Rabu, 18 Mei 2011

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


UMNO Mengundang Bala Allah(Edar Video Lucah Ketika Solat Hajat)

Posted: 18 May 2011 05:49 PM PDT

Assalamualaikum dan salam blogger,
UMNO makin biadab dan melampau dengan gaya politik kotornya,kini bukan sahaja berani mempopularkan politik fitnah bahkan berani menghina agama Allah dengan mengedarkan video lucah ketika yang sama pakatan rakyat mengadakan solat hajat.
Malaysia makin teruk dibawah penguasaan UMNO BN,mereka sudah tidak fikirkan lagi nasib anak-anak bangsa mereka sendiri,mereka sudah tidak fikirkan kesannya nanti jika video lucah itu ditonton oleh anak-anak kita.apa yang penting ialah survival politik mereka.
Umno benar-benar sudah gila !!
Umno sudah tidak layak lagi untuk memimpin negara.
Cari N3 lama-lama disini

Daging Tiruan Lah Pulak

Posted: 18 May 2011 04:08 PM PDT

Isu Semasa

Baru sahaja reda pasal telur tiruan dari China, sekarang timbul pula isu daging lembu tiruan yang diproses dari daging babi. Orang China memang cukup terkenal dengan barang tiruan dan sekarang makanan tiruan pun semakin berleluasa disana.

Bagi kes ini . Mereka menggunakan sejenis bahan ekstrak daging lembu yang mana ianya adalah untuk menukarkan rasa daging babi kepada rasa daging lembu. Sebotol ekstrak daging lembu seberat 500 gram dijual dengan harga 20 yuan (RM 9.13) dan cukup untuk mengubah rasa 25kg daging babi. Harga daging babi disana adalah separuh daripada harga dari daging lembu, dan sekaligus memberi penjimatan lebih dari 1,000 yuan (RM 456.55) sekiranya 25 kg daging digunakan.

Berikut adalah bagaimana cara mereka memproses daging tiruan dari daging babi tersebut :
1: Penggunaan bahan utama iaitu Ekstrak Daging Lembu bermutu tinggi yang membolehkan daging babi menjadi daging lembu.
2: Penggunaan agen glazing untuk menghilangkan rasa daging babi. Bungkusan  kecil sahaja ini cukup untuk 50 kg daging babi.
3: Proses pememerapan daging babi selepas ditambah ekstrak daging lembu.
5: Perbezaan daging babi yang diekstrak.
5: Perbandingan antara daging babi asli dan daging lembu palsu selepas diekstrak selama 2 jam. Daging babi telah bertukar seperti daging lembu yang asli.

Orang ramai pun takkan dapat membezakan daging lembu tiruan tersebut. Kesan jangkamasa panjang ianya boleh menyebabkan kanser. Apakah teknologi ini sudah berada di negara Malaysia?
thanks to princestylo.com
nak termuntah aku tengok gambar tu
Diharapkan benda ni tak berlaku di Malaysia.
Cari N3 lama-lama disini

Hukum Sambut hari Jadi

Posted: 18 May 2011 08:01 AM PDT

Soal Jawab Agama


Mungkin selama ini dari kecil sehingga kini tanpa kita sedari kita melakukan bid'ah yang dianggap kecil oleh kita kerana ibubapa kita pun melakukan, anak ustaz juga melakukan termasuk pemimpin-pemimpin kita. Mungkin ramai yang menolak dan tidak bersetuju. Tetapi itulah sebenarnya sambutan hari jadi yang telah kita sambut sejak dahulu lagi. Jika sambutan hari jadi ini perkara yang baik. Mungkin pada zaman sahabat, tabiin dan seterusnya. Nescaya mereka lebih awal menyambutnya. Renung-renung dan fikirkan sendiri.

Kenyataan ini disebutkan oleh Dr. Abdul Karim Zaidan dalam buku beliau al-Mufassal fi Ahkam al-Mar'ah wa al-Bait al-muslim fi al-Syariah al-Islamiah, (cetakan ke 2 (1994M-1415H), jilid 9, halaman 310-311). Kenyataan ini juga disebut oleh Dr Muhammad Abdul Qadir Abu Faris dalam buku beliau Fatawa Syar'iyyah (jilid 2, halaman 788-789). Menurut beliau, tidak ada sambutan (عيد) hari jadi sekalipun mereka itu pemerintah, pembesar atau anak-anak.

Menurut Dr. Abdul Karim Zaidan sambutan hari lahir lahir (hari jadi/birthday) yang diadakan saban tahun oleh golongan lelaki mahupun wanita, diadakan sambutan (haflah) yang dihadiri oleh keluarga dan kerabatan dan anak yang disambut hari lahirnya. Pada majlis itu disusun meja dan diletakkan kek yang besar yang dinamakan kek hari jadi yang pelbagai bentuk sama ada bulat, berlapis-lapis yang dipacakkan dengan lilin yang jumlahnya mengikut umur mereka yang disambut dan dipotong kek itu. Budak itu (mak budakpun ada)akan memulakan mengambil sepotong kek dan diikuti para hadirin.

Menurut beliau, sambutan hari jadi yang disifatkan di atas merupakan perkara bidah yang munkar yang wajib ditinggalkan dan dicegah. Ia merupakan amalan bukan islam yang ditiru oleh orang Islam atau sebahagian orang Islam. Sambutan ini merupakan perkara yang ditegah oleh syarak. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, ia adalah dari mereka (hadis diriwayatkan oleh Abu Daud, No. Hadis 8593). Maksud hadis itu ialah sesiapa berpakaian dengan pakaian mereka, beramal dengan amalan mereka, berakhlak dengan akhlak mereka dan mengikut jejak langkah atau tred mereka dalam perpakain dan amalan mereka.

Beliau menyambung, Nabi s.a.w diutuskan dengan disyariatkan perkataan dan amalan yang berbeza dengan amalan Yahudi dan Nasrani ( والضالين المغضوب عليهم) ). Nabi s.a.w diperintah supaya menyalahi mereka (berbeza dengan mereka) dalam perkara-perkara zahir yang membawa kepada muwafakah dan tasyabuh dengan akhlak dan amalan mereka.

Orang Islam hendaklah berpada dengan apa yang disyariatkan kepada mereka:-

Cukuplah bagi orang-orang Islam mengadakan akikah untuk anak pada hari ketujuh dengan mengadakan walimah untuk anak itu.

