Rabu, 30 Mac 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Video sex : "Apabila datang berita daripada orang fasik, hendaklah kamu selidik dahulu berita itu," kata Mufti Perlis

Posted: 30 Mar 2011 10:49 PM PDT

gambar hiasan

Dalam menghadapi keadaan politik mengeksploitasi isu peribadi, seperti penggunaan isu video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, umat Islam dinasihatkan menyiasat dahulu kesahihan dakwaan itu.

"Nasihat saya, dalam al-Quran, Allah berfirman dalam surah al-Hujurat, apabila datang berita daripada orang fasik, hendaklah kamu selidik dahulu berita itu," kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya. "Dan kalau tidak cukup empat orang saksi, sepatutnya penuduh dikenakan hukuman Qazaf. Hukum orang fasik ini, dia tak layak lagi jadi saksi untuk sebarang kes kerana sudah hilang kredibeliti."

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Juanda berpendapat isu melibatkan keaiban peribadi tidak boleh dijadikan modal politik, apatah lagi jika perkara berkaitan seks yang amat memalukan.

"(Kalau betul pun), kita tak tahu, mungkin dia sudah bertaubat. Kenapa perlu dedahkan perkara itu? Siapa tak ada aib? Takkan dosa sepuluh atau 10 20 tahun lagi perlu dikorek semula?" soal Dr Juanda lagi.

Katanya, rakaman video sahaja tidak mencukupi jika tidak disokong oleh empat saksi yang adil kerana jenayah bagi kesalahan berzina amat berat dan hukuman yang dijatuhkan hendaklah bebas daripada sebarang prasangka.

"(Jadi), kalau ada tiga orang saksi yang melihat perkara itu, lebih elok mereka tutup mulut sahaja daripada mendedahkannya. Kesan tindakan itu melibatkan banyak pihak, termasuk anggota keluarga yang terlibat," katanya. - malaysiakini


STONE : Nampaknya beberapa Mufti-mufti pun menentang cara yang dilakukan oleh '3 Boroi' ni, termasuk lah Mufti yang dikatakan orang kuat UMporNO, mufti Perak, Harussani. Nampak gaya filem 3 boroi semakin menjunam, tiada lagi sambutan kecuali di pihak pemerintah yang bermati-matian mempertahankannya ...tunggu saja lah apa kesudahannya nanti

Jembalang : Tak payah komen la, bodoh sangat Din ooiii ...

Posted: 30 Mar 2011 10:35 PM PDT


Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 31 Mac: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri menggelar parti selain BN, yang akan berkempen pada pilihan raya negeri Sarawak sebagai 'hantu' dan 'jembalang', mencerminkan ketakutan pemimpin BN itu.

Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian bagi menutup kelemahan BN setelah lebih 46 tahun menguasai negeri Bumi Kenyalang itu namun masih ketinggalan.

"Tak payah komen la...bodoh sangat. "46 tahun lebih mereka di Sarawak, apa yang dibuat?" soalnya yang juga ahli parlimen Pengkalan Chepa.

Katanya, rakyat harus sedar bahawa BN telah menganaktirikan Sarawak sejak sekian lama. Walaupun Sarawak kaya dengan hasil mahsyur jelasnya, namun rakyat dan negeri itu sendiri masih ketinggalan dari arus pembangunan.

Dan tidak pelik katanya jika Muhyiddin menuding jari kepada pihak lain bagi menutup kelemahan mereka apatah lagi berdepan pilihan raya negeri itu 16 April ini. "Baru sekarang nak buat itu, buat ini," tambahnya.

Muhyiddin semalam menyifatkan parti selain BN yang akan menyertai pilihan raya Sarawak sebagai 'hantu' dan 'jembalang' dan perlu ditolak rakyat.

Katanya, sebahagian 'hantu' dan 'jembalang' itu sebahagiannya datang dari Semenanjung manakala sebahagian yang lain sudah ada di negeri ini dan akan menawarkan janji-janji manis.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Bersama Rakyat di pinggir Sungai Sarawak di Kampung Boyan-Gersik di Kuching semalam

Nazri Aziz hang cerita sat apa bezanya yang ini dengan yang itu?

Posted: 30 Mar 2011 09:27 PM PDT

Double standard ... tu jer yang aku boleh kata ...

Mamat ni didenda RM1000 sebab macam korang tengok kat atas,

tapi si 3 Boroi tu masih bebas kesana sini ... dah tu ugut orang pulak tu.

kenapa tidak saja ditahan dan di dakwa? Undang-undang mana depa pakai?

Apakah ada undang-undang lain untuk orang UMporNO dan kroni

dan undang-undang lain pula untuk rakyat?

yang setiap masa dibodohkan oleh KERAjaan BN ... Kerajaan HARAMJADAH

Tarian poco-poco tak wajar diharam - Dr Asri

Posted: 30 Mar 2011 09:00 PM PDT

Oleh G Manimaran


March 31, 2011

KUALA LUMPUR, 31 Mac — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata tarian poco-poco, yang muncul polemik terbaru, tidak sewajarnya diharamkan melainkan seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah Islam.

Oleh itu kata beliau, jika setakat tarian kesihatan atau biasa tanpa sebarang kepercayaan yang salah atau dicampuri perbuatan salah seperti arak, seks bebas dan seumpamanya, maka ia dibolehkan dari segi syarak dan tidak wajar diharamkan.

"Jika ada unsur yang salah, hendaklah dibuat seperti Nabi s.a.w iaitu membuang unsur yang buruk dan meninggalkan unsur yang baik," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi ini. Isu itu menjadi polemik sejak dua tahun lalu ekoran poco-poco yang awalnya dilihat sebagai senaman semata-mata bertukar menjadi tarian atau pergerakan badan dan kepercayaan umat Islam yang bertentangan dengan akidah.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak pada Januari lalu telah memutuskan bahawa tarian atau senaman poco-poco diharamkan kerana ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama, juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica dan bercirikan agama Kristian.

