Sabtu, 23 Julai 2011

bumiperak

bumiperak


Anggota Kumpulan Pelampau Nazi serang Oslo, Norway

Posted: 23 Jul 2011 08:24 AM PDT

Graphic showing attacks in Norway

OSLO, 23 Julai — Seramai 92 orang disahkan terbunuh dalam serangan berganda di Norway semalam — letupan bom di kawasan pejabat kerajaan yang turut menempatkan pejabat Perdana Menteri dan seorang menyamar sebagai polis melepaskan tembakan di tempat sekumpulan belia mengadakan program perkhemahan.Tujuh mati dalam letupan bom di ibu negara Norway. Perdana Menteri Norway selamat dalam kejadian ini.

Susulan letupan di kawasan pejabat kerajaan yang menyebabkan kerosakan teruk, seorang lelaki melepaskan tembakan ke atas sekumpulan belia yang menyertai perkhemahan parti memerintah di Pulau Utoeya island, yang terletak di barat laut Oslo.

Menurut polis, sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dalam kejadian itu.

"Saya nampak belia lari bertempiaran, melompat ke laut," kata seorang saksi Kristine Melby kepada saluran televisyen Al Jazeera. "Kami mendengar orang menjerit," katanya. Penembak berusia 32 tahun itu, seorang warga Norway, telah ditahan polis.

Suspek dikatakan ahli kumpulan Nazi Sweden mensasarkan melumpuhkan bangunan pentadbiran kerajaan mengumpul 6 tan peledak dari baja untuk tujuan itu. — Reuters
An injured man is helped in the immediate aftermath of the powerful explosion that tore apart the government district of Oslo yesterday
An injured man is helped in the immediate aftermath of the powerful explosion that tore apart the government district of Oslo yesterday
Smoke billows from a building shortly after the blast which killed seven people
Smoke billows from a building shortly after the blast which killed seven people
4) An aerial view of Olso's city centre shortly after an explosion rocked the Norwegian capital [Jon Bredo Overaas/Scanpix/AFP]

5) A view shows the aftermath of a bomb blast on a street in Oslo [Fartein Rudjord/Reuters]

6) A view shows the aftermath of a blast on a street in Oslo [Fartein Rudjord/Reuters]

7) Smoke billows from a 17-storey government building [Per Thrana/Reuters]

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


YB Dr Hamdan (Exco Kedah) di Cub Prix Petronas Alor Setar

Posted: 23 Jul 2011 07:47 PM PDT

Sam Hogg, Pengarah Urusan Two Wheel Motor Racing, Tn Haji Sobri Abu Bakar Pengurus Besar Bhg Perniagaan Minyak Pelincir Petronas Dagangan Bhd dan YB Dr Hamdan di gerai cenderahati PETRONAS

Exco Belia dan Sukan, Kesenian,Warisan dan Kebudayaan Kedah, YB Dr Hamdan Mohamed Khalib bersama-sama rakyat sekitar Alor Setar telah meluangkan masa di acara PETRONAS Cub Prix pusingan ke 6 di perkarangan stadium Darulaman, Alor Setar, pada Sabtu

PETRONAS Cub Prix yang di adakan di Kedah adalah pusingan ke 6 dari 10 siri perlumbaan yang telah dan akan diadakan di seluruh semenanjung. Ini adalah tahun ke 3 PETRONAS CubPrix diadakan di Kedah sejak 2009.  Cub Prix TIDAK DIBENARKAN diadakan di sini ketika BN memerintah.

Pusinggan ke 7 akan diadakan di perkarangan stadium Kluang, Johor selepas Hari Raya nanti.

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Negara ini bukan UMNO yang punya! tapi Rakyat yang punya..

Posted: 23 Jul 2011 05:48 AM PDT

Satu pandangan dari seorang bekas Menteri..


KUALA LUMPUR
, 22 Julai — Seorang bekas menteri kerajaan pusat, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengingatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak agar melaksanakan sistem pilihan raya yang telus.

Abdul Kadir yang juga Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) berkata sistem pilihan raya yang telus adalah asas kepada sesebuah negara yang mempunyai undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

"Negara kita selama ini telah memuncak begitu lama, negara yang cukup berjaya sebab rakyat berpegang teguh pada semangat kemerdekaan tetapi malangnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini (prestasi) kita sudah mula menurun dan secara terang-terangan melakukan perkara-perkara yang pelik," kata beliau.


"Kadang-kadang kita begitu yakin dan sombong, boleh buat benda salah di tempat yang terang, kami rasakan sudah tiba masanya kita berubah dan kembali ke pangkal jalan," kata Abdul Kadir (gambar) sambil menambah, "merdeka bermakna kuasa diserahkan kepada rakyat."

"Negara ini kepunyaan rakyat... negara ini hak rakyat dan ini asas yang kita perlu ingat, negara ini bukan bapa saya yang punya, bukan Umno yang punya, bukan PAS yang punya, ini rakyat yang punya," kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran Amanah di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra di sini.

Bekas wakil rakyat dari Kedah ini pernah mengetuai Kementerian Pelancongan dan Kementerian Penerangan.

Tegas Abdul Kadir, rakyat tidak akan bangkit menentang kerajaan sekiranya pilihan raya yang dijalankan dibuat secara telus dan adil.

Selain itu jelas beliau, tuntutan yang dibuat Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) ada asasnya.

"Bila sudah merdeka rakyat perlu pilih kerajaan, kita adakan pilihan raya sebab rakyat ramai, rakyat buat keputusan siapa yang mereka mahu (jadi kerajaan)," katanya.

Kata beliau, "sejak akhir-akhir ini kita dengar macam-macam tentang pilihan raya bersih dan adil itu adalah asas sistem pilihan raya."

"Kalau tidak telus macam mana rakyat nak pilih... kerajaan kata pilihan raya (sekarang) sudah bebas, itu pandangan dia tapi pandangan lain (termasuk) Bersih 2.0 kata pilihan raya tidak telus," katanya.

Beliau juga bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan agar wakil pembangkang diletakkan dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan ketelusan sistem yang ada sekarang.

"Ada cadangan minta wakil pembangkang duduk dalam SPR, saya setuju... kalau kerajaan kata pilihan raya bersih buatlah, apa nak takut, selesai masalah.

"Kerajaan tahu pilihan raya itu bersih atau tidak, rakyat pun tahu, kita pun tahu... biarlah bersih betul supaya rakyat dapat pilih kerajaan yang mereka kehendaki," katanya.

Pada 9 Julai lalu, ribuan rakyat membanjiri ibu negara untuk menuntut pilihan raya bebas dan adil yang turut disertai Pakatan Rakyat.

Amanah diketuai Tengku Razaleigh Hamzah.

Ia juga membariskan beberapa tokoh terkenal tanah air termasuk Datuk Seri Daniel Tajem, Datuk Seri Ong Tee Keat, Datuk S. Subramaniam, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Datuk Seri Bujang Ulis selaku timbalan presiden.

Ulasan:

Bila bekas hulubalang Mahathir ni mula bersuara setelah anak Tun Mahathir MARINA sendiri menyertai bersih..maka dengan ini..dirasmikan bahawa..Tun Mahathir telah mula menyerang hendap Najib secara halus seperti mana dulunya beliau menyerang hendap Tuanku Abd Rahman, Hussien Onn dan menjatuhkan Abdullah..bila mana penggantinya tidak mahu meneruskan jambatan bengkang bengkok..sehingga itulah Mahathir akan sentiasa mencari pencacai yang sanggup meneruskan projek jambatan bengkang bengkok itu demi duit kocek Mahathir dan juak juaknya...


Dan yang paling Mahathir marah kepada Najib ialah kerana Najib disahkan menghidap penyakit TB..yakni Takut Bini..Mereka akan menjatuh sesama mereka apabila mereka merasakan parti mereka bakal musnah akibat perbuatan pemimpin atasan.

Rakyat sekarang ni cukup faham sendiwara belati umno, dia up pembangkang lepas tu tekan bawah dan jek kerajaan. Takkan nak telan nasi subsidi hari2 kot....

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Video : The Peaceful Bersih 2.0

Posted: 23 Jul 2011 08:19 PM PDT

Video : Victory of Anak Malaysia - Bersih 2.0

Posted: 23 Jul 2011 08:16 PM PDT

Video : 709 Bersih 2.0 - Why Shoot Us 为什么这样对我们

Posted: 23 Jul 2011 08:14 PM PDT

Video : bersih 709 in the eye of the world

Posted: 23 Jul 2011 08:07 PM PDT

Video 709 memoir walkabout in KL

Posted: 23 Jul 2011 08:05 PM PDT

Pasca Bersih : Video polis adalah rakaman sahih dan sah, kata TPM....yang lain adalah palsu..????

Posted: 23 Jul 2011 08:02 PM PDT

muhyiddin yasinRakaman video pada perhimpunan 9 Julai lalu yang dipaparkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah rakaman yang sahih dan sah bertujuan mendedahkan situasi sebenar dan bukannya bermotifkan politik, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri meminta rakyat supaya tidak tertipu dan terpedaya dengan dakyah parti pembangkang berhubung rakaman video oleh PDRM itu.

"Kita harus terima dengan yakin kredibiliti (video pihak polis itu), jangan kita yakin dengan video yang dipaparkan oleh media alternatif, dalam YouTube misalnya yang jelas banyak mengubah kandungan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bulan Pencegahan Jenayah Peringkat Kebangsaan 2011 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye.
Read More / Baca Lagi >>

Biometric system: Another BN 'sting' to delay the Bersih reforms

Posted: 23 Jul 2011 08:00 PM PDT

Biometric system: Another BN 'sting' to delay the Bersih reformsIn efforts to placate the public and to show that he was doing something, Prime Minister Najib Razak has given the nod to the use of biometric (or BM) voter verification system, but has sparked even greater outcry with critics accusing him of deliberately delaying the electoral reforms sought by polls watchdog Bersih.
They also slammed him for not doing his homework and offering sloppy solutions that would not address the problems but may actually open the door for massive electronic fraud.
But perhaps under the impression that his countrymen knew as little as he did, Najib pompously agreed to finance the cost of implementing the system for the Election Commission.
According to him, the system was one of the initiatives to ensure transparency, stressing that biometric verification would counter allegations about the existence of phantom voters. The BM system is a sophisticated electronic gadget that recognizes and matches the fingerprints of legitimate voters.
Read More / Baca Lagi >>

Sultan Kelantan Cemar Duli Bergotong Royong Bersama Rakyat

Posted: 23 Jul 2011 07:59 PM PDT

SULTAN Muhammad turun padang membersihkan kawasan Pantai Tujoh, Tumpat sempena Majlis Gotong-Royong dan Ramah Mesra semalam.


Tumpat - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V semalam mencemar duli mengutip sampah bagi menunjukkan contoh kepada rakyat di negeri ini supaya mementingkan kebersihan persekitaran.

Baginda yang kelihatan selesa mengenakan baju T, berseluar trek dan topi tanpa segan silu bersama-sama dengan 1,000 orang rakyat mengutip sampah sarap selama dua jam di Pantai Sri Tujoh di sini.Read More / Baca Lagi >>

Pasca Bersih : Mengapa mahu siarkan selepas dua minggu?

Posted: 23 Jul 2011 07:56 PM PDT

Video yang ditayangkan pihak polis Khamis lalu dan akan disiarkan melalui rangkaian televisyen yang dikuasai kerajaan dan Umno mengenai himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai sesuai untuk zaman televisyen hitam putih, kata ahli jawatankuasa pusat PAS, Idris Ahmad.

NONE"Sayang seribu kali sayang, skrip ini hanya sesuai di zaman televisyen hitam putih, sedangkan sekarang zaman IT yang bergerak pantas seperti kilat," kata Idris (pertama dari kanan, berketayap) dalam satu kenyataan media.

Menurut pemimpin PAS itu, polis sekarang berada di dalam keadaan serba salah untuk menafikan bahawa mereka tidak berkasar ketika berdepan dengan tunjuk perasaan aman BERSIH 2.0 yang lalu.

Terbaru, katanya, polis terpaksa menayang rakaman video menunjukkan layanan baik polis kepada peserta perhimpunan.

"Hampir dua minggu baru polis menyiarkan video versi polis sedangkan seluruh dunia sudah menyaksikan kegaganasan polis sewaktu berhadapan dengan peserta demo melalui Youtube yang disiar selepas beberapa minit demo berlalu.
Read More / Baca Lagi >>

Pasca Bersih : Tiada sebab saya perlu tipu, Mat Sabu anggap polis berbohong

Posted: 23 Jul 2011 07:54 PM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Julai — Timbalan Presiden PAS Mohamed Sabu mempertahankan dakwaannya ke atas polis sebelum ini bahawa motosikal diboncengnya telah dirempuh kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu.
Sehubungan itu Mohamad yang mesra dikenali sebagai "Mat Sabu" (gambar) berkata, beliau tiada sebab untuk berbohong berhubung nasib dialaminya tiga minggu lalu.
"Buat apa saya tipu, siapa mahu masuk hospital, duduk saja, tidak boleh berceramah hentam Umno yang zalim," kata Mohamad dalam temu bual dibawa oleh Harakah keluaran terbaru dengan tajuk muka depan "Jumpa di mahkamah" dan tajuk di muka kedua "Timbalan Presiden PAS anggap polis berbohong".
Justeru kata Mohamad, kesemua imej dan rakaman yang dikeluarkan oleh polis mengenai kemalangan melibatkan beliau pada 9 Julai lalu adalah tidak benar.
"Gambar kereta yang merempuh saya yang sedang membonceng motosikal tidak kelihatan dalam gambar kerana Pajero milik polis berada di hadapan.
"Jika tidak pasti nampak kereta polis (Proton Waja) merempuh sehingga saya terjatuh dari motor," kata beliau dalam temu bual terbaru ini.
Sebelum ini Mohamad mendakwa motosikal yang dinaikinya semasa perhimpunan Bersih 2.0 telah dirempuh sebuah kenderaan polis dan menyebabkan beliau terjatuh dan lututnya cedera.
Read More / Baca Lagi >>

AirAsia Moves Corporate HQ from KL to Jakarta

Posted: 23 Jul 2011 06:21 PM PDT

Image
Last Call for Jakarta
Putting regional office in Indonesia is a blow for Prime Minister Najib
With all the troubles he has had over the last two months, the confirmation Friday that AirAsia, arguably Malaysia's most vibrant private company, is moving its headquarters out of the country to Indonesia is one more blow.

Tony Fernandes, AirAsia's group chief executive, confirmed the decision in Tokyo Thursday, saying the move is an effort to upgrade his company's image as a regional Southeast Asian airline rather than just a Malaysian carrier.

"I don't know whether Najib has been told or not," said a business associate of Fernandes in Kuala Lumpur. "But why should Tony care? There are solid business reasons for moving to Jakarta."

Read More / Baca Lagi >>

Serangan di Norway, Islam jadi mangsa ?

Posted: 23 Jul 2011 06:19 PM PDT

Serangan di Norway yang telah mengorbankan lebih 90 nyawa terus mencetuskan debat panjang berhubung Islam dan terorisme, walaupun serangan itu tidak melibatkan Muslim.

Di sejumlah media Barat, hakikat bahawa penyerang, Anders Behring Breivik ialah pelampau Kristian berhaluan kanan dan bukan individu atau kumpulan ekstemis Muslim kini mendatangkan satu beban berkaitan nilai kewartawanan mereka.

Banyak media Barat kini terpaksa berdepan bukti bahawa Islam tidak mempunyai kaitan dengan serangan itu.

Akhbar-akhbar berpengaruh seperti New York Times, Washington Post, Financial Times dan Telegraph terjerumus dalam perangkap Islamofobia mereka sendiri apabila sejak awal mengaitkan kejadian itu dengan kumpulan Muslim, tanpa sebarang bukti atau petunjuk yang jelas.

Satu contoh jelas ialah kolumnis Washington Post, Jennifer Rubin yang dengan yakin mengaitkan serangan itu dengan kumpulan Muslim, dan mengambil kesempatan mengkritik usaha mengawal peningkatan peruntukan pertahanan Amerika Syarikat.Read More / Baca Lagi >>

The Amanah Agenda — part 1

Posted: 23 Jul 2011 06:14 PM PDT

Sakmongkol AK47

JULY 24 — Last Friday, Tengku Razaleigh Hamzah launched the setting up of another NGO. It is called Amanah. Its full name is Angkatan Amanah Merdeka. The name suggests that, independence and the wider meaning term, freedom, is a responsibility entrusted upon our shoulders.  It seems the main ingredients of an independent nation are being eroded and violated with irresponsible impunity. Our economy is slowly going to be run by powerful economic plutocracy. An elite group has taken over the planning and running of the country. We are simultaneously enthralled and goaded into believing that our economy can get better miraculously through stylish presentation using Microsoft PowerPoint authored by expensively paid consulting companies. Those people in Balakong, Sungai Besi and Jalan kelang Lama did not need power point presentations authored by McKinsey consultants. They didn't have to pay Idris Jala for leveraging on McKinsey people either!
Read More / Baca Lagi >>

Pasca Bersih: Di balik tirai dirimu

Posted: 23 Jul 2011 06:11 PM PDT

Oleh Ainis Azreen

IMAGINASI dan perjuangan seseorang adalah personal, tidak dapat dimiliki orang lain, bahkan dimiliki pejuang lain pun tidak dapat. Begitu seorang pejuang yang mati, tugasnya sebagai pejuang tidak dapat diambil alih orang lain. – 10 Julai 2011
Bersih adalah sebuah harapan yang terlahir dalam bentuk realiti. Biar didendang sumbang oleh sang penguasa saban ketika, namun jiwa rakyat yang merdeka tidak dibiar bertepi gulana. Sungguh, bukan ribuan dua mereka yang jiwanya merdeka itu.
Hadirnya mereka – gelandangan anak merdeka di setiap lorong dan jalanan kota 9 Julai lalu adalah satu-satunya rakaman ulung potret kehidupan rakyat Malaysia. Indah. Terlalu indah untuk digambarkan oleh kata-kata.
Betapa seisi dunia menyaksikan, harapan jiwa-jiwa merdeka ini bukanlah suatu candra (yang tidak terlihat), malah ia sampai dirasa oleh segenap warga Malaysia – di serata ceruk dunia. Tak ada hiba lagi yang tersimpan saat ini, usai menyaksikan satu demi satu rakaman perjuangan mereka di tanah air sendiri. Dihina, dicaci, dibaling, dilempar – bukanlah apa-apa pun bagi mereka. Biar digertak dan dicerca, hanya satu yang mereka laungkan – Keadilan untuk semua.
Read More / Baca Lagi >>

98% Rakyat Malaysia Bakal Beralih Kepada Media Baru Dan Laman Sosial

Posted: 23 Jul 2011 05:57 PM PDT



KUALA LUMPUR: Kira-kira 98 peratus daripada 26 juta penduduk negara ini akan beralih kepada sumber media baru dan laman sosial seperti blog, Facebook serta Twitter sebelum November tahun ini.
Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berkata, jumlah itu tidak mustahil dicapai kerana saluran media baru merupakan landasan paling berpengaruh yangberupaya melakukan perubahan sosial di negara ini.
"Perkara itu bukan mitos tetapi realiti. Saluran media baru berjaya mencetuskan revolusi sosial di Mesir, Tunisia, Amenia dan Ukraine.Read More / Baca Lagi >>

Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah (Part 2)

Posted: 23 Jul 2011 05:56 PM PDT


KUALA LUMPUR: Pengusiran Bourdon membuktikan ada sesuatu yang disembunyikan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.
"Kita tahu polis Perancis sudah memperoleh sejumlah banyak dokumen penting, mengaitkan (Datuk Seri) Najib Razak, Perdana Menteri kita yang 'dicintai'. Sebab itu tindakan tidak munasabah diambil (mengusir Bourdon).
"Saya fikir, kerana kerajaan mengusir beliau dengan cara yang tidak baik, ia membantu perjuangan kita. Ini semua ujian. Saya lihat apa yang berlaku sebelum 9 Julai hingga kini satu ujian kepada pentadbiran Najib," katanya dipetik Malaysiakini, yang terkilan kerana tidak berpeluang bersemuka dengan peguam hak asasi tersohor itu.Read More / Baca Lagi >>

Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah (Part 1)

Posted: 23 Jul 2011 05:55 PM PDT





Satu situasi yang saya ingin kongsikan dan kita fikirkan bersama. Telah menjadi lumrah dalam kehidupan kita jika seseorang penjenayah yang benar-benar telah melakukan jenayah seperti membunuh, merompak atau mengedar dadah akan berasa takut untuk berhadapan dengan polis walaupun berselisihan dengan secara tidak sengaja.

Malahan dengan sedaya upaya untuk mengelak dan melarikan diri dari polis kerana takut akan ditangkap, dipenjarakan dan dihukum. Lebih-lebih lagi memang terdapat bukti yang kukuh. Subjeknya penjenayah takut dengan polis.

Read More / Baca Lagi >>

SPR: Satu kebodohan... BN takut kalah.....

Posted: 23 Jul 2011 05:53 PM PDT


SPR pekak badak, kerajaan tarak otak!! Ikut jer cakap si pekak badak. Aha.... ikut ada makna tu. Kalau tak dak makna dan tak boleh di'perguna', sudah tentu depa tak ikut punya.

Weh.... rakyat mintak penggunaan dakwat kekal , bukannya sistem biometrik. Najib kata negara maju pun tak pakai sistem biometrik ni. Ha ha ha... Kalau negeri maju pun tak pakai, mengapa Malaysia nak pakai?? Apakah nak tunjuk yang Malaysia lebih maju daripada negara maju?? Derang bukan bodoh nak pakai sesuatu yang menelan kos yang tinggi. Kalau ada yang baik dan berkesan serta murah.... buat apa nak membazir duit??

Astaghfirullahalazim.... Sebab tu, kerajaan 1Malaysia begitu sinonim dengan pembaziran!!
Read More / Baca Lagi >>

Diplomat: EU timbang hantar badan pemantau, SPR tidak wibawa

Posted: 23 Jul 2011 05:49 PM PDT


KUALA LUMPUR, 24 Julai — Meskipun Putrajaya terus mempertahankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), diplomat-diplomat Kesatuan Eropah (EU) sedang mempertimbangkan cadangan untuk menghantar kumpulan pemerhati ke Malaysia ketika pilihan raya umum ke-13 selepas mendapati agensi pengendali pilihan raya itu bukan sebuah badan yang berwibawa. Pendirian itu dibuat susulan satu taklimat diberikan oleh suruhanjaya itu baru-baru ini.
Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.
Beberapa diplomat memberitahu The Malaysian Insider, taklimat Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof beberapa minggu sebelum perhimpunan Bersih 2.0 tidak meyakinkan mereka tentang kedudukannya sebagai sebuah badan berkecuali dengan terus mengatakan mereka sebahagian daripada kerajaan.
"Mereka tidak berwibawa. Abdul Aziz asyik mengulangi 'kami' dan 'kita' dalam kerajaan ketika taklimat," kata seorang diplomat EU kepada The Malaysian Insider.
Read More / Baca Lagi >>

Pasca Bersih : MAKNA DAN TANDA 9 JULAI

Posted: 23 Jul 2011 08:42 AM PDT




Dalam pensejarahan, setiap negara bangsa akan wujud satu tarikh untuk diingati dan dikongsi bersama. Warga Palestin mengingati Nakba atau Malapetaka pada 15 Mei setiap tahun. Pada tarikh ini Israel telah diwujudkan. Pada tarikh ini juga tanah-tanah warga Palestin mula di rampas oleh kaum Zionis.

Semenanjung Tanah Melayu menyambut Hari Malapetaka ialah pada 31 Ogos setiap tahun. Malapetaka menimpa Tanah Melayu ditarikh ini apabila British mengaggihkan kuasa pentabiran tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Malapetaka ini sedang sama-sama kita rasakan.Read More / Baca Lagi >>

Rule of law, rule by law

Posted: 23 Jul 2011 08:00 AM PDT

By Ambiga Sreenevasan
I urge you to use this arsenal of knowledge and your passion for justice to fight for those who are downtrodden.

You have already heard of the events of July 9th in Malaysia. Whilst it brought out the worst in some, it brought out the best in others and this is where our hope lies.

JULY 23 — Good Morning! Chancellor, vice chancellor and graduating students.

It is so good to be back!

I am deeply moved by the conferment of this honour upon me. That it comes from my alma mater is especially significant for me. That it comes at this time is almost providential, for it allows me and all lawyers to reflect on our roles in the societies we live in.
Read More / Baca Lagi >>

Pasca Bersih : Tak makan diugut!! Tak boleh dikencing lagi!!

Posted: 23 Jul 2011 07:43 AM PDT


Weh.... Udah-udah ler tu menggunakan kedudukan dan kuasa untuk terus-menerus mengugut, menakut-nakut dan menganiaya rakyat. Jangan bikin rakyat semakin benci ler. Rugi amat... kalau memusuhi rakyat.

KDN dan menterinya Hishamuddin Hussein, kini terus menggugut rakyat dengan amaran kononnya akan bertindak terhadap mereka yang buat laporan palsu terhadap polis. Ek ele... laporan palsu hapa ke bendanya, jika perkara itu benar-benar berlaku. Just because polis dah keluarkan video yang cuba menegakkan benang basah mereka, janganlah pula beranggapan yang laporan polis yang dibuat oleh mereka yang diganasi itu palsu. Hisy.... tak der bodoh orang nak susah-susah, jerut tengkok sendiri dengan membuat laporan palsu.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysian Spring inevitable if BN refuses to come out of time warp

Posted: 23 Jul 2011 07:12 AM PDT

Malaysian Spring inevitable if BN refuses to come out of time warpIn the aftermath of the Bersih rally Health Minister Liow Tiong Lai tried to bulldoze away reports that the police had fired tear gas and water cannons into the Tung Shin hospital by bare faced denials backed up by a cowed hospital board member despite the wealth of video, photos and eyewitness accounts. He soon suffered intense public and political attacks until he was forced to recant his earlier statements and ordered an enquiry. He even had to beg the public for sympathy with his piteous claim that some quarters were trying to pull him down.
Liow Tiong Lai's brazen attempt to bulldoze away the inconvenient truth may have worked in the 1970s when the mainstream media monopolized the flow of information but it does not work now. Back then the mainstream media could make or break any issue but technology and the internet have overtaken their dominance. The public have alternative sources of information now and anybody with a mobile phone and a PC can be a photographer, videographer, reporter or commentator.
Read More / Baca Lagi >>

Jewish conspiracy or Umno conspiracy

Posted: 23 Jul 2011 07:11 AM PDT

Jewish conspiracy or Umno conspiracyA global Jewish organisation by the name of B'nai B'rith International, has hit out at the Utusan Malaysia newspaper for propagating anti-Semitic hatred. Utusan had claimed in its editorial that the Bersih 2.0 rally was an opportunity for Jews to infiltrate into Malaysia's national affairs. It further cautioned Muslims and Malaysians not to allow any party especially Jews from interfering in the affairs of this country.
Prior to that the Malay daily had also carried headlines linking Bersih 2.0 with Communism and funded by international Christian organisations and even lately that Opposition Leader Anwar Ibrahim was working with Indonesians to bring down the country.
B'nai B'rith International called the allegation "preposterous", harmful and "offensive" and which only serves to perpetuate an anti-Semitic attitude." B'nai B'rith is the oldest operating Jewish service organisation with nearly 100,000 members and supporters in 50 countries.
Read More / Baca Lagi >>

Biometerik: Najib Menyuluh Apa Yang Sudah Terang

Posted: 23 Jul 2011 07:06 AM PDT

SELEPAS kembali dari berjumpa dengan Pope Benedict, Najib Razak sekonyang-konyang memberi tahu dunia Malaysia yang kerajaan setuju Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia menggunakan sistem biometerik dalam mengesah pengundi yang sah pada pilihan raya akan datang. Katanya peruntukan untuk tujuan itu akan disediakan. Berapa?

Sekali pandangan persetujuan kerajaan itu seolah-olah ia memberi reaksi ke atas tuntutan Bersih untuk membaikipulihkan sistem pilihan raya negara ini akan berjalan secara bersik, adil dan telus. Persetujuan itu menggembarkan perdana menteri prihatin atas desakan umum. Tetapi sebenarnya sistem biometerik itu bukan termasuk dalam lapan tuntutan Bersih.
Read More / Baca Lagi >>