Rabu, 15 Jun 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Anwar Pertahan Tindakan Gantung Tidak Sah

Posted: 15 Jun 2011 10:33 PM PDT

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim tegas dengan pendirian bahawa keputusan Dewan Rakyat menggantung beliau dan tiga Ahli Parlimen lain selama enam bulan pada Disember tahun lalu adalah tidak sah dan bertentangan dengan undang-undang.

Ketua Pembangkang itu berkata, tindakan penggantungan tanpa sebarang perbahasan itu mencacatkan sistem Parlimen di negara ini.

"Kami kembali menjalankan tugas tapi tetap dengan pendirian bahawa penggantungan itu tidak adil, tidak menepati peraturan Parlimen serta tidak memberi ruang kepada kami untuk memberikan penjelasan bagimempertahan dan membela diri.

"Ini adalah satu kecacatan kepada sistem Parlimen di Malaysia," katanya pada sidang media di Parlimen, di sini, Khamis.

Pada 16 Disember tahun lalu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dan tiga lagi Ahli Parlimen pembangkang digantung daripadapersidangan selama enam bulan berhubung isu berkaitan firma perunding antarabangsa Apco Worldwide Bhd.

Usul untuk menggantung Anwar diluluskan tanpa sebarang perbahasan menyaksikan kesemua Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan hingga menyebabkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk SeriMohamed Nazri Abdul Aziz mengemukakan usul kedua, untuk menggantungtiga yang lain, iaitu Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R.Sivarasa(PKR-Subang) dan Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) kerana menghina dewan.

Sementara itu, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, pembangkang menjanjikan perbahasan hebat pada sesi minggu hadapan berhubung permohonan kerajaan Pusat untuk menambah peruntukan sebanyakRM13 bilion.

"Kita dapat melihat pimpinan hari ini tidak lagi berpegang kepada prinsip dan peraturan sebaliknya bersandarkan kuasa majoriti mudahyang ada dalam dewan untuk menafikan kesemua hak-hak yang dijamin oleh peraturan.

"Minggu depan satu sesi paling hangat apabila kerajaan Pusat memintaperuntukan tambahan RM13 bilion," katanya.

Tambah Mohamed Azmin, pembangkang akan mengemukakan fakta termasukbeberapa pendedahan yang didakwa dilakukan kerajaan Pusat.

"Kita akan membongkarkan penyelewengan yang berlaku dalam tempoh enam bulan lalu.

"Kami akan ambil bahagian secara aktif untuk pastikan perkara ini tak mudah dilakukan dalam pimpinan Pusat," katanya. - mStar

Khalid Samad mungkin dilantik semula Timb Pesuruhajaya Pas Selangor?

Posted: 15 Jun 2011 08:18 PM PDT

AHLI Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkemungkinan besar dilantik semula memegang jawatan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor ekoran perubahan teraju Badan Perhubungan Pas negeri yang menyaksikan pengguguran pesuruhjaya negeri sesi lalu, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali.

Ini berikutan sebelum ini, Khalid yang juga Yang Dipertua Pas Shah Alam telah digugurkan oleh Pas negeri itu dalam rombakan pada 2009 ketika ia diterajui oleh Hasan.

Umum mengetahui kedua-dua pemimpin Pas itu kelihatan tidak 'sebulu' terutama Khalid yang seringkali dilihat mengeluarkan kenyataan mengkritik kepimpinan Hasan dalam beberapa isu melibatkan pentadbiran negeri.

Dengan pelantikan Yang Dipertua Pas Kapar, Dr. Abdul Rani Osman sebagai pesuruhjaya negeri yang baru, Khalid mungkin dibawa masuk kembali dalam saf kepimpinan baru negeri bagi mengukuhkan jentera Pas negeri memandangkan beliau lebih disenangi oleh pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP negeri.

Badan Perhubungan Pas Selangor yang dijadualkan bermesyuarat pada 20 Jun ini dijangka memutuskan senarai 'Kabinet' negeri yang baru termasuk mungkin mengusulkan Khalid dilantik semula ke jawatan asalnya dalam kepimpinan Pas negeri.

Khalid pula dikatakan berada di luar negara pada tarikh tersebut sekali gus memberi laluan besar untuk membolehkan usul pelantikannya sebagai Timbalan Pesuruhjaya dilakukan oleh ahli jawatankuasa Pas negeri.

Dalam pada itu, Khalid ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, beliau tidak tahu menahu perkara itu dan menyifatkannya sebagai khabar angin ekoran perubahan dalam teraju kepimpinan Pas Selangor baru-baru ini.
''Saya tidak dengar pula mengenai perkara itu (bakal dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor) kerana sebarang perubahan barisan kepimpinan adalah bidang kuasa Pesuruhjaya Pas Selangor yang baru, Dr. Abdul Rani.

''Beliau yang akan menentukan siapa akan menduduki apa-apa jawatan dalam Pas negeri menerusi satu mesyuarat yang difahamkan diadakan pada Isnin ini," katanya.

Khalid diminta mengulas tentang kemungkinan dilantik semula sebagai Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor dalam perubahan barisan ahli jawatankuasa Pas negeri yang bakal ditentukan oleh Abdul Rani sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor yang baru menggantikan Hasan pada Ahad lalu.

Sebelum ini, Khalid pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor, namun beliau digugurkan daripada jawatan itu pada 2008 oleh Hasan atas alasan mahu memberi peluang kepada beliau memberikan tumpuan kepada tugas Yang Dipertua Pas dan Ahli Parlimen Shah Alam.

Tempat Khalid kemudian digantikan dengan Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat.

Selepas pemilihan pada Muktamar Tahunan Pas di Shah Alam pada 2009, Hasan mengumumkan barisan kepimpinan Pas Selangor bagi sesi 2009-2011 dengan mengekalkan Dr. Osman Sabran sebagai Timbalan Pesuruhjaya I dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cempaka, Iskandar Abd Samad yang juga Exco kerajaan negeri dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya II manakala Che Rosli sebagai Timbalan Pesuruhjaya III.

Sementara itu Khalid berkata, apa yang penting sesiapa sahaja yang dilantik harus mendapat sokongan penuh dan diterima oleh semua Yang Dipertua Pas kawasan.

''Saya tak boleh kata banyak mengenai kemungkinan itu sehingga Pesuruhjaya Pas negeri sendiri memaklumkan perkara itu," katanya.

Beliau turut menjelaskan, proses pelantikan barisan kepimpinan Pas negeri ini diputuskan oleh Badan Perhubungan Pas Selangor bukannya Jawatankuasa Pas Pusat.

