Khamis, 28 April 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Bukit Aman kena tipu dengan Eskay?

Posted: 28 Apr 2011 09:58 PM PDT

Akhirnya hampir kira-kira 95% video yang kononya merakamkan aksi seks Anwar Ibrahim tersebut telah disiarkan melalui beberapa akaun Youtube dan beberapa laman seumpamanya. Hasilnya saya dihubungi ramai teman-teman yang sebelum ini jujurnya ada yang ragu-ragu tetapi kini menjadi yakin setelah melihat beberapa siri video yang disebutkan.

Sebelum ini sememangnya video tersebut disiarkan bahagian - bahagian tertentu yang betul-betul seiras Anwar untuk menyakinkan rakyat. Nampaknya strategi kumpulan ini menyiarkan secara penuh akan memakan diri, mungkin sedar dengan impak kepercayaan rakyat maka kumpulan ini menarik segera video penuh yang disiarkan secara bersiri dalam beberapa file yang dimuat naik hanya beberapa jam selepas dimuat naik.

Siapa siarkan video tersebut ?

Tiba - tiba polis cekap Malaysia dan SKMM menjadi 'mandul' tidak berupaya, selalunya mereka ini amat cekap sehingga yang berselindung pun dapat dirungkai. Oh...itu hanya kalau ada blog atau posting yang menyerang regim rupanya...kalau posting itu beri kelebihan pada regim ia ada potensi terlepas.

Video tersebut tidak dimiliki oleh orang lain, merujuk kepada pemilik dan pencipta video tersebut. Hanya dua pihak yang ada sama ada Eskay atau Bukit Aman. Maknanya adakah Bukit Aman ditembusi oleh orang ramai dan video tersebut dicuri atau Bukit Aman sendiri terlibat menyiarkan video tersebut ? atau Eskay mempermainkan Bukit Aman atau Eskay dan Bukit Aman memang berpakat dan hanya mengikut skrip yang telah disediakan...

Eskay a.k.a Dato Trio akan didakwa ?

Banyak pihak desak Eskay untuk didakwa dan ditahan, menurut mereka ini semua lakonan dan kerana itu Eskay bebas. Oh..maknanya kalau Eskay ditahan ini bukan lakonan ?

Jangan terlalu positif, Eskay akan didakwa juga demi menyakinkan rakyat dengan skrip mereka. Ingat kes bunuh Altantuya dua orang anggota polis dijatuhkan hukuman bersalah sebagai kambing hitam dengan satu sabitan kejadian bunuh tanpa motif.

Sebelum didakwa Eskay ditugaskan untuk menarik semaksimum mungkin perhatian orang ramai. Dia akan bersumpah.... dan Eskay pula mewakili dua orang sekutunya yang lain. Rasanya ini kali pertama sumpah-sumpah boleh wakil.

Ramai yang kemudian mencabar supaya Rahim turut bersumpah, malah ada yang cabar Najib supaya bersumpah perihal kes Altantuya dan Port Dickson. Dalam hal ini juga kita jangan terlalu positif, jangan terperangkap. Kita mencipta persepsi rakyat kalau sumpah itu betullah... Kalau Najib sumpah maka betullah ?

Puak - puak ni jangan ambil kira sangat mereka akan lakukan apa jua termasuk bersumpah, lebih lebih lagi melihat Saiful Bukhari masih selamat selepas bersumpah laknat.

Tahun 1998, Anwar juga bersumpah dengan nama Allah di Batu Pahat. Namun lepas beberapa hari bersumpah dia ditahan dan dipukul hampir mati. Fitnah tetap dilengkapkan skripnya.

Dalam Islam tidak ada sumpah laknat yang ada ialah sumpah mubahalah. Ini disebut dalam sirah apabila Rasulullah menangani pertikaian yang dimunculkan oleh delegasi Nasrani dari Najran.

Dengan merujuk kepada hadis-hadis yang mengkhabarkan peristiwa mubahalah yang dilakukan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, dapat dirumuskan beberapa syarat sumpah mubahalah:

Ia sebagai alternatif terakhir setelah semua alternatif lain dilaksanakan bagi meleraikan pertikaian.
Masing-masing pihak membawa bersama ahli keluarganya yang terdekat.
Masing-masing pihak bersama ahli keluarga terdekat hadir secara berhadapan.
Masing-masing pihak bersumpah, umpama: "Demi Allah! Aku bersumpah aku tidak bersalah dalam tuduhan ini. Ya Allah! Yang menuduh telah berdusta dalam membuat tuduhan, maka jatuhkanlah laknat-Mu ke atas penuduh dan ahli keluarganya." Pihak kedua pula bersumpah, umpama: "Demi Allah! Aku tidak berdusta dalam membuat tuduhan ini. Ya Allah! Yang tertuduh telah berdusta dalam menafikan tuduhan, maka jatuhkanlah laknat-Mu ke atas tertuduh dan ahli keluarganya."
Lazimnya apabila masing-masing pihak hadir bersama ahli keluarga terdekat secara berhadapan, sumpah mubahalah tidak akan berlaku. Pihak yang membuat tuduhan palsu akan menarik diri. Bahkan dia mungkin tidak akan hadir atau tidak akan membawa ahli keluarganya. Ini sebagaimana yang berlaku kepada delegasi Najran itu sendiri. Hadis berikut menjadi rujukan:

عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ: جَاءَ الْعَاقِبُ وَالسَّيِّدُ صَاحِبَا نَجْرَانَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُرِيدَانِ أَنْ يُلاَعِنَاهُ. قَالَ: فَقَالَ أَحَدُهُمَا لِصَاحِبِهِ لاَ تَفْعَلْ فَوَاللَّهِ لَئِنْ كَانَ نَبِيًّا فَلاَعَنَّا لاَ نُفْلِحُ نَحْنُ وَلاَ عَقِبُنَا مِنْ بَعْدِنَا, قَالاَ إِنَّا نُعْطِيكَ مَا سَأَلْتَنَا وَابْعَثْ مَعَنَا رَجُلاً أَمِينًا وَلاَ تَبْعَثْ مَعَنَا إِلاَّ أَمِينًا. فَقَالَ: لأَبْعَثَنَّ مَعَكُمْ رَجُلاً أَمِينًا حَقَّ أَمِينٍ. فَاسْتَشْرَفَ لَهُ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. فَقَالَ: قُمْ يَا أَبَا عُبَيْدَةَ بْنَ الْجَرَّاحِ. فَلَمَّا قَامَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: هَذَا أَمِينُ هَذِهِ الأُمَّةِ.

Daripada Huzaifah (radhiallahu 'anh), dia berkata: al-Aqib dan al-Sayyid, ketua delagasi Najran datang kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam untuk saling melaknat (Mubahalah).

(Huzaifah menyambung): Lalu berkata salah seorang daripada mereka kepada sahabatnya: "Janganlah berbuat demikian kerana Demi Allah, jika benar dia (Muhammad) seorang Nabi lalu kita melaknat dia pasti kita dan generasi sesudah kita tidak akan mencapai kejayaan."

Lalu akhirnya mereka berdua berkata: "Kami akan memberikan apa yang kamu minta (sebagai perjanjian damai) dan utuskanlah kepada kalangan kami seorang yang amanah, tidak sebarangan orang kecuali yang amanah." Rasulullah menjawab: "Aku akan mengutus bersama kalian seorang yang amanah, benar-benar amanah."

Setelah itu maka setiap seorang daripada para sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sangat-sangat berharap agar merekalah yang terpilih sebagai utusan yang amanah tersebut. Lalu Rasulullah bersabda: "Bangunlah wahai Abu 'Ubaidah bin al-Jarrah." Tatkala (Abu 'Ubaidah) berdiri Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Inilah orang amanah umat ini."

Di zaman moden ini juga ada ulama yang membolehkan sumpah muhabalah namun ia masih memegang prinsip hanya dilakukan setelah semua proses perundangan yang berlandaskan Islam dilalui baru sumpah muhabalah ini perlu dilafazkan dihadapan hakim mahkamah syariah. Bukan sumpah dulu baru bicara.

