Isnin, 24 Januari 2011

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Isu salam, negara Islam: Ketua DHPP, Hu Phang Chaw cabar MCA dan Gerakan berdebat!

Posted: 24 Jan 2011 04:11 PM PST



DHPP Sedia Berdebat MCA dan Gerakan

LABIS, 24 Jan - Hu Pang Chaw, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP) meminta parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA dan Gerakan jangan memutarbelitkan isu Islam demi kepentingan politik.

Menurut beliau, sekiranya MCA dan Gerakan faham berkenaan Islam, sudah pasti mereka tidak akan menakutkan pengundi-pengundi Cina di Dun Tenang dengan kenyataan yang negatif terhadap Islam.

"Jangan tunjuk kepandaian dengan agak mereka itu seperti seorang imam," ujarnya mengulas isu calon PAS Normala Sudirman yang enggan bersalam dengan lelaki dalam kempen pilihan DUN Tenang yang dibangkitkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.



Bukan Presiden MCA itu sahaja, malah Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe yang turut memainkan isu ini lambang orang agama dalam Umno gagal menerapkan Islam dalam BN.

Jelas Hu, ada tradisi negara luar yang tidak bejabat tangan seperti wanita di Thailand. Mereka tidak berjabat tangan dengan lelaki.

"DHPP menyokong perjuangan PAS, mencabar MCA untuk berdebat secara terbuka jika isu ini jika mereka masih tidak faham," tambahnya ketika menjawab temubual wartawan Sinar.

Dalam perkembangan sama, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata PAS bangga DAP, PKR jawab isu bersalam.

"PAS merasa bangga isu bersalam itu dijawab oleh rakan-rakan DAP dan PKR yang bukan Islam," jelasnya. - Sinar Harian

Sementara itu Harakahdaily melaporkan...

PAS bangga DAP, PKR jawab isu bersalam

KUALA LUMPUR, 24 Jan: Umno yang memperdagangkan Islam dan memperkudakan mereka yang arif dalam agama untuk menghalalkan apa sahaja tindakan pemimpinnya.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyatakan demikian sebagai mengulas ucapan Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menuduh PAS memperdagangkan agama kerana telah melanggar fatwa dengan mencalonkan wanita menjadi calon di pilihan raya kecil Tenang.


(Sumber gambar: FB Madzamtoklah Madzam..)

"Nampaknya fikiran menteri yang jaga urusan agama sama seperti Tun Dr Mahathir yang membangkitkan isu yang sama.

"PAS tidak hairanlah dengan Tun yang sudah berada di hujung senja, jika dibandingkan dengan Datuk Jamil Khir yang masih muda dan arif berkenaan agama," ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, mungkin Jamil buat-buat lupa, kerana PAS pernah melantik Khatijah Sidik di Parlimen Dungun pada tahun 1959.

"Sila buka balik sejarah, baru boleh beri komen dan keluar hukum," ujarnya.

Katanya, kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dan diikuti pula oleh Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe yang memainkan isu Cikgu Normala Sudirman yang enggan bersalam dengan lelaki adalah lambang orang agama dalam Umno gagal menerapkan Islam dalam BN.

PAS, ujarnya boleh memaafkan dua pemimpin daripada parti komponen BN yang tidak memahami situasi itu.

"Persoalannya apa yang tokoh-tokoh agama buat sepanjang 53 tahun berkawan dengan MCA dan Gerakan untuk menerangkan masalah hukum asas. Mungkin mulut orang agama dalam Umno sudah penuh dengan sagon," katanya.

Justeru, tegasnya PAS merasa bangga isu bersalam itu dijawab oleh rakan-rakan DAP dan PKR yang bukan Islam. - HD

Laporan bergambar N.05 Tenang: Umno perkuda jentera kerajaan, salahguna kuasa!

Posted: 24 Jan 2011 10:43 AM PST

1. BN perkuda RTM..kelihatan trak milik RTM di letakkan di hadapan pejabat MCA/BN Labis, Johor..peralatan audio visual dll dibawa masuk dalam Bangunan MCA di Labis..sumber..











2. Helikopter untuk pengangkutan siapa ni? menteri? YB?..
Baca di SINI atau di SINI..






3. Projek mee segera mencurah-curah di Tenang!..gambar dirakam 23/24 Januari 2011..

Baca juga berita bergambar terdahulu (30 Disember 2010), juga berkaitan projek 'mee segera' di Tenang, selepas beberapa hari kematian arwah ADUN Tenang..baca pada tajuk, "LIVE dari N.05 Tenang: Projek 'mee segera' Umno/BN sudah bermula"...


















p/s: Tengok pula gambar di bawah...jangan disangka semuanya tenang apabila berada di Tenang..mungkin tampak tenang diluaran, tapi gelora di dalaman..



Ubah sekarang, Selamatkan Malaysia!