''Saya harap sebarang cadangan nama mereka yang dilantik untuk mengisi barisan kepimpinan Pas negeri harus dibincangkan dan diterima baik oleh semua peringkat pimpinan parti khususnya akar umbi," katanya.

Laporan agar PAS dengan DAP berbalah - ADUN Sekinchan buat laporan polis terhadap Utusan

Posted: 15 Jun 2011 08:07 PM PDT

ADUN Sekinchan Ng Suee Lim membuat laporan polis terhadap Utusan Malaysia kerana mendakwa akhbar milik Umno itu menyiarkan berita palsu supaya DAP dan PAS berbalah.

Beliau merujuk laporan Utusan Selasa lalu yang berjudul "Pengguguran Hasan Ali disambut baik DAP" dengan mendakwa pemimpin DAP itu berkata keputusan berkenaan akan memperkukuhkan hubungan antara parti komponen Pakatan Rakyat di Selangor.

"Saya tidak pernah berjumpa dengan wartawan Utusan mahupun dihubungi oleh akhbar itu," kata Ng selepas membuat aduan di balai polis Sekinchan pada petang Rabu.

"Laporan itu mempunyai elemen fitnah dan ia adalah berita palsu yang direka.

"Saya tuntut Utusan mengeluarkan permohonaan maaf secara terbuka. Ini jelas bertentangan dengan etika media," katanya.

Ng mendakwa laporan itu sengaja dibuat bagi mensabotaj hubungannya dengan bekas Pesuruhjaya PAS Datuk Hasan Ali.

"Malah, sebenarnya saya mempunyai hubungan yang baik dengan Hasan," katanya.

Laporan Utusan itu kononnya memetik Ng berkata, ini memandangkan Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri itu dikatakan tidak membantu dalam usaha mengukuhkan parti pembangkang di negeri ini.

''Bukan kita (DAP) tidak suka (Hasan), tetapi saya dengar dia tidak bagus dan jarang turun padang. Namun, saya yakin dengan perubahan pimpinan PAS negeri ini akan memantapkan parti pembangkang di Selangor.

''Hasan juga dilihat berbeza daripada pimpinan PAS negeri yang lain kerana dilihat lebih cenderung kepada Umno dan dikatakan menyokong kerajaan perpaduan sebelum ini," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia - lapor akhbar itu - Mkini

51 Laman Web Kerajaan Digodam

Posted: 15 Jun 2011 08:01 PM PDT

KUALA LUMPUR: Sebanyak 51 laman web .gov.my digodam sehingga awal pagi Khamis menyebabkan 41 daripadanya mengalami gangguan pada tahap yang berbeza, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Namun, suruhanjaya itu berkata, ia yakin tempoh memulihkan kesemua laman web yang diserang itu tidak akan mengambil masa yang lama.

"Pemantauan kami mendapati serangan semakin kurang menjelang 4 pagi tadi, dan selepas membuat penilaian, kami menganggap kesannya serangan itu terhadap pengguna di Malaysia adalah kecil," kata SKMM dalam satu kenyataan.

Serangan itu berlaku ekoran satu kenyataan sebuah kumpulan luar negara dikenali "Anonymous" untuk menggodam laman web rasmi kerajaan www.malaysia.gov.my semalam, dengan alasan kononnya kerajaan mengenakan sekatan Internet.

Suruhanjaya itu berkata terdapat cubaan menggodam beberapa laman web termasuk laman webnya sendiri www.skmm.gov.my pada 11.30 malam tadi tetapi gagal.

Menurut SKMM, Pusat Keselamatan Rangkaian suruhanjaya itu bersama beberapa agensi lain, penyedia perkhidmatan dan pakar-pakar telah menjalankan usaha berterusan bagi memantau dan menyekat serangan itu.

Orang ramai diminta melaporkan sebarang maklumat yang mereka ada mengenai identiti penggodam itu kerana tindakan mengganggu perkhidmatan rangkaian adalah satu kesalahan serius. - BERNAMA

Ramai yang tutup akaun Facebook ...

Posted: 15 Jun 2011 07:12 PM PDT

Thursday, June 16, 2011

RAMAI TUTUP AKAUN FACEBOOK KERANA KESEDARAN BAHAYA MAKLUMAT PERIBADI TERDEDAH......

Britain - Penutupan akaun laman jaringan sosial Facebook yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini seolah-olah menjadi petanda kepada permulaan zaman lesu laman web tersebut.

Pakar psikologi Internet, Graham Jones memberitahu pengguna Facebook mula berasa bosan setelah satu tempoh masa menggunakan Facebook.

"Adalah sesuatu yang normal bagi seseorang individu teruja menggunakan sesuatu yang baru. Dia kemudian akan berasa bosan dan beralih pada perkara baru," katanya.

Kajian berkaitan penggunaan Facebook yang dijalankan di United Kingdom (UK) menunjukkan sebanyak 100,000 pengguna di Britain telah menutup akaun mereka sejak bulan lalu.

Penutupan secara mendadak itu turut dikaitkan dengan kebimbangan pengguna Facebook mengenai pencerobohan data dan maklumat peribadi mereka. Malah, timbul spekulasi bahawa laman Facebook juga bakal berdepan waktu suram seperti yang dialami MySpace dan Friendster.

Awal tahun ini, para eksekutif Facebook mengumumkan jumlah pengguna laman web itu UK mencecah 30 juta, iaitu separuh daripada populasi penduduk UK.

Di Amerika Syarikat (AS), jumlah pengguna Facebook juga jatuh merudum kepada 149.4 juta pengguna berbanding 155.2 juta sebelum ini. - Agensi

Sekurang-kurangnya 10 laman web agensi kerajaan diserang "Anonymous" sejak awal pagi

Posted: 15 Jun 2011 06:05 PM PDT

Sejak awal pagi tadi, sekurang-kurangnya 10 laman web agensi kerajaan tidak dapat dilayari kerana diserang oleh pengodam yang membalas tindak kerajaan menyekat beberapa laman sesawang perkongsian fail.

Bermula jam 3.30 pagi tadi pengodam yang menamakan kumpulan mereka sebagai Anonymous, menyenaraikan 18 laman web kerajaan yang didakwa telah diserang oleh DDoS (Distributed Denial-of-Service) ataupun dipadamkan sementara oleh pentadbirnya.

Tinjauan Malaysiakini pada jam 7 pagi ini mendapati tidak kurang sembilan laman web, termasuk portal rasmi kerajaan Malaysia MyGovernment (www.malaysia.gov.my), masih tidak dapat dilayari.

Laman lain adalah Pelancongan Sabah, Asean connect, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Perbendaharaan, Parlimen, Jobs Malaysia, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan Majlis Sukan Negara.

