Sabtu, 30 Julai 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


ARTIS : Tarian bogel dan aksi lucah di parti Hari Jadi Erma Fatima

Posted: 30 Jul 2011 10:46 PM PDT

Siti Jarum

PARTI hari jadi Erma Fatima yang diselitkan tarian separuh bogel dan aksi lucah mengejutkan banyak pihak. Ia mengejutkan selepas rakan Siti memetik paparan beberapa laman sosial mereka yang berbangga hadir ke parti itu.

Setelah diselidik, parti itu benar-benar wujud dan tarian separuh bogel itu juga benar.

Bagi Siti, parti itu wujud kerana ada kalangan artis tidak peka hal-hal di luar selimut mereka. Misalnya mereka tak ambil peduli sensitiviti orang sekeliling yang berbilang budaya dan agama. Parti hari jadi bukan isu. Siti pun bukanlah kolot sangat nak jadikan isu orang buat parti hari jadi. Cuma Siti terkejut beruk bila tengok aksi penari.

Pada mulanya Siti simpati bagai nak mati kepada Erma. Siti pun kata, tak patut mereka buat kejutan begitu kepada Erma yang dikenali sebagai artis yang Islamik. Memang tak patut kerana hasil kerja Erma seperti Kurma Ajwa Untuk Najwa yang disiarkan di TV AlHjjrah bukan main Islamik lagi. Kesian sangat kepada Erma.

Tapi apabila Erma kata tarian separuh bogel itu bukan lucah tapi lucu, Siti geleng kepala hampir nak putus. Menyesal pula terlalu awal Siti simpati kepada Erma. Rupa-rupanya Erma pun suka parti macam itu. Kalau tidak, tentu Erma tak kata tarian lucah separuh bogel itu lucu bukan lucah. Kalau lucah mungkin macam tiger show agaknya.

Daripada Erma juga barulah Siti tahu bahawa menari separuh bogel depan umum adalah lebih baik daripada pelacur di jalanan. Hmmm... maknanya adalah yang "baik" dalam persembahan itu. Dalam kata lain, tak usah hebohlah isu penari separuh bogel. Itu kecil punya hal. Maknanya apa yang penganjur buat untuk Erma tidak ada cacat celanya. Yang cacat celanya itu hanya masyarakat macam kawan Siti yang berfikiran kolot. Siti tak kolot sebab Siti setuju dengan Erma. Aksi penari itu "lucu" bukan lucah. Apalah dia orang ini, kolot sangatlah.

Kesimpulannya penganjur buat itu dah betul. Dia tahulah Erma suka atau tidak. Dia pun tak buat kalau tiba-tiba Erma melenting dan pulaukan majlis itu. Dia tahulah apa yang dia buat dan tak mengguriskan sikit pun hati Erma. Betulkan? - Sumber

STONE : Tak sangka pula aku dengan Erma Fatima yang bertudung litup boleh benarkan aktiviti macam ni ?
Tindakan-tindakan macam ni la yang buat orang memandang serong pada artis. Boleh la orang kata nanti, ala pakai tudung tu hanya fesyen, perangai serupa saja, dah nama pun artis.
Nama sapa yang rosak? Artis juga la ... Cuba la hampa buat perangai elok-elok sikit. Kita di Malaysia bukan Hollywood.

Ashraf - Disemadikan sebagai lelaki

Posted: 30 Jul 2011 09:23 PM PDT

Kuala Terengganu – Kisah kontroversi yang menyelubungi seorang lelaki, Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz selepas permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana ditolak Mahkamah Tinggi di sini dua minggu lalu berakhir apabila dia menghembuskan nafas terakhir pagi semalam.

Gambar: ABDUL AZIZ Ahmad memerhatikan isterinya yang hanya mahu di kenali sebagai Mak Yah menyiram air mawar ke atas pusara Mohd. Ashraf di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu semalam.

Lelaki berusia 26 tahun itu disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada pukul 4.55 pagi, iaitu hanya sehari selepas mendapatkan rawatan.

Bapa mangsa, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika mengesahkan kematian Ashraf menjelaskan, anaknya itu dimasukkan ke HSNZ pukul 3 pagi kelmarin selepas mengalami muntah yang teruk.

Jelasnya, pihak keluarga juga akur dengan keputusan mahkamah dan telah bersetuju untuk menguruskan serta mengebumikan jasad arwah sebagai Ashraf dan bukannya Aleesya Farhana.

"Semua keluarga terdekat berada di sisi arwah pada saat-saat terakhirnya. Pemergian Ashraf merupakan satu kehilangan besar buat keluarga," katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat HSNZ di sini semalam. - Kosmo

Kurang ajar : NGO hadiah coli & seluar dalam pada Guan Eng

Posted: 30 Jul 2011 08:13 PM PDT

Hadiah pakaian dalam tindakan biadab, kata bekas presiden Abim

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
July 31, 2011

KUALA LUMPUR, 31 Julai — Bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Dr Mohd Razak Idris menyelar tindakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang cuba memberikan "hadiah" berupa pakaian dalam kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Kelmarin Persatuan Suara Anak-anak Malaysia Negeri menghadiahkan dua coli dan seluar dalam bercorak harimau bintang kepada Lim sebagai simbolik meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbirannya.

Razak berkata tindakan Persatuan Suara Anak-anak Malaysia Negeri yang diketuai Mohamed Ghani Abdul Jiman itu satu perbuatan tidak berakhlak dan melanggar amalan orang Melayu di negara ini.

"Saya menyeru kepada pihak yang terlibat ini memohon maaf kepada beliau (Lim) kerana telah melanggar batas susila yang dianjurkan ajaran Islam," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider.

Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini menambah sebarang pertikaian politik hendaklah dibuat dengan saluran yang betul dan bukan bertindak di luar batasan.

