Rabu, 16 Mac 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Pengacara TV3 pula sertai PAS

Posted: 16 Mar 2011 09:00 AM PDT


Pengacara TV3, Ahmad Fedtri Yahya kelihatan di Talkshow bersama Bob Lokman di Kota Damansara sebentar tadi. Syukur alhamdulillah, ramai selebriti yang dekat dengan perjuangan kita.. Allahuakhbar!!

Jangan guna taktik kotor la hoi BN

Posted: 16 Mar 2011 05:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan Barisan Nasional diberi amaran keras untuk tidak menggunakan kekerasan termasuk memperkuda institusi polis dan tentera serta menggunakan taktik kotor menjelang pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi, kata Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Beliau menyifatkan Malaysia tidak ubah seperti Mesir yang ditadbir diktator Hosni Mubarak melalui tindakan menyekat kebebasan bermaklumat, termasuk antaranya ialah dengan tidak mengeluarkan permit kepada akhbar-akhbar seperti Suara Keadilan.

"Revolusi Tunisia. Mesir dan Timur Tengah tercetus akibat daripada isu sosial seperti pengangguran yang tinggi, inflasi, rasuah, kongkongan terhadap media serta kemiskinan yang teruk.

"Apa yang berlaku di Malaysia ini tidak jauh bezanya dengan apa yang terjadi di Timur Tengah," kata Tian pada ucapan perbahasan menjunjung titah Diraja, di Dewan Rakyat hari ini.

Justeru, beliau mengingatkan kepada kerajaan Barisan Nasional untuk tidak memperbodohkan rakyat Malaysia termasuk melalui percubaan menambah pengundi pos di kawasan yang dimenangi Pakatan Rakyat.


Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mendesak kerajaan melaksanakan Akta Gaji Minima
Dalam pada itu, Tian menuntut kerajaan untuk melaksanakan Akta Gaji Minima segera, dengan implementasinya merangkumi pekerja tempatan dan juga pekerja asing.

"Sekiranya gaji minima hanya diberikan kepada pekerja tempatan, bermakna pekerja asing tiada gaji minima.

"Ini akan menyebabkan para majikan hanya mengambil orang asing sebagai pekerja kerana kos buruh yang rendah kerana mereka tidak diliputi di bawah Akta Gaji Minima.

"Justeru, Akta yang dicadangkan tidak harus membezakan hak pekerja di negara ini. Mereka akan terbela di bawah satu undang-undang yang adil mengikut prinsip pasaran.

"Namun ia hanya menjadi janji kosong oleh Barisan Nasional, sekiranya kerajaan tidak menyediakan 'blue print' bagi persediaan pelaksanaan Akta Gaji Minima yang diuar-uarkan sebelum ini," kata Tian.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9087

Cek RM1.4 juta : Gobala nak saman Saifuddin

Posted: 16 Mar 2011 05:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail tidak gentar dengan amaran Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan untuk menyamannya RM12 juta.

Ahli Parlimen Machang itu berkata pendedahan beliau sebelum ini bahawa Gobala dibayar RM1.4 juta untuk meninggalkan KEADILAN, berasaskan fakta.

"Beliau berhak berbuat apa-apa sahaja (untuk menyaman saya) kerana itu haknya. Kita biar mahkamah tentukan. Sama ada saya perlu membayar (RM12 juta) atau tidak, kita akan tahu kelak, " kata Saifuddin.

Saifuddin juga tidak akan membuat permohonan maaf kepada Gobala berhubung pendedahannya itu.

"Kenapa saya perlu minta maaf? Dan saya perlu minta maaf untuk apa? Saya sudah nyatakan, fakta saya berkenaan urus niaga itu. (Dan) Gobala kelihatannya menggelabah," kata Saifuddin.

Beliau mempunyai bukti Gobala terlibat secara peribadi dalam urus niaga berkenaan dan ia tidak melibatkan ahli keluarga beliau seperti didakwa Gobala.

Lanjutan itu, beliau bersedia berhadapan dengan Gobala di mahkamah.

"Saya akan berhadapan dengan beliau di mahkamah. Beliau berbohong. Biarkan dia 'berjuang'. Saya akan jumpa dia di mahkamah," katanya dalam laporan MalaysiaKini.

Minggu lalu, Saifuddin membuat pendedahan di Parlimen mengenai Gobala mebayat bayaran pajakan tanah syarikatnya seluas 100 ekar di Lojing, Kelantan RM1.4 juta melalui dua cek masing-masing bernilai RM700,000 dan RM701,250.

Hutang itu dijelaskan Embun Megah Sdn Bhd, syarikat milik Gobala kepada Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd - KeadilanDaily

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


Penahanan Peserta Demo AMK Bukti Polis Pilih Kasih

Posted: 16 Mar 2011 10:46 PM PDT

Dari KeadilanDaily

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang, Amir Ghazali, menyifatkan penahanannya bersama Ketua Cabang Nibong Tebal dikenali sebagai Haji Wan selama empat jam, semalam, sebagai perbuatan pilih kasih.