Orang-orang islam pada zaman Nabi s.a.w., begitu juga Tabiin tidak kenal dan tidak memperkenalkan sambutan ini kepada anak-anak mereka. Mereka tidak menyambutnya saban tahun. Pada mereka itu ada qudwah yang baik.

Pandangan ini bukan pandangan umum ulama. Sambutan seperti ini juga sudah menjadi adat, kebiasaan dan cuti umum sempenan kelahiran seseorang. Artikel ini sekadar pencetus idea dan minta sahabat-sahabat semua berfikir dengan kritikal. Jawapan Dr Abdul Kadir Abu Faris ketika diajukan soalan mengenai sambutan maulid rasul (pandangan beliau newakili golongan yang tidak bersetuju dengan sambutan maulid Nabi (isu lama dan masih relevan).

Kata beliau:
al-Aid (العيد) merupakan mustalah syarie.... (h.788 buku beliau)

Nabi s.a.w. telah memberitahu kepada sekelian mukmin bahawa mereka ada dua perayaan tidak ada yang ketiga iaitu hari raya adha dan fitri. Setiap hari raya itu masing-masing ada solat dan khutbah khusus yang dilakukan orang orang Islam.

Tidak terdapat satu nas daripada Nabi s.a.w. menjadikan (mengadakan) hari raya ketiga sama ada sempena kelahiran Baginda, hari hijrah baginda, hari kemenangan di Badar. Baginda juga menegah orang Islam berlebih-lebih memuji Baginda sehingga terjerumus ke lembah kesesatan dan penyelewengan sebagaimana terjadi kepada golongan Nasrani.

Perbincangan utama:

Begitu juga tidak wujud dalam Islam apa yang dinamakan sebagai Hari Ibu, Hari Wanita, Hari Bapa, Hari guru, Hari Kanak-kanak (tanpa dijelaskan dengan terperinci) dan sebagainya, begitu juga hari jadi individu sekalipun mereka itu pemerintah, pembesar dan kanak-kanak. Perkara yang pelik sehingga boleh menangis (terlalu pelik) kita lihat mereka ini meniup lilin yang dipacak sesuai dengan umur mereka terikut-ikut (mengikut) orang kafir barat yang telah memerintah (baca menguasai) orang Islam di negara orang Islam sendiri dengan nilai-nilai mereka, undang-undang mereka dan adat-adat mereka yang telah menyerang orang Islam di negara mereka sendiri.

Pelik lagi, pemerintah ini membelanjakan jumlah yang banyak dari harta negara ketika menyambut hari jadi mereka. (Fatwa/ respon Dr Abu Faris mengenai sambutan maulid Nabi.)

Peringatan sekali lagi. Artikel ini mengambil pandangan pihak yang tidak membenarkan sahaja.

Persoalan:-

1) Adakah perkara yang disebutkan itu berlaku di negara kita?

2) Bagaimanakah cara menghormati dan menyayangi (biir waalidain) ibu-bapa yang dianjurkan oleh islam yang disekalikan kewajipan mentaati ibu-bapa selepas mentaati Allah (وقضى ربك....?)

3) Sama-sama fikirkan
Umat Islam ada cara tersendiri sebagaimana yang diajarkan oleh agama. Mereka ada cara mereka. Jadi bagi mereka agama mereka dan bagi kita agama kita. Jangan terikut-ikut (kepentingan besar) walaupun ia nampak baik. Faktor terikut-ikut itulah nampaknya di sini menjadi salah satu titik besar sehingga kita kehilangan jati diri, identiti, kelainan dengan mereka walaupun dengan alasan tidak bercanggah.

Jika tidak bercanggah, ini point yang bagus, tapi tidak adakah cara yang ditunjukkan oleh agama kita yang bersifat sempurna, merangkumi dan mencakupi semua aspek itu untuk dihayati...? Sama-sama kita fikirkan iaitu faktor jadi diri, kelainan sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud. (berbezalah dengan yahudi..)

Kesimpulannya, terdapat 5 hujah yang digunakan bagi mengukuh pandangan beliau ini:-

1) Ia bukan ajaran agama. Dengan kata lain, agama telah menggariskan syariat yang cukup jelas untuk dilakukan apabila seseorang anak itu dilahirkan bermula dengan azan, iqamah, tahnik, bercukur, berkhitan, memberi nama dan melakukan akikah. Agama tidak meninggalkan satu-satu amalan, maka tidak perlulah ditambah amalan lain.

2) Hukum ini dianalogikan kepada sambutan maulid Nabi s.a.w. Sebagaimana yang diketahui, para ulama perbeza pendapat menentukan hukum maulid ini. Satu golongan mengatakan sambutan itu adalah bidah (Cth: Dr Abu Faris) dan ada ulama yang mengatkan tidak menjadi masalah menyambutnya. Hujah yang mengatakan boleh menyambutnya antara lain ialah kita menyambut maulid Nabi itu kerana memperingati perjuangan Nabi, risalah dan kenabian itu sendiri untuk dijadikan pengajaran, bukan sekadar sambut kelahiran semata-semata dan cukup setakat itu. Analoginya, Jika kita menyambut birthday anak-anak kita, maka atas dasar risalah apa yang dia bawa?

3) Ia bukan amalan salafuna al-saleh bermula dari zaman sahabat, tabiin dan seterusnya. Jika sambutan itu perkara baik, nescaya mereka lebih awal menyambutnya.

4) Ia bukan amalan dan budaya orang islam, sebaliknya ia adalah budaya orang bukan islam yang diikut-ikut (taqlid) oleh orang Islam.

5) Apatah lagi jika majlis itu dicampuri dengan unsur-unsur maksiat yang lain sebagaimana yang dilakukan sesetengah masyarakat Islam pada hari ini yang boleh dilihat di media massa.

Oleh: Aqwa Hazim
Sumber asal: Artikel Mohd Noor bin Daud, Pensyarah Jabatan Pengajian Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris. B.A (Hons) Universiti Yarmouk, M.A, Universiti Malaya

Terimakasih kepada : Resepirahsiaku.com

-ijoks2009-
Apa yang paling mendukacitakan kita ialah,ada dikalangan orang Islam yang meniru bulat-bulat apa sahaja yang dibuat oleh "mereka itu".Dengan tiup lilin dan upacara berniat sebelum tiup lilin digantikan dengan berdoa kononnya nak ubah cara islam lah sikit.
Apa kata kalau sambut hari jadi tak payah guna kek.




