi menyebabkan saya terus berjalan tanpa arah tuju," katanya.

Muhamad Arif mendakwa pernah bercakap dengan lembaga terbabit dan menyuruh menangkapnya dengan syarat dibawa bertemu dengan anak dan isteri terlebih dahulu.

"Namun lembaga berkenaan yang tidak bersuara, langsung tidak bertindak sebaliknya terus mengekori ke mana sahaja saya pergi.

"Saya terus berjalan dan ada kalanya rasa seperti sedang terbang, malah semasa berada dalam hutan, saya juga ternampak harimau tetapi ia tidak menerkam saya," katanya.

"Jangan buli saya encik Karpal" - Rosmah Mansor

Posted: 12 Aug 2011 08:53 PM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor memberitahu peguam yang mewakili ketua pembangkang yang juga defendan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa mereka tidak mahu menjadi saksi pembela.

Ini didedahkan oleh peguam utama Anwar - Karpal Singh - dan juga peguam Sankara Nair.

Karpal dan Sankara, serta peguam kanan Datuk Param Cumaraswamy dan Ram Karpal, berada di dalam bilik yang sama apabila saksi-saksi dibawa masuk, seorang demi seorang.

Karpal berkata, apabila peguambela tiba di kompleks mahkamah, Najib dan Rosmah sudahpun berada di situ.

"Najib masuk dahulu dan apabila kita tanya, beliau kata tak mahu jadi saksi pembela dan tidak mahu ditemubual," kata Karpal.

Kemudian tiba giliran Rosmah dan beliau memberitahu perkara yang sama, dan diikuti pula oleh bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.

Ketiga-tiga mereka (Najib, Rosmah dan Rodwan) berada di dalam bilik dan mereka tidak ditemani peguam.

Najib dan Rosmah tiba kira-kira jam 2.55 petang dan beredar kira-kira jam 3.28 petang.

Pembantu mereka menunggu di luar semasa mereka menghadiri temubual ringkas itu.

Karpal berkata mereka terkejut kerana tiada tanda-tanda yang Najib dan Rosmah akan datang hari ini.

"Biasanya, mereka akan memberi notis terlebih dahulu," kata peguam kanan itu.

Karpal menyifatkan Rosmah dalam keadaan 'teramat tegang' ketika diajukan soalan dan pada satu ketika, beliau (Rosmah) berkata, "jangan buli saya, Encik Karpal".

Kata Karpal, beliau tidak tahu mengapa Najib dan Rosmah takut untuk datang ke mahkamah, ketika mengulas keengganan mereka untuk menjawab soalan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor memberitahu peguam yang mewakili ketua pembangkang yang juga defendan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa mereka tidak mahu menjadi saksi pembela.

Ini didedahkan oleh peguam utama Anwar - Karpal Singh - dan juga peguam Sankara Nair.

Karpal dan Sankara, serta peguam kanan Datuk Param Cumaraswamy dan Ram Karpal, berada di dalam bilik yang sama apabila saksi-saksi dibawa masuk, seorang demi seorang.

Karpal berkata, apabila peguambela tiba di kompleks mahkamah, Najib dan Rosmah sudahpun berada di situ.

"Najib masuk dahulu dan apabila kita tanya, beliau kata tak mahu jadi saksi pembela dan tidak mahu ditemubual," kata Karpal.

Kemudian tiba giliran Rosmah dan beliau memberitahu perkara yang sama, dan diikuti pula oleh bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.

Ketiga-tiga mereka (Najib, Rosmah dan Rodwan) berada di dalam bilik dan mereka tidak ditemani peguam.

Najib dan Rosmah tiba kira-kira jam 2.55 petang dan beredar kira-kira jam 3.28 petang.

Pembantu mereka menunggu di luar semasa mereka menghadiri temubual ringkas itu.

Karpal berkata mereka terkejut kerana tiada tanda-tanda yang Najib dan Rosmah akan datang hari ini.

"Biasanya, mereka akan memberi notis terlebih dahulu," kata peguam kanan itu.

Karpal menyifatkan Rosmah dalam keadaan 'teramat tegang' ketika diajukan soalan dan pada satu ketika, beliau (Rosmah) berkata, "jangan buli saya, Encik Karpal".

Kata Karpal, beliau tidak tahu mengapa Najib dan Rosmah takut untuk datang ke mahkamah, ketika mengulas keengganan mereka untuk menjawab soalan. - Malaysiakini

Artis : Lagi artis bertudung

Posted: 12 Aug 2011 04:17 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pelakon "Aku Masih Dara" yang kini sudah memakai tudung mengakui lebih selesa dengan penampilan barunya itu.

Tambah Farah, selepas menutup aurat sepenuhnya dia lebih menjaga adap dari segi percakapan dan pergaulan dengan lelaki bukan muhrim.

"Saya bertudung sejak dua bulan lalu dan mengakui ia datang daripada hati saya sendiri. Selepas melakukan penghijrahan tersebut saya rasa kelainan yang sangat ketara.

"Saya lebih menjaga adap pergaulan terutama untuk bersalam dengan lelaki bukan muhrim, begitu juga dari segi tutur percakapan," ujarnya yang ditemui pada rakaman Melodi Raya, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, Rabu lalu.

Menceritakan detik hatinya terbuka untuk memakai tudung, Farah berkata ia bermula selepas membeli beberapa helai tudung di sebuah butik selepas menjalani penggambaran drama Cinta Abang Lori.

"Saya sebenarnya sudah lama berhasrat untuk memakai tudung tapi tiada tarikh yang tepat untuk itu, jadi suatu hari selesai penggambaran saya singgah di sebuah butik dan membeli beberapa helai tudung.

"Ketika pulang suami saya bertanya mengapa saya membeli tudung tersebut, justeru saya terus mengambil keputusan untuk memakainya," jelasnya.

Tambah Farah, dia gembira penghijrahan tersebut mendapat sokongan sepenuhnya daripada keluarga kedua belah pihak.

"Perkara yang baik sudah tentu keluarga sokong, bila saya katakan mahu bertudung sepenuhnya, mereka sangat gembira dan tidak menolak cadangan ini," tuturnya.

Ditanya tentang kerjayanya dalam bidang lakonan, Farah berkata dia bersyukur masih mendapat tawaran berlakon biarpun dia akui watak yang diterimanya agak terhad.

"Alhamdulillah, ramai dalam industri ini menerima keputusan saya untuk bertudung dan tawaran berlakon masih sama seperti dahulu cuma watak sahaja yang agak terhad berbanding dahulu.

"Ada juga produksi yang meminta saya untuk membuka tudung tetapi saya tetap dengan pendirian saya," ujarnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya soal cahaya mata selepas sembilan bulan mendirikan rumah tangga dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, Farah mengakui masih lagi berharap.

Kata Farah, dia masih terkilan dengan kontroversi yang mengatakan dia telah mengandung sebelum melangsungkan pernikahannya November lalu.