Beliau berkata demikian kepada KeadilanDaily selepas dibebaskan dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan kira-kira jam 11.30 malam tadi selepas keterangan mereka diambil.

Amir kesal kerana demonstrasi yang dilakukan badan bukan kerajaan (NGO) yang ada hubungan dengan Umno tidak diganggu polis, sekalipun melibatkan isu yang tidak wajar.

"Ini tindakan dwistandard polis kerana demo Umno BN tidak pula diganggu polis. Malah mereka semakin rancak berdemo dan diberi liputan media dengan meluas," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sikap polis yang sebegini, kata Amir, akan menjadikan golongan belia mengambil sikap lebih kritikal dengan kerajaan. Amir ditahan kira-kira jam 6.30 petang sewaktu mengetuai demontrasi menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar

Ibrahim yang kini berhadapan kes Fitnah II untuk tidak menyerahkan DNA beliau.

Demontrasi berkenaan disertai antara 30 hingga 50 orang ahli parti dan rakyat kebanyakan.

Untuk rekod, undang-undang Malaysia tidak membenarkan seseorang tertuduh diambil sampel DNA tanpa kebenaran.

Selain itu, wujud kebimbangan kemungkinan sampel DNA disalah guna sebegaimana dalam kes Fitnah I pada 1998 apabila seorang pegawai polis, ASP Rodwan memanipulasikannya dengan meletakkan DNA itu pada tilam yang dijadikan bahan bukti.

DIBENCI, NAMUN KU MERINDUINYA....

Posted: 16 Mar 2011 12:12 PM PDT

HARI ini aku menyambut Hari Ulangtahun Yang Ke 45. Alhamdulillah, aku masih diberi ruang di muka bumi ini untuk terus melakukan yang terbaik dan aku pohon pertunjuk dari Yang Maha Esa. Terima kasih buat teman-teman yang mengingati dan memberikan ucapan serta doa di hari ulangtahun ku ini melalui FaceBook dan SMS. Teristimewa buat isteri tersayang yang awal-awal lagi mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun kepada ku.

Semoga kita terus diberi pertunjuk oleh Allah di dalam mengharungi masa-masa yang akan datang. Tidak pernah terlintas untuk menjadi penulis blog amatur seperti sekarang kerana aku bukannya dididik sebagai penulis. Mungkin kerana sejak usia remaja lagi aku berminat mengikuti perkembangan politik tanahair dan suasana politik yang semakin mencabar membuatkan aku ingin turut menyumbangkan sesuatu. Aku tiada kebolehan atau bakat lain untuk memberikan sumbangan, sekadar coretan kosong yang tidak semua orang menyukainya. Itu lumrah.

Aku tidak terlepas dari dikatakan sebagai Penulis Upahan, dimaki dan dihamun kerana penulisan di blog ini. Itu juga lumrah bagi sesiapa pun sebagai Penulis, apatah lagi orang yang tidak berpelajaran tinggi sepertri aku. Apa yang penting, aku ingin sampaikan apa yang aku rasa betul pada diri aku sendiri. Tiada paksaan untuk sesiapa menerimanya. Aku bersedia berkongsi pandangan dan bersedia juga untuk menjawab hujah selagi ada kemampuan.

Di sepanjang usia ini, mustahil aku tidak melalui suasana pahit dan manis. Namun, aku bersyukur kerana masih punyai kekuatan untuk menghadapi semuanya itu. Penulis bodoh seperti aku umpama orang yang bercinta. Ada ketikanya kita mencintai seseorang, tetapi cinta kita ditolak. Biarpun ditolak, kerinduan tetap membara. Penulis juga begitu, ada ketikanya penulisan kita dikritik dan dimaki hamun, namun aku tetap merindui penulisan ini.

Mudah-mudahan aku terus tabah, dan aku mengharapkan doa kelian untuk aku terus menulis..../wfauzdin.blogspot.com

DNA - KETUA AMK SUDAH BERSUARA

Posted: 16 Mar 2011 03:00 AM PDT

Kenyataan Media Ketua AMK
16 Mac 2011

Paksaan Untuk Menyerahkan DNA, pencabulan terhadap prinsip utama Undang-Undang.


Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyifatkan tindakan pihak-pihak tertentu yang kelihatan bersungguh mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) untuk menyerahkan sampel DNA beliau adalah sebahagian daripada episod terancang yang bermotifkan politik jahat dan khianat.