"Saya berharap supaya sebarang pertikaian politik dan ketidakpuasan hati tentang urusan pentadbiran negeri diluahkan dengan cara yang beradab pada masa akan datang.

"Jangan sesiapa merosakkan imej baik umat Islam yang menjunjung tinggi ketinggian budi dengan perbuatan yang berunsur biadap seperti itu," katanya.

Pada sidang media yang diadakan di Komtar, George Town kelmarin Mohamed Ghani berkata "hadiah" itu diberikan kerana sikap Lim dan beberapa barisan pemimpin kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu termasuk Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik, yang didakwa menindas rakyat Pulau Pinang.

Menurutnya, coli dan seluar dalam wanita bercorak harimau bintang itu dijadikan hadiah kerana ia simbolik menandakan Lim dan Ng sebagai tarzan serta menggelar semua pemimpin kerajaan negeri sebagai harimau.

"Maskot Kerajaan Negeri bukan kucing dan kononnya mengamalkan dasar cekap, akauntabiliti dan telus (CAT), tapi sebenarnya adalah harimau. Oleh kerana dia tipu rakyat, kita hadiahkan coli dan seluar dalam kepadanya.

"Ini tunjukkan ketidakpuasan hati kami sebagai rakyat Pulau Pinang terhadap kerajaan negeri yang selama ini tidak bela nasib kami," katanya.

Walaupun tiada wakil kerajaan negeri yang menerima "hadiah" itu, kumpulan itu telah menggantungkan coli dan seluar dalam itu di pintu masuk yang menyediakan lif untuk ke pejabat Lim.

Tambah Razak, tindakan Persatuan Suara Anak-anak Malaysia Negeri itu juga boleh mencemarkan hubungan baik antara orang bukan Islam.

"Kita selaku umat Islam harus mengakui iaitu hubungan kita dengan penganut bukan Islam adalah berasaskan ukhwah insaniah.

"Jangan sesekali mencemarkan hubungan abadi ini oleh sebab permusuhan politik," katanya. - The Malaysian Insider


15 ribu Belia sambut Najib di Pendang ... Depa kira sekali dengan kerusi lepas tu kali 3 ... hahahaha

Posted: 30 Jul 2011 08:51 AM PDT

oleh Mat Kering Bakaq Bata

MK takjub dengan kehadiran 15,000 belia 1 Malaysia di Pendang menyambut kedatangan Najib haritu. Sebabnya himpunan Bersih 2.0 yang diadakan di KL 9 Julai lalu berjaya menghimpunkan seramai 6,000 orang (mengikut laporan media-media pecacai UMCO).

MK tengok semua video Bersih 2.0 berkali-kali, semua yang mana depa upload dalam internet MK tengok satu persatu, jumlahnya terlalulah amat ramai, tetapi MK tak mahu nak bantah jumlah 6,000 yang dilaporkan itu. Maknanya MK terimalah bahawa semua yang berkumpul di KL sampai tak nampak penghujung lautan manusia tu jumlahny 6,000.

Apabila media yang sama laporkan jumlah pemuda UMNO yang berhimpun di Pendang ialah 15,000.. lebih dua kali ganda dari himpunan Bersih 2.0, maka terbayanglah ramainya manusia yang berhimpun di Pendang tu...dari Kota Sarang Semut hingga ke Titi Haji Deris pakat bersesak-sesak, berhimpit-himpit orang ramai dalam himpunan bersama Najib tu.

Untuk kepastian MK rujuk pada sorang rakan yang tinggal berhampiran pekan Pendang. "Tuihh 15 ribu.. kalau ada 5 ribu pun ramai," jerkah kawan MK. Beberapa fakta yang kawan MK dedahkan:

1. Belia yang pi dijanjikan RM15 dan sehelai T-shirt, malangnya bukan semua dapat cukup RM15... ada yang dapat cuma RM5, broker sapu RM10..

2. Bukan semua belia.. ramai yang tua, veteran.. habih semua UMNO kerah makcik-makcik dan pakcik-pakcik mai berhimpun. Kesian kepada warga emas yang tidak berdosa itu menjadi mangsa kerahan tenaga UMNO Bahagian.

3. Khemah Marquee tent yang disediakan penganjur cuma untuk 3,000 orang, malangnya masih ada kerusi tidak berisi.. kok mana mai 15,000??? Agaknya depa kira sekali dengan kerusi lepas tu kali tiga.. kah kah kah ini dah kira lawak antarabangsa.

Tak apalah.. kita jangan kutuk UMNO teruk sangat dekat-dekat nak masuk posa ni. Biag pilah depa syok sendiri, pasang angan-angan nak tawan semula Kedah. Akhirnya Kedah tak tertawan, Pusat PR tawan.. depa jadi tak ketahawan.- Kedah La

Posted by PASPB at 8:17 AM

Apa perbezaan di antara Model Baru Ekonomi (MBE) kerajaan BN dengan Buku Jingga Pakatan Rakyat?

Posted: 30 Jul 2011 08:31 AM PDT

oleh Nigel Aw

Apa perbezaan di antara Model Baru Ekonomi (MBE) kerajaan BN dengan Buku Jingga Pakatan Rakyat?

"Kemahuan politik (political will)," kata pengarah strategik PKR Rafizi Ramli dalam panel diskusi perbincangan Persidangan Pemimpin Pelajar ke-5 di Kuala Lumpur.

Katanya, besar kemungkinan Pakatan akan mengekalkan sesetengah elemen dalam MBE jika gabungan itu berjaya menguasai Putrajaya kerana kedua-dua rancangan itu mempunyai persamaan.

Menurut Rafizi, tindakan itu termasuk mengekalkan perkhidmatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala - yang dipilih oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib razak untuk melaksanakan pembaharuan ekonominya.