Laman rasmi Construction Industry Development Board Malaysia (CIDB) juga dilaporkan digodam malam tadi. - Mkini

[Berita penuh menyusul]

Bersih 2 : Kita akan buktikan siapa lebih perkasa dari PERKASA - Mat Sabu

Posted: 15 Jun 2011 05:39 PM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KLANG, 16 Jun — Pakatan Rakyat menyifatkan langkah Perkasa yang mahu mengadakan perarakan balas serentak dengan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini tidak akan memberi sebarang ancaman terhadap gerakan menuntut pilihan raya adil dan bebas itu.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar) berkata, Himpunan Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tetap diteruskan sambil menyifatkan Perkasa sebagai "perkara kecil."

"Perkasa ini perkara kecil sahaja, tiada apa-apa akan berlaku... kita bukan timbulkan apa-apa pun.

"Bagi pihak Bersih kita hanya mengadakan perhimpunan aman, tiada apa-apa provokasi, tapi kita minta agar polis mengawal keselamatan," katanya selepas pelancaran Bersih 2.0 peringkat negeri Selangor di Dewan Hamzah di sini malam tadi.

Himpunan Bersih 2.0 mendapat tentangan pihak pro- Barisan Nasional (BN). Perkasa yang diketuai Datuk Ibrahim Ali memutuskan untuk mengadakan perarakan balas serentak pada hari yang sama.

Ibrahim berkata pihaknya akan menganjurkan protes balas bagi menghalang Himpunan Bersih 2.0 selain mendakwa ia akan menimbulkan huru-hara.

Justeru tegas Mohamad, pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk menghalang Perkasa, namun mempersoalkan mengapa perlu diadakan pada hari yang sama dengan Himpunan Bersih 2.0.

"Mengapa mesti hari yang sama? Perkasa boleh pilih tarikh lain... inikan negara demokrasi.

"Jadi, saya minta agar polis dapat mengawal keselamatan dan mengambil tindakan ke atas mereka yang mengundang perkara-perkara tidak diingini," katanya.

Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan "Mat Sabu" berkata, Himpunan Bersih 2.0 yang bertemakan "Walk For Democracy" akan diadakan secara santai tanpa menimbulkan sebarang ketegangan.

Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi PAS pusat ini menambah Himpunan Bersih 2.0 bukan gerakan parti politik tapi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menuntut pilihan raya adil dan bebas.

"Jadi saya minta peserta yang hadir hanya membawa bendera Malaysia dan bendera negeri bukan bendera parti politik . . . slogan juga mesti slogan Bersih 2.0, jangan bawa senjata, kalau ada provokasi jangan dilayan sebab kita berhimpun secara santai.

"Tujuan kita bukan nak kecam sesiapa tapi hanya mahukan pilihan raya yang adil dan bebas, kalau tiada perubahan negara akan menjadi lebih teruk," katanya.

Turut hadir dalam program itu Pesuruhaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman, Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei dan Naib Pengerusi DAP Selangor Charles Santiago.

Semalam jawatankuasa pemandu Bersih berkata pihaknya bersedia bekerjasama dengan polis bagi memastikan perjalanan perhimpunan aman itu dapat dijayakan.

Sementara itu, ketiga-tiga pemimpin Pakatan Rakyat Selangor itu menggesa rakyat negeri itu agar sama menyertai Himpunan Bersih 2.0.

"Kita mahu tuntut SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) memberikan keadilan, ruang dan tempat kepada kita.

"Kita mahu SPR lebih telus dan bukan mengadakan pilihan raya sebab nak berikan kemenangan kepada Umno-BN," kata Shuhaimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda.

Sementara itu, Santiago yang juga Ahli Parlimen Klang berkata sistem pemerintahan sedia ada perlu digantikan kerana ia dipenuhi dengan penyelewengan dan membebankan rakyat.

"Mengapa Himpunan Bersih 2.0 ini harus berjaya? Sebab kita mahu beri mesej kepada rakyat agar menukar kerajaan sekarang," katanya.

Dr Abd Rani yang juga Adun Meru pula berkata, kekecohan akan berlaku sekiranya polis mengganggu perjalanan Himpunan Bersih bulan depan selain provokasi daripada pihak lain.

"Kalau Umno-BN nak kata kita dengan apa sekali pun biarkanlah... dipersilakan sebab kita bukan nak timbulkan huru-hara.

"Kalau Perkasa kata mahu turut mengadakan perhimpunan kita sedia dan kita akan buktikan siapa yang lebih perkasa daripada Perkasa," katanya. TMI

Najib mula tunjuk kuku besi - Mat Sabu

Posted: 15 Jun 2011 05:22 PM PDT

KLANG, 16 Jun — Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mendakwa Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak sudah mula mengamalkan sistem pemerintahan kuku besi dengan menyekat kebebasan rakyat mendapatkan keadilan terutamanya dalam menuntut sistem pilihan raya adil dan bebas.

Tegas beliau, BN yang kini diketuai Najib mula menggunakan pendekatan mengongkong kebebasan bersuara kerana bimbang akan tewas dalam pilihan raya umum ke-13.

Mohamad atau lebih dikenali "Mat Sabu" menjelaskan, Pakatan Rakyat sudah pasti telah menawan Putrajaya kini sekiranya pilihan raya umum 2008 diadakan secara adil dan bebas tanpa campur tangan BN.

"Pemerintahan Malaysia seperti Singapura yang mengamalkan sistem pemerintahan kuku besi, tapi di Singapura telah berlaku perubahan.

"Ketika pilihan raya Singapura bulan lalu, kita perhatikan semua pemimpin parti politik bebas untuk akses dalam media, mereka boleh gunakan radio atau televisyen untuk menyampaikan hasrat mereka.

"Tapi di Malaysia adakah perkara begitu akan berlaku? Tidak . . . media dikawal oleh kerajaan, kita tidak boleh akses kepada media, sepatutnya TV3 beri pemimpin Umno cakap sejam kemudian bagi kita boleh cakap sejam, tapi ia tidak berlaku," katanya pada ceramah pelancaran Bersih 2.0 peringkat Selangor di Dewan Hamzah di sini malam tadi.

Justeru beliau meminta agar seluruh rakyat Malaysia harus menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini menuntut agar pilihan raya diadakan dengan adil dan telus.

"Kita tidak mahu negara kita menjadi seperti di Timur Tengah, saya sendiri tidak mahu (ia berlaku) tapi biarlah rakyat rasa puas hati terhadap pilihan raya.

"Biar rakyat rasa puas hati, BN kalah pun tiada masalah . . . Pakatan Rakyat menang pun tiada masalah," katanya yang mendapat tepukan gemuruh kira-kira 250 orang yang hadir.