 
Cari N3 lama-lama disini

Mari Kita Lihat Berapa Gaji Orang Yang Naikkan Harga Minyak

Posted: 17 May 2011 11:58 PM PDT

Isu Semasa


Ini adalah pendedahan dari salah seorang Pegawai Bahagian Kewangan, Di Jabatan Perdana Menteri. Pendedahan ini mengenai Slip Pendapatan Bulanan Menteri dan Timbalan Menteri di Malaysia. Hanya pegawai-pegawai tertentu sahaja dibenarkan menguruskan maklumat ini, walaupun mereka itu adalah PA kepada Menteri.
Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri
1. Gaji Pokok RM18,000 – sulit untuk public, tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment
2. Elaun Keraian RM10,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati
3. Elaun Perumahan RM10,800.00 – tidak sulit – pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit tapi tidak orang semua tahu.
5. Elaun parking RM 5,700.00
Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja
Lain-lain kemudahan
1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.
2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00
6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit,satu driver,minyak percuma.Kalau pakai pemandu kementerian,dapatlah duit percuma.
7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian,atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.
8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00
9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.
Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri
1. Gaji Pokok RM15,000 – sulit untuk public,tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment
2. Elaun Keraian RM9,500.00 – tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati
3. Elaun Perumahan RM9,800.00 – tidak sulit- pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket saja lah poket sendiri
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 – tidak sulit
5. Elaun parking RM 5,700.00
Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.

Maklumat diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999. Saya rasa terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang. 
sumber maklumat disini

Dibawah ini pula adalah antara tindakan yang pernah dibuat oleh kerajaan Kafir Britain untuk menangani masaalah ekonomi negara mereka.

  1. Kerajaan campuran Britain merancang penjimatan sebanyak 513 juta pound sterling (RM2.5 bilion) dengan mengurangkan bajet badan-badan penasihat dan membubarkan sebahagian daripadanya
  2. Faedah istimewa yang dinikmati kakitangan kerajaan seperti teksi, penerbangan dan kemudahan hotel juga akan turut terjejas
  3. Gaji perdana menteri Britain dan menteri-menteri Britain dipotong sebanyak 5 %
  4. Menteri-menteri Britain yang terdiri daripada kerajaan campuran Konservatif dan Liberal Demokrat tidak diberikan elaun pengangkutan dan……………….kemungkinan besar mereka akan menggunakan alternatif lain seperti tren atau pun bas
  5. Kerajaan juga bakal menjimatkan sebanyak 8 bilion pound (RM38 bilion) melalui cukai khas yang dikenakan kepada bank

Kami tak dengkipun dengan gaji dato' menteri ,kami cuma nak dato' sama-sama berkorban 10 peratus sahaja dari gai dato' cukuplah.
Bila susah kami yang menangung "azab" lebih ,bila senang dato' makan sorang .tak baiklah macam tu dato'
Dato takpalah minyak naik tinggi manapun datok dapat minyak free

Dari Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.aw. bersabda: Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu yang makan sehingga kekenyangan sedangkan jirannya kelaparan. 
(Hadis riwayat Tabrani)



Cari N3 lama-lama disini

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Nazri Aziz dibelasah ...

Posted: 18 May 2011 10:10 PM PDT

Walaupun kenyataan kontroversi berhubung "perang salib" keluar daripada mulut Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz pula sebaliknya menjadi mangsa bidasan banyak pihak.

Selepas memaklumkan tiada tindakan boleh diambil kepada Ibrahim kerana kenyataan seumpama itu merupakan norma di Malaysia, Nazri terus diasak pelbagai pihak, antaranya daripada pemimpin PAS, DAP dan Gerakan.

Anggota parlimen Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad menyifatkan logik Nazri itu cuba menghalalkan tindakan berdiam diri kerajaan terhadap Ibrahim.

"Ia hujah yang pelik," katanya sambil memberi amaran tindakan itu boleh membuka pintu kekacauaan dan huru-hara dalam masyarakat.

"Kita bercakap tentang terpadamnya keluhuran perlembagaan, (keadaan) tiada undang-undang sepenuhnya." [Laporan penuh]

Nazri juga turut dilaporkan berkata, walaupun kenyataan sedemikian tidak disenangi, rakyat "perlu hidup" dan "jadi matang" menangani watak seperti Ibrahim.

Tunggu darah mengalir?

Katanya, memandangkan ia turut disiarkan di laman sosial seperti Twitter, ia melangkaui keupayaan kerajaan untuk mencegah atau menghukum.

Sementara itu, anggota parlimen Klang Charles Santiago pula berkata, apa pun sentimen dalam masyarakat pada masa ini, tiada yang "seburuk ucapan Ibrahim".

"Tiada sesiapa bercakap tentang perang salib. Hanya Ibrahim yang sediakan pentas untuk orang Islam menentang orang Kristian."

Katanya, sekiranya Ibrahim terus dibiarkan tanpa dihukum, kenyatannya menyebabkan pelbagai kesan lain, seperti membuatkan pelaburan asing lari, mengancam keharmonian dan sekali gus memusnahkan konsep 1Malaysia.

Pemimpin GERAKAN Pulau Pinang Baljit Singh pula mempesoalkan sama ada Nazi menunggu "darah mengalir" sebelum mengambil tindakan sepatutnya.

"Kenyataan Ibrahim, jika dibenarkan bertukar kepada aksi, boleh mencederakan orang. Adakah Nazri menunggu darah mengalir baru akan mengambil tindakan yang sesuai?" tanya Baljit dengan marah.

Baljit juga menyufatkan ucapan Ibrahim itu berbaur hasutan dan boleh menyebabkan perselisihan antara kumpulan agama. -mkini

Lynas : Apa yang perlu anda tahu

Posted: 18 May 2011 08:39 PM PDT

oleh pemudatua.blogspot.com

Sebagai seorang ayah kepada 3 orang anak yang masih kecil, menjadi tanggungjawab saya untuk melindungi mereka walaupun terpaksa berkorban nyawa. Saya rela mati untuk tujuan itu. Sebagai seorang Hamba dan Khalifah di bumi Allah ini, saya merayu belas ihsan dan redha dari Allah sebelum saya pergi menemuinya. Selagi Nafasku di Kandung Badan, selagi itu Jihad Pena ini akan saya teruskan.