Asri menambah, jika tarian poco-poco diharamkan atas asas asal-usulnya yang tidak Islamik, sekalipun yang mengamalkan tidak meniru atau beriktikad perkara yang salah, maka nanti akan membawa kesan diharamkan aktiviti lain yang mempunyai latar yang tidak Islamik juga seperti "tai-chi, chi-kung, kata taekwondo dan pelbagai lagi."

"Untuk itu, dengan menghormati Mufti Perak dan Jawatankuasa Fatwa Perak, saya ingin menyatakan pandangan yang berbeza iaitu poco-poco yang tidak diamalkan dengan kepercayaan yang salah adalah diharuskan.

"Adapun, jika dilakukan dengan kepercayaan yang salah atau diiringi perbuatan yang haram seperti arak dan seks bebas, maka kepercayaan dan amalan yang salah itu wajib dibuang, tarian yang memberikan kebaikan kepada kesihatan itu diizinkan," kata beliau.

Tegas Asri, pada asasnya semua urusan harian dalam kehidupan manusia yang membabitkan persoalan keperluan atau kepentingan hidup insan adalah harus dilakukan kecuali jika terdapat dalil yang jelas mengharamkan hal tersebut.

"Maka, segala bentuk senaman, tarian, makanan, perhiasan dan seumpamanya adalah harus atau dibolehkan melainkan ada bukti yang jelas dari nas syarak ia diharamkan atau dimakruhkan.

"Justeru itu, Nabi s.a.w tidak mengharamkan banyak budaya Arab yang memberikan faedah kepada insan secara langsung atau tidak langsung, antaranya; nyanyian dan gendang semasa perkahwinan," katanya.

Cuma jelas beliau, jika ada unsur yang tidak baik, Nabi s.a.w menegur atau menapisnya dan sebab itu apabila baginda mendengar wanita menyanyi dengan lirik "di sisi kami ada nabi yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok."

"Baginda bersabda 'jangan engkau kata begitu, katalah apa yang engkau katakan sebelum itu'. Ungkapan dalam lirik tersebut yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w mengetahui apa yang akan berlaku esok adalah salah.

"Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Maka, Nabi s.a.w membetulkan lirik itu, tetapi tidaklah pula mengharamkan nyanyian atau lirik lain yang tidak bercanggah dengan akidah atau hakikat yang sebenar," kata beliau lagi dalam kenyataannya.

Tambah Asri, Muslim hendaklah tahu tentang keluasan Islam dalam hal ini dan Nabi s.a.w apabila mengizinkan hiburan pertunjukan permainan pedang dan lembing dalam masjid pada hari raya, baginda menegaskan, "agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan."

"Maka, fatwa dalam hal tarian, senaman, permainan dan seumpamanya, hendaklah luas, tidak sempit dan berusaha melihat ruang keizinan yang diberikan oleh Islam. "Apatah lagi kita yang hidup dalam masyarakat yang serba rencam dan pelbagai cabaran ini," tambah beliau.

Semalam, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung pengharaman tarian poco-poco, yang telah diputuskan Januari lalu. Zambry berkata, kerajaan negeri akan menghormati keputusan itu memandangkan satu fatwa berkaitan dengannya telah dikeluarkan. Maklumat diperoleh dari beberapa blog menunjukkan tarian poco-poco yang menjadi tarikan banyak pihak turut dikenali sebagai pocor-pocor atau pocoh-pocoh disebabkan muzik dan sebagai aktiviti ringan.

Bagaimanapun beberapa tulisan lain pula mendakwa tarian yang datangnya dari Indonesia membawa unsur-unsur mengasyikkan dan ada unsur salib ekoran langkah pergerakan ke kanan-kiri-depan-belakang. - TMI

Video sex : Shuib akui terima ancaman bunuh

Posted: 30 Mar 2011 08:40 PM PDT


Anggota ketiga kumpulan yang menamakan diri mereka 'Datuk T' - Datuk Shuib Lazim mengaku bertanggungjawab di sebalik tayangan video seks baru-baru ini yang menujukkan aksi seorang pemimpin kanan pembangkang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.

"Saya bertanggungjawab sepenuhnya berhubung video ini," katanya kepada Malaysiakini, ketika dihubungi.

Sebelum ini, ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul (kanan) mendakwa Shuib yang juga bendahari PERKASA dan bapa saudaranya, tidak terlibat dengan video itu. "Masa kami turun dalam lif. Dia (Shuib) kata, Pak Njang juga tidak percaya," dakwa Johari, Khamis lalu.

Namun, Shuib yang dihubungi semalam berkata segala-galanya yang didedahkan sebelum ini adalah betul. "Saya tahu ia (video itu) adalah kebenaran. Saya tahu semua ini adalah betul dan sebab itu saya sertai kumpulan Datuk T.

Jika tak betul, saya tak akan setuju," katanya. Lindung boss Ditanya mengenai dakwaan Johari yang menafikan peranannya, Shuib berkata ahli parlimen itu mungkin membuat kenyataan tersebut kerana ingin "melindungi bossnya".

Rakaman video 22 minit itu ditayangkan kepada beberapa wartawan terpilih pada 21 Mac lalu oleh seorang lelaki misteri yang menamakan dirinya 'DatukT'.

Selang beberapa hari, Datuk T diperkenalkan sebagai kumpulan tiga anggota yang terdiri daripada ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Shuib (kiri). Bagaimanapun Shuib tidak hadir pada sidang akhbar Rabu lalu dan ini menimbulkan spekulasi bahawa mungkin beliau menyertai secara tidak rela.

Shuib, yang suaranya menunjukkan keletihan ketika perbualan telefon juga berkata beliau ada menerima ancaman bunuh. Namun, beliau menolak laporan New Straits Times, semalam yang mendakwa beliau secara sukarela mengenakan tahanan rumah ke atas dirinya.

Katanya, beliau masih keluar dari rumah. "Polis hanya beritahu saya supaya berhati-hati," katanya sambil menafikan juga beliau diberi perlindungan polis.

Shuib juga berkata polis telah mengambil keterangannya sebanyak dua kali, yang terbaru adalah dua hari lalu.