Dalam ucapan itu, Mohamad juga berkata himpunan Bersih 2.0 terpaksa diadakan bagi mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya yang adil dan bebas tanpa diperkudakan BN.

"Kalau kita lihat pilihan raya umum 2008 rakyat sudah lihat bahawa kerajaan BN boleh ditumbangkan tapi bolehkah kita menang tanpa pilihan raya yang adil? Tidak boleh . . . kita tidak akan boleh menang selagi pilihan raya tidak adil dan bebas.

"Sebab itu dalam Himpunan Bersih ini kita menuntut beberapa perkara yang harus dilakukan SPR untuk memastikan sistem pilihan raya di negara kita diadakan dengan betul," katanya.

Pada himpunan Bersih kali pertama yang diadakan pada 2007, badan bukan kerajaan (NGO) itu menuntut empat tuntutan utama iaitu menggunakan dakwat kekal, undi pos dikaji semula, media yang adil dan daftar automatik kepada rakyat yang berusia 21 tahun namun ia tidak dipenuhi.

Pada himpunan kali kedua ini Bersih menuntut empat tuntutan tambahan iaitu tempoh kempen pilihan raya dipanjangkan, mengukuhkan institusi kerajaan, menghentikan rasuah politik dan menghindari politik kotor.

Mohamad, yang juga Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi PAS pusat berkata, pihaknya juga mahu agak pihak berkuasa terutamanya polis mengawal keadaan sepanjang perhimpinan itu diadakan bagi menjaga keselamatan.

"Kita mahu polis bekerjasama, kawal keadaan dan kita tidak mahu polis kita jadi macam polis di negara-negara Timur Tengah . . . benarkan kita mengadakan perhimpunan kita, beri kita menyampaikan hasrat kita.

"Kita bukan mahu buat huru-hara, saya percaya jika tiada pihak yang membuat provokasi sudah tentu ia boleh dijayakan," katanya.

Himpunan Bersih 2.0 bertemakan "Walk For Democracy" dan dijangka akan disertai kira-kira 300,000 terdiri daripada NGO, parti politik dan rakyat.

Pada 2007, Bersih menggunakan slogan "Gelombang Kuning" telah menganjurkan perhimpunan aman, bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara atas alasan sama. - TMI

Gerhana bulan penuh pagi nanti

Posted: 15 Jun 2011 07:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan sepenuhnya antara jam 1.25 pagi dan 7.01 pagi esok, menurut Agensi Angkasa Negara.

Fasa penumbra (P1) akan berlaku pada jam 1.25 pagi namun kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayang penumbra yang kurang gelap.

"Gerhana yang jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi (U1) mulai jam 2.23 pagi sehingga gerhana maksimum berlaku pada jam 4.13 pagi. "Bulan akan mula keluar dari bayang umbra bumi (U3) pada jam 5.03 pagi dan keluar sepenuhnya dari bayang Bumi (U4) pada jam 6.02 pagi," menurut kenyataan agensi itu hari ini.

Angkasa itu menyatakan bahawa gerhana masih terus berlaku sehingga jam 7.01 pagi tetapi fenomena tertidak dapat disaksikan pada waktu terbabit kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap. - BERNAMA

Mungkin sebab tolong 'promote' filem KL Gangster kot ... Yusof temui Pekida Jumaat ini

Posted: 15 Jun 2011 06:47 AM PDT

Mahu Berdamai, Yusof Haslam Jumpa Pekida Jumaat Ini

PETALING JAYA: Pihak Skop Production akhirnya mengambil jalan tengah apabila mahu berdamai dengan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) selepas filem KL Gangster terbitan syarikat itu dikatakan mempersendakan pertubuhan berkenaan.

Penerbitnya, Datuk Yusof Haslam berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Pekida Jumaat ini di Restoran Haslam, Jalan Pahang, dekat sini untuk mencari jalan perdamaian agar masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan baik.

"Pertemuan ini dibuat atas tujuan untuk berdamai antara pihak kami dan Pekida. Kalau boleh kami mahu menjernihkan konflik yang telah berlaku itu.

"Saya percaya, apabila kita dapat berinteraksi, mereka akan faham situasi kami sebenarnya iaitu penghasilan filem KL Gangster tidak menyentuh atau menghina mana-mana pihak dengan sengaja," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Tambah Yusof, dengan cara bermusyawarah, dia berharap tiada ketegangan atau salah faham yang akan berlaku di antara Skop dan Pekida pada masa akan datang nanti.

Pada 11 Jun lalu, Pekida Wilayah Persekutuan memberi tempoh selama seminggu kepada penerbit dan pengarah filem KL Gangster serta Kongsi (Metrowealth) agar meminta maaf secara umum kerana filem berkenaan dipercayai mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut .

Dialog dalam kedua-dua filem berkenaan telah menggunakan kata kunci pertubuhan itu yang selama ini dianggap rahsia selain memperlihatkan Pekida seolah-olah seperti kumpulan Gangster orang Melayu.

Bagaimanapun, kata Yusof, anaknya yang juga merupakan pengarah KL Gangster bukan seorang ahli Pekida seperti yang didakwa oleh pertubuhan itu.

"Saya tak tahu macam mana timbulnya cerita yang Syamsul menyertai Pekida. Tetapi saya tahu dia mempunyai ramai kawan-kawan daripada pertubuhan itu.

"Lebih mengejutkan, apabila Syamsul dikatakan telah meminta maaf secara peribadi kepada pihak tersebut kerana hal itu belum pernah berlaku lagi," tegasnya.

Sementara itu, selain pertemuan bersama Pekida, pihak Skop turut mengadakan majlis kesyukuran bersempena kejayaan filem KL Gangster yang berjaya meraih kutipan memberangsangkan selepas seminggu ditayangkan bermula 9 Jun lalu.

"Alhamdulillah, saya yakin dalam seminggu ini, kami mampu mencapai kutipan sebanyak RM8 juta dan ia merupakan sebuah fenomena baru dalam industri perfileman tempatan dari segi kutipan serta kualiti filem tersebut.

"Kebetulan pula kami akan membuat pertemuan dengan Pekida, eloklah jika satu majlis kesyukuran turut diadakan atas kejayaan hasil buah tangan anak saya ini," tuturnya. - mStar

Jangan terkejut Najib tunjuk baik : RON 97 turun 10 sen malam ni

Posted: 15 Jun 2011 06:24 AM PDT

RON97 down 10 sen from midnight, first drop since market float

KUALA LUMPUR, June 15 — The pump price for RON97 petrol will be cut by 10 sen to RM2.80 at midnight today, the first drop since the price was floated at market rates.

The premium fuel has gone through four price hikes to RM2.90 since the beginning of the year.