Persoalanya mudah Anwar Ibrahim sudah membuka fail aduan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, maka harus diadakan perbicaraan dalam mahkamah syariah. Kenapa takut membawa kes ini ke mahkamah syariah.

Namun kini masyarakat sakit kerana diberikan persepsi yang salah mengenai sumpah. Sumpah sudah menjadi seperti kenyataan media berbalas-balas dalam media bersumpah. - chegu bard

Media lucah: Apa peranan KDN?

Posted: 28 Apr 2011 07:44 PM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 29 April: PAS kesal terhadap media perdana yang dikuasai oleh Umno BN yang tidak beretika dan bermoral kerana menyiarkan gambar lucah di dalam akhbar mereka.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, ini satu tindakan yang tidak bermoral dan melanggar etika kewartawanan dan tatasusila agama demi mencapai cita-cita politik mereka.

Pada mereka, katanya soal moral dan etika tidak diperhitungkan lagi.

"Apakah negara kita sudah hilang nilai-nilai ketimuran sehingga sanggup mengaibkan individu yang belum lagi dibuktikan kesalahannya?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, sudah dua kali media perdana menyiarkan gambar lucah berhubung dengan video seks yang dituduh pelakunya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"PAS ingin mengingatkan kerja ini ialah kerja yang menempah dosa dan akan mendapat pembalasan daripada Allah," tegasnya.

Katanya, sejak mutakhir ini media perdana tidak lagi segan silu untuk menyiarkan berita yang tidak layak disiarkan lebih-lebih lagi keputusan belum lagi diputuskan oleh mahkamah.

Begitu juga, ujarnya berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian bertajuk "Lelaki Y ialah Anwar".

Ini, katanya merujuk kepada kes yang sedang dibicarakan mengenai kes liwat Anwar sedangkan lelaki Y yang dilaporkan ialah hujah pendakwa, yang belum lagi ditentukan kesahihannya.

"Kenapa hujah balas pembela tidak disiarkan sama di tajuk muka depan?" tanya beliau lagi.

Ini, katanya sudah tentu ada agenda jahat yang tersirat.

PAS, tambahnya hairan ke mana pergi peranan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang hanya pandai memantau penerbitan Pakatan Rakyat sahaja.

"Apakah semua laporan yang disiarkan mengenai pemimpin Pakatan Rakyat walaupun fitnah dan menyalahi akta penerbitan dan mesin cetak tidak boleh diambil tindakan.

"Apakah akta ini hanya untuk menjaga parti Umno BN sahaja?" soalnya lagi.

Dedah Video Seks tanpa edit langkah terdesak

Posted: 28 Apr 2011 06:06 PM PDT

oleh : Pemuda Sarawak

Nampaknya, perancangan yang rapi terus dibuat oleh musuh-musuh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Skrip diatur dengan baik untuk menggambarkan beliau adalah pelakon lelaki dalam video seks yang telah didedahkan itu. Mungkin benar apa yang diperkatakan oleh Anwar sendiri bahawa pihak polis mengatur perjalanan konspirasi ini dan melindungi dalang yang terlibat. Bukti jelas, bagaimana video terbabit boleh terus tersebar dalam laman Youtube sedangkan video tulen yang asal satu-satunya ada dalam simpanan polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Ia diserahkan oleh "Trio Datuk T" semasa mereka disiasat oleh pihak polis tentang kes ini.

Anehnya, bagaimana video yang dalam simpanan itu boleh terus tersebar. Malah, ia dibongkar pula oleh blogger-blogger UMNO seperti papagomo dan yang lainnya. Bukankah ini menunjukkan pihak polis telah berpakat dengan blogger terbabit untuk membenarkan mereka menaik turun video tersebut di laman Youtube mengikut arahan yang telah ditetapkan. Lantaran itu kita tidak hairan, ketika video pertama didedahkan dulu pemilik akaun Youtube terbabit didaftar di Thailand kemudian terbaru dua hari lepas (27 April) dalam versi yang kedua pula pemilik didaftarkan di Indonesia.

Pihak polis sebelum ini mengesahkan mereka akan menyiasat siapakah dalang yang menyebarkan video itu di Youtube. Tapi, apakah rakyat boleh percaya? Bayangkan Datuk Eskay begitu baik menyerahkan DNA di Bukit Aman dua hari lalu. Beliau hadir ke situ pada jam 10.00 pagi dan keluar sekitar jam 1.30 petang. Anehnya video siri kedua adengan seks tersebut, tiba-tiba boleh keluar di laman Youtube pada jam 1.30 petang hari yang sama. Ini jelas sesuatu yang memusykilkan sebenarnya.

Aneh, Video Tulen Pada Polis Keluar Ke Youtube

Paling menakjubkan apabila paparan video pada versi pertama kedua dan ketiga (penuh) jelas menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena. Bayangkan pada versi pertama dulu ada kelihatan paparan tulisan Thailand pada skrin dan video itu tidak mempunyai paparan durasi masa. Tetapi pada versi kedua, tulisan Thailand sudah hilang pada skrin dan tiba-tiba wujud pula paparan durasi masa pada video tersebut.

Lebih mengejutkan pada paparan terbaru semalam (28 April) tulisan Thailand sudah tiada semula dan begitu juga paparan masa sudah tidak terdapat lagi pada video berkenaan. Bukankah ini sesuatu yang tidak wajar berlaku. Tambahan pula pihak polis awal-awal lagi sudah mengesahkan video itu adalah "tulen". Bukankah ini menguatkan lagi hujjah kita sememangnya ia adalah perancangan yang dibuat antara Trio Datuk T, pihak polis dan blogger UMNO sebenarnya. Mereka juga boleh mendaftar satu akaun Youtube sementara untuk mengelirukan kita semua.

Mengejutkan, video seks tulen yang berbeza-beza pada pendedahannya

Bayangkan pemilik akaun Youtube hanya berdaftar sehari sebelum video dipaparkan. Kemudiannya selepas pihak media arus perdana seperti TV3 menyiarkan sedutan paparan video tersebut, tiba-tiba video itu dikeluarkan dari paparan Youtube terbabit. Bukankah ini satu perancangan yang dibuat, kononnya bagi menyukarkan pihak polis untuk menjalankan siasatan. Walhal, kemungkinan besar ia adalah sandiwara yang telah dirancang oleh mereka bagi menguatkan lagi konspirasi ini.

Video Tanpa Edit Untuk Bantu Sumpah Si Eskay

Tidak mengejutkan apabila rakaman video seks yang tidak diedit menggambarkan lelaki mirip Anwar dimuat naik di Youtube semalam (28 April). Ia jelas merupakan satu langkah yang dilihat sebagai usaha mengenakan tekanan ke atas beliau yang sejak sebulan lalu menafikan beliau sebagai si pelaku dalam aksi seks terbabit. Rakaman video itu dibahagi kepada empat segmen dan berlarutan kira-kira empat minit dan 28 saat. Dalam video itu, seorang wanita pada awalnya dilihat mengadakan seks oral dengan seorang lelaki mirip Anwar. Kedua-dua mereka kelihatan mengadakan hubungan seks kira-kira lima minit.

Rakaman tidak diedit ini yang disebarkan semalam termasuk sedutan klip yang telah pun dimuat naik dua lali termasuk yang terbaru dua hari lalu. Video seks 21 minit itu buat kali pertama dipertontonkan kepada wakil media terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu oleh "Datuk T". Tindakan muat naik ini merupakan perkembangan terbaru hari ini selepas petang semalam ahli perniagaan Datuk Eskay yang merupakan salah seorang "Datuk T" mengumumkan bahawa beliau akan melakukan sumpah laknat selepas solat Jumaat hari ini. Biar pun Datuk Eskay mempelawa Anwar turut sama melakukan sumpah laknat, namun mantan TPM itu menegaskan tidak akan menyahut cabaran tersebut kerana dia bukan lelaki dalam video itu.