Beliau berkata masih menghuni di rumahnya di Kuala Lumpur tetapi bergurau bahawa beliau akan 'bersembunyi' di kampung halamannya di Sungai Petani, tidak lama lagi. "I nak sembunyi dah. I dah nak lari," katanya sambil bergelak -mkini

Nazri marah Transparency International sebab kata 'mee segera' rasuah ... hahaha

Posted: 30 Mar 2011 07:32 PM PDT

KUALA LUMPUR, March 31 — Datuk Seri Nazri Aziz has said Transparency International Malaysia (TI-M) should "shut up" and "mind its own business" after the anti-graft watchdog said yesterday that any type of election handouts to voters is a form of corruption. TI-M also criticised the Election Commission (EC) for failing to ensure free and fair elections in the country.

Nazri pointed out that a 1981 court case had ruled that it was not an offence but in line with the responsibility of the government to ensure development and allocate funds regardless of whether there was an election.

"This country has got a court system and our court has decided long time ago that it is not corruption. I just don't give a damn about what they say on this.

I only refer to the highest court decision which said that it is endowed fund and not bribery," he told The Malaysian Insider. Nazri was referring to the legal precedent established in the case involving the Pengkalan Kota by-election between Teoh Teik Huat and Lim Kean Siew.

The case revolved around a statement by then-finance minister Tengku Razaleigh Hamzah, who had said he would personally give more money for the improvement of Pengkalan Kota if Barisan Nasional (BN) won.

The minister in the Prime Minister's Department had also told Parliament that handouts and goodies in the form of financial assistance to voters during elections was not a form corruption because it was the federal government's way of "fulfilling its promises" and manifestos. Nazri yesterday expressed surprise over allegations the EC had failed to show that they were "independent" in carrying out its duties even though they were guaranteed autonomy under the federal constitution.

"How do you get [an] independent EC? Where do the commissioners come from? From the heavens? Our system is that all of our commissioners are appointed by the (Yang di-Pertuan) Agong on the advice of the prime minister.

"Unless Transparency International can have a system whereby the people can come down from heaven to become commissioner then I will accept. Otherwise just keep your mouth shut and mind you own business," he added.

According to him, Pakatan Rakyat (PR) would not likely have captured a total of five states and denied BN its stranglehold on Parliament in Election 2008 if the accusations hurled against the EC were true.

"How did the opposition win four [more] states? How did they win 82 seats during 2008? You mean to say that all those 82 seats they won fairly but the seats that BN won were unfair. Is that what they mean? Tell them to mind their own business," he said.

PR lawmakers have consistently accused the EC of failing to be neutral during by-elections, resulting in numerous complaints to the commission. The EC has, however, maintained that it is impartial and independent, denying allegations of bias towards BN - TMI


STONE : Nazri yg ini hang nak ikut sgt keputusan mahkamah yang lalu. Bagaimana dgn keputusan mahkamah yang lalu yang membenarkan ceramah diadakan dalam kawasan persendirian?

Benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah haram dan dosa

Posted: 30 Mar 2011 05:46 PM PDT

Harussani: Saya tak membisu, pernah kecam video seks aib Anwar KUALA LUMPUR, 31 Mac — Tan Sri Harussani Zakaria menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung pendedahan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebaliknya, Mufti Perak itu menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar yang juga

Ketua Umum PKR kerana ia belum dibuktikan kebenarannya. "Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan.

"Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Kata Harussani, rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar tanpa bukti yang sahih. "Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral. "Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar," katanya. Awal minggu ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin agama sebagai "syaitan bisu" kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu fitnah moral terbaru yang ditujukan ke atas Anwar itu.

Menurut Hadi, sikap pemimpin agama yang enggan memberikan sebarang respons terhadap pendedahan rakaman video seks oleh "Datuk T" awal minggu lalu amat dikesali.

Tiga Datuk T iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim — mengakui bertanggungjawab membuat pendedahan tersebut. Ketiga-tiga individu tersebut terlebih dahulu menayangkan rakaman video seks itu kepad media di Carcosa Seri Negara dan Shazryl secara peribadi yakin lelaki pelacur dari China itu adalah Anwar.

Menurut Harussani, rakaman video seks itu tidak boleh dijadikan sebagai bukti. Ini kerana, jelas beliau, menurut perundangan Islam mana-mana jenayah yang membabitkan seks perlu mempunyai empat adil yang menyaksikan peristiwa itu berlaku termasuk perbuatan zina.

"Yang dilihat dalam rakaman video seks itu tidak boleh pakai, ia tidak boleh dijadikan bukti kerana ia boleh diubah atau dimanipulasikan. "Kalau nak jatuhkan hukuman kita kena ada empat saksi yang benar-benar lihat dengan mata sendiri peristiwa itu berlaku bukan melalui gambar atau video.

"Kalau bawa ke mahkamah, video seks itu tetap tidak boleh dijadikan bukti kerana ia hanya rakaman dan menurut hukum syarak tetap kena ada empat saksi dan kalau tidak kita tidak boleh nak jatuhkan hukuman," katanya.

Sementara itu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tetap berpendirian Anwar tidak boleh dituduh terlibat pelakuan seks tersebut kerana tiada saksi yang menyaksikan ia berlaku. "Dalam soal jenayah seksual Islam menetapkan saksi empat mata dan rakaman tidak boleh dijadikan bukti, di sudut Islam kena ada empat saksi yang lihat peristiwa itu berlaku.

"Tetap kena ada empat saksi hidup yang tengok ia berlaku, kalau tiada atau tidak cukup sebagai contoh hanya tiga mereka kena hukum qazaf (tuduhan zina) kerana menuduh orang lain," katanya. Menurut beliau, rakaman video seks yang didakwa milik "Datuk T" tidak boleh dijadikan bahan bukti. "Rakaman sama sekali tidak boleh dalam jenayah seksual dalam Islam, tetap perlu ada empat saksi dan orang yang jadi saksi juga perlu individu yang berkredibiliti dan tidak akan menukar pandangan mereka.

"Kita tidak boleh ikut rakaman sebab itu dalam Islam hukuman jenayah seksual ini berat dan syarat untuk jatuhkan hukuman juga berat," katanya.