"Saya masih berharap untuk mendapatkan anak tapi buat masa ini ia tidak terlalu terdesak. Saya masih kesal dengan tuduhan yang mengatakan saya hamil sebelum bernikah sedangkan sehingga sekarang saya masih lagi belum dikurniakan rezeki tersebut," ujarnya.

Isu murtad bongkar kepincangan agensi kebajikan, Baitulmal

Posted: 12 Aug 2011 02:08 PM PDT

Oleh Juhaidi Yean Abdullah

2011/08/13
Umat Islam patut buka mata pihak pesong akidah menerusi kerja amal kebajikan

PEMBONGKARAN kes sekumpulan umat Islam yang terpaksa menerima perlindungan di sebuah gereja di Selangor kerana kesempitan hidup minggu lalu mengingatkan penulis kepada keputusan diambil pengurusan Pertubuhan Kebajikan Baitul Fiqh Subang Jaya sekitar dua tahun lalu. Pusat ini menerima lapan pesakit HIV Muslim yang sebelum itu bernaung dalam gereja di Petaling Jaya bagi menyelamatkan akidah mereka. Menurut pesakit, ada di kalangan mereka dibaptiskan ketika nazak dan dikuburkan sebagai Kristian. Kebanyakan pesakit sudah lama terputus hubungan dengan keluarga. Apabila mati, tiada waris menuntut. Seorang pesakit memberitahu, dia nekad keluar dari gereja itu selepas melihat rakannya meninggal dunia akibat tibi. Memang banyak rumah perlindungan untuk pesakit HIV lelaki, tetapi semuanya diuruskan gereja Katolik, sedangkan ramai pesakit ialah Melayu-Islam. Saya percaya ramai lagi rakan sebangsa ingin keluar dari gereja itu, namun tiada tempat lain dituju. Hendak balik kampung, keluarga sudah buang mereka "Jenazahnya yang tidak dituntut keluarga diuruskan ikut cara Kristian, sedangkan dia Muslim. Memang banyak rumah perlindungan untuk pesakit HIV lelaki, tetapi semuanya diuruskan gereja Katolik, sedangkan ramai pesakit ialah Melayu-Islam. Saya percaya ramai lagi rakan sebangsa ingin keluar dari gereja itu, namun tiada tempat lain dituju" katanya yang berasal dari Kuala Selangor.

Berdasarkan maklumat, tempat perlindungan dikelola mubaligh dan aktivis Kristian tidak semestinya gereja. Banyak yang dipanggil rumah kebajikan masyarakat atau WCH (welfare community homes). Hari ini, dianggarkan 3,000 pesakit HIV lelaki Islam tinggal di gereja dan WCH sekitar Lembah Klang.

Bagaimanapun, ada pandangan bahawa Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan juga memberi hak kepada warga negara Malaysia yang cukup umur, iaitu 18 tahun memilih sendiri agamanya, termasuk menukar agama. Hujah ini diperkuat kes gadis Cina Kelantan, Suzie Teoh yang mengaku masuk Islam pada umur 16 tahun. Ibu bapanya memohon perintah mahkamah untuk mengisytihar tindakan anak mereka tidak sah. Dalam tangisan, Allahyarham Tun Salleh Abas yang mengadili kes itu mengesahkan Teoh kekal dalam agama asalnya. Namun, dua tahun kemudian, kes dibuka semula dan dalam tangisan, Teoh memberitahu mahkamah: "Saya Yang Arif, kekal dalam agama saya, saya masih dengan nama Nur Aini".

Jadi, apakah kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan? Adakah ia berfungsi secara politik atau perundangan atau sekadar untuk acara rasmi saja? Beberapa peguam melahirkan keresahan kerana apabila berlaku pertembungan antara hukum syarak dan sivil, hukum syarak 'kena' beri laluan kerana Perkara 4 Perlembagaan menyebut mana-mana undang-undang yang bertentangan atau bercanggah dengan Perlembagaan adalah terbatal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syarak.

Sekitar 1987, Jamaludin Othman yang menjadi Kristian dengan nama Jeshua, ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana memesongkan akidah ramai anak Melayu. Namun, dia dibebaskan mahkamah atas alasan kebebasan beragama, berdasarkan peruntukan Perlembagaan.

Sementara pakar undang-undang membincangkan hal ini, hakikatnya ramai orang Islam yang murtad. Rekod rasmi menunjukkan pada 1989 ialah 4,776 Islam murtad, manakala pada 1997 hingga 1998, bilangan orang Islam yang mohon menukar kepada agama Kristian ialah 3,516. Tidakkah ini menggerunkan?

Gerakan mengkristiankan orang Islam di Malaysia bermula sejak kedatangan Portugis dan Belanda ke Nusantara, kemudian dijalankan penjajah Inggeris sehingga kepada kumpulan mubaligh dan gereja Kristian hari ini. Gereja Merah di Melaka, kubu A Famosa dan tugu St Francis Xavier antara peninggalan sejarah kristianisasi di negara ini. Menurut Pusat Islam California, pendakwah Kristian menjadikan Malaysia sasaran mereka. 'Window 10/40' adalah singkatan kepada usaha mengkristiankan penduduk negara di antara garis lintang 10 dan 40 darjah di peta dunia.

Antara kes bersejarah ialah membabitkan Natrah, anak gadis Belanda beragama Islam yang dimurtadkan. Peristiwa yang berlaku enam dekad lalu menyebabkan orang Melayu-Islam merusuh satu negara. Kes lain dalam ingatan termasuk Lina Joy, Nor Aishah Bokhari yang kahwin lari dengan pemuda bukan Islam dan Hartina Kamaruddin, wanita Perak yang menukar nama kepada Nivasni Rajeswari.

Sebelum kecoh pasal penahanan kitab Injil dalam bahasa Melayu cetakan Indonesia baru-baru ini, timbul peristiwa sama pada 1997. Jabatan Agama Islam Johor dan Kementerian Dalam Negeri merampas 250 buku ajaran Kristian berbahasa Melayu, termasuk bertajuk Kaabah, Wahyu Ilahi dan Mengenali Rasul.

Di dalamnya ada kalimah 'Allah', 'imam' (untuk paderi), 'nabi', 'malaikat' dan istilah lain yang lazim kepada Muslimin. Sekali pandang, macam buku agama Islam. Ini adalah taktik, termasuk menggunakan nama penulis Melayu, misalnya buku Circumcised Heart karangan Hilmy Nor (Kairos Research Centre).

Dalam kes di DUMC, kitab Injil yang sama didapati diberikan kepada 12 orang Islam yang kononnya beriftar di situ. Ada gesaan daripada beberapa pihak agar polis siasat wujudnya kertas kuiz mengenai Islam ketika pemeriksaan JAIS. Antara soalannya bertanyakan maksud perkataan Islam, Muslim dan Quran. Juga ditanya malaikat yang menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad. Selain itu, ada juga nyanyian 'Alhamdulillah' dan 'Allahuakbar' pada majlis itu. DUMC dikatakan sering dikunjungi sehingga 100 ibu tunggal Muslim yang melarat.