"Yes, RON97 will drop 10 sen a litre from midnight. This is the first drop since the government started its subsidy rationalisation," a source told The Malaysian Insider.

Another source said the decision was made known to distributors and petrol pump operators this evening. - TMI

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) kecam karikatur Utusan Malaysia dakwa hina Islam

Posted: 15 Jun 2011 04:57 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengecam karikatur bertajuk "Kekeliruan Kes Rogol" yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini sambil menyifatkan ia menghina agama Islam.

Yang Dipertuanya Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir berkata, penyiaran karikatur (gambar) itu yang menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada pihak dalam dua situasi berbeza secara jelas menghina golongan ulama dan Islam.

Karikatur itu yang disiarkan pada muka surat 15 Utusan Malaysia, menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol.

Dalam situasi pertama, mangsa rogol telah mengemukakan aduan kepada jabatan agama, namun ditolak kerana menurut karikatur itu mangsa memerlukan empat orang saksi sedangkan mangsa hanya mempunyai rakaman video.

Sementara itu dalam situasi kedua, mangsa telah membuat laporan polis dan pegawai yang menguruskan kes itu berkata rakaman video boleh dijadikan bukti.

Dialognya berbunyi "Bagus... Alat itu pun boleh jadi bukti!"

Jelas Sheikh Abdul Halim, tindakan Utusan Malaysia melepaskan karikatur itu adalah tidak wajar dan boleh menyebabkan perpecahan antara umat Islam.

"PUM memandang serius penyiaran kartun dalam Utusan Malaysia disiarkan pada yang secara jelas menghina ulama dan Islam ... perkara ini tidak harus dibiarkan.

"Kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam.

"Sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat," katanya dalam satu kenyataan.

Justeru beliau mahu Majlis Fatwa Kebangsaan memandang serius perkara ini dan mengambil tindakan susulan ekoran keberanian pelukis dan Utusan Malaysia menyiarkan karikatur begitu.

"PUM meminta supaya para mufti juga turut menegur Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama.

"Sehubungan itu PUM meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara ini," katanya.

Selain itu, tegas Sheikh Abdul Halim, pihaknya juga mahu pelukis dan Utusan Malaysia didakwa kerana menghina Islam.

"Sepatutnya perkara sebegini sepatutnya mereka perlu mendapatkan pandangan cerdik pandai dalam bidang agama sebelum mengeluarkan sesuatu bahan.

"Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini di dakwa atas penghinaan ke atas Islam," katanya yang turut menyarankan agar kerajaan mengadakan lebih banyak program untuk menyelesaikan isu berkaitan agama Islam.

Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Mohd Nor pula berkata sepatutnya pelukis karikatur itu perlu tahu bahawa tindakannya akan mengundang rasa marah umat Islam yang lain.

"Kartun ini hina Islam sebab dalam kes zina memang rakaman video tidak boleh dijadikan bukti tapi dalam kes rogol ia boleh dipertimbangkan dengan rakaman video itu disahkan dulu.

"Kes rogol bukan perbuatan zina, saya rasa pelukis ini silap dan tidak faham," katanya kepada The Malaysian Insider.

Alahai ... Minah Ronggeng buat hal lagi ...

Posted: 15 Jun 2011 12:36 AM PDT

GEORGETOWN: Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Aminah Abdullah hari ini memfailkan saman fitnah berjumlah RM6 juta terhadap lima individu dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berhubung kenyataan berbaur fitnah terhadapnya yang disiarkan dalam akhbar Harakah edisi 20-22 Mei 2011.

Beliau memfailkan saman itu melalui firma guaman Ambar & Azah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, di sini jam 11.20 pagi tadi.

Beliau menamakan Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Norhayati Jaafar sebagai defendan pertama, Timbalan Ketua PKR Cabang Jelutung, Jab Samad (defendan kedua), Setiausaha PKR Cabang Jelutong, Anuar Kamaruddin (defendan ketiga), wartawan Harakah, Mohd Sabri Said (defendan keempat), Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman (defendan kelima) dan PAS (defendan keenam).

Menurut pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa pada sekitar 20-21 Mei lalu defendan pertama, kedua dan ketiga telah bersama-sama melalui sidang media di Galeri Pejuang, Cheruk Tok Kun, Bukit Mertajam dengan niat jahat mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah, kecaman berbentuk peribadi serta tuduhan tidak berasas bertujuan mengaib, menjatuh maruah, nama baik dan reputasinya.

Defendan keempat kemudiannya dengan niat jahat melaporkan kenyataan berkenaan dalam artikel bertajuk "Kenyataan Aminah Bertentangan Syariat" yang disiarkan dalam akhbar Harakah ruangan Fokus di muka surat N18, Koridor Pakatan Rakyat Edisi 20-22 Mei 2011.

Defendan kelima selaku Ketua Pengarang akhbar Harakah telah membenarkan defendan keempat untuk melaporkan kenyataan itu dan defendan keenam selaku pemilik akhbar berkenaan telah menyiarkan keseluruhan kenyataan berkenaan.

Aminah dalam pernyataan tuntutan itu mendakwa laporan akhbar itu antara lain memberi maksud bahawa plaintif adalah seorang yang jahil agama dan tiada sebarang pengetahuan syariat Islam, menerima umpan kebendaan daripada Umno termasuk dituduh menggesa Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bercerai dengan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Plaintif menuntut ganti rugi am untuk fitnah slander (pernyataan fitnah dengan kata-kata atau gerak isyarat, bukan dalam bentuk kekal) sebanyak RM1 juta setiap seorang daripada defendan pertama, kedua dan ketiga.

Plaintif turut menuntut ganti rugi am untuk fitnah libel (pernyatan fitnah dalam bentuk kekal seperti tulisan, gambar ataupun filem) sebanyak RM1 juta setiap seorang daripada defendan keempat, kelima dan keenam. - BERNAMA

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Posted: 15 Jun 2011 08:07 AM PDT




ENAM bulan lalu kerajaan Malaysia mencipta sejarah sebagai satu-satunya negara yang menggantung ketua pembangkang daripada meghadiri sidang parlimen. Hal ini tidak pernah berlaku di mana-mana negara komanwel, Anwar Ibrahim digantung selama 6 bulan oleh Parlimen Malaysia.

Perkara yang pelik tetapi benar telah berlaku di dalam negara kita, malah negara kita telah menjadi bahan lawak jenaka masyarakat antarabangsa di atas penggantungan ini. Turut sama digantung bersama-sama dengan Anwar selama 6 bulan ialah Azmin Ali, Sivarasa, dan Karpal Singh

Bagaimana pun esok, tamatlah sudah penggantungan yang penuh dengan kontroversi dan menjadi bahan gelak ketawa masyarakat antarabangsa ini. Anwar Ibrahim, seorang individu yang dilihat terus menjadi ketakutan gerombolan penyebar video lucah, UMporNO kembali mengaum di parlimen untuk meneruskan agenda perjuangan rakyat yang dibawanya.