Tambah Juanda, individu yang membuat pendedahan rakaman video seks itu sepatutnya disiasat terlebih dahulu. "Yang pertama sebarkan benda lucah orang itu yang harus disiasat dulu, tiada undang-undang atau agama yang membenarkan ia dipertontonkan kepada khalayak.

"Sepatutnya bila dapat rakaman itu mereka kena serahkan kepada polis bukan dedahkan kepada umum," katanya.

Beliau juga menggesa agar semua pihak termasuk parti politik agar menghentikan tuduhan yang bersifat peribadi. "Tuduhan seperti ini baik di pihak parti politik mana pun kena elakkan tuduh dalam jenayah seksual, tuduhan seperti ini patut dihentikan," katanya.

Polis telah menahan Abdul Rahim dan Shazryl berhubung pendedahan video seks itu pada Khamis lalu — bahan bukti termasuk rakaman video turut diserahkan. Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan, Umno tidak terlibat dalam rakaman video seks itu. Anwar juga telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan telah membuat laporan polis. - TMI

Rogol amah : Artis dipenjara 7 tahun

Posted: 30 Mar 2011 08:55 AM PDT

MUMBAI, March 30 — Award-winning Bollywood actor Shiney Ahuja was sentenced to seven years in prison today for raping his maid, his lawyer said, in a case that shocked the world's largest film industry.

Ahuja was granted bail in October 2009 and ordered by the court to leave Mumbai, the home of Bollywood, three months after he was arrested on charges of rape, criminal intimidation and wrongful confinement of his maid, who is now 20 years old.

The 37-year-old actor will appeal against the sentence in the Mumbai High Court, lawyer Srikant Shivade told Reuters. The trial court was closed to reporters. Ahuja won a slew of awards for his 2003 debut in the critically acclaimed "Hazaaron Khwaishein Aisi".

He has maintained his innocence throughout the judicial process. In the more than 18 months between arrest and sentencing, Ahuja had been working on a new film. "Shiney finished shooting for 'The Accident' a while back. But we haven't decided when to release it. That's a marketing and business decision," Ramkamal Mukherjee, head of corporate communications at Pritish Nandy Communications, told Reuters.

Another film featuring Ahuja, which has been ready for release for more than two years, has also not come out. Ahuja is married and has a young daughter.

The sentencing of a movie star in India is rare. Sanjay Dutt was was sent to prison in 2007 under India's tough anti-terrorist laws for possessing a powerful firearm, while Salman Khan was found guilty in 2006 of shooting an endangered species of antelope. — Reuters

SARAWAK : Lagi ceramah DSAI dihalang polis

Posted: 30 Mar 2011 07:35 AM PDT

KUCHING: Rejim Barisan Nasional terus menunjukkan keangkuhan apabila menggunakan polis untuk bertindak menghalang program Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuching.

Tindakan itu jelas menunjukkan BN di negeri itu semakin terdesak dengan sambutan luar biasa rakyat Sarawak terhadap program yang dianjurkan KEADILAN dan Pakatan rakyat, menjelang Pilihan Raya Negeri 16 April ini.

Terbaru, Anwar yang sepatutnya melancarkan bilik gerakan di Kampung Sinjan Jaya dalam Dewan Undangan Negeri Petra Jaya, dihalang berucap secara terbuka di halaman bilik gerakan tersebut oleh pihak polis.

Terdahulu sebelum itu, di bilik gerakan Kampung Petingan dalam N8 Dun Satok, Anwar hanya dibenar berucap selama 15 minit.

Meskipun dihalang, ia tidak mematahkan semangat penduduk setempat untuk hadir mendengar penjelasan dan amanat Anwar mengenai pelbagai isu politik yang melanda tanahair - KD

SARAWAK : Polis serbu ceramah DSAI

Posted: 30 Mar 2011 05:17 AM PDT

DSAI sedang berucap di sebuah restoran

Polis mula mendekati restoran

Penyokong yang hadir
Polis merampas microphone dari ADUN Kuala Sepetang YB Tai


Berita lanjut tidak diberikan sekadar polis menyerbu ceramah DSAI di Sarawak. Lokasi dan masa kejadianjuga tidak pasti.
Gambar di atas seolah-olah DSAI ditahan polis. Tapi sehingga kini tiada berita lanjut.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Filem Tiga Boroi - Hishamuddin Rais

Posted: 30 Mar 2011 03:22 AM PDT


Aku tak tahu apa yang harus aku buat. Aku nak menangis tetapi aku rasa bersalah. Kalau aku ketawa aku juga akan merasa bersalah. Aku merasa bersalah kerana aku adalah salah seorang yang telah djemput untuk menonton tayangan perdana ' world premier – pembukaan sedunia' filem Tiga Mat Boroi. Aku merasa bersalah kerana orang lain tidak dijemput.

Walauapapun aku mesti berkata benar bahawa aku merasa begitu bangga sekali apabila seorang pengarang akhbar The Star menalipon dan menjemput aku untuk datang menonton. Menggeletek anak tekak aku tak sabar-sabar nak menengok Tiga Mat Boroi.

Cepat-cepat aku seterika baju dan seluar. Aku juga merasa amat gembira kerana dapat sama merayakan kerja seni garapan Le Petit Tambi. Petit Tambi ini adalah pengarah filem kanak-kanak pada tahun 80-an dahulu. Dia cukup hebat dalam hal buat anak dan kanak-kanak. Dari apa yang aku difahamkan, filem terbaru ini adalah percubaan awal untuk meninggalkan genre kanak-kanak dan memasuki filem yang dianggap 'engaging' atau filem fikrah.

Bayangkan betapa bangganya aku kerana telah dijemput untuk melihat tayangan ekslusif Tiga Mat Boroi ini. Ini tayangan bukan di panggung kokak di Penang Road atau di Mid Valley. Aku dijemput ke panggung yang amat eksklusif – Le Carcosa. Tentang Carcosa ini, aku pernah diberitahu bahawa satu ketika dahulu, Queen Elizabeth pernah terkencing berdiri di tandasnya.