[Walau apapun yang terjadi rakyat diminta bersabar dan melihat adengan ini dengan teliti. Satu persatu pendedahan yang dilakukan ini menyebabkan rakyat semakin benci kepada UMNO Barisan Nasional. Bukan persoalan siapa pelaku atau siapa melakukannya. Namun, mereka benci kerana pemimpin UMNO dan musuh Anwar sanggup menggunakan "politik lucah" demi untuk menjatuhkan imej dan maruah dirinya.

Mereka semakin takut dengan gelombang kebangkitan rakyat. Apa yang pasti, semua yang terjadi dalam kes ini jelas membuktikan ia adalah satu persediaan yang rapi untuk tetap menghantar Anwar kembali ke Penjara Sg.Buloh jika pun beliau dibebaskan dalam kes liwat Saiful pada 16 Mei ini. Itulah hakikat sebenarnya yang merupakan kenyataan apa yang terjadi ini. Oleh itu, rakyat diminta bersiap sedia untuk melakukan perubahan dalam Pilihanraya Umum akan datang. Ternyata kerajaan UMNO BN sudah ketandusan idea untuk bermain dengan politik. Hingga mereka terpaksa melacurkan apa sahaja yang boleh, demi melempiaskan hawa nafsu dan dendam kesumat masing-masing.].

Saya tak akan tunduk serangan Umno-BN : DSAI

Posted: 28 Apr 2011 05:36 PM PDT

Oleh Shazwan Mustafa Kamal
April 29, 2011

KUALA LUMPUR, 29 April — Musuhnya boleh membawa seberapa banyak video seks atau tuduhan liwat, tetapi Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kesemuanya tidak akan memaksa beliau berundur daripada arena politik dan melepaskan tanggungjawabnya sebagai ketua Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, pemimpin berusia 63 tahun ini percaya serangan demi serangan yang dibawa Umno terhadap bekas timbalan perdana menteri itu jika dilayan bermakna beliau "tunduk" kepada perancangan berterusan parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Ketua Umum Pakatan Rakyat ini memberitahu The Malaysian Insider, meskipun perikatan tiga parti itu digantikan oleh seorang ketua yang baru, serangan oleh Umno-BN tidak akan dihentikan.

"Dalam pemerintahan diktatorial yang tidak demokratik, mana-mana wajah pembangkang yang berwibawa akan diserang dengan teruk," katanya lagi.

"Anwar menjadi sasaran, tetapi jika Anwar meninggalkan pentas dan anda mendapat pemimpin baru, maka pemimpin ini akan diserang," kata beliau dalam temu bual ini yang diadakan kelmarin, sehari sebelum rakaman video seks yang didakwa mirip beliau dimuat naik di laman YouTube.

Dalam temu bual eksklusif ini, Anwar menjelaskan meskipun serangan yang dihadapinya itu sangat "melukai hati" diri beliau dan juga keluarganya, usaha-usaha untuk menamatkan kerjaya politik bukan sesuatu yang baru.

"Ia (satu perbuatan) menghina maruah," kata bapa kepada enam orang anak dan mempunyai dua cucu ini.

Bagaimanapun beliau menekankan, serangan-serangan itu memperkuatkan azamnya untuk terus menerajui Pakatan Rakyat.

"Jika saya berundur dan melepaskan (jawatan), ini bermakna kita tunduk kepada rekaan (politik) Umno... siapa yang patut menentukan sama ada saya patut berundur atau tidak? Parti-parti Pakatan Rakyat dan pengundi buat keputusan. Saya tidak akan tunduk kepada tekanan ini," kata Anwar.

Anwar dilihat sebagai pengikat kerjasama dan hubungn komponen Pakatan Rakyat iaitu PKR, PAS dan DAP, yang ditubuhkan pada 1 April 2008 selepas pilihan raya umum ke-12.

Beliau berhadapan dengan tuduhan liwat pertama pada 1998 dan yang kedua satu dekad kemudian, di mana sama ada Ketua Umum PKR ini akan dipanggil bela diri atau dibebaskan akan ditentukan 16 Mei ini.

"Saya terus diserang, sejak tuduhan pertama pada 1998... ramai tidak dapat membayangkan yang mereka (Umno-BN) (sanggup) mengambil tindakan macam ini, tetapi ia bukan tuduhan yang baru, bukan?" kata bekas timbalan presiden Umno ini.

Anwar berkata, tindakan-tindakan ini, yang beliau sifatkan sebagai terdesak, bertujuan menghentikan usahanya mahu mewujudkan sebuah kerajaan bebas rasuah.

"Sebagai contoh, sebuah pasukan pihak berkuasa berasuah yang cuba mencemarkan anda, menghentikan kempen anda menentang rasuah... adakah anda akan menyerah diri? Itu penekanan saya. Anda perlu ada iltizam dan semangat dalam apa yang anda lakukan," katanya lagi.

Sehari selepas temu bual ini, rakaman video seks yang tidak diedit menggambarkan Anwar dimuat naik di YouTube, langkah yang dilihat sebagai usaha mengenakan tekanan ke atas Ketua Pembangkang itu yang sejak sebulan lalu menafikan beliau sebagai si pelaku dalam aksi seks terbabit.

Rakaman video itu dibahagi kepada empat segmen dan berlarutan kira-kira empat minit dan 28 saat.

Video seks 21 minit itu buat kali pertama dipertontonkan kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara di sini, 21 Mac lalu oleh "Datuk T".

Anwar juga berkata beliau tidak mahu fokus perjalanan politiknya diganggu oleh penyebaran tuduhan video seks yang dipertontonkan pada 21 Mac lalu.

"Saya tidak mahu dialih pandangan dengan pendedahan video, ia didedahkan ketika dekat dengan pilihan raya Sarawak.

"Di Sarawak, saya berkempen selama 13 hari ketika serangan Umno begitu tinggi, menggunakan video... tetapi ia bukan pilihan untuk serah diri sekarang, bukan sekarang," kata Anwar lagi.

"Saya perlu teruskan (perjuangan)," katanya lagi.

Keluarganya menurut Anwar lagi, adalah sumber kekuatan beliau sepanjang berhadapan dengan waktu-waktu yang sukar dan mereka sentiasa menyokongnya dalam keputusan seharian sebagai ahli politik.

"Saya ada keluarga yang hebat dan saya harus ucapkan terima kasih kepada mereka," katanya lagi.

"Azizah, anak-anak saya... meskipun ketika saya menjadi timbalan perdana menteri, mereka bukan anak timbalan perdana menteri, mereka anak Anwar dan Azizah," kata beliau dengan senyuman. - TMI

DAP ingin mengambil alih negara?

Posted: 28 Apr 2011 04:55 PM PDT

DAP mahukan pemimpin Melayu yang berintergriti memimpin negara

Saya ditanya oleh beberapa orang adakah DAP benar-benar ingin mengambil alih negara ini dan pemimpinnya akan menjadi PM jika DAP berkuasa? Jawapan saya kepada soalan itu ialah; jika DAP berjaya menguasai Parlimen pemimpinnya akan menjadi PM dan mengetuai eksekutif negara.

Tetapi adakah itu akan terjadi? Jawapannya adalah TIDAK kerana DAP tidak pernah menurunkan jumlah calon yang cukup untuk mengambil alih negara jika semua calonnya menang di dalam pilihanraya umum. DAP memahami 'limitations' yang ada pada mereka.

Di Sarawak baru-baru ini, DAP hanya bertanding di 15 kerusi daripada jumlah 71 di dalam DUN Sarawak. Di Pulau Pinang sendiri DAP hanya bertanding di 19 kerusi sedangkan untuk mendapat majoriti yang 'simple' secara sendirian parti itu memerlukan 21 kerusi setidak-tidaknya. Tetapi DAP hanya menurunkan 19 calon dan memenangi kesemua kerusi yang ditandinginya.