Ada pihak membangkitkan apa salahnya orang Islam ke gereja seperti bukan Islam ke masjid. Ada juga menentang tindakan JAIS kerana berlawanan dengan semangat 1Malaysia, malah ada yang mahu Perlembagaan dipinda agar orang Islam juga bebas memilih agama.

Ketika perpaduan nasional dan keharmonian kaum menjadi matlamat negara, soal utama ialah kesucian dan kedaulatan Islam. Bagi Muslimin, ini adalah perkara wajib. Tidak ada kompromi kerana mendaulatkan kedudukan Islam adalah jihad. Penganut agama lain dan warga negara Malaysia harus memahami prinsip ini.

Satu lagi perkara berbangkit ialah keberkesanan kementerian dan agensi yang diwajibkan untuk membantu golongan yang miskin dan memerlukan. Apabila kes ini dibawa ke mahkamah kelak, pihak berwajib perlu mengkaji semula mekanisme dan kecekapan mereka menyalur bantuan agar tidak ada lagi orang Islam yang mengemis kepada gereja. Ini sangat memalukan.

Jika dibaca Buku Jingga, sepatutnya tidak ada lagi ibu tunggal yang daif di Selangor tetapi kerana janji ditabur dan tidak dikota, orang Islam miskin negeri ini terpaksa merempat di gereja. Dilaporkan juga kementerian bertanggungjawab memperuntukkan RM1.2 bilion untuk membantu 450,000 orang , tapi yang pasti ia tidak dapat dinikmati ibu tunggal Muslimin yang ke gereja untuk mendapat makanan. Jika kita yakin zakat dan Baitulmal ialah sistem Islam terbaik bagi mengatasi kemiskinan dan mewujudkan keadilan sosial, kenapa ini tidak berlaku dalam masyarakat kita?

Penulis ialah Yang Di Pertua Pertubuhan Kebajikan Baitul Fiqh

31 Ogos Hari Malapateka - Isham Rais

Posted: 12 Aug 2011 08:16 AM PDT


Pada 15 Mei setiap tahun warga Palestin di mana sahaja mereka terbuang akan menyambut hari Nakba – hari Malapetaka. Pada 15 Mei 1948 negara Israel telah dicacakkan ke bumi Arab. Semenjak tarikh itu warga Palestin dan Arab terus hidup dalam kesangsaraan. Tanah mereka telah dirampas. Mereka menjadi orang pelarian. Huru-hara berterusan di bumi Arab kerana karenah kaum Zionis Israel. Nakba ialah hari untuk memperingati kesampaian Malapetaka itu.

Pada 31 Ogos 1957 Tanah Melayu pula menerima Malapetaka. Ini terjadi apabila British meninggalkan kuasa pentabiran kepada United Malays National Organisation. Semenjak 31 Ogos 1957 anak semua bangsa di Tanah Melayu telah hidup dalam kesangsaraan. Dasar 'ketuanan Melayu' telah membawa Malapetaka kepada Tanah Melayu. Justeru, 31 Ogos adalah hari untuk memperingati kesampaian Malapetaka itu.

Pada bulan Ogos tahun 2011 ini saya akan cuba membawa para pembaca untuk memahami konsep dan intipati Malapetaka ini. Memahami Malapetaka 31 Ogos ini amat penting. Jika kita tidak tahu dari mana kita datang maka kita juga tidak akan tahu arah mana yang hendak kita tuju.

Dari sejarah Tanah Melayu, kita diberitahu bahawa pada 20 Jun 1948 British telah mengisytiharkan apa yang dipanggil 'darurat'. Untuk saya, darurat ini macam kita dalam kereta tiba-tiba merasa sakit perut yang amat sangat. Maka kita berhenti dan mencari tandas. Kerana tidak berjumpa tandas maka kita terberak dalam belukar di tepi jalan. Kerana tidak ada sumber air maka kita dedat dengan daun. Apa yang saya kisahkan ini ialah suasana darurat. Tetapi pada tahun 1948 dahulu - tidak ada seorang pun warga Tanah Melayu yang dalam darurat. Tidak ada sesiapa yang hendak terberak di tepi jalan.

Apa yang berlaku ialah kuasa kolonial British telah diserang oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya di bawah pimpinan Parti Komunis Malaya. Gerakan bersenjata ini bertujuan menghalau penjajah British dari Tanah Melayu. Dengan licik British telah mengalihkan perjuangan untuk mendapat kemerdekaan ini kepada 'darurat. Tidak ada apa darurat. Yang hendak terberak di tepi jalan kerana diserang oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya ialah soldadu upahan British. Soldadu upahan inilah yang sedang dalam darurat.

Berjuang mengangkat senjata ini telah membuka lanskap politik baru ke Tanah Melayu. Kuasa kolonial yang dianggap gagah dan lengkap bersenjata kini telah diserang oleh gerila Tentera Pembebasan Rakyat Malaya. Kuasa kolonial British amat memerlukan bumi Tanah Melayu kerana dari bumi kita ini terdapat kekayaan biji dan getah. Punca ekonomi inilah yang ingin dipertahankan oleh penjajah. Politik ialah ekonomi. Memiliki kuasa politik memiliki punca ekonomi. Justeru penjajah British bertahan kerana lombong bijeh dan ladang getah.

Serangan bersenjata dari gerila pembebasan ini menjadikan kuasa kolonial terus berdarurat. Akhirnya British merancang satu strateji baru. Jika terus menjajah maka perjuangan bersenjata yang dipimpin oleh Parti Komunis Malaya ini akan merebak luas. Tuntutan untuk merdeka akan merebak untuk menjadi ajenda anak semua bangsa. Keadaan sedemikian amat bahaya untuk British.

Justeru, British memerlukan budak suruhan yang baik sebagai ganti sebelum mengundur. Dengan licik dan terancang British telah memasang dua ekor kuda. Seekor kuda bernama Onn Jaafar dan seekor lagi bernama Tunku Abdul Rahman. Seperti di Iraq hari ini kuasa kolonial Amerika memasang lebih dari saekor kuda. Ada kuda bernama Nouri al-Maliki, ada Jalal Talabani dan ada Tariq al-Hashmi.

Kuasa kolonial kulit putih sedar dengan memasang beberapa ekor kuda mereka akan dapat mencari barua yang setia. Terlalu ramai anak tanah jajahan yang bersedia untuk menjadi budak suruhan dan mengikut kata tuan kolonial. Taktik British cukup senang – siapa yang dapat membuktikan yang mereka lebih setia kepada tuan penjajah maka sosok itu akan dinobatkan. Inilah taktik kuasa kolonial dalam percaturan reapolitik. Ianya berlaku dahulu dan sedang dijalankan sekarang.

Di Tanah Melayu kuasa kolonial British telah memilih United Malay National Organsiation untuk menjadi barua mereka. Parti Kebangasan Melayu Muda, AWAS, API, Hisbul Musliamin, Parti Komunis Malaya – adalah parti-parti yang menentang British. Parti-parti ini mengangkat senjata menentang British. Parti ini akan membawa merdeka tetapi amat bahaya untuk kepentingan British. Ini berbeza dengan United Malay National Organisation yang bekerjasama dan menjadi barua British.