Ini terjadi sesudah Queen Elizebeth makan sup tomyam yang agak pedas di Jalan Masjid India. Drama ini berlaku ketika Queen Elizebeth datang ke Kuala Lumpur untuk merasmikan Sukan Commonwealth pada tahun 1998 dahulu. Berita Queen Elizabeth terkencing berdiri di Carcosa ini memang tidak dilaporkan media kerana takut akan menjadi satu trend ikutan anak anak muda. Amat amat ditakuti kalau kalau anak muda akan pergi beramai ramai ke Carcosa hanya untuk berdiri terkencing.

Bila aku sampai ke Le Carcosa, aku disambut oleh lelaki gelap berbaju lengkap hitam termasuk dengan kaca mata hitam. Sekali pandang mereka kelihatan seperti pelakon dalam filem Man in Black. Sekali lagi pandang mereka ini semuanya seperti gengster India dalam filem Bombay – bangang tapi lawak.

Kemudian akupun dibawa masuk ke dalam panggung. Kelihatan ramai para gedebe tempatan dan para wartawan yang telah datang lebih awal. Mereka semuanya kelihatan resah dan gelisah – duduk ternanti-nanti bilakah filem ini akan diputar. Sebelum filem diputar, Le Petit Tambi sebagai pengarah telah mengalu-alukan kedatangan para jemputan terutama wakil media. Le Petit Tambi berharap filem Tiga Boroi ini akan mendapat liputan yang meluas.

Menurut pengarah filem ini dengan laporan media, pasti orang ramai akan teringin ke panggung untuk menonton. Filempun diputar. Belum sampai tiga minit filem berputar, telah mula kedengaran orang berdengkur. Dalam minit ke tujuh, dua orang penonton telah bangun untuk ke tandas. Untuk aku, ini petanda yang kurang sihat kerana filem ini tidak dapat memaku bontot penonton di kerusi. Aku sendiri kembali untuk memberi konsentrasi dan melihat semua adegan yang sedang bergerak di hadapan mata. Aku terperanjat besar.

Menurut Le Petit Tambi, filem ini adalah filem drama politik yang serius. Tetapi bila aku lihat, filem ini adalah filem komedi bodoh bergenre Senario. Malah aku hairan kenapa tajuk filem ini diberi nama Tiga Mat Boroi. Tajuk filem sebegini sudah lawak. Tidak mungkin tajuk sebegini akan dilihat sebagai filem yang serius. Filem genre politik yang serius untuk aku adalah filem seperti Maria Mariana atau Sembilu.

Filem-filem ini memiliki drama politik yang hebat dan tak ada tolok bandingan. Filem inilah yang membantu perkembangan fikrah negara. Sebelum filem diputar tadi, Le Petit Tambi telah juga berkata bahawa adegan di ranjang dalam filem ini cukup hebat. Pengarah telah menggunakan lapan buah kamera. Ini untuk memastikan semua sudut digambari tanpa ada potongan. Lapan buah kamera ini cukup hebat malah lebih hebat dari Stanley Kubrick ketika membuat adegan ranjang dalam Lolita.

Stanley Kubrick hanya menggunakan tujuh buah kamera sahaja. Ini betul-betul sikap Malaysia Boleh dari Le Petit Tambi! Menurut Le Petit Tambi, filem ini mengesahkan seorang negarawan ulung yang telah digoda oleh seorang Gadis Siam. Si Gadis ini adalah pengintip macam Mata Hari – yang dihantar ke Malaysia khusus oleh kerajaan Siam untuk mengagalkan projek Getah Negara. Jika projek Getah Negara ini berjaya, maka Siam akan kehilangan pasaran yang amat besar. Inilah jalan cerita filem ini.

Bila aku mendengar kata-kata Le Petit Tambi tentang adegan ranjang ini, air liur aku meleleh. Aku ternanti-nanti adegan ranjang ini. Malah aku telah bersedia dengan sarung tangan jika kejantanan aku terganggu. Jika terganggu, aku tahu apa yang wajib aku lakukan. Tup! Tup! Apabila adegan ranjang bermula, aku terperanjat besar. Aku merasa diri aku tertipu. Walaupun ada lapan kamera yang digunakan dari pelbagai sudut – semuanya kelihatan gagal. Semua gambar kabur dan bergoyang goyang.

Tidak ada satu pun kamera yang berani menggambari dari jarak dekat. Semua gambar diambil dari jarak jauh – long shot. Malah cukup menyedihkan kerana tidak ada satu pun 'reverse angle' untuk memperlihatkan reaksi muka negarawan yang sedang bertogel. Apa yang jelas dilihat hanyalah punggung dan bahagian belakang si negarawan ini sahaja. Macam si negarawan sedang membuat tumbuk ketampi.

Punggung turun naik untuk aku bukan memberahikan malah memualkan. Adegan ranjang ini adalah adegan ranjang yang paling tidak ranjang yang pernah aku lihat. Gambar yang agak kabur dan bergoyang goyang ini bertambah buruk lagi dengan lakonan kaku watak utamanya. Pelakon yang menjadi negarawan ini kelihatan tidak kacak. Kalau tidak kacak tetapi memiliki badan yang gagah perkasa – mungkin juga penonton akan berpuas hati. Tetapi ini tidak berlaku.

Mengikut istilah Nyah badan pelakon utama ini memadai 'Mak Tak Taste'. Biar aku berkata jujur di sini bahawa pelakon ini kelihatan boroi. Keboroiannya kelihatan jelas apabila dia bangun untuk memakai seluar. Perutnya kelihantan gendut. Malah apabila dia bangun, aku terdengar ramai yang ketawa melihat perutnya yang boseh boroi dan bergoyang goyang. Mengambil pelakon berperut boroi adalah kesilapan yang amat besar. Dalam pembikinan filem, amat penting pemegang imej watak utama untuk dilihat kacak dan bergaya. Kalaupun bukan bermuka Brad Pitt, sekurang kurangnya pilihlah muka macam kacak seperti muka Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Apabila wira filem ini mula berjalan aku hampir terbarai ketawa. Tetapi kerana hormat kepada penonton yang lain aku terpaksa menggigit jari untuk menahan ketawa dari terbarai. Sakit perut aku menekan ketawa masuk ke dalam perut. Bayangkan siapapun akan ketawa apabila melihat imej negarawan ini – bukan sahaja boroi - pungungnya tonggek pulak.