Baik pihak pendakwaan mahupun NGO-NGO picisan yang bersungguh mendesak ini, kelihatan tidak faham akan prinsip asas undang-undang bahawa 'seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah'. Dalam mana-mana kes mahkamah, adalah menjadi tugas pihak pendakwaan untuk membuktikan bahawa pihak tertuduh itu bersalah berdasarkan bukti yang jelas melampaui sebarang keraguan dan bukannya meminta atau mencipta bukti ! Dalam kes DSAI, beliau tidak perlu mengemukakan hatta secebis bukti sekalipun kerana beliau sendiri telah mempunyai alibi yang kukuh untuk menyatakan bahawa beliau tidak terlibat dalam dakwaan penuduh.

Apa yang berlaku dalam kronologi kes fitnah kedua ke atas DSAI ini lebih bersifatkan pembunuhan karakter yang paling dahsyat pernah berlaku dalam sejarah politik negara. DSAI dinafikan akses ke atas pelbagai dokumen, malah pihak peguambela sendiri terhalang daripada menjalankan pelbagai ujian bebas ke atas bahan-bahan bukti yang dikemukakan oleh pendakwa.

Isu DNA ini berterusan dimainkan agar dengan mudah pihak pendakwaan memalitkan tuduhan ke atas DSAI. Percanggahan fakta sedari awal perbicaraan menunjukkan bahawa kes ini langsung tidak mempunyai asas undang-undang yang jelas dan fakta yang kukuh, di tambah pula dengan kredibiliti penuduh yang jahanam.

Tindakan pihak pendakwaan ini sekaligus bertentangan dengan Artikel 10 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia (DUHAM) 1948:

"Everyone is entitled in full equality to a fair and public hearing by an independent and impartial tribunal, in the determination of his rights and obligations and of any criminal charge against him."

Pembocoran awal hujahan pihak pendakwaan di dalam permohonan jahat mereka untuk memaksa DSAI menyerahkan sampel DNA membuktikan lagi hujah bahawa usaha membunuh karakter beliau dilakukan secara terancang oleh pihak pendakwaan dan media massa di bawah telunjuk Umno-BN.

AMK dengan tegas menyatakan bahawa tidak ada sebarang keperluan untuk DSAI tunduk kepada desakan-desakan bebal yang sedang dilakukan oleh beberapa pihak. Ini akan menyebabkan berlakunya perubahan terhadap prinsip asas undang-undang itu sendiri dan menjadikannya sebagai seseorang itu bersalah sehingga dibuktikan tidak bermasalah.

AMK yakin dan percaya bahawa kelompongan kes ditambah dengan kekarutan pihak pendakwaan serta penyalahgunaan kuasa oleh pasukan polis terbabit di dalam kes yang sedang dipertontonkan ini, berpotensi besar merosakkan imej Malaysia di mata dunia, susulan daripada apa yang telah berlaku sebermula tahun 1998.


Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK)

MAT SABU TIMBALAN PRESIDEN PAS ?

Posted: 16 Mar 2011 01:04 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

TERAMATLAH setujunya saya apabila membaca laporan di dalam Malaysiakini yang menyebut bahawa ada sekumpulan di dalam PAS ingin membawa Mat Sabu ke jawatan lebih tinggi di dalam kepimpinan PAS di dalam Muktamar Pemilihan PAS akan datang. Saya berpendapat tempat paling baik dan sesuai buat tokoh yang `vokal' dan `radikal' seperti beliau adalah sebagai Timbalan Presiden PAS.

Di dalam menghadapi situasi politik di negara ini di masa-masa akan datang memerlukan tokoh seperti Mat Sabu. Jika di zaman Nabi Muhammad S.A.W, beliau mempunyai pejuang yang berbagai watak samada yang lembut mahu pun yang berpewatakan keras. Ini penting untuk `Uslub' perjuangan Islam bergantung kepada situasi yang dihadapi. Sayyidina Omar R.A sebagai contoh adalah sahabat Nabi yang terkenal dengan `tegas dan keras' di dalam membela Islam. Beliau amat digeruni oleh musuh-musuh Islam ketika itu.

PAS perlu tokoh yang seperti Mat Sabu untuk mempertahankan PAS di dalam menghadapi musuh politiknya. Tidak dapat dibayangkan jika semua pimpinan PAS berperwatakan seperti Tuan Guru Nik Aziz atau pun seperti Tuan Guru Haji Hadi. Mereka sebagai Ulamak yang mempunyai cukup kesabaran di dalam menghadapi serangan musuh. Sudah tentu musuh PAS amat gembira jika kesemua pimpinan PAS bersikap sedemikian.

Justeru itu, Mat Sabu boleh diangkat sebagai pengimbang di dalam pendekatan dakwah PAS. Beliau juga layak kerana tidak mempunyai ramai `seteru' samada di dalam parti mahu pun di luar parti. Hubungan rapat beliau dengan pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng akan dapat memberi kebaikan bersama kepada PAS dan DAP. /wfauzdin.blogspot.com

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Dr Mahathir cadang Malaysia beli bahan nuklear dari Israel kerana murah untuk tujuan loji nuklear perubatan(terlates dari berita harian)

Posted: 16 Mar 2011 07:55 PM PDT

sila baca berita harian hari ini punya woooooooo

bezakan berita2 di bawah ini...

bg aku..ini lah gaya keleng bercakap..sekejap setuju sekejap idak..yg mana ni ooi?