Buktinya apa yang saya tulis ini cukup jelas. Pada bulan Ogos ini cuba baca – tak perlu beli - akhbar milik United Malaya National Organisation. Akan penuh dengan dengan kisah melawan komunis. Inilah apa yang saya katakan Malapetaka. Ketika anak semua bangsa bangun melawan penjajah British, United Malay National Organisation diupah oleh British untuk menentang dan melawan orang yang menentang British. Orang angkat senjata lawan Britsih gerombolan ini angat senjata lawan orang yang lawan British. Inilah kerja barua. Inilah Malapetaka yang saya maksudkan.

Kita akan muntah taik setiap tahun apabila melihat Bukit Kepong dikaca tv. Memang betul ada serangan ke rumah pasong Bukit Kepong. Memang betul polis yang diserang ketika itu adalah polis Melayu. Tetapi polis Melayu ini adalah polis upahan British. Kerana mereka Melayu tidak semestinya apa yang mereka lakukan baik dan betul. Melayu bukan bermakna betul. Ada Melayu barua dan ada Melayu nasionalis.

Anak muda hari ini juga wajib diberitahu bahawa serangan Bukit Kepong itu dipimpin oleh Mat Indera. Mat Indera ialah seorang nasionalis kiri Melayu. Ini tidak terdapat dalam filem Bukit Kepong kerana United Malay National Organisation tidak mahu rakyat Malaysia tahu bahawa ada Melayu yang berani angkat senjata melawan British. Dan dalam Parti Komunis Malaya amat ramai ahlinya, kadernya dan pucuk pimpinan terdiri dari orang Melayu.

Dari awal lagi British telah menjalankan dasar pecah dan perentah. Melayu, China dan India tidak ada akan dibenarkan bersatu. Pada tahun 1947 apabila ada kerja sama dan setiakawan yang erat diantara bangsa-bangsa maka muncul Perlembagaan Rakyat. Jawapan British kepada Perlembagan Rakyat 1947 ialah melakukan penangkapan beramai ramai. Satu tahun kemudian Tanah Melayu diistiharkan darurat – perang kolonial bermula.

Dasar pecah dan perintah dan dasar rasisma British ini telah diambil oleh United Malay National Organsation untuk diguna pakai hingga ke hari ini. Justeru, sebagai contoh terbaru, kita lihat bagaimana media dan tv United Malay National Organisation cuba menunjukan kepada umum bahawa tidak ramai bukan Melayu yang turut serta dalam tunjuk perasaan Bersih pada 9 Julai dahulu. Maknanya gerakan Bersih ini tidak dapat sokongan dari masyarakat bukan Melayu. Ertinya 9 Julai gagal.

Taktik pecah dan perintah ini adalah taktik yang ampuh untuk digunapakai oleh pemerintah yang zalim. Lihat di Palestine. Nakba di Palestin berterusan hingga ke hari ini tanpa henti henti. Warga Palestin terus diserang oleh kaum Zionis. Bagitu juga di Tanah melayu, semenjak 31 Ogos 1957 dahulu, Malapetaka ini bukan berkurangan malah terus bertambah. Malapetaka yang dibawa oleh United Malay National Organisation ini dari hari ke hari semakin mencekek kehidupan warga.

Kaum Zionis di Palestin telah menggunakan rasisma sebagai senjata yang ampuh. Kaum Yahudi telah dinobatkan sebagai kaum terpilih bukan sahaja di dunia ini malah diakhirat juga. Di Tanah Melayu ini, United Malay National Organisation telah mengunakan falsafah 'ketuanan Melayu' dimana dikatakan manusia Melayu memiliki hak hak yang istemewa. Di heboh heboh dan dicanang ke hulu ke hilir bahawa tanpa 'ketuanan Melayu' dan tanpa United Malay National Organisation negara kita ini tidak mungkin wujud. Inilah apa yang saya katakan Malapetaka.

Hari ini secara dirancang melalui akta dan peraturan garis pisah bangsa-bangsa telah diwujudkan. Melalui hukum dan syarat yang disadur dengan agama, tembok pemisah telah didirikan. Setiakawan antara India, Melayu dan China tidak dibenarkan mengampoh budaya bangsa. Prasangka antara bangsa bangsa sengaja diatur dan di susun untuk memastikan orang ramai terus syak wasangka sesama sendiri. Suasana syak wasangka ini amat baik untuk United Malay National Organisation meneruskan kuasa. Inilah yang saya maksudkan dengan Malapetaka.

Ogos bulan Malapetaka ini sedang memperlihatkan kepada orang ramai bagaimana taktik pecah dan perentah dijalankan. Minggu lalu, tetiba media kita heboh dengan berita Melayu murtad. Berita Melayu makan dalam gereja. Berita tentang penganut agama Kristian bersedekah kerana berniat untuk memurtadkan Melayu. Semua yang berlaku ini sebenarnya ialah taktik United Malay National Organisation.

Sebelum berita Melayu murtad ini kita telah membaca berita kepala babi ditemui dalam kawasan masjid. Berita Masjid dilempar cat. Berita gereja dibakar.

Apa makna semua ini?

Semua ini adalah taktik dan strategi gerombolan United Malay National Organisation untuk menakut nakutkan Melayu. Manusia Melayu wajib terus ditakutkan. Jika manusia Melayu takut maka mereka akan mencari perlindungan. United Malay National sedang memasang lukah untuk memerangkap Melayu yang takut. Apa dia Melayu yang takut?

Melayu yang takut adalah Melayu yang rendah diri. Melayu yang berjiwa hamba. Melayu yang sanggup mencium ke bawah duli. Melayu yang telah bagitu lama ditakut takutkan sehinggakan tidak lagi memiliki initiatif sendiri. Melayu yang takut ini cukup bijak dengan budaya bodek yang telah disebarkan oleh United Malay National Organisation. Melayu yang takut ini hanya sanggup menerima fatwa kerana tidak ada memiliki fikrah yang kritikal. Otak manusia Melayu yang takut ini telah di bonsaikan oleh United Malay National Organisation semenjak 31 Ogos 1957. Justeru tarikh itu saya nobatkan sebagai hari Malapetaka untuk Tanah Melayu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=18809

Orang agama dan pejuang bangsa bercakap ikut terlepas?

Posted: 12 Aug 2011 07:08 AM PDT

Apabila berita 'serbuan' JAIS ke gereja Methodist di Damansara mula kencang diperkatakan, kita dapati akhbar Melayu , terutamanya Utusan Malaysia telah mensensasikan berita tersebut yang dilihat sebagai propaganda politik untuk menarik sokongan kepada agenda mereka.

Seakan-akan Utusan sangat prihatin untuk menjaga kemurnian ajaran dan amalan Islam serta kepentingan Melayu. Demi menjaga kemurnian ajaran dan amalan Islam serta kepentingan Melayu itu , maka ummah secara tersurat dan tersirat tiada mempunyai pilihan kecuali mempertahankan sokongan mereka kepada UMNO.