Oh la la… di mana silapnya tuan pengarah ini. Mata aku mencari-cari dalam gelap itu di manakah Le Petit Tambi. Pada ketika itu aku rasa nak memberi satu penampar. Kemudian si negarawan bangun untuk memakai baju. Nah sekali lagi aku teperanjat. Kelihatan jelas tangan yang memegang baju itu kelihatan berbulu lebat. Memang betul bukan berbulu macam King Kong.

Aku rasa pelakon ini cukup baik untuk berlakon dalam iklan Gillette. Tangannya yang berbulu itu akan kelihatan licin jika menggunakan Gillette-kan. Bila lampu dibuka aku terperanjat sekali lagi. Kami hanya tinggal lima kerat dalam panggung Carcosa ini. Penonton yang lain telah senyap-senyap cabut pulang. Aku diperkenalkan oleh Le Petit Tambi dengan dua orang lagi yang menjadi pembantu pengarah.

Bila aku lihat muka pembantu pengarah ini, aku rasa nak menempeleng kepala mereka. Muka mereka kelihatan poyo walaupun mereka kelihatan bangga kerana telah berjaya membuat filem ini. Le Petit Tambi tanpa malu dan segan telah berkata bahawa filem ini akan dibawa ke Pesta Filem di Cannes. Sedih bila aku mendengar kata-kata dari Le Petit Tambi ini. Aku merasa sedih kerana kebodohan mereka.

Aku rasa filem ini kalau YouTube adakan syarat piawaian, sudah pasti filem ini tidak akan dibenarkan masuk. Bila sampai ke rumah, aku termenunng dan lalu membuka internet. Aku terperanjat beruk apabila membaca tentang Ummi Ufilada yang telah membuat sidang akhbar untuk mengumumkan bahawa dia memiliki 18 buah lagi filem yang akan menandingi kehebatan filem Tiga Mat Boroi. Aku hampir pengsan apabila membaca berita ini. Nampaknya si Ummi ini ingin bertempur dengan Le Petit Tambi. Inilah bahayanya kalau kuih karipap tersimpan lama dalam seluar dalam lama dan tidak dimakan.

Air basinya menyerang naik ke kepala. Lalu aku terfikir – apa sudah jadi, lalu aku bertanya ke mana arahnya perkembangan filem Melayu hari ini. Apakah peranan Finas telah gagal? Apakah desas-desus yang aku dengar bahawa Finas kini menjadi lubuk rasuah itu betul. Untuk para pembaca yang teringin menonton filem Tiga Mat Boroi ini lupakan sahaja.

Tetapi kalau nak melihat orang boroi tak susah. Yang agak susah ialah bertemu orang boroi yang tonggek dan tangan bebulu. Orang jenis ini hanya berada di Siam. Tetapi kalau hendak pergi terkencing berdiri di panggung Le Carcosa seperti Queen Elizabeth dipersilakan.

* Penulis adalah aktivis dan kolumnis tetap akhbar Suara Keadilan.

Video sex : Pecat Rahim : SMM

Posted: 30 Mar 2011 02:54 AM PDT


Video seks: SMM desak Putrajaya pecat Rahim Pengerusi Risda Oleh Syed Mu'az Syed Putra

March 30, 2011

KUALA LUMPUR, 30 Mac – Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah agar menggugurkan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik daripada jawatan Pengerusi Risda kerana mengakui terlibat dengan pendedahan rakaman video seks, yang dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Menurut Pengerusi SMM Ahmad Syukri Ab Razab, tindakan Abdul Rahim bersama dua lagi individu yang digelar "Datuk T" yang mendedahkan rakaman video seks itu yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai di "luar norma" yang diamalkan seorang pemimpin.

Jelas Ahmad Syukri, sebagai individu yang mempunyai jawatan tinggi dalam kerajaan Abdul Rahim yang juga bekas ketua menteri Melaka seharusnya menunjukkan sikap berintergriti bukan bertindak di luar batasan.

"Tindakan Tan Sri Abdul Rahim mendedahkan video lucah adalah suatu perkara di luar norma yang diamalkan oleh seseorang pemimpin.

"Sebagai individu yang pernah menjawat jawatan penting dalam kementerian Malaysia, Tan Sri Abdul Rahim seharusnya menunjukkan sikap intergriti yang boleh dicontohi seluruh rakyat Malaysia.

"Namun apa yang berlaku telah menyebabkan rakyat hilang percaya kepada kepada kredibiliti kepimpinan negara yang sering dihambat dengan skandal-skandal yang mencemarkan imej dan integriti pemimpin itu sendiri," katanya dalam satu kenyataan.

Selain Abdul Rahim, kumpulan Datuk T juga terdiri daripada ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim. Trio tersebut telah menggemparkan negara awal minggu lalu apabila bertindak menayangkan rakaman video seks itu kepada media di Carcosa Seri Negara.

Rakaman video seks itu didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat yang dikaitkan dengan Anwar dengan pelacur dari China. Berikutan pendedahan itu, ketiga-tiga individu terbabit telah disoal siasat polis Bukit Aman dan menyerahkan pita video dan seutas jam tangan jenama Omega sebagai bahan bukti - TMI

Rahim Tambi nak saman blogger ...

Posted: 30 Mar 2011 02:40 AM PDT

Rahim akan ambil tindakan terhadap pihak yang serang peribadinya 2011/03/30
ALOR GAJAH: Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, memberi amaran untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekiranya menyerang peribadi beliau berhubung pendedahan rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Beliau berkata, tindakan sama juga akan diambil terhadap penulis blog yang didapati menyerang peribadinya berhubung isu sama.

"Saya akan menjawab dengan tindakan undang-undang terhadap mereka yang melampaui batas ini," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, melawat Kolej Risda di Air Pa'abas di sini hari ini.