Seperti juga MCA kehadirannya di dalam politik negara bukan untuk mengetuai kerajaan dan menjadi PM kepada negara ini. Di Perak, PAS hanya memenangi kerusi yang kecil bilangannya tetapi DAP yang telah memenangi kerusi yang banyak tidak mengambil kerusi MB kerana undang-undang tubuh negari itu hanya memperuntukkan jawatan MB itu untuk orang Melayu. Maka diberikan kerusi itu kepada Nizar Jamaludin daripada PAS.

Tetapi UMNO telah merampas kuasa melalui permainan politik kotor dan mengambil alih pentadbiran negeri Perak itu. Hanya UMNO sahaja memilih seorang MB yang tidak berapa Melayu sebagai MB negeri itu. Itu bukan salah DAP.

Dalam pilihanraya dahulu DAP telah bertanding kurang dari 50 kerusi Parlimen dan jumlah itu tidak sampai pun 25% daripada keseluruhan jumlah kerusi di Dewan Parlimen kita. Masing-masing bilanglah jumlah kerusi yang dipertandingkan oleh DAP di negeri-negeri lain. Jumlah calon mereka jika menang sekali pun tidak akan membolehkan DAP menjadi tunjang pemerintahan negara.

Hanya mereka bersatu dengan parti-parti yang mereka bersama di dalam 'coalition' alternatif untuk memerintah di Pulalu Pinang seperti juga yang berlaku semasa Gerakan memerintah dahulu. Bezanya dulu Gerakan yang didominasi oleh bangsa Cina dan sekarang diperintah oleh DAP parti 'multi-racial' yang didominasi oleh kaum Cina juga.

Persoalannya, apa yang menjadi masalah kepada orang Melayu di Pulau Pinang misalnya…atau kepada orang Melayu di seluruh negara? MCA tidak akan membolehkan bangsa Melayu untuk menjadi calonnya di dalam mana-mana pilihanraya sedangkan DAP boleh membenarkan calon daripada orang Melayu jika parti itu mahu menunjukkan dengan secara 'real' bahawa parti itu merupakan parti 'multi-racial'. Jika DAP meletakkan calon Melayu di setengah kawasan, maka parti itu wajar menjadi alternatif kepada MCA. Apa lagi yang orang Melayu hendak memberikan sokongan kepada MCA lagi sedangkan parti itu tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada BN?

Malahan MCA sudah menjadi beban yang berat untuk dikendung bersama. Calon-calon MCA terpaksa diletakkan di kawasan yang didominasi oleh orang Melayu untuk mendapatkan sedikit peluang untuk menang, sedangkan DAP merupakan parti yang 'reliable' yang boleh membawa sokongan orang Cina jika kita bekerjasama dengannya. Tidak bolehkah BN memikirkan hal ini?

Kenapa tidak diusahakan untuk bekerjasama? Mungkin DAP boleh memberi kerjasama dengan BN tetapi yang menjadi 'apprehension' kepada parti itu ialah samada mereka berkeyakinan dengan keseluruhan kepimpinan BN khususnya UMNO yang ada pada hari ini.

Itulah sebabnya jika pemimpin UMNO mampu untuk berkorban demi parti dan bangsanya maka kerjasama itu tidak mustahil boleh dilakukan. Apabila kerjasama itu mampu dilakukan maka kita akan kembali kepada zaman negara mula mencapai kemerdekaan dahulu. Parti Cina mengambil sokongan orang Cina, parti Melayu meraih sokongan orang Melayu dan India mengambil sokongan orang India. Itulah Perikatan dahulu.

Yang masih menjadi masalah ialah orang Melayu sahaja. Orang Cina sudah sepakat berteduh di bawah DAP, Orang India nampaknya sudah kembali bersatu di bawah MIC dengan kompromi yang sedang dilakukan oleh parti itu dengan menyatukan kembali semua ahli-ahlinya yang telah dipecat oleh Samy Vellu dahulu dengan ahli-ahli yang sedia ada.

Pendeknya, orang Cina telah mengambil sikap dan telah pun menunjukkan pendirian mereka. Orang India pula mengambil sikap untuk terus bersama MIC. Hanya orang Melayu sebenarnya yang belum bersatu dan saya merasakan orang Melayu sedang melakukan 'soul-searching' dan belum lagi menampakan 'urgency' untuk menentukan sikap mereka.

Orang Cina dan India sudah bersedia dan sudah pun menentukan sikap yang baik untuk mereka. Ini negara demokrasi. Orang Melayu sememangnya tunjang kepada politik negara. Tetapi orang Melayu harus menunjukan 'dispositon' sebagai peneraju kepada politik negara. Sebagai tunjang, pemimpin Melayu mesti menunjukkan kepimpinan bersih yang hakiki untuk mendapat penghormatan oleh bangsa lain yang kita pimpin sekali.

DAP tidak anti Melayu. Tetapi momokan media dengan parti-parti yang berkuasa telah membuat orang Melayu mempunyai perasaan takut kepada dominasi DAP di kalangan bangsa Cina. Maka yang menggunakan sentimen racist ini adalah UMNO dan ini hakikat. Takkanlah saya keliru kerana saya juga pernah bergiat aktif dalam UMNO dan itu perkara yang di antara sesama Melayu memahaminya.

Jika DAP menunjukkan kepada rakyat bahawa parti itu adalah parti untuk semua kaum maka DAP sepatutnya meletakkan beberapa calon Melayu dan jika ini dilakukan oleh DAP maka yang pasti akan terjadi parti itu akan mendapat sokongan dari sebahagian pengundi Melayu di dalam pilihanraya yang akan datang.

Saban hari rakyat bertambah terbuka dan berfikir dan tidak lagi menerima bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh media perdana dan aktivis pro BN yang giat melalui alam cyber dan sebagainya. Zaman berubah dan siasah pun berubah. Sedangkan sungai pun berubah apatah lagi pemikiran manusia yang begitu sophisticated pada hari ini.

Yang menjadi 'apprehension' yang terbesar bagi DAP untuk bekerjasama pada pendapat ramai yang saya bertanya ialah DAP tidak berkeyakinan bahawa kepimpinan hari ini boleh melaksanakan tugas kenegaraan dengan penuh tanggungjawab dan telus.

Maka itu masalah UMNO. Tidak tahulah kita samada parti ini boleh melakukan perubahan kerana ianya memerlukan pengorbanan barisan kepimpinan untuk mempastikan UMNO ini relevan lagi kepada keperluan dan kehendak ramai.

Tetapi mahu tidak mahu UMNO mesti berubah untuk tidak menjadi parti yang dipinggirkan oleh rakyat pada masa akan datang. Kehendak rakyat lagi berperanan daripada kehendak pemimpin, kerana tanpa rakyat tiadalah pemimpin. Persepsi buruk yang ada pada UMNO harus dikikis dan ianya hanya boleh dilakukan dengan pertukaran barisan kepimpinan - bujang susah

Senyuman pahit pada wajah Najib

Posted: 28 Apr 2011 07:30 AM PDT

Pada malam 8 Mac 2008, wartawan berkumpul di ibu pejabat UMNO dalam bangunan PWTC, menunggu sidang media yang akan dipanggil Pengerusi Barisan Nasional merangkap Presiden UMNO ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi, untuk mengumumkan kemenangan BN dalam PRU ke-12. Sidang media ditundakan, kononnya untuk menunggu detik saat BN mencecah majoriti dua pertiga, seperti biasa.

Saat-saat yang dinanti-nantikan itu tidak kesampaian. Sehingga awal pagi 9 Mac, setelah dikesahkan bahawa BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga, barulah sidang media diadakan untuk mengumumkan pembentukan kerajaan persekutuan dengan majoriti mudah. Abdullah Ahmad Badawi yang pernah dilambung dengan penguasaan 91% kerusi dalam parlimen, kini terjunam ke jurang dengan kehilangan 2/3 dan kuasa di lima negeri.

Untuk memenuhi permintaan media, yang mungkin telah menyediakan ruang di depan akhbar untuk gambar ini, kedua-dua pimpinan tertinggi UMNO-BN, Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak melambaikan tangan mereka ke arah jurugambar. Kedua-dua mereka terpaksa mengukir senyuman pada wajah - bezanya cuma manis atau pahit.