Sebaliknya ada pula pemimpin Pas yang mengatakan 'serbuan' tersebut adalah agenda UMNO untuk menutup beberapa isu hangat politik semasa. Pemimpin Pas yang paling tertonjol agaknya adalah Khalid Samad, Ustaz Idris Ahmad tidak begitu diberi perhatian.

Bahkan Khalid Samad menulis di dalam blog-nya mengulas isu serbuan ini dari angle yang agak menarik. YB Dato Hassan Ali pula mempertahankan JAIS dan rela dikenakan apa-apa tindakan dari kerajaan negeri dan partinya sendiri.

Kita juga membaca kenyatan badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong JAIS dan juga kenyataan Dr. Asri Zainal Abidin yang mempersoalkan tindakan JAIS di dalam Malaysiakini kemudian di petik oleh beberapa blog. Seperti biasa MAZA memang mahir menunggangi arus populariti, dia adalah seorang selebiriti agama bagi sebahagian ahli masyarakat kita termasuk dalam isu ini.

Sebelum kita memperkatakan sudut pandang kita ke dalam isu ini, kita perlu menentukan beberapa tanggapan asas:

1-Adakah JAIS bertindak luar bidang kuasanya dan melanggar peraturan yang sediada?
2-Atau adakah tindakan JAIS itu merugikan Islam dan Ummah, terutamanya ianya adalah tindakan yang tidak syar'ie?
3-Adakah benar majlis tersebut mengandungi unsur-unsur dakyah untuk menarik orang Melayu kepada ajaran kristian di dalam majlis tersebut?
4-Adakah benar terdapat unsur-unsur amalan (rituals)keagamaan semada kristian atau campur-aduk antaragama di dalam majlis tersebut?

Sekira JAIS telah melepasi bidang kuasanya atau melanggar mana-mana peraturan, maka pihak berwajib negeri perlu meluruskan perkara ini, ianya masaalah pentadbiran . Yang salah perlu diperbetulkan.

Sekiranya JAIS bertindak melanggari ketetapan syara, serta bertindak merugikan agama dan ummah, maka pihak berwajib dan ulama perlu bertindak agar JAIS patuh sepenuhnya kepada ketentuan syara', perkasakan JAIS agar ianya menjadi badan agama yang berwibawa dan berfungsi mengikut ruh dan amalan syara'.

Bagaimanapun sekiranya JAIS bertindak mengikut peraturan dan dalam bidang kuasanya serta mengikut ketentuan syara', JAIS perlu diberi sokongan oleh semua pihak, kelemahan yang ada perlu diperbaiki, imej JAIS perlu dijaga, peranan JAIS perlu dipertingkatkan.

Bukankah soal-soal beginilah yang dilaung-laungkan oleh UMNO, yang diperjuangkan oleh Pas, yang didukung oleh PKR bahkan PERKASA.

Adakah terdapat unsur-unsur dakyah kepada agama kristian di dalam majlis tersebut dan terdapat ungkapan-ungkapan 'rituals' bagi agama tersebut?. Apakah kebimbangan bahawa majlis seumpama ini memang bertujuan secara tersiratnya kalaupun tidak secara tersurat agar ummah Islam cenderung untuk memeluk kristian itu mempunyai asas?.

Kita ummah Islam mengetahui bahawa jenayah murtad adalah jenayah yang tersangat berat. Sehingga jenayah tersebut lebih berat daripada bunuh, di dalam mazhab Imam as-Syafi'ie sememangnya hukuman bagi orang murtad adalah bunuh. Ayat 191 surah al-Baqarah yang menyebut 'fitnah itu lebih dahsyat dari pembunuhan" telah ditafsirkan oleh ulama yang fitnah di dalam ayat ini bermaksud kekufuran , maka kemurtadan itu lebih berat lagi dari kekufuran yang asal. Lihat juga ayat 193 surah yang sama.

Rasulullah mengingatkan kita yang kita sepatutnya takut dan bimbang tergelincir dari Islam lebih daripada takut dan bimbang daripada dicampak ke dalam api yang marak membakar. Itulah sepatutnya 'paradigm' kita dalam soal yang berkaitan dengan isu murtad. Ianya bukan soal secondary bagi pemerentah Islam, masyarakat Islam , keluarga Islam dan individu Islam. Pemerentah bertanggung-jawab menjaga agama, maksudnya mempertahankan faham agama, mengamalkan amalan agama dan menyekat penyelewengan dan kemurtadan dari agama.

Tidak layak dan sekali-kali tidak patut bagi mana-mana pimpinan organisasi Islam yang menjadikan isu murtad sebagi isu secondary. Bagaimana tergamak agaknya Khalid Samad mengatakan sekira memang terdapat dakyah-dakyah untuk mengkristiankan orang Islam (sekiranya tidak dipaksa), maka JAIS tidak layak menyerbu, sebalik JAIS sepatutnya menggunakan saluran undang-undang untuk mencegah kemaksiatan ini , dari mana datangnya logik beliau ini?.

Rasulullah berpesan kepada kita sekiranya kita melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah kita ubahnya dengan tangan, sekiranya tidak mampu dengan lidah, sekiranya tidak mampu maka cegahlah dengan hati, dan itu adalah sedaif-daif iman. Apakah ada maksiat yang lebih dahsyat daripada kemurtadan? Atau kita bertanya adalah tindakan JAIS dalam kes ini menyalahi undang-undang dan peraturan yang sedia ada?.

Kita membaca yang Dr.Asri Zainal Abidin dengan sinisnya membuat suatu perbandingan atau qias (dalam istilah feqah) mempersoalkan larangan orang bukan Islam dari memasukki masjid, serta tegahan orang Islam berada di gereja: katanya kalau larangan orang Islam berada di gereja kerana bimbangkan orang Islam meninggalkan Islam, maka apakah larangan orang bukan Islam memasukki masjid kerana bimbangkan orang bukan Islam memeluk Islam?

Masyaallah kenyataan ini datangnya dari seorang bekas mufti, yang sepatutnya bercakap mengikut syara', berdasarkan al-Quran dan sunnah serta fahaman dan amalan salaf as-soleh.
Bagaimana agaknya MAZA memahami ayat 28 Surah at-Taubah:

"Wahai orang yang beriman sesungguhnya orang musyrikin itu najis, jangan (benarkan) mereka mendekati Masjid al-Haram selepas tahun mereka yang ini (9 hijrah), dan sekiranya kamu takut ianya akan membebani kamu (kerana kekurangan sumber pendapatan), maka Allah nanti akan memberi kekayaan kepada kamu dari anugerah-Nya sekiranya dikehendaki-Nya, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana."

Imam Ibn Kathir menyebut dalam tafsirnya yang Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah mengeluarkan arahan kepada gabnor-gabnor nya agar mencegah orang kafir daripada memasukki masjid. Larangan orang kafir memasukki masjid adalah persoalan feqah, kita juga mengetahui khilaf ulama tentang hukum tersebut, sekiranya MAZA tidak bersetuju dengan tegahan tersebut, maka bahaskan dari sudut feqah, mana pendapat yang rajih dan mana pula yang marjuh.