Anwar Ibrahim dijangka akan kembali dengan penuh bergaya ke parlimen esok untuk meneruskan agenda perjuangan rakyat pada jam 9:30 pagi. Bagi anda yang mempunyai kesempatan, jom turun ke parlimen sebagai tanda simbolik memberi sokongan terhadap harimau rakyat ini.

"Demi rakyat, suara rakyat suara keramat"!!!!!!

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Mat Sabu tells cops to shield Bersih protestors

Posted: 15 Jun 2011 08:18 PM PDT


Riot police hem in protesters during the first Bersih rally, in Kuala Lumpur, November 10, 2007. — Reuters pic
KLANG, June 16 — PAS deputy president Mohamad Sabu has urged the police to protect protestors at the Bersih 2.0 rally next month instead of working to prevent them from gathering. Mohamad pointed out that in the West authorities usually ensured the safety of protestors, unlike the recent revolts in the Middle East where demonstrators were killed by government forces.
"The police here should not imitate the police in the Middle East," he said at a ceramah here last night.
"We acknowledge the strength of the police. They can arrest us under the ISA (Internal Security Act), launch tear gas, and kick us. [But what] do you profit by doing that to the rakyat?" asked Mohamad, more popularly known as Mat Sabu.
Read More / Baca Lagi >>

‘Nelayan Vietnam perompak berlesen’

Posted: 15 Jun 2011 08:17 PM PDT

Kerana memberi muka kepada bot Vietnam, subsidi untuk nelayan tempatan telah dipotong dan kini kami membeli diesel dengan harga RM1.80 seliter, kata Pengurus Koperasi Rakyat Pahang, Mohamad Amir Mohsin.
PETALING JAYA: Nelayan Pahang mengadakan demontrasi kerana terpaksa membeli diesel dengan harga mahal setelah diesel subsidi untuk mereka diambil oleh bot nelayan Vietnam.
Nelayan tempatan terpaksa membeli diesel dengan harga RM1.80 seliter berbanding harga subsidi RM1.25 seliter.
Pengurus Koperasi Rakyat Pahang, Mohamad Amir Mohsin berkata, kerajaan memansuhkan harga subsidi sejak awal bulan ini.
"Kadar baru ini membebankan dan merugikan pengusaha bot tempatan kerana hasil tangkapan yang tidak seberapa.
"Kerana memberi muka kepada bot Vietnam, subsidi untuk nelayan tempatan telah dipotong dan kini kami membeli diesel dengan harga RM1.80 seliter.
Read More / Baca Lagi >>

PRU-13: BN sukar gugat PR di Pulau Pinang

Posted: 15 Jun 2011 08:16 PM PDT

Meskipun hanya tiga tahun lebih mentadbir, melalui prinsip CAT, kerajaan negeri telah membuktikan ia mampu mengurus kewangan negeri dengan berhemah.
Tiga tahun dua bulan – itulah usia pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) di bawah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri di Pulau Pinang semenjak Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12 lalu.
Jika dibandingkan Barisan Nasional (BN) yang mempunyai pengalaman yang panjang mentadbir kerajaan negeri dan pusat, DAP dan rakan-rakan lain dalam PR layak merasa bangga dengan pencapaian cemerlang mereka dalam mentadbir negeri Pulau Mutiara itu walaupun hanya berusia setahun jagung.
Maka tidak menghairankan apabila dalam satu kenyataan baru-baru ini, Ketua Menteri Pulau Pinang telah mencadangkan agar Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dikuasai oleh PR dibubarkan serentak dengan pembubaran Parlimen.
Read More / Baca Lagi >>

M’sia masih diktator, seperti S’pura dulu

Posted: 15 Jun 2011 08:15 PM PDT

Singapura kini mengalami banyak perubahan sejak pilihan raya negara itu bulan lalu, sebaliknya Malaysia masih mengamalkan sistem pemerintahan diktator, kata Mat Sabu.
KLANG: Malaysia dibawah Barisan Nasional (BN) didakwa mengamalkan sistem pemerintahan kuku besi seperti Singapura pada suatu ketika dahulu dengan menyekat kebebasan bersuara, gara-gara bimbang kalah dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Menurut Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Singapura kini mengalami banyak perubahan sejak pilihan raya negara itu bulan lalu, sebaliknya Malaysia masih mengamalkan sistem pemerintahan diktator.
Merujuk kepada tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), beliau berkata rakyat dinafikan hak dan keadilan dalam menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bebas.
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan Digesa Siasat Kesahihan Logo Halal Susu UHT 1Malaysia

Posted: 15 Jun 2011 08:12 PM PDT


SHAH ALAM 16 JUN : Satu siasatan terperinci berhubung dakwaan susu UHT 1Malaysia tidak mempunyai logo halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu dijalankan oleh kerajaan Malaysia, kata Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman.

Katanya, selain meragui status halal susu berkenaan pihaknya juga khuatir produk yang dikeluarkan sebuah syarikat dari Korea Selatan itu mengandungi bahan terlarang seperti Melamine.

Jelasnya, ini kerana berdasarkan maklumat kandungan khasiat yang terdapat pada produk terbabit ianya hanya mengandungi 40 peratus susu manakala selebihnya sebanyak 60 peratus adalah bahan-bahan lain. 
Read More / Baca Lagi >>

Rais on the defensive as online attacks begin, some govt portals down

Posted: 15 Jun 2011 08:11 PM PDT

Rais on the defensive as online attacks begin, some govt portals downMalaysians awoke to the prospect that their entire stable of government portals might be collapsed by anonymous attackers retaliating a recent decision by Information minister Rais Yatim to block 10 file-sharing sites, which the attacked viewed as Internet censorship.
A hue and cry also broke out on the social media network on the pro cons of this lesson for Prime Minister Najib Razak's administration, which has in the past threatened to instal a filtering system akin to China's porsed Green Dam in a bid to silence political dissenters from using the Net to reach out.
"THis is not about foreign versus local. It may be a form of Net terrorism but as they say, what is a terrorist to the Malaysian government is a freedom fighter to some Malaysian Internet users," PKR vice president Tian Chua told Malaysia Chronicle.
"I am not going prejudge anything, let's see how far they go. In principle, we cannot support any form of terrorism but let's see if this constitutes terrorism or is it a good reminder to the powers that be, that this ia new age where the establishment is no longer King."
Read More / Baca Lagi >>

Gambar2 Fenomena Gerhana Bulan Penuh Pagi Tadi

Posted: 15 Jun 2011 08:03 PM PDT

Sebiji telur berada dalam keadaan berdiri ketika berlakunya gerhana bulan penuh. Apakah ertinya semua ini? Subhanallah!!!