"Saya tidak boleh bercakap bagi pihak Pakatan, tetapi saya pasti jika kita berjaya ke Putrajaya, besar kemungkinan Idris Jala akan kekal di mana beliau berada," katanya.

Namun, Rafizi menegaskan apa yang membezakan BN dan Pakatan ialah 'kemahuan politik' membawa perubahaan meskipun kepentingan parti masing-masing mungkin terjejas.

"Sebahagian besar prinsip asas MBE hampir sama (dengan Buku Jingga) tetapi ia bergantung kepada sama ada sesuatu kerajaan itu mempunyai kemahuan politik untuk merungkaikan perjanjian (yang berat sebelah dengan sektor swasta)," kata Rafizi.

Idris, yang juga menjadi ahli panel diskusi itu menyapa komen Rafizi dengan mengukirkan sebuah senyuman.

"Terima kasih, (sekurang-kurangnya) kita ada satu perjanjian di sini," katanya.

Forum bertajuk 'Menjana Malaysia Ke Hadapan Melalui Program Transformasi' ini juga menyaksikan pertikaman lidah dan suasana hangat membabitkan Idris, Rafizi dan ahli parlimen PJ Utara Tony Pua berhubung apa yang perlu dilakukan Malaysia bagi melepasi perangkap menjadi negara penduduk berpendapatan sederhana.

Ahli panel keempat diskusi ini adalah ahli jawatankuasa pusat MCA Ti Lian Ker.

Pua (kiri) juga melahirkan sentimen yang sama dengan berkata program pembaharuan BN pada dasarnya baik, tetapi kerajaan seringkali gagal memastikan pelaksanaanya.

"Dokumen adalah hampir sama tetapi bezanya adalah kemahuan politik. Tanapa kemahuan politik, semua dokumen tidak berguna. Sebagai contoh, konsep 1Malaysia dalam GTP (Government Transformation Programme), saya pasti 99 peratus mereka di dalam bilik ini menerima konsepnya.

"Tetapi apabila kita mempunyai pemimpin kanan negara seperti timablan perdana menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) berkata beliau mendahulukan bangsanya sebelum sebagai rakyat Malaysia, maka semua itu menjadi bercanggah. Ahli politik mesti mempercayai polisi yang digubal mereka sendiri jika mereka mahu melaksanakannya," kata Pua. - Malaysiakini

Ku Li dipelawa ketuai Pakatan?

Posted: 30 Jul 2011 06:41 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Umno menafikan dakwaan bahawa pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah telah dipelawa menjadi ketua pembangkang jika Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, selaku Ketua Umno Gua Musang dan juga Ahli Parlimen kawasan itu yang dimenangi atas tiket Barisan Nasional, Tengku Razaleigh tidak boleh berbuat demikian.

Sebaliknya dipetik Bernama Online, Ahmad menyindir orang yang paling layak menggantikan Anwar di Parlimen ialah Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Ahmad terdahulu menghadiri sambutan Hari Peneroka Felda peringkat Selangor di Hulu Selangor hari ini.

Laporan media baru-baru ini memetik Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa parti pembangkang telah mempelawa Tengku Razaleigh untuk dilantik sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan Anwar.

Zahrain berkata tindakan terdesak memilih Ahli Parlimen Gua Musang yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu juga sebagai persiapan parti pembangkang itu untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Berhubung isu Felda, Ahmad meminta para peneroka Felda agar merujuk kepada jawatankuasa timbang tara bagi mengatasi sebarang masalah dengan agensi itu dan bukan membawanya ke mahkamah sebagaimana disaksikan sejak kebelakangan ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberitahu tindakan itu juga selaras dengan Akta Penempatan Berkelompok 1960 yang memperuntukkan peneroka menyelesaikan pertikaian dengan Felda menerusi timbang tara.

"Jawatankuasa berkenaan sudah lama wujud tetapi kerana ia tidak dihebahkan secara berkala, ramai yang lupa atau tidak tahu mengenainya," katanya.

Katanya jawatankuasa itu yang dipengerusikannya akan mencari penyelesaian terbaik bagi menghasilkan situasi menang-menang antara peneroka dan Felda.

Kata beliau, peneroka berdepan kerugian jika membawa kes ke mahkamah seperti yang berlaku kepada peneroka Felda Kemahang 1 dan 2 di Kelantan, yang hanya menerima antara RM9,000 dan RM11,500, berbanding RM17,000 dan RM23,000 yang dibayar Felda jika tuntutan dibuat menerusi timbang tara.

Peneroka terbabit menyaman Felda bagi menuntut antara RM20,000 dan RM30,000 setiap seorang sebagai ganti rugi am kerana mendakwa agensi itu memberikan nilai rendah terhadap mutu buah kelapa sawit yang mereka hasilkan antara 1996 dan 2002 sehingga merugikan mereka.

Mengulas perkara lain, Ahmad menggesa kerajaan Selangor meluluskan segera permohonan tapak kawasan yang terletak di Felda Soeharto di sini, untuk projek perumahan warga Felda Gugusan Felda Sungai Dusun.

Projek perumahan di kawasan seluas 14 hektar itu akan melibatkan pembinaan 250 unit rumah dan berkonsep mampu milik yang terdiri daripada rumah kos rendah dan kos sederhana rendah yang mempunyai tiga bilik, katanya. - The Malaysian Insider

BERSIH 2.0 : Apa pasai yang pi tumbuk perut budak tu dengan gari di tangan?

Posted: 30 Jul 2011 06:22 AM PDT

Fadhilat dan Kelebihan Berpuasa Ramadhan

Posted: 30 Jul 2011 03:44 AM PDT

Fadhilat dan Kelebihan Berpuasa Ramadhan

•Pintu langit dibuka.
•Pintu-pintu syurga dibuka.
•Bulan yang penuh keberkatan.
•Salah satu malamnya adalah lebih baik dari seribu bulan.
•Ganjaran amalan sunat sama dengan solat fardhu.
•Solat fardhu mendapat ganjaran 70 kali ganda.
•Bulan kesabaran dan pahalanya adalah syurga.
•Bulan menambah rezeki.
•Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa ketika sebelum berbuka puasa dan doa pada sepertiga malam.