Setiap wanita yang bergelar ibu, dengan derita 9 bulan memikul beban di badan dan bercengkang mata setiap malam pasti tidak akan rela dengan apa pun ancaman lebih-lebih lagi ancaman sisa radioaktif yang terbukti banyak berlaku di setiap negara yang melombong 'nadir bumi' atau 'rare earth' khususnya di China. Kanser, Leukemia, Kecatatan malah kematian khususnya dari kalangan kanak-kanak cukup ketara dan tidak dapat dijankau oleh setiap akal manusia yang waras untuk membiarkan tamak haloba menguasai jiwa dan seterusnya menodai sifat kasih sayang itu, lebih-lebih lagi kepada zuriat keturunan empunya diri. ... seterusnya

Tiada lagi PRK seluruh negara selepas 20 Mei - SPR

Posted: 18 May 2011 08:28 PM PDT

KUALA LUMPUR: Tiada lagi pilihan raya kecil peringkat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara selepas tarikh 20 Mei, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata, ia berikutan semua negeri sudah mencapai mandat selama tiga tahun bergantung kepada tarikh kali pertama DUN berkenaan bersidang selepas pilihan raya umum lepas, dengan Pahang adalah negeri yang paling lambat bersidang iaitu pada 20 Mei 2008.

"Ini bermakna semua negeri tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil lagi.

Ada laporan yang menyatakan terdapat negeri mengadakan sidang DUN pada Julai 2008 sebelum ini dan ini tidak benar sama sekali," kata beliau.

Abdul Aziz berkata, sekiranya berlaku kekosongan kerusi yang disebabkan oleh kematian atau penyandangnya hilang kelayakan, maka PRK (pilihan raya kecil) tidak perlu diadakan.

Beliau berkata, perkara itu adalah sejajar dengan Artikel 54(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa suatu PRK hanya perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun. -BERNAMA

Gadis baca Al Fatihah elak ditangkap khalwat

Posted: 18 May 2011 07:15 PM PDT

Gadis terkejut dicekup baca Al-Fatihah

PETALING JAYA – Akibat terkejut dicekup penduduk kerana berkhalwat, seorang gadis terus membaca surah Al-Fatihah sebaik sahaja pintu biliknya dibuka.

Perkara itu berlaku ketika gadis berumur 20 tahun itu dan pasangannya yang berusia 17 tahun ditahan berdua-duaan dalam sebuah rumah di Apartmen Idaman, di sini kira-kira jam 1 pagi semalam.

Pasangan itu berasal dari Kelantan dan mendakwa hendak bertunang tidak lama lagi.
Ketua Biro Keselamatan Apartmen Idaman, Azmi Ardi berkata, tangkapan itu dilakukan bersama Imam Masjid Al-Muhtadin, ketika pasangan itu baru memasuki rumah tersebut.

"Aduan diterima dari jiran-jiran mereka. Kita periksa dan temui pasangan ini dalam sebuah bilik berkunci," katanya

Menurutnya petugas menunggu hampir lima minit sebelum pintu bilik itu dibuka.

"Pasangan ini merayu dilepaskan, tetapi untuk memberi kesedaran, kita tahan mereka sebelum memanggil keluarga mereka," katanya.

Difahamkan remaja lelaki itu bekerja di kedai menjual daging ayam, manakala gadis itu sedang mencari pekerjaan.

PKR bakal diharam?

Posted: 18 May 2011 06:48 PM PDT

PKR hadapi risiko diharam, sidang media tengah hari
May 19, 2011

KUALA LUMPUR, 19 Mei — Di sebalik spekulasi pilihan raya umum ke-13, Parti Keadilan Rakyat (PKR) - komponen Pakatan Rakyat, berhadapan dengan risiko kemungkinan dibatalkan pendaftaran, dipercayai berkaitan dengan pemilihan secara langsung akhir tahun lalu.

The Malaysian Insider difahamkan PKR telah menerima surat berkaitan dengan tindakan itu daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS) awal bulan ini.

"Saya dimaklumkan RoS sudah keluarkan surat untuk membatalkan pendaftaran, surat diterima baru-baru ini, saya tak pasti tarikhnya," kata sumber.

Sumber itu berkata berdasarkan surat RoS, PKR didakwa melanggar beberapa peruntukan perlembagaan part itu, yang ditubuhkan April 1999.

Bagaimanapun katanya, PKR mempunyai alasan kukuh yang ia tidak melanggar sebarang peruntukan dalam perlembagaannya.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail akan mengadakan sidang media mengenai isu itu tengah hari ini.

"Kami tak terkejut dengan tindakan RoS ini, tunggu sidang media nanti," katanya lagi.

PKR, yang awalnya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan) ditukar nama semasa selepas proses penggabungan empat tahun kemudian.

Ia mengadakan pemilihan secara langsung peringkat pusat menggunakan kaedah satu ahli satu undi, yang turut menyaksikan masalah dan aduan.

Sejak selepas pilihan raya umum 2008 PKR juga tidak kesunyian daripada kritikan daripada pesaingnya termasuk menggesa agar RoS mengambil tindakan ke atas parti itu.

Parti itu yang menyaksikan prestasi terbaik pada pilihan raya umum 2008 menerusi kerjasama dengan PAS dan DAP turut berhadapan dengan tindakan beberapa wakil rakyat, di kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, keluar atau melompat parti.

MENYUSUL LAGI

Kenapa klip video seks ‘Anwar’ diragui?

Posted: 18 May 2011 06:48 AM PDT

K Pragalath | May 18, 2011
Ahli MPP PKR Fariz Musa kemuka 50 dalil untuk menjelaskannya.

PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Fariz Musa mendedahkan 50 dalil dalam blog beliau kenapa klip rakaman adegan seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diragui.

Klip seks ini mula–mula timbul ekoran usaha trio Datuk 'T' mempertontonkannya kepada para wartawan di Carcosa Sri Negara, Kuala Lumpur pada penghujung Mac lalu.

Datuk 'T' merujuk kepada mantan Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, mantan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah.

Fariz, antara lain, mempersoalkan perkara berikut sebagai dalil untuk meragui klip itu membabitkan Anwar.

"Sekiranya sipelaku telah meninggalkan hotel tersebut, sudah pasti sipelaku telah mendaftar keluar dan selepas mendaftar keluar, pihak pengemasan hotel akan masuk ke dalam bilik untuk membuat semakan senarai barangan untuk pengesahan 'check out'.

Kehadiran Anwar sepatutnya boleh dikesan melalui kaunter pendaftaran. Wayar dan CCTV – sepatutnya pihak pengemasan hotel yang nampak dulu dan melaporkannya kepada pengurusan hotel.