Penafian 2/3 jatuhkan Pak Lah

Belum sampai 12 jam, mantan PM Mahathir Mohamad memanggil sidang media di kediamannya untuk mendesak agar Abdullah meletak jawatan. Sambil berseloroh beliau menyindir, PM seharusnya "harakiri" (bunuh diri) untuk bertanggungjawab ke atas kegagalan sedemikian seandainya berlaku di Jepun. Apabila wartawan menyusul dengan lontaran soalan bahawa Mahathir tidak berbuat demikian ketika kekalahan UMNO-BN dalam PRU ke-10 pada tahun 1999, Mahathir membela diri dengan berkata, "majoriti 2/3 tidak dinafikan pada ketika itu..."

Di sini garisan dasar yang ditetapkan Mahathir (gambar kiri), dan mungkin kebanyakan anggota UMNO-BN. Abdullah tersungkur pada garisan ini, maka Najib yang mengambil alih tampuk pimpinan di sini, wajib bangkit dari garisan ini. Misi yang dipikul Najib adalah mengembalikan majoriti dua pertiga BN dalam Dewan Rakyat, sementara merampas kuasa kerajaan negeri di Selangor (jikapun gagal melakukannya di Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan).

Pendek kata, seandainya Najib gagal mencapai matlamat yang disasarkan itu, maka terbukti bahawa beliau gagal melakukan sesuatu yang lebih daripada Pak Lah. Lantas pengunduran Abdullah pada Mac 2009 tidak membawa apa-apa makna. Lantaran daripada itu, Najib terpaksa mengulangi nasib yang menimpa Pak Lah.

Najib dengan 1Malaysia-nya

Najib bermula dari gelanggang selepas dilanda tsunami politik. "1Malaysia" yang dilaungkan itu adalah reaksi terhadap ketidakpuasan masyarakat bukan Melayu. Padahal Najib bukanlah seorang tokoh yang terserlah dengan pegangan nilai yang tersendiri, sungguhpun beliau telah berkecimpung dalam politik sejak dirinya berusia 23 tahun. Malah beliau sendiri mengakui bahawa adalah penting untuk tidak berada di kem yang salah, atau menunggang kuda yang salah - ketika pemilihan dalam parti.

Dengan kata lain, keputusannya bukan berlandaskan prinsip pegangan mahupun idealisme, tetapi perhitungan kebarangkalian siapa yang bakal menang di penghujungnya. Sepanjang hayat politik Najib (gambar kanan), tiada "gagasan" yang memahat ingatan diketengahkan. Beliau pernah seketika mengutarakan konsep "Melayu GLOKAL" (GLObalisasi + loKAL) semasa Pak Lah berjinak-jinak dengan Islam Hadharinya, tetapi tidak diperkembangkan konsep ini apabila dirinya menyandang jawatan PM.

Jadi, bukan sesuatu yang menghairankan apabila laungan "1Malaysia" oleh Najib tidak disahut. Pertama, "1Malaysia" ini tidak disarat dengan intipati yang solid, kurang jelas - sehingga pentafsirannya berbeza-beza, malah saling bercanggah antara versi PERKASA, Utusan Malaysia, dengan MCA dan akhbar Cina. Sehingga kini Najib tidak memberi jawapan muktamad versi mana yang mendefinisikan gagasannya dengan tepat.

Keduanya, masyarakat bukan Melayu tidak lagi menerima sebulat-bulatnya konsep ini tanpa sebarang keraguan, setelah dikecewakan berkali-kali dengan pengalaman lalu. PM keempat Mahathir Mohamad tampil dengan slogan "Bersih, Cekap, Amanah", berakhir dengan korupsi, kronisme dan nepotisme. PM kelima Abdullah Badawi yang lembut orangnya, dengan slogan "Cemerlang, Gemilang, Terbilang" - berakhir dengan keris yang dihunus oleh Ketua Pemuda UMNO ketika itu, Hishamuddin Hussein.

Ketiganya, sebelum konsep ini diketengahkan, UMNO menyerang Pakatan Rakyat dengan retorik Ketuanan Melayu-nya, malah mengambil pendirian yang terlalu "ekstrem" ketika membincangkan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Masalahnya timbul apabila "1Malaysia" ini seolah-olah satu U-turn (corner baring) untuk UMNO. Najib akan menampar muka dirinya jika menjawab soalan sama ada "Ketuanan Melayu" mahupun "Ketuanan Rakyat" lebih sejajar dengan "1Malaysia"-nya; apatah lagi apabila Model Ekonomi Baru (NEM) pada peringkat awal mencadangkan pendekatan untuk mansuhkan kuota bumiputera.

Bukan sahaja 1Malaysia hilang tarikannya, malah terpalit pula dengan "faktor tolakannya". Sebelum ini, Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa kerajaan Najib menggunakan perkhidmatan APCO Worldwide, syarikat yang ada kaitan dengan regim Zionis; malah cuba mengaitkan antara slogan 1Malaysia dengan 1Israel. Kontrak bernilai RM77 juta kepada APCO ini telah mencetus kebencian di kalangan masyarakat Islam.

Mampu berkuasa dengan sokongan Melayu

Di sinilah dilema "1Malaysia". Ketidakpuasan masyarakat bukan Melayu, khususnya kaum Cina gagal diredakan dengan slogan ini, sebaliknya menimbulkan lebih masalah kepada UMNO ketika berdepan dengan masyarakat Melayu di kawasan desa. Najib semestinya menyedari masalah ini - siapakah pemimpin UMNO yang boleh mengolah konsep 1Malaysia dan NEM dengan baik, dan boleh memahamkan orang Melayu di kampung?

Dan di sini masalah Najib. Tiada perwakilan yang boleh membincangkan 1Malaysia dan NEM dengan baik, meyakinkan ahlinya dalam Perhimpunan Agung UMNO. Misalnya dalam Perhimpunan Agong UMNO pada Oktober 2010, perwakilan UMNO lebih berminat untuk membincangkan projek "Menara 100 tingkat" daripada transformasi ekonomi dan kerajaan. Perwakilan jelas lebih berminat dengan kontrak yang boleh diperolehi dari projek mega bernilai RM5 bilion ini, di samping retorik pembelaan maruah Melayu dengan cadangan lokasinya di Kampung Baru.

Mustahil Najib meraih undi Melayu di kampung dengan konsep 1Malaysia-nya. Daripada PRK yang berlangsung kebelakangan ini, penceramah yang ditampilkan di kampung Melayu adalah mereka yang keluar dari PKR, seperti Ezam Mohd Nor, digandingkan dengan Umi Halfida baru-baru ini, dengan temanya untuk memalit Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dengan skandal seks. Tiada kaitan antara 1Malaysia dengan undi Melayu di desa.

Masa yang tinggal untuk Najib semakin berkurangan. "Suasana PM baru" semakin jauh dari dirinya. Dengan keputusan PRK yang lepas, ditambah pula dengan PRN Sarawak 2011, UMNO sudah agak jelas dengan pola pengundian terkini. Sebagaimana yang dilihat, UMNO-BN mampu mengekalkan kuasa dengan paras sokongan Melayu yang sedia ada, walaupun kehilangan sokongan Cina. Persoalannya, adakah sokongan Melayu yang sedia ada membolehkan UMNO-BN untuk merampas majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat?

Maka tiba masa untuk Najib menentukan, sama ada menangguhkan PRU ke-13 ke tahun 2013, atau mengadakan PRU 13 secepat mungkin. Ini kerana terlalu banyak faktor pengubah, yang bakal mempengaruhi pola pengundian pada masa depan. UMNO-BN belum pasti dirinya meraih tahap sokongan Melayu yang sama seandainya PRU ke-13 ditunda ke tahun 2013.

Lebih-lebih lagi, suasana ekonomi yang tidak menentu pada masa depan. Jepun, rakan perdagangan yang rapat dengan Malaysia, ditimpa tsunami dan gempa bumi tidak lama sebelum ini - dan tidak diketahui sejauh mana kuasa ekonomi ini mampu pulih dan bangkit semula. Seandainya keadaan ekonomi merudum dalam masa setahun ini, maka segala-gala usaha Najib di bawah NEM akan ditenggelami.