Nasional

Malaysia belum bersedia bina loji nuklear


2011/03/17

CYBERJAYA: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Malaysia masih belum bersedia untuk membina dan mengendalikan loji tenaga nuklear.

Malah, katanya, ketika pentadbirannya, Kabinet pernah membuat keputusan memberi tumpuan kepada hanya empat sumber untuk menjana tenaga iaitu minyak, gas, arang batu dan air atau tenaga hidro, manakala nuklear bukan satu
pilihan kerajaan ketika itu. "Masih banyak yang kita belum tahu mengenai teknologi lakuran (fusion) kerana sebaik saja ia menjadi radioaktif, kita akan hilang kawalan ke atasnya dan kita juga tidak mengetahui dengan cukup kesan radiasi.

"Selain itu, kita juga tidak tahu macam mana hendak menghapuskan bahan buangan radioaktif dan jika makin banyak negara membina loji tenaga nuklear, lebih banyak bahan buangan terpaksa dilupuskan," katanya selepas merasmikan Bangunan Lestari Kumpulan Emkay, di sini, semalam.

Selain itu, Dr Mahathir berkata, negara juga pernah mempunyai 'pengalaman buruk' mengenai nuklear, namun enggan mengulas lanjut perkara itu.

"Saya tidak pasti sama ada orang ramai menyedari perkara ini atau tidak tetapi kita sudah ada 'pengalaman buruk' dengan nuklear...kita tidak tahu bagaimana hendak menghapuskan bahan nuklear itu," katanya.
Tahun lalu, kerajaan mengumumkan rancangan membina dua loji kuasa nuklear yang masing-masing akan menjana 1,000 megawat sebagai sebahagian daripada rancangan jangka panjang untuk mengimbangi bekalan tenaga.
Loji pertama akan siap dan mula beroperasi pada 2021 manakala loji kedua, setahun kemudian.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin, berkata kerajaan akan mengambil perunding antarabangsa untuk menilai lokasi dan keperluan membina loji berkenaan.

Difahamkan, Malaysia sedang menimbang tiga jenis teknologi reaktor nuklear daripada tujuh negara, termasuk Amerika Syarikat, Perancis, Russia dan China, untuk membina loji jana kuasa nuklear pertama negara pada 2021.

Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Datuk Dr Daud Mohamad, dilaporkan berkata, teknologi reaktor nuklear terbabit ialah teknologi reaktor air tertekan (PWR), reaktor air berat (PHWR) dan reaktor air didihan (BWR).

Mutakhir

Dr Mahathir setuju loji nuklear hanya untuk tujuan perubatan


2010/05/14

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata secara peribadi beliau menentang pembinaan loji tenaga nuklear di Malaysia kecuali untuk tujuan perubatan.

"Secara peribadi, saya membantah pembinaan loji nuklear atau sebarang perkara yang melibatkan nuklear kecuali untuk kegunaan perubatan kerana saintis masih belum memahami kuasa bahan nuklear," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata keputusan tersebut perlu dibuat dengan teliti kerana sekiranya uranium atau bahan berkaitannya telah diaktifkan ia sukar untuk dihentikan dan akan menimbulkan masalah pengurusan sisa nuklear di seluruh dunia.

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Sejarah Kelate Dan Ore Tuo

Posted: 16 Mar 2011 10:57 PM PDT

Santai

Sebagaimana kita maklum bahawa tok nenek kita dulu2 ni kebanyakannya buta huruf, kalau ada yg jenis buleh bbaca dan menulis ni hanya sikit sangat mugo sekolah pun tak banyok supo lo ni.

Jadinya bagi mereka2 ini kalau nak menceritakan sesuatu mereka akan mengenang sesuatu peristiwa yg pernah berlaku di zaman mereka. Sebagai contoh, orang tua2 kita zaman dulu ni kebanyakkannya takdok surat beranak ni, . Bila kerajaan nk buat pendaftaran utk nak buat kad pengenalan maka di situlah telah menjadi masaalah kerana masing2 tidak tahu tahun berapa mereka di lahirkan.

Maka dengan mengingati beberapa peristiwa inilah akan dapat di jadikan sebagai kayu ukur utk mengandaikan berapakah sudah umur si anu itu. Umpamanya dalam sesi perbualan antara orang tua2 dulu mengenai umur ini mereka sering berbual:

T : Masa bah air merah  tu demo besar mano doh?

J : Kawe tak masok jawi lagi....demo besar mano?

T : Aeh...gemuloh mok ni royak kawe dok dale 40 lagi..