Abdul Rahim yang juga Pengerusi RISDA berkata, beliau tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan dan serangan peribadi dengan dijadikan sebagai fokus politik adalah keterlaluan.

Rabu lalu, Abdul Rahim; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah; dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim; mengakui mereka adalah trio Datuk T yang bertanggungjawab menyimpan dan menayangkan video berkenaan kepada wakil media di Carcosa Seri Negara, dua hari sebelum itu.

Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah tampil membuat penafian beliau individu di dalam video tersebut dan membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Berikutan pendedahan itu, ketiga-tiga individu terbabit telah tampil untuk disoal siasat polis di Bukit Aman dan menyerahkan pita video dan seutas jam tangan jenama Omega sebagai bahan bukti. - BERNAMA

hahahaha ... RM50 juta setahun? ... selenggara kapal selam tak boleh selam

Posted: 30 Mar 2011 01:25 AM PDT

Kos Selenggara Dua Kapal Selam Negara RM50 Juta Setahun


KUALA LUMPUR: Kos penyelenggaraan dua kapal selam negara, iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak, yang dikendalikan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia dianggarkan RM50 juta setahun, kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Katanya kos itu meliputi perkhidmatan sokongan serta logistik kedua-dua kapal selam jenis Scorpene itu dan tidak melibatkan kos alat ganti. Menjawab soalan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Rabu beliau berkata kontrak penyelenggaraan kedua-dua aset strategik negara itu, telah dianugerahkan dan dilaksanakan oleh syarikat usaha sama tempatan dengan pembuat Scorpene iaitu Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd.

Abdul Latiff berkata kontrak antara kerajaan dan syarikat penyelenggaraan itu meliputi perjanjian selama enam tahun. "Penyelenggaraan (setiap sebuah kapal selam) bernilai RM25 juta setahun itu untuk pastikan kita (negara) sebagai pengguna aset itu boleh menggunakan aset itu pada bila-bila masa.

"Kalau ia tidak boleh memenuhi hasrat TLDM, kita boleh denda (syarikat itu)mengikut perjanjian yang dimeterai," katanya. Malaysia menempah dua kapal selam baru jenis Scorpene dengan kos pembelian berjumlah RM3.4 bilion pada 2002 yang dibina secara bersama oleh DCNS dari Perancis dan Navantia, syarikat pembuat kapal selam dari Sepanyol.

KD Tunku Abdul Rahman tiba di perairan Malaysia pada September 2009 dari Perancis manakala kapal selam kedua negara, KD Tun Razak tiba di pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia di Teluk Sepanggar, Sabah pada Julai, 2010.

Kepada soalan wakil yang sama, Abdul Latiff berkata kerosakan teknikal pada KD Tunku Abdul Rahman seperti yang dilaporkan sebelum ini telah berjaya diatasi dengan ujian selaman yang berjaya dilaksanakan pada 22 Feb tahun lepas.

Sebelum ini dilaporkan kerosakan mekanikal dikesan pada 17 Jan tahun lepas ketika kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan TLDM di Teluk Sepanggar. Abdul Latiff mengingatkan semua pihak agar tidak mendedahkan keburukan serta kelemahan aset pertahanan negara kepada anasir luar seperti yang seringkali dilakukan oleh pembangkang sebelum ini.

"Masalah teknikal yang dihadapi oleh kapal selam adalah masalah biasa yang boleh dialami oleh mana-mana kapal selam dunia. Saya kira dalam hal ketenteraan dan keselamatan negara kita patut berkongsi rahsia, jangan mendedahkan kelemahan sistem pertahanan negara ke luar (negara)," katanya.

Beliau berkata pencapaian paling membanggakan dalam operasi kapal selam berkenaan ialah apabila KD Tunku Abdul Rahman membuat penembakan misil SM 39 pada Julai lepas di kedalaman 55 meter dan telah mengenai sasaran yang berada sejauh 40 kilometer.

"Kejayaan itu dapat meningkatkan semangat juang yang lebih tinggi kepada krew kapal walau pembangkang mengatakan kedua-duanya (kapal) bermasalah," katanya.

Abdul Latiff juga berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berpuas hati selepas menaiki KD Tunku Abdul Rahman dan menyelam pada kedalaman maksimum operasi di Laut China Selatan baru-baru ini.- BERNAMA

Loji sisa radioaktif di Kuantan - Najib enggan terima memorandum rakyat

Posted: 30 Mar 2011 12:24 AM PDT

sekadar hiasan

Macam ni yang kata "Rakyat Didahulukan"?
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh kesal dengan keengganan Perdana Menteri menerima memorandum bantahan berhubung pembinaan loji 'rare earth' yang mengeluarkan sisa buangan radioaktif.

Memorandum disertai petisyen "Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia" yang ditandatangani penduduk Kuantan itu sepatutnya diserahkan kepada pegawai di Pejabat Perdana Menteri di lobi Parlimen hari ini.

Fuziah menyifatkan keenganan itu membuktikan Datuk Seri Najib Tun Razak mengetepikan soal keselamatan rakyat dan bertentangan dengan slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan', yang dilaungkan selama ini.

"Apalah salahnya kalau dia hantar wakil untuk terima petisyen bantahan tersebut. Ini menunjukkan beliau tidak prihatin dengan tuntutan rakyat malah mengenepikan keutamaan serta keselamatan rakyat.

"Bukan sahaja tak hantar wakil, malah delegasi yang dianggotai seramai 10 orang di kalangan penduduk tempatan termasuk NGO di Parlimen pagi tadi tidak dilayan," kata Fuziah kepada Keadilan Daily.

Pagi tadi, sekumpulan aktivis berkumpul di hadapan parlimen bagi menyampaikan memorandum bantahan berhubung projek tersebut yang dibina Syarikat Australia, Lynas Corp.

Mereka berhimpun secara aman di perkarangan luar Parlimen sambil mengedar risalah serta lencana kepada Ahli Parlimen dan Menteri, menuntut supaya nyawa dan kesihatan penduduk Kuantan tidak dipertaruhkan dengan pembinaan loji berkenaan.