Muhyiddin menunggu durian runtuh

Muhyiddin Yassin, sebagai orang kedua dalam kerajaan dan UMNO, sebenarnya berada pada keadaan yang lebih selesa. Najib, dengan segala kuasa yang ada dalam tangan, memikul tanggungjawab yang lebih besar pada masa yang sama. Silap satu langkah, maka Najib bakal diguling dari jawatan Perdana Menterinya.

Muhyiddin agak konsisten selepas menjadi Timbalan Presiden UMNO. Beliau secara terbuka mendakwa bahawa dirinya mendahulukan identiti Melayu-nya, daripada Malaysia-nya - satu pengakuan yang jelas bercanggah dengan konsep 1Malaysia. Baru-baru ini, beliau sekali lagi mempertahankan tulisan "Ayuh! Gerakkan segera 1Melayu 1Bumi" oleh Zaini Hassan dari Utusan Malaysia, selepas Najib mendakwa bahawa pandangan ini tidak mewakili kerajaan.

Muhyiddin (gambar kanan) mungkin berkongsi pandangan yang sama dengan Utusan Malaysia - teruskan sahaja dengan agenda Melayu, dan jangan lagi membuang masa untuk memikat undi Cina. Seandainya Najib tidak mengambil pendekatan sedemikian, maka beliau perlu bertanggungjawab jikalau keputusan PRU 13 menyaksikan UMNO kehilangan sokongan di kedua-dua pihak (Melayu dan bukan Melayu).

Sokongan Melayu yang sedia ada terhadap UMNO tidak menjamin majoriti dua pertiga untuk BN. Persoalannya, jikapun UMNO menang besar dalam PRU 13, tetapi apakah kedudukan Najib tetap kukuh, apabila kerajaan BN tidak mendapat sokongan daripada kaum kedua terbesarnya dalam negara? Dan apakah malam hari pengundian PRU ke-13 bakal menyaksikan ulang tayang adegan yang sama seperti awal pagi 9 Mac 2008, tetapi dengan senyuman pahit pada wajah Najib?

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia

SUARAM bantah penahanan Muhamad Arif di bawah Ordinan Darurat

Posted: 28 Apr 2011 07:17 AM PDT

MEMBANTAH PENAHANAN MUHAMAD ARIF BIN ABU SEMAH DIBAWAH SEKSYEN 3 (1) ORDINAN DARURAT (KETENTERAMAN AWAM PENCEGAHAN JENAYAH 1969) DAN MENUNTUT AGAR TAHANAN DIBERIKAN RUANG UNTUK MENDAPAT BANTUAN GUAMAN

Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan Lawyers for Liberty (LFL), serta anggota keluarga Muhamad Arif Bin Abu Semah (19 tahun) mengecam penangkapan dan penahanan terbaru di bawah Seksyen 3, Ordinan Darurat (Kenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 yang mana membenarkan penahanan tanpa bicara selam 60 hari. SUARAM &LFL mengecam penggunaan EO atau mana-mana undang-undang yang melanggar prinsip asas hak asasi manusia, keadilan dan piawaian antarabangsa berhubung hak asasi.

Pada hari ini SUARAM & LFL bersama dengan ahli keluarga dan pihak peguam ingin membawa perhatian media berkenaan beberapa pencabulan hak asasi yang berlaku dalam penahanan ini dan memohon perhatian segera dalam isu ini.

1.0 LATAR BELAKANG

1.1 Pada 8.03.2011, pada pukul 5 pagi Muhamd Arif telah ditangkap oleh beberapa anggota polis yang perkenalkan diri sebagai polis dari IPD Gombak. Muhamad Arif ditahan di rumah flat kos rendah, Selayang. Anggota Polis telah memasuki rumah dan membawa keluar Muhamad Arif tanpa sebarang pemberitahuan kepada pihak keluarga sebab penangkapan Muhamad Arif. Pada pukul 9.30 pagi- Muhamad Arif telah menghubungi abangnya Aswan untuk memberitahu bahawa beliau sihat dan memberitahu bahawa beliau tidak tahu di mana beliau berada pada ketika itu.

1.2 Pada tempoh masa tersebut Muhamad Arif telah diberitahu bahawa beliau telah ditahan kerana beliau terlibat dalam kecurian motor di kawasan sekitar.

1.3 Pada masa yang semasa tahanan reman, Muhamad Arif telah dibawah secara "tukar gari" atau "roadshow" ke balai polis yang berlainan. Beliau telah dibawa dari IPD Gombak ke IPD Kepong, kemudian ke IPD Jinjang, Pusat tahanan reman Bukit Jalil dan kemudian dihantar ke Balai polis Rawang.

1.4 Pada 19 Mac 2011, pada hari yang ke-11 Arif ditahan, Muhamad Arif telah menghubungi keluarga dan memberitahu bahawa beliau telah ditahan lanjut di bawah Seksyesn 3(1) Ordinan Darurat dan akan ditahana selama 60 hari. Pada hari yang sama keluarga telah berjumpa dengan Inspektor Fadhil (012 3301110) dari IPD Gombak untuk mendapatkan sebab penahanan Muhamad Arif dibawah EO. Namun, menurut Ins. Fadhil, Muhamad Arif ditahan kerana terlibat dalam kegiatan mencuri motorsikal.

1.5 Pada 21 Mac 2011, Keluarga telah berjumpa dengan Muhamad Arif. Arif memberitahu keluarga bahawa beliau ditahan bersama dengan 6 orang lagi pada hari yang sama. Arif juga memberitahu bahawa beliau tidak bersalah namun akibat pihak polis memaksa maka, Arif telah mengaku tuduhan ke atasnya secara paksaan. Keluarga merasakan Arif berada dalam keadaan yang ketakutan dan asyik melihat pegawai polis sebelum memberitahu sesuatu kepada pihak polis. Ini telah menimbulkan kesangsian kepada ibu bapa. Maka, ibu bapa Arif bertanya berkali-kali, adakah pihak Polis telah memukulnya. Arif telah mengaku bahawa memang beliau telah dipukul dan diseksa dengan teruk. Beliau mengaku bahawa beliau telah dipukul oleh polis di bahagian kakinya dengan menggunakan kayu yang panjang dan wayar. Menurut Arif, walaupun beliau telah meminta untuk bantuan perubatan kerana kesakitan di bahagian kaki namun, permintaan beliau diendahkan sehingga hari ini.

2.0 PENCABULAN YANG BERLAKU

1. PENYEKSAAN DAN PEMAKSAAN UNTUK MENGAKU
2. RASUAH DAN PERAS UGUT
3. TUKAR GARI/ ROADSHOW
4. PENAHANAN TANPA BICARA

a. PENYEKSAAN DAN PAKSAAN UNTUK MENGAKU
Muhamad Arif yang merupakan seorang pembantu di sebuah syarikat di Segambut. Penyeksaan yang berlaku ke atas beliau semasa penangkapan adalah satu pencabulan hak asasi yang serius dan polis sekali lagi manyalahgunakan kuasa mereka dan melakukan pencabulan hak asasi yang teruk. Muhamad Arif dipukul di bahagian kaki dengan menggunakan, kayu dan wayar. Ini adalah satu pencabulan manusia yang amat teruk. Menurut piagam Antarabangsa sebarang tahanan tidak kira penjara ataupun masih berada dibawah jagaan polis harus dilayan sebagai manusia dan mereka tidak boleh didedahkan kepada sebarang keadaan yang boleh membawa penyeksaan atau torture. Kami dari SUARAM dan LFL melihat isu penyeksaan keatas tahanan khususnya tahanan yang ditahan di bawah Penahanan tanpa bicara ini adalah satu pencabulan dan penyalahgunaan kuasa yang amat teruk.