WOW: Siapa sebelah Shabery Cheek ni?

Posted: 24 Jan 2011 05:53 AM PST





Yang pakai cap warna pink tu adalah ketua Puteri Umno Pandan, Zahida Bt Zarikh Khan...yang baju colour merah tu?? korang tanya la Syaberi Cheek sendiri..rapat semacam...







Gambar-gambar ini dirakam ketika berlangsung Kejohanan Bowling bahagian Pandan 2011 anjuran puteri Umno Pandan...baru je minggu lepas (16 Januari 2011)..

Gambar tu ketika puteri Umno ini tak bertudung...kat bawah ni gambar masa 'bertudung' (cara Umno)..kejap buka, kejap tutup..










Penulis harap, Chua Soi Lek dan Wanita Gerakan tak pertikaikan pula kenapa Calon PAS pakai tudung bila jumpa dengan orang lelaki Cina, alasannya "Bukan sahaja dengan lelaki, dengan perempuan pun dia pakai tudung, ini TIDAK MESRA"..

Mungkin bila bergambar seperti pemimpin Umno di atas, rapat2, sentuh2, ketat-ketat, seksi2, buka tudung, barulah dikatakan "mesra"..

Kalau berlaku juga, tak pelik..dah pemimpin Umno ajar anak buah dan rakyatnya seperti ini (lawan hukum Allah-dedah aurat), bukan Islam lagilah jahil dan tak faham tentang Islam...fikir2kan..wallahua'lam..


Allah SWT Berfirman :
"…hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai kedadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir…" (An-Nur : Ayat 31)


EDISI BERGAMBAR: Kaum Cina, India sokong cikgu Mala!..(video inside)

Posted: 24 Jan 2011 02:12 AM PST























p/s: InsyaAllah entry ini akan dikemaskini dgn gambar-gambar terbaik dari Tenang..

Bagi pengguna facebook, anda disarankan tukar pic profile dgn sebarang gambar/foto yang berkaitan dgn Cikgu Mala sebagai tanda sokongan..






VIDEO: Lagu Cina khas untuk calon PAS, Cikgu Normala oleh masyarakat Cina





PKR Tenang: Anak-anak Cina Menjerit Nama "Cikgu Mala"..!!

Labis - "Cikgu mari!" jerit beberapa orang anak berbangsa Tionghwa sebaik sahaja melihat kehadiran calon PAS itu di Pekan Labis. Mereka yang sedang bersedia untuk memasuki kelas tuisyen, tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan Cikgu Normala.

Cikgu Normala memulakan hari pertama kempen di pekan Labis dengan mengunjungi kedai-kedai sambil mengedarkan kad Tahun Baru Cina dan limau kepada peniaga di situ.

Beliau turut diiringi oleh empat Ahli Parlimen dan Adun Pakatan Pakatan Rakyat yang berbangsa Cina.

Kehadiran Tian Chua, Hee Loy Sian, William Leong, William Leong dan Gan Pei Nei itu lambang sokongan padu rakan-rakan Pakatan Rakyat kepada PAS dalam pilihanraya kecil Dun Tenang ini.

Perjalanan kempen turut dimeriahkan dengan lagu mandarin 'Bu Sien Tau' yang digubah liriknya, sesuai dengan suasana pilihanraya.

"Pilihanraya kecil sudah tiba di Tenang. Menyambut pilihanraya kecil, mengundi Pakatan Rakyat," lagu mereka berulang kali. - n05tenang

AWAS pengundi Felda DUN Tenang: 'Hantu' berkeliaran di depan rumah anda!!

Posted: 23 Jan 2011 11:57 PM PST



STIKER DACING DI FELDA TENANG

Pada mula sampai di Dun Tenang saya dikejutkan dengan stiker dacing yang tertampal di rumah-rumah peneroka ...saya berfikir betapa birunya darah orang-orang sini...75% rumah peneroka tertampal stiker dacing...

Pada tarikh saya balik Pahang saya ronda semula dan stiker sudah tidak ada lagi dirumah-rumah peneroka ...yang tinggal sekitar 15 % sahaja .

Dari sumber peneroka disitu dia sendiri tidak tahu siapa yang pasang stiker dan rumah dia pun ada stiker dacing sedangkan dia ahli Pas.

Ini yang dikatakan perang saraf...

Pada muslimah PAS jangan percaya dengan stiker yang tertampal Dacing tersebut...

Teruskan perjuangan.....Allah bersama-sama kita...








p/s: Tahniah pada warga Felda yang berani menanggalkan balik sticker haram tersebut..penulis hampir yakin 100%, selain bagi tujuan perang saraf, ia jga sebagai kaedah untuk mengenai anda sama ada 'biru' atau 'hijau'..

Dan besar kemungkinan (nau'zubillah), kalian mungkin akan diblacklist dari senarai2 penerima wang, hadiah, peruntukan dan sebagainya..ianya sudah terbukti sebelum2 ini..