J : Hooh kalu ggitu demo ni mudo pado kawe banyok bena  lagi..

Berpandu kpd detik peristiwa sprt ini-lah orang tua dulu dapat mengetahui berapa umur masing2. Kalu perbualan itu berlaku pada tahu 2008 dan bah air merah pula berlaku pada 1926,  maka umur si T sekarang lebih kurang 94 tahun kerana budak zaman dulu masuk jawi umur antara 12-15 tahun, kadang2 dah tumbuh bulu pahat baru masuk jawi...bkn macam sekarang. Umur si J pula ialah 72 tahun kerana tahun 1926 itu umurnya lebihkurang sebulan.

1849-Gajah Mengamuk.
Ramai penduduk disekitar Kota Bharu yg mati akibat dari se ekor gajah yang mengamok.
Gajah tersebut bernama "Berma Sakti".Gajah tersebut akhirnya dapat di tundukkan oleh
Datok Kaya Pahlawan Kadok.

1880-Angin Besar.
Telah berlaku satu peristiwa taufan yang amat dahsyat di sebut oleh orang tua kelantan
sebagai "angin besar". Di katakan bahawa angin ini bertiup pada hari raya haji petang sabtu
13hb nov hingga waktu subuh hari ahad. Mengikut bari orang tua2 sebelum itu tak ada lagi
angin yang begitu dahsyat.

1881-Binatang Mati.
Segala binatang ternakan habis mati kerana wabak penyakit, mungkin ada kaitan dengan
peristiwa angin besar yang berlaku pada tahun sebelumnya.

1882-Peristiwa Kelaparan.
Telah berlaku peritiwa kelaparan. Orang kampung nak bertanam padi sudah tak dapat kerana
segala lembu kerbau yang selalu di guna untuk membajak telah mati akibat dari wabak penyakit
pada tahun sebelumnya (mungkin penyakit kuku & mulut, tp orang zaman tu mana la tau nak
sebut benda ni sumo). Orang ramai pula telah di serang penyakit taun dan malaria. Ekoran
dari inilah ramai rakyat telah meninggalkan kelantan untuk pergi mencari makan dan memulakan
penghidupan di luar kelantan, antara tempat yang menjadi tumpuan ialah Trengganu, Kedah,
Perak dan Johor.

Ekoran dari penghijrahan ini abg lokan pernah di ceritakan oleh salah seorang guru abg lokan,
yang menceritakan bahwa abang kepada bapa mertuanya berhijrah ke Sungai Siput perak
dengan berjalan kaki merentasi banjaranTitiwangsa.

1897-Bah Urai.
Bandar Kota Bharu telah di landa banjir dan sagala ternakan mati. Dalam waktu yang sama seorang
perempuan bernama Urai telah mati di tikam kerana bermukah. Mayatnya telah di heret kedalam
air untuk di tanam.

1909-Api Hj Samba.
Dalam kebakaran ini telah memusnahkan 390 buah rumah di Kota Bharu yang di percayai bermula
di rumah Hj Samba. Oleh itu orang menyebut api hj samba.

1910- Lembu Belaga Harimau.
Telah di adakan perlagaan antara lembu dengan harimau yang berlangsung di jel burok jalan Tok
Hakim. Harimau tersebut di katakan kepunyaan seorang inggeris. Dalam peristiwa tersebut tiba2
harimau melompat keluar dan mencakar orang2 yan berada di situ menyebabkan ramai juga yang mati.

1915-Musoh Tok Janggut.
Di antara banyak tragedi yang menjadi sebutan ramai di kelantan ialah cerita pemberontakan tok
janggut menentang inggeris di kelantan. Akhirnya beliau gugur sebagai syuhada pada 24mei 1915
kerana membela tanah air dari cengkaman pejajah.

1921-Puja Umor.
Buat pertama kalinya sambutan Puja Umor atau hari keputeraan sultan. Sambutan yang telah
di adakan selama 3 hari ini di serikan dengan pelbagai permainan kebudayaan rakyat kelantan.

1922-Rombongan Kebudayaan.
Pada 25hb mac satu rombongan kebudayaan telah di hantar ke Singapura sempena dengan Malay &
Borneo Exhibition. Para serta terdiri dari 20 orang besilat, 60 orang jong kayuh perahu, 12 orang
pemain bolasepak, 40 orang pemain makyung, menora, wayang kulit, 2 orang penenun kain sonket.
Puok dikir barat demo tak padah sebab belum wujud lagi.

1926-Bah Air Merah.
Banjir ini berlaku pada 24hb dec yang menenggelamkan bandar Kota Bharu, Pasir Mas dan Kuala Krai.
Air banjir ini di katakan berwarna kemerah2an dan berlaku selama 4 hari. Mengikut cerita orang tua2
itulah banjir yang paling besar yg belum pernah berlaku sebelum ini. Banjir tersebut surut pada 2hb jan
1927.