"Tan Sri Rahim menipu kerana dalam sidang media dia mengatakan dia merancang semua tetapi ketika bersama Badrul Hisham Shaharin (CheguBard) dia mengatakan ini kali pertama menonton setelah pulang dari luar negara untuk percutian keluarga.

'Modus operandi'

"CheguBard meyakini kumpulan ini besar serta mendapat perlindungan istimewa kerana 'modus operandi' ketika membawanya ke hotel tersebut seperti babak filem James Bond.

Nama penyewa bilik tempat menonton dan mendaftar kenderaan yang digunakan untuk menjemputnya mungkin dapat mengundang fakta lebih menarik lagi.

"Polis lambat buat siasatan berbanding dengan kes Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Polis cuma nyatakan video seks tulen bukan pelakonnya tulen.

"Mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad turut terlibat, ini bukti dendam lama terhadap Anwar. Video ditayangkan selepas beberapa hari beliau melancarkan buku terbarunya. Di dalam buku itu beliau mendakwa Anwar mengadakan hubungan seks dengan empat orang pelacur.

"Ketiga-tiga Datuk 'T' ini berjumpa dengan Datuk Seri Najib Tun Razak di Pejabat Perdana Menteri di Parlimen untuk berbincang mengenai perkara ini.

PKR telah dimaklumkan bahawa Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Biro Politik Umno di pejabatnya di Parlimen petang semalam, maka Najib memang berada di Parlimen ketika ketiga-tiga dalang ini dilihat di Parlimen semalam.

"Datuk 'T' sendiri mengakui video asal ada pada tangan mereka dan telah diserahkan kepada polis. Apabila video itu tersebar kepada awam, jelas sekali ia adalah perbuatan pihak polis sendiri dengan kerjasama Datuk 'T'. Inilah konspirasi tertinggi namanya," jelas Fariz yang juga bekas timbalan ketua AMK Pusatm- FMT

Osama sudah meninggal 2006 - Bekas Agen CIA

Posted: 18 May 2011 03:50 AM PDT

PKR Sedia Ke Mahkamah Isu Mohon Kerakyatan Di Hulu Selangor

Posted: 18 May 2011 02:28 AM PDT

Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN

PETALING JAYA: Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin mempertahankan dakwaannya bahawa Umno Hulu Selangor membuat permohonan mendapatkan kerakyatan kira-kira 2,000 warga Indonesia bagi membolehkan mereka mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum yang akan datang.

Beliau juga menegaskan bahawa PKR sedia menghadapi tindakan mahkamah sekiranya Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar menyamannya.

"Kita biar pihak polis menyiasat kes ini kerana kes ini ada kesahihannya berdasarkan dokumen yang dihantar oleh Umno Hulu Selangor untuk memohon kelulusan warganegara asing ini.

"Siapa juga yang menandatangani surat ini, jika bukan Mohamed Idris sekali pun, pihak polis perlu menyiasat siapakah dalang di sebalik perkara ini," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Mohamed Idris membuat laporan menafikan dakwaan PKR di balai polis Kalumpang, Hulu Bernam, Jumaat lalu.

Minggu lalu, Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR pada sidang medianya menunjukkan kepada wartawan surat yang didakwa bukti Umno menyalahgunakan proses kerajaan.

Surat itu didakwa sebagai percubaan Umno Hulu Selangor mendapatkan kerakyatan Malaysia untuk kira-kira 2,000 penghuni tetap di Hulu Selangor yang majoritinya warga Indonesia bagi membolehkan mereka mengundi BN pada pilihan raya umum akan datang.

Surat bertarikh 23 Mac didakwa ditandatangani oleh Mohamed Idris itu dialamatkan kepada Menteri Dalam Negeri yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bagaimanapun, dakwaan tersebut dinafikan oleh Mohamed Idris dan beliau menyifatkan surat tersebut sebagai palsu dan fitnah jahat.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Bernam dilaporkan akan menimbangkan cadangan untuk menyaman Zuraida dan PKR sekiranya dakwaan tersebut tidak ditarik balik.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Khalid Jaafar menyifatkan apa yang berlaku di Hulu Selangor adalah rentetan daripada 'projek IC' yang berlaku di Sabah sejak tahun 1986.

"Saya lihat modus operandi yang dilakukan di Sabah melalui sindiket pemberian kerakyatan kepada warga asing adalah cara yang paling berkesan.

"Projek IC adalah cabaran yang besar kepada Pakatan Rakyat. Justeru, ia telah menjadi salah satu perkara penting dalam Buku Jingga, iaitu menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.

"Kita juga berjanji untuk menyelesaikan masalah tersebut dan bersiap sedia mengenai kemungkinan sindiket tersebut melebarkan sayapnya ke Semenanjung Malaysia ," katanya.

Khalid berkata, sehingga kini mereka tidak dapat mengesahkan jumlah sebenar yang terlibat dalam Projek IC berkenaan, namun mendakwa telah dilakukan ke atas lebih 600,000 rakyat asing.

Beliau mendakwa, pendedahan mengenai usaha itu pernah dibuat pemimpin Sabah termasuk ketua kampung dan bekas tahanan ISA.

"Projek IC pernah melibatkan seorang pemimpin Sabah sehingga dibawa ke mahkamah yang akhirnya membawa kepada pembatalan keputusan pilihan raya dan ia diadakan semula.

"Taktik kotor ini ini berjangkit ke Semenanjung dan terbukti di Hulu Selangor," katanya

Oleh itu, Khalid berkata, polis perlu menyiasat sekiranya wujud penyelewengan dan sindiket seperti yang berlaku di Sabah. - mStar

Kedutaan Amerika pantau pembabitan Najib dalam pembunuhan Altantuya

Posted: 18 May 2011 02:15 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kedutaan Amerika Syarikat dilaporkan sentiasa memantau pembabitan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribu, demikian menurut kabel diplomatik yang dibekalkan kepada Asia Sentinel oleh laman web WikiLeaks.

Diplomat di Kedutaan Amerika juga dilaporkan sentiasa berbincang sesama mereka samada perbicaraan itu sebelum ini sengaja dilengah-lengahkan. Kebimbangan mereka yang lahir daripada perbincangan sesama sendiri itu adalah berasaskan sumber daripada pihak pendakwa, kerajaan dan juga pembangkang.

Laporan kabel itu juga menyebut tentang kemungkinan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menggunakan perbicaraan itu untuk menghalang Najib daripada menjadi Perdana Menteri pada masa itu – satu dakwaan yang didiamkan akhbar arus perdana Malaysia.