Memorandum itu merupakan salah satu kempen kesedaran yang diusahakan Fuziah sejak dua minggu lalu bagi mendedahkan kepada penduduk tentang risiko radiokatif yang dihasilkan kilang tersebut.

"Hampir 90 peratus sambutan positif diterima daripada penduduk bandar Kuantan yang mahu pembinaan loji tersebut dihentikan serta merta. "Setakat ini, sebanyak 20,000 tandatangan sudah dikumpulkan. Kita akan meneruskan kempen ini hingga hujung April depan," kata Fuziah.



STONE : Aku sikit pun tak terkejut bila dia ni tak terima memo rakyat ni. Kalau nak dia terima, malah dia sanggup datang datang menyembah penduduk Gebeng dan kawasan sekitar, minta saja ADUN Gebeng tu meninggal, maaf YB yer ..... dan SPR kata ada PRK, ha senang la dia datang dan terima memo tu. Bukan sekadar terima memo malah duit belanja, cerek eletrik, susu gula biskut pun boleh dapat sekali.

Tapi macam ni lah bila tak ada PRK. So kau orang fikir lah masak-masak nak pangkah lagi kah parti mamat ni. Kalau tak der apa-apa memeng tak akan dilayan punya. Haramjadah punya kerajaan ..............

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Rahim Tambi Chik ugut Anwar dan seorang penulis blog PR,ugut bunuh la ni,Khaled Nordin turut terlibat skandal video seks anwar(terlates dan terhangat)

Posted: 30 Mar 2011 11:56 PM PDT

muka perogol dan pembunuh...!!!muka korup..muka gampang!!!!! anak didik mahathir..busuk hati!!anwar ada kes masih berani tunjuk muka..dia ni ada kes terus step down..nampak jelas ada kes!!!


sila baca berita harian hari ini...

ada dua cerita aku nk syer ngn korang..

isu pertama..

rahim tamby chik sudah kasi warning sama anwar ibrahim dan penulis blog..

supaya tidak menagitkan kisah peribadi..ye..kisah hitam lamanya dengan kes pededahan video 3gp anwar ibrahim..

harharhar..

lama menghilang kini kembali..

kini kembali nak buat jenayah..

itu amaran ke ugutan???

rahim tambi cik ni patut di siasat..

amaran dia berbaur ugutan..

tengok wajah dia..adakah ada wajah orng yg beriman seperti saiful baukari??

lihat dahinya..tidak lebam seperti dahi saiful baukari!!!!!!

ini satu ugutan...muka rahim tambi cik bukan sahaja seperti perogol..

malah juga seperti seorang pembunuh..

aku menyeru semua sahabat2 blogger yg menentang umno..seangkatan la..harharhar..

sila jaga diri..karang dia bunuhnya korang...bukan leh pecaya..muka criminal siot si rahim tambi ni..

isu kedua..kebangangan khalid nordin..

kalid nordin dengan alternatif baru untuk membantu pelajar miskin di ipts..

tah ape ntah sistem wakaf..

isunya yg aku nk kontra bukan pasal sistem waqaf tu..aku tau niat dia mulia..

tapi satu je..apa punya bangang..dah tau miskin dibiarkan budak2 lepasan spm dan stpm ke ipts..

bawak la ke ipta...duit kerajaan kan banyak..dok bagi rm111 juta kat rosmah buat apa??

dia bantu orng miskin ke permata tu..??itu suma program untuk anak2 datuk...anak2 orng kaya..

ini la lg satu kelemahan umno n the geng..

tak salah buat satu universiti..

hah..ko tiru la ayat pakatan rakyat...universiti rakyat..atau politeknik rakyat..

bg peluang anak2 miskin ni belajar ke tempat tinggi..mudah2an dapat mengubah nasib famili..

tapi..yg menyampahnya...nnti dah masuk u ke poli..

dibantainnya menggatal..

nasib la..salah sndiri...kerana menggatal dan mengundi umno..

harharhar...

akhir kata..

sume jaga diri...rahim tambi chick dah ugut nk membunuh..

setakat amaran???logik ke???

plz la wei!!!!!!!!

ok akhir kata lg...

khalid nordin tak terlibat la kes video 3gp anwar ni..ehehhe..tapi ..sure si rahim tamby cik sedang mengungut!!!!!

ARAK KASI TOGOK!!!!Gambar Muhyidin menogok arak di Selangor!!!!!(terlates dari blog terbaru,Bali Suam)

Posted: 30 Mar 2011 05:06 AM PDT

sila baca berita harian hari ini punya..

muhyiddin tak togok arak la..

cuma...korang tengok la gambar kat bawah ni..

aku tk tau la kot2 muhyidin kini telah menjadikan lim guan sebagai idolanya..

atau umno cuba tiru politik dap..

harharhar

makan duduk atas lantai...tk leh tahan...

ada teori yg kata...guna gelas arak tk semestinya minum arak..

aku pun ada teori....minum gelas tk de label arak tk semestinya dalam gelas tu bukan arak..

air malta minum dalam gelas????????malta mana???malta kilang pak ali ke kilang guinnes world record???

kalau dah keleng tu...samsu mana leh tinggal...

harharhar

msti nnti orng kata..wei diorang makan kat masjid..mmg la makan atas lantai..

ok.....ok...tk leh bepolitik kat Selangor..yg muhyidin pegi masjid buat apa??tajuk berita kata pasal BN...BN tu bukan politik???

oooh bn tu speses binate yo..

babi negaro...

Rabu , 30 Mac 2011
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
Nasional

BN azam tebus kekalahan di Selangor
Oleh Norfatimah Ahmad
tim@bharian.com.my
2011/03/30

 MUHYIDDIN   beramah mesra dengan jemaah Masjid Ubaidullah selepas menunaikan solat Zuhur di Taman Tasik Ampang, semalam.
MUHYIDDIN beramah mesra dengan jemaah Masjid Ubaidullah selepas menunaikan solat Zuhur di Taman Tasik Ampang, semalam.