Paksaan untuk mengaku keatas satu tuduhan yang tidak berasas ini menimbulkan persoalan bahawa adakah pihak polis cuba menggunakan satu cara yang short cut di mana menahan budak-budak remaja untuk menutup kes yang kerana polis tidak mampu untuk mencari pencuri yang sebenar? Adakah Muhamad Arif dan mangsa-mangsa yang lain ini menjadi mangsa keadaan polis akibat kegagalan polis untuk mencari pesalah yang sebenar? Sekiranya pihak polis mempunyai bukti yang kukuh keatas Muhamad Arif dan yang lain mengapa mereka tidak dibawa ke Mahkamah untuk perbicaraan? Mengapa mereka dipaksa untuk mengaku satu kesalahan yang tidak dibuat?

Maka, ini jelas menunjukkan bahawa pihak polis memang mencari jalan pintas untuk mencari pesalah sebenar dan mereka tidak melakukan penyiasatan yang sebenar sebelum melakukan sebarang kesalahan.

B. RASUAH DAN PERAS UGUT
Keluarga Arif juga telah menerima satu panggilan telefon daripada seorang pegawai polis yang tidak tahu nama dan pangkat serta balai mana, telah memberitahu bahawa sekiranya ahli keluarga Muhamad Arif mahukan Arif bebas maka mereka harus memberikan wang sebanyak RM 15,000 kepada pihak polis.

Kami SUARAM dan LFL memandang amat serius terhadap perbuatan pegawai polis yang tidak bertanggungjawab ini yang menggunakan ugutan serta meminta wang sebanyak RM 15000 adalah rasuah dan ianya satu kesalahan yang amat berat. Malah, perbuatan polis untuk melakukan ugutan dan meminta rasuah adalah menjadi sesuatu yang amat biasa dalam sebarang penahanan tanpa bicara. Ini dengan jelas menunjukkan penahanan Muhamad Arif adalah malafide dan ianya bermotifkan jahat!

C. TUKAR GARI/ROADSHOW
Mengikut Muhamad Arif sebelum beliau dikenakan EO, beliau telah dibawa secara tukar gari ke beberapa balai polis. Beliau telah dibawa dari IPD Gombak ke IPD Kepong, kemudian ke IPD Jinjang, Pusat tahanan reman Bukit Jalil dan kemudian dihantar ke Balai polis Rawang. Proses tukar gari atau roadshow yang dilakukan oleh pihak polistelah menjadi satu lagi amalan yang semakin digunakan oleh polis kononya.

Di bawah Akta Kanun Tatacara Jenayah (Criminal Procedure Code). Di Malaysia CPC memperuntukkan beberapa perlindungan kepada tahanan di bawah penahanan tanpa bicara apabila pihak polis dikehendaki membawa suspek yang ditahan tanpa surat perintah kehadapan majisteret dalam tempoh 24 JAM. Jika polis tidak dapat menyelesaikan penyiasatan dalam tempoh 24 jam maka mereka harus memohon untuk perintah reman yang lebih lama.

Namun kebanyakan masa, sebagai cara untuk mendapatkan tempoh reman yang lebih lama, maka polis akan membawa tahanan ke hadapan Majistret-majistret yang berbeza untuk melanjutkan permohonan reman kononya untuk melakukan penyiasatan yang terperinci. Taktik ini kemudian diulang beberapa kali. Tukar Gari atau Roadshow ini oleh polis untuk meneruskan penyiasatan ke atas tahanan dengan melebihi tempoh tahanan reman.

Tukar Gari ini sering dikaitkan dengan EO. Ini adalah kerana apabila polis gagal untuk kemukakan bukti ke atas tahanan selepas beberapa pusingan reman, maka mereka seringkali menggunakan EO untuk menahan tahanan selama 60 hari kononnya untuk melakukan penyiasatan yang menyeluruh.

Malah, SUHAKAM juga mengesyorkan bahawa bahagian 117 daripada CPC harus mengikut proses yang betul dimana sekiranya pihak polis gagal mendapatkan sebarang bukti terhadap suspek dalam masa 24 Jam, maka barulah proses reman boleh digunakan, itupun sekiranya pihak polis mempunyai ground yang kukuh untuk menahan seseorang.

C. PENAHANAN TANPA BICARA
Isu utama dalam undang-undang pencegahan ini adalah Penahanan Tanpa bicara. Menahan seseorang individu ataupun manusia dibawah akta-akta yang tidak memberikan peluang untuk mendapatkan perbicaraan dan proses bela diri di mahkamah adalah sesuatu yang menyalahi undang-undang Hak asasi Antarabangsa dan Hak asasi seorang manusia yang fundamental seperti yang termaktub dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948; Fasal 9,10,11 dan 13 Konvenan Antarabangsa Hak Sivil dan Politik 1966 Fasal 9 dan 12, Piagam Hak Asasi Manusia Malaysia Fasal 12 dan Perlembagaan Malaysia Fasal 5.

Tiada seorang pun bersalah sehingga dibuktikan di mahkamah adalah asas utama dalam persoalan penahanan tanpa bicara. Sekiranya ianya tidak dihormati dan dengan adanya kuasa yang berlebihan di tangan kerajaan dan polis maka, undang-undang seperti ini sering digunakan untuk mempertahankan kedudukan pihak kerajaan dan polis yang seringkali gagal untuk membuktikan sebarang individu yang ditahan di bawah akta-akta ini.

Amatlah memalukan bahawa kerajaan mengamalkan "double standards" dalam isu berhubung ISA, EO dan LLPK. Di satu pihak, rancangan untuk mengkaji semula akta-akta ini dan penahanan terbaru secara sembunyi tanpa sebarang pengumuman dibuat adalah sesuatu yang kontradik. Ini lebih kepada Retorik daripada praktikal. Amalan kerahsiaan dan tidak bermaruah yang menyelubungi Akta-akta penahanan tanpa bicara ini jelas bercanggah dengan prinsip keadilan, kebenaran dan ketelusan. Ianya sekali lagi menggambarkan citra sebenar Akta-akta ini yang sangat arbitrari dan tiada kena mengena dengan keselamatan negara.

Kami menuntut:

1. Pihak polis dan KDN untuk membebaskan Muhamad Arif bin Abu Semah dengan segera atau bicarakan di mahkamah keadilan.
2. Muhamad Arif harus diberikan bantuan perubatan dengan segera
3. Muhamad Arif dan keluarga harus diberikan hak untuk mendapatkan dan menemui peguam dengan segera.
4. Akhirnya, sebarang undang tanpa bicara seperti EO, ISA dan LLPK/DDA (1985) harus dimansuhkan dengan serta merta!

*Kenyataan media oleh SUARAM dan Lawyers for Liberty (LFL).

- Merdeka Review

Budak 11 tahun dan 'girlfriend' 12 tahun ditangkap curi motorsikal .... hebat budak ni

Posted: 28 Apr 2011 06:57 AM PDT

BALIK PULAU: An eleven-year-old boy and his 12-year-old girlfriend were detained by the police for investigations into several cases of motorcycle theft reported in Teluk Kumbar since a month ago.

South West district police chief DSP Lai Far Hin said the two youngsters were detained yesterday afternoon while they were riding a motorcycle, which had been reported stolen last Tuesday, at a flat area in Teluk Kumbar.

Following questioning, police were led to a bush area near their homes where three motorcycles were found.

Lai said the two youngsters were believed to have hidden the motorcycles after the machine ran out of fuel. The children have been released on police bail, he added.

In another development, police detained three men who were believed to have broken into an office and stole 23 laptops, worth RM35,000, at Krsytal Point, Bayan Baru here last Monday.

Lai said the three suspects, aged between 23 and 30, were arrested about 2am at their respective houses.
"After a search at one of the houses, police recovered 11 laptops of various brands and house breaking tools," he added - malay mail

Muatnaik video seks 2 di YouTube - Polis cari individu bertanggungjawab : Timb KPN

Posted: 28 Apr 2011 01:45 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis telah melancarkan siasatan bagi mengesan individu yang memuat naik sebahagian lagi rakaman klip video hitam putih aksi seks melibatkan individu mirip pemimpin pembangkang pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata siasatan polis mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 telah dimulakan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak lama selepas berita mengenai klip video aksi seks itu tersebar di internet.