"Terdapat spekulasi meluas di kalangan komuniti dalam talian di Malaysia berkenaan kemarahan Abdul Razak Baginda, termasuklah teori konspirasi bahawa Pejabat Perdana Menteri pada masa itu menggesa Razak Baginda mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak..sebagai galang ganti kepada keputusan bersalah Razak Baginda dan hukuman mati yang mungkin dikenakan kepadanya," kata diplomat Amerika seperti dilapor kabel itu.

Altantuya yang bertindak sebagai jurubahasa dan orang tengah dalam urus niaga kapal selam Scorpene buatan Perancis dibunuh dua pengawal peribadi Najib, Cif Inspektor Azilah Hadri, 30 dan Koperal Sirul Azhar Umar, 35 yang didapati bersalah pada April 2009.

Najib yang merupakan Menteri Pertahanan pada masa itu mengetuai urusniaga itu dan Abdul Razak Baginda, kenalan rapat Najib dikatakan memperoleh 'komisyen' RM534.8 juta di atas urusniaga itu.

Altantuya dilapor dibayar AS$500,000 untuk khidmatnya sebagai penterjemah. Selepas ditinggalkan, dia menuntut pembayaran tersebut.

Sepucuk suratnya yang didedahkan selepas kematiannya, menyatakan dia menyesal kerana cuba "memeras ugut" Razak Baginda.

Peguam Perancis pula menyiasat sama ada sebahagian daripada 114 juta euro adalah habuan kepada ahli politik di Perancis atau di Malaysia.

Dalam satu kabel bertarikh January 2007 ada disebutkan bahawa dalam pengakuannya Razak Baginda mengesahkan ada meminta pertolongan Musa Safri, yang kemudiannya dikenalpasti sebagai aide-de-camp Najib, untuk menghapuskan Altantuya.

Dalam satu kabel lain bertarikh 16 May 2007 pula, Wan Ahmad Farid Wan Salleh, yang merupakan pembantu kepada mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat bahawa beliau pasti "pendakwa raya kerajaan akan menghadkan perbicaraan kepada pembunuhan dan ketiga-tiga tertuduh semata-mata, pendakwa raya enggan membongkar tuduhan lain berkaitan rasuah atau pun suspek lain".

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=13611

Guan Eng kepada Najib : Hapus 'candu besar' dulu sebelum 'candu kecil'

Posted: 18 May 2011 01:38 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
May 18, 2011

KUALA LUMPUR, 18 Mei — DAP menasihatkan pentadbiran Najib agar menghapuskan "candu besar" - pemberian subsidi bernilai RM19 bilion kepada Pengeluar-pengeluar Tenaga Bebas (IPP) daripada menekan rakyat dengan memotong subsidi keperluan mereka.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Putrajaya sepatutnya menghapuskan pemberian subsidi gas kepada IPP terlebih dahulu daripada menghapuskan subsidi yang hanya akan membebankan rakyat.

"Kerajaan Barisan Nasional (BN) seharusnya menghapuskan terlebih dahulu candu besar pemberian RM19 bilion subsidi gas kepada IPP dan sektor komersial sebelum menghapuskan 'candu kecil' subsidi gula, diesel dan petrol untuk rakyat.

"DAP menentang sekeras-kerasnya penarikan subsidi diesel sejak 1 Jun 2011 tanpa terlebih dahulu menghapuskan subsidi gas kepada IPP yang telah menyebabkan inflasi yang teruk kepada peniaga dan pengguna," kata Lim (gambar) dalam satu kenyataan.

Tegas Ketua Menteri Pulau Pinang itu, pentadbiran Najib sepatutnya menghapuskan "candu besar" itu yang telah menyebabkan kerugian minimum sebanyak RM28 bilion setahun dengan anggaran beberapa lagi kerugian mencecah AS$100 bilion (RM303.06 billion) sejak 1980.

"Mengapa 27 juta penduduk Malaysia terpaksa menanggung kenaikan harga ketika beberapa syarikat raksasa dalam IPP tidak sedikitpun berasa terbeban walau satu sen dengan pemotongan subsidi tersebut? Penghapusan subsidi kepada masyarakat miskin menambah derita berikutan upah yang rendah sementara keuntungan IPP meningkat.

"Justeru kerajaan harus memadamkan candu besar dari subsidi gas yang sepatutnya boleh diselamatkan puluhan bilion ringgit setahun sebelum menghapuskan candu kecil yang hanya menjimatkan ratusan juta ringgit," katanya.

Dalam ucapannya di London kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, subsidi bahan api ibarat "candu" kepada ekonomi Malaysia dan perlu dikurangkan secara berperingkat-peringkat untuk mengawal defisit bajet.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pentadbirannya telah memperuntukkan subsidi bernilai RM11 bilion tahun ini tetapi paras itu telah mengalami kenaikan, sehingga mencecah RM18 bilion ekoran harga minyak mentah antarabangsa yang begitu tinggi.

"Subsidi, pada keseluruhannya, seperti candu. Sekali anda ambil candu sukar untuk mengikis tabiat buruk; sekali anda memberi subsidi, sukar untuk diambilnya tanpa beberapa kos politik," kata beliau di Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford.

Bagaimanapun pemimpin Pakatan Rakyat menyifatkan BN sebenarnya telah gagal mengatasi ketagihan subsidi menerusi pendekatan-pendekatan alternatif sambil mencela pentadbiran Najib hanya menyalurkan "candu subsidi" yang memanfaatkan kroninya.

Mereka juga mendakwa kos hidup semakin meningkat sedangkan kadar upah tidak bergerak telah menyebabkan rakyat terpaksa bergantung pada subsidi.

Malah, mereka juga memberi amaran bahawa tindakan menarik balik subsidi akan menyebabkan rakyat muflis, sebaliknya kerajaan perlu menggalakkan daya saing dan mengatasi manipulasi harga barangan.

AMK akan berdepan PERKASA di Utusan

Posted: 18 May 2011 01:24 AM PDT

AMK tetap teruskan rancangan berhimpun depan Utusan

Perkasa dikatakan tidak berdiam diri dan turut merancang mengadakan perhimpunan pada hari yang sama untuk mempertahankan Utusan daripada 'diserang' AMK.

oleh Jamilah Kamaruddin

KUALA LUMPUR: Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan tetap meneruskan rancangannya untuk berhimpun dihadapan pejabat Utusan

Malaysia walaupun dikhabarkan bakal berhadapan dengan kumpulan daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Sayap pemuda PKR itu sebelum ini merancang perhimpunan 'Tolak Politik Fitnah Utusan Malaysia' Jumaat ini bagi membantah tindakan akhbar itu yang memainkan isu politik lucah, sensitif dan berbaur perkauman.