Tentang larangan berada di dalam majlis keagamaan penganut agama lain itu atau bersamaan dengan mereka itu sangat jelas dihuraikan oleh Imam Ibn Taimiyyah di dalam kitabnya 'al-Iqtida', Besarlah hati kita untuk membaca huraian MAZA tentang apa yang dikupas oleh Imam Ibn Taimiyyah dalam kitabnya yang berharga ini.

Dipetik daripada Muqabalah Blog

Wajahnya mirip seekor monyet (video)

Posted: 12 Aug 2011 05:42 AM PDT

Dakwa Ezam kata PKR

Posted: 12 Aug 2011 05:04 AM PDT

KUALA LUMPUR, Aug 12 — PKR today demanded that its former leader Ezam Mohd Nor be charged for threatening to burn down news portals that the senator accused of false reporting against Islam.

Vice president N. Surendran said in an immediate response to Ezam's speech made after Friday prayers that "the making of this blatant threat is a criminal offence under our laws."

"We are appalled that a sitting member of the Dewan Negara has uttered such words and threatened publicly to carry out criminal acts... a threat of grievous harm or death against [the news portals'] staff, writers and other occupants

"Freedom of the press is an essential pillar of any proper democracy. It is disturbing that a senator from Umno, which is the backbone of the Barisan Nasional government, has threatened mob action and arson upon the news media," he said in a statement this evening.

Ezam had vowed today to wage war against those who try to proselytise Muslims, in a highly-charged assembly where he also defended the state Islamic religious authorities' raid on a dinner at a church last week.

The former PKR leader and a group of demonstrators rallied after Friday prayers here in support of the Selangor Islamic Affairs Department (Jais) over its raid at the Damansara Utama Methodist Church (DUMC) in Petaling Jaya on August 3.

"We are ready for war. I stress that illah is Allah and we will die to defend Islam," he said.

He accused news portals Malaysiakini and The Malaysian Insider of false reporting against Islam and warned that "if you don't stop all this rubbish, we will go and burn you down."

Surendran added that the threat proved that BN had no respect for the constitutional freedoms of expression and speech, and called for the police and the Attorney-General to take action against Ezam under Sections 503 and 505 of the Penal Code, for criminal intimidation and mischief.

Jais had said that it was investigating the organisers of the fund-raising dinner for attempting to convert Muslims under Section 4 of the Non-Islamic Religions Enactment 1988.

The raid has caused uproar among religious communities but Muslim lobby groups have rallied behind Jais.

Selangor executive councillor for religious matters Datuk Dr Hasan Ali also defended the raid by claiming that the words "pray" and "Quran" were used in the presence of the 12 Muslims who were among the 100 attendees of the dinner. - TMI

Kes liwat DSAI : Awat Najib Rosmah penakut sangat, kut lain hampa pandai

Posted: 12 Aug 2011 04:01 AM PDT

Najib, Rosmah Tolak Ditemu Bual Jadi Saksi Kes Liwat Anwar
Oleh REENA RAJ

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor memaklumkan kepada pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Imrahim bahawa mereka menolak untuk ditemu bual atau saksi dalam kes liwat, menurut ketua pasukan peguam Karpal Singh pada Jumaat.

Najib dan Rosmah tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada pukul 2.55 petang untuk bertemu pasukan pembelaan berkenaan iaitu Karpal, S.N. Nair dan Datuk Param Cumaraswamy sebelum meninggalkan kompleks terbabit setengah jam kemudian.

Saksi-saki lain yangmuncul ialah bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof dan pelilik kondominium Hasanuddin Abd Hamid dan isteri, Noor Sham Abdul Hamid.

Karpal bercakap kepada pemberita pada pukul 5.40 petang selepas menemubual mereka.

Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mohamad Zabidin membenarkan permohonan Anwar untuk menemu bual 15 saksi termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya Datin Sri Rosmah Mansor, Musa, Rodwan dan 11 orang lagi.

Hakim turut menetapkan 15 hingga 26 Ogos bagi kes pembelaan. Pada mulanya mahkamah menetapkan 8 hingga 26 Ogos dengan Anwar dijadual sebagai saksi pertama memberi keterangan.

Di akhir kes mereka, pendakwaan menawarkan 71 saksi, termasuk Najib dan Rosmah. Pihak pembelaan memilih untuk menemu bual hanya 25 orang dan setakat ini, hanya lima orang yang telah pun ditemu bual.

Mereka ialah bekas ratu pecut negara, Datuk Mumtaz Jaafar, Dr Mohd Osman Abd Hamid, yang sebelum ini bertugas di Pusrawi, adik perempuan bongsu Mohd Saiful Bukhari Azlan iaitu Saidaiti Azlan, seorang doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang hanya dikenali sebagai Dr Daniel, dan Khairil Anaz Yusof, pembantu khas Najib ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Pada 16 Mei, Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bahawa bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes itu, adalah seorang saksi yang boleh dipercayai dan berwibawa.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, atas tuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, tahun yang sama. - mStar

Isu MISMAH : Perhimpunan lepas raya jika KDN terus diam - Pemuda PAS

Posted: 12 Aug 2011 12:40 AM PDT

PUTRAJAYA – Pemuda Pas Pusat memberi tempoh tujuh hari bermula semalam kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menjelaskan isu 'Mismah' dan beberapa nama lain yang didakwa sebagai penduduk tetap tetapi diberikan status warganegara dalam tempoh yang singkat.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pemuda Pas, Mohd Sany Hamzan berkata, jika KDN tidak memberi sebarang respon kepada tuntutan Pemuda Pas ini, maka langkah seterusnya adalah menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tindakan seterusnya.

Menurutnya, jika Perdana Menteri pun tidak memberi sebarang respons, maka Pemuda Pas akan mengadakan satu perhimpunan aman selepas perayaan Aidilfitri nanti.

"Jika semuanya tidak memberi respons, maka langkah kami yang terakhir adalah mengadakan satu perhimpunan aman untuk menghantar memorandum ke Istana Negara. Isu ini adalah isu yang besar, kita tidak boleh sesekali berkompromi dalam isu ini," katanya kepada media selepas menghantar memorandum kepada pegawai KDN di sini semalam.

Ditanya mengenai rancangan Pemuda Pas yang kelihatan lebih kehadapan berbanding bersih 2.0 dalam isu ini, Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata Pemuda Pas mengambil pendekatan yang berbeza sedikit.

"Dalam tuntutan bersih 2.0, mereka menuntut membersihkan daftar pemilih, tetapi kami pula mengambil sudut pengkhianatan kepada negara kerana secara mudah memberikan warganegara kepada orang luar," katanya.

Mengulas mengenai penjelasan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang memberi alasan isu Mismah disebabkan data yang tidak dikemas kini, Suhaizan menegaskan alasan tersebut langsung tidak boleh diterima.

"Dari 31 Januari sehingga 2 Ogos lalu, sudah lebih tujuh bulan data JPN tidak dikemaskinikan, saya boleh kata kereta lembu yang bergerak dari Kuala Lumpur ke Putrajaya pun hanya ambil masa dua hari," katanya.