"Sehingga kini kita masih belum kenal pasti identiti mereka yang memuat naik klip itu," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini Khamis.

Ditanya sama ada polis telah menerima laporan berhubung penyiaran klip terbaru itu, Khalid berkata walaupun sehingga kini tiada laporan polis dibuat mengenainya tetapi polis masih boleh menjalankan siasatan.
"Tidak semestinya laporan perlu dibuat. Siasatan masih akan dijalankan. Perkara yang paling penting adalah mencari siapa yang bertanggungjawabdalam hal ini," katanya.

Semalam heboh diperkatakan mengenai penyiaran sebahagian lagi rakaman video seks dengan durasi 47 saat yang dikatakan melibatkan individu mirip pemimpin pembangkang yang telah dimuat naik di internet antaranya di laman web perkongsian video disukai ramai YouTube and beberapa blog.

Pada 4 April lepas, satu klip video berdurasi yang sama juga dipercayai melibatkan individu yang sama tersebar luas di internet.

Khalid ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan klip video pertama itu, berkata pihak pendakwaan telah meminta pegawai penyiasat untuk menyiasat dengan lebih terperinci daripada beberapa sudut lagi.

"Pihak pendakwaan melihat lebih terperinci daripada penyiasat. Kami tidak dapat nyatakan bila ia (siasatan) akan siap"," katanya.

Katanya ia adalah proses biasa dalam sesuatu siasatan apabila ada individu yang akan dipanggil memberi keterangan atau dipanggil semula untuk beberapa kali bagi membantu siasatan.

Pada 21 Mac lepas, rakaman video seks yang dikatakan melibatkan individu mirip pemimpin pembangkang dipertontonkan kepada beberapa wakil media oleh pihak yang menggelarkan diri "Datuk T" di sebuah hotel di sini.

Misteri "Datuk T" terungkai apabila Datuk Shazryl Eskay Abdullah bersama bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Tamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim mengaku mereka bertanggungjawab di atas penayangan video tersebut dan "Datuk T" merupakan singkatan "Datuk Trio".
Penayangan video itu menyebabkan Anwar membuat laporan polis. - BERNAMA

Email 1Malaysia - Najib didakwa menipu rakyat Malaysia

Posted: 28 Apr 2011 12:47 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 April: Penasihat editorial The Malay Mail, Datuk Akhirudin Atan atau Rocky Bru (gambar) menjadi pemimpin media yang pertama menyahut nasihat Tun Dr Mahathir Mohamad agar media utama bercakap benar.
Dalam tulisan terbaru dalam blognya, Rocky mengkritik pedas langkah kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib memberikan projek email 1Malaysia kepada Tricubes Berhad, syarikat yang sedang hadapi masalah kewangan.

Media melaporkan, Dr Mahathir meminta medioa Malaysia berkata benar kepada kerajaan walaupun terpaksa mengkritiknya.
Sebelum ini media juga melaporkan, Tricubes adalah syarikat yang sedang menghadapi masalah kewangan yang teruk dan telah diberikan amaran akan dikeluarkan dari penyenaraian Bursa Malaysia jika tidak menyelesaikan masalahnya.

Syarikat milik penuh kerajaan, Mavcap telah melabur sebanyak RM5.3 juta untuk projek email 1Malaysia ini.

Tricubes adalah anak syarikat kumpulan CIMB Berhad pimpinan Datuk Seri Nazir Razak.
"Keputusan yang baik untuk Tricubes, tetapi pil yang pahit untuk 15,000 pekerja Pos Malaysia," tulis Rocky dalam blognya.

Langkah Mavcap disifatkan Rocky sebagai tindakan penyelamatan yang menggunakan sepenuhnya wang pembayar cukai negara ini.

Sebelum ini, Najib secara peribadi memberi jaminan kepada rakyat Malaysia tidak ada wang awam digunakan untuk projek ini.

Jaminan ini diberikan Najib dalam satu kenyataan melalui Twitter beliau ketika pelbagai pihak bimbang wang awam digunakan untuk projek ini bagi menyelamatkan syarikat yang ada kaitan dengan keluarga beliau itu.

Ekoran itu Najib didakwa telah menipu rakyat Malaysia.

Rocky, penyokong tegar Tun Dr Mahathir, dalam postingnya kali mempertikaikan kenapa projek tidak dibuka kepada umum untuk dibida.

"'Kerajaan sepatutnya membuat perkara yang betul. Kerajaan sepatutnya meminta Pos Malaysia, Myeg dan lain-lain syarikat yang mempunyai kedudukan kewangan yang baik untuk membuat proposal baru bagi projek email 1Malaysia ini," tulis Rocky.

"Ingatlah, 15,000 pekerja Pos Malaysia boleh mengubah keputusan pilihan raya di luar bandar," tambah Rocky dalam tulisannya.

Menjelang pilihan raya umum 2008, sumbangan Tun Dr Mahathir dianggap antara sumbangan bermakna dalam memberikan kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat.

Mahathir telah menjadikan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Badawi sebagai 'beg tinju' apabila beliau mengkritik setiap tindakan Abdullah terutama segala aktiviti menantunya, Khairy Jamaludin.
Kini, para pengikut beliau mula melaksanakan 'nasihat' beliau agar mengkrtiik kerajaan jika membuat salah. - HarakahDaily

DSAI ke ni? ... mai tengok sat

Posted: 28 Apr 2011 12:17 AM PDT


Dua gambar yang dibesarkan diambil dari Video Seks keluaran 3Boroi production yang memfitnah DSAI sebagai pelakon nya ... korang tengok lah sendiri


Pengemis bakal jadi jutawan kerana suara

Posted: 27 Apr 2011 11:13 PM PDT

COLUMBUS, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pengemis yang tidak berumah di sini, Ted Williams dihujani tawaran lumayan yang membolehkan dia bakal menjadi jutawan selepas permintaannya untuk diberi kerja dengan menggunakan suaranya disiarkan di Twitter dan laman YouTube, lapor sebuah akhbar semalam.

Nasibnya itu berubah selepas seorang jurugambar akhbar Columbus Dispatch merakamkan video yang menunjukkan pengemis tersebut memegang cebisan kertas kotak yang mengandungi tulisan:

"Saya mempunyai suara dianugerahkan Tuhan. Saya seorang bekas penyampai radio yang jatuh ke dalam masa sukar. Tolonglah! sebarang bantuan akan amat dihargai. Terima kasih dan semoga anda dirahmati Tuhan."

Pengemis itu turut bercakap dengan gaya seorang penyampai radio yang mempunyai suara unik semasa gelagatnya dirakamkan oleh jurugambar tersebut dari dalam keretanya di Houston Street, Columbus.

Klip video selama 90 saat itu yang dihantarnya ke laman Twitter kemudian menjadi popular dan pengemis itu kemudian menerima tawaran daripada beberapa stesen penyiaran termasuk stesen rangkaian muzik MTV, stesen Liga Bola Sepak Nasional (NFL) dan Rangkaian Hiburan dan Sukan (ESPN).

Seorang pengarah filem untuk NFL, Keviv McLoughlin berkata, bosnya mengarahkan pengemis itu diambil bekerja jika dia tidak mahu dipecat.

Dia juga mendapat tawaran berjumlah AS$10,000 (RM30,725) untuk menyumbang suara untuk sebuah persatuan perniagaan, Liga Kesatuan Kredit Ohio.

Sementara itu, seorang ejen pencari bakat di bidang penyiaran di Los Angeles, Shane Cormier berkata, Williams memiliki bakat yang amat unik.

"Kami boleh menjadikan Williams seorang jutawan," katanya.

Williams pernah bekerja sebagai seorang penyampai radio sebelum dia hilang pekerjaan kerana masalah ketagihan alkohol dan dadah.

"Namun, kini saya telah sembuh dan tidak mengambil dadah atau alkohol selama dua tahun. Saya berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah kehidupan saya," katanya. - Agensi