Namun kumpulan Perkasa dikatakan tidak berdiam diri dan turut merancang mengadakan perhimpunan pada hari yang sama untuk mempertahankan Utusan daripada 'diserang' AMK.

Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan bagaimanapun berkata pihaknya akan tetap meneruskan rancangan mereka, malah tidak gentar sekiranya Perkasa ingin datang berhimpun membela Utusan.

Namun katanya itu hanya satu perhimpunan 'aman' menghantar memorandum kepada Ketua Pengarang Utusan dan bukannya mahu membuat kecoh.

"Kami hanya datang sebagai simbol protes terhadap media yang disalahgunakan pemimpin Umno untuk kepentingan agenda mereka sendiri," katanya kepada pemberita diluar perkarangan Balai Polis Wangsa Maju di sini hari ini.

Selain itu, Rozan berkata semasa himpunan itu nanti pihaknya juga akan mengedarkan akhbar Suara Keadilan kepada kakitangan Utusan.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan kepastian sama ada mahu mengadakan himpunan pada Jumaat ini atas alasan ada demonstrasi anti-Lynas anjuran Pakatan Rakyat (PR) pada hari yang sama.

"Kita akan maklumkan kemudian, tetapi rancangan perhimpunan depan Utusan tetap akan ada," katanya.

Katanya himpunan itu nanti bukanlah yang terakhir kerana akan ada usaha untuk menghantar memorandum secara berterusan ke pejabat Utusan di Jalan Chan Sow Lin.

"Kita akan buat beberapa himpunan susulan sehinggalah mereka tunduk dengan pemerintahan rakyat yang mahukan kebebasan media," katanya.

Polis panggil beri keterangan

Sementara itu, Timbalan Ketua AMK Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan Ketua AMK Wilayah Persekutuan Mohd Hamdi Mohd Said dipanggil polis memberi keterangan di Balai Polis Wangsa Maju nberhubung kekecohan yang berlaku di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul 29 April lalu.

Mereka antara kumpulan AMK yang hadir di masjid itu semasa upacara sumpah laknat oleh Datuk Shazryl Eskay Abdullah, salah seorang trio 'Datuk T' yang bertanggungjawab ke atas penayangan satu video lucah.

Khairul Anuar berkata, mereka disoal siasat kira-kira dua jam oleh Pegawai Penyiasat Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul ASP Ramlan Mad Derus dibawah Akta 296 Kanun Keseksaan.

"Kami menjawab kesemua enam soalan berdasarkan hak undang-undang kami sebagai orang awam.

"Polis menjelaskan kepada kami mereka tak mempunyai agenda untuk mengenakan AMK tetapi hanya bertindak profesional," katanya.

Katanya, polis selepas ini akan turut memanggil Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Exco AMK Mat Zaman memberikan keterangan berhubung insiden yang sama.

Beliau berkata, polis memaklum setakat ini kira-kira 25 orang sudah pun dipanggil polis membantu siasatan insiden kekecohan tersebut.  - FMT

Terbukti Ibrahim Ali alat Umno

Posted: 18 May 2011 01:09 AM PDT

Terlepas tindakan undang-undang bukti Ibrahim Ali jadi alat Umno

KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Chua Tian Chang menyifatkan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali terlepas dari tindakan undang-undang kerana berperanan sebagai 'alat' untuk membawa agenda atau propaganda Umno.

Demikian beliau mengulas kenyataan Menteri Undang-Undang, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz yang menyatakan, tiada tindakan terhadap Ibrahim Ali walaupun mengeluarkan kata dua kepada "orang Kristian yang tidak mengenang budi".

"Ibrahim Ali sebenarnya alat kepada Umno walaupun beliau bukan ahli. Pemimpin Umno tidak akan mengambil apa-apa tindakan terhadap beliau. Ibrahim boleh cakap apa sahaja walaupun mampu menggugat ketenteraman awam," kata Tian Chua kepada KeadilanDaily.

Sebelum ini, Nazri memberi alasan rapuh dengan berkata, rakyat 'perlu hidup dan 'matang' dalam menangani watak seperti Ibrahim apabila menyalahkan platform sosial seperti twitter dan blog didakwanya turut menyiar kenyataan sensitif dan ia kononnya melangkaui keupayaan kerajaan untuk menghukum mereka.

"Di sini kita boleh lihat bagaimana berlaku double standard apabila Umno tetap mempertahankan Ibrahim Ali. Sekiranya orang lain terutamanya pihak pembangkang yang mengeluarkan kenyataan seperti itu, saya pasti tindakan tegas akan diambil.

"Media arus perdana pula tidak henti-henti memainkan isu-isu tersebut dan KDN pula akan membiarkan sahaja isu-isu panas dimainkan mereka," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Batu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=13598

TGNA : Kelantan bina stadium baru termasuk ruang solat

Posted: 18 May 2011 12:58 AM PDT

Kelantan bina stadium baru 40,000
Oleh Syed Mu'az Syed PutraMay 18, 2011

KUALA LUMPUR, 18 Mei — Kerajaan negeri Kelantan akan membina sebuah kompleks sukan yang turut memuatkan beberapa ruang solat bagi membolehkan penonton menunaikan tanggungawabjawab.

Menurut Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kompleks sukan itu akan dibina di Bukit Merbau, Pasir Putih.

Selain membina kompleks sukan yang akan memuatkan sebuah stadium utama, jelas Nik Aziz (gambar) ia turut memuatkan ruang solat di beberapa bahagian stadium bagi memastikan penonton tidak lupa tanggungjawab masing-masing.

The Malaysian Insider difahamkan ketika perlawanan bola sepak yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, rata-rata penonton yang menyaksikan perlawanan itu menunaikan solat di pekarangan stadium serta di tempat duduk penonton.

"Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanah air di mana kerajaan negeri Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini.

"Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, selain itu kita juga berhasrat agar stadium yang dibina turut memuatkan ruang solat di merata-rata bahagian bagi membolehkan penonton menunaikan solat dengan mudah dalam stadium," kata Nik Aziz dalam satu kenyataan.

Jelas Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS, pentadbiran negeri pimpinannya tidak akan melupakan tanggungjawab terhadap tuntutan agama dan berharap penonton juga sentiasa begitu.

"Ini bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang mahukan aktiviti sukan di negeri ini tidak berpisah dari roh membangun bersama Islam yang menjadi dasar pentadbiran kerajaan negeri," katanya.

Tambah beliau, reka bentuk kompleks sukan itu akan ditentukan oleh arkitek yang akan dilantik nanti.

"Reka bentuk secara terperinci terpulang kepada arkitek yang akan diberikan tanggungjawab ini nanti.

"Cadangan pembangunan stadium dan kompleks sukan ini terbuka kepada mana-mana pemaju menghantarkan cadangan atas tiga dasar iaitu bina, operasi dan pindah atau BOT.

"Saya berharap dengan pembinaan kompleks sukan ini nanti, aktiviti sukan di negeri ini dapat berdaya maju dengan lebih baik ke arah membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani insya-Allah," katanya. - The Malaysian Insider

Lagi ahli politik Australia gesa henti Lynas

Posted: 18 May 2011 12:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Australia Barat, Lynn MacLaren menggesa Parlimen Australia Barat menghentikan rancangan projek melibatkan proses nadir bumi yang menghasilkan thorium oleh syarikat Lynas di Malaysia.

Menurut Maclaren, pemprosesan nadir bumi itu sangat bahaya kerana bimbang memberikan impak kepada kesihatan dan keselamatan rakyat.

"Ini jauh lebih bahaya daripada mengangkut bijih besi yang diumumkan Menteri baru-baru ini sehingga memutuskan operasinya dibawa keluar daripada kota pelabuhan Australia.

"Berdasarkan cadangan awal, bahan yang mengandungi radioaktif, thorium akan dilakukan penghantarannya melalui Fremantle yang akan diproses di Malaysia.

"Sebuah panel pakar akan ditubuhkan di bawah Badan Tenaga Atom Antarabangsa bagi menyiasat projek Lynas di Malaysia kerana bimbang akan memberi kesan kepada kesihatan dan keselamatan akibat radiasi," kata Maclaren dalam kenyataannya semalam.

Kata beliau, Lynas dicadangkan untuk beroperasi di Mount Weld berdekatan Laverton, Australia untuk memproses nadir bumi yang menghasilkan sisa radioaktif berupa thorium.

"Lynas dicadangkan beroperasi di Mount Weld yang memproses bahan radioaktif mencecah 1500 juta perbahagian. Kandungan bahan tersebut kemudian akan dihantar ke Malaysia serta sisa thorium yang dihasilkan oleh nadir bumi juga akan dibuang di sana.

"Ini merupakan bahan eksport yang berbahaya di bawah radar kawalan persekitaran," katanya.

Sementara itu, jurucakap isu nuklear, Robin Chapple turut mengutuk rancangan Lynas untuk menghapuskan dan membuang bahan radioaktif di kawasan nelayan di Pahang.

"Saya terpanggil apabila melihat sekumpulan rakyat Malaysia dan beberapa akhbar negaranya yang tidak mahu melihat toksik Australia Barat dibuang di kawasan penempatan setempat. Ahli Parlimen Kuantan menyeru supaya torium tersebut dikembalikan kepada Australia.

"Saya bertemu dengan Lynas dan menunggu kelulusan penghantaran berdasarkan rancangan asal. Kerajaan Barnett pasti tidak mahu terlibat dengan penghantaran bahan radioaktif melalui Framantle kerana beliau berkali-kali menegaskan tidak mahu lihat bahan-bahan itu dieksport dari pelabuhan Australia Barat," kata Chapple.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh turut menyeru supaya sisa radioaktif, thorium daripada Lynas Corporation dikembalikan kepada negara asalnya kerana kerajaan Australia Barat, Norman Moore tidak menyokong import dan menyimpan sisa radioaktif ke negara lain.

"Saya berharap bahawa beliau tidak terlibat dalam pembuangan radioaktif di negara-negara lain. Kerajaan harus mengambil tindakan untuk memaksa Lynas supaya tidak ada sisa-sisa torium di Mount Weld ada di tempat kami," kata beliau.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=13587

Anwar akan terus ketuai Pembangkang walau dalam penjara : Guan Eng

Posted: 17 May 2011 11:03 PM PDT


Oleh Clara Chooi
May 18, 2011KUALA LUMPUR, 18 Mei —

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengesahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kekal sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen jikapun dipenjarakan atas tuduhan liwat kelak.

Lim berkata kepimpinan Pakatan Rakyat bersetuju agar Anwar terus memegang jawatan itu "selagi beliau masih Ahli Parlimen" dan sehingga tiada lagi ruang penyelesaian dari segi undang-undang.

"Selagi beliau (Anwar) masih Ahli Parlimen, beliau tidak akan digantikan," katanya kepada wartawan selepas melancarkan Festival George Town 2011 di sini.

Lim  menegaskan walaupun Anwar dipenjarakan atas tuduhan liwat, Ketua Umum PKR itu masih mempunyai peluang untuk mengemukakan rayuan.

"Beliau tidak hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen hanya kerana beliau dipenjarakan. Sama seperti saya ketika saya dipenjarakan, saya masih Ahli Parlimen. Saya masih Ahli Parlimen sehingga rayuan saya diterima.

"Jadi jika anda akan dipenjarakan, anda boleh mengemukakan rayuan dan meminta agar diberi pengampunan. Saya telah menjadi Ahli Parlimen selama enam hingga sembilan bulan sehingga permohonan diberi pengampunan diterima," katanya.

Lim juga berkata perkara itu telah dipersetujui dalam kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

"Anda boleh mempercayai saya. Ia juga dari semua pemimpin Pakatan Rakyat... saya boleh umumkan... saya boleh katakan. Perkara lain saya tidak boleh," katanya.

Lim bagaimanapun menolak daripada menjawab sama ada Pakatan Rakyat mempunyai apa-apa rancangan andaikata Anwar gagal rayuan.

"Kami akan umumkan bila tiba masanya," katanya.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu menegaskan Pakatan Rakyat akan tetap bersama walaupun Anwar dipenjarakan.

"Kami tidak akan berpecah. Tidak kira sama ada ia positif atau negatif," katanya.

Apa sahaja khabar angin mengenai perpecahan Pakatan Rakyat, kata Lim, ia akan dipromosikan akhbar yang dimiliki Barisan Nasional (BN).

"Pakatan Rakyat teguh dan kami akan teruskan perjuangan untuk membawa perubahan Malaysia," katanya.