Apapun, yakinlah rezeki semua di tangan tuhan..Umno bukan segala-galanya..kita tetap boleh hidup sejahtera tanpa Umno..fikir2kan..wallahua'lam..


Sumber: gayapeneroka.blogspot.com

Umno terharu diiktiraf Parti Komunis China

Posted: 23 Jan 2011 11:11 PM PST



Oleh: Pria Malaya

Sebelum ini punyalah berdegar-degar kononnya bantah dan anti-komunis..tuduh DAP sebagai boneka dan punyai talian dengan parti komunis China dan luar negara...

Hari ini, tiba-tiba Umno terharu dan bangga apabila parti Komunis ini memuji Umno itu dan ini..

Itu belum lagi pengiktifaran Amerika dengan status 'negara Islam' Malaysia..terlompat girang mereka terharu negara musuh Islam itu memuji dan mengakui 'keberkesanan' Negara Islam Malaysia..baca di SINI..

Korang bayangkan bagaimana tiba-tiba parti ini turut mengiktiraf DAP atau pembangkang (PR)..agak2 apa reaksi penyokong bawahan Umno?.."sah, parti DAP adik beradik komunis!", "talibarut Komunis masih bertapak di Malaysia!", "Halau DAP pulang ke negara Komunis(China)", dan lain2...

Begitulah cara mereka memanipulasi sesuatu isu..fikir2kan..wallahua'lam..


Parti Komunis China Kagum Perubahan UMNO Berdepan Cabaran Masa Depan

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Delegasi Parti Komunis China (CPC) hari ini percaya UMNO yang menjadi tunjang kepada pemerintahan negara mampu melakukan perubahan untuk berdepan cabaran khususnya meraih sokongan generasi akan datang.

Ketua delegasi CPC, Huang Xiangyao berkata walaupun UMNO khususnya Barisan Nasional (BN) menerima tamparan pada pilihanraya umum lalu namun menerusi perubahan-perubahan yang dilakukan, BN mampu meraih semula sokongan rakyat.



Malah beliau turut mengakui berminat untuk mendapat pengetahuan bagaimana UMNO melakukan perubahan tersebut.

Pada kunjungan delegasinya kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Ibu Pejabat UMNO hari ini, beliau juga melahirkan rasa gembira kerana hubungan kedua-dua parti terus dapat dieratkan.

Ini katanya dibuktikan menerusi jemputan UMNO kepada CPC yang bukan sahaja untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2010 tetapi juga turut serta dalam forum antarbangsa yang diadakan bermula Isnin lalu.

"Pihak CPC amat menghargai kerjasama yang telah dijalinkan bukan saja kerjasama diplomatik dan perdagangan antara China dan Malaysia tetapi hubungan antara kedua-dua parti yang terus terjalin erat", katanya.

Dalam kunjungan selama hampir satu jam itu juga delagasi CPC turut diberi penerangan ringkas tentang sistem organisasi parti, situasi semasa perjalanan perhimpunan agung UMNO dan juga persiapan UMNO bagi menghadapi dua pilihanraya kecil iaitu di Dewan Undangan Negeri Galas dan Parlimen Batu Sapi.

Huang turut menyatakan harapan besarnya agar UMNO termasuk kerajaan Malaysia mengambil kesempatan kerjasama erat ini untuk terus menerokai peluang baik dari sudut ekonomi, teknologi dan perniagaan yang sedia ada negara republik berkenaan.

"Malaysia adalah rakan lama China dan hubungan kedua-dua pemimpin sememangnya menjanjikan peluang yang cukup besar untuk manfaat kedua-dua negara", ujarnya.

Sementara itu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula kerjasama UMNO dan CPC sebenarnya cukup erat apatah lagi kedua-dua parti telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di Beijing, 5 Ogos lalu.

"Sewaktu mengadakan perbincangan, menterinya memaklumkan bahawa mereka amat kagum terhadap cara UMNO menangani masalah perkauman dan ingin mempelajari daripada kita bagaimana mengatasi masalah-masalah berkaitan etnik yang wujud," katanya.

Jelas beliau lagi walaupun China mengamalkan sistem satu parti namun di negara tersebut terdapat lebih 50 masyarakat etnik.

"Sebagai sebuah negara besar tentunya mereka mempunyai pelbagai masalah dan percaya bahawa kaedah yang diambil dari Malaysia sedikit sebanyak boleh digunapakai dan boleh ditokok tambah untuk disesuaikan dengan pentadbiran negara mereka," jelasnya.

Katanya, beliau turut menyebut minat UMNO bagi menghantar generasi muda khususnya di kalangan pergerakan Pemuda dan Puteri untuk mempelajari bagaimana CPC melaksanakan program-program mereka. - MediaUMNO