1927-Kota Bharu Terbakar.
Sekali lagi bandar Kota Bharu mengalami kebakaran pada malam 13hb jan 1927. Antara harta benda
yang musnah ialah 235 buah gudang dan 26 buah rumah. Api ini di katakan datang dari sebuah gudang
cina yang terbakar bernama Bah Cik.

1931-Wayang Gambar.
Pertama kali tayangan wayang gambar di Kota Bharu. Tayangan tersebut bertempat di panggung
Sekebun Bunga Kota Bharu pada 11hb mei 1931.

1927-Sarkas.
Pertama kalinya pertunjukkan sarkas di adakan di kelantan pada 14hb oktober 1927.

1941-Perang Jepun.
Tentera jepun telah menyerang  Kuala Pak Amat pada 8hb disember 1941 jama 12.25 pagi iaitu kira2
10 minit awal dari jepun menyerang Pearl Harbour di Hawaii. Seramai 6,000 orang tentera jepun mendarat
melalui kuala pak amat ini. Jepun di katakan memerintah tanah melayu lebih kurang 3 tahun setengah.
pada 15hb ogos 1945 tentera jepun menyerah kalah.

1957-Merdeka.

-ijoks2009-

Itu kisah negeri kawe,lagumano pulok kisah negeri demo,kalu ado buleh kongsi cerita..



Cari N3 lama-lama disini

Najib Mengaku Bazirkan RM63 Ribu Duit Rakyat

Posted: 16 Mar 2011 07:07 PM PDT

Isu Semasa
Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat seluruh rakyat Malaysia, khususnya bagi merekayang akan menyambut perayaan yang penuh dengan kemeriahan ini.

Setiap kali tibanya perayaan ini, saya masih terbayang kemeriahan dan keceriaan yang saya lalui semasa kecil.
Sudah pasti saya tidak akan ketinggalanmengikut ibu bapa saya menziarahi rakan-rakan beliau yang berketurunan Cina. Makanan kegemaran semasa musim perayaan ini semestinya kuih kapit, kuih bangkit, tat nanas, kerepek "ngaku" manakala limau Mandarin sering menjadi pilihan utama. Teringat juga, sewaktu kecil adakalanya saya dihampiri olehrakan-rakan ibu bapa yang menghulurkan angpow. Tetapi sekarang, suasana sudah berbeza.

Hidangan sudah berubah, pelbagai juadah seperti sate, ais kacang, mi rebus dan maruku juga disediakan.
Semoga di Tahun Arnab ini,kita akan sentiasa berada dalam suasana penuh kemakmuran, kebahagiaan dan juga dianugerahkan kesihatan yang sempurna.
Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai!
Ikhlas daripada
Najib Razak & Keluarga
----------------------------
Pernahkah anda menerima email dan sms seperti diatas,tahukah anda berapa kos yang digunakan untuk menghantar email tersebut?Adakah duit tersebut diambil dari poket PM najib sendiri atau duit pembayar cukai?.Dibawah adalah kenyataan akhbar oleh PM Najib.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM63,000 hanya untuk menghantar email ucapan 'Salam 1Malaysia' kepada 1.25 juta rakyat di negara ini. Email itu dihantar pada awal Febuari bersama ucapan SMS Tahun Baru Cina.

Perkara itu didedahkan dalam satu soalan parlimen yang dibangkitkan Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan semalam.Menurut laporan Malaysiakini, Najib dalam jawapan bertulisnya menyatakan empat juta SMS yang dihantar itu disediakan secara percuma oleh tiga syarikat telekomunikasi iaitu Digi Bhd, Maxis Bhd dan Celcom Bhd.

Manakala syarikat yang mengendalikan penghantaran emel itu dilapor berpangkalan di Amerika Syarikat.Justeru Ahli Parlimen Seputeh, Teresa kok, mengingatkan Najib bahawa bajet yang diperuntukkan kementerian kewangan bukan lah dana peribadinya tetapi wang pembayar cukai yang perlu diurus dengan cermat.Beliau yang juga exco kerajaan Selangor turut mendakwa Najib menganugerahkan kontrak menghantar emel kepada pihak ketiga, Lyris Inc, yang merupakan syarikat pemasaran teknologi yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat.

Teresa mendakwa, tiada proses tender terbuka, tetapi nama syarikat itu boleh dilihat dengan mengklik pada pautan 'tidak melanggan' (unsubscribe) pada emel berkenaan.Sehubungannya, beliau menggalakkan orang ramai mengklik 'tidak melanggan' (unsubscribe) senarai penghantaran 'Salam 1Malaysia' bagi menyelamatkan wang pembayar cukai dan sebagai satu mesej protes.