•10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan adalah pengampunan dan 10 hari terakhir adalah kemerdekaan dari api neraka.

* Umar ibnul Khathab r.a. berkata, "Orang yang berdzikir kepada Allah pada bulan Ramadhan akan diampuni dosa-dosanya; dan yang memohon kepada Allah pada bulan Ramadhan tidak akan kecewa.

* Puasa mengatur keseragaman ummat. Selama Ramadhan, umat berseragam dalam sahur dan berbuka, dalam bekerja dan beristirahat, serta dalam shalat, istighfar, dan bertobat kepada Allah. Lidahpun seragam dalam bertakbir, bertasbih, dan bertahmid sehingga tercegah dari kata-kata buruk dan menyakiti orang lain, menjauhi perbuatan keji dan munkar, mengisi hati dengan cinta kasih kepada sesama hamba Allah, selalu baik dan bersih lahir bathin, serta sabar meng- hadapi segala macam kesulitan hidup. (ulama)

* Imam Al Ghazali berkata, "Betapa banyak orang berpuasa yang sebenarnya berbuka, dan yang berbuka padahal ber- puasa. Yang berbuka tetapi sebenarnya berpuasa adalah yang makan dan minum, tetapi menjaga seluruh anggota tubuhnya dari perbuatan dosa. Dan yang berpuasa tetapi sebenarnya berbuka adalah yang lapar dan haus, tetapi tercemar anggota tubuhnya (dalam perbuatan dosa). - SETERUSNYA

Kredibiliti Najib masih compang-camping - Kit Siang

Posted: 30 Jul 2011 03:06 AM PDT

Lim: Enam pemimpin PSM bebas tapi wibawa Najib masih cacat

July 30, 2011KUALA LUMPUR, 30 Julai — Lim Kit Siang mengingatkan Datuk Seri Najib Razak bahawa kredibilitinya sebagai Perdana Menteri masih "compang-camping" ekoran cara pentadbiran beliau mengendalikan beberapa isu semasa manakala pembebasan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) semalam tidak mampu membawa apa-apa perubahan.

"Ia adalah kegagalan paling besar kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri, menyebabkan kewibawaannya compang-camping — itu sebabnya kenyataan beliau semalam bahawa pembebasan enam pemimpin PSM, yang ditahan di bawah Ordinan Darurat, adalah ekoran peruntukan undang-undang, menjadi bahan senda," kata Penasihat DAP ini.

Pemimpin veteran pembangkang ini memberitahu, Najib tidak betul jika beliau beranggapan bahawa kredibilitinya sudah pulih dengan pembebasan enam pemimpin PSM semalam.

Justeru kata ahli Parlimen ini, Najib perlu mengambil empat tindakan dengan segera jika mahu memulihkan kredibilitinya.

Kata Lim (gambar), Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar perlu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kesemua enam pemimpin PSM dan memansuhkan Ordinan Darurat dan undang-undang pencegahan yang lain dan Najib juga sewajarnya menarik balik pengharaman Bersih 2.0 dan menggugurkan pendakwaan ke atas mereka yang ditahan kerana memakai kemeja-T warna kuning Bersih 2.0.

Selain itu Lim juga meminta Najib mengadakan suruhanjaya diraja bagi mewujudkan sistem pilihan raya yang bebas dan adil.

Lim juga menuntut Najib mengambil tindakan keras ke atas Utusan Malaysia kerana terus membawa tulisan-tulisan berbaur hasutan dan bahaya selain mencetuskan ketegangan kaum.

Ahli Parlimen Ipoh Timur itu juga menggesa Perdana Menteri mengenakan tindakan ke atas pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang disenaraikan dalam lapoan suruhanjaya diraja berkaitan dengan kematian Teoh Beng Hock.

"Hanya apabila Najib bersedia untuk menangani empat isu ini, maka beliau boleh memulihkan kredibiliti, yang terjejas teruk sejak lima minggu lalu ekoran kesilapan kerajaan menangani perhimpunan Bersih 2.0," kata Lim lagi.

Semalam, Najib berkata kerajaan menerima baik keputusan polis membebaskan enam aktivis PSM dan keputusan itu dibuat berdasarkan pengamatan dan siasatan yang dilakukan oleh polis.

Bagaimanapun, beliau berkata terpulang kepada Peguam Negara untuk menentukan tindakan selanjutnya terhadap enam aktivis tersebut.

Mereka yang dibebaskan ialah Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar, 56, setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, A.P.Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33 dan M.Sukumaran, 50, timbalan pengerusi PSM, M. Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R.Sarat Babu, 25.

Mereka ditahan pada 2 Julai lepas di Seberang Prai, Pulau Pinang mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan - The Malaysian Insider

Ashraf meninggal dunia

Posted: 30 Jul 2011 01:21 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Julai — Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana selepas menjalani pembedahan jantina, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu awal pagi ini.

Dia dilaporkan berhadapan dengan masalah jantung dan tekanan darah yang rendah.

Mahkamah menolak permohonan dia pada 18 Julai lalu.

Dalam satu temu bual dengan media keluaran 20 Julai lalu, Ashraf mengakui tertekan dengan pandangan negatif masyarakat terhadapnya dan sanggup dibunuh.

Bagaimanapun kata Ashraf, 25, ia tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus memperjuangkan hasratnya itu.

Sambil menyatakan mahu membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu, dalam sebak Ashraf yang lebih mesra dipanggil "Aleesha" berkata, jika masyarakat tidak dapat menerima keadaannya berdasarkan pelbagai kutukan dan hinaan yang diterima termasuk menerusi laman sosial Facebook, dia rela dibunuh jika itu penyelesaian terbaik.