Apa yang Pakatan Rakyat boleh buat?

Posted: 12 Aug 2011 12:20 AM PDT

12 OGOS – Jika sebelum pilihan raya umum 2008, UMNO dan Barisan Nasional sering mendabik dada, kononnya parti-parti lain tidak tahu cara mentadbir negara dan negeri. Pembohongan yang diulang-ulang selama lebih 50 tahun ini ramai juga menelannya.

Setelah PRU 2008, terbukti lima negeri (termasuk Perak yang dirampas secara haram oleh BN setahun kemudian) bukan sahaja mampu mentadbir dengan baik, malah dapat mengurus negeri dengan lebih telus, cekap dan cemerlang.

Pembaziran berjaya dikurangkan, lebihan bajet dicatatkan dan ramai golongan yang selama ini terbiar mula mendapat pembelaan tanpa mengira kaum dan agama.

Maka kita rakyat Malaysia harus berfikir kembali, adakah hanya UMNO dan BN sahaja yang layak memerintah negara ini? Selama mana kita akan terus makan gula-gula politik UMNO-BN?

Lihat dan nilai sendiri kejayaan-kejayaan negeri-negeri Pakatan Rakyat – Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan (malah, Perak dalam masa setahun berjaya melaksanakan program untuk rakyat yang gagal dilaksanakan oleh UMNO-BN selama 50 tahun). . seterusnya

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


EZAM SESUMPAH YANG AKAN MEMBAKAR ATAU BELIAU YANG BAKAL TERBAKAR?

Posted: 12 Aug 2011 08:30 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

HEBAT. Ezam sesumpah berubah watak pula sekarang iaitu dari seorang yang dulunya banyak bercakap tentang rasuah, kemudiannya tidak lekang dari mulut beliau bercakap tentang keburukan DS Anwar kini beralih arah pula ke arah isu kononnya memerangi murtad. Ezam sesumpah mungkin terlupa jika beliau ingin memerangi rasuah atau murtad bukan Umno menjadi landasan politik beliau.

Semalam dilaporkan Ezam sesumpah `bersumpah' lagi untuk membakar Malaysiakini. Apa yang mahu dibakarnya? Akhbar Malaysiakini? Lucu, kerana Malaysiakini bukan ada mengeluarkan akhbar bercetak seperti utusan Meloya. Mungkin Ezam sesumpah mahu membakar komputer kepunyaannya sebaik sahaja beliau membuka laman web Malaysiakini. Atau, Ezam sesumpah mahu membakar pejabat operasi Malaysiakini? Hebat Ezam.

NONESemakin lama kita lihat Ezam sesumpah sudah tiada arah dan hala tuju atau prinsip perjuangannya semenjak bersekongkol dengan parti yang penuh dengan daki rasuah itu. Ezam sesumpah kini menjadi `pengutip' isu di jalanan tidak kira isu itu benar atau tidak asalkan dapat memuaskan hati insan yang menganugerahkan beliau Senator itu.

Kisah rasuah hilang dari mulut Ezam sesumpah tatkala Najib sedang menjadi tumpuan di dalam isu komisyen kapal selam di Perancis. Selagi Ali Rustam dan Isa Samad masih memegang jawatan penting di dalam kerajaan, mulut Ezam sesumpah terkunci mahu sebut pasal rasuah. Justeru itu, beliau kini mahu menjadi `Wira Anti Murtad' pula setelah beliau mengutip isu tersebut di jalanan.


"Kita akan lancarkan perang habis-habisan jika mereka tidak hentikan dengan ejen mereka -- Malaysiakini, Malaysian Insider -- yang biadap kepada JAIS, kononnya mereka menceroboh masuk gereja. "Kita beri anda amaran terakhir. Jika anda tidak hentikan sampah ini, kita akan bakar anda," katanya lagi di perhimpunan selepas Solat Jumaat di Masjid Negeri Shah Alam semalam yang turut diketuai ahli parlimen bebas, Zulkifli Noordin dan exco pemuda Umno Lokman Noor Adam (Malaysiakini).

Kita faham sangat mengapa puak-puak itu terlalu marah kepada Malaysiakini dan Malaysian Insider. Kedua-dua media ini tidak mudah untuk menjadi pencacai kepada Umno/Bn seperti Utusan Meloya dan TV 3 suku. Paling menyakitkan hati mereka apabila media ini terlalu banyak menyiarkan laporan tentang kejelekan sistem SPR dan JPN di dalam isu pengundi warga asing (PR). Bukan masalah murtad sebenarnya kerana apa peranan media ini untuk memainkan isu tersebut?

Kita ada bukti dan fakta bahawa yang memainkan isu agama dan perkauman ini sebenarnya adalah Utusan. Akhbar ini meletakkan tajuk besar di depan yang menyebut Kristian akan menjadi agama resmi negara ini. Apa tindakan kepada akhbar berlidah syaitan ini? Ezam sesumpah tidak berhajatkah untuk membakar akhbar sebodoh itu? Mustahil, sebab akhbar ini banyak membantu Ezam sesumpah `mencari makan' di dalam Umno.

NONEJika benar dan jujur Ezam sesumpah mahu berjuang di dalam isu murtad, mengapa beliau menyalak depan masjid tetapi tidak berani bersuara di dalam Dewan Negara agar Undang-Undang murtad yang ada sekarang dipinda agar selari dengan Islam? Bukankah beliau kini boleh bersuara di dalam Dewan setelah dilantik menjadi senator? Mengapa Zul Kulim `firaun besar' juga tidak bersuara di Parlimen? Bukankah beliau kini menjadi MP Kulim Bandar Baru walaupun tidak diredhai oleh pengundi di kawasannya?

Sebenarnya, pencacai-pencacai ini cuma mahu isu ini dibesarkan agar isu penyelewengan SPR dan JPN dilupakan rakyat. Semenjak bila Umno serius dengan isu murtad? Apakah pemimpin yang mengalungkan bunga di kubur Kamal Antarturk itu iaitu bos Ezam sesumpah peka dengan isu murtad? Saya tidak hairan dengan Zul Kulim kerana siapa tidak kenal perangai orang buangan PAS dan PKR ini. Lokman Noor Adam, malu mahu sebut jika inilah orangnya yang mahu bercerita pasal murtad. Lebih baik Lokman bercerita tentang duit yang dibelasah oleh Ezam semasa Ezam berada di dalam Keadilan dulu sepertimana beliau pernah ceritakan sehingga sanggup mencabar Ezam bersumpah di dalam masjid.


`Firaun beNONEsar' Zul Kulim itu pula tidak habis-habis mahu suruh orang bertaubat. Beliau mahu pekerja-pekerja di Malaysiakini bertaubat kerana kononnya menjadi barua kepada musuh Islam. Lucu sungguh apabila barua tuduh orang lain barua. Beliau yang wajib bertaubat kerana beliau percaya 110% tentang fitnah seks yang terdapat di dalam video Eskay, sedangkan sebagai seorang Muslim (jika beliau Muslim) beliau patut tahu hukumnya seseorang yang menuduh orang lain berzina tanpa mengikut hukum yang ditetapkan di dalam Al-Quran.