-Ulasan ijoks2009-
Tidak adakah cara lain yabg lebih jimat tanpa membazirkan duit rakyat untuk sesuatu yang tidak penting.jawabnya ada,PM boleh gunakan saluran yang jauh lebih murah dan lebih efisyen.Dia boleh gunakan Tv,radio,FB,Twiter,blog dan sebagainya.buat hebahan macam ni lebih murah dan dapat jimatkan duit rakyat daripada membazirkan duit untuk bagi pada syarikat yahudi Amarika tu.

Dengan duit RM63 ribu tu kalau didermakan pada keluarga miskin tegar satu keluarga RM 100,maknanya kerajaan sudah dapat membantu 63 keluarga miskin tegar.Tentu dengan duit RM 1 ribu itu sangat besar nilainya dimata rakyat miskin,banyak yang boleh mereka lakukan untuk memulakan hidupbaru walaupun dengan nilai RM 1000 itu hanyalah harga sebatang pen bagi PM Najib.

Inilah realitinya jika pemimpin yang tidak pernah merasa hidup susah maka dia tak akan dapat menyelami masaalah rakyat bawahan.

saya teringat kisah Khalifah Umar Al-Khattab yang pada suatu ketika telah dihidangkan sekeping roti yang oleh salah seorang gabenornya dalam jamuan kerajaan.Umar bertanya adakah roti ini adalah roti yang menjadi makanan harian penduduk negeri itu ,
jawab gabenor,Tidak amirulmukminin,hidangan ini hanya untuk tetamu istimewa seperti tuan.

Umar menolak untuk makan roti tersebut sebaliknya memarahi gabenor tersebut.Engakau telah membazirkan duit rakyat dengan menyediakan hidangan yang mewah ini,ada baiknya duit ini digunakan untuk kebajikan rakyat.Sediakan aku roti yang biasa dimakan rakyat biasa sahaja.


Cari N3 lama-lama disini

Saman Ekor ,Ketahui hak Anda

Posted: 16 Mar 2011 04:01 PM PDT



Isu Semasa


Assalamualaikum dan salam blogger,
Masih ramai yang masih kabur dan tidak memahami sepenuhnya hak anda sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara yang menjamin hak setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira agama, kaum, bangsa dan semua fahaman politik.

Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

Hak terhadap harta.

(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan.

Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan
hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik
kenderaan tersebut.

Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau.

Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh
Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 09/3/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu.

Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah.

Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak.

Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A.

Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran.

Denda hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.

Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda… TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.

Bagaimana JPJ boleh menghalang pembaharuan cukai jalan?

1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.

Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?

2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI.

3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14
hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?

Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:

a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.

b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.

c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.

Jadi, selepas ini, kami harap rakyat akan buka mata untuk mengambil tahu tentang apa hak anda dan bagaimana anda boleh menuntut hak anda, lebih-lebih lagi sekiranya anda disabitkan dengan saman ekor.Apa pendapat anda mengenai hak anda ini?

Source: www.beritasemasa.com



Cari N3 lama-lama disini

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


The "Erection" Man Talk (cock)....Hehe

Posted: 16 Mar 2011 08:55 PM PDT



Membaca The Star pagi ini membuatkan aku tersenyum sendirian. Teringat peristiwa Demostrasi BERSIH 2007.

Temu ramah 'live' antara Al-Jazeera dan Menteri Penerangan Malaysia merupakan jenaka bertaraf dunia.

Hari ini (agaknya setelah belajar dari peristiwa tersebut) mangkok ini membelasah dan melabelkan Pejuang Bahasa Melayu sebagai 'lunatics'.

Tak taulah aku samada dia faham apa erti lunatics tetapi apa yang jelas beliau nampaknya sedang berusaha bersungguh2 untuk menaikkan taraf para kutty yang sebelum ini mahu diiktiraf sebagai melayu sebagai pejuang Bahasa Inggeris pula. Mungkin dia mahu dirinya dipanggil dengan panggilan Sir atau Lord. Macam Belanda dapat tanah gamaknya...

ForTeen sudah bermula...

Posted: 15 Mar 2011 09:40 PM PDT

Hujung minggu lalu telah bermula aktiviti Kelab ForTeen Masjid Bukit Indah yang dikendalikan oleh STC.

Dimulakan dengan persatuan memanah dan diikuti oleh Alfarabi Band.

Sambutan agak perlahan. Mungkin kerana kebetulan cuti sekolah bermula dan informasi yang kurang lancar.

Hujung minggu ini pula, Hospital Clowning, Sabtu (10 pagi -12 tengahari) dan Kelab Fotografi (Ahad 10 pagi - 12 tengahari) akan mengambil giliran mereka.

Kepada adik-adik yang telah mendaftar, sila hadir ke MBI tepat pada masa yang telah ditetapkan.

dollah yankee

dollah yankee


'BLACK RAIN'

Posted: 16 Mar 2011 07:46 PM PDT

Sebelum Jepun kena tsunami, hampir semua rakyat malaysia tak berapa ambik pot sangat bila kerajaan BN bercadang nak buat loji nuklear. Tapi bila loji nuklear di Jepun sudah meletup lepas kena tsunami, dan satu dunia sekarang sedang bertumpu pada berita-berita tentang loji nuklear ni, tentang radioaktif, tentang kesan jangka panjang, tentang bahayanya, tentang mudaratnya, maka barulah orang ramai sudah ada kesedaran.