Fenomena gerhana bulan penuh telah berlaku pada awal pagi Khamis iaitu gerhana paling gelap dalam tempoh 11 tahun apabila bulan melintasi umbra. Ini akan berlaku bermula jam 1.24 pagi untuk selama 100 minit dan menjadi gelap sepenuhnya pada jam 3.22 pagi.

Apa yang lebih menarik ialah fenomena itu berlaku sebanyak dua kali tahun ini, sekali lagi pada 10 Disember nanti selepas kali terakhir berlaku pada awal pagi tadi.

# Fasa penumbra (P1) Gerhana Bulan Penuh akan berlaku pada jam 1.25 pagi namun kesan kenampakan Gerhana Bulan Penuh masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayang penumbra yang kurang gelap.
# "Gerhana yang jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi (U1) mulai jam 2.23 pagi sehingga gerhana maksimum berlaku pada jam 4.13 pagi.Read More / Baca Lagi >>

Akibat Bongkak : Laman web rasmi kerajaan tidak boleh diakses, 27 lagi digodam

Posted: 15 Jun 2011 07:59 PM PDT


KUALA LUMPUR, 16 Jun — Operation Malaysia dilancarkan oleh penggodam kumpulan antarabangsa Anonymous bukan sahaja menggodam laman web rasmi kerajaan, tetapi juga melakukan serangan ke atas 27 laman web yang lain.
Senarai itu termasuklah lima laman web kerajaan, antaranya kementerian penerangan, jabatan bomba dan suruhanjaya pengangkutan awam darat.
Meskipun ugutan kelmarin mengatakan bahawa serangan ke atas laman web rasmi kerajaan akan dilancarkan awal pagi ini tetapi beberapa laman web dan portal sudah mula diserang sejak petang semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Video : Malaysians4Change

Posted: 15 Jun 2011 07:35 PM PDT

Rais: Notis kenaikan bayaran Astro tak sah..adakah Kerajaan berani dakwa Astro tipu penguna....

Posted: 15 Jun 2011 07:19 PM PDT

Notis mengenai kenaikan bayaran perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Astro kepada pelanggannya dianggap tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim. Read More / Baca Lagi >>

Utusan musuhi umat Islam di sebalik topeng Melayu

Posted: 15 Jun 2011 07:18 PM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Jun: Penyiaran kartun menghina Islam semalam menunjukkan wajah sebenar Utusan Malaysia yang dipelopori oleh Umno yang sebenarnya bersikap memusuhi umat Islam dan menyelinap di sebalik topeng Melayu Islam.
"Ia juga menunjukkan Umno sebenarnya tunduk dengan kemahuan MCA yang jelas menolak hukum-hukum Islam," katanya Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Khairul Faizi bin Ahmad Kamil.
Katanya, cetakan Utusan Malaysia semalam bukan sekadar memberi persepsi buruk bagi pembaca malah menghina hukum Islam yang jelas telah termaktub di dalam Al-Quran.
Baginya, bermotifkan sebagai satu penjelasan bertajuk "KEKELIRUAN KES ROGOL", Utusan Malaysia sangat jahat apabila membenarkan sebuah karikatur yang menatijahkan imej negatif kepada agama Islam.
Read More / Baca Lagi >>

Rangkaian Mat Sabu terus kuasai PAS Selangor?

Posted: 15 Jun 2011 07:15 PM PDT

NONESelepas rombakan jawatankuasa pusat Ahad lalu, mata kini tertumpu kepada PAS Selangor yang akan membentuk 'kabinet' barunya tanpa tokoh kontroversi Datuk Hasan Ali sebagai pesuruhjayanya.

Menurut Dr Abd Rani Osman yang baru dilantik ke jawatan itu, pemilihan jawatankuasa baru antara agenda penting yang akan dibincangkan dalam mesyuarat pertama PAS Selangor selepas muktamar pada Isnin ini.
Read More / Baca Lagi >>

APA SUDAH JADI DENGAN YUGI?

Posted: 15 Jun 2011 06:44 PM PDT


Para pembaca yang budiman : Aku rasa agak ramai para pembaca yang agak kabur tentang konsep dan falsafah Negara Kebajikan. Apabila parti Pas mengajukan Negara Kebajikan sebagai raison d'être /matlamat dan garis perjuangan parti ini kelihatan musuh utama rakyat Malaysia - United Malays National Organisation – menjadi sasau dan gaban.

Secara mengejut – tetiba – bengolan-bengolan dari United Malays National Organisation menjadi sasau dan mamai. Entah pelesit mana yang datang merasok. Dengan mengejut secara tetiba Mahathir Muhamad, Najib Razak , Nazri Aziz, Utusan Malaysia dan Perkasa meluahkan cinta berahi mereka terhadap para ulama Pas.Read More / Baca Lagi >>

Video : Ng Yen Yen: "10million for events, 20million for all other things,only f...

Posted: 15 Jun 2011 06:32 PM PDT

Video : RM1.8m for tourism drive, not just Facebook page

Posted: 15 Jun 2011 06:31 PM PDT

Video : Hukum Demonstrasi BERSIH 2.0 Halal! Tidak Haram... (UZAR)

Posted: 15 Jun 2011 06:29 PM PDT

Mufti Selangor Libas Baik Utusan..!!

Posted: 15 Jun 2011 06:28 PM PDT

NONE
Khutbah Jumaat tiada motif politik, kata mufti S'gor

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid menegaskan khutbah Jumaat mengenai dosa fitnah yang dibacakan di masjid-masjid seluruh negeri Selangor minggu lalu, tidak mempunyai motif politik sebagaimana yang didakwa oleh Utusan Malaysia.

Beliau menjelaskan, khutbah itu sekadar mendidik ummah negeri ini tentang bahaya gejala fitnah dan syarat-syarat Islam yang perlu dipatuhi dalam menuduh seseorang berzina.