Orang yang `bikin' dan menayangkan video itu sendiri iaitu Eskay pun kata beliau tidak tuduh Anwar yang melakukannya, bagaimana `firaun besar' dari Kulim ini boleh percaya pula? Ini menunjukkan tiada seorang pun daripada pencacai yang menyalak depan masjid itu benar-benar ikhlas di dalam isu murtad ini. Mereka sekadar mahu mencari publisiti murahan kerana sejak kebelakangan ini Umno sudah tidak mampu `berkuit' lagi setelah berbagai kemungkaran parti sekutu Apco ini didedahkan.

Adakah anda rasa Malaysiakini atau Malaysian Insider gentar dengan salakan pencacai murahan ini? Jawapannya, mereka akan tertawa sahaja melihat gelagat puak-puak yang ingin mencari makan itu. Selagi Perlembagaan dan Undang-Undang Murtad di dalam negara ini masih kekal seperti yang sedia ada, usahlah Ezam sesumpah, Lokman, Zul Kulim mahu pun Perkasa mahu menyalak.

Hakikatnya, rakyat kenal dan faham benar dengan Umno kerana mereka tahu dan sedar semenjak bila Umno serius dengan isu murtad. Ini suatu pertanda bahawa Umno sekarang amat terdesak sehingga sanggup mengutip isu di jalanan untuk menjadi senjata akhir mereka sebelum parti itu selamat disemadikan selepas PRU ke 13 nanti, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com

WARISAN TOK GAJAH DAN MAT KILAU YANG PENAKUT BERADA DI KANDANG SAKSI

Posted: 12 Aug 2011 09:11 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

BILA bercakap di depan TV dan akhbar, berdegar-degar seolah-olah beliaulah cucu cicit pendekar Tok Gajah atau Mat kilau dari Pahang. Kita masih ingat tokoh bacul ini pernah menyebut, "jangan cabar saya, saya tahu semua...nanti demam..." Itulah yang disebutnya ketika DS Anwar mencabarnya untuk berdebat secara terbuka.

Semalam, terbukti tokoh ini bukan `jantan' rupanya kerana beliau dan bininya hadir untuk ditemubual oleh Peguam DS Anwar hanya untuk menyatakan tidak mahu menjadi saksi Pembela di dalam kes fitnah Liwat II dan tentulah di pihak Pendakwa tokoh penakut dan penipu ini tiada di dalam senarai Saksi Pendakwa kerana dibimbangi segalanya `terbongkar'. Bininya pula seorang yang terkenal dengan lagak dan ego `Emilda Marcos' sudah tentu tidak biasa disoal banyak, sebab itu beliau menyangka Karpal Singh `membuli'nya sewaktu ditemubual semalam.

Bayangkan, belum pun masuk kandang Saksi, kedua-dua spesis penakut ini langsung tidak `berketik' sepertimana hebatnya di depan TV. Benarlah kata ramai orang, jika kedua-duanya menjadi saksi dan duduk di kandang Saksi di dalam mahkamah nanti, kenalah sediakan `pampers' saiz besar terutamanya buat Bik Mama.

Bukankah tokoh anak Pahang ini dulu setiap malam keluar di depan TV menceritakan bagaimana si Saiful pemuda yang tertinggal seluar dalam di rumah teman wanitanya itu mengadu kepada tokoh ini bahawa duburnya diliwat walaupun tiada bukti kemasukan? Sebelum itu di war-warkan cerita oleh tokoh ini bahawa pemuda yang tidak cuci dubur dua hari itu berjumpanya untuk memohon biasiswa. Kemudiannya, baru timbul isu diliwat dan kita dimaklumkan bahawa selepas di`paksa liwat' pemuda ini minum kopi dan makan karipap.

Banyak kisah yang tokoh penakut dari Pekan ini ceritakan kepada kita sebelum ini melalui media. Beliau juga bercerita betapa tangan pemuda yang tidak berak dua hari ini menggigil dan sejuk ketika menceritakan betapa duburnya dimasuki walaupun doktor mengesahkan tiada kemasukan. Bayangkan `trauma'nya pemuda ini diwaktu itu dan tentulah dapat kita bayangkan beliau memakan karipap dan minum kopi sejurus diliwat itu di dalam keadaan menggigil teramat sangat.

Ertinya, banyak kisah yang sepatutnya tokoh yang bakal menjadi PM terakhir dari Umno ini boleh ceritakan di dalam mahkamah untuk membantu kes agar DS Anwar terpenjara. Malangnya, awal-awal lagi beliau tidak sanggup `menempah aib' jika hadir di kandang Saksi nanti. Sifat penakutnya itu turut dikongsi oleh bininya yang selama ini rakyat ramai menganggap bininya lebih `jantan' dari lakinya.

Jelas kepada kita, teiri konspirasi mula terserlah awal lagi sebelum perbicaraan diteruskan. Hanya rakyat yang tidak ambil tahu atau yang mahu dirinya diperbodohkan oleh media haprak sahaja yang masih menganggap tokoh ini bercakap benar. Berani kerana benar, takut kerana salah sudah tidak wujud lagi di dalam jiwa cucu Tok Gajah dan Mat Kilau ini.

Malang sungguh Umno mempunyai pemimpin seperti ini dan mereka seharusnya malu melihat pemimpin yang mereka dewakan selama ini mempunyai jiwa yang teramat kecil sekali. Mungkin anda boleh baca di sini untuk mengetahui perangai orang yang saya sebutkan tadi. /wfauzdin.blogspot.com

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Rupa2nya species Datuk Abdullah Bin Ubay ni sentiasa wujud di sepanjang zaman...!!

Posted: 12 Aug 2011 07:10 AM PDT


AdlyZahari

AdlyZahari


LEBIHAN WANG ZAKAT

Posted: 12 Aug 2011 04:24 PM PDT

  • Khamis lepas pergi kepejabat baru SPRM di Alai Melaka.
  • Isunya tentang laporan penggunaan wang zakat RM13.5 juta bagi membina bangunan MAIM.
  • Persoalannya kenapa wang Zakat digunakan, sedangkan kontrak sudah diberikan kepada kontraktor untuk bina bangunan tersebut dengan tukaran tanah milik MAIM.
  • Kesudahannya, tanah hilang, duit zakat pun habis.
  • Apa kata SPRM dengan laporan pada 28 Feb 2011 itu.
  • Tiada Rasuah, cuma kesalahan teknikal.
  • Maim berhutang dengan pusat zakat, nanti dia bayar balik.
  • Duit zakat yang digunakan MAIM itu adalah duit zakat "LEBIHAN"
  • Bila perbincangan jadi panas SPRM tutup ucapan dengan "PAS siasatlah sendiri".
  • Tak mengapa nanti kita akan siasat.
  • Cuma bila lawat bangunan SPRM itu timbul satu pertanyaan. Kenapa bangunan SPRM yang boleh menempatkan 200 orang hanya digunakan untuk 40 orang kakitangan SPRM Melaka.
  • Siapa nak siasat ?