Semalaman gurkah-gurkah politik di'port' tak dapat tidur sebab menteri yang jaga benda dah cakap yang kabinet BELUM LAGI setuju untuk membina loji nuklear yang dicadangkan. Yang jadi tak boleh tidur tu bukan pasal apa, kita kena setuju dengan Blog Tukar Tiub bila dia kata berita-berita dalam akhbar malaysia kena baca secara kebelakang. Jadi bila gurkha-gurkha sudah baca berita kata kabinet belum lagi setuju maknanya mereka dah pun bersetuju nak buat loji itu.

Bila pagi-pagi ini gurkah-gurkah politik sudah baca pula berita ini... maka lagi tak lena lah tidur... sebab memang sah mereka dah pun setuju, kalau tidak Mahathir tak kan buka suara...dan untuk kali ini gurkah-gurkah politik di'port' sangat bersetuju dengan Tun Mahathir.

BETTER NOT TO HAVE NUCLEAR POWER PLANT, SAYS DR M

CYBERJAYA, March 16 (Bernama) – Former prime minister Tun Dr Mahathir
Mohamad reiterated his view on not having a nuclear power plant in this country.
"You know my view about it. We do not know enough about the reaction of this
material," he told reporters when asked on his view on building the plant.

Dr Mahathir said the radiation leaking from the stricken Japanese nuclear
power plant due to the tsunami after the 9.0-magnitude earthquake seemed to lend
support for his concern.
"Once it is activated, it becomes radioactive. People do not know how to get
rid of the waste," he said.

He noted that during his premiership the government had decided on four fuel
strategies namely oil, gas, coal, hydro, and "nuclear was not included."

-- MORE

MAHATHIR-NUCLEAR 2 (LAST) CYBERJAYA

"We have bad experience already with nuclear. I don't know whether people
are aware about it or not," he said.

Asked whether he would advise Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak
not to have nuclear power plant, Dr Mahathir said, "I'm not an advisor. That is
why I use my blog."

Malaysia plans to build two nuclear power plants that will generate 1,000
megawatts each with the first plant ready for operation in 2021 and the second
plant, a year later.

It was part of the overall long-term plan to balance energy supply.

Dr Mahathir was met by reporters after launching Bangunan Lestari Kumpulan
EMKAY, here.

-- BERNAMA

MAS AO

dollah yankee -
Cuba lah tonton filem 'Black Rain' lakunan Micheal Douglas...

Pilihanraya negeri Sarawak 16hb April??

Posted: 16 Mar 2011 05:30 AM PDT


Berapa lama orang-orang di Sarawak mau tunggu daaa...?? Dah berbulan-bulan... bila tanya dia kata.. tak ada ilham lagi, bila tanya.. tak dapat inspirasi lagi, bila tanya lagi.. dia kata tunggu nak pergi buat haji dulu, nak minta pertunjuk nak minta doa depan Kaabah.

Itu bulan November 2010 dulu. Lepas balik dari Mekah ditanya lagi bila?? Dia kata doa dia tak dimakbulkan lagi, nak makbul macam mana? kalau dah rakyat Sarawak pun meluat apa tah lagi Allah SWT?

Akibat tak boleh tahan jadi penunggu, rakan-rakan Taib dalam komponen BN telah bermesyuarat secara rahsia dan diam-diam tanpa pengetahuan Taib dan telah bersetuju dengan tarikh yang diusulkan iaitu pembubaran dewan undangan negeri pada 26hb Mac, penamaan calon pada 8hb April manakala hari mengundi ialah 16hb. Dan rakan-rakan Taib ini juga telah mendesak Taib agar bersetuju dengan tarikh-tarikh yang telah dipersetujui itu.

Secara dasarnya Taib Mahmud telah bersetuju setelah 'di-cekik' oleh rakan-rakannya, namun begitu bila Taib Mahmud cuba mendapatkan nasihat dari 'panel tok bomo'nya ia telah diberitahu yang pilihanraya negeri yang bakal berlangsung nanti merupakan pilihanraya yang paling mencabar disepanjang 30 tahun beliau berkuasa, jadi sebelum dia berjumpa dengan Gabenor sarawak untuk memberitahu perkara dan tarikh ini dia kata dia nak ke Mekah sekali lagi untuk buat umrah dan sekali lagi nak minta pertunjuk dan nak minta doa depan Kaabah pada 20hb Mac ini sama ada dia boleh mendapat mandat lagi sekali atau tidak.


dollah yankee -
Respek lah selera si-Taib mahmud ini...