"Saya bersangka baik bahawa khatib bertujuan mahu memberikan penjelasan kepada masyarakat agar kita lebih berhati-hati supaya jangan sampai membuat sebarang tuduhan yang tidak ada bukti (atau) saksi kerana jika seseorang itu membuat tuduhan zina ataupun qazaf mestilah ada bukti (dan) saksi," kata beliau kepada TV Selangor.
Read More / Baca Lagi >>

Makna kemenangan AKP dan beberapa pengajaran demokratik

Posted: 15 Jun 2011 06:27 PM PDT

Oleh HARIS ZALKAPLI
Parti Keadilan dan Pembangunan Turki, dikenali dengan singkatan popularnya AKP, memenangi pilihan raya parlimen negara itu dengan majoriti 49.9 peratus, mengatasi peratusan tahun 2007 dan 2002.
Kemenangan tahun ini menyaksikan peningkatan berbanding 46 peratus pada 2007 dan 34 peratus pada 2002, walaupun dengan jumlah kerusi yang semakin merosot disebabkan perubahan dilakukan pihak berkuasa pilihan raya.
Dalam era demokratik republik itu, Recep Tayyip Erdogan dan AKP kini menjadi pemimpin dan parti politik paling berjaya, dari segi memenangi pilihan raya dan rekod membawa perubahan, terutama dalam ekonomi.
Read More / Baca Lagi >>

Zul Noordin terus kritik Bersih, persoal niat berdemo

Posted: 15 Jun 2011 06:27 PM PDT

Ahli Parlimen bebas, Zulfikli Noordin meneruskan kritikan terhadap perhimpunan Bersih kedua dijadual 9 Julai nanti, mempersoal niat penganjur yang dilihat mahu menjatuhkan kerajaan dengan meniru demonstrasi di dunia Arab.
"Niatnya jelas. Cuba baca twitter, facebook dan laman web kaum pelampau ini. 'Mari kita tumbangkan kerajaan 9 Julai ini.' 'Jom sapu-bersih Be End 09 Julai'. 'Dataran Merdeka Dataran Tahrir.' 'Basahkan bumi KL dengan warna merah.' 'Kalau rakyat Mesir berjaya, kita juga akan berjaya.'"
"Dan banyak lagi kenyataan-kenyataan yang membawa kepada satu sahaja rumusan, mereka berniat mahu menjadikan 09 Julai sebagai hari rusuhan, kekacauan sebagaimana berlakunya dinegara-negara 'Arab. Dengan niat supaya Kerajaan yang dipilih rakyat ini tumbang secara ganas, kasar dan haram," tulis Zulkifli di blognya.
Beliau turut mempertikaikan penganjur yang dikait dengan sikap "anti-Islam," mengingatkan PAS tentang hal itu dan menggesa umat Muslim tidak dipengaruhi dan diperalatkan.
Read More / Baca Lagi >>

Ratusan laporan polis, Bersih kedua berdepan cabaran getir

Posted: 15 Jun 2011 06:26 PM PDT

Parti pemerintah dan kumpulan-kumpulan bukan kerajaan yang propemerintah semakin meningkatkan tekanan terhadap gerakan Bersih kedua dikenali Bersih 2.0, yang diharapkan untuk meningkatkan momentum anti-BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Menurut laporan akhbar pemerintah, lebih 350 laporan polis sudah dibuat oleh pelbagai pihak yang menentang perhimpunan dijadual pada 9 Julai itu nanti.

Ahli Parlimen Zulkifli Noordin merupakan ahli politik paling lantang menentang perhimpunan itu, mengaitkannya dengan gerakan yang dikatakan anti-Islam.

Menurut Zulkifli, orang Melayu-Muslim bakal dipergunakan dalam perhimpunan itu oleh pihak yang mempunyai agenda yang berbeza.
Read More / Baca Lagi >>

Sihir semakin berleluasa di Malaysia, kembalilah kepada Islam

Posted: 15 Jun 2011 06:24 PM PDT

Oleh: rozmal

"Nampaknya sihir dan seumpamanya semakin berleluasa di Malaysia. Malahan cerita tv dan filem pun banyak cerita sihir, cerita hantu. Begitu sedikit cerita dan filem untuk menginsafkan manusia agar kembali kepada ajaran Islam sepenuhnya. Untuk berlindung dari semua angkara jahat ini mohonlah pertolongan Allah dengan cara yang betul.

 

Kisah hantu pochong yang semakin banyak sebelum ini di http://waghih.blogspot.com/2011/06/bila-masjid-mati-hantu-pochong-makin.html
Doktor hilang di Kedah, jumpa di Pahang
Read More / Baca Lagi >>

Sekarang, apa beza Utusan dengan Salman Rushdie dan pelukis karikatur Nabi?

Posted: 15 Jun 2011 06:22 PM PDT

Oleh: AnakSgDerhaka


Hari ini Media yang menjadi Lidah Rasmi sebuah Parti yang majority Ahlinya berbangsa Melayu dan berugama Islam telah menyiarkan satu kartun yang jelas menghina hukum Allah..

Pada 11 Jun 2007, Vilks telah dijemput untuk menyertai pameran kesenian dengan tema "The Dog in Art" (Anjing dalam Seni) yang telaj diadakan di pecan kecil Tällerud di Värmland, Sweden. Vilks menghantar tiga lukisan pena dan dakwat diatas kertas A4 yang menggambarkan Nabi Muhammad sebagai anjing di bulatan jalan(roundabout dog).
Read More / Baca Lagi >>

Nak demo depan Utusan yang PUM kata hina Islam? Perkasa akan lawan anda!

Posted: 15 Jun 2011 06:21 PM PDT

Saya tidaklah pandai hukum hakam Islam. Oleh kerana itu, kecuali jelas sangat, saya tidak cukup ilmu untuk kata mana-mana pihak hina Islam.

Tetapi apabila Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyatakan karikatur dalam Utusan Malaysia menghina Islam, tentulah saya tak akan mampu menyatakan sebaliknya.

Bila PUM kata karikatur dalam Utusan menghina Islam, orang melihat Utusanlah yang menghina Islam.Read More / Baca Lagi >>

Senarai laman web K'jaan Malaysia yang sedang di godam...

Posted: 15 Jun 2011 05:57 PM PDT

OPERSAI MALAYSIA
"Greetings, Malaysia, We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world's strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable.

You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear.

Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country.Read More / Baca Lagi >>

Lynas: AELB mungkin tak lulus lesen praoperasi

Posted: 15 Jun 2011 05:56 PM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) tidak mungkin meluluskan lesen praoperasi bagi loji nadir bumi Lynas Corp Ltd di Pahang jika dokumen strategi pengurusan sisa buangan jangka panjang tidak dikemukakan kepada agensi itu.
Pembinaan loji oksid nadir bumi yang melibatkan kos RM700 juta oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat Lynas Corporation Australia di Kawasan Perindustrian Gebeng itu mencetuskan kontroversi berikutan dakwaan ia akan melepaskan radiasi yang boleh membahayakan kesihatan orang ramai.
Keluaran sampingan sisa loji itu yang mengandungi unsur radioaktif "thorium" mencetuskan bantahan orang ramai.
Read More / Baca Lagi >>