"Suka atau tidak, perjuangan perlu diteruskan sehingga semua wadah perundangan tiada lagi. "Ramai mahu saya berdiam diri daripada masalah ini, tetapi saya mahu kehidupan yang aman," katanya.

Ashraf membuat permohonan menukar jantina di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu 25 Mei lalu bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran, selain kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita dengan status lelakinya.

Dia membuat pendedahan menukar jantina di Thailand pada 2009.

Dalam pada itu, Bernama Online memetik bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Dia dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah. Aziz berkata beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.

Katanya Ashraf sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak. - TMI

STONE : Takziah buat keluarga Ashraf.  Tuhan tidak mahu Ashraf terus menerus menaggung derita di dunia ini, jadi dikembalikannya ke Sana. .... Al Fatihah

Salahuddin Mahfuz akan saman polis

Posted: 30 Jul 2011 12:06 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Julai — Dua naib presiden PAS Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar masing-masing telah mengambil keputusan untuk menyaman polis, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan pusat berhubung tindakan menahan mereka 9 Julai lalu dan ia akan difailkan minggu depan.

Tindakan saman tersebut akan diuruskan menerusi syarikat peguam Faiz Fadzil & Co dan akan dikendalikan bersama peguam Zulhazmi Sharif, lapor HarakahDaily hari ini.

Zulhazmi menjelaskan, tindakan saman akan difailkan minggu depan.

Selain Salahuddin dan Mahfuz, jelasnya, tindakan saman ke atas ketiga-tiga pihak berkenaan berhubung penahanan pada 9 Julai juga akan dilakukan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

Salahuddin berkata, tindakan tersebut diambil memandangkan penahanan mereka ketika perhimpunan Bersih 2.0 adalah tidak sah.

Katanya, penahanan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap beliau dan Mahfuz itu adalah di luar kawasan yang diwartakan sebagai kawasan larangan untuk dimasuki oleh mereka.

"Saya dan Datuk Mahfuz ditangkap oleh pihak polis pada pukul 11.50 pagi 9 Julai di sekitar KL Sentral. Kemudian saya ditahan di lokap polis di Balai Polis Jinjang dan dibebaskan pada pukul 9.30 malam 9 Julai.

"Sepanjang berada dalam tahanan, pihak polis pun tak ambil apa-apa keterangan daripada kami. Kami juga tak diberitahu sebab-sebab penahanan kami itu," kata wakil rakyat ini.

"Tindakan pihak polis terhadap kami itu adalah tindakan yang tidak wajar dan ia ternyata satu penahanan yang tidak sah sebab itulah saya mahu mengambil tindakan sivil terhadap pihak polis, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan BN," katanya.

Ekoran tindakan di luar undang-undang yang dilakukan oleh pihak polis ke atas beliau dan Mahfuz itu, beliau telah membuat laporan polis pada 11 Julai lalu.

Sepanjang ditahan, beliau tidak dibenarkan menghubungi dan bertemu peguam dan keluarganya dan ini adalah bertentangan dengan Seksyen 28A (2) Kanun Prosedur Jenayah. -

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Sabah PKR chiefs renew autonomy call

Posted: 30 Jul 2011 07:27 PM PDT

Eighteen out of 26 PKR divisions in the state agreed on holding a secret ballot soon on whether party chief Dr Wan Azizah Wan Ismail should continue to head the state chapter.

KOTA KINABALU: Sabah PKR chiefs, by an overwhelming majority, have reportedly endorsed an informal plan to "demand full autonomy for the state chapter from the party headquarters".
The consequences of a rejection of the autonomy demand, according to a high-ranking party insider privy to the decision by the Sabah PKR division chiefs, are "a foregone conclusion subject to the right timing".
The reference point for the autonomy demand is a Sept 16 gathering last year here where three Pakatan Rakyat leaders pledged that Sabah would have autonomy from their respective parties and that "the people of Sabah, and no one else, will make important decisions in a Pakatan government".
Read More / Baca Lagi >>

Kantoi Lagi : Penyelewengan/kelemahan daftar undi SPR!!

Posted: 30 Jul 2011 07:25 PM PDT

Kali ini dua orang pengundi memegang nombor ic 250622715425 dan 380424715016 yang bernama BASRI BURU BIN ALIMIN dan SOESSJE SCWANNE JETTY SILVANA GROENEVELD. Dari nama yang ditunjukkan, kedua-dua individu ini tidak memiliki nama seperti nama rakyat Malaysia yang biasa. Sebaliknya nama mereka seperti berasal dari luar Malaysia samada Indonesia atau lain tempat..



Read More / Baca Lagi >>

Najib mencari ‘Talian Hayat’

Posted: 30 Jul 2011 07:22 PM PDT

Dr Dzulkefly Ahmad

31 JULAI — Bila penulis menerbitkan satu makalah "General Election in July, folks!" pada 20 Mei lalu, ia bukan bertujuan untuk 'spin'. Mengimbas kembali, itulah ruang tarikh atau 'window' paling wajar menyerang-hendap atau 'ambush' Pakatan Rakyat. Pengumuman pembubaran parlimen  boleh menjadikan perhimpunan Aman Bersih 2.0, 9-Julai lalu di satu kedudukan yang sukar diberikan tumpuan oleh penganjur. Lebih parah lagi bagi parti-parti politik yang dalam 'panic mode'. Najib gagal.
Malang buat Umno-BN, Perdana Menteri Najib tidak sehebat pendahulunya. Najib kini sudah kehilangan jendela atau 'window' paling strategiknya. Sebaliknya, tidak keterlaluan kalau penulis nyatakan bahawa Najib mungkin sahaja akan kehilangan peluang untuk memimpin dalam perang PRU k-13 ini! Maksudnya, penulis meramalkan Najib akan disingkir sebagai Presiden Umno sekaligus Pengerusi BN sebelum PRU ke-13,.
Begitu sekali? Ya, demi menyelamatkan Umno-BN, Najib akan bakal diketepikan. Sejarah akan berulang. Tun terpaksa diketepikan Umno untuk menyelamatkan parti Melayu itu, sebab telah menjadi 'liabiliti' terbesar perjuangan parti mereka. Ternyata strategi itu berbisa dan mengena. Pak Lah menang besar dalam PRU ke-11, April, 2004 itu, bahkan antara terbesar dalam sejarah politik pilihanraya Umno.
Read More / Baca Lagi >>

Pegawai Jakim: Wahabi dan Syiah sumber ancaman utama, perlu dibendung

Posted: 30 Jul 2011 07:19 PM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Julai — Seorang pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata Wahabi dan Syiah merupakan ancaman utama kepada keselamatan negara dan pihak berkuasa perlu memberi perhatian secara menyeluruh untuk membendung kedua-dua fahaman itu agar tidak membawa kepada pemikiran radikal.
"Ancaman pemikiran terbesar di negara kita sekarang ialah Wahabi dan Syiah... pemikiran yang ekstrem... (kerajaan) perlu bendung bagi mengharmonikan amalan fahaman Sunah Waljamaah di Malaysia," kata Zamihan Mat Zin, yang kini merupakan Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras di Institut Latihan Islam Malaysia, agensi di bawah penyeliaan Jakim.
Read More / Baca Lagi >>

Hadiah pakaian dalaman tindakan biadab, kata bekas presiden Abim

Posted: 30 Jul 2011 04:23 PM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Julai — Bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Dr Mohd Razak Idris menyelar tindakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang cuba memberikan "hadiah" berupa pakaian dalam kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Kelmarin Persatuan Suara Anak-anak Malaysia Negeri menghadiahkan dua coli dan seluar dalam bercorak harimau bintang kepada Lim sebagai simbolik meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbirannya.
Razak berkata tindakan Persatuan Suara Anak-anak Malaysia Negeri yang diketuai Mohamed Ghani Abdul Jiman itu satu perbuatan tidak berakhlak dan melanggar amalan orang Melayu di negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

Video Saras: 'Saya suka rakyat bukan image'

Posted: 30 Jul 2011 02:36 PM PDT

Koleksi Tetap Karya Almarhum Datuk Syed Ahmad Jamal Di Balai Seni Lukis Negara

Posted: 30 Jul 2011 01:57 PM PDT


1964-036 
Perhubungan/Relationship - Syed Ahmad Jamal


1965-059 
Tercapai - Syed Ahmad Jamal


1968-001 
Datuk Syed Ahmad Jamal
Lela Mayang
India ink and sepia wash 


1959-018 
Syed Ahmad Jamal
Datuk Tajuk: Umpan 1959-018
Read More / Baca Lagi >>

Al-FATIHAH : SENIMAN NEGARA 1995 SYED AHMAD SYED JAMAL MENINGGAL DUNIA

Posted: 30 Jul 2011 01:06 PM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Julai - Seniman Negara 1995, Datuk Syed Ahmad Syed Jamal meninggal dunia di kediamannya di Gombak di sini, kira-kira 10 malam ini. Perkara itu disahkan sumber dari Unit Perhubungan Awam Balai Seni Lukis Negara yang dihubungi Bernama di sini.
Read More / Baca Lagi >>

PAS Akan Tayang Dan Edarkan 200,000 DVD BERS✔H Perbetulkan Video Versi Polis

Posted: 30 Jul 2011 11:19 AM PDT


PAS akan menyiarkan video Bersih dan mengagihkan sekitar 200,000 DVD di kampung-kampung berhubung dengan perhimpunan aman sempena Hari Raya, untuk menepis dakwaan dan fitnah polis yang menyatakan tiada keganasan dilakukan ke atas peserta perhimpunan.

Langkah itu adalah sebahagian dari program "balik kampung" yang dianjurkan oleh PAS, yang akan berlansung sepanjang bulan Ramadan sehingga Hari Raya, dan ia bermatlamat membantu PAS mendapatkan sokongan untuk pilihanraya umum yang akan datang.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu akhbar online, The Malaysian Insider bahawa PAS mengambil berat tentang orang-orang kampung yang tidak memperolehi maklumat yang sebenar tentang apa yang berlaku pada 9 Julai lalu dan juga untuk memperbetulkan video versi yang dikeluarkan oleh pihak polis.Read More / Baca Lagi >>

Rakyat tolak 3 perkara - 1) rasuah 2) salahguna kuasa 3) memainkan sentimen rasis.

Posted: 30 Jul 2011 11:12 AM PDT

Isu perkauman elok dihentikan sebelum terlambat.Mengendung isu perkauman tidak berhenti-henti sangat menjemukan kerana rakyat hendak hidup dengan aman dan damai. Isu ini hanya diperbesarkan oleh mereka yang lemah sokongan dan menggunakan isu ini sebagai cara untuk mendapatkan sokongan dari kaumnya sendiri.

Isu perkauman hanya permainan politik mereka yang berkuasa dan mereka yang tidak mampu untuk menjadi pemimpin kepada rakyat. Mereka menggunakan isu ini untuk kepentingan peribadi mereka semata-mata.

Mahu tidak mahu kita mesti akui yang semua rakyat ada hak untuk bersuara. Bagi saya kerajaan patut mengambil tindakan dengan undang-undang terhadap sesiapa yang melaungkan sentimen perkauman yang terlalu menebal. Kita terpaksa menerima yang semua kaum adalah rakyat Malaysia. Mereka berhak untuk bersuara tentang nasib masa depan mereka.

Masa depan sesebuah negara itu ditentukan oleh rakyatnya sendiri. Pemimpin tidak boleh menekan dan memaksa sesiapa pun untuk memberikan sokongan secara terus menerus kerana pemimpin itu sendiri telah dipilih oleh rakyat buat satu masa yang ditetapkan dan di negara kita mereka dipilih selama 5 tahun sahaja.
Read More / Baca Lagi >>

Mana hasil lawatan Rosmah?

Posted: 30 Jul 2011 11:09 AM PDT

Oleh: TopengMerah

"Sudah beberapa bulan sejak isteri PM Malaysia, Rosmah Mansor berlepas ke Turki bersama delegasinya untuk lawatan selama 3 hari ke negara itu. Delegasi Rosmah itu disertai 15 anggota Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), usahawan wanita dan pegawai kanan dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta SME Corporation. Tujuan mereka ke negara Muslim Eropah itu kononnya dikatakan sebagai titik tolak usaha membuka peluang perhubungan perniagaan antara usahawan wanita di Malaysia dengan wanita Turki.
Read More / Baca Lagi >>

Dalam Kenangan : Almarhum Ustaz Fadzil dari kacamata keluarga

Posted: 30 Jul 2011 11:05 AM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgqdnNsftU6369d0PPMKq30u1liqhXm-Jr62GheZdiMjjHO_97vR7Hfu6uAqbGWmpw-zq_utolQSZyBSBZ98_TwROljDNBxr4yU6-zA9DZ5oVL_KWotZQ-3ZpqAsl17zX7oQg-327gK9YJj/s320/ustaz+fadhil+noor2.jpgOleh INTAN ABDULLAH
MENUKIL kembali memori seorang tokoh hebat, Almarhum Dato' Fadzil Mohd Noor dari kaca mata kekeluarga bukanlah mudah dan ringan. Namun, setelah bertemu dengan isteri almarhum, Datin Khadijah Ibrahim, 67, banyak cerita suka duka dapat diungkapkan. 
Bekas Presiden PAS yang lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Fadzil ini mempunyai sikap yang sangat mesra dan rapat dengan isteri serta lapan anak-anaknya.
 
Menurut Khadijah, yang membahasakan dirinya sebagai 'Mak Long', almarhum gemar bergurau dan jarang berkeadaan diam ketika berada di rumah – ada sahaja modal untuknya berbicara.Read More / Baca Lagi >>

Urus tadbir yang baik – konsep dan kerangkanya

Posted: 30 Jul 2011 11:03 AM PDT

http://ridzuan1706.files.wordpress.com/2010/01/dr-abdul-aziz-bari.jpg?w=159&h=181TIMBALAN Presiden PAS yang baru, Mohamad Sabu mengesyorkan supaya negeri-negeri yang ditadbir oleh PAS mengikut contoh DAP dalam soal urus tadbir yang baik (good governance). Konsep ini agak sulit untuk difahami dan untuk itu Harakah menemui Profesor Dr Abdul Aziz Bari bagi mendapat penjelasan. Ini kerana konsep tersebut menyinggung beberapa dimensi Perlembagaan Negara.

Read More / Baca Lagi >>

Gagasan memartabatkan wanita Malaysia

Posted: 30 Jul 2011 11:02 AM PDT

Oleh SITI ZAILAH MOHD YUSOF
 
ALLAH berfirman dalam Surah Al-Zaariyaat ayat 56 yang bermaksud: Dan (inghttp://khaniseannisaa.files.wordpress.com/2011/02/muslimah-2.jpgatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
Sesungguhnya setiap manusia dilahirkan untuk menjadi mengabdikan diri kepada Allah swt. Apa pun kedudukan mereka di kalangan masyarakat, mereka tidak lepas dari menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah. Ini termasuklah mereka yang diberi amanah kepimpinan.
Read More / Baca Lagi >>

Rosmah and the Ring of Fire

Posted: 30 Jul 2011 10:56 AM PDT

Rosmah and the Ring of FireWomen who have a penchant for jewelry would probably envy the gargantuan diamond ring linked to Malaysian First Lady Rosmah Mansor, which has ironically turned into a ring of fire for her, with angry citizens condemning such alleged extravagance while they struggled with their daily lives living in a country of escalating costs and diminishing welfare subsidies.
60-year Rosmah cuts a controversial figure as far as the people are concerned. Most Malaysians have the impression that she wants to outshine her husband and tries to have the country ruled her way.
People who earned less than RM2,000 a month, who include clerks, hairdressers, waitresses and the blue-collar workers, cannot comprehend why a woman would need such a heavy 'stone' to decorate her finger.
Read More / Baca Lagi >>

Ahaaks : UMNO kini berpecah 5...????

Posted: 30 Jul 2011 10:51 AM PDT

Oleh Jason King.

UMNO kini berpecah 5, siapa tahu PRU13 ni BN tumbang...????

Berpecah 5..???? dari sudut mana lak tu berpecah 5..???

Mari kita kaji ini fakta, akibat dari beban yang majoriti orang melayu UMNO tak suka. Rosmah Mansor aka Penguin Malaysia adalah liability/beban kepada Najib Razak.

Najib Razak yang penuh dengan scandal, dengan isterinya penguin, bebannya bertambah akibat salah laku scandal di Port Dikson. Scandal Kapal Selamnya dan sangat banyak scandal salah laku yang kita tak sedar pelakunya ialah Najib Bin Razak. Kini Najib menjadi Liability kepada party UMNO.

Untuk jalan selamat, Timbalannya si malukul sembab dan teamnya bersama Zahid Hamidi, Khairy jamaluddin dan lain lain dalam diam membentuk team melawan secara senyap..!!!! masing masing punya agenda, puncanya... Najib menjadi liability kini.
Read More / Baca Lagi >>

Video - Proham Discussion - Electoral Laws, Election Commission & Electoral Reform Part 2

Posted: 30 Jul 2011 10:40 AM PDT

Video - Proham Discussion - Electoral Laws, Election Commission & Electoral Reform Part 1

Posted: 30 Jul 2011 10:39 AM PDT

Lynas: Jangan nak untung, rakyat tergadai

Posted: 30 Jul 2011 10:36 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Julai: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)  mendesak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menghentikan segera projek pembinaan loji Lynas di Gebeng.

SMM yang menubuhkan Gerakan Mahasiswa Selamatkan Rakyat (GMSR) khusus untuk membawa isu ini menuntut kerajaan agar mempamerkan keseriusan dalam isu Lynas dengan meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan berbanding ekonomi dan teknologi.

Pengerusi GMSR, Mohd Ramzulnasri Kamarusaman berkata, pihaknya menyokong penuh pendirian penduduk Gebeng yang menolak loji memproses nadir bumi tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Rafizi : 'Mungkin Idris Jala kekal jika Pakatan ambil alih Putrajaya'

Posted: 30 Jul 2011 10:35 AM PDT

Apa perbezaan di antara Model Baru Ekonomi (MBE) kerajaan BN dengan Buku Jingga Pakatan Rakyat?

"Kemahuan politik (political will)," kata pengarah strategik PKR Rafizi Ramli dalam panel diskusi perbincangan Persidangan Pemimpin Pelajar ke-5 di Kuala Lumpur.

ukec forum 300711 speakers public policy tony pua idris jalaKatanya, besar kemungkinan Pakatan akan mengekalkan sesetengah elemen dalam MBE jika gabungan itu berjaya menguasai Putrajaya kerana kedua-dua rancangan itu mempunyai persamaan.

Menurut Rafizi, tindakan itu termasuk mengekalkan perkhidmatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala - yang dipilih oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib razak untuk melaksanakan pembaharuan ekonominya.

"Saya tidak boleh bercakap bagi pihak Pakatan, tetapi saya pasti jika kita berjaya ke Putrajaya, besar kemungkinan Idris Jala akan kekal di mana beliau berada," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Pasca Bersih : Pemuda PAS sangkal video polis

Posted: 30 Jul 2011 10:33 AM PDT

TEMERLOH, 30 Julai: Seorang pemuda tampil menyangkal video polis disiarkan sebuah televisyen yang menggambarkan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, membuat provokasi terhadap polis ketika perhimpunan Bersih 9 Julai lalu.

Anggota Unit Amal yang hanya mahu dikenali sebagai Lan, 30,  mendakwa berada betul-betul di belakang Tian Chua bersama kira-kira 2,000 orang di KL Sentral ketika itu dan beliau sebenarnya sedang menyelamatkan diri daripada ditembak polis.

"Saya bertanggungjawab dengan kenyataan ini dan sanggup dipanggil jadi saksi jika diperlukan," katanya ketika menemui Harakahdaily di sini.
Read More / Baca Lagi >>

Pensyarah: Menteri tidak harus diberi kuasa Tuhan

Posted: 30 Jul 2011 10:31 AM PDT

shad saleem faruqi ukec student summitSeorang peguam yang pakar dalam perlembagaan hari ini menyokong agar semakan undang-undang yang membenarkan penahanan berterusan tanpa dibicarakan dilakukan segera.

Menurut Professor Shad Saleem Faruqi yang juga pensyarah undang-undang perlembagaan di UiTM, menteri dalam negeri tidak seharusnya diberikan kuasa Tuhan bagi menahan rakyat negara ini.

"Saya tidak fikir sepatutnya mana-mana manusia harus diberikan kuasa seumpama itu untuk bertindak ke atas manusia lain... kuasa itu hanya untuk Tuhan," katanya pada sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Another help me to help you deal?

Posted: 30 Jul 2011 10:30 AM PDT

JULY 30 – Datuk Seri Najib Razak offered a deal to the Indian community today. He said the Barisan Nasional (BN) government will bring them to the "mainstream of development" if they support the MIC.
And he named MIC president Datuk G. Palanivel as a minister in the Prime Minister's Department, bloating the Cabinet that he promised would be lean when he took office in April 2009.
But it's the prime minister's  right to name anyone to his Cabinet if he feels like it. We have no quarrel with that although that will bump up the emoluments bill at a time when government expenditure is far outstripping revenue.
What is striking is the brazen quid pro quo that Najib proposed today. Indians deserve or for that matter Malays or Chinese or any Malaysians deserve help without any strings attached.
Read More / Baca Lagi >>

Perutusan Ramadhan YAB TG Nik Aziz : Ramadhan Bulan Hidayah

Posted: 30 Jul 2011 06:39 AM PDT

Firman Allah SWT :

ياأيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون

Yang bermaksud : "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.." – Al-Baqarah, ayat 183

Alhamdulillah, sekali lagi tetamu mulia bernama Ramadhan menjenguk ke dalam ruang hidup kita. Sesungguhnya hidup ini merupakan satu perjalanan, tiba di destinasinya ia akan terhenti walau apa pun usaha untuk menegahnya daripada berhenti. Syukur kepada Allah SWT, ia masih belum terhenti sehingga ke saat ini untuk membenarkan kita sekali lagi bertemu dengan Ramadhan. Syukur kerana bulan ini ialah bulan yang menjanjikan hidayah dan ganjaran yang besar buat sesiapa yang memburunya.
Read More / Baca Lagi >>

Reform Now!

Posted: 30 Jul 2011 06:29 AM PDT

By A Bittersweet Student
Frustration reigns in the hearts of many when the topic about our education is brought forth. Anger rises within the neglected races as their say in it does not count. The hard headed minister sits proudly in front of the press as he announces the new proposals that he has in his mind for our education system. Many watching his press conference, smack their foreheads and begin praying for an educational reform